You are on page 1of 1

Paroi adalah suatu kawasan dalam mukim Ampangan, daerah Seremban, Negeri

Sembilan. Terletak kira-kira 8 kilometer timur dari pusat bandar Seremban dan berhampiran dengan kawasan Senawang dan Ampangan di mana kedua -dua kawasan ini juga berada dalam mukim Ampangan. Kawasan ini termasuk dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan terdiri daripada ta man-taman perumahan. Antara taman-taman perumahan yang terdapat dalam kawasan Paroi ialah Taman Paroi Jaya, Taman Panchor Jaya, Taman Ampangan, Taman Bukit Margosa, Taman Telawi, Taman Cengal Utama, Taman Tasik Jaya, Perumahan Rakyat Panchur dan lain -lain taman perumahan baru. Selain itu, terdapat kampung tradisional Melayu seperti Kampung Paroi dan Kampung Sentosa serta kampung baru Cina iaitu Kampung Baru Paroi. Kawasan Paroi mula berkembang dan menerima limpahan dari pembangunan pusat bandar Seremban sej ak pertengahan 1980 -an. Paroi terkenal dengan infrastruktur sukannya. Di sinilah terletak Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Stadium Tuanku Abdul Rahman (Stadium Paroi), Centre Court (stadium tertutup) dan Pusat Akuatik Negeri. Persimpangan Paroi merupakan p ersimpangan terakhir di sebelah selatan bagi Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS). Dengan siapnya persimpangan ini, LEKAS menyingkatkan perjalanan dari Kuala Lumpur dan Kajang ke Paroi tanpa melalui kesesakan jalanraya di pusat bandar Seremban. Menurut sejarah lisan pemimpin di tempat ini dulunya bergelar Dato' Paroi yang menjadi penyokong kuat kepada Dato' Kelana Sungai Ujungdalam perang Bukit Putus menentang Yamtuan Antah.

You might also like