You are on page 1of 2

KESAN BURUK PERGAUAN BEBAS

Pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal akan mendatangkan
banyak kesan buruk kepada masyarakat. Contoh yang jelas dapat dilihat dalam
masyarakat barat yang rata-rata mengamalkan pergaulan bebas. Sungguhpun dari
aspek kebendaan mereka agak terkehadapan, namun dari aspek kerohanian dan
akhlak mereka jauh ketinggalan di belakang.

Antara kesan buruk daripada pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan ialah:
1) Keruntuhan akhlak
Salah seorang Presiden Amerika Syarikat pernah mengeluarkan kenyataan akhbar
pada tahun 1962 yang menyatakan bahawa para pemuda di negaranya telah rosak,
tenggelam dalam kerosakan. Di antara tujuh orang pemuda yang ingin menyertai
tentera, terdapat enam orang yang tidak layak disebabkan mereka leka dalam
keseronokan seks.

2) Tersebarnya anak luar nikah
Menurut statistik yang telah dibuat di New York pada tahun 1983, lebih daripada satu
pertiga bayi yang lahir pada tahun tersebut adalah anak luar nikah. Kebanyakannya
dilahirkan oleh pemudi yang berumur sekitar sembilan belas tahun dan ke bawah.
Bilangannya secara tepat ialah 112,353 orang bayi iaitu 37% daripada bilangan bayi
yang lain di New York.

3) Ramai pemuda pemudi yang tidak berkahwin
Perkara ini berlaku kerana pergaulan yang bebas akan mewujudkan cara mudah
untuk melempiaskan nafsu syahwat. Justeru, para pemuda akan memilih cara
mudah ini daripada berkahwin. Statistik yang dilakukan di San Francisco
menunjukkan bahawa majoriti penduduk di situ terdiri daripada golongan yang tidak
berkahwin pada tahun 1982. ni merupakan kali pertama perkara seumpama ini
berlaku di bandar itu.
4) Berlakunya banyak perceraian dan keruntuhan rumahtangga
Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan
cabaran akibat pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal
lama. nstitusi keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh
perkara kecil. ni dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian di Amerika Syarikat
dan negara-negara barat lain dari tahun ke tahun.
5) Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut
Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara
lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah
ADS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga
ke hari ini

You might also like