You are on page 1of 2

Pembangunan Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kawasan Greentown telah menjadi pusat tumpuan pembangunan selepas Greentown Bussines
Centre dibuka. Kawasan ini dipenuhi dengan kedai makan, pejabat, butik dan pub telah
merancakkan ekonomi bandaraya ini.

Medan Ipoh Bistari yang terletak bersebelahan dengan Ipoh Garden telah menjadi kawasan hot
spot bagi penduduk di bandaraya ini. Kawasan ini yang dipenuhi dengan kedai makan dan pub
akan hidup sepenuhnya pada malam hari.

Lost World of Tambun telah dapat menarik pelancong untuk datang ke Ipoh. Taman tema ini
terletak di dalam kawasan Sunway City Ipoh. Bersebelahan dengan taman tema ini terletaknya
Banjaran Hot Spring. Banjaran Hot Spring mempunyai kolam air panas semula jadi dan telah
mendapat pengiktirafan.

Bandar Meru Raya yang terletak di utara Ipoh telah mendapat pengiktirafan MSC yang pertama
di Perak. Banyak projek bernilai tinggi sedang dibangunkan antaranya Movie Animation Park
Studio. Di sini juga menempatkan Terminal Amanjaya. Bandar baru ini akan menjadi mini
Putrajaya untuk Bandaraya Ipoh.

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]


Pusat kesihatan[sunting | sunting sumber]
Awam[sunting | sunting sumber]
Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), merupakan salah satu hospital hak milik penuh
kerajaan dan merupakan hospital yang terbesar di Ipoh dan Perak. Ia terletak berdekatan
dengan kawasan Fair Park and Pusat Perdagangan Greentown. Tidak jauh dari kawasan
Hospital itu, terdapat Klinik Kesihatan Greentown yang juga milik penuh kerajaan.

Swasta[sunting | sunting sumber]


Selain dari Hospital kerajaan, terdapat juga Pusat Perubatan swasta yang terletak disekitar
bandaraya Ipoh:

 Hospital Pakar Ipoh (KPJ)


o dikenali juga sebagai Pusat Perubatan Pakar Ipoh.
 Pusat Perubatan Kinta
 Hospital Pakar Komuniti Perak
o dikenali juga sebagai Perak Chinese Maternity Hospital, terletak di Jalan
Kampar
 Hospital Fatimah
 Pantai Puteri Hospital
Sekolah (rendah dan menengah)[sunting | sunting sumber]
Terdapat beberapa sekolah di Ipoh dan juga sekolah yang telah dibina hampir se-abad yang lalu.
Diantaranya termasuklah:

 Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat (Sekolah sukan negeri perak)


 Anglo-Chinese School (ACS) Ipoh @ SMK Methodist (ACS), Ipoh
 Ave Maria Convent
 Ipoh International School (IIS)
 Methodist Girls School (MGS) Ipoh @ SMK Perempuan Methodist, Ipoh
 Sekolah Menengah Kebangsaan Pinji
 SMJK Perempuan Perak
 SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
 SMKA Izzuddin Shah
 Sekolah Kebangsaan Dato' Panglima Kinta
 Sekolah Kebangsaan Manjoi 1 & 2
 Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan
 Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Chemor
 Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMARI)
 Sekolah Menengah Doktor Megat Khas Ipoh
 SMK Convent, Ipoh (Main Convent)
 SMK Tarcisian Convent, Ipoh (TCS)
 Anderson School Ipoh @ Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh
 Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Pasir Puteh
 Sekolah Menengah Kebangsaan JalanTasek
 Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya Ipoh
 Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Dato' Ahmad Said Ipoh
 Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Pasir Puteh
 Sekolah Menengah Kebangsaan Menglembu
 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Mohd Taib, Chemor
 Sekolah Menengah Agama Darul Taqwa ,Tanjong Rambutan
 Sekolah Menengah Kebangsaan Rapat Setia (6J)
 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan (SRC)
 SMK Raja Perempuan, Ipoh (RPS)
 Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan ,Ipoh
 Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun
 Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta
 Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Jaya
 Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA)
 SMK Seri Intan, Ipoh
 SMK Seri Puteri, Ipoh
 Kolej Tingkatan Enam Seri Putera, Ipoh

You might also like