You are on page 1of 42

Kandungan

Mukasurat

1. PENDAHULUAN 1

2. PENGENALAN 2

3. LATAR BELAKANG SYARIKAT 3

4. LATARBELAKANG USAHAWAN /
AHLI LEMBAGA PENGURUSAN PERNIAGAAN 8

5. PROFIL PERNIAGAAN 11

6. ASPEK PENGURUSAN 18

7. ASPEK PEMASARAN 23

7.1 KAWASAN / LOKASI PERNIAGAAN


7.2 PREMIS PERNIAGAAN
7.3 SASARAN PASARAN
7.4 KADAR PERMINTAAN
7.5 SAIZ PASARAN
7.6 SYER PASARAN
7.7 RAMALAN JUALAN
7.8 ANALISA PESAING
7.9 PROMOSI & IKLAN
7.10 STRATEGI PEMASARAN

8. ASPEK KEWANGAN (Sila Rujuk Bahagian Lampiran)

8.1 PERINCIAN ALIR TUNAI PROJEK


8.2 PENYATA ALIRAN KEWANGAN
8.3 PENYATA UNTUNG RUGI
8.4 CADANGAN PEMBIAYAAN PROJEK
8.5 CADANGAN PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN

9. KESIMPULAN / JUSTIFIKASI 43

10. LAMPIRAN
XXXXX (111111-X)

1
XXXXX (111111-X)

PENDAHULUAN

Sektor perkhidmatan katering (“catering services”) dan pembekalan


produk makanan HALAL menjadi di antara penyumbang tertinggi kepada
pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun
2015. Sektor ini telah lama bertapak di negeri Pulau Pinang berdasarkan
kepada kegiatan ekonomi yang telah berkembang di negeri tersebut sejak
beberapa tahun yang lalu. Sektor pengilangan di negeri Pulau Pinang
telah menyumbang kepada peningkatan kepada Keluaran Dalam Negera
Kasar (KDNK) negeri tersebut iaitu pada tahun 1970, berjumlah RM1.3
bilion kepada RM21 bilion pada tahun 2009.

Sektor pengilangan merupakan di antara tonggak pembangunan ekonomi


di negeri Pulau Pinang. Beberapa syarikat-syarikat asing dan
antarabangsa telah bertapak di negeri Pulau Mutiara tersebut seperti
XXXXX. Perkembangan industri pengilangan telah mendorong beberapa
industri sokongan seperti perkhidmatan pembekalan makanan untuk
bertapak kukuh di negeri tersebut. XXXXX telah melihat bahawa sektor
pembekalan makanan HALAL dan katering kepada para pekerja industri
dan masyarakat di sekitar Pulau Pinang merupakan suatu industri yang
mempunyai potensi yang amat tinggi di masa hadapan.

Tumpuan yang diberikan oleh syarikat XXXXX adalah perkhidmatan


katering yang ditawarkan di kilang-kilang dan majlis-majlis keramaian.
XXXXX mempunyai para pekerja yang terlatih dan pegawai yang
berpengalaman yang luas di dalam industri katering. Para pekerja
mempunyai tahap disiplin dan kemahiran di dalam membekalkan
perkhidmatan tersebut pada skala yang besar dan kualiti makanan yang
tinggi.

2
XXXXX (111111-X)

PENGENALAN

Sektor perkhidmatan katering merupakan di antara industri sokongan


yang amat penting seiring dengan perkembangan industri di sesebuah
negeri, terutamanya di Pulau Pinang. Perkembangan positif tersebut
dapat dilihat berdasarkan faktor bilangan kilang-kilang yang beroperasi di
kawasan perindustrian bebas Bayan Lepas di Negeri Pulau Pinang.
Kawasan Perindustrian Bayan Lepas merupakan sebuah hub industri yang
amat penting di Pulau Pinang di mana terdapatnya kira-kira 141,000
penduduk dan pekerja industri.

XXXXX mensasarkan kawasan operasi di kilang-kilang yang terdapat di


Negeri Pulau Pinang dan beberapa sektor yang berkaitan seperti institusi
Pendidikan dan hospital. Pada masa kini, syarikat ini telah berjaya
menawarkan perkhidmatan katering di beberapa buah kilang
antarabangsa di Pulau Pinang seperti:

1. XXXXX

2. XXXXX

XXXXX merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang berpengkalan di


Amerika Syarikat. Ianya mempunyai dua(2) kilang utama yang terletak di
Kawasan Perindustrian Bayan Lepas yang mempunyai kira-kira 3,000
orang pekerja. XXXXX merupakan sebuah syarikat semi-konduktor
antarabangsa yang mempunyai kira-kira 2,900 orang pekerja. Bagi
meluaskan kawasan operasi syarikat, XXXXX juga telah berjaya untuk
memperolehi kontrak khidmat katering di salah sebuah institusi
pendidikan antarabangsa di negeri Pulau Pinang iaitu di:

1. XXXXX .

3
XXXXX (111111-X)

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Perkhidmatan katering yang ditawarkan oleh XXXXX meliputi sajian


berskala besar, sederhana dan separa sederhana. Tumpuan diberikan
kepada entiti-entiti yang mempunyai “mass-crowd” yang tinggi seperti
kilang, institusi kesihatan & hospital, institusi pendidikan dan majlis-
majlis keramaian.

Menu yang ditawarkan oleh syarikat dipelbagaikan ke dalam beberapa


jenis bagi memenuhi kehendak pelanggan yang terdiri dari warga

tempatan dan asing. Menu yang ditawarkan adalah “HALAL” seperti

yang diperakui oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Di antara
menu yang ditawarkan ialah:

1. Sajian menu tempatan seperti masak merah, masak kicap, ikan


berlada, kari daging dan sayur goreng,
2. Kuih muih tempatan,
3. Sajian menu Thai seperti Tomyam, Ladna, Nasi Goreng Thai, Paprik
dan Daging Merah,
4. Sajian menu barat (“Western menu”) seperti “lamb shack”,
“chicken-chop”, “mix vegetable”, “salad” dan “oyster”,
5. Masakan India Utara seperti roti Nan, dalca, korma dan biryani,
6. ‘Oriental cuisine’ atau menu Asia seperti ‘stir-fry’, masakan masam
manis, nasi ayam Hainan, sate dan “butter prawn”.

4
XXXXX (111111-X)

OPERASI PERNIAGAAN SEDIA ADA

Pada masa sekarang operasi utama perniagaan tertumpu di premis


kilang-kilang seperti berikut:

1. XXXXX
Premis kilang tersebut mempunyai 3,000 orang pekerja industri
yang terlibat di dalam aktiviti pengilangan. Pekerja industri tersebut
terdiri dari para pekerja beragama Islam dan pekerja asing.

Menu makanan yang ditawarkan:


(a) Menu tempatan,
(b) Menu barat.
(c) Menu ‘Oriental’,
(d) ‘Pastries’

Jadual makanan yang disediakan:

Keterangan Waktu mula Waktu tamat

Sarapan pagi 6.30 a.m 9.00 a.m

Makan t/hari 10.00 a.m 1.00 p.m

‘Tea-break’ (t/hari) 2.00 p.m 4.30 p.m

Makan malam 6.30 p.m 9.00 p.m

‘Tea-break’ 10.00 p.m 1.00 a.m

‘Supper’ 2.00 a.m 4.30 a.m

5
XXXXX (111111-X)

2. XXXXX
Kilang multinasional yang merupakan

Menu makanan yang ditawarkan:


(a) Menu tempatan
(b) Menu oriental
(c) Menu barat

3. XXXXX

XXXXX merupakan sebuah institusi pendidikan antarabangsa yang


terletak di di tengah-tengah Bandaraya Pulau Pinang. XXXXX
tersebut menawarkan sistem pendidikan tempatan dan silibus
pendidikan dari luar Negara kepada para pelajarnya.
Tenaga pengajar dan para pelajar terdiri dari warga tempatan dan
rakyat asing. Menu makanan yang ditawarkan:
(a) Menu tempatan
(b) Menu barat
(c) Menu ‘oriental’

6
XXXXX (111111-X)

MAKLUMAT KORPORAT

Nama Syarikat : XXXXX

Alamat Perniagaan : XXXXX

No Telefon : 04-XXX XXXX


No Fax : 04-XXX XXXX
No H/p : 01X-XXX XXXX (XXXXX)
01X-XXX XXXX (XXXXX)
Alamat berdaftar : XXXXX

No Pendaftaran Perniagaan : 111111-X


Jenis Perniagaan :

Milik Tunggal X Sdn Berhad

Perkongsian Syer Awam

Koperasi Perbadanan

Tarikh Pemerbadanan Syarikat : DD/MM/YEAR


Bank : XXXXX
No A/C : XXXXX
BUTIR-BUTIR MODAL

Modal Dibenar : RM100,000.00


Modal Berbayar : RM100,000.00

7
XXXXX (111111-X)

PEMILIKAN SAHAM SYARIKAT

Nama Nilai modal (RM)

AHLI LEMBAGA PENGARAH

Nama No. kad pengenalan Jawatan

8
XXXXX (111111-X)

LATAR BELAKANG USAHAWAN

BUTIR-BUTIR PERIBADI

Nama : XXXXX
No. Kad Pengenalan : XXXXX
Alamat Tetap : XXXXX

Tarikh Lahir : XXXXX


Umur : XXXXX
Jantina : XXXXX
Taraf Perkahwinan : XXXXX
Warganegara : Malaysia
Taraf Pendidikan : XXXXX
Kelulusan Akademik : XXXXX
Pengalaman Kerja : XXXXX
Pekerjaan Sekarang : XXXXX
Kemahiran/Kebolehan : XXXXX
Jawatan Dalam Syarikat : XXXXX
Bilangan anak : XXXXX

9
XXXXX (111111-X)

AKAUN BANK DAN KAD KREDIT

Nama Bank

Nama Bank No Akaun

XXXXX XXXXX

XXXXX XXXXX

Jenis Kad Kredit

Nama Bank No Akaun

XXXXX XXXXX

XXXXX XXXXX

XXXXX XXXXX

XXXXX XXXXX

XXXXX XXXXX

XXXXX XXXXX

10
XXXXX (111111-X)

LATAR BELAKANG USAHAWAN (samb)

BUTIR-BUTIR PERIBADI

Nama : XXXXX
No. Kad Pengenalan : XXXXX
Alamat Tetap : XXXXX

Tarikh Lahir : XXXXX


Umur : XXXXX
Jantina : XXXXX
Taraf Perkahwinan : XXXXX
Warganegara : Malaysia
Taraf Pendidikan : XXXXX
Kelulusan Akademik : XXXXX
Pengalaman Kerja : XXXXX
Pekerjaan Sekarang : XXXXX
Kemahiran/Kebolehan : XXXXX
Jawatan Dalam Syarikat : XXXXX
Bilangan anak : XXXXX

AKAUN BANK

Nama Bank No Akaun

XXXXX XXXXX

XXXXX XXXXX

11
XXXXX (111111-X)

Kad kredit

Nama Bank No Akaun

XXXXX XXXXX

XXXXX XXXXX

XXXXX XXXXX

XXXXX XXXXX

12
XXXXX (111111-X)

LATAR BELAKANG PROJEK

XXXXX mempunyai rancangan strategik bagi membangunkan potensi


perniagaan ini. Perkembangan ini didorong oleh prestasi cemerlang
syarikat ini yang telah berjaya menawarkan perkhidmatan katering dan
pembekalan kepada beberapa buah kilang di sekitar negeri Pulau Pinang.

XXXXX mensasarkan untuk menambah penawaran perkhidmatan


syarikat ini ke satu(1) atau dua(2) buah kilang yang mempunyai kapasiti
pekerja industri di kilang-kilang tersebut kira-kira 2,000 ke 3,000 bagi
setiap kilang.

Pengiraan kasar potensi perolehan yang akan dinikmati oleh XXXXX


hasil dari tambahan satu(1) unit kilang operasi syarikat ini adalah seperti
berikut:

Bilangan tambahan kilang operasi : 1 unit


Bilangan perkerja bagi setiap kilang : 2,500 orang
Nilai jualan harian bagi setiap pekerja kilang : RM30.00
Bilangan hari bekerja dalam satu(1) bulan : 30 hari

Jumlah perolehan bulanan syarikat:

RM15 x 2,500 x 30 hari = RM1,125,000.00

Potensi perolehan tahunan syarikat adalah seperti berikut:

RM1,125,000.00 x 12 bulan = RM13,500,000

13
XXXXX (111111-X)

CADANGAN PROJEK

1. Jenis projek :

Perkhidmatan Katering, pembekalan makanan & minuman

2. Jumlah Kos : RM1,550,000.00


3. Modal Sendiri : RM50,000.00
4. Jumlah Modal Diperlukan : RM1,500,000.00
5. Cadangan Bayaran Balik Pinjaman

Tempuh Bayaran Balik : 7 tahun / 84 bulan

Ansuran Bulanan : RM16,905.00


(RM5,000.00 untuk CAJ keuntungan SME Bank(6%) dan RM11,905.00
bayaran prinsipal)

PERINCIAN CADANGAN PROJEK

1. XXXXX bercadang untuk mengembangkan ruang operasi syarikat


dengan menambahkan operasi ke tambahan kilang-kilang baru
sebanyak 1 atau 2 buah lagi. Pihak pengurusan syarikat percaya
dengan tambahan tersebut akan mampu untuk meningkatkan kadar
perolehan syarikat di antara 30% ke 50% dari kadar perolehan
pada masa sekarang,

2. Pihak pengurusan syarikat juga bercadang untuk memperkenalkan


pakej sajian terutamanya bagi “breakfast package” dan “meeting
package”. Package tersebut sesuai bagi membuat mempunyai
rancangan strategik bagi membangunkan potensi perniagaan ini.

14
XXXXX (111111-X)

KEGUNAAN KEMUDAHAN KEWANGAN

Berdasarkan kepada perancangan strategik syarikat, tumpuan utama


penggunaan dana pembiayaan tersebut adalah kepada projek berikut:

No Perkara

1 Penambahan entiti operasi pembekalan makanan/katering di kilang-


kilang industry

2 Pengenalan pakej makanan ringkas/segera seperti “breakfast


package” dan “meeting package”

Kegunaan Kemudahan Kewangan

Nota 1*

No Perkara Amaun
(RM)

1 Pembelian aset tetap (alatan dapur & 300,000


memasak)

- Alatan memotong sayur,

- Alatan memotong daging & ayam,

- Alatan merebus, goreng, kukus & perap

2 Pembelian alatan pembungkusan 50,000

3 Pembelian bahan mentah makanan & minuman 1,200,000

15
XXXXX (111111-X)

ASPEK PENGURUSAN

1. Nama : XXXXX
No KP : XXXXX
Umur : XXXXX
Jawatan : XXXXX
Kelulusan : XXXXX
Pengalaman : XXXXX
Tanggungjawab : XXXXX

2. Nama : XXXXX
No KP : XXXXX
Umur : XXXXX
Jawatan : XXXXX
Kelulusan : XXXXX
Pengalaman : XXXXX
Tanggungjawab : XXXXX

16
XXXXX (111111-X)

STAF & PEKERJA

1. Nama : XXXXX
Jawatan : XXXXX
No. K/P : XXXXX

2. Nama : XXXXX
Jawatan : XXXXX
No. K/P : XXXXX

3. Nama : XXXXX
Jawatan : XXXXX
No. K/P : XXXXX

4. Nama : XXXXX
Jawatan : XXXXX
No. K/P : XXXXX

5. Nama : XXXXX
Jawatan : XXXXX
No. K/P : XXXXX

6. Nama : XXXXX
Jawatan : XXXXX
No. K/P : XXXXX

7. Nama : XXXXX
Jawatan : XXXXX
No. K/P : XXXXX

17
XXXXX (111111-X)

Pembekal Utama Perniagaan

1. NAMA COMPANY
ALAMAT COMPANY

Tel: 04-XXX XXXXX

2. NAMA COMPANY
ALAMAT COMPANY

Tel: 04-XXX XXXX

3. NAMA COMPANY
ALAMAT COMPANY

Tel: 03-XXXX XXXX

18
XXXXX (111111-X)

4. NAMA COMPANY
ALAMAT COMPANY

Tel: 04-XXX XXXX

5. NAMA COMPANY
ALAMAT COMPANY

Tel: 04-XXX XXXX

19
XXXXX (111111-X)

ASPEK PEMASARAN

KAWASAN / LOKASI PERNIAGAAN

Kawasan tumpuan operasi syarikat adalah kilang-kilang industri yang


terdapat di kawasan Bayan Lepas dan sekitar negeri Pulau Pinang. Di
kawasan perindustrian Bayan Lepas sahaja mempunyai kira-kira 130,000
ke 150,000 orang pekerja industri yang berkhidmat di kira-kira lebih dari
50 buah kilang.

Kawasan operasi XXXXX juga berpotensi untuk diperluaskan di kawasan


sekitar negeri Pulau Pinang dengan menumpukan di beberapa entiti
perdagangan seperti institusi pendidikan swasta, pusat perdagangan dan
institusi kemahiran. Semenjak perniagaan ini ditubuhkan, sambutan
yang diterima daripada para pelanggan amatlah menggalakkan. Para
pelanggan amat berpuas hati dengan kualiti makanan serta rasa yang
disajikan oleh XXXXX.

PREMIS PERNIAGAAN

Premis perniagaan ialah sebuah lot perniagaan yang terletak Bayan


Lepas, Pulau Pinang. Premis tersebut beroperasi sebagai pusat
pentadbiran korporat syarikat yang dilengkapi dengan kemudahan asas
yang mencukupi seperti mesin faksimili, ‘copier’ pencetak, telefon dan
kemudahan elektrik serta air.

Premis tersebut mempunyai diskusi dan perbincangan yang disediakan


kepada para pelanggan yang dating untuk berbincang mengenai produk
dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat. Terdapat pejabat
pengurusan di dalam premis tersebut yang menempatkan komputer,
pencetak dan ruangan penyimpanan rekod-rekod perniagaan.

20
XXXXX (111111-X)

Oleh kerana kedudukan lokasi premis tersebut yang berdekatan dengan


jalan utama pengangkutan, hub pengangkutan awam seperti bas dan
teksi, maka proses penghantaran barangan serta produk kepada
pengguna amatlah mudah dan berkesan. Terdapat ruang pameran kecil
menempatkan stok makanan mentah dan bahan minuman serta alatan
dapur.

Di samping itu, pihak perniagaan menempatkan stok barangan dan


produk di sebuah stor yang terletak di bahagian belakang premis
tersebut. Ruang stor tersebut yang mempunyai keluasan kira-kira 200
kaki persegi cukup untuk menampung barangan serta produk makanan
dan minuman dalam sesuatu masa.

21
XXXXX (111111-X)

Gambar-gambar premis operasi

22
XXXXX (111111-X)

Ruang operasi (penyelenggaraan)

23
XXXXX (111111-X)

Ruang Pejabat

24
XXXXX (111111-X)

SASARAN PASARAN

i. Kilang industri
Sasaran pasaran utama bagi perniagaan ini adalah kilang-kilang
industri yang mempunyai pekerja industri di antara 2,500 ke 3,000
orang. Kawasan perindustrian Bayan Lepas dan kawasan-kawasan
industri yang terdapat di sekitarnya mempunyai lebih dari 50 buah
kilang yang beroperasi di Zon Perdagangan Bebas dan Zon
Perdagangan biasa. Berdasarkan pengalaman syarikat XXXXX,
potensi pasaran yang dimiliki oleh kawasan perindustrian tersebut
amatlah tinggi. XXXXX juga memiliki kriteria sebagai sebuah
syarikat yang mampu untuk berkembang berdasarkan kepada
keupayaan para pekerja, kemudahan infrastruktur yang dimiliki serta
nama baik yang telah dibawa di dalam industri tersebut.

ii. Pusat pendidikan dan kesihatan swasta


Pusat pendidikan swasta meliputi sekolah-sekolah swasta serta pusat
kemahiran. Pertumbuhan sekolah-sekolah swasta dan pusat
kemahiran di Negeri Pulau Pinang telah meningkat sejak beberapa
tahun kebelakangan ini. Ini adalah di sebabkan oleh faktor kualiti
perkhidmatan yang diberikan sangat tinggi serta pasaran yang
ditawarkan oleh syarikat ini amatlah yang strategik.

iii. Majlis-majlis keramaian & persendirian


Selain dari industri-industri yang difokuskan seperti di atas, XXXXX
juga menawarkan perkhidmatan katering bagi majlis-majlis formal
dan separa formal seperti yang dikehendaki oleh pelanggan.
Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan yang ditawarkan kepada
pelanggan yang terdiri dari pelbagai sektor termasuk sektor swasta
dan kerajaan. Berdasarkan pengalaman yang lepas, permintaan
katering terhadap majlis-majlis tersebut akan sentiasa ada pada

25
XXXXX (111111-X)

setiap bulan dan ianya akan meningkat dengan begitu tinggi


terutamanya pada hari-hari kebesaran atau perayaan seperti Hari
Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Kelahiran Yang DiPertua Negeri
Pulau Pinang dan Hari Kebangsaan.

26
XXXXX (111111-X)

KADAR PERMINTAAN

Pihak pengurusan perniagaan menjangkakan kadar permintaan


terhadap perkhidmatan perniagaan akan terus meningkat pada masa
hadapan berdasarkan kepada beberapa faktor seperti berikut:

(i) Kualiti perkhidmatan & produk yang ditawarkan

Pihak pengurusan perniagaan sentiasa mengutamakan kualiti produk


makanan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pelanggan.
Faktor utama yang mempengaruhi kualiti makanan ialah pengetahuan
dan pengalaman para pekerja di dalam industi pemakanan dan
minuman (Food & Beverages), manakala faktor bagi perkhidmatan
yang berkualiti ialah latihan dan sistem yang digunapakai oleh syarikat
bagi menjamin peningkatan teknik yang diterapkan kepada para
personel perniagaan.

Ini adalah kerana faktor tersebut amat perlu bagi menjamin kualiti
produk makanan yang disediakan dan keberkesanan perkhidmatan
yang ditawarkan kepada para pelanggan. Sekiranya ada pelanggan
yang tidak berpuas hati dengan kualiti produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan, pihak pengurusan akan mengambil perhatian mengenai
kelemahan yang telah berlaku dan bersedia untuk mengambil tindakan
bagi memperbaiki situasi tersebut.

(ii) Harga yang berpatutan

Harga amat memainkan peranan yang penting dalam menarik para


pelanggan untuk berurusniaga dengan syarikat XXXXX. Ini adalah
kerana industri katering dan penyediaan makanan mempunyai tahap
persaingan yang amat tinggi terutamanya di Negeri Pulau Pinang. Bagi

27
XXXXX (111111-X)

menjamin harga yang ditawarkan adalah kompetitif, pihak pengurusan


syarikat akan sentiasa membandingkan harga di antara pesaing serta
para pembekal-pembekal di pasaran.

Strategi penawaran harga yang kompetitif amat penting bagi


menjamin kadar permintaan yang positif terhadap produk-produk serta
perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat.

SAIZ PASARAN

Berdasarkan strategi semasa, sektor pasaran utama syarikat yang


akan ditumpukan ialah kepada kilang-kilang multi nasional, firma-firma
persendirian dan jabatan kerajaan. Oleh sebab itu, harga yang
ditawarkan oleh XXXXX amatlah kompetitif kerana golongan
pelanggan meliputi golongan pertengahan dan atasan.

Purata jualan bulanan pada masa sekarang ialah kira-kira


RM500,000.00 ke RM1,500,000.00. Berdasarkan rancangan projek ini,
pihak pengurusan XXXXX menjangkaan kadar permintaan bulanan
boleh mencecah RM2,500,000.00 secara purata. Ini adalah
berdasarkan kepada faktor peningkatan para pelanggan baru yang
terdiri daripada kilang-kilang multi nasional dan syarikat-syarikat
persendirian dari kawasan berhampiran.

Sektor ini mempunyai prospek yang cerah untuk terus berkembang


berdasarkan kepada faktor kawasan perindustrian setempat dan
pertambahan penduduk yang ketara di kawasan setempat. Faktor ini
didorong oleh kadar pembukaan syarikat-syarikat baru serta
penempatan perniagaan baru di seluruh negeri Pulau Pinang.

28
XXXXX (111111-X)

SYER PASARAN

XXXXX menumpukan perniagaan kepada tiga sektor utama iaitu


perkhidmatan penyediaan sajian kepada kilang-kilang multi-nasional,
syarikat-syarikat swasta & kerajaan dan majlis-majlis keramaian. Kini
terdapat lebih dari 100 buah kilang multinasional diseluruh negeri
Pulau Pinang. Sektor penyajian makanan ini amat terbuka luas kerana
setiap kilang tersebut mempunyai kira-kira 2,000 ke 3,000 orang
perkerja.

Oleh kerana pasaran bagi industri ini amat besar terutamanya di


negeri Pulau Pinang, syer pasaran XXXXX dianggarkan kurang dari
5% pada masa sekarang. Walaubagaimanapun, pihak pengurusan
perniagaan telah merangka suatu strategi bagi memastikan syarikat ini
terus bersaing di pasaran iaitu dengan memastikan harga yang
ditawarkan oleh perniagaan sentiasa disemak bagi menjamin ianya
kompetitif dalam pasaran. Di samping itu, mutu perkhidmatan akan
sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menjamin
kepuasan para pelanggan. Pihak pengurusan mensasarkan kira-kira
10% hingga 15% dari syer pasaran setempat pada masa akan datang.

Terdapat beberapa syarikat pesaing yang lain yang berskala sederhana


dan besar seperti XXXXX dan XXXXX yang menawarkan perkhidmatan
sajian makanan di beberapa kilang industry dan sektor swasta.
Walaubagaimanapun, syarikat XXXXX akan terus berusaha untuk
meningkatkan syer pasaran semasa dengan memberi tumpuan
kepada:

(i) Kepelbagaian menu makananan yang ditawarkan kepada para


pelanggan,

29
XXXXX (111111-X)

(ii) Melengkapkan kemudahan infrastruktur alatan pengeluaran


produk makanan seperti mesin pemotong sayur-sayuran dan
daging, sistem automasi alatan masakan dan system
pembersihan bahan-bahan mentah sebelum ianya dimasak,
(iii) Menambah bilangan pekerja yang berpengalaman serta
berkemahiran tinggi. Faktor tersebut amat penting kerana di
antara faktor kelicinan dan keberkesanan perkhidmatan amat
bergantung kepada para pekerja di dalam operasi syarikat.
XXXXX amat mementingkan sistem latihan pekerja yang
komprehensif bagi menjamin mutu perkhidmatan yang
ditawarkan berada pada tahap yang tinggi.

30
XXXXX (111111-X)

RAMALAN JUALAN

Melalui perkhidmatan katering dan produk sajian makanan yang


ditawarkan oleh pihak syarikat, jualan bulanan yang mampu di perolehi
adalah antara RM800,000.00 ke RM1,000,000.00. Ini menunjukkan
perniagaan ini mampu untuk memperolehi pendapatan sehingga kira-kira
RM10,000,000.00 ke RM15,000,000.00 setahun. Angka ini diperolehi
daripada perkhidmatan yang ditawarkan terutamanya kepada kilang-
kilang multinasional yang terletak di kawasan perindustrian Bayan Lepas
dan juga industry yang berdekatan.

Melihat kepada keadaan semasa dan perkembangan syarikat, pihak


perniagaan yakin kadar permintaan daripada pelanggan akan terus
meningkat dari semasa ke semasa. Ini adalah kesan daripada
perkhidmatan yang baik dan juga memuaskan di samping harga yang
ditawarkan adalah berpatutan.

Pihak pengurusan menjangkakan angka jualan tahunan pada tahun-tahun


seterusnya akan meningkat dengan baiknya. Ramalan yang dibuat bagi
jualan tahun seterusnya adalah seperti berikut:

2015 (RM) 2016 (RM) 2017 (RM)

Jualan 11,500,000 12,250,000 14,258,000

Ramalan jualan yang dibuat adalah berdasarkan kepada pencapaian


semasa dan juga jangkaan pertambahan pelanggan apabila pihak syarikat
mengadakan promosi dan juga menawarkan pakej-pakej tertentu kepada
para pelanggan.

Pada peringkat permulaan penstrukturan semula dan penambahbaikan


yang bakal dilakukan, ramalan syarikat adalah pencapaian 40% ke 50%

31
XXXXX (111111-X)

peningkatan dalam jumlah jualan syarikat. Ini adalah kerana pada masa
ini, bukan sahaja perkhidmatan bakal dipertingkatkan malahan keadaan
susun atur ruang produksi dan juga khidmat pelanggan juga akan
diperbaiki.

Bagi tahun- tahun seterusnya iaitu tahun 2016 dan 2017, jualan dijangka
meningkat dari 25% ke 35% berdasarkan kepada pertambahan alatan
masakan yang sistematik serta berteknologi tinggi yang bakal dimiliki
oleh syarikat. Di samping itu, pihak syarikat juga merancang untuk
mempertingkatkan lagi kemahiran serta kecekapan para pekerja operasi
bukan sahaja dari segi penggunaan teknologi yang canggih malahan dari
sudut kecekapan diri tukang masak serta para pekerja operasi di dalam
menggunakan serta menguruskan setiap operasi kerja yang diberi oleh
pihak pengurusan syarikat.

Kepelbagaian produk sajian makanan akan ditambah di dalam senarai


menu makanan yang ditawarkan serta penawaran pakej majlis-majlis
keramaian yang terkini serta mengikut citarasa majlis seperti yang
dikehendaki oleh para pelanggan. Selain itu, kepelbagaian menu makanan
melangkaui kedudukan geografi dunia, seperti menu Timur Tengah dan
Oriental akan diperkenalkan oleh syarikat di dalam sajian makanan yang
ditawarkan di mana menu-menu tersebut di mana ianya telah diketahui
mempunyai ramai peminat di seluruh negara Malaysia ini.

32
XXXXX (111111-X)

PELANGGAN
1. NAMA COMPANY
ALAMAT COMPANY

Tel: 04-XXX XXXX

2. NAMA COMPANY
ALAMAT COMPANY

Tel: 04-XXX XXXX

3. NAMA COMPANY
ALAMAT COMPANY

Tel: 04-XXX XXXX

4. NAMA COMPANY
ALAMAT COMPANY

Tel: 04-XXX XXXX

ANALISA PESAING

SENARAI PESAING PERNIAGAAN

1. NAMA COMPANY

ALAMAT COMPANY

TEL : 04-XXX XXXX

33
XXXXX (111111-X)

2. NAMA COMPANY

ALAMAT COMPANY

TEL: 04-XXX XXXX

3. NAMA COMPANY

ALAMAT COMPANY

TEL: 04-XXX XXXX

Kawasan persekitaran merupakan sebuah kawasan tumpuan bukan


hanya penduduk tempatan malahan para pekerja industri yang
berkhidmat di beberapa kilang-kilang multinasional di Bayan Lepas,
Bayan Baru, Batu Maung dan Sungai. Berdasarkan kepada keupayaan
serta preferen para pelanggan setempat, pihak pengurusan perniagaan
telah membuat kesimpulan bahawa faktor-faktor berikut telah menjadi
panduan utama di dalam mendapatkan perkhidmatan katering serta
produk sajian makanan:

(i) Harga yang berpatutan dan kompetitif,


(ii) Perkhidmatan yang berkualiti tinggi,
(iii) Jaminan perkhidmatan yang berterusan,
(iv) Nilai perkhidmatan sajian yang bermutu tinggi dan kualiti
kebersihan yang terjamin di masa penyediaan makanan
tersebut,
(v) Pengalaman serta rekomendasi yang diterima dari pelanggan-
pelanggan lepas yang amat berpuas hati dengan
perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh syarikat.

Di kawasan industri setempat terdapat beberapa syarikat katering lain


yang menjadi saingan kepada XXXXX di beberapa buah kilang-kilang
multinasional yang lain. Persaingan sihat yang dipupuk tersebut

34
XXXXX (111111-X)

menjadikan para syarikat di dalam industri ini sentiasa berlumba-


lumba untuk menwarkan perkhidmatan yang terbaik kepada para
pelanggan pada harga yang kompetitif.

Walaubagaimanapun, pihak pengurusan XXXXX tidak menafikan


bahawa terdapat banyak syarikat katering di luar sana yang
menawarkan perkhidmatan tersebut pada skala kecil dan sederhana,
iaitu di antara 500 ke 1,000 pelanggan di dalam sesuatu perkhidmatan
katering tertentu. Keadaan tersebut tidak menjadi halangan utama
kepada syarikat XXXXX kerana segmen pasaran yang ditumpukan
oleh syarikat-syarikat sederhana dan kecil tersebut adalah berbeza
dari tumpuan pasaran oleh XXXXX.

XXXXX menumpukan sektor khidmat katering pada sekala yang agak


tinggi kerana peralatan dan kemahiran yang dimiliki oleh para pekerja
operasi syarikat adalah bersesuaian dengan sektor tersebut.

PROMOSI DAN IKLAN

Pihak XXXXX telah mengatur beberapa kaedah promosi dan


pengiklanan yang dirasakan sesuai untuk memperkenalkan syarikat
dan juga perkhidmatan serta produk yang ditawarkan. Antara yang
telah dilakukan oleh pihak syarikat ialah dengan menggunakan kaedah
pengiklanan melalui ‘ flyers’, ‘banner’ dan juga papan tanda.

Selain itu, pengiklanan yang dilakukan di akhbar-akhbar utama


tempatan seperti Berita Harian, The Star, Sin Chew Daily, Harian Metro
dan beberapa lagi akhbar tempatan juga telah banyak membantu
memperkenalkan perniagaan dan produk yang ditawarkan syarikat
kepada sasaran pasaran. Ini akan memudahkan lagi pelanggan untuk

35
XXXXX (111111-X)

mengenali dan melihat sendiri produk-produk yang dipasarkan oleh


syarikat.

Di samping menggunakan medium hebahan tersebut, pihak syarikat


sendiri akan melantik eksekutif-eksekutif pemasaran yang akan
membantu memasarkan produk dan memberi penerangan berkaitan
perkhidmatan syarikat. Mereka yang terlibat diberi penerangan serta
latihan yang sistematik. Mereka juga akan dibekalkan maklumat yang
lengkap dan mencukupi bagi menjamin agar mereka benar-benar
mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenai perkhidmatan yang
ditawarkan oleh syarikat. Melalui cara ini, pelanggan akan lebih yakin
serta percaya kepada keupayaan syarikat dan juga kecekapan dalam
menguruskan perniagaan dan juga memberi perkhidmatan yang
berkualiti kepada pelanggan.

Diharapkan melalui kaedah promosi dan pengiklanan di atas akan


dapat membantu syarikat mencapai objektif utama iaitu menjadi
peneraju pasaran dalam industri katering dan sajian makanan ini di
seluruh kawasan setempat serta sekitarnya.

STRATEGI PEMASARAN

XXXXX telah merancang beberapa strategi pemasaran bagi memastikan


pihak syarikat dapat berkembang dengan lebih pesat. Kepuasan hati
pelanggan menjadi antara objektif utama syarikat dalam memastikan
perniagaan dapat terus bersaing dalam industri. Justeru itu, pihak
syarikat telah merancang strategi pemasaran iaitu dengan memberikan
perkhidmatan yang berkualiti dan juga menyediakan produk yang
bermutu tinggi. Di dalam masa yang sama, XXXXX akan terus

36
XXXXX (111111-X)

merancang untuk mempelbagaikan menu masakan yang disediakan


seperti:
(i) Strategi pemasaran ‘online’
Strategi pemasaran online menjadi focus kepada
perkembangan perniagaan ini kerana ianya mempunyai kesan
yang sangat efektif. Pihak pengurusan syarikat menjangkakan
bahawa medium pemasaran ini akan menjadi di antara
tunjang kepada pertumbuhan permintaan terhadap produk-
produk yang ditawarkan oleh syarikat

(ii) “Western Cuisine’


Beberapa jenis menu masakan di atas akan terus
dipelbagaikan seperti pizza, spaghetti, mushroom soup dan
beberapa menu terkini. Menu western cuisine akan terus
dipelbagaikan memandangkan permintaan yang diterima
terutamanya dari golongan expatriat yang bekerja di kilang-
kilang multi-nasional.

(iii) “Menu Timur Tengah”


Menu Timur Tengah atau dari Negara Arab semakin mendapat
tempat di Negara Malaysia. Ianya bukan sahaja digemari oleh
penduduk Malaysia, malah para expatriate yang dating dari
pelbagai Negara di dunia ini. Ini akan dapat menarik
pelanggan untuk terus datang dan mendapatkan
perkhidmatan dari syarikat ini. Di samping itu, nasihat yang
berguna berkenaan keselamatan dan juga penjagaan
kenderaan adalah merupakan aspek yang ditekankan. Ini bagi
menjamin keselamatan pemandu dan juga pengguna jalan
raya yang lain.

Di samping kualiti perkhidmatan dan produk yang bermutu, pihak


syarikat juga telah mengiklankan produk dan perkhidmatan syarikat di

37
XXXXX (111111-X)

akhbar-akhbar utama serta media yang berkaitan seperti menyebarkan


melalui ‘flyer’, radio serta langgangan umum. Penggunaan ‘banner’ dan
papan tanda iklan juga dapat membantu memperkenalkan lagi
perniagaan kepada penduduk setempat dan juga luar. Jualan hebat dan
pakej-pakej menarik yang ditawarkan kepada pelanggan merupakan satu
medium pemasaran yang dilihat berkesan untuk perniagaan ini. Selain
itu, maklumat terbaru berkenaan pakej-pakej sajian makanan akan
dikemaskini sepanjang masa.

Antara faktor yang tidak kurang pentingnya juga yang dititikberatkan oleh
perniagaan ialah hubungan baik yang terjalin antara pelanggan dan juga
pihak syarikat. Hubungan yang baik yang terjalin akan menyebabkan
pelanggan merasakan diri mereka dihargai dan seterusnya dapat menarik
mereka untuk terus setia mendapatkan perkhidmatan di premis ini.

ASPEK KEWANGAN

8.1 PERINCIAN ALIR TUNAI PROJEK

8.2 PENYATA ALIRAN KEWANGAN


Bulanan selama 2 tahun
Tahunan selama 5 tahun

8.3 PENYATA UNTUNG RUGI


Bulanan selama 2 tahun
Tahunan selama 5 tahun

8.4 CADANGAN PEMBIAYAAN PROJEK

8.5 CADANGAN PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN

38
XXXXX (111111-X)

“SILA RUJUK LAMPIRAN YANG


DISERTAKAN”

39
XXXXX (111111-X)

KESIMPULAN/JUSTIFIKASI

XXXXX telah ditubuhkan dan beroperasi di negeri Pulau Pinang sejak


tujuh (7) tahun yang lalu. Kini, syarikat ini mampu berdiri megah
seiring dengan syarikat-syarikat pembekal khidmat katering lain yang
sudah lama bertapak dalam industri ini. Syarikat ini beroperasi sebagai
sebuah pusat pembekal sajian makanan setempat, merangkumi
pelbagai menu termasuk ‘western-food’, oriental, Timur Tengah dan
tempatan. Faktor kualiti makanan yang disediakan dan harga yang
kompetitif menjadi sandaran utama kepada kejayaan di dalam industri
ini.

Setelah berkecimpung dalam industri ini selama beberapa tahun, pihak


pengurusan merasakan syarikat mampu berkembang dan pergi lebih
jauh lagi dalam industri ini. Setelah membuat beberapa pemerhatian
dan perancangan strategik, pihak syarikat berpendapat bahawa
perniagaan ini memerlukan suntikan modal untuk terus berkembang
dan juga untuk menjalankan struktur projek baru yang dapat
menampilkan imej yang baik dan meyakinkan pelanggan terhadap
syarikat ini.

Tumpuan utama agihan perbelanjaan terhadap projek tersebut akan


meliputi aspek-aspek berikut:

(i) Sistem promosi dan pemasaran yang lebih menarik dan


berinformasi,
(ii) Penambahan peralatan pengeluaran (alatan dapur) yang lebih
sofistikated dan mempunyai fungsi yang dapat melancarkan
perjalanan operasi perniagaan,
(iii) Penambahan menu sajian makanan meliputi pelbagai citarasa
dari pelbagai tempat di serata dunia.

40
XXXXX (111111-X)

Bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan


dan menu sajian makanan adalah sentiasa releven, pihak pengurusan
mencuba sedaya upaya untuk memastikan para personal dan pegawai
operasi dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang
sewajarnya. Selain itu, mutu barangan dan juga persekitaran premis
serta alatan-alatan yang berteknologi tinggi juga penting dalam
memastikan perkhidmatan berada pada tahap yang sangat
memuaskan hati pelanggan. Berbekalkan pengalaman yang luas dalam
sektor pemakanan dan juga sektor korporat, pihak syarikat yakin
dapat menguruskan perniagaan dengan baik dan dapat menawarkan
perkhidmatan yang cekap dan fleksibel dengan harga tawaran yang
berpatutan.

Bidang perniagaan bukanlah suatu bidang yang mudah untuk


dikendalikan. Ianya bukanlah bersandarkan kepada keuntungan
semata-mata. Pengurusan yang cekap dan juga keperluan kepada
material yang cukup adalah penting dalam memastikan sebuah
perniagaan itu dapat terus bertahan dan kukuh dalam industri. Oleh
itu, pengetahuan yang luas serta kekuatan semangat yang tinggi
penting dalam memastikan peniaga dapat menempuhi liku-liku dalam
selok-belok perniagaan dengan tenang dan matang.

Setelah membuat penelitian terhadap keperluan semasa perniagaan,


pihak syarikat XXXXX berpendapat bahawa kemudahan kewangan
yang bakal diperolehi daripada SME Bank adalah sangat membantu
dalam melicinkan lagi operasi syarikat disamping dapat
mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada. Diharapkan
kemudahan kewangan yang diperolehi ini akan dapat membantu
syarikat untuk menjadi sebuah syarikat yang kukuh dan mampu
bersaing di pentas global.

41

You might also like