You are on page 1of 1

Kerajaan sambut baik percambahan restoran

MELAKA 6 Julai - Kerajaan negeri menyambut baik pertumbuhan restoran-restoran makanan tempatan dan
antarabangsa khususnya di sekitar Melaka Raya kerana ia membantu membangunkan sektor pelancongan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Seet Har Cheow berkata, pihaknya
sedar bahawa kawasan tersebut sering menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong untuk menikmati pelbagai jenis
makanan dan masakan.

Sehubungan itu, menurut beliau, kawasan Melaka Raya telah ditetapkan sebagai lokasi 'syurga makanan', hiburan dan
kesihatan dalam suasana persaingan yang sihat dan terkawal.

''Restoran-restoran makanan dalam dan luar negara semakin banyak beroperasi di pusat bandar dan ia satu petanda baik
wujudnya permintaan di kalangan masyarakat.

''Kita tengok seperti ada trend pengusaha lebih tertumpu di kawasan Melaka Raya kerana ia kawasan perniagaan di
pusat bandar yang paling strategik," katanya kepada Utusan Malaysiadi sini baru-baru ni.

Har Cheow berkata, beliau menjangkakan, lebih banyak restoran makanan akan dibuka di sekitar Melaka Raya pada
masa akan datang.

''Ini kerana terdapat sebuah hotel yang menawarkan kira-kira 900 buah bilik sedang dalam pembinaan di tengah-tengah
pusat bandar.

''Saya percaya, bila hotel ini siap, jumlah pelancong yang berkunjung ke pusat bandar akan semakin meningkat dan
memberi kesan positif kepada pengusaha-pengusaha perniagaan, terutamanya pengusaha makanan di sekitarnya,"
katanya.

Tambah beliau, tarikan produk-produk pelancongan yang ada di pusat bandar turut mendorong Melaka Raya menjadi
tumpuan pengusaha restoran.

''Kita akan bagi tumpuan untuk memastikan restoran-restoran mampu memberi pilihan yang pelbagai kepada pengunjung
dalam persaingan yang sihat.

''Mungkin satu lokasi lain yang lebih sesuai perlu difikirkan jika terlalu banya

You might also like