You are on page 1of 9

Visi

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Matlamat

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Piagam Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia

Kami, warga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak negara, masyarakat dan individu serta memenuhi matlamat pendidikan negara seperti berikut:

PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN


Pembangunan Menguruskan perolehan kerja KPM dengan amanah, adil dan cekap: (i) Mengeluarkan surat setuju terima kepada petender yang berjaya dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tutup tender;

(ii)

Mengemukakan dokumen kontrak kepada kontraktor dan jabatan

pengguna dalam tempoh satu bulan daripada tarikh ditandatangani;

(iii)

Mengembalikan Cagaran Keselamatan setelah syarat-syarat kontrak

disempurnakan sebulan kuatkuasanya tamat; dan

(iv)

Mempamerkan nombor kelompok selepas sebulan daripada tarikh

invois diterima bagi bekalan peralatan.


Kewangan (i) Memastikan agihan waran peruntukan Belanja Mengurus kepada Program/ Aktiviti dilaksanakan dalam tempoh 7 hari bekerja;

(ii)

Menerima dan menimbangkan Permohonan Pakej yang lengkap dalam

tempoh 10 hari bekerja; dan

(iii)

Memastikan pembayaran Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

(KWAPM) dikreditkan ke dalam akaun sekolah/ Pejabat Pelajaran Negeri (PPD) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan diterima.

Pengurusan Aset Menguruskan permohonan pelantikan dalam tempoh 2 minggu bagi pelantikan seperti berikut: (i) Pegawai Aset; (ii) (iii) (iv) (v) Pegawai Pemeriksa Harta Modal dan Inventori; Lembaga Pemeriksa Pelupusan; Jawatankuasa Penyiasat; dan Pegawai Pemverifikasi Stok.

Pengurusan Sumber Manusia Memproses urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi laluan hakiki, cemerlang dan time-based serta Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) bagi laluan hakiki dan time-based untuk dikemukakan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh perakuan lengkap diterima.

Tajaan Pendidikan

Mengeluarkan surat kelulusan cuti belajar kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dalam tempoh tiga (3) minggu selepas permohonan lengkap diterima.

Pembayaran Bil dan Invois Memastikan bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan (bagi dokumen yang lengkap).

Pengurusan Aduan (i) mengemukakan maklumbalas kepada isu-isu yang berkaitan KPM melalui media dalam tempoh tiga (3) hari selepas siaran;

(ii)

menghantar surat akuan terima kepada pengadu dalam tempoh tiga (3)

hari dari tarikh aduan diterima; dan

(iii)

memberi maklum balas aduan kepada pelanggan dalam tempoh tujuh

(7) hari bekerja setelah keputusan penuh diterima.

DASAR PEMBANGUNAN PENDIDIKAN


Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (i) Menghasilkan perancangan dasar dan pembangunan pendidikan, laporan penyelidikan dan penilaian pendidikan, dan analisis data pendidikan bagi memenuhi keperluan penggubal dan pemutus dasar dalam masa yang ditetapkan:

(a) Menggubal dasar pendidikan bagi memenuhi keperluan sistem pendidikan dalam tempoh enam (6) bulan;

(b) Menghasilkan laporan pencapaian Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dalam bentuk Kad Laporan dua (2) kali setahun; dan

(c) Menyediakan data dan maklumat pendidikan yang kemas kini, tepat serta sahih sebanyak dua (2) kali setahun.

(ii)

Membekalkan data dan maklumat pendidikan yang dipersetujui oleh

pihak pengurusan atasan kepada individu, agensi dalam dan luar KPM serta pertubuhan antarabangsa dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja; dan

(iii)

Memberi keputusan terhadap cadangan penyelidikan pendidikan

selewat-lewatnya empat belas (14) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

Lembaga Peperiksaan Mengurus PeperiksaanAwam berdasarkan kepada Kurikulum Kebangsaan KPM dan mengumumkan keputusan yang sah dalam tempoh empat (4) bulan selepas peperiksaan serta mengeluarkan sijil dalam tempoh enam (6) bulan selepas keputusan peperiksaan.

Pembangunan Kurikulum Memastikan khidmat kepakaran dan runding cara berkaitan kurikulum diberi dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

Teknologi Pendidikan Memastikan semua sekolah mencapai tahap minimum tiga (3) bintang berdasarkan Smart School Qualification Standards (SSQS) pada tahun semasa.

Pengurusan Buku Teks Memastikan pembekalan buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sampai ke sekolah sebelum sesi tahun baru persekolahan bermula.

OPERASI PENDIDIKAN (i) Mengeluarkan surat tawaran kemasukan murid dalam tempoh maksimum:

(a)

30 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran bagi sekolah harian, teknik,

sukan, seni dan khas;

(b)

Mengumumkan keputusan pemilihan dan penempatan murid ke

Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) melalui laman web KPM dalam tempoh 45 hari selepas keputusan UPSR diumumkan; dan

(c)

Mengumumkan keputusan pemilihan dan penempatan murid ke

Tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) melalui laman web KPM dalam tempoh 45 hari selepas keputusan PMR diumumkan.

(ii)

Memastikan penempatan dan pertukaran guru dalam tempoh empat

belas (14) hari bekerja sebelum tarikh lapor diri;

(iii)

Mengurus pengecualian wajib bagi kanak-kanak/murid berkeperluan

khas dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;

(iv)

Mengeluarkan status permohonan penubuhan sekolah swasta dan

sekolah antarabangsa yang memenuhi terma dan syarat dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja;dan

(v)

Mendaftarkan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) selepas 30

hari memorandum persefahaman ditandatangani.


PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN (i) Memastikan tidak kurang 80% daripada kursus-kursus peningkatan profesionalisme guru yang dirancang untuk guru-guru dalam perkhidmatan dapat dilaksanakan setiap tahun;

(ii)

Memastikan dalam tempoh enam (6) bulan pertama guru permulaan

yang dikeluarkan dari Institut Pendidikan Guru (IPG) memenuhi 80% kehendak pelanggan berdasarkan instrumen penilaian dari aspek kualiti diri; pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran; kebolehan mengurus kokurikulum; dan kemampuan mengurus tugas-tugas di sekolah;

(iii)

Memastikan sekurang-kurangnya 80% program latihan yang didaftarkan

dalam dokumen Program Latihan IAB pada tahun berkenaan dilaksanakan;

(iv)

Memastikan tidak kurang 80% pengetua dan guru besar yang baru

dilantik dalam tempoh satu tahun mendapat latihan pengurusan dan kepimpinan sekolah di Institut Aminuddin Baki (IAB);

(v)

Mengemukakan Laporan Penarafan Kendiri Sekolah berasaskan

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) bagi sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Y.B. Menteri Pelajaran dalam bulan Oktober setiap tahun;

(vi)

Memastikan penempatan dan pertukaran guru dimaklumkan dalam

tempoh 14 hari bekerja sebelum tarikh lapor diri;

(vii)

Memaklumkan calon yang berjaya dan tidak berjaya mengikuti latihan

di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran; dan

(viii)

Mengurus pengambilan calon guru pra-perkhidmatan dan dalam

perkhidmatan dalam tempoh 90 hari bekerja selepas pengiklanan.

Anggota Pentadbiran

Menteri Pelajaran

Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin

Timbalan Menteri Pelajaran I

Timbalan Menteri Pelajaran II

Y.B. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Y.B. Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi

Pengurusan Tertinggi
Ketua Setiausaha Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Y.Bhg.Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin Haji Awang Timbalan Timbalan Ketua Ketua Setiausaha Setiausaha (Pembangunan) (Pengurusan) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan)

Y.Bhg. Tan Sri Dato' Hj. Alimuddin Bin Hj. Mohd Dom Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan)

Pendidikan)

Y.Bhg. Dato' Badarudin Abd. Rahaman

Dr. Rosli bin Mohamed

Y.Bhg. Dato' Hjh. Noor Rezan Bt. Bapoo Hashim

Dr. Khair Bin Mohamad Yusof

Y.Bhg. Dato' Asariah Bt. Mior Shaharuddin

Falsafah Pendidikan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Kurikulum Kebangsaan
... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]

Prasekolah

Pengenalan

1. Definisi / Pengenalan 2. Dasar 3. Kaedah Pelaksanaan

4. Pemilihan Murid Bantuan 5. Bantuan 6. Peralatan Yang Disediakan 7. Statistik Prasekolah


UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah PMR - Penilaian Menengah Rendah SPM - Sijil Pelajaran Malaysia SPM (U) - Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

Direktori Sekolah
Selamat datang ke Direktori Sekolah Malaysia. Direktori Sekolah boleh diakses di Portal Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS) yang dikelolakan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pelajaran Malaysia. Direktori Sekolah ini amat berguna dalam pencarian maklumat tentang program pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

You might also like