You are on page 1of 10

Ciri-Ciri Bahasa

y y y y y y y Bahasa bersifat dinamis Bahasa bersifat bervariasi Bahasa bersifat unik Bahasa bersifat sejagat Bahasa sebagai alat komunikasi Bahasa bersifat arbitrary Bahasa ialah symbol

Definisi Bahasa y y
Pada peringkat awal, istilah Melayu dikaitkan dengan konsep kerajaan M. Ptolemy telah menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis

Gerini pula, menganggap istilah ini berasal daripada kata bahasa Sanskrit, iaitu malayakolam atau malaikurram yang merujuk kepada sebuah tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia,iaitu Tanjung Kuantan

Istilah Melayu merujuk nama bangsa atau bahasa wujud setelah adanya kerajaan Melaka yang kemudianya berkembang sebagai sebuah kerajaan agung

y
y

Perkataan Melayu juga dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa Kuno, mlayu yang bermaksud mengembara atau pergi ke mana-mana. Istilah melayu menurut Perlembagaan Malaysia ialah manusia yang menuturkan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, mengamalkan cara hidup Melayu dan menganut agama Islam.

Ciri Bahasa Bersifat Dinamis y


y y Bahasa yang bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan Bahasa yang sentiasa berubah, tidak statik, dan inilah yang dinamakan dinamis Perubahan bahasa boleh terjadi pada semua peringkat linguistik jati.

Bahasa berkembang dari masa ke semasa untuk mencapai keadaan saling terjemah dengan beberapa bahasa moden lain

Perubahan radikal terjadi pada peringkat leksikon dan semantik kerana wujudnya perubahan budaya.

Perkamusan sesuatu bahasa pula mampu menambahkan jumlah perbendaharaan kata biasa bersifat khusus atau teknikal.

Fungsi bahasa
y Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi
i) Bahasa sebagai alat komunikasi antara manusia ii) bahasa yang digunakan sebagai bahasa perantaraan yang dapat difahami dengan mudah untuk proses komunikasi iii) Bahasa melayu telah berfungsi sebagai bahasa perantaraan atau lingua franca sejak zaman Kesultanan Melayu. iv) Bahasa melayu digunakan dalam bentuk jurnal mahupun sebagainya terutamanya bahasa melayu baku.

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan


i) Dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia, menyebut bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. ii) Bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dalan kalangan warganegara. iii) Bahasa kebangsaan merupakan lambang dan identiti kedaulatan negara. iv) Bahasa kebangsaan ialah untuk menyatukan rakyat. v) Mewujudkan satu budaya satu bangsa

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi


i) Bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi negara. ii) Bahasa Melayu telah digunakan sebagai alat komunikasi dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan, perundangan, pendidikan, perdagangan dan perusahaan iii) Bahasa rasmi ini digunakan sebagai wahana dalam urusan-urusan rasmi di peringkat negara

Bahasa Melayu sebagai perpaduan


i) Garvin dan Mathiot (1968) memberikan tiga fungsi simbolik bahasa baku, iaitu fungsi penyatuan, fungsi pengasingan dan fungsi prestij. ii) Fungsi penyatuan, bahasa melayu baku bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur dengan penutur dialek lain. iii) Dari segi pengasingan pula, bahasa melayu bertindak sebagai variasi bahasa iv) Fungsi prestij dapat mewujudkan satu bahsa baku yang menimbulkan semangat megah terhadap negara

Asal-Usul Bahasa y
Bahasa Austronesia merupakan induk kepada bahsa Melayu. Bahasa Austronesia yang menjadi induk bahsa Melayu akan melahirkan bahasa-bahsa kemudiaanya. Salasilah bermaksud asal usul, susur galur, atau keturunan. y Bahasa melayu berasal daripada rumpun Austronesia yang tergolong dalam filum Austris. Filum bermaksud kelompok bahasa induk yang paling tua usiaanya, iaitu 5000 tahu ke atas. Rumpun pula bermaksud kelompok bahasa yang berusia antara 25005000 tahun. y Didapati bahasa Austronesia berasal daripada filum bahasa Austris. Filum Austris

merupakan salah satu kelompok bahasa induk di dunia. Filum Bahasa Austris/Austrik terbahagi kepada tiga iaitu rumpun Austronesia, rumpun Austroasia, dan rumpun CinaTibet. y Rumpun Austronesia terbahagi dua iaitu rumpun Austronesia Barat (Hesperanesia) dan Timur (Ocenesia). Rumpun Austronesia Barat melahirkan keluarga bahasa Indonesia

manakala rumpum Austronesia Timur melahirkan tiga keluarga bahasa iaitu keluarga bahasa Melanesia, Mikronesia dan Polinesia. Rumpun Austronesia Barat pula melahirkan keluarga bahasa Indonesiayang juga dikenali sebagai keluarga Nusantara yang dipecahkan lagi kepada dua subkeluarga iaitu subkeluarga Indonesia Pusat dan subkeluarga Filipina-Formosa. Bahasa Melayu termasuk dalam subkeluarga Indonesia Pusat.

Tempat asal bahasa Melayu dikaitkan dengan tempat asal penuturnya.Terdapat dua hipotesis tentang tempat asal bahasa melayu seperti yang diutarakan oleh ahli arkeologi dan ahli linguistik, iaitu: i. ii. Kawasan Asia Tengah Kawasan Nusantara

i) Kawasan Asia Tengah

Menurut hipotesis ini, orang Melayu dikatakan berpindah dari utara ke selatan. Mereka dikatakan bahawa berasal dari bahagian selatan China. Pelbagai nama digunakan untuk merujuk kawasan tersebut termasuklah daerah Yunan di selatan China, Assam di Burma dan Champa di selatan Indo-China. Penghijrahan dari utara (bahagian selatan China) ke selatan iaitu Nusantara dilakukan secara berkelompok-kelompok. Penghijrahan mereka dipercayai berlaku daklam dua kumpulan, iaitu melayu proto dan melayu deutro. Penghijrahan melayu proto di nusantara dipercayai bermula kira-kira pada tahun 2000 SM. Manakala kumpulan melayu deutro pula dikatakan bermula pada tahun 1500 SM.

Pada peringkat awal, perpindahan kelompok Melayu telah dikemukakan oleh P.Sarasin dan F.Sarasin pada tahun 1892. Hipotesis tentang perpindahan kelompok melayu ini telah dikukuhkan lagi oleh R.H. Geldern pada tahun1932. Beliau merupakan ahli prasejarah yang telah membuat kajian terhadap beliung(kapak) bersegi panjang.Beliau mendapati bahawa bentuk dan jenis beliung(kapak) yang sama juga telah dijumpai di beberapa kawasan di Nusantara. Beliau menemui beliung(kapak) yang telah diperbuat daripada batu tersebut itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang.Oleh itu,Geldern telah membuat kesimpulan bahawa beliung(kapak) tersebut telah dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini.

Pada tahun 1500SM, kelompok Melayu kedua telah datang ke Nusantara dan mereka dikenali sebagai melayu-deutro.Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan. Kedatangan melayu-deutro telah menyebabkan kelompok melayu-proto berundur ke kawasan pedalaman seperti memasuki hutan, lembah dan kawasan-kawasan pergunungan. Walaupun kelompok ini telah melarikan diri ke kawasan pedalaman, namun kelompok ini masih wujud sehigga kini dan keturunan mereka dikenali sebagai orang asli.Mereka telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. MelayuDeutro telah mengenal kebudayaan logam. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini. Selain Geldern, terdapat beberapa ahli budaya berpendapat bahawa orang Melayu berasal dari kawasan Asia Tengah. Salah

seorangnya termasuklah J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa di Asia.Beliau mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan di Asia Tengah. G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan tentang adat resam dan mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.

Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong catatan diatas. Slametmuljana telah membuat penyelidikan berlandaskankan perbandingan bahasa dan membuat kesimpulan bahawa bahasa Austronesia termasuk bahasa Melayu yang berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat kesimpulan yang lebih lanjut lagi. Beliau menyatakan bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidak berlaku secara sekaligus serta tidak melalui satu laluan sahaja. Beliau berpendapat ada yang melalui jalan daratan, iaitu Tanah Semenanjung, Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China.

ii) Kawasan Nusantara


Orang melayu dikatakan tidak berasal dari luar, tetapi mereka dikatakan manusai asal yang memang telah wujud di Nusantara. Catatan ini menolak dan berpendapat bahawa bahasa melayu berasal dari kawasan asia tengah. Para pengkaji yang mendukung catatan ini mengemukakan beberapa tempat asal bahasa Austronesia. Antaranya termasuklah Sumatera, Jawa, Formosa, Melanesia, New guinea, dan Filipina. Para pengkaji mengemukakan beberapa bukti yang menjelaskan dakwaan mereka. J.Crawfurd telah menyatakan bahawa tanah asal orang orang melayu adalah di Sumatera dan Jawa. Hal ini demikaian kerana kedua-dua kawasan ini memperlihatkan perkembangan kebudayaan yang sangat menonjol berbandinng kawasan lain. Pergerakan orang melayu ini dari Sumatera dan Jawa telah menyebabkan penyebaran budaya. Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini. Crawfurd juga menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang

tinggi.Beliau berpendapat Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana tetapi mereka merupakan induk yang menyebar ke tempat lain serta bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain. Kajian C. A. Mees mendapati bahawa bahasa-bahasa daripada rumpun Austronesia mempunyai persamaan dari segi perkataan, sistem imbuhan, dan susunan tatabahasa. Penutur bahasa daripada rumpun Austronesia dipercayai berpusat di pesisir pantai yang strategik di kepulauan melayu. K. Himly menyatakan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa.Champa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Champa. Pendapat ini disokong oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Champa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja. William Marsden pula menunjukkan bahawa bahasa melayu serumpun dengan dengan bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia yang kesemuanya daripada induk bahasa Austronesia.. Oleh hal yang demikian, asal nenek moyang bangsa Austronesia ialah Indonesia dan Filipina.

Bahasa Melayu Kuno


1. Aspek tatabahasa dan struktur ayat tidak dapat dikaji dengan jelas kerana batu bersurat itu merupakan catatan pendek dan ringkas, bukan ayat-ayat penuh. Ini disebabkan ada di antara batu-batu bersurat itu yang telah terpecah bahagian-bahagiannya. 2. Perkataan yang digunakan bercampur aduk dengan perkataan Sanskrit 3. Terdapat keselarasan vokal pada perkataan-perkataan bahasa Melayu, seperti a - a, u - u dan i - u, misalnya bala, marga, laksa, mudik, tuwi, niminumnya.

4. Terdapat beberapa kata yang tidak wujud lagi dan tidak ditemui langsung dalam bahasa Melayu klasik seperti tuvi - dengan, inan - itu, tamwal - sirih, talu - rosak/siksa, tlu - tiga, wela batas, sarak - pisah.

5. Kesejajaran bunyi-bunyi yang terdapat dalam kata-kata bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu sekarang, iaitu /w/ ( bunyi separuh vokal bibir) dengan /b/ (bunyi plosif/letupan dua bibir ) contohnya wunuh - bunuh, tuwa - tuba, wuat - buat, wuah - buah, wuluh - buluh.

6. Sesetengah kata dalam bahasa Melayu kuno telah mengalami perubahan makna sekarang contohnya, kita - kamu ( pengertian singular ), kamu - kamu ( pengertian jamak) tmu/temu mendapat, sapuluh dua - dua belas. 7. Awalan ni yang digunakan sebagai kata kerja pasif dalam BMK, contohnya niwunuh dibunuh, nikenai - dikenai. 8. Awalan kata kerja ma, mem atau mang dalam BMK dihubungkan dengan meN, contohnya, mamava - membawa, mangujari - menghubungi, manghidupi - menghidupkan. 9. Awalam mar dalam BMK membawa maksud ber , misalnya marvuat - berbuat, marlapas berlepas, marsarak - berpisah.

10. Bahasa Melayu kuno mempunyai empat vokal iaitu vokal depan sempit /i/, vokal belakang sempit / u/ , vokal depan separuh sempit / e / dan vokal depan luas / a /. Tidak kedapatan vokal tengah corak pendek. Vokal ini digugurkan atau digantikan dengan vokal /a /, contohnya lapas lepas, sapuloh - sepuluh, ngan/dangan - dengan. 11. Dalam BMK terdapat rangkap gugus konsonan atau dipanggil juga gugusan konsonan contohnya, mw samwua - semua, ti tlu - tiga, dng dngan - dengan. 12. Banyak terdapat konsonan yang diaspirasikan dalam bahasa Melayu kuno disebabkan pengaruh daripada bahasa Sanskrit, contohnya dh - siddhayatra, kh - sukhatshitta, sh shuklapaksa, th - jyestha, gh - laghu

13. Dalam bahasa Melayu kuno terdapat kata-kata pasif dan aktif, kata aktif ditandai oleh awalan ma, mang dan mem sedangkan kata-kata pasif ditandai dengan awalan ni.

Bahasa Melayu Klasik


y y y y

Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit. Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang Menggunakan bahasa istana Menggunakan kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula, alkisah, hatta, adapun. Banyak menggunakan partikel pun dan lah Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan. Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum. Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan IlamL, maka kemudian daripada itu (dari Amma badu); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab. Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu spt. dalam bid ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqaid al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.

y y

Bahasa Melayu Moden


Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

You might also like