You are on page 1of 5

GUARDIAN SECURITY CONSULTANT SDN BHD

KERTAS CADANGAN
JABATAN CASH IN TRANSIT
RUJUKAN GSC/OPS/CIT-01(10) TARIKH 22hb Oktober 2010

KEPADA  YBhg. Pengurus Besar


MAKLUMAT  Pengurus Operasi
 Pengurus Sumber dan Manusia
 Pengurus Wilayah Kuala Lumpur Am
 Pengurus – Sektor Perbankan
 Pengurus Pemasaran
Tindakan  Penolong Pengurus CIT
 AJK Kursus

CADANGAN KERTAS KERJA BAGI MENJALANKAN KURSUS “CASH-IN


TRANSIT” SIRI 1/2010 GUARDIAN SECURITY CONSULTANTS SDN BHD.

PENDAHULUAN

1. Jabatan Cash-In-Transit (CIT) merupakan suatu jabatan yang telah diwujudkan


di Guardian Security Consultants Sdn Bhd sejak 16 tahun yang lalu dan merupakan
salah satu jabatan yang paling lama bertapak. Bagi tahun kewangan yang baru,
syarikat telah menetapkan jabatan ini diperluaskan memandangkan tidak banyak
syarikat kawalan keselamatan yang terdapat di Malaysia membekalkan perkhidmatan
ini. Berlanjutan dengan perkara tersebut, satu kursus perlu diadakan bagi
memantapkan perjalanan operasi jabatan ini selain mengkaji prosedur atau arahan
tetap yang perlu diperbaiki selaras dengan aspirasi syarikat bagi tahun kewangan yang
baru.

Kertas Cadangan Penganjuran Kursus CIT SIRI 1/2010 Muka surat 1/5
TUJUAN

2. Tujuan penganjuran kursus ini adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan

anggota CIT dalam menjalankan operasi harian CIT disamping meningkatkan lagi

pemahaman anggota terhadap prosedur-prosedur tetap CIT melalui pembelajaran

modul-modul yang disediakan.

OBJEKTIF KURSUS

3. Antara tujuan kursus ini diadakan adalah seperti yang berikut:


i. Memahami operasi Cash In Transit.
ii. Memahami peranan anggota Cash In Transit.
iii. Ulangkaji kepada semua yang terlibat dengan operasi harian CIT.
iv. Menyelaraskan prosedur dan langkah terkini yang dikeluarkan oleh
Jabatan CIT.
v. Meningkatkan mutu perkhidmatan CIT dalam industri keselamatan.
vi. Mengetahui hak mempertahankan diri dan mencegah dari ancaman
jenayah.
vii. Tatacara secara teori dan praktikal supaya anggota lebih memahami dan
mampu meningkatkan keyakinan semasa menjalankan tugas.

TARIKH DAN TEMPAT

4. Jabatan CIT telah mengenalpasti cadangan tarikh dan tempat untuk penganjuran

kursus ini. Butiran adalah seperti yang berikut:

Tarikh : 20hb dan 21hb November 2010

Kertas Cadangan Penganjuran Kursus CIT SIRI 1/2010 Muka surat 2/5
Tempat : Ibu Pejabat Guardian Security Consultant Sdn Bhd
Masa : 0800hrs-1800hrs

SENARAI PESERTA

5. Sekiranya mendapat kelulusan dari ibu pejabat, Jabatan CIT akan mengeluarkan
satu arahan khusus kepada setiap cawangan untuk menghantar senarai nama anggota
yang layak untuk menyertai kursus ini. Jabatan CIT mencadangkan sekurang-kurangnya
setiap cawangan perlu menghantar 5 (lima) orang peserta terdiri daripada Pemandu,
Pengawal Bersenjata dan Pegawai. Ini bagi memenuhi keperluan bagi menampung
permintaan perkhidmatan CIT yang akan berkembang pada jangka masa yang
terdekat. Namun yang demikian, pihak cawangan yang ingin menghantar calon peserta
yang akan diserapkan untuk menjalankan tugasan CIT perlu memastikan para peserta
memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti yang berikut:

i. Lulus tapisan keselamatan seperti yang dikeluarkan oleh KDN


ii. Telah berkhidmat dengan syarikat sekurang-kurangnya dalam tempoh 6
bulan
iii. Calon yang mempunyai pengalaman di syarikat keselamatan yang lain di
dalam mengendalikan operasi CIT adalah digalakkan
iv. Mempunyai rekod kerja yang baik di cawangan

MODUL KURSUS

6. Bagi memenuhi objektif kursus ini, Jabatan CIT ada menyediakan modul-modul
yang akan diguna pakai untuk kursus tersebut. Cadangan senarai modul adalah seperti
di Lampiran i.

Kertas Cadangan Penganjuran Kursus CIT SIRI 1/2010 Muka surat 3/5
ATURCARA KURSUS

7. Bagi melicinkan perjalanan kursus, Jabatan CIT ada menyediaan aturcara kursus
sepanjang kursus ini dijalankan. Cadangan jadual aturcara adalah seperti di Lampiran
ii.

BAJET KURSUS

8. Untuk menjayakan kursus ini, Jabatan CIT memohon untuk mendapatkan


kelulusan bajet kursus sebanyak RM1,071-00. Senarai butiran berkaitan bajet kursus
adalah seperti di Lampiran iii.

PERGERAKAN DAN PENGINAPAN PESERTA KURSUS

9. Setiap cawangan yang menghantar peserta kursus perlu membawa bersama van
CIT cawangan masing-masing. Satu arahan khas akan dikeluarkan oleh Jabatan CIT
sebaik sahaja kertas cadangan ini diluluskan oleh YBhg Pengurus Besar.

10. Kos perjalanan ke tempat kursus akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat.
Manakala penggunaan minyak bagi van CIT, cawangan boleh menggunakan kad
minyak yang disedia ada.

11. Pembiayaan tol akan ditanggung oleh ibu pejabat dan cawangan dikehendaki
mengemukakan semua resit semasa proses pendaftaran. Syarikat hanya menerima resit
seperti yang berikut:

Kertas Cadangan Penganjuran Kursus CIT SIRI 1/2010 Muka surat 4/5
12. Bagi memastikan keselesaan peserta kursus, Jabatan CIT mencadangkan semua
peserta di tempatkan di asrama anggota Sungai Buloh. Ini dapat menjimatkan kos dan
masa memandangkan aturcara kursus yang padat.

SENARAI PERALATAN DAN KEPERLUAN LOGISTIK

13. Jabatan CIT telah mengenalpasti beberapa senarai peralatan dan keperluan
logistik untuk menjayakan kursus ini. Senarai adalah seperti di Lampiran iv.

PENUTUP

14. Oleh yang demikian, dengan usaha penganjuran kursus CIT ini diharapkan dapat
membantu pihak cawangan untuk mengendalikan operasi CIT dengan prosedur dan
cara yang betul di bawah pengawasan Jabatan CIT sendiri.

Disediakan,

………………………………………..
(SALAHUDDIN BIN ELIAS)
Penolong Pengurus CIT

Lampiran:-
i. Modul Kursus
ii. Aturcara Kursus
iii. Bajet Kursus
iv. Peralatan dan Keperluan Logistik

Kertas Cadangan Penganjuran Kursus CIT SIRI 1/2010 Muka surat 5/5

You might also like