You are on page 1of 27

1.

0 PENGENALAN Ceramah yang baik dapat memberi kesan yang mendalam pada pendengar serta dapat mewujudkan cetusan minda yang baru dalam sesuatu bidang. Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, ceramah ditakrifkan sebagai ucapan membicarakan sesuatu perkara dan pengemukaan fikiran atau idea-idea melalui perucapan yang disampaikan secara dua hala. Manakala sumber dari Internet pula mendefinisikan ceramah sebagai satu pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Dalam erti kata lain, ceramah berupa penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, iaitu topik yang disampaikan oleh penceramah kepada penonton. Menerusi ceramah, penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum atau topik baharu, dapat disampaikan oleh penceramah kepada pendengar atau penonton. Ceramah lazimnya bertujuan untuk memujuk atau proses seseorang perucap mempengaruhi atau mengubah sikap, kepercayaan, pemikiran atau tindakan audien sasaran.

2.0 CERAMAH Ceramah boleh dibahagikan kepada topik-topik yang berikut:

3.0 Konsep ceramah

6.0 Alat-alat bantu ceramah

CERAMAH

4.0 Ciri- ciri ceramah

5.0 Strategi berceramah

Seperti yang dikehendaki dalam soalan tugasan, ceramah dibahagikan kepada sub unit yang terdiri daripada konsep ceramah yang akan mentakrifkan definisi ceramah, ciri-ciri ceramah, strategi berceramah dan alat-alat bantu yang sesuai digunakan dalam penyampaian ceramah.

3.0 KONSEP CERAMAH

3.3 Tujuan ceramah

3.1 Definisi ceramah

3.2 Proses penyampaian ceramah

Konsep ceramah pula boleh dibahagikan kepada tiga elemen utama iaitu definisi ceramah. tujuan ceramah dan proses penyampaian ceramah. Dalam sub topik ini, maksud sebenar ceramah akan dihuraikan dengan lebih terperinci dan lebih mendalam.

3.1 Definisi ceramah.

Definisi ceramah
Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, ceramah ditakrifkan sebagai ucapan membicarakan sesuatu perkara dan pengemukaan fikiran atau idea-idea melalui perucapan yang disampaikan secara dua hala. Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu yang disampaikan oleh orang yang pakar dalam bidang tersebut.

3.2 Proses penyampaian ceramah.


Individu yang bertanggungjawab meluahkan isi bicaranya di khalayak dengan tujuan tertentu. Kandungan isi bicara yang diluahkan.

Penceramah

Bahan ceramah/ skrip

Persembahan ceramah/ situasi Gaya ucapan disampaikan atau keadaan sesuatu ucapan diadakan.

Audien

Kumpulan manusia yang mendengar bicara dan seterusnya bertindak balas terhadap bicara tersebut.

3.3 Tujuan ceramah. Ceramah juga boleh dikelaskan berdasarkan tujuan ia dibuat. Biasanya untuk:

4.0 CIRI-CIRI CERAMAH YANG BAIK Ceramah yang baik lahirnya daripada penceramah yang baik dan bijak dalam mengendali sesi ceramahnya. Oleh itu, ceramah yang baik amat berkait rapat dengan kualiti penceramah tersebut.

4.1 Sifat-sifat penceramah yang berkesan.

4.2 Prinsip asas dalam penyampaian ceramah.

4.1 Sifat-sifat penceramah yang berkesan. Beberapa sifat yang positif perlu ada pada seseorang penceramah untuk menjadikan syarahannya lebih berkesan. Antaranya:

Berpengetahuan

Berkemahiran berucap

Berkeyakinan

Berkeperibadian dan berperawakan baik

Sifat-sifat penceramah yang baik dapat menjamin mutu ceramah yang disampaikan. Berikut adalah sifat-sifat yang perlu ada pada setiap diri penceramah untuk memastikan ceramah yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh audiens dengan sebaik-baiknya.
6

Berpengetahuan
Seseorang penceramah yang baik dan berkesan seharusnya berpengetahuan luas tentang isi ceramahnya, terutamanya perkara-perkara yang ada kaitan dengan ideaidea utama yang disampaikannya. Penceramah juga perlu peka dengan isu-isu semasa yang boleh dijadikan contoh bagi meyokong hujah-hujahnya.

Berkemahiran berucap Berupaya menarik perhatian audiens kepada ucapannya. Kemahiran begini hanya boleh diperoleh melalui latihan dan pengalaman. Seseorang penceramah yang mahir akan dapat memilih pendekatan dan cara penyampaian yang bersesuaian dengan audiens.

Berkeyakinan. Keberkesanan sesuatu ucapan bergantung kepada dirinya sendiri serta isi bicaranya. Keyakinan terhadap diri sendiri dan isi ucapan berkait rapat dengan pengetahuan dan latihan atau persediaan. Lazimnya, orang yang berpengetahuan luas lebih berkeyakinan dalam menyampaikan ceramahnya.

Berkeperibadian dan berperawakan baik. Kedua- dua faktor ini juga turut menghasilkan keberkesanan ucapan seseorang itu. Lazimnya, audiens bukan sahaja menilai isi ceramah yang disampaikan, bahkan juga siapa penceramah dan sifat peribadi penceramah tersebut. Ini termasuklah cara penceramah itu berpakaian, berjalan dan bergaul dalam majlis dan sebagainya.

4.2 Prinsip Asas Penyampaian Ceramah. Terdapat lima prinsip dalam menyampaikan ceramah seperti yang telah digariskan oleh Aristotle,iaitu:

Penguasaan

Penyusunan

Gaya bahasa

Pengumpulan

Prinsip Asas Penyampaian Ceramah

Penyampaian

Pengumpulan

Seseorang penceramah yang berkesan hendaklah mahir mengumpul maklumat Maklumat yang membentuk isi ceramah diperoleh melalui pembacaan ,berdiskusi dan sebagainya.

Penyusunan

Maklumat yang telah dikumpulkan hendaklah disusun supaya mudah diikuti oleh audiens. Paling asas, sesuatu ucapan itu hendaklah jelas dari segi pengenalan, isi dan penutupnya.

Penguasaan

Penceramah hendaklah sedaya upaya menguasai isi ceramahnya. Penguasaan bukan bermaksud menghafal tetapi benar-benar memahami apa yang bakal disampaikan.

Gaya Bahasa

Istilah-istilah yang sukar untuk difahami seharusnya dielakkan agar pendengar dapat memahami isi ceramah dengan lebih jelas. Sekiranya penceramah menggunakan istilah-istilah tersebut, dia haruslah mentakrifkannya dengan jelas.

Penyampaian

Gaya penyampaian penceramah juga merupakan perkara yang amat mustahak. Penyampaian termasuklah pengawalan suara, penggayaan bahasa badan khususnya mimik muka dan gerakan tangan, dan penampilan diri.

5.0 STRATEGI CERAMAH YANG BAIK Sebenarnya tidak ada strategi yang khusus untuk menghasilkan ceramah yang baik. Akan tetapi, langkah-langkah yang berikut amat berguna untuk dijadikan panduan dalam menyampaikan ceramah yang berkesan. Antaranya:

5.1 Menangani kegugupan.

5.2 Menganalisis audiens, majlis dan diri sendiri.

5.3 Mengumpul idea dan maklumat.

5.6 Merancang penutupan ceramah.

5.5 Merancang pengenalan ceramah.

5.4 Mengatur bahan ceramah.

5.7 Membuat latihan.

5.8 Menyampaikan ceramah.

10

5.1 Menangani kegugupan. Ramai orang menganggap kegugupan atau darah gemuruh merupakan gejala yang paling besar sewaktu hendak berucap, apatah lagi ketika menghadapi audiens yang ramai bilangannya.

Punca kegugupan

berpunca daripada Setiap orang Penceramah perasaan tegang . Yang kedua, yang memberi juga kadangyang dirasakan pengucap Yang pertama, ceramah kadang khuatir berasa tertekan dalam otak. pengucap pastinya isinya mungkin Ketegangan ini kerana tidak berasa tertekan mahukan segala ditolak, disebabkan oleh adanya kerana perasaan apa yang bahasanya tidak dua tekanan kepastian dan dan desakan disampaikannya dapat difahami yang jaminan bahawa untuk berjaya. diterima dan atau isinya tidak menghantui beliau akan dipersetujui oleh dapat diikuti oleh pemikiran berjaya. audiens. audiens. pengucap atau penceramah

11

5.1.1 Kaedah Mengawal Kegugupan Oleh itu, untuk memastikan ceramah dapat disampaikan dengan berkesan, beberapa kaedah dilaksanakan bagi mengawal kegugupan tersebut. Antaranya:

Sedarilah bahawa kegugupan adalah perkara normal yang dihadapi oleh pengucap.

Sebenarnya kita kelihatan lebih berkeyakinan daripada apa yang kita rasa.

Kegugupan boleh dikurangkan dengan pengalaman.

Audiens hadir untuk mendengar ucapan yang berkesan, bukan untuk mencari kesilapan kita.

Tumpukan lebih perhatian kepada isi ucapan daripada cara hendak melafazkannya.

Buat persediaan yang cukup.

Gunakan kaedahkaedah untuk memusatkan tumpuan fikiran kepada ucapan.

Analisis audiens.

Lakukan senaman kecil.

Tarik nafas dalamdalam.

Pilih audiens yang mesra sebagai tumpuan pada awal bicara.

12

5.2 Menganalisis audiens, majlis dan diri sendiri. Untuk menjadikan sesuatu ceramah itu sesuai dan enak diterima oleh audiens, ketigatiga perkara tadi perlu dianalisis terlebih dahulu.

5.2.1 Menganalisis audiens

5.2.2 Menganalisis majlis

5.2.3 Menganalisis diri sendiri

5.2.1 Menganalisis audiens. Penganalisisan audiens ini boleh dibuat sekiranya kita telah biasa atau mengenali mereka. Sekiranya audiens ini merupakan kumpulan baru bagi kita, yakni kita belum pernah berucap atau memberi ceramah kepadanya, maka eloklah kita datang lebih awal ke tempat tersebut dan bergaul dengan mereka untuk mendapatkan sedikit maklumat.

13

Antara perkara-perkara yang perlu diambil kira adalah:

Ambil tahu perkara-perkara yang mereka telah sedia tahu

Ambil tahu apakah sikap mereka terhadap bahan ceramah atau subjek kita

Ambil tahu juga sikap mereka terhadap kita sebagai penceramah

Kenal pasti pekerjaan atau punca pendapatan mereka

Anggarkan status ekonomi mereka

Ambil tahu tahap persekolahan mereka

Ambil tahu status sosial mereka

Adakah audiens kita semua lelaki? Semua perempuan? Atau bercampur lelaki perempuan?

Bagaimana dengan peringkat umur audiens kita?

Apakah saiz audiens kita?

Ambil kira agama, bangsa serta ideologi mereka secara umum

14

5.2.2 Menganalisis Majlis. Selain audiens, majlis yang kita akan berucap atau berceramah juga perlu dianalisis. Ini boleh dibuat dengan menghubungi pihak penganjur majlis itu atau datang sendiri lebih awal dan dapatkan maklumat daripada penyelaras atau pengerusi majlis. Antara perkara yang perlu diperhatikan ialah:

Apakah tujuan majlis itu diadakan?

Di mana majlis tersebut akan diadakan?

Apakah kemudahan-kemudahan yang telah sedia ada untuk kita gunakan semasa berceramah?

Apa pula acara selepas ceramah kita?

Ambil tahu agenda keseluruhan majlis

15

5.2.3 Menganalisis diri sendiri. Sesudah kita menganalisis audiens dan majlis, elok kita soal diri kita sendiri beberapa soalan. Antaranya:

Adakah pengetahuan kita tentang tajuk yang akan kita perkatakan nanti mencukupi?

Cukupkah masa untuk kita bersedia?

Adakah kita benar-benar berminat dengan bahan atau tajuk ceramah tersebut?

Adakah audiens akan menerima kita sebagai penceramah yang berpengetahuan?

Soalan dapat memberi keyakinan terhadap penceramah untuk menyampaikan ceramahnya dengan berkesan.

16

5.3 Mengumpul Idea dan Maklumat. Terdapat 4 langkah utama dalam pengumpulan idea dan maklumat, iaitu;

Pembuktian kepada hujah kita

Langkah 1: Mencatatkan apa sahaja mengenai darihal tajuk tersebut

Jelaskan maksud idea kita Jadikan idea-idea kita mudah diingati Jadikan ceramah lebih ceramah

Nota Potongan artikel daripada majalah atau akhbar Koleksi risalah, buletin atau brosur

Mengumpul idea dan maklumat

Langkah 2: Perolehan koleksi maklumat

Membaca buku dan jurnal


Langkah 3: Membuat rujukan

Menemu ramah individu yang dirasakan boleh memberi info yang berguna
Melakar menggunakan kaedah peta minda

Langkah 4: Merancang topik dan sub topik

17

5.4 Mengatur bahan ucapan. Bahan atau maklumat yang telah dikumpulkan perlu disusun supaya membentuk sebuah teks ceramah yang lengkap.

5.4.1 Format ceramah

5.4.2 Pembahagian

Mengatur bahan ucapan

5.4.3 Penyusunan isi

5.4.4 Peralihan isi

5.4.1 Format ceramah. Setiap ceramah terdiri daripada pengenalan, isi dan juga penutupnya.

Pengenalan

Badan atau isi

Penutup

18

Pengenalan ucapan

Salam dan ucap selamat. Contoh: Selamat Pagi, Salam bagi yang beragama Islam. Penghormatan protokol. Contoh: Yang Amat Berhormat (Perdana Menteri), Yang Berhormat (wakil rakyat, senator) Preview: menyatakan sepintas lalu apa yang akan kita perkatakan dengan panjang lebar dalam ceramah kelak.

Badan atau isi ceramah

Idea utama: isi-isi utama yang akan disampaikan dengan panjang lebar. Susunan isi: idea-idea utama perlu disusun dengan baik agar memudahkan pendengar. Sokongan data: menyediakan contoh-contoh yang berkaitan.

Penutup ceramah

Review isi-isi ceramah: membuat keseluruhan isi. Kenyataan untuk diingati: mengulang semula petikan-petikan yang menarik. Penyudah bicara: merupakan noktah dalam penyampaian. Contoh: 'Sekian,terima kasih'.

5.4.2 Pembahagian. Sebenarnya tiada pembahagian yang khusus untuk ceramah, tetapi kelaziman yang dibuat oleh penceramah yang mahir adalah:

Pengenalan

Badan atau isi

Penutup

15 peratus Anggaran masa: 10 minit

75 peratus Anggaran masa: 50 minit

10 peratus Anggaran masa: 10 minit

19

5.4.3 Penyusunan isi. Salah satu perkara yang menjadikan sesuatu ceramah itu enak didengar dan mudah diikuti adalah cara isinya disusun. Terdapat beberapa cara penyusunan isi dalam ceramah. Antaranya:

Susunan masa

Susunan ruang

Susunan subtopik

Susunan sebabmusabab

Susunan masalah penyelesaian

Susunan pro-kontra

5.4.4 Peralihan isi. Peralihan perlu ada supaya isi antara ceramah tidak kelihatan terputus-putus. Oleh itu, perlu ada kaitan antara isi terdahulu dengan yang berikutnya. Contoh:

"...Faktor pertama...faktor kedua...faktor ketiga...,dan faktor keempat"

"Mula-mula...,ekoran dari itu...,seterusnya.."

"...sebaliknya...,oleh itu..., justeru itu.."

Pendek kata, apa sahaja perkataan atau rangkai kata yang boleh menjadi penghubung atau sendi antara isi-isi utama boleh dipilih.

20

5.5 Merancang Pengenalan Ceramah. Tujuan pengenalan bagi sesuatu ceramah itu adalah untuk menarik minat audiens kepada tajuk yang akan kita perkatakan. Selain itu, ia juga berguna untuk membuat audiens mendengar dengan bijaksana dan mesra. Antara langkah penting dalam bahagian ini adalah:

5.5.1 Teknik menarik perhatian 5.5.2 Perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam ceramah

21

5.5.1 Teknik Menarik Perhatian. Ada beberapa cara untuk menarik perhatian audiens. Antaranya:

Nyatakan fakta-fakta menarik atau unik

Berikan statistik

Ajukan soalan yang menjana kemahiran berfikir

Berikan kenyataan-kenyataan lucu

Berikan petikan-petikan daripada tokoh-tokoh terkenal Merujuk majlis, audiens, atau diri sendiri sebagai penceramah

Bercerita

Menyatakan peristiwa-peristiwa bersejarah

Menekankan kepentingan subjek

Penghormatan peribadi iaitu memuji audiens secara jujur

22

5.5.2 Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa berceramah.

Penghuraian yang berbelibelit

Menunjukkan ego

Menyinggung audiens

Menengok jam

Teknik menarik perhatian yang tidak berkenaan

Perkara-perkara sedemikian seharusnya dielakkan oleh para penceramah bagi memastikan ceramah mereka berkesan di hati para hadirin. Ceramah yang baik lahirnya daripada penceramah yang berkaliber.

23

5.6 Merancang Penutup Ceramah. Tujuan penutup sesuatu ceramah adalah untuk menyediakan audiens supaya berhenti mendengar atau mengurangkan konsentrasi mendengar. Langkah-langkah yang berikut perlu ada dalam penutup ceramah.

memberitahu audiens bahawa kita telah sampai ke penghujung bicara dan akan berhenti. membuat ringkasan mengenai isi ceramah Review ceramah

Kenyataan untuk diingati Merujuk kembali tema majlis Membuat rayuan akhir Mengemukakan soalan Membentuk mood Memberi cabaran

Menukar gaya bercakap Mengaku lupa idea Berhenti tiba-tiba Menyalahkan masa Huraian panjang

Perkara-perkara yang perlu dielakkan

24

5.7 Membuat latihan berucap. Latihan amat perlu bagi semua penceramah terutamanya penceramah-penceramah yang kurang berpengalaman. Malah yang berpengalaman juga perlu berlatih kerana setiap penyampaian ceramah adalah berbeza dari segi isi, ulasan, audiens mahupun situasi majlis.

Hafal idea, bukan perkataan

Berlatih bersama 'audiens' palsu

Anggar masa

Rujuk kad nota

Rakamkan latihan

Jangan ubah kadar berceramah kerana masa

Hayatilah ceramah kita itu

Jangan adakan latihan khas bahasa badan

Berlatih guna alat-alat bantu

25

5.8 Menyampaikan ceramah. Setelah membuat cukup persediaan dari segi isi, latihan dan sebagainya, maka tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu masa untuk menyampaikan ceramah.

Gaya tersendiri

Berkeyakinan

Jangan gopoh

Bercakaplah dengan audiens

Jangan mula dengan merujuk nota

Hubungan (contacts) dengan audiens

Rujuk nota hanya sekali-sekala

Kawal suara

Berdiri tegak

Tunjukkan bahawa kita gemar berceramah

Jangan gelisah

Bahasa badan

Sembunyi kesilapan

Gunakan alat bantu dengan berkesan

Beredarlah dengan yakin

26

6.0 ALAT-ALAT BANTU YANG DIGUNAKAN DALAM CERAMAH Alat-alat yang digunakan dalam ceramah dapat membantu para penceramah supaya mereka dapat menyampaikan idea atau hujah mereka dengan lebih baik.

Mikrofon

digunakan untuk memperkuatkan suara apabila berceramah terutama apabila menghadapi audiens yang ramai bilangannya.

Mikrofon stand

membolehkan mikrofon diletakkan secara statik agar penceramah dapat menggayakan bahasa badan.

Pembesar suara

lazimnya digunakan bersama mikrofon bagi membesarkan volume suara.

Postrum

Merupakan tempat untuk meletakkan nota-nota dan segelas air (sekiranya disediakan)

Komputer riba

digunakan untuk membantu penceramah bagi memperjelaskan isi ceramah kepada audiens. Contoh: Persembahan slaid (power point)

Projektor

digunakan bersama komputer riba bagi menayangkan apa yang terkandung dalam persembahan slaid.

Overhead projektor (OHP)

sudah jarang digunakan pada masa kini. Walaubagaimanapun, alat ini masih boleh membantu para penceramah menerangkan isi ceramah dengan lebih jelas. Lazimnya diedar apabila ketiadaan alat bantu visual. Risalah yang diedarkan mestilah berkaitan dengan topik ceramah yang disampaikan.

Risalah

27

You might also like