You are on page 1of 6

TUTORIAL 2

KESEIMBANGAN ALAM

Keseimbangan alam bermaksud keadaan di mana interaksi berlaku antara sesama organisma atau antara organisma dengan alam sekitar. Keseimbangan ini dapat mengekalkan kehidupan. Kitaran biogeokimia atau kitar nutrient adalah satu laluan dimana unsur-unsur kimia atau molekul bergerak melalui kedua-dua komponen biotik dan abiotik bumi. Untuk mencapai keseimbangan alam, peranan kitar semulajadi amatlah penting. Antara kitar semula jadi tersebut adalah :

y y y y

Kitar air atau kitar hidrologi Kitar nitrogen Kitar karbon Kitar oksigen

KITAR AIR

Dalam kitar air, air boleh bertukar bentuk daripada cecair, wap air dan pepejal melalui kitaran ini. Air bergerak dari satu takungan kepada takungan yang lain seperti dari sungai ke laut atau dari laut ke atmosfera melalui proses-proses fizikal seperti pegewapan, kondensasi, penurasan, pemendakan, ataupun pengaliran permukaan. Kitar air ini juga melibatkan pertukaran tenaga haba yang mengakibatkan suhu

berubah. Semasa proses pengwapan, air menyerap tenaga dari persekitaran dan menyejukkan persekitaran. Berbeza pula dengan proses kondensasi dimana air akan membebaskan tenaga dan memanaskan persekitarannya.

Dengan perpindahan air dari satu kawasan tadahan ke kawasan tadahan yang lain, kitar air menulenkan air, membekalkan tanah dengan air bersih , dan memindahkan garam mineral ke bahagian bumi yang lain. Air juga terlibat dalam proses mengubah struktur geologi bumi melalui proses hakisan dan pemendakan. Sebagai tambahan

disebabkan kitar air melibatkan pertukaran haba , ia juga memberikan kesan kepada iklim sesuatu ekosistem. Kitar air ini ditunjukan dengan Rajah 1.

Rajah1 : Kitar Air KITAR NITROGEN

Komponen utama kitar nitrogen bermula dengan unsur nitrogen di udara. Dua nitrogen oksida di temui di dalam udara hasil daripada interaksinya dengan oksigen. Nitrogen hanya akan bertindak balas dengan oksigen dengan kehadiran suhu dan tekanan yang tinggi semasa kilat dan dalam tindak balas pembakaran dalam logi kuasa atau dalam enjin pembakaran internal. Asid nitrik, NO dan nitrogen dioksida NO2 terbentuk dalam keadaan ini. Nitrogen dioksida boleh bertindak balas dengan air hujan untuk membentuk asid nitrik, HNO3. Nitrat yang terbentuk boleh digunakan oleh tumbuhan sebagai nutrien. Nitrogen diudara telah bertukar menjadi bahan biologi melaui tindakan bakteria dan alga dalam proses pengikatan nitrogen. Tumbuhan kekacang seperti kacang soya dan kacang tanah membentuk bintil-bintil di akarnya dimana bakteria

pengikat nitrogen ini, mengikatkan nitrogen di udara

dan menukarnya kepada

ammonia, NH3. Amonia ini kemudiannya ditukarkan oleh bakteria lain kepada ion nitrat (NO2-) , kemudian kepada ion nitral lain (NO3-). Ion Nitrat ini akan digunakan oleh tumbuhan sebagai nutrien atau baja untuk pertumbuhan. Nitrogen digabungkan dalam banyak asid amino yang akan seterusnya menghasilkan protein. Amonia juga boleh dihasilkan melalui proses sintetik yang dinamakan Proses Haber. Nitrogen dan

hidrogen bertindak balas di dalam keadaan tekanan dan suhu yang tinggi.

KITAR KARBON DIOKSIDA

Aliran karbon dalam pelbagai bentuk adalah penting kerana semua benda hidup mengandungi karbon walaupun dalam bentuk yang berbeza. Kebanyakan karbon boleh diperolehi dalam bentuk simpanan mendapan karbonat di bawah permukaan bumi. Ianya terhasil daripada pokok dan haiwan yang telah reput dan termendap lama di bawah permukaan bumi. Contohnya, tumbuhan yang membentuk gambut dan haiwan yang mati membentuk hidrokarbon dalam batuan seperti petroleum dan arang batu serta karbonat seperti kalsium karbonat. Karbon juga banyak terbentuk sebagai gas

karbon dioksida terlarut dalam air dan terdapat di udara. Komponen gas karbon dioksida hanya 2 % daripada komposisi karbon yang dibekalkan melalui proses pernafasan oleh organisma seperti haiwan, pembebasan oleh pembakaran bahan fosil yang dijadikan bahan api terutama dari industri dan kenderaan. Turut terbebas gas karbon dioksida ialah melalui pembakaran sampah sarap , pereputan bahan organik. Secara semulajadi juga letusan gunung berapi akan membebaskan gas-gas karbon dioksidan. Gas-gas ini akan beredar dalam udara di lapisan atmosfera.

Apabila ada gas karbon dioksida yang dikeluarkan dan ada karbon dioksida yang masuk atau diserapkan atau disimpan, maka fenomena ini didikenali sebagai kitar karbon. Tumbuh-tumbuhan adalah agen utama menseimbangkan kandungan karbon dioksida dan oksigen di udara melalui proses fotosintesis. Tetapi apabila kandungan udara terlalu banyak karbon dioksida , larutan akan menolong kaorbon tumbuhan doksida

menseimbangkan

kandungan

karbon dioksida iaitu

gas-gas

diserapkan ke dalam air lautan. Orgamisma laut seperti siput, kerang dan sebagainya akan menyimpan karbon dalam bentuk kalium karbonat. Apabila udara telah berkurangan karbon dioksida maka karbon dikosida dari lautan akan dikeluarkan atau diserap semula ke atmosfera.

KITAR OKSIGEN

Kitar oksigen merupakan proses pengambilan,penggunaan dan pengembalian oksigen dalam atmosfera secara berterusan. Kitar oksigen berkait rapat dengan kitar karbon. Oksigen digunakan dalam proses_proses pernafasandan pereputan tumbuhan dan

haiwan serta pembakaranbahan-bahan api. Sebaliknya, dalam proses fotosintesis oksigen dibebaskan dan dikembalikan ke udara. Maka,kitar karbon dan kitar oksigen memastikankandungan karbon dioksida dan oksigen tetap sepanjang masa.

Rujukan

http://oasis4.netfirms.com/b55.html

You might also like