You are on page 1of 11

ISI KANDUNGAN

1. Pendahuluan
1.1 Tujuan Kertas Kerja ......................................................... 3

2. Justifikasi Cadangan
2.1 Tahun Melawat Malaysia 2014 ........................................ 3
2.2 Penyediaan Tempat Perniagaan Yang Menarik ............. 3

3. Sasaran dan Matlamat Penganjuran ……………...…...............… 4

4 Konsep dan Imej


4.1 Penyediaan Dan Penjagaan Kawasan Perniagaan ........ 4
4.2 Tempoh Masa Penganjuran ........................................... 5

5. Modus Operandi
5.1 Nama Projek .................................................................... 5
5.2 Tarikh ............................................................................... 6
5.3 Waktu Perniagaan............................................................ 6
5.4 Tapak Lokasi ................................................................... 6
5.5 Struktur Tapak ................................................................ 6
5.6 Peserta Atau Peniaga ..................................................... 6
5.7 Perjanjian Sewa Tapak ................................................... 6
5.8 Bayaran Deposit Dan Sewa ............................................ 6
5.9 Bayaran Permit Dan Bayaran Yang Berkaitan .............. 7
5.10 Pengurusan Teknikal ...................................................... 7
5.12 Jenis Jualan Peniaga ...................................................... 8
5.13 Jenis Jualan Yang Tidak Dibenarkan ............................. 8
5.14 Aktiviti Yang Dilarang ...................................................... 8
5.15 Rangka Promosi .............................................................. 8

6. Penutup ………………………………………….……………......................... 9

7. Lampiran 1 (Gambar Tapak Lokasi) ....................................... 10


Lampiran 2 (Struktur Tapak) .................................................. 11

! 2
“Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

1. PENDAHULUAN

1.1 TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas kerja cadangan ini dikemukakan kepada Majlis Bandaraya


Kuala Terengganu (MBKT) bagi tujuan mendapatan kelulusan
untuk mengadakan Bazaar Rakyat Bersebelahan Medan Selera
Pusat Akuatik MBKT Batu Burok Kuala Terengganu.

2. JUSTIFIKASI CADANGAN

2.1 Tahun Melawat Malaysia 2014

Tahun 2014 telah diisytiharkan sebagai Tahun Melawat


Malaysia (TMM 2014) oleh YAB Perdana Menteri. Beliau
menyarankan  bahawa kempen Tahun Melawat Malaysia 2014
merupakan satu misi nasional di mana penglibatan semua
kementerian dan agensi-agensi di bawahnya adalah amat penting
bagi membantu mencapai sasaran 29 juta pelancong.

Dengan sasaran kemasukan pelancong itu dijangka tahun melawat


Malaysia 2014 akan dapat menjana pendapatan sebanyak RM76
billion kepada negara. Ini merupakan satu jumlah yang sangat
besar dan pasti ada peluang yang seharusnya diambil oleh setiap
individu di dalam perlbagai sektor.

Signifikan dengan itu, melalui kenyataan Pengerusi Pelancongan


dan Kebudayaan Terengganu, Datuk Mohd Shafee Jidin, beliau
meyakini negeri ini sahaja mampu mencapai sasaran 5 juta
pelancong sempena TMM 2014 ini. Kenyataan ini perlulah
dilihat sebagai satu 'durian runtuh' bukan sahaja kepada sektor
perlancongan negeri malahan meliputi pelbagai sektor lain
terutamanya sektor perniagaan runcit.

2.2 Penyediaan Tempat Perniagaan Yang Menarik

Penganjuran tempat perniagaan jangka pendek seperti ekspo


atau karnival jualan yang meruapakan antara lokasi yang sentiasa
menarik minat pengunjung sama ada dari dalam mahupun
melancong luar. Dengan pendekatan jualan pelabagai baranagn
secara borong dan bervariasi jenama ditambah kemeriahan tawar
menawar harga dalam urusan pembelian, maka seharusnya konsep

! 3
seperti ini perlu dikekalkan serta diberi fokus oleh pihak-pihak
tertentu sebagai salah satu elemen penting tarikan pelancong
khususnya di negeri ini.

Namun begitu, ianya perlu diberikan sedikit pengolahan dalam


aspek penganjurannya dengan pengubahsuaian di dalam aspek
penyediaan tempat perniagaan agar menjadi lebih teratur dan
kemas supaya ianya dapat berjalan seiring dengan kerangka dan
matlamat TMM 2014

Kesimpulan daripada perkara di atas, satu kawasan perniagaan


baru yang diadaptasi daripada konsep ekspo atau karnival jualan
secara terbuka perlu diketengahkan penganjurannya dengan
memberikan penumpuan khusus kepada kaedah dan suasana
yang lebih kondusif agar ianya dapat menjadi "value added" kepada
perancangan kerajaan sejajar dengan matlamat TMM 2014.

3. SASARAN DAN MATLAMAT PENGANJURAN

3.1 Menyediakan ruang perniagaan alternatif berkonsepkan jualan


secara terbuka dengan suasana yang lebih teratur dan tersusun.

3.2 Menjadikan Bazaar Rakyat ini sebagai nilai tambah kepada


pelbagai lokasi menarik yang telah disediakan oleh kerajaan
negeri bagi menarik kunjungan pelancong ke bandaraya Kuala
Terengganu bersesuaian dengan matlamat TMM 2014.

4. KONSEP DAN IMEJ

Secara umumnya Bazaar Rakyat berkonsepkan seperti expo atau


karnival jualan terbuka, namun begitu secara khususnya beberapa
aspek penting yang akan menjadikan Bazaar Rakyat ini sebagai salah
satu kawasan perniagaan baru yang mempunyai identiti tersendiri yang
mampu menaikkan lagi imej Batu Burok sebagai kawasan tumpuan dan
dapat memenuhi keperluan pelancongan di bandar ini.

Antara elemen penting yang akan diterapkan di dalam Bazaar Rakyat ini
adalah;

4.1 PENYEDIAAN DAN PENJAGAAN KAWASAN PERNIAGAAN

Penganjuran Bazaar Rakyat ini akan lebih memberi tumpuan dan


keutamaan kepada aspek seragam, teratur, indah dan bersih.
Justeru itu antara pembaharuan yang akan memberikan perbezaan
dengan konsep biasa penganjuran eskpo atau karnival jualan

! 4
adalah dengan persiapan dan penyediaan perkara-perkara seperti
berikut;

1. Penggunaan kanopi dan kanvas penutup tirai yang baru serta


berwarna putih yang seragam.

2. Pemasangan bumbung tambahan atau 'awning' serta


penggunaan kanvas dan rekabentuk serta warna yang seragam.

3. Meletakkan sebuah pintu gerbang bertanda nama atau


'signboard' di laluan masuk utama dan pintu gerbang kecil di
setiap laluan masuk yang lain dengan hiasan lampu warna dan
lampu limpah.

4. Menyediakan petugas yang sentiasa memastikan kebersihan


dan keselamatan kawasan perniagaan pada setiap masa.

5. Mengindahkan persekitaran kawasan dengan pemasangan


lampu limpah dan lampu berwarna pada sebelah malam.

6. Mengindahkan kawasan perniagaan dengan meletakkan pasu-


pasu pokok hiasan.

4.2 TEMPOH MASA PENGANJURAN

Tempoh masa penganjuran di lihat antara perkara penting di


dalam konsep Bazaar Rakyat ini. Bagi melihat sasaran dan okjektif
mencapai matlamatnya, satu tempoh masa yang lebih panjang
diperlukan.

Sehubungan itu juga dengan jangka masa yang panjang, kos


pengurusan setiap bulan akan dapat dikurangkan sekaligus akan
dapat mengurangkan kadar sewa tapak perniagaan peniaga,
seterusnya akan memberi kesan kepada harga barangan yang
dijual kepada pengguna.

5. MODUS OPERANDI

5.1 NAMA PROJEK

Nama penuh bagi projek ini adalah Bazaar Rakyat Batu Burok atau
ringkasnya Bazaar Rakyat

! 5
5.2 TARIKH

Bazaar Rakyat di jangka akan mula beroperasi pada 27 MEI 2014


sehingga 15 JULAI 2014 (15 hari)

5.3 WAKTU PERNIAGAAN

Waktu perniagaan bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00


tengah malam setiap hari.

5.4 TAPAK LOKASI

Sila Lihat Lampiran 1 [Pelan Lokasi Tapak]

5.5 STRUKTUR TAPAK

Sebanyak 15 unit kanopi jenis Arabian berukuran 10 x 10 kaki


akan disediakan oleh pihak penganjur beserta dengan bumbung
tambahan maksimum berukuran 5 kaki lebar (di kawasan yang
sesuai).

Sila Lihat Lampiran 2 [Struktur Tapak ]

5.6 PESERTA ATAU PENIAGA

Peserta atau peniaga adalah terbuka kepada seluruh warganegara


Malaysia. Namun keutamaan akan diberikan kepada peniaga
tempatan.

5.7 PERJANJIAN SEWA TAPAK



Bagi memastikan penyewa dapat mematuhi segala syarat serta
peraturan yang ditetapkan, satu Perjanjian akan ditandatangani
antara Peserta dan Pihak Pengurusan.

5.8 BAYARAN DEPOSIT DAN SEWA



a. Setiap peserta akan dikenakan sejumlah Bayaran Deposit yang
akan ditetapkan selepas ini.

! 6
b. Bayaran sewa secara bulanan akan dikenakan kepada setiap
peserta dengan kutipan akan dilakukan sepeti jadual di bawah;

1 - 5 haribulan setiap bulan : 50% sewa


15 - 20 haribulan setiap bulan : Baki 50% sewa

5.9 BAYARAN PERMIT JUALAN DAN BAYARAN YANG BERKAITAN

Pihak Pengurusan akan menguruskan segala urusan pembayaran


permit jualan serta urusan pembayaran lain yang berkaitan dengan
pihak MBKT

5.10 PENGURUSAN TEKNIKAL

Penganjur akan bertanggungjawab untuk mengurus dan


mengendalikan beberapa aspek teknikal yang penting iaitu;

i. Bekalan Elektrik
ii. Kebersihan
iii. Keselamatan

i. ELEKTRIK

Pihak Pengurusan akan memohon pemasangan sambungan
sementara bekalan elektrik “3 phase” dari pihak Tenaga
Nasional Berhad (TNB) di tapak Bazaar Rakyat.

ii. KEBERSIHAN

Pihak Pengurusan akan bertanggungjawab sepenuhnya


terhadap kebersihan persekitaran dan kawasan tapak
perniagaan. Tong sampah tambahan akan disediakan di setiap
sudut kawasan tapak bagi memudahkan para penjaja dan
pengunjung membuang sampah.

Pihak Pengurusan akan menyediakan tenaga kerja yang akan


menyapu dan membersihkan sampah sarap dari semasa ke
semasa serta membuangnya ke tempat pembuangan sampah
yang disediakan.

iii. KESELAMATAN

Pihak Pengurusan akan menyediakan petugas keselamatan
bagi mengawasi tapak Bazaar Rakyat terutama di sebelah
malam.

! 7
5.11 JENIS JUALAN PENIAGA

Antara jenis jualan peniaga di Bazaar Rakyat ini adalah;

i. Barangan Elektrik dan Elektronik


ii. Pakaian
iii. Beg dan Aksesori
iv. Kasut dan Selipar
v. Makanan
vi. Buku dan Stationery
vii. Barangan Mainan

5.12 JENIS JUALAN YANG TIDAK DIBENARKAN

Antara jenis perniagaan yang tidak dibenarkan dijual di Bazaar


Rakyat ini adalah seperti berikut;

i. Menjual barangan makanan yang tidak halal untuk umat Islam.


ii. Menjual bunga api dan mercun.
iii. Apa sahaja produk yang terlarang menurut undang-undang
negara ini.

5.13 AKTIVITI YANG DILARANG

i. Mengedarkan bahan anti- kerajaan dan yang bertentangan


dengan budaya kemasyarakatan.
ii. Aktiviti yang boleh menjejaskan imej Bazaar Rakyat, pihak
Pengurusan dan pihak MBKT.
iii. Aktiviti yang menimbulkan keadaan tidak tenteram atau
kekacauan.

5.14 RANGKA PROMOSI

Bagi memastikan Bazaar Rakyat ini berjaya dan dapat menarik


pengunjung beberapa langkah promosi akan dijalankan dengan
penekanan kepada sasaran berikut:

i. Tapak Bazaar Rakyat


ii. Pengunjung.

i. TAPAK BAZAAR RAKYAT

a. Menerangi kawasan perniagaan dengan lampuh limpah


serta lampu-lampu hiasan.

! 8
b. Menyediakan PA sistem beserta seorang DJ yang akan
menjadikan suasana lebih ceria dan meriah.

ii. PENGUNJUNG

a. Memasang “banner” dan “bunting” di sekitar tapak lokasi


dan daerah-daerah berhampiran bagi memberitahu
orang ramai akan kewujudan Bazaar Rakyat Batu Burok
seterusnya akan menarik mereka untuk berkunjung.

b. Papan iklan juga akan dipasang dilokasi-lokasi yang


bersesuaian bagi tujuan yang sama.

c Mengedar risalah-risalah promosi dari semasa ke semasa


di tempat tumpuan umum di sekitar Kuala Terengganu dan
daerah-daerah yang lain.

d. Mengedarkan risalah promosi melalui sisipan di akhbar


harian dan majalah.

6. PENUTUP

Pihak kami berharap agar pertimbangan yang sewajarnya dapat


diberikan atas cadangan ini demi kebaikan dan faedah semua pihak.
InsyaAllah dengan kerjasama semua pihak yang bakal dihulurkan
akan memberikan impak bukan sahaja kemajuan dari sudut sektor
ekonomi malahan yang lebih awla adalah kemajuan dari sudut sahsiah
masyarakat di negeri ini, khususnya di bandaraya Kuala Terengganu
sebagai salah satu usaha bersama menyahut seruan menjayakan Tahun
Melawat Malaysia 2014.

! 9
Lampiran 1

Gambar Tapak Lokasi

! 10
Lampiran 2

Struktur Tapak

! 11

You might also like