You are on page 1of 25

PUSAT PENGAJIAN BANGUNAN,

PERUMAHAN DAN PERANCANGAN



LAPORAN LATIHAN AMALI


NAMA : MUHAMMAD SYABIL BIN RAMLI
NOMBOR MATRIK: 110665
PROGRAM : TEKNOLOGI BANGUNAN
TARIKH : 27/9/2013


Bahagian A


LAPORAN LATIHAN AMALI


Nama : Muhammad Syabil Bin Ramli
Program : Teknologi Bangunan.
Tahun : Dua (2)
No. Kp : 910710-01-6887
No. Matrik : 110665
Nama Syarikat : Zulkanain Bin Abdul Majid
Alamat : No 9 Tingkat 1, Pusat Perniagaan Naib Long, Jalan Muar , 84900 Tangkak , Johor
Darul Takzim
Nama penyelia : Encik Zainal Bin Aris
Tempoh latihan : 12 Minggu.
Pensyarah yang melawat : Dr Shardy Abdullah






LATAR BELAKANG SYARIKAT.
SYARIKAT HAJI ZULKANAIN BIN ABDUL MAJID ADALAH SEBUAH SYARIKAT
PERSENDIRIAN KEPUNYAAN BUMIPUTERA 100 % YANG BERDAFTAR DENGAN PUSAT
KHIDMAT KONTRAKTOR ( PKK ) DAN LEMBAGA KEMAJUAN INDUSTRI PEMBINAAN
MALAYSIA ( CIDB ). SYARIKAT INI TELAH DIDAFTARKAN PADA 17 OGOS 1984 DAN DI
MILIKI OLEH TUAN HAJI ZULKANAIN BIN ABDUL MAJID. SYARIKAT INI JUGA TELAH DI
DAFTARKAN DI BAWAH KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SEBAGAI KONTRAKTOR
DALAM BIDANG BEKALAN DAN PERKHIDMATAN.SEGALA PENGALAMAN YANG
DITIMBA DALAM BIDANG PEMBINAAN DAN PERKHIDMATAN TELAH DIMANFAATKAN
SEPENUHNYA UNTUK MENJADIKAN SYARIKAT INI MAMPU BERSAING SECARA SIHAT
DENGAN LAIN LAIN SYARIKAT YANG SUDAH BERJAYA.


NAMA SYARIKAT : ZULKANAIN BIN ABDUL MAJID

ALAMAT SYARIKAT : NO 9 TINGKAT 1,
PUSAT PERNIAGAAN NAIB LONG
84900 TANGKAK.JOHOR

NO PENDAFTARAN : JM 0110254-D
PERNIAGAAN

TARIKH DIDAFTARKAN : 17 OGOS 1987

NO TELEFON : 06-9783926
013-7744399

NO FAX : 06-9785393

PEMEGANG SAHAM : ZULKANAIN BIN ABDUL MAJID
100 %

KELAS PENDAFTARAN



PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR : NO SIJIL - 0106 A 2000 0760

TEMPOH - 28/07/2011 27/07/2013

KELAS - C

TARAF - BUMIPUTERA

KEPALA - I 1,7a,7b
II 1,2a,8b
IV 1,3b,6a,8


KEMENTERIAN KEWANGAN : NO SIJIL - KB 494 / 357 / 20705
MALAYSIA
TEMPOH - 07/04/2011 06/04/2014

TARAF - BUMIPUTERA

KEPALA - 080200 080500
220206 220401
220402 220403
220803



BAHAGIAN B.

Senarai tugas yang diberi oleh syarikat semasa Latihan Amali Wajib :

A) Membuat Pengiraan barang-barang yang diperlukan untuk sebuah projek surau di Taman
Pasak Indah,Pasak, Kota Tinggi, Johor.
B) Memantau kerja pemasangan tangki septik dan pemasangan paip di Tapak.
C) Membuat Perbandingan harga bahan pembinaan di beberapa pembekal untuk mendapatkan
harga,kuantiti,kaedah pembayaran dan belajar membuat Request For Quatation(RFQ)
D) Mengambil gambar bangunan dan membuat jadual mengikut tempat/lokasi, jenis dan
anggaran kos.
E) Menguruskan masalah dan pembaharuan permit kerja untuk pekerja asing.Bertindak sebagai
wakil syarikat.
F) Membuat pengiraan penggunaan perkhidmatan jentera untuk projek-projek syarikat untuk
tujuan audit dan pembayaran.
G) Memeriksa kerosakan yang masih ada selepas kerja kerja pengubahsuaian pejabat oleh
kontraktor.
H) Memantau kerja Projek Membekal, membina & menyiapkan 3 unit 'AYU' 13 blok banglo,
rumah berkembar 'BAIDURI [terdiri daripada 26 unit rumah] dan kerja-kerja sampingan yang
lain di Chini 2 Kilang Minyak Sawit, Pahang.
I) Memantau kerja Projek Membina dan Menyiapkan Rumah Kakitangan dan Pejabat serta
Lain-lain Kerja Berkaitan di Felda Parit Haji Idris, Muar , Johor Darul Takzim.






J) Menghadirkan diri ke seminar bertajuk Contract,Payments and Claims anjuran CIDB.
Seminar bertujuan untuk mendapatkan mata tahunan CIDB. Seminar berlangsung dari 8pagi 5
petang. Wakil Syarikat menggantikan Majikan.
K) Melakukan kerja-kerja harian lain di pejabat :
- Menghantar dan memindahkan perkerja dari satu tapak ke tapak kerja yang lain.
- Menyusun atur lukisan dan membuat salinan dokumen dokumen.
- Mengambil dokumen daripada tempat-tempat yang diarahkan.
- Berurusan dengan Bank,Jabatan Kerja Raya(JKR),Pejabat Pos,Tenaga Nasional
Berhad(TNB),Syarikat Air Johor(SAJ) dan lain-lain.
- Membuat rekod kerja setiap pekerja yang berada di tapak untuk urusan gaji.
L) Merekod data setiap inventori mengikut kategori yang ditetapkan iaitu asset pejabat untuk
kerja- kerja audit.








BAHAGIAN C
SUMBANGAN DARI SEGI KERJA DAN PENGLIBATAN.
Di Syarikat Zulkanain Bin Abdul Majid di mana saya ditempatkan untuk menjalani Latihan
Amali Wajib selama 12 minggu. Di dalam tempoh 2 minggu di awal latihan, saya diberi tugasan
untuk menjaga tapak pembinaan sebuah surau di Taman Pasak Indah, Pasak, Kota Tinggi, Johor
Darul Takzim.
Semasa berada di sana, pelbagai perkara baru dan istilah-istilah yang berbeza daripada
pembelajaran dan penggunaannya di kawasan pembinaan.





Kawasan pembinaan yang berada di bawah jagaan saya ini sudah berada di peringkat akhir
pembinaan dan hampir siap.Selama menjalani latihan, saya banyak berurusan dengan pihak
Felda kerana hampir keseluruhan projek yang dijalankan oleh syarikat saya ditempatkan
melaksanakan projek milik Felda.

Semasa berada di tapak pembinaan, Antara tugas yang diberikan ialah mengawas kerja-kerja
penanaman tangki najis/tangki septik di situ.


Kerja-kerja dimulakan dengan mengorek tanah
menggunakan jentera pengorek mengikut saiz yang
dikehendaki.
Tangki kumbahan kebiasaanya disediakan untuk
tiap-tiap rumah/bangunan yang tiada akses atau
terlalu jauh ke sistem pembentungan milik
kerajaan.Terdapat 2 jenis tangki yang popular
digunakan.
1.Tangki septik jenis konkrit.
2. Tangki jenis polythene.


(Tangki Jenis Polythene)

( Laluan paip bawah tanah untuk limpahan yang dilepaskan ke parit di belakang tapak surau)
Paip Limpahan.
Tangki septik tidak lengkap jika sistem limpahannya tiada.Sistem limpahan atau paip "overflow"
perlu dipasang agar tangki tidak penuh.Sistem limpahan boleh dipasang melalui 2 cara iaitu:

1.Kaedah peresapan dalam tanah.
Lubang-resap yang dipenuhi dengan batu kelikir (gravel) boleh digunakan untuk pembuangan
kotoran cecair.Kaedah ini sesuai digunakan untuk kawasan-kawasan yang sempit dan tiada
longkang yang dalam.Namun pada hari hujan air didalam tanah lambat meresap menyebabkan
cecair didalam tangki septik juga menjadi lambat di serap kedalam tanah.

(Rajah Kaedah Resapan tanah)

2.kaedah pelepasan terus ke longkang.
Satu paip dipasang terus ke longkang dengan syarat satu "filter bed" dibina untuk menapis
cecair sebelum cecair dilepaskan.

(rajah kaedah pelepasan terus ke longkang)
SUMBANGAN DARI SEGI KERJA DAN PENGLIBATAN.
Antara penglibatan saya ketika menjalani latihan industri antaranya ialah :
i. Menguruskan Masalah Berkenaan Pekerja Asing.

Saya diarahkan untuk menjadi wakil syarikat untuk berurusan dengan Jabatan Imegresen untuk
menyelesaikan masalah Over Stay beberapa pekerja asing. Pejabat ini terletak di Bandar Johor
Bharu. Saya mengambil masa dua hari untuk menyelesaikan masalah ini. Kelewatan berlaku
akibat daripada kekurangan dokumen perjalanan pekerja dan sudah terlalu lama menetap secara
haram di Malaysia. Denda yang dikeluarkan tinggi dan ada diantara pekerja tersebut yang
terpaksa dihantar pulang ke tanah air mereka semula.


Masalah tinggal melebihi tempoh ini berlaku akibat daripada kelemahan pihak majikan yang kurang
peka terhadap masalah pekerja asing mereka. Selama mengendalikan pekerja ini, mereka telah
mengeluarkan kenyataan kepada pegawai imegresen yang bertugas bagaimana perkara ini terjadi.
Akibat daripada masalah ini, kedua-dua pihak (Majikan dan Pekerja) boleh dikenakan denda. Namun
perkara ini dapat diselesaikan dengan pembayaran denda dan pembaharuan semula permit kerja
pekerja-pekerja asing tersebut.


Saranan saya kepada syarikat ialah supaya mereka lebih peka kepada masalah pekerja asing yang
mencari sesuap nasi untuk mereka dan keluarga di kampung. Menurut pekerja juga,setiap bulan duit gaji
mereka dipotong untuk tujuan pembaharuan permit,namun permit itu gagal diperbaharui oleh majikan.
Selain itu, masalah ini berlaku kerana kurangnya tenaga kerja di dalam pejabat tempat saya menjalani
latihan. Hanya terdapat seorang kerani untuk menyelesaikan segala kerja di pejabat. Kehadiran pelajar
latihan seperti kami sedikit sebanyak membantu kerani dalam urusan kecil yang lain seperti menghantar
surat ke pejabat pos,berurusan dengan bank, mengambil apa-apa dokumen lain. Kurangnya tenaga kerja
ini menyebabkan ade beberapa aspek yang terlepas pandang terutamanya dalam penjagaan masalah
pekerja.

ii. Mengawas Beberapa Buah Projek Di Sekitar Johor dan Pahang.
Pada awal latihan saya ditempatkan di projek surau di Pasak,Kota Tinggi. Selain itu saya juga diarah
untuk melihat beberapa Projek lain yang sedang berjalan.
Antaranya :

A) Projek Membekal, membina & menyiapkan 3 unit 'AYU' 13 blok banglo, rumah berkembar
'BAIDURI [terdiri daripada 26 unit rumah] dan kerja-kerja sampingan yang lain di Chini 2
Kilang Minyak Sawit, Pahang.


B) Projek Membina dan Menyiapkan Rumah Kakitangan dan Pejabat serta Lain-lain Kerja
Berkaitan di Felda Parit Haji Idris, Muar , Johor Darul Takzim.

Kerja Membuat "Form Work" bahagian tingkat 1.

Pejabat Felda yang telah siap diikat Batu Bata

C) Projek Membina dan Menyiapkan Sebuah Dewan Serbaguna di Felda Paloh, Kluang, Johor
Darul Takzim.


Pandangan Hadapan Dewan

Pandangan Sisi
PERKARA YANG DIPELAJARI SEMASA LATIHAN AMALI WAJIB.

Latihan Amali Wajib untuk pelajar ini sangat penting bagi menilai kemampuan pelajar
menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, mempunyai daya inisiatif dan kreativiti dalam
melaksanakan suatu organisasi. Latihan amali merupakan salah satu perkara penting yang
membantu pelajar lebih memahami kursus yang diambil. Latihan Amali membolehkan para
pelajar melihat jenis dan peluang pekerjaan yang bakal ditempuhi kelak. Dengan adanya Latihan
Amali Wajib, pelajar dapat menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan yang sebenar. Melalui
Latihan Industri ini ia dapat membantu pelajar mengetahui dan mendalami teori yang dipelajari.
Selain itu, para pelajar berpeluang mengetahui kesesuaian bidang yang diceburi dari segi
penampilan diri, fizikal dan mental, kebolahan menerima dan menjalankan sesuatu tugas yang
diberikan. Semua itu akan membantu pelajar memilih hala tuju dan matlamat hidup setelah tamat
pengajian nanti. Menanam sifat amanah bertanggungjawab dan berkeyakinan diri yang tinggi
serta mendisplinkan diri. Sebagai contoh datang awal ke tempat kerja mengikut masa yang telah
ditetapkan dan segala tugas yang diberikan oleh setiap kakitangan perlulah dilaksanakan dengan
penuh rasa tanggungjawab.

Di dalam melaksanakan tugas yang diberikan, pelajar perlu amanah dalam menyiapkan kerja
seperti menyiapkan tugasan-tugasan yang diberi dengan bersungguh-sungguh dan tidak
melengahkannya terutama tugasan yang diberikan oleh penyelia. Selain amanah kepada tugasan
yang diberikan, pelajar juga perlulah amanah kepada masa iaitu datang kerja tepat pada
waktunya. Daripada sikap-sikap tersebut, secara tidak langsung keyakinan diri akan bertambah.
Pelajar yang menjalani Latihan Amali ini akan mempunyai perwatakan, personaliti dan
keyakinan diri yang diperlukan oleh seorang pelajar yang bakal peneraju negara. Ini kerana para
pelajar ditugaskan membuat sesuatu yang mencabar tidak kira dari segi mental mahupun fizikal.
Aspek-aspek positif juga dapat membantu pelajar memperbaiki kelemahan yang ada di dalam
diri. Ia merupakan satu cabang untuk meningkatkan serta memajukan diri pelajar dalam
menguasai sesuatu kemahiran berdasarkan bidang yang dipelopori. Dengan itu, segala kemahiran
dapat diperbaiki. Pelajar-pelajar yang menjalani Latihan Amali Wajib akan mempunyai
perwatakan dan personaliti yang matang, berkaliber, mempunyai potensi diri untuk maju,
berwibawa serta jujur.
Menanam sikap dan semangat kerja berpasukan serta menjaga perhubungan baik sesama pekerja
dan di alam pekerjaan, setiap kerja dilakukan secara berkumpulan terutamanya dalam bidang
teknikal. Oleh itu, semangat kerja berpasukan perlulah ada dalam diri setiap individu. Semua
keputusan yang akan dibuat perlulah mendapat kata sepakat dari ahli kumpulan bagi
mengelakkan percanggahan idea dan tenaga. Secara tidak langsung pelajar dapat mempelajari
sikap kerja berpasukan tersebut selama mereka berada dalam latihan. Dalam berpasukan,
perhubungan perlu juga di jaga supaya dapat melancarkan kerja yang dijalankan.
Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa Latihan Amali Wajib memang berkesan kepada para
pelajar untuk lebih memahami teori yang dipelajari semasa tempoh menjalani Latihan Amali
Wajib ini. Selain itu, latihan ini adalah sebagai langkah awalan untuk membiasakan diri ke alam
pekerjaan yang sebenar. Memahami cabaran yang akan dihadapi apabila berhadapan dengan
ragam pekerja yang berbeza beza dan diambil sebagai suatu pengalaman yang berguna supaya
pelajar tahu untuk mengatasi masalah ini secara bijak tanpa berhadapan dengan sebarang konflik.

ANTARA PERKARA PENTING LAIN YANG DAPAT DIPELAJARI

PELAN BANGUNAN
Semasa menjalani latihan,banyak kekurangan dapat diperbaiki dalam aspek pembinaan
khususnya selain daripada mendapat pengalaman menempuh dunia pekerjaan. Antara aspek yang
penting dalam bidang ini ialah kemampuan untuk memahami pelan. Sebelum menempuh latihan
ini,pengatahuan tentang pelan bangunan telah dipelajari namun masih banyak kekurangan dan
ragu-ragu. Latihan ini telah memantapkan kemahiran pelajar untuk memahami pelan. Di sana
juga, Penyelia sangat menitik beratkan kemahiran ini.

Tujuan utama perkara ini ialah,Sebelum seseorang pelatih itu boleh memahami pelan bangunan,
pelatih-pelatih haruslah mengetahui istilah-istilah pelan seperti sudut pertama, ketiga, unjuran
garisfiniti, pelan dan lain-lain kertas penerangan ini menerangkan perkara-perkara yang tersebut
di atasnya.

PENERANGAN :

(a) Elevation ( Pelan Tegak )
Disetiap lukisan pelan, kita pasti terdapat sesuatu bangunan itu diberikan rupabentuknya dari
pandangan hadapan atau pelan tegak ( elevation ). Pelan tegak ini adalah untuk menunjukkan
secara keseluruhan bagaimana rupanya bangunan itu dipandang dengan mata kasar. Pelan tegak
ini hanya memberikan gambaran di luar bangunan itu, atau ianya hanya apa yang akan benar-
benar kita lihat ditengok dari luar. Rupa bentuk disebelah dalam atau dibelakangnya pastilah
tidak dapat dilihat kiranya pelan tegak ini diberikan

Pelan tegak selalunya diberikan dalam bentuk:-
(i) Pandangan dari hadapan
(ii) Pandangan dari belakang
(iii) Pandangan dari tepi

(b) Plan ( Pelan ) dilihat dari atas
Melalui pelan tegak, kita cuma diberi gambaran keseluruhan dari luar bangunan sahaja, untuk
mengetahui pula rupabentuk didalamnya, perlu dibuat pelan agar keadaan didalamnya dapat
dilihat. Pelan lukisan boleh dikatakan seolah-olah bangunan itu dikerat ditengahnya dan dilihat
dari atas. Tiap-tiap lukisan perlulah ada pelan untuk mengetahui keadaan didalam bangunan itu
serta susunannya
(Contoh Pelan Bangunan)

Kegunaan Lukisan Pelan

(i) Memberi kedudukan sebenarnya bilik dan pecahan bahagian ( partition )
(ii) Dapat memberi keterangan kemasan lantai ( Floor Finishes )
(iii) Memberi kedudukan kelengkapanpertukangan tanggam ( Joining Fittings ) seperti wardrobe,
gerobok ( cabinet ) almari atau gerobok dapur dan lain-lain.
(iv) Menunjukkan tempat dan jenis kelengkapan kebersihan ( sanitary Fittings ) seperti besin
cuci, besin keluli di dapur, tandas cangkung, tandas berkaki, tempat buang air kecil, besin mandi
dan lain-lain.
(v) Menunjukkan susunan kelengkapan elektrik ( Elektrical layout ) seperti suis, plug, lampu
siling, kipas siling dan lain-lain.
(vi) Dapat menunjukkan susunan dan arah perjalanan tali air najis ( Drains Layout ), Lurang (
manhole ) dan tangki najis ( septic tank ) beserta dengan jenis-jenis dan saiz paip yang patut
digunakan.

(c) Keratan (Section)

Lukisan keratan adalah merupakan lukisan yang menerangkan butir-butir pada tempat ianya
dikeratkan dengan menggunakan simbol garisan keratan ( section line ).
Tanpa lukisan keratan ini, tak mungkin kita mengetahui butir-butir lanjut tentang keadaan
bangunan itu. Katakan kita ingin mengetahui rupabentuk di sebelah dalam buah limau, yang
perlu kita buat ialah keratkan dua, akan kelihatanlah isi didalamnya. Begitu juga lukisan section
ini umpamanya.

Didalam lukisan pelan, banyak terdapat lukisan section ini untuk melihatkan butir-butir
bangunan itu. Seperti yang telah dinyatakan dahulu, lukisan section ini dapat menunjukkan butir-
butir yang terdapat di garisan keratan itu dipotong, dan
apa yang akan dapat dilihat dihadapannya. Biasanya, lukisan section ini adalah seperti lukisan
tegak, cuma bezanya ia mempunyai butir-butir yang dipotong. Lukisan butir-butir ini pula dapat
menampakkan lagi sesuatu butir-butir lukisan itu dengan jelas.
Melalui pelan dan lukisan bahagian-bahagian bangunan yang tersembunyi atau kecil ukurannya,
lukisan detail adalah diberikan. Lukisan detail ini selalunya mempunyai sekil yang terbesar
untuk membesarkan butir-butir itu agar jelas dilihat

(d) Pelan Tapakbina (Site Plan)
Pelan tapakbina ialah satu perkara yang wajib ada.Tiap-tiap sesuatu projek atau cadangan untuk
membina bangunan, pelan tapakbina mestilah ada untuk kedudukan keseluruhan bangunan itu
dipandang dari atas. Melalui pelan tapakbina inilah dapat diketahui kedudukan bangunan itu
dimana tempatnya, luas tapakbina, struktur tanah sekelilingnya dan kerja-kerja luar


Perkara-perkara yang lazim terdapat dalam pelan tapakbina :
(i) Kedudukan tapakbina ( site location ) nama jalan tapak-bina itu terletak, bangunan-
bangunan sekelilingnya yang sedia ada ( existing ) jika terdapat.

(ii) Pelan bangunan yang dicadangkan.

(iii) Contour line atau spot height penerangan ini adalah untuk kegunaan meratakan tanah (
oversite levelling )

(iv) Susunan dan perjalan paip tali air najis ( drain layout ) manhole (lurang) hingga ke tangki
najis ( septic tank )

(v) Susunan pagar dan pintu pagar disekeliling tapakbina (fencing layout & gates )

(vi) Tempat meletak kereta ataupun Hardstanding

(vii) Kerja-kerja merumput tanah (turfing) luas kawasan yang perlu ditanam rumput
ditunjukkan, juga ditanah rata atau dilereng bukit. Sering juga dinyatakan dalam pelan tapakbina
ini.
Pendimensian Dari Lukisan

Setiap lukisan pelan, ukuran-ukuran yang diberi selalunya sama ada dicatitkan didalamnya
ataupun diberi ukuran skalanya. Keseluruhannya, pelan itu diberikan ukuran skalanya dan
ukuran yang dicatitkan itu juga adalah mengikut skala yang diberikan.

Untuk ukuran yang dicatitkan, adalah dinasihatkan ukuran itu diambil seperti yang tercatit
didalam lukisan itu daripada mengukurnya dengan menggunakan skala yang diberi. Ini adalah
kerana ukuran yang tercatit itu lebih tepat ukurannya dan lebih senang pula diambil tanpa
mengukur dengan skala. Sebab lainnya pula adalah kerana kertas lukisan dimana lukisan pelan
itu dilukis, mungkin mengalami penukaran.Ukuran yang dicatitkan itu adalah diberikan dengan
tanda garisan sepanjang ukurannya dan diselang dikedua hujung garisan itu.

Disamping ukuran yang tercatit, ukuran-ukuran yang lainnya jika tidak dicatit adalah
dimaksudkan supaya diukur dengan scale rule mengikut ukuran skala yang diberi.


Mengenal Penentuan ( Specification ) Dan Kaitannya Dengan Lukisan

Penentuan adalah merupakan penerangan tentang butir-butir sesuatu kerja yang tidak dapat
ditunjukkan di atas lukisan. Penentuan menentukan:-
(i) Cara-cara sebenar dan sempurna menjalankan sesuatu kerja itu;

(ii) Standart bahan-bahan dan jenis yang patut digunakan

(iii) Hasil kerja ( workmanship ) yang dikehendak


Segala kerja yang dikehendaki dibuat adalah dikehendaki mengikut penentuan yang diberikan.
Selalunya penentuan kerja yang terkandung didalam satu-satu kontrak itu meliputi semua
ketukangan ( trademanship ) seperti kerja menggali tanah, parit dan lain- lain, tukang konkrit,
tukang batu-bata, tukang tali air najis ( drainlayer ), tukang batu (manson ) tukang bumbung (
roofer ) tukang kayu dan tukang tanggam (carpenter & joiner) tukang peralatan besi
(ironmonger) keluli dan kerja besi (steel and ironwoker) pengubin, tukang lepa dan pemasangan
genting (pavior, plasterer and tiler fixer, pertukangan paip (plumber) penukangan kaca (glasier)
dan tukang cat (painter).

Penentuan yang diberikan dalam kontrak itu akan menerangkan segala butir lanjut mengenai
sesuatu pekerja dalam ketukangan yang berkenaan, dan ini adalah menyeluruh penggunaannya.
Misal kata dalam kerja tukang konkrit, selalunya akan terdapat jenis-jenis bahan yang patut
digunakan seperti simen, pasir, batu-batu kasar dan lain-lain. Dan nyatakan gred atau standard
bahan-bahan tadi yang mana mestilah dari jenis yang baik sekali, mutu buatannya mengikut
dasar British standard and codes of practice ataupun yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa.
Selain dari itu akan diterangkan pula cara sebenar konkrit itu patut dibancuh misalnya, lama
masa membancuh dan bagaiamana cara yang sempurna teratur dan memuaskan

Didalam luksian pelan, keterangan dan butir-butir kerja yang diberikan mestilah berpandukan
kepada penentuan untuk kerja-kerja yang berkaitan. Dilukiskan pelan itu hanya diberikan
penerangan ringkas sahaja tentang kerja-kerja dan bahan-bahan yang dikehendaki. Umpamanya,
di lukisan pelan ditunjukkan dinding atau pecahan bahagian yang dibuat dari kayu jenis gred B
sahaja, tapi cara-cara seterusnya tidak didapati. Di sini kita mestilah berpandu pada
penentuannya, yang mana didalam penentuan untuk tukang kayu dan tukang tanggam akan
dinyatakan senarai nama-nama kayu untuk kelas B yang boleh digunakan, mutu kayu yang baik
yang tidak ada kesilapan-kesilapan ( efect ) yang dinyatakan seperti basah, retak, bergetah dan
lain-lain. Juga selalunya dinyatakan bagaimana kayu-kayu itu diawet ( Pressure treated ) atau
pun dibubuh ubat ( creosoted ) dan kelegaan-kelegaan ukuran kayu yang diberikan bagi setiap
ukuran kayu itu.


Begitu juga kiranya dinding itu di buat dari bata misalnya, penentuannya mestilah dirujukan
kepada tukang batu-bata. Didalam lukisan pelan itu mungkin dinyatakan sahaja dinding tadi
ialah dinding batu-bata tebalnya . Dari lukisan itu kita dapatlah mengetahui tebal dinding itu,
melalui penentuannya pula akan dinyatakan cara keseluruhan dinding bata itu patut dibuat.
Didalam penentuan tukang batu-bata itu selalunya diterangkan jenis batu-bata yang digunakan,
standard saiznya, bagaimana batu-bata itu diikat dengan simen motar dan campuran simen motar
itu seperti 1 bahagian simen dan 4 bahagian pasir . Diterangkan juga hasil kerja ( workmaship )
yang patut dibuat untuk mendirikan dinding batu-bata tadi, seperti merendam dahulu batu-bata
yang hendak diikat itu setengah jam lamanya. Jenis-jenis ikatan batu-batu seperti English bond,
strecther bond dan lain-lain, dan mencakar ( rake-out ) motar diantara sendi ( joint ) untuk
cengkaman plaster ( lepa ).

Disinilah kaitanya penentuan tadi dengan lukisan pelan, keseluruhannya lukisan pelan itu
menerangkan apa kerja dan bahan yang hendak di buat dan penentuannya pula menerangkan
cara-cara, kegunaan bahan-bahan dan hasil kerja yang patut di praktikkan

Didalam luksian pelan, keterangan dan butir-butir kerja yang diberikan mestilah berpandukan
kepada penentuan untuk kerja-kerja yang berkaitan. Dilukiskan pelan itu hanya diberikan
penerangan ringkas sahaja tentang kerja-kerja dan bahan-bahan yang dikehendaki. Umpamanya,
di lukisan pelan ditunjukkan dinding atau pecahan bahagian yang dibuat dari kayu jenis gred B
sahaja, tapi cara-cara seterusnya tidak didapati. Di sini kita mestilah berpandu pada
penentuannya, yang mana didalam penentuan untuk tukang kayu dan tukang tanggam akan
dinyatakan senarai nama-nama kayu untuk kelas B yang boleh digunakan, mutu kayu yang baik
yang tidak ada kesilapan-kesilapan ( efect ) yang dinyatakan seperti basah, retak, bergetah dan
lain-lain. Juga selalunya dinyatakan bagaimana kayu-kayu itu diawet ( Pressure treated ) atau
pun dibubuh ubat ( creosoted ) dan kelegaan-kelegaan ukuran kayu yang diberikan bagi setiap
ukuran kayu itu.



RUJUKAN

1.Majikan/Pemilik Syarikat
Zulkanain Bin Abdul Majid
No Telefon : 06-9783926
013-7744399
No Fax : 06-9785393



2. Penyelia Latihan Industri

Encik Zainal Bin Aris
No Telefon : 013 7270171




1. Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4, Yusop Bin Paal, Werdah Binti Abdul Halim dan
Sarifah Binti Daud (2004).Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Tan Boon Tong, Teknologi Binaan Bangunan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
1991,Cetakan kedua.









LAMPIRAN

Pejabat Felda Pasak, Di mana tempat biasa untuk berurusan berkaitan projek surau


Pelan yang digunakan untuk mengira "cut and Fill"


Jabatan Kerja Raya Cawangan Muar, Bahagian Bangunan.


Saya dan Pekerja di Tapak Pembinaan Surau Pasak

Membaca Pelan Bangunan


Memerhati kerja- kerja pemasangan Kayu di Tapak Parit Haji Idris, Muar.

You might also like