You are on page 1of 7

1.

0 PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA

1.1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN

1. Terangkan dua perbezaan antara organisasi yang bermotifkan untung (perniagaan) dengan [4]
organisasi yang tidak bermotifkan untung.(u13)(14)
2. Terangkan tiga kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan. (u14) [6]
3. Bincangkan tiga peranan perniagaan terhadap pengguna. [6]
4. Nyatakan tiga kebaikan perniagaan kepada masyarakat dan tiga kebaikan perniagaan kepada [6]
negara. (15)
5. Jelaskan dua faktor pengeluaran yang terlibat dalam pengeluaran sos tomato. (14) [6]
6. Huraikan tiga faktor pengeluaran yang terlibat dalam proses pengeluaran perabot. (u14) [6]
7. Nyatakan langkah-langkah yang terlibat dalam proses perniagaan. [5]
8. Terangkan dua cabaran yang dihadapi oleh perniagaan pada masa hadapan. [4]

1.2 PERSEKITARAN PERNIAGAAN

9. Jelaskan bagaimana persekitaran perniagaan persekitaran ekonomi dan persekitaran [6]


antarabangsa mempengaruhi industri perhotelan di Sabah.
10. Huraikan persekitaran tugas yang berikut; [4]
i) pembiaya
ii) pelanggan(15)
11. Bincangkan kepentingan pembekal dan pembiaya terhadap sesebuah perniagaan restoran [6]
makanan laut.
12. Nyatakan enam pihak yang mempuyai hubungan langsung dengan operasi perniagaan dan [12]
huraikan tanggunjawab perniagaan kepada pihak-pihak tersebut. (Kes14)
13. Bezakan empat jenis pasaran dari aspek kebolehan kemasukan pesaing ke dalam pasaran. (13) [4]

1.3 ENTITI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN

14. Nyatakan lima kekurangan perniagaan milikan tunggal. (14) [5]


15. Terangkan kelebihan milikan sendirian berhad berbanding perkongsian. [6]
16. Nyatakan lapan butiran kandungan surat ikatan perjanjian perkongsian. . (13) [4]
17. Jelaskan langkah-langkah yang perlu dalam penubuhan sesebuah koperasi. [6]
18. Berdasarkan satu contoh, jelaskan aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran barangan [4]
pengguna (konsumer) dan barangan industri.
19. Jelaskan dengan bantuan satu contoh aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan iaitu [6]
peruncitan, kewangan, dan professional.
20. Terangkan satu peranan bagi setiap sektor industri berikut; swasta, awam, dan badan berkanun
dalam membantu perkembangan perniagaandi Malaysia.
21. Huraikan tahap huluan dan tahap hiliran bagi pengeluaran sesuatu produk pengguna. (u14) [4]
22. Terangkan dengan bantuan satu contoh tahap-tahap perniagaan dari perspektif berikut.
(i) Primer, sekunder, dan tertiar [6]
(ii) Domestik dan antarabangsa [4]

1
1.0 PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA

Kajian Kes [50 markah]


“Nelson’s Franchise (M) Sdn. Bhd.”
2(a)
Frasa orang Melayu yang popular “Balik kampung tanam jagung” telah menjadi slogan dan pegangan
yang penting dalam hidup Datuk Nelson Kwok Teng Toong. Beliau merupakan pengasas dan pengarah
urusan Nelson’s Franchise (M) Sdn. Bhd. yang menjadi pelopor penjualan jagung manis dalam cawan
(com-in-cup) di dunia. Sehingga kini, produk francais yang benar-benar menepati jenama “buatan
Malaysia” ini mempunyai 80 buah cawangan di Malaysia dan 16 buah francais di luar negara dengan
800 saluran kedai. Produknya telah meletakkan jenama ternpatan sebaris dengan jenama francais
antarabangsa. Penglibatan francaisnya di luar negara juga dapat meningkatkan pendapatan negara.
Asas penubuhan Nelson’s adalah untuk membantu dan menggalakkan orang ramai memulakan
pemiagaan. Nelson’s akan membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada sesiapa yang berminat
terutama kepada golongan muda.
Penghasilan produk yang berkualiti tinggi ialah strategi utama dan kunci kepada kejayaan
Nelson’s. Benih jagung yang ditanam dinamakan sebagai N28 dan benih tersebut dicipta khas melalui
penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan kerjasarna pakar benih dari salah sebuah universiti
tempatan. Teknik penghasilan benih yang terkini dan terbaik telah berjaya menghasilkan jagung yang
benar-benar manis, besar, dan berkualiti tinggi. Semasa peringkat permulaan menjalankan
perniagaan ini, beliau mendapatkan bekalan jagung dari Banting, Selangor. Apabila permintaan
terhadap jagung dalam cawan meningkat, Nelson’s mengambil inisiatif dengan memiliki sendiri
ladang jagung yang dikawal rapi dari segi mutu dan kualiti jagung yang ditanam. Pada masa yang
sama, syarikatnya dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat di sekitamya.
Mengimbau kisah beliau memulakan perniagaan jagung, pelanggan memberikan komen, iaitu jagung
batang susah untuk dimakan. Beliau dan isteri cuba untuk mengambil isi jagung tersebut sehingga
tercetus inovasi “Nelson’s jagung manis dalam cawan”.
Jagung manis yang ditanam di ladang Nelson’s boleh dimakan secara mentah atau dijadikan
snek. Jagung juga kaya dengan fiber, rendah kolesterol, dan boleh dimakan di mana jua dan pada
bila-bila masa oleh semua golongan tanpa mengambil kira usia muda mahupun tua. Apabila ditanya
tentang perancangan ke atas diri beliau secara individu dan perancangan masa hadapan syarikat,
dengan ringkas beliau memberitahu bahawa beliau akan terus bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti
pemiagaan dengan membawa nama Nelson's sehingga ke pasaran global. Kegagalannya dalam
perniagaan yang diusahakannya dahulu akibat kemelesetan ekonomi yang berlaku pada tahun 1991
dan tahun 1992 tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berusaha tanpa mengenal erti
putus asa. Pada penghujung wawancaranya, beliau menasihatkan sesiapa yang berminat menceburi
dunia pemiagaan agar mempunyai keazaman yang tinggi dan tidak mudah putus asa kerana baginya
gagal sekali tidak semestinya akan gagal untuk selama-lamanya.

(Sumber: Disesuaikan daripada Dewan Ekonomi, September 2013)

(i) Terangkan empat peranan perniagaan Nelson’s kepada negara. [8]


(ii) Huraikan tiga faktor pengeluaran dalam perniagaan Nelson’s. [12]
(iii) Perihalkan tiga persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan Nelson’s. [12]

2(b) Huraikan empat pihak yang berkepentingan bagi sesebuah perniagaan. [18]

2
1.0 PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA

Rangka Jawapan - Kaedah diperlukan untuk meningkatkan


(a) (i) Empat peranan perniagaan Nelson’s kepada pengeluaran dan mengurangkan kos
negara: ' Teknik atau kaedah menghasilkan benih yang
Meningkatkan imej negara berkualiti tinggi yang dicipta melalui kerjasama
~ Nama baik Malaysia terkenal di seluruh dunia dengan pakar benih dari salah sebuah universiti
~ Hubungan baik dan keljasama yang texjalin antara tempatan
negara di dunia akan menjadi lebih erat ' Teknik ini dapat menghasilkan jagung yang berkualiti
~ Pemiagaan antarabangsa akan lebih mudah tinggi dan manis
dijalankan Keusahawanan
~ Produk buatan Malaysia mendapat tempat di ' Usahawan ialah individu yang bertanggungjawab
persada antarabangsa secara langsung ke atas prestasi perniagaan
Meningkatkan pendapatan negara ' Antara ciri peribadi yang unik yang oleh Datuk
' Kerajaan mendapat pulangan dalam bentuk cukai Nelson Kwok ialah inovatif dan kreatif, berani
yang dikenakan ke atas barang- barang yang diimpofl menghadapi risiko, mempunyai keazaman yang
' Pendapatan yang diperoleh akan digunakan untuk tinggi, dan lain- lain
menjalankan aktiviti pembangunan masyarakat di ~ Beliau mempunyai wawasan untuk
Malaysia seperti projek pembinaan infrastnlktur yang mengembangkan perniagaan dengan lebih luas di
akan meningkatkan taraf hidup masyarakat pasaran global
Menyediakan peluang pelaburan/perniagaan ' Datuk Nelson Kwok merupakan usahawan pertama
Perniagaan francais mempelawa orang ramai di dunia yang bexjaya menghasilkan produk jagung
menceburi dunia perniagaan terutamanya manis di dalam cawan
kepada golongan muda (iii)
Menyediakan peluang pekerjaan Tiga persekitaran umum yang mempengaruhi
' Pemiagaan memerlukan ramai modal insan yang pemiagaan Nelson’s:
produktif untuk melicinkan aktiviti Antarabangsa
pemiagaan ' Konsep dunia tanpa sempadan dan globalisasi
' Keadaan ini dapat membantu kerajaan ' Nelson’s mengeksport produknya keluar negara
mengurangkan masalah pengangguran dalam ' Pemiagaan antarabangsa akan membawa masuk
kalangan masyarakat pertukaran Wang asing
(ii) ~ Nelson’s mempunyai cawangan di 16 buah negara
Tiga faktor pengeluaran yang terlibat dalam di seluruh dunia
pemiagaan Nelson’s: Sosiobudaya
Bahan mentah ' Set gabungan kepercayaan, nilai, adat, amalan, idea,
~ Input yang diperlukan dalam pengeluaran sikap, dan cita rasa yang serupa bagi penduduk di
~ Input terdiri daripada tahap primer atau aktiviti sesebuah negara
ekstratif A ' Nelson’s menyasarkan produknya untuk semua
' Benih jagung diperlukan untuk menghasilkan jagung golongan muda dan juga tua
yang akan digunakan untuk menghasilkan pelbagai Jagung merupakan makanan yang menyihatkan
jenis produk termasuk untuk dijadikan snek kerana kaya dengan fiber dan rendah kolesterol bagi
~ Ladang jagung milik Nelson’s dapat rnenghasilkan mereka yang mahukan tubuh yang langsing ,
kuantiti jagung yang dikehendaki untuk pengeluaran Jagung adalah tanaman yang sesuai dengan cuaca di
Teknologi Malaysia
' Kaedah melakukan kerja dan peralatan yang Ekonomi
diglmakan dalam melaksanakan aktiviti Situasi ekonomi di dalam dan di luar negara sama ada
pekeijaan/pengeluaran melambung atau rneleset

3
1.0 PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA

Persekitaran ekonomi yang bajk akan meningkatkan Pihak yang menyumbangkan tenaga fizikal dan
aktiviti perniagaan dan peluang perniagaan mental
Hal ini seterusnya membantu meningkatkan Majikan mewujndkan suasana kelja yang selamat dan
pendapatan penduduk, jualan, dan keuntungan sihat
perniagaan Majikan menjaga kebajikan pekerja
Kemelesetan ekonomi yang berlaku pada tahun 1991 Bersikap adil kepada semua pekerja
dan tahun 1992 telah menjadi cabaran yang besar Pembayaran gaji yang setimpal
kepada Datuk Nelson untuk meneruskan Pembekal
perniagaannya ' Pihak yang membekalkan bahan mentah/barang
Teknologi sepamh siap/barang siap kepada peniaga
Kaedah dan peralatan yang digunakan untuk Membayar bayaran tepat pada masanya
melakukan kerja dalam melaksanakan aktiviti ~ Memastikan pefianjian jual beli dipersetujui dengan
pekerjaan/pengeluaran jelas
Kaedah dan peralatan yang diperlukan untuk ' Tidak mengeksploitasi pembekal kecil
meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan kos Pesaing
pengeluaran ~ ' Pihak yang mengeluarkan barang atau perkhidmatan
Teknik atau kaedah yang digunakan untuk yang sama atau hampir sama
menghasilkan benih yang berkualiti tinggi ' Menjaga kepentingan pesaing seperti tidak sengaja
yang dicipta hasil daripada kerjasama dengan pakar menawarkan harga yang lebih rendah daripada
benih dan salah sebuah university tempatan " pesaing
Teknik ini dapat menghasilkan jagung yang berkualiti ~ Mengadakan persaingan yang sihat dalam
tinggi dan manis menghasilkan barang dan perkhidmatan yang
(b) berkualiti kepada pengguna
Empat pihak yang berkepentingan bagi sesuatu ' Mengamalkan nilai moral dan tidak mencemarkan
pemiagaan: nama pesaing
Pelanggan Pembiaya
Pihak yang menggunakan produk yang dihasilkan - Pihak yang memberikan pinjaman kepada peniaga
oleh usahawan ~ Mematuhi jadual pembayaran balik pinjaman
Menyesuaikan produk dengan perubahan cita rasa ~ Membayar dengan jumlah yang tepat
dan pengguna - Menggunakan sumber kewangan dengan cekap
Memberi maklumat penuh, jujur, dan telus tentang Pemodal
produk ' Pihak yang menyumbangkan modal
Usahawan/peniaga - Memberi pulangan yang berpatutan
Tldak menyembunyikan stok bagi tujuan keuntungan - Menggunakan sumber kewangan dengan cekap dan
Menyampaikan barang dan perkhidmatan pada efisien
masa, kuantiti, dan mutu yang tepat dengan harga - Membayar dividen kepada pemegang saham
yang berpatutan kepada pengguna ’ ' Menyediakan laporan kewangan yang adil dan benar
Memberi layanan yang mesra Kerajaan
Mengutamakan pelanggan - Pihak yang menggubal dan menguatkuasakan
Membayar cukai perniagaan undang-undang yang berkaitan dengan pemiagaan '
Menjalankan pemiagaan mengikut undang-undang ' Menyediakan kemudahan kepada masyarakat
dan peraturan seperti tidak mencemarkan alam Masyarakat
sekitar ' Pihak yang menerima kesan tidak langsung daripada
Menyokong dasar kerajaan aktiviti pemiagaan
Menyediakan peluang pekerjaan ' Menjalinkan hubungan yang baik
Pekerja , ~ Menjaga kebersihan alam sekitar
' Memberi sumbangan atau derma

4
1.0 PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA

kajian kes Pengajian Perniagaan Penggal 1 : Tajuk Pemasaran pemasaran- Adabi


Consumer Industries Sdn Bhd

Adabi Consumer Industries Sdn Bhd

Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (ACISB) merupakan syarikat  yang beroperasi di dalam dan di
luar negara. Syarikat ini telah memperluaskan pasaran makanan halal ke peringkat antarabangsa.
Jenama Adabi mula dikomersilkan secara agresif dan telah mengedarkan produknya ke seluruh
Malaysia dan luar negara.

Jenama Adabi dikeluarkan oleh Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (ACISB), pengeluar rempah
ratus dan makanan terkemuka di Malaysia. Logo Adabi adalah Istana Tradisional Kerabat Diraja
Melaka pada abad ke-16. Istana Melayu itu melambangkan bahawa produk Adabi mempunyai
kekuatan dalam warisan selaras dengan kualiti makanan yang dihidangkan kepada kerabat-kerabat
diraja pada masa dahulu. Ia juga memberi gambaran tentang keunggulan rempah ratus masyarakat
Melayu di samping mengembalikan kegemilangan makanan dan sajian Melayu sejak berkurun lama.
Produk Adabi mempunyai lebih daripada 33 jenis produk di bawah empat kategori yang terdiri
daripada serbuk rempah ratus, pes, produk sos dan makanan dalam tin, dan tepung campuran. Produk
ACISB sentiasa mengalami perubahan untuk memenuhi citarasa pelanggan masa kini.  ACISB telah
memperbaharui bungkusan produk tersebut dengan menggunakan bungkusan plastik yang berkualiti
tinggi dan mesra pengguna. Selain itu, bentuk bungkusan telah diubah dari segi empat sama kepada
segi empat tepat yang dapat memuatkan lebih banyak kandungan di dalamnya. Penggabungan ramuan
dalam Serbuk Rendang Daging ADABI dan Perencah Rendang memudahkan  pengguna kerana
mereka hanya perlu memasukkan perencah tanpa menyediakan bahan-bahan lain seperti kulit kayu
manis, kerisik, cili dan lain-lain. Ini memudahkan pengguna menyediakan rendang sekaligus
menjimatkan masa.

Produk Adabi adalah yang pertama untuk menerima sijil Halal dari Jabatan Hal Islam dari Jabatan
Perdana Menteri. Pelbagai anugerah yang dimenangi seperti Superbrand Status (Reader's Digest
Malaysia), International Makanan & Minuman Award (New Millenium Award - Paris) dan Anugerah
Kecemerlangan Industri (MITI) dan Anugerah Produk Terpuji (Institut Teknologi Pangan Malaysia)
membolehkan produk Adabi diterima oleh semua lapisan masyarakat berbanding produk pesaing yang
lain.Dari segi pecahan, jualan ACISB banyak dijana menerusi produk sos terutamanya kicap yang
menyumbang antara 50 hingga 60 peratus ke atas perolehan, produk kunyit dari kategori serbuk
rempah ratus pula sentiasa menunjukkan peningkatan antara 20 hingga 30 peratus ke atas jualan
tahunan. Selebihnya, jualan diraih menerusi makanan dalam tin seperti sardin dan jagung yang
mencatatkan RM24 juta jualan sepanjang tahun lepas.

Rangkaian pengedaran produk Adabi juga telah dikembangkan dan, sehingga kini terdapat 13
rangkaian syarikat gabungan yang bertindak sebagai agen atau  pusat jualan dan pengedaran produk
keluaran Adabi. Pengedaran produk Adabi adalah melalui pemborong, peruncit dan jurujual van.
Pasaran meliputi seluruh Malaysia dan negara luar seperti Singapura, Indonesia, Brunei dan lain.

5
1.0 PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA

Pasaran luar negara kini menyumbang 30 peratus ke atas perolehan dan ACISB berusaha mengekalkan
pegangan itu melalui ejen jualan luar negara terutamanya di United Kingdom dan London.

Pengeluaran produk- produk yang berkualiti dan halal telah membuat jenama Adabi mendapat tempat
dihati pengguna di Malaysia dan tetangganya, ditambah pula dengan kepelbagaian jenis produk untuk
isi rumah. Sejajar dengan perkembangan Adabi yang telah pun berusia 25 tahun maka penambahan
rangkaian produk baru keluaran Adabi telah meningkat tahun demi tahun, demi memenuhi permintaan
pasaran, terutamanya bagi segmen produk halal.

Berdasarkan kes di atas,


i.                    
            i.   Jelaskan dari aspek lini produk, atribut produk, penjenamaan dan pembungkusan produk 
                 Adabi.                                                                         [15]

Lini produk

Ia merujuk kepada pengeluaran beberapa produk yang mempunyai fungsi sama, pengguna sama dan
saluran pengedaran sama. ACISB mengeluarkan Produk Adabi mempunyai lebih daripada 33 jenis
produk di bawah empat kategori yang terdiri daripada serbuk rempah ratus, pes, produk sos dan
makanan dalam tin, dan tepung campuran.

Atribut produk

Ia merujuk kepada faedah , kualiti, ciri, mutu, rekabentuk produk  yang memberi kelebihan kepada
produk tersebut berbanding produk pesaing. Produk Adabi adalah yang pertama untuk menerima sijil
Halal dari Jabatan Hal Islam dari Jabatan Perdana Menteri. Pelbagai anugerah yang dimenangi seperti
Superbrand Status (Reader's Digest Malaysia), International Makanan & Minuman Award (New
Millenium Award - Paris) dan Anugerah Kecemerlangan Industri (MITI) dan Anugerah Produk
Terpuji (Institut Teknologi Pangan Malaysia) membolehkan produk Adabi diterima oleh semua lapisan
masyarakat berbanding produk pesaing yang lain.

Penjenamaan

Ia merujuk kepada tanda nama atau simbol sesebuah produk. Logo Adabi adalah Istana Tradisional
Kerabat Diraja Melaka pada abad ke-16. Istana Melayu itu melambangkan bahawa produk Adabi
mempunyai kekuatan dalam warisan selaras dengan kualiti makanan yang dihidangkan kepada
kerabat-kerabat diraja pada masa dahulu. Ia juga memberi gambaran tentang keunggulan rempah ratus
masyarakat Melayu di samping mengembalikan kegemilangan makanan dan sajian Melayu sejak
berkurun lama.

Pembungkusan

Aktiviti berkaitan merekabentuk dan menyediakan bekas untuk produk berkenaan. ACISB telah
memperbaharui bungkusan produk tersebut dengan menggunakan bungkusan plastik yang berkualiti
tinggi dan mesra pengguna. Selain itu, bentuk bungkusan telah diubah dari segi empat sama kepada
segi empat tepat yang dapat memuatkan lebih banyak kandungan di dalamnya.

ii.                  Jelaskan saluran pengedaran yang digunakan oleh ACISB.                   [10]

6
1.0 PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA

Cadangan jawapan
a.       
       a.    Jawapan perlu kaitkan dengan penggunaan ejen, pemborong dan peruncit sebagai saluran              
agihan.

        b.      Lukiskan bentuk saluran agihan menegak

        c.       Tunjukkan bukti dalam kes

You might also like