You are on page 1of 7

Keadaan Semasa Bintulu Port Holdings Berhad

Bintulu Port Holdings Berhad merupakan pintu masuk eksport untuk gas asli dan cecair

(LNG), tempat pelabuhan kedua terbesar di Malaysia dan merupakan antara tempat ke lima

teratas bagi pengeksportan LNG di serata dunia. Oleh itu, penting untuk kita mengetahui

serba sedikit keadaan semasa bagi Bintulu Port Holdings Berhad kerana Bintulu Port

Holdings Berhad memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan tenaga global. Antara

keadaan semasa yang terdapat di Bintulu Port Holdings Berhad termasuklah:

i. Perkhidmatan Anak Syarikat Bintulu Port Holdings Berhad

Bintulu Port Holdings Berhad merupakan sebuah syarikat pemegang pelaburan dan

mempunyai tiga buah anak syarikat termasuklah Bintulu Port Sdn Bhd, Samalaju Industrial

Port Sdn Bhd, dan Biport Bulkers Sdn Bhd. Bintulu Port Sdn Bhd dan Samalaju Industrial

Port Sdn Bhd terlibat dalam perkhidmatan marin (penanda, pemanduan, tambatan),

pengendalian kargo dan penyimpanan, stevedoring, perkhidmatan asas bekalan, dan

bunkering. Biport Bulker Sdn Bhd pula terlibat dalam perkhidmatan pemasangan pukal.

Anak Syarikat Perkhidmatan

 Pelabuhan pelbagai guna yang moden dan cekap

 Berkhidmat di kawasan pedalaman

 Salah satu hab minyak dan gas utama negara

Bintulu Port Sdn  Pelabuhan berfungsi sebagai pintu masuk eksport untuk gas asli

Bhd cecair (LNG) di Malaysia

 Pelabuhan juga berfungsi sebagai gerbang pemindahan kapal

utama untuk Malaysia Timur

 Diiktiraf sebagai Terminal LNG kedua terbesar di dunia

Samalaju Industrial  Pelabuhan yang dibina khas untuk menyediakan perkhidmatan


Port Sdn Bhd kargo dry bulk dan break bulk

 Terlibat dalam perkhidmatan penyediaan kemudahan

Biport Bulkers Sdn pemasangan pukal untuk minyak mentah dan minyak sawit

Bhd yang ditapis, minyak makan, minyak sayuran dan lemak

serta produk sampingan mereka

Jadual 1: Perkhidmatan Anak Syarikat Bintulu Port Holdings Berhad

ii. Perlaksanaan Pelan Tindak Balas Perniagaan dan Penubuhan Semula Dasar

Alam Sekitar

Bintulu Port Holdings Berhad telah menggunakan Pelan Tindak Balas Perniagaan

(BRP) khas dengan strategi bagi meminimumkan kesan gangguan dari wabak Covid-19.

Salah satu tunggak utama BRP adalah untuk memastikan perniagaan dapat diteruskan seperti

biasa memandangkan perkhidmatan Bintulu Port Holdings Berhad penting untuk pelabuhan

eksport dan import. BRP juga merupakan salah satu pelan yang melindungi pekerja dan juga

merupakan inisiatif untuk membendung Covid-19 serta mengoptimumkan kos perkhidmatan

bagi Bintulu Port Holdings Berhad.

Bukan sahaja menjaga komuniti dan pekerja, bahkan Bintulu Port Holdings Berhad

juga memberi perhatian terhadap alam sekitar. Bintulu Port Holdings Berhad telah

mengambil inisiatif untuk penubuhan semula Dasar Alam Sekitar yang menggariskan

pengurusan alam sekitar di Malaysia. Bagi melaksanakan dasar ini, Bintulu Port Holdings

Berhad telah memulihara alam sekitar secara tahunan melalui dedikasi pekerja di Samalaju

Industrial Port Sdn Bhd. Pada tahun 2020, Bintulu Port Holdings Berhad telah menerbitkan

Annual Report untuk Carbon Footprint buat pertama kalinya, dan ini merupakan peristiwa
penting dalam usaha untuk memulihara alam sekitar dengan jayanya (Integrated Annual

Report 2020, 2020).

iii. Pengenalan Norma Baharu Bintulu Port Holdings Berhad

Norma baharu bagi Bintulu Port Holdings Berhad adalah bekerja dari jauh atau bekerja

dari rumah (BDR) dengan menggunakan persidangan video untuk semua perbincangan atau

mesyuarat. Walaupun ianya merupakan satu norma baharu di Bintulu Port Holdings Berhad,

pihak pengurusan Bintulu Port Holdings Berhad tetap mampu dan sentiasa mengemas kini

maklumat kepada Lembaga Pengarah mengenai perkembangan terkini dan kemajuan strategi

perkhidmatan Bintulu Port Holdings Berhad. Lembaga Pengarah telah dapat memanfaatkan

pengalaman kolektif sekali gus membimbing perkhidmatan mengharungi krisis ekonomi pada

masa kini.

iv. Pengumuman Inisiatif Cukai oleh Kerajaan

Inisiatif cukai yang diumumkan oleh kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi

(PRE) juga dapat membantu industri yang terjejas agar dapat pulih dengan lebih cepat dan ia

telah memberi kesan yang positif kepada Bintulu Port Holdings Berhad.

Namun begitu, Bintulu Port Holdings Berhad telah mempunyai beberapa cabaran yang

mendatang di dalam perkhidmatan mereka termasuklah (i) pengurangan pengeluaran kargo

kerana bersaing dengan pelbagai jenis kargo, (ii) pelanggan mengharapkan perkhidmatan

dan kecekapan yang sama semasa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketakan (PKPD), Perintah Kawalan Pergerakan

Bersyarat (PKPB), dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), (iii)

perkhidmatan yang tertunggak kerana PKP, dan (iv) pekerja terpaksa menyesuaikan diri

dengan situasi Bekerja Dari Rumah (BDR). Dengan cabaran-cabaran ini, menurut
Intergrated Annual Report 2020 (2020), beberapa inisiatif telah dilaksanakan oleh Bintulu

Port Holdings Berhad dan akan dibincangkan dalam Jadual 2 di bawah.

Inisiatif Keadaan Semasa

 Bertindak balas dengan segara terhadap sebarang

gangguan

 Meminimumkan gangguan kepada produktiviti


Memastikan Operasi
 Melaksanakan SOP yang ketat untuk kapal yang
Kritikal Diteruskan dengan
berlabuh di pelabuhan
Gangguan Minimum
 Mengkategorikan potensi risiko berdasarkan

pengisytiharan yang dilakukan oleh Pegawai Kesihatan

Pelabuhan

 Penjarakan sosial semasa bekerja dari pejabat

 Mematuhi waktu bekerja secara berperingkat

Melindungi Keselamatan  Mewujudkan Close Contact Management Plan

dan Kesihatan Pekerja  Mengedarkan PPE kepada semua pekerja

Sepanjang Masa  Memasang Bilik Pembasmi Kuman untuk kakitangan

dan pengguna pelabuhan di pintu masuk utama

 Mengaktifkan Group’s Crisis Management Team

Meneruskan Komunikasi  Memantau saluran komunikasi bagi membendung

Terbuka dengan Semua maklumat yang salah atau berita palsu

Pihak Berkepentingan  Memastikan aliran maklumat adalah konsisten dan

dikekalkan sepanjang tempoh perkhidmatan

 Mengemas kini maklumat dan perubahan terkini pihak

berkepentingan secara kerap


 Menjadikan Buku Panduan Pelan Tindak Balas

Perniagaan (BPR) sebagai garis panduan perkhidmatan

 Mengadakan mesyuarat dalam talian melalui Microsoft

Teams

Memanfaatkan Teknologi  Menubuhkan Zon Komunikasi Alam Maya dan

Maklumat dan Komunikasi membangunakn SOPs yang boleh digunakan untuk

Alam Maya mesyuarat alam maya

 Menganjurkan mesyuarat AGM dalam talian

sepenuhnya

 Kos yang dioptimumkan mengikut keperluan operasi

kritikal, aspek keselamatan, dan kewajipan kontrak

 Kos yang dioptimumkan berikutan pengurangan dalam

Mengoptimumkan Kos perbelanjaan operasi akibat kesan WFH, harga minyak

Perkhidmatan yang lebih rendah dan kelewatan dalam perolehan

 Unit Perniagaan menjalankan rundingan harga kontrak

bertempoh

 Menjalankan pemilihan untuk pembaharuan kontrak

 Memastikan gaji dan faedah dibayar tepat pada masanya

 Mematuhi SOPs secara ketat untuk keselamatan pekerja

Memotivasikan Pekerja terutama di tempat kerja

 Komunikasi berterusan daripada GCEO kepada pekerja

bagi mengekalkan semangat pekerja sepanjang wabak

Jadual 2: Inisiatif dan Keadaan Semasa Bintulu Port Holdings Berhad


Bintulu Port Holdings Berhad juga telah memberi pelbagai sumbangan dengan

dipandukan empat tunjang program tanggungjawab sosial korporat termasuklah (i) Tunjang

1: Berkhidmat untuk Masyarakat, (ii) Tunjang 2: Pendidikan, (iii) Tunjang 3: Kesihatan

Masyarakat dan (iv) Tunjang 4: Persekitaran.

Tunjang 1: Berkhidmat untuk Tunjang 2: Pendidikan


Masyarakat

Bintulu Port Holdings Berhad terlibat dalam Bintulu Port Holdings Berhad percaya
pelbagai program untuk membantu mereka bahawa setiap kanak-kanak berhak untuk
yang memerlukan. Antara program tersebut mendapatkan akses Pendidikan yang baik.
termasuklah Program Bintulu Port Antara program yang dilakukan termasuklah
Prihatin – Sama-sama Kita Hulurkan Back to School Programme 2021, Bintulu
Bantuan COVID-19 dan Program Jalinan Port Prihatin Programme, dan Relief Fire
Kasih BPHB Bersama Komuniti Kg. Victims at SK Sebauh
Jepak.
Tunjang 3: Kesihatan Tunjang 4: Persekitaran

Antara program yang dilakukan termasuklah Bintulu Port Holdings Berhad terlibat dalam
Donation of Medical Equipment to mengurangkan kesan negatif perniagaan
Sarawak Hospitals, Donation of Medical terhadap alam sekitar. Antara program yang
Equipment to Bintulu Hospital, dan dilaksanakan termasuklah Tree-Planting
Contribution of Personal Protective Programme – Bintulu Golf Club, Tree-
Equipment (PPE) to Kidney Association of Planting Programme – SIPSB Anjung
Sarawak. Hujau 2.0, dan Bukit Gondol Hiking &
Plogging at Pugu Beach in Conjunction
with Earth Day 2020 Celebration.

Bintulu Port Holdings Berhad telah merumuskan tindak balas unik bagi memastikan

kesinambungan perniagaan dan keselamatan setiap pekerja. Bintulu Port Holdings Berhad

juga telah memastikan setiap pelabuhan kekal terbuka memandangkan Bintulu Port Holdings

Berhad memainkan peranan penting terhadap rantaian bekalan di Malaysia dan dunia.
Rujukan :

Intergrated annual report 2020. 2020. Retrieved on 15th February 2022 from

https://www.bintuluport.com.my/WebLITE/Applications/news/uploaded/docs/Bursa-

Announcement/ANNUAL_REPORT/IAR2020_PART_A.pdf

You might also like