You are on page 1of 10

1.

0 Pendahuluan
Sejak mencapai kemerdekaan 55 tahun yang lalu matlamat utama negara ialah menjadi sebuah negara yang makmur lagi bersatu padu berasaskan sistem demokrasi dalam suasana pembangunan yang aman dan stabil. Dalam usaha mencapai matlamat ini berbagai-bagai dasar telah pun digubal. Sebagai sebuah negara yang merdeka, Malaysia adalah di antara beberapa buah negara yang muda tetapi potensinya untuk membangun ke arah menjadi sebuah negara yang maju dan mewah amatlah baik sekali memandangkan ia dianugerahkan dengan hasil bumi yang banyak sekali. Sekiranya Malaysia ingin mencapai tahap pembangunan yang lebih tinggi, ia mestilah mempunyai dasar-dasar yang dapat bukan sahaja mengemblengkan sumber-sumbernya malah ia juga boleh mengurangkan perbezaan antara kaum mahupun wilayah. Dalam hubungan ini, adalah perlu dipastikan dasar-dasar yang dibuat sentiasa memantapkan lagi perpaduan negara dan integrasi nasional1. Banyak dasar yang telah diperkenalkan oleh Malaysia untuk disesuaikan dengan pentadbiran negara. Tidak semua dasar yang telah diperkenalkan berjaya mangatasi masalah yang terdapat di negara ini. Terdapat dua jenis dasar di Malaysia iaitu dasar dalam negara dan dasar luar negara. Jika dahulu Malaysia dianggap oleh para pemerhati sebagai masyarakat yang tidak giat dan mundur, namun sekarang Malaysia telah mencapai kestabilan ekonomi sebaris dengan negara-negara membangun yang lain. Malaysia juga menunjukkan keupayaannya menyesuaikan dasar supaya negara tersebut dapat menggunakan dasar itu dengan sebaik-baiknya untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapannya, serta mencari dan mengekploitasi peluang yang baru atau yang berubah. Peristiwa 13 Mei 1969 telah mencetuskan isu perkauman yang sama sekali merupakan sejarah paling buruk di Malaysia. Setelah berlaku peristiwa berdarah ini Malaysia telah mengubalkan dasarnya iaitu Dasar Ekonomi Baru. Dasar ini dilakukan bagi menyatukan perpaduan dan integrasi negara yang kian terhapus antara kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain dengan mengurangkan ketaksetaraan ekonomi kaum. Selain itu, dasar ini dilakukan untuk meningkatkan ekonomi penduduk melalui pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan. Di

Rujukan daripada buku Dasar-dasar Pembangunan Malaysia.

samping itu dasar ini dilaksanakan untuk membasmi kemiskinan terutamanya bagi masyarakat melayu dengan mewujudkan peluang guna tenaga.

2.0 Manfaat pada Perpaduan Masyarakat di Malaysia


Kelompok kaum yang utama ialah orang-orang melayu, Cina, dan India. Mengikut Anand2, anggaran yang dibuat menunjukkan bahawa penduduk Semenanjung Malaysia berjumlah 250,000 orang pada tahun 1800, 2000,000 orang pada tahun 1900, dan 6.3 juta pada tahun 1957 iaitu tahun Semenanjung Malaysia merdeka. Snodgrass3 pula menyatakan bahawa bahagian orang Melayu daripada keseluruhan penduduk berkurangan dengan amat banyak selama beberapa tahun. Namun semua ini tidak menjadi masalah untuk kerajaan melaksanakan dasar ini. Objektif utama Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu menggalakkan perpaduan kaum di kalangan pelbagai bangsa dalam negara ini dan di semua peringkat masyarakat. Dasar ini dilakukan setahun selepas peristiwa berdarah 13 Mei yang telah menyebabkan banyak kematian akibat daripada rusuhan kaum. Pihak kerajaan yang dipimpin oleh Y.B Tun Abdul Razak, selaku Pengerusi Majlis Gerakan Negara menyedari bahawa usaha untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi ekonomi perkauman merupakan masalah yang paling kritis yang dihadapi oleh negara. Kepimpinan politik tidak mempunyai tanggapan palsu bahawa masalah adalah terlalu rumit dan sukar untuk diselesaikan. Jalan tindakan yang baru harus dirintis bagi membentuk bangsa Malaysia yang berpadu dan bersatu. Usaha ini haruslah berdasarkan keadilan yang sama rata, perkongsian yang lebih adil bagi hasil pembangunan ekonomi semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau asal usul. Dengan itu sahajalah tragedi lain yang sama dengan tragedi yang meletus pada tahun 1969 dapat dielakkan dan mungkin akan wujud kestabilan politik yang berkekalan. DEB dilancarkan dengan harapan bahawa masyarakat Malaysia yang baru akan muncul secara beransur-ansur dengan sistem nilai sepunya yang mengatasi perbezaan kaum, budaya dan sosioekonomi. DEB yang telah dilaksanakan mampu membina semangat perpaduan di kalangan
2

S. Anand, Inequality and Poverty in Malaysia- Measurement and Decomsition, Percetakan Universiti Oxford, 1983,hlm.2.
3

Donald R. Snodgrass, Inequality and Economic Development in Malaysia, Percetakan Universiti Oxford, 1980, hlm.26

masyarakat Malaysia melalui pelbagai kaedah. Melalui dasar ini banyak langkah yang telah dilakukan oleh Jabatan Perpaduan Negara iaitu mengeluarkan empat dokumen yang menggalakkan kesetaraan ekonomi antara kaum. Antara keempat dokumen tersebut ialah Dasar bagi Pertumbuhan Ekonomi dengan Imbangan Kaum, Ketaksetaraan Kaum dan Pembangunan Ekonomi, Sasaran Guna Tenaga Pengeluaran dan Imbangan Ekonomi Mengikut Kaum. Melalui kaedah ini perpaduan negara tercapai dan sebagai buktinya Malaysia telah memperoleh rekod pembangunan ekonomi yang terbaik melalui strategi ini serta berjaya mengatasi banyak negara lain di dunia, sama ada negara maju ataupun negara mundur. Ketidakseimbangan pendapatan ekonomi antara kaum merupakan aspek utama yang sering dibincangkan oleh tokoh-tokoh ekonomi pada masa itu. Hal yang demikian kerana wujudnya sifat perkauman dalam menguasai sesuatu ekonomi tersebut. Ekonomi Malaysia mempunyai stuktur dualisme. Kekayaan yang begitu banyak dalam stuktur moden wujud beriringan dengan kemiskinan desa yang berleluasa dan penggunaan tenaga tidak penuh dalam sektor tradisi. Hal yang demikian telah menwujudkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dengan golongan miskin walaupun satu bangsa. 4Orang melayu merupakan golongan termiskin di negara ini kerana mereka lebih melibatkan diri dalam sektor tradisi berbanding kaum bukan melayu yang melibatkan diri dalam sektor moden. Hakikat seperti ini tidak dapat diterima. Lambat laun ketidakseimbangan seperti itu akan membawa kepada letusan sosial, walaupun jika penduduknya terdiri daripada kaum yang sama tanpa terdapat faktor tambahan tentang bangsa. Oleh itu kerajaan telah membuat jalan penyelesaian dengan meningkatkan daya pengeluaran dan aras pendapatan individu, kelompok dan bangsa yang tertinggal di belakang ke aras taraf penduduk lain. Penyelesaian tersebut dapat membantu orang melayu daripada keluar daripada ekonomi tradisi yang mereka lakukan itu. Dengan cara demikian ia tidak akan mewujudkan dikriminasi kaum dan dapat menwujudkan keseragaraman ekonomi sekaligus dapat meningkatkan lagi perpaduan tanpa mengambil hak orang bukan melayu. Dengan kata lain orang melayu akan semakin menyertai dalam pengeluaran hasil Malaysia dan secara beransur-unsur mereka akan berkongsi secara yang lebih sama rata keluaran tersebut dengan kaum lain seperti hak yang terkandung dalam Perkara 153

Data dalam jadual diperoleh daripada Problems of Racial Economic Imbalance and National Unity( Masalah Ketidakseimbangan Ekonomi Kaum dan Perpaduan Negara.

Perlembagaan Malaysia. Dalam DEB perpaduan merupakan aspek yang penting. Apabila wujud perpaduan yang sungguh erat, perpaduan orang yang keupayaan dan minat mereka yang cukup sama untuk mendapat faedah daripada pengalaman dan untuk hidup aman damai. DEB dilihat telah berjaya memupuk perpaduan di kalangan masyarakat di negara ini. Perpaduan yang dapat dilihat melalui perspektif DEB ialah melalui peningkatan status Melayu dan Singapura ke tahap lebih kurang 20 peratus sehingga 19905. Walaupun sasaran 30 peratus tidak tercapai, Melayu dan Bumiputera tetap mengalami perubahan yang boleh dijadikan asas untuk terus maju dalam semua bidang. Gambaran yang khusus juga menunjukkan bahawa di sektor-sektor tertentu Melayu dan Bumiputera telah mencapai paras nisbahnya dalam taburan penduduk negara6. Hal yang demikian menunjukkan bahawa kemiskinan Melayu dan Bumiputera dapat diatasi sekaligus dapat menutup segala peristiwa berdarah yang pernah berlaku dalam masyarakat. Peristiwa tersebut berlaku akibat kemiskinan orang melayu berbanding kaum-kaum lain yang mendapat sedikit kesenangan melalui kegiatan ekonomi yang mereka lakukan. DEB bukan berbentuk kemelayuan yang sering dikatakan oleh ramai cendiakiawan tetapi DEB berbentuk satu langkah untuk menyeimbangkan ekonomi antara kaum supaya perpaduan dapat tercapai. Perpaduan negara seperti yang dihasratkan oleh Rukunegara merupakan objektif asas bagi masa hadapan. Penggunaaan dasar ini bagi mengelakkan konflik masyarakat dan bagi memupuk semangat identiti bersama di kalangan dan dalam komuniti kaum merupakan syarat yang diperlukan untuk kemajuan. Untuk tujuan ini, dasar ekonomi yang berjaya dan dasar sosial yang melengkapi bagi mengelakkan konflik antara kaum dan bagi meningkatkan tolak ansur serta keharmonian di kalangan dan dalam kaum. Hubungan dasar ini dengan objektif asas penyatuan, jika pun bukan untuk perpaduan masyarakat Malaysialah yang mempengaruhi kemunculan DEB secara keseluruhan dan pemilihan komponennya. Malah DEB sendiri yang tiada bezanya hari ini daripada ketika mula-mula dirancangkan, mestilah dilihat melaui dimensi dasar ekonomi sebagai usaha ke arah sebuah negara berdaya hidup, stabil dan kaya. Dalam bidang dasar ekonomi berguna untuk memerihalkan tentan perpaduan.
5

Malaysia. 1991. The Second Outline Perspective Plan 1991-2000. Kuala Lumpur: National Printing Department, dan juga Malaysia. 1996. Rancangan Malaysia Ke-tujoh, 1996-2000, Kuala Lumpur: Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. 6 Data boleh dirujuk dalam Malaysia. 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang 1991-2000. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

3.0 Manfaat pada Pembasmian Kemiskinan


Kemiskinan yang teruk semakin berkurangan di Malaysia. Inilah salah satu manfaat yang telah dapat dicapai melalui DEB. Tetapi masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk membasmi sepenuhnya kemiskinan di negara ini. Membasmi sepenuhnya mungkin suatu perkara yang mustahil kerana bagi negara maju seperti Amerika Syarikat sendiri pun tidak dapat membasmi kemiskinan masyarakatnya dan masih banyak lagi penduduk di negara itu hidup dalam serba kekurangan. Di Malaysia, kawasan bandar dicatatkandalam rekod sebagai kawasan yang mempunyai kemiskinan rendah. Dalam beberapa hal ini memeranjatkan kerana paras pengangguran tidaklah rendah dan masih banyak lagi dijangkakan mengalami kesukaran ekonomi. Kesan pengangguran diandaikan diringankan oleh sokongan keluarga atau sahabat handai. Dari segi statistik, kini sebahagian besar kemiskinan masih kekal menjadi masalah yang amat serius hanya di kawasan luar bandar. Kemiskinan paling sukar diatasi kerana ia meliputi seluruh masyarakat di Malaysia. Lebih daripada setengah juta keluarga di kawasan luar bandar terutamanya Bumiputera masih lagi miskin. Masalah ini menjadi buruk kerana ia tertumpu di kawasan tertentu dan ini bermakna di negeri-negeri tertentu. Dalam memikirkan langkah yang perlu dilakukan untuk membasmi kemiskinan ini semua pihak harus memandang ke hadapan dengan membuat operasi secara berperingkat-peringkat sehingga akhirnya akan menjadi ekonomi di kawasan luar bandar lebih hamper setanding dengan keadaan ekonomi di bandar. Peringkat pertamanya dalam DEB iaitu memberi pertolongan yang berterusan kepada mereka yang terlibat dalam pertanian tradisi yang upahnya murah. Milikan tanah untuk tanakan padi oleh petani yang menanam padi dan hasil yang diperolehi adalah agak rendah. Melalui DEB banyak perkara yang telah membantu petani untuk meningkatkan pendapatan mereka. Hal yang demikian dapat dibuktikan melalui bantuan yang diberikan kepada penoreh getah 7 dengan menanam semula spesies yang lebih banyak mengeluarkan hasil tetapi ini telah diseimbangkan pula oleh penurunan harga disebabkan persaingan getah tiruan. Melalui DEB pengenalan kepada pertambahan pendapatan telah meningkatkan pendapatan penduduk sekaligus dapat

Pada masa ini , apabila harga getah tinggi penegasan hendaklah diberikan kepada penanaman baru, manakala Program penanaman semula hendaklah disokong dengan kuat apabila harga getah kurang menarik.

meningkatkan taraf hidup penduduk dan kuasa beli penduduk meningkat. Keadaan ini terus menunjukkan kejayaan DEB dalam pembasmian kemiskinan di kalangan penduduk. Langkah seterusnya ialah melalui pembukaan tanah baru yang dijangkakan menjadi sumbangan ke arah pembasmian kemiskinan di kalangan penduduk. Antara pembukaan tanah baru yang paling menonjol iaitu penubuhan FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) yang telah membantu penduduk dalam pembasmian kemiskinan. Bagi menghapuskan kemiskinan di tahap ini, cara bantuan selain memperbanyakkan hasil diperlukan. Stuktur pertanian mungkin akan banyak berubah dan pertimbangan perlu diberikan kepada perkara ini sehubungan dengan kemiskinan yang masih wujud. Pembukaan tanah baru ini masih lagi meninggalkan kesan sehingga hari ini. Masyarakat masih lagi bergantung kepada ekonomi berdasarkan pembukaan tanah baru yang diperkenalkan selaras dengan penubuhan DEB. Penyesuaian diperlukan untuk membasmi kemiskinan di tahap sifar. DEB hanya langkah pertama yang dilakukan untuk mengubah nasib masyarakat di negara ini. Usaha yang berterusan untuk meningkatkan daya pengeluaran bukan sahaja dalam sektor pertanian bahkan juga dalam sektor moden ekonomi. Pembangunan giat dilakukan, namun aspek pembsamian kemiskinan haruslah giat dilakukan supaya kemiskinan tidak menjadi dengan mudah. Kemiskinan di kalangan orang Cina sekarang adalah sangat rendah berbanding kaum lain dan pembanguana akan mengambil masa untuk terus menghapus saki- baki kemiskinan itu. Hal yang sama berlaku kepada orang India yang kemiskinan mutlak kaum ini lebih sedikit daripada kaum Cina. DEB dalam usaha membasmi kemiskinan tidak pernah dimaksudkan untuk mengehadkan perhatian kepada kemiskinan Bumiputera sahaja dengan tidak mengambil kira orang miskin daripada kaum lain. Tidak pernah juga timbul untuk tidak mengambil kira mereka di masa akan datang tidak ada alasan untuk melakukan sedemikian. Usaha yang berterusan untuk membasmi kemiskinan dilihat sebagai sebahagian daripada program bersepadu yang dilaksanankan tanpa dikriminasi. Walaubagaimanapun, sekiranya perhatian khusus perlu diberikan kepada negeri Kedah, Perlis, Perak dan Terengganu iaitu negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi berbanding negeri-negeri lain serta tumpuan yang khusus kepada negeri Sabah dan Sarawak. Keadaan ini menunjukkan bukan sahaja pembangunan ekonomi negara yang perlu dilakukan

untuk membasmi kemiskinan malah pembangunan yang melibatkan wilayah juga perlu untuk dibangunkan untuk basmi saki-baki kemiskinan8.

4.0 Manfaat pada Pertumbuhan Ekonomi Secara Menyeluruh


Keperluan bagi pertumbuhan pesat dalam ekonomi untuk mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan lebih kesamarataan mengikut kaum menjadi prinsip DEB yang terpenting. Pada masa dahulu, pertumbuhan ekonomi berlaku dengan pesat dan amat berselaras dengan apa yang telah dihasratkan. Pertumbuhan ekonomi memberikan sumbangan yang besar kepada kesejahteraan bumiputera dan membolehkan mereka membuat beberapa kemajuan setanding dengan kaum Cina. Namun begitu pertumbuhan ekonomi tidak dapat membasmi kemiskinan dan masih terdapat banyak ketaksamarataan dalam pengagihan pendapatan dan harta benda. Pihak penyokong pertumbuhan ekonomi dalam arena politik menghujah bahawa apa yang diperlukan untuk menyelenggara proses ke arah perpaduan negara yang dapat terus bertahan ialah kadar pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan dasar utama yang lain tidak diperlukan jika DEB boleh mencapai matlamatnya. Kadar pertumbuhan yang tinggi dijangkakan melalui DEB dan telahlah pun mencapai beberapa kejayaan dalam pertumbuhan ekonomi di negara ini. Pendekatan yang lebih teratur terhadap proses pembangunan diperlukan untuk mengambil kira kira keadaan di negara yabg berlainan. Dalam hal di Malaysia, kemiskinan amat ketara sekali tetapi tidaklah sampai melumpuhkan negara lain seperti Afrika dan setengah-setengah negara Asia,contohnya ekonomi di Vietnam yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang rendah. Pembasmian kemiskinan bukanlah menuntut supaya usaha yang genting dilakukan nuntuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan usaha yang disusun dengan baik yang seterusnya dapat mengurangkan kemiskinan dengan menggunakan kaedah yang ditujukan khas untuk tujuan tersebut. DEB merupakan salah satu kaedah yang digunakan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi di negara ini. Objektif dasar yang tidak teliti hanya bergantung kepada pertumbuhan ekonomi bagi mengurangkan kemiskinan serta untuk memupuk kesamarataan mengikut kaum yang lebih baik lagi. Keprihatinan terhadap kadar pertumbuhan masa hadapan menimbulkan isu politik dan ekonomi serta kini mendapat faedah daripada usaha yang disediakan oleh MIER
8

Jack Parkinson dan Just Faaland dan Rais bin Saniman. (1990). DEB: Pertumbuhan dan Ketaksamarataan. Shah Alam. Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka.

baru-baru ini. Perkara ini dapat dibuktikan melalui perbentangan oleh Datuk Dr. Salih yang telah membentangkan pandangannya yang seimbang tentang bentuk dasar ekonomi dengan memberi penegasan yang kuat pada arah tujuan dan dasar yang mungkin diperlukan untuk memperbaiki keadaan orang miskin dan mencapai perpaduan negara sehingga dasar ekonomi diharapkan dapat menyumbang untuk tujuan ini9. Sama ada pendapatan rakyat Malaysia berganda dalam masa sepuluh tahun atau tiga belas tahun tidaklah menjadi penting dalam peringkat pembangunan negara ketika ini, asalkan kemiskinan terus berkurangan dan ketaksamarataan kaum dikurangkan. Hal yang demikian dapat memudahkan pertumbuhan ekonomi dengan cepat dalam pembangunan yang dilakukan dalam DEB. Melalui DEB ekonomi Malaysia kini telah kukuh dan asasnya telah ada pertumbuhan seterusnya. Ini sebahagian besar akan ditentukan oleh daya yang kerajaan tidak mempunyai kawaln yang kuat terhadapnya. Ekonomi Malaysia terbuka kepada kepada dunia di mana hasil daripada minyak, pendapatan daripada tanaman eksport dan pulangan daripada pasaran eksport amat bergantung kepada harga dan pasaran dunia. Sekiranya kadar pertumbuhan yang lebih tinggi daripada yang dijangka terbukti dapat dicapai, maka akan lebih mudahlah untuk menerima dan menyesuaikan dengan keadaan itu berbanding jika kadarnya rendah dalam perancangan DEB. Kadar pertumbuhan yang diramalkan dalam dekad akan datang tidak boleh dianggap sebagai penawar untuk menghapuskan ketidakseimbangan kaum. Malah pertumbuhan yang pesat pun tidak dapat mencapai matlamat tersebut kerana terdapat bidang kegiatan yang tidak termasuk di bawah skop pertumbuhan dan untuk kegiatan tersebutlah langkah-langkah khusus diperlukan untuk menghapuskan kemiskinan dan ketidakseimbangan kaum. Tanpa usaha dalam DEB, ada bahaya besar di mana pertumbuhan tidak akan mengurangkan ketaksamarataan dengan mereka yang bekerja dalam sektor perindustrian ekonomi menambahkan pendapatan mereka lebih cepat daripada mereka yang bekerja dalam sektor perindustrian. Tanpa ekonomi yang lebih seimbang bagi semua kaum, kemajuan pertumbuhan akan gagal. DEB yang dikatakan menjadi batu penghalang pertumbuhan akan tertipu sendiri. DEB tidaklah berbeza sangat dalam bentuk modennya berbanding dengan strategi yang cara tidak nyata, berorientasikan pertumbuhan. Langkah yang dikaitkan dengan

The New Policy after 1990, versi semakan kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pandangan Negara 1988 di MIER, Kuala Lumpur, 29-30 November 1988.

DEB seperti pembasmian kemiskinan, kesihatan, dan pendidikan yang lebih baik dan lain-lain lebih baik untuk pertumbuhan. DEB nyata telah memberi manfaat dari segi pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh dan tidak sahaja memberi manfaat terhadap perpaduan.

5.0 Penutup
Konklusinya, DEB berjaya menahan ujian dan berjaya memberi manfaat terhadap tiga komponen penting iaitu manfaat kepada perpaduan negara, pembasmian kemiskinan serta dapat manfaat dalam pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh. Namun nyata sekali kajian semula secara terbuka dan teliti tentang komponennya diperlukan jika pun tidak tentang desakannya, memandangkan pengalaman yang agak banyak dialami bukan sahaja daripada Malaysia tetapi juga sedunia. Kerajaan telah berjaya mengerakkan dasar ini dengan dapat mengatasi masalah ketaksetaraan ekonomi kaum yang sungguh ketara dari segi aras pendapatan dan penyertaan dalam sektor moden pertumbuhan melalui usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh dalam masa yang panjang sehinggalah ke abad yang akan datang. Walaupun menghadapi era yang tidak konsisten , DEB berlangsung selama tiga dekad menjadi alat bagi menggelakkan berlakunya rusuhan kaum yang serius dan dalam usaha mencipta keharmonian serta menyediakan asas kepada pembangunan yang pesat dan mampan. Kadar pertumbuhan ekonomi di Malaysia sejak tahun 1970 antara pertumbuhan tertinggi di dunia dan Malaysia amat berbangga dengan pencapaian ini. Dasar ini mungkin boleh diaplikasi oleh negara yang turut mengalami masalah ketaksamarataan ekonomi antara kaum. Keputusan memperkenalkan DEB 30 tahun yang lalu telah menimbulkan banyak kontroversi baik di dalam mahupun luar negara. Ia berdasarkan kepada apa yang boleh menjadi prinsip asas bagi pilihan analisis tentative. Kedua-duanya telah dibentuk dan dilaksanakan. Perlaksanaan DEB adalah tindak balas kepada politik sebenar dan penilaian ekonomi. Berdasarkan DEB, kerajaan mempunyai lebih banyak asas relevan yang lengkap bagi membuat keputusan yang strategik10.

10

Jack Parkinson dan Just Faaland dan Rais bin Saniman. (2002). Dasar Ekonomi Baru Pertumbuhan Negara dan Percapaian Ekonomi Orang Melayu. Shah Alam . Penerbit: SPEKTRA ( Radius Media Sdn Bhd)

6.0 Rujukan
Data boleh dirujuk dalam Malaysia. 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang 1991-2000. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara. Data dalam jadual diperoleh daripada Problems of Racial Economic Imbalance and National Unity ( Masalah Ketidakseimbangan Ekonomi Kaum dan Perpaduan Negara). Donald R. Snodgrass, Inequality and Economic Development in Malaysia, Percetakan Universiti Oxford, 1980, hlm.26 Jack Parkinson dan Just Faaland dan Rais bin Saniman. (1990). DEB: Pertumbuhan dan Ketaksamarataan. Shah Alam. Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Jack Parkinson dan Just Faaland dan Rais bin Saniman. (2002). Dasar Ekonomi Baru Pertumbuhan Negara dan Percapaian Ekonomi Orang Melayu. Shah Alam . Penerbit: SPEKTRA ( Radius Media Sdn Bhd) Malaysia. (1991). The Second Outline Perspective Plan 1991-2000. Kuala Lumpur: National Printing Department, dan juga Malaysia. 1996. Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000, Kuala Lumpur: Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Rujukan daripada buku Dasar-dasar Pembangunan Malaysia.
S. Anand, Inequality and Poverty in Malaysia- Measurement and Decomsition, Percetakan Universiti Oxford,1983,hlm.2.

10

You might also like