You are on page 1of 2

UEM Group Dapat Jambatan Kedua Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Pemberian projek Jambatan Kedua Pulau Pinang
kepada konglomerat utama Malaysia, UEM Group dijangka terus merangsang profil
kumpulan, demikian menurut penganalisis industri.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Rabu mengumumkan pemberian
projek berkenaan kepada UEM, yang merupakan milik penuh Khazanah Nasional, cabang
pelaburan kerajaan.
UEM Group yang secara aktif meninjau projek luar negara, diberikan konsesi untuk
membina, mengurus, mengendali dan menyelenggarakan projek jambatan kedua Puau
Pinang itu.
Seorang penganalisis industri memberitahu Bernama bahawa kepercayaan yang diberikan
oleh kerajaan Malaysia, akan membantu UEM Group memperoleh projek di seberang laut.
Semasa mengumumkan pemberian kontrak berkenaan, Abdullah berkata UEM merupakan
sebuah syarikat yang mempunyai banyak kepakaran dan pengalaman malah merupakan
pemegang konsesi Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada yang memberi kelebihan
kepadanya.
Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas
di Jambatan Pulau Pinang sekarang ini.
Abdullah berkata kabinet juga memberi lampu hijau kepada projek monorel Pulau Pinang
dan Jambatan Kedua Pulau Pinang di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan
dibina melalui inisiatif pembiayaan swasta.
Jambatan sepanjang 24km itu dianggarkan menelan belanja RM2.8 bilion dan akan
menghubungkan Batu Kawan di Seberang Prai ke Batu Maung di pulau.
Penganalisis itu berkata dengan kepakaran, kemampuan, tenaga kerja mahir, rekod
prestasi, sumber kewangan dan pengurusan baik, projek itu dijangka siap sebagaimana
yang dirancang.
Ia akan meningkatkan pendapatan masa depan kumpulan, katanya.
UEM Group dipertanggungjawabkan dengan pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan
nilai tambah dalam enam industri teras iaitu lebuh raya, kejuruteraan dan pembinaan,
penjagaan kesihatan, perkhidmatan alam sekitar, hartanah, pembuatan dan teknologi
komunikasi maklumat.
Antara projek yang dilaksanakan oleh kumpulan termasuk pembinaan Lebuh raya Utara
Selatan, lebuh raya ELITE.

UEM Group juga menyumbang kepada rekabentuk dan pembinaan beberapa projek
infrastruktur penting Malaysia.
Bagi projek luar negara, kumpulan berjaya memperoleh projek lebuh raya di Filipina, India,
dan Timur Tengah.
Harga saham kumpulan di bursa saham dijangka menyaksikan kesan berikutan berita positif
berkenaan.

You might also like