You are on page 1of 4

JAMBATAN Kedua Pulau Pinang bakal memberi manfaat secara langsung kepada

penduduk dan perniagaan di kawasan utara Semenanjung.


KUALA LUMPUR 3 Mei - Jambatan Kedua Pulau Pinang bakal memberi manfaat besar
kepada pertumbuhan ekonomi wilayah barat utara Semenanjung Malaysia, terutama
bagi meningkatkan kadar perhubungan penduduk serta melicinkan aktiviti perniagaan di
kawasan tersebut.

Projek yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 2008 itu, ketika ini sudah
94 peratus disiapkan dan bakal dibuka kepada awam pada September 2013, iaitu dua
bulan lebih awal daripada jadual asal.

Jambatan sepanjang 24 kilometer itu menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai


dan Batu Maung di selatan Pulau Pinang, dilihat akan membawa faedah kepada Kedah,
Perlis dan utara Perak.

Pengerusi Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), Tan Sri Sulaiman Mahbob berkata,
jambatan itu bukan sekadar projek infrastruktur semata-mata, malah merupakan nadi
kepada perkembangan ekonomi dan sosial negara.

Menurutnya, jambatan baharu itu dijangka mengalihkan 25 peratus kesesakan di


Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada yang digunakan hampir 100,000 kenderaan
sehari.

"Pada masa yang sama, jambatan ini bakal menghubungkan kawasan perindustrian di
sekitar Batu Kawan dan perkampungan nelayan di Batu Maung.

"Dengan adanya jambatan ini, ia bakal membuka peluang ekonomi kepada penduduk
tempatan dan menjimatkan perjalanan antara Pulau Pinang dan Seberang Perai,"
katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jambatan Kedua Pulau Pinang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui


Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) sebagai sebahagian daripada pembangunan
Koridor Ekonomi Wilayah Utara.

Pembinaannya membabitkan perbelanjaan RM4.5 bilion melalui pembiayaan bank.


Sejumlah RM1 bilion daripada perbelanjaan itu bagaimanapun diperoleh oleh syarikat
dari China, China Harbour Engineering (CHEC) yang turut terlibat di dalam pembinaan
jambatan itu.

Penglibatan CHEC adalah bertujuan membangunkan sebahagian struktur Jambatan


Kedua, memandangkan syarikat itu mempunyai kepakaran antarabangsa di dalam
aspek pembinaan jambatan berteknologi tinggi.

Jambatan itu dibina dengan teknologi penyerapan gegaran gempa bumi sehingga
mencecah bacaan 7-8 pada Ritcher.

Jelas Sulaiman, tahun lalu, ketika jambatan baharu itu sedang dalam pembinaan,
sebahagian tempat pantai barat Semenanjung Malaysia telah merasai gegeran gempa
bumi yang bermula di Banda Aceh, Indonesia dengan bacaan direkodkan 8.7 pada
skala Richter.

"Ia sedikit sebanyak telah menguji keupayaan jambatan itu. Disebabkan soal
keselamatan juga, pembinaan jambatan itu membabitkan pelaksanaan yang telus
dalam aspek pemberian kontrak, diselia oleh kumpulan bebas dari dalam dan luar
negara," ujarnya.

Penyeliaan itu turut mengambil kira kepentingan penjagaan alam sekitar, penjimatan
penggunaan tenaga serta kesan kepada pendapatan penduduk tempatan khususnya
kumpulan nelayan.

Kata Sulaiman, walaupun kuota bumiputera 30 peratus turut diperuntukkan di dalam


projek tersebut, namun pemilihan kontraktor dibuat secara telus dan dimenangi oleh
pihak yang benar-benar mempunyai keupayaan sesuatu kerja.

Mengenai soal bayaran tol, Sulaiman berkata, kadarnya yang bakal diletakkan adalah
setanding dengan kadar jambatan sedia ada, meskipun jaraknya lebih panjang.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/%c2%adEkonomi/


%c2%ad20130504/ek_01/%c2%adJambatan-ke-2-be%c2%adri-
manfaat#ixzz437zxARuO
Utusan Melayu (M) Bhd

Jambatan Kedua Pulau Pinang bakal memberi manfaat besar kepada pertumbuhan
ekonomi wilayah barat utara Semenanjung Malaysia, terutama bagi meningkatkan
kadar perhubungan penduduk serta melicinkan aktiviti perniagaan di kawasan tersebut.
Projek yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 2008 itu, ketika ini sudah
94 peratus disiapkan dan bakal dibuka kepada awam pada September 2013, iaitu dua
bulan lebih awal daripada jadual asal. Jambatan sepanjang 24 kilometer itu
menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di selatan Pulau
Pinang, dilihat akan membawa faedah kepada Kedah, Perlis dan utara Perak.
Pengerusi Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), Tan Sri Sulaiman Mahbob berkata,
jambatan itu bukan sekadar projek infrastruktur semata-mata, malah merupakan nadi
kepada perkembangan ekonomi dan sosial negara. Menurutnya, jambatan baharu itu
dijangka mengalihkan 25 peratus kesesakan di Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada
yang digunakan hampir 100,000 kenderaan sehari. "Pada masa yang sama, jambatan
ini bakal menghubungkan kawasan perindustrian di sekitar Batu Kawan dan
perkampungan nelayan di Batu Maung. "Dengan adanya jambatan ini, ia bakal
membuka peluang ekonomi kepada penduduk tempatan dan menjimatkan perjalanan
antara Pulau Pinang dan Seberang Perai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari
ini. Jambatan Kedua Pulau Pinang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui
Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) sebagai sebahagian daripada pembangunan
Koridor Ekonomi Wilayah Utara. Pembinaannya membabitkan perbelanjaan RM4.5
bilion melalui pembiayaan bank. Sejumlah RM1 bilion daripada perbelanjaan itu
bagaimanapun diperoleh oleh syarikat dari China, China Harbour Engineering (CHEC)
yang turut terlibat di dalam pembinaan jambatan itu. Penglibatan CHEC adalah
bertujuan membangunkan sebahagian struktur Jambatan Kedua, memandangkan
syarikat itu mempunyai kepakaran antarabangsa di dalam aspek pembinaan jambatan
berteknologi tinggi. Jambatan itu dibina dengan teknologi penyerapan gegaran gempa
bumi sehingga mencecah bacaan 7-8 pada Ritcher. Jelas Sulaiman, tahun lalu, ketika
jambatan baharu itu sedang dalam pembinaan, sebahagian tempat pantai barat
Semenanjung Malaysia telah merasai gegeran gempa bumi yang bermula di Banda
Aceh, Indonesia dengan bacaan direkodkan 8.7 pada skala Richter. "Ia sedikit
sebanyak telah menguji keupayaan jambatan itu. Disebabkan soal keselamatan juga,
pembinaan jambatan itu membabitkan pelaksanaan yang telus dalam aspek pemberian
kontrak, diselia oleh kumpulan bebas dari dalam dan luar negara," ujarnya. Penyeliaan
itu turut mengambil kira kepentingan penjagaan alam sekitar, penjimatan penggunaan
tenaga serta kesan kepada pendapatan penduduk tempatan khususnya kumpulan
nelayan. Kata Sulaiman, walaupun kuota bumiputera 30 peratus turut diperuntukkan di
dalam projek tersebut, namun pemilihan kontraktor dibuat secara telus dan dimenangi
oleh pihak yang benar-benar mempunyai keupayaan sesuatu kerja. Mengenai soal
bayaran tol, Sulaiman berkata, kadarnya yang bakal diletakkan adalah setanding
dengan kadar jambatan sedia ada, meskipun jaraknya lebih panjang.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ

You might also like