You are on page 1of 1

kabinet arah rangka strategi bantu nelayan

publication: utusan

date: 14.7.2005

headline: kabinet arah rangka strategi bantu nelayan

byline: ekonomi- fauziah arof

putrajaya 13 julai - kabinet hari ini mengarahkan kementerian pertanian dan industri asas tani
merangka strategi khas bagi membantu nelayan yang kini terpaksa mengehadkan kegiatan
penangkapan ikan ekoran kenaikan harga diesel. menterinya, tan sri muhyiddin yassin berkata,
walaupun nelayan masih mendapat subsidi bahan api itu tetapi kebanyakan mereka hanya
mampu membayar rm1 bagi seliter diesel berbanding harga subsidi sekarang iaitu rm1.38 hingga
rm1.40 seliter. menurutnya, kementerian menerima banyak memorandum daripada persatuan
nelayan yang mengadu mengenai pendapatan mereka terjejas ekoran kenaikan harga diesel.

``mereka terpaksa turun ke laut mengikut jadual dan tidak lagi setiap hari kerana faktor itu.
perkara ini juga menjejaskan jumlah tangkapan ikan negara,'' katanya selepas mempengerusikan
mesyuarat pasca kabinet kementerian itu di sini hari ini. mengenai harga subsidi diesel,
muhyiddin berkata, kerajaan tidak boleh memberi harga istimewa kepada nelayan kerana ia akan
menambah lagi tanggungan subsidi kerajaan terhadap bahan api itu di samping tidak wujud
keseragaman harga yang telah ditetapkan. sehubungan itu, katanya, kabinet mahu kementerian
dan lembaga kemajuan ikan malaysia (lkim) mengatur strategi tertentu bagi membantu nelayan.

katanya, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan persatuan nelayan dalam tempoh
terdekat ini bagi mengetahui masalah mereka. dalam pada itu, muhyiddin memberitahu,
jawatankuasa pembangunan ternakan negara yang dipengerusikan beliau sendiri telah bersidang
pada 7 julai lalu bagi memperhalusi dasar dan pelan tindakan industri ruminan negara melibatkan
pengeluaran daging lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. ``kita mengambil ketetapan mengenai
sasaran pengeluaran di mana pada tahun 2010, diunjurkan permintaan daging lembu meningkat
kepada 137,300 tan metrik.

``dengan sasaran kadar sara diri 40 peratus, maka daging lembu yang perlu dikeluarkan dalam
negara adalah sebanyak 54,700 tan metrik melibatkan populasi dua juta lembu,'' katanya.
muhyiddin berkata, sasaran pengeluaran daging kambing negara pula adalah sebanyak 4,300
metrik tan menjelang 2010 dengan kadar sara diri 20 peratus berbanding 10 peratus unjuran
semasa.

You might also like