You are on page 1of 1

POIC mempunyai Infrastruktur pelabuhan terbaik di Sabah

Lahad Datu : Kelompok Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) merupakan infrastruktur


pelabuhan yang terbaik di Sabah dengan keistimewaan pelabuhan yang
mempunyai kedalaman sehingga 25 meter yang tidak terdapat di tempat lain.
Pengerusi POIC yang juga merupakan Ahli Parlimen P.188 Silam, YB Datuk Haji Datu
Nasrun Haji Datu Mansur berkata, ia dilengkapi dengan terminal pelabuhanpukal
kering, terminal cecair, dan yang terbaru terminal kontena bernilai RM450 juta yang
dibiayai kerajaan persekutuan dan dijadual siap pada hujung 2016 dan akan
digunakan pada Januari 2017.
Hal ini terbukti kerana sehingga Januari 2016, POIC berjaya menarik pelaburan
sehingga RM9 bilion sejak dibangunkan pada tahun 2005 hasil daripada 62 pelabur
yang telah membeli tanah dan membina infrastruktur asas bagi keperluan industri
berkenaan, katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja sehari ke POIC bagi
meninjau perkembangan dan pembangunan POIC selama 10 tahun penubuhannya.
Tambah Nasrun, pelabur asing merupakan faktor penting dalam melonjakkan sektor
perindustrian Sabah kepada kedudukan lebih tinggi dalam ekonomi negeri. POIC
akan sentiasa memberi tumpuan untuk membangunkan infrastruktur menyeluruh
dan bersesuaian bagi menarik lebih ramai pelabur asing.
Lawatan sehari tersebut dimulakan dengan taklimat berkenaan perkembangan POIC
yang telah disampaikan oleh Datuk Dr Pang Teck Wai, Ketua Pegawai Eksekutif POIC
Sabah Sdn Bhd bertempat di Pejabat POIC di sini.
Nasrun juga dibawa melawat ketiga-tiga terminal pelabuhan dan meninjau sendiri
operasi yang sedang dijalankan sebelum dibawa melawat ke tiga kilang
perindustrian terbaik di POIC iaitu Mewah Datu Sdn Bhd, Ecooils Sabah Sdn Bhd,
dan Genting Biodiesel Sdn Bhd.

Kapsyen Gambar :
1. Nasrun mendengar taklimat dari Dr Pang
2. Nasrun ketika melawat terminal pelabuhan kering
3. Nasrun ketika melawat terminal pelabuhan kontena yang masih dalam
pembinaan
4. Nasrun bergambar kenangan selepas melawat Kilang Mewah Datu Sdn Bhd
5. Nasrun bergambar kenangan selepas melawat Kilang Genting Biodiesel Sdn
Bhd
6. Nasrun bergambar kenangan selepas melawat Kilang Ecooils Sdn Bhd

You might also like