You are on page 1of 1

rm19j bangunkan kawasan nelayan

oleh ismail mat

lkim bina projek penempatan di tok bali

kota bharu: kerajaan pusat sedang membangunkan kawasan seluas 38 hektar di tok bali, pasir
puteh, di sini membabitkan peruntukan rm19 juta bagi menempatkan kira-kira 300 keluarga
nelayan miskin tegar di negeri ini.

ketua pengarah lembaga kemajuan ikan malaysia (lkim), datuk mustafa ahmad, berkata lkim
dilantik sebagai agensi pelaksana projek terbabit dengan peruntukan disalurkan kementerian
pembangunan luar bandar dan wilayah menerusi skim program kesejahteraan rakyat (spkr).

beliau berkata, ketika ini, kerja pembersihan tapak dijalankan kontraktor dilantik, sebelum
pembinaan 300 rumah dibuat bagi menempatkan semua keluarga nelayan terbabit.

“kita jangka projek perumahan itu mampu disiapkan menjelang 2010 yang menempatkan 300
keluarga nelayan miskin tegar yang dikenal pasti dari semua jajahan pesisir pantai di kelantan.

“menerusi penempatan keluarga terbabit di situ, kita berharap kehadiran mereka akan menjadi
sebahagian daripada sumber tenaga buruh untuk pelbagai projek industri perikanan yang sedang
dan akan dilaksanakan di tok bali," katanya.

beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan


persatuan nelayan negeri kelantan (peneka) ke 23 di sini, semalam. hadir sama pengarah lkim
kelantan, ab llah rashid dan pengerusi peneka kelantan, ilias hassan.

mustafa berkata, menerusi pelan pembangunan industri berasaskan perikanan di tok bali secara
berperingkat, kerajaan akan membangunkan pelabuhan laut dalam di kawasan itu yang
menyediakan pelbagai kemudahan untuk kapal dan bot nelayan laut dalam mendaratkan hasil
tangkapan di situ.

katanya, ketika ini usaha mendalamkan kawasan pelabuhan dijalankan sebelum disusuli usaha
memanjangkan dermaga pelabuhan dengan tambahan 160 meter kepada jarak 180 meter ketika
ini.

"secara keseluruhan kawasan pelabuhan perikanan tok bali membabitkan kawasan tanah seluas
kira-kira 40 hektar. ia bukan setakat menempatkan dermaga pendaratan ikan, malah
menempatkan kilang pemprosesan hasil laut serta kilang baja ikan.

"kita akan berusaha menarik pelabur asing termasuk dari thailand melabur dengan membuka
kilang di kawasan pelabuhan ini, yang secara tidak langsung menyediakan peluang pekerjaan
untuk penduduk dan keluarga nelayan tempatan," katanya

You might also like