You are on page 1of 6

TEMBIKAR

Pengenalan
y

Tembikar merupakan kraf tradisional yang paling awal dapat dikesan oleh tamadun manusia. Di Malaysia, kraf tembikar tradisional dihasilkan daripada tanah liat yang boleh didapati di tebing sungai atau paya.

Pada zaman dahulu, bentuk tembikar adalah berdasarkan fungsinya iaitu sebagai bekas minuman,bekas makanan atau alat menjalankan ritual.

Di Malaysia, bentuk tembikat tradisional tidak banyak berubah, ini kerana masyarakat masih meminati bentuk asal nya sebagai satu aspek estetika yang dapat dilihat dari segi cara pembuatanya, bahan,bentuk, hiasan dan warnanya. Tembikar ialah barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat

Ia dikeringkan dengan cara mendedahkannya di baw ah pancaran matahari, dan dibakar secara dedah atau dalam tanur

y y

Seni tembikar wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu Bukti penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha di Kelantan, Bukit Tengku Lembu di Perlis, Ulu Tembeling di Pahang,Bukit Tambun di Perak dan Gua Niah di Sarawak

Tembikar digunakan dalam upacara perubatan atau upacara pertabalan Sultan, alat pengebumian di Sarawak dan Sabah s elain daripada kegunaan harian

Tembikar Sayong, Tembikar Mambong dan tembikar Sarawak merupakan tembikar tradisional yang paling terkenal

KAWASAN penghasilan tembikar ; 1. Sayong, Kuala Kangsar, Perak 2. Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan 3. Pulau Tiga, Parit, Perak 4. Kg.Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang 5. Kuching, Sarawak 6. Sunagi Dua, Seberang Prai, P.Pi nang

JENIS-JENIS TEMBIKAR
y

TEMBIKAR MAMBONG o o o Terkenal di Kelantan Dihasilkan untuk kegunaan harian Menggunakan tanah liat yang dicampur dengan sedikt pasir halus dalam proses pembuatannya Tembikar yang dikeringkan akan berwarna kelabu dan apabila dibakar ia bertukar menjadi kemerahan -merahan Ia tidak mempunyai corak kecuali tulang ikan, pucuk rebung dan siku keluang TERENANG Kendi air bertutup yang diperbuat daripada tanah liat Diusahakan di Kg.Pasir Durian, Pahang Bahan utama pembuatannya iala h tanah padi berwarna kuning, keras dan berketul yang didapati di celah -celah tanah dan batu Hasil terenang berwarna coklat kekuningan BEKAS BARA/PERASAPAN -Digunakan untuk membakar kemenyan dalam upacara pengubatan dan kematian LABU -Bekas air berbentuk buah labu banyak terdapat di Perak mempunyai corak alam sekeliling dan geometri JAMBANGAN Badan berbentuk labu yang ditinggikan seperti tempayan atau buyung berkaki digunakan untuk meletak Bunga BUTUNG Bekas air mempunyai leher dan badan bersaiz besar dan bahagian badan berbentuk bulat penuh serta mempunyai permukaan yang licin tanpa hiasan GELUK Bekas air mempunyai ragam hias bermotif kecil dan ringkas TEMBIKAR SARAWAK Berasal dari China dan diusahakann oleh kaum Cina Berbentuk tempayan beraneka jenis dan diukir dengan hiasan kepala naga Banyak digunakan oleh kaum Kelabit di Sarawak untuk menyimpan barang berharga,atau mengisi arak Menggunakan mesin pemutar/ lempar alin dan acuan TEMBIKAR SAYONG Tembikar ini diusahakan di Sayong, K.Kangsar, Pe rak Bentuknya diilhamkan daripada buah labu air Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil dan menyimpan air

Air yang disimpan dalam labu sayong ini dikatakan dingin, nyaman dan mempunyai khasiat yang tertentu Ia dihasilkan oleh kaum wanita , menggunakan teknik picitan dan lingkaran Corak hiasannya berdasarkan alam sekeliling dan rupa geometri BAHAN 1.Tanah liat : Bahan utama untuk membuat tembikar Pelbagai jenis tanah liat : tanah liat drpd tanah busut , tanah berhampiran sungai / di sungai, tanah saw ah , berwarna kelabu dan kuning kemerah merahan 2.Damar Bahan kemasan tembikar yang berupa getah keras yang digunakan sebagai bahan kalis air Diperolehi daripada jenis pokok damar laut, dan damar batu ALATAN Ayak-Alat ini mempunyai jaring halus yang dig unakan untuk menapis serbuk tanah liat dan sepuh (gerlis). Dawai pemotong -Alat ini untuk memotong tanah liat semasa menguli untuk memastikan tiada liang udara. Pinggan-Tempat membentuk tanah liat yang berfungsi sebagai meja. Penggelek/Papan gelek/pengukur -Papan gelek papan untuk menggelek tanah liat dalam proses membentuk. Ia juga dipanggil papan rata. Kayu pengukur digunakan untuk mendapatkan ketebalan yang dikehendaki, terutama bentuk tapak. Batu sungai -Digunakan untuk melicinkan dan mengilatkan permuka an tembikar yang telah siap.Alat ini juga dipanggil sebagai batu licin, batu kali atau batu luru. Pengukir kayu/Kayu tera -Kayu kecil yang kedua-dua hujungnya bermotif, digunakan untuk membentuk corak dengan menekannya pada tembikar yang tidak begitu keras dan tidak begitu lembut. Span-Alat untuk mengemas dan melicinkan permukaan tembikar. Tong-Bekas untuk menyimpan tanah liat yang telah diproses.Tong perlu ditutup supaya tanah liat tidak mudah kering. Pengukir besi/Penepik kayu berukir/Pengukir dawai -Alat yang digunakan untuk menghias permukaan tembikar dengan cara tekanan ,turisan, menakik atau mengguris . TEKNIK DAN PROSES MEMBUAT LABU SAYONG Tanah liat dikeringkan dan ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki Tepung tanah liat direndam dalam air kemudian ditapis Tanah liat dikeringkan semula kemudian dicampur dengan air dan diuli hingga lembut, liut dan liat serta tidak mengandungi liang -liang udara Teknik picitan dan lingkaran digunakan untuk membentuk Membentuk labu sayong perlu melalui beberapa perin gkat -Membina badan labu -Membuat tapak -Menyambung kan tapak dengan badan labu -Membuat muncung -Menyambungkan bahagian leher dan muncung --Menyambungkan bahagian badan dengan leher dan muncung Keringkan tembikar yang telah siap di tempat yang redup sela ma beberapa hari Licinkan permukaan labu dengan batu sungai Hiasakn permukaan labu dengan ragam hias yang sesuai menggunakan penepik kayu

berukir, pengukir besi atau kayu tera PROSES PENYEDIAAN TANAH LIAT 1.Tanah liat dijemur untuk dikeringkan. Asingkan tanah liat dengan bahan -bahan asing seperti sampah, batu , serpihan akar kayu supaya tembikar tidak pecah apabila dibakar 2.Kemudian ditumbuk menjadi tepung dengan menggunakan lesung kaki lalu diayak 3.Tepung tanah liat itu diperam dalam pasu berair selam a 3 hari sehingga tanah mendap ke dasar pasu 4.Air dibuang dan mendapan tanah liat yang liut dan lembut dibiarkan pada permukaan keping plaster paris selama beberapa hari 5.Tanah liat diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan liat 6.Tanah liat yang telah diproses disimpan dalam tempayan bertutup atau beg plastik untuk kegunaan kelak 7.Sebelum membentuk tembikar, tanah liat hendaklah diuli beberapa kali supaya tiada gelembung udara dan batu kecil yang akan meretakkan tembikat ketika dibakar / pecah TEKNIK MEMBENTUK TEMBIKAR 1.Teknik picit dengan cara menekan dan memicit ketulan tanah liat dari bahagian tengah.Teknik ini merupakan teknik yang paling mudah 2.Teknik lingkaran bahagian tapak disediakan terlebih dahulu kemudian tanah liat digelek dengan tanga n sehingga menjadi lingkaran panjang seperti silinder dan dilingkar membentuk sebuah tembikar 3.Teknik kepingan dihasilkan dengan cara mencantumkan kepingan tanah liat yang dipotong mengikut saiz tertentu bahagian tepi hujung kepingan tanah liat dipotong secara menyerong 45 darjah bagi tujuan penyambungan bahagian hujung kepingan disapu atau dicelup dengan slip(Lumpur tanah liat yang berfungsi sebagai pelekat / gam ) 4.Teknik lempar alin/ putaran menggunakan mesin pemutar / roda pemutar Tembikar dibentuk semasa melakukan putaran Bentuk tembikar terhad kepada bentuk bulat dan selinder sahaja 5.Teknik acuan dilakukan dengan menekan ke dalam acuan kayu atau logam bagi acuan plaster paris, slip ( tanah liat cair) dituang ke dalam acuan digunakan untuk p erusahaan komersial

KAEDAH PEMBAKARAN TEMBIKAR 1.Kaedah tradisional tanur dedah menggunakan bahan api seperti sabut, bulu kering,pelepah pokok kelapa, kayu dsb teknik pembakaran Pulau Tiga -tembikar didiangkan pada unggun api sehingga benar -benar kering -kemudian dimasukkan ke dalam bara api untuk mendapatkan kesan warna kehitaman -sapu damar pada bahagian bawah tembikar yang masih panas supaya kalis air Teknik pembakaran Sayong -tembikar disalai di atas para dengan mulut menghala kearah api -kemudian tembikar dimasukkan ke dalam api -tembikar yang telah dibakar dimasukkan serta merta ke dalam sekam padi untuy menghitamkannya

-bahagian bawah tembikar disapu dengan damar untuk menggelakkannya daripada telap air PROSES PENGERINGAN DAN PEMBAKARAN keringkan tembikar sama rata elakkan tembikar yang sudah kering daripada terkena air bakar tembikar sehingga kering secukupnya supaya tembikar menjadi pejal, keras dan tidak telap air TEKNIK MENGHIAS TEMBIKAR labu dihias sewaktu permukaan tembikar masih dalam keadaan lembut menggunakan motif geometri dan organik alat yang digunakan terdiri daripada pengukir kayu atau besi teknik menghias tembikar: 1. teknik menekan 2. teknik kelar / guris 3.teknik mengikis dan mengukir KEMASAN & PERSEMBAHAN 1. bentuk tembi kar seimbang, rata dan kukuh 2. muncung tembikar halus dan tidak serpih 3. tapak tembikar sempurna dan tidak serpih 4. leher tembikar kemas dan bentuknya sesuai serta seimbang 5. ragam hias garisan dan lorek terang dan tersusun ukiran jelas kesan tekanan nyata dan teratur panai dibentuk sekata dan kemas sambungan tampalan corak bunga timbul sesuai dengan keseluruhan bentuk PEMELIHARAAN & PENJAGAAN pastikan tembikar benar -benar kering sebelum disimpan tembikar hendaklah diletakkan di tempat yang rata dan selamat sewaktu digunakan cara mengilap tembikar hendaklah dilakukan secara cermat kerana tembikar mudah pecah TOKOH TEMBIKAR 1. Pn. Hasnah Adnan (perak) 2. Pn. Sofia (Perak) 3. Pn. Hawa Bt Ngah Salam ( Perak ) 4. Hajjah Rogayah bt Salleh (Perak) 5. Ng. Lee Huat (Sarawak) TEMBIKAR DIMENSI BARU 1.Fungsi perhiasan diri dan hiasan rumah serta pejabat 2.Alatan & bahan -menggunakan alatan moden seperti mesin pemutar, tanur elektrik dan tanur gas. -Menggabungkan kraf lain seperti anyaman, ukiran dll. -Penggunaan bahan campuran lain seperti kulit siput, daun kering, fabrik dll 3.Reka bentuk - dikomersialkan dengan mengambil kira keperluan dan aliran semasa 4.Reka corak -kesesuaian dengan bentuk dan penampilan semasa

5.Kemasan & persembahan - kemas dan kukuh seperti menyepuh dengan gerlis

You might also like