You are on page 1of 37

kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?

SlA
1

SOALAN
2. Melalui pembacaan dan rujukan anda tentang pendidikan multibudaya:
a) erikan rumusan definisi, elemen- elemen dan kepentingan pendidikan
multibudaya menurut kefahaman anda
b) Huraikan langkah- langkah yang perlu anada lakukan bagi menerapkan
elemen multibudaya tersebut ke dalam pengajaran dan pembelajaran bilik
darjah

















kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
2












PENGENALAN
Penubuhan sesebuah negara yang mengandungi pelbagai kumpulan etnik
memerlukan satu kesatuan dan kerjasama politik, ekonomi dan sosial yang kukuh dan
sepadu. Kesatuan etnik hanya dapat dicapai melalui interaksi sosial. Lebih erat pola
interaksi sosial yang dibentuk antara etnik maka semakin kukuh perpaduan serta
perseIahaman rakyat di negara itu. Interaksi sosial dalam kalangan penduduk dapat
menentukan kestabilan politik, sosial, ekonomi serta kesejahteraan rakyat. Interaksi sosial
merupakan satu aspek penting dalam pembinaan jati diri terutama dalam kalangan
masyarakat majmuk seperti Malaysia.
Dalam kalangan negara-negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai
kumpulan etnik seperti Amerika Syarikat, England, Switzerland, Belanda, India, Indonesia,
Australia dan Malaysia menghadapi pelbagai cabaran serta kesulitan dalam usaha
mengintegrasikan rakyatnya. Keadaan ini menjadi semakin sukar dan rumit jika setiap
kumpulan etnik mahu mengekalkan identiti masing-masing dan tidak mahu menerima satu
identiti nasional yang dapat mewujudkan perpaduan antara pelbagai kumpulan etnik.
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
3

Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada masyarakat
majmuk yang diwakili oleh etnik Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut dan
kumpulan etnik minoriti yang lain. Taburan peratus penduduk Semenanjung Malaysia
ialah Melayu (62), Cina (29), India (8) dan bangsa lain (1) (Malaysia, 2003;
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2003). Ketiga-
tiga kaum utama Melayu, Cina dan India mempunyai perbezaan dari segi bangsa, agama,
bahasa, budaya, tempat tinggal dan cara hidup.
Bagi menjamin ketenteraman, keperluan untuk pemupukan pola interaksi sosial
perlu diberi keutamaan bagi mengurangkan jurang perbezaan di antara etnik. Berbagai-
bagai dasar dan aktiviti sosial yang menjurus kepada integrasi antara kaum disedikan
dengan harapan pelbagai etnik lebih mengenal corak kehidupan dan budaya etnik Melayu,
Cina dan India. Menurut Georg Simmel (1976) oleh kerana pemahaman latar belakang dan
kebudayaan di antara kumpulan etnik adalah berlainan, pola interaksi sosial dalam
kalangan masyarakat majmuk harus ditingkatkan bagi mengurangkan jurang perbezaan
sama ada dari segi bangsa, budaya, agama dan bahasa. Dengan itu jelaslah pola interaksi
sosial dalam kalangan masyarakat majmuk harus di beri keutamaan bagi menjamin proses
pembinaan kebangsaan dan pembangunan negara dalam kalangan generasi muda terutama
yang berada di bangku sekolah bermula pada peringkat tadika, sekolah rendah hingga ke
sekolah menengah.
Pendidikan melalui proses persekolahan merupakan suatu bentuk pola interaksi
sosial antara manusia. Aspek sosial dalam proses pendidikan boleh dikonsepsikan dengan
melihat keadaan saling bergantung antara murid dengan murid yang lain dalam proses
pembelajaran. Pola interaksi sosial antara kumpulan pelbagai etnik dapat dipupuk melalui
dasar pendidikan kebangsaan yang berorientasikan perpaduan (Vander Zanden, 1989).
Interaksi sosial harus disemai pada peringkat kanak-kanak lagi dan sekolah menjadi tempat
yang paling sesuai untuk memupuk semangat pola interaksi sosial. Sekolah berIungsi
sebagai tapak asas yang dapat menginteraksikan kanak-kanak pelbagai etnik dalam satu
persekitaran budaya dan masyarakat sekolah yang bertoleransi.
Menurut ShariIah Alwiah AlsagoII (1985), sekolah dianggap sebagai institusi sosial
di dalam masyarakat. Sekolah merupakan tempat pergaulan utama bagi setiap individu
tidak kira samada di sekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Di sekolah,
pelajar akan diajar mengenai kebudayaan kebangsaan seperti lagu kebangsaan negara,
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
4

bahasa kebangsaan dan bendera kebangsaan. Oleh sebab itu,sistem pendidikan negara
merupakan agen utama dalam usaha memupuk perpaduan rakyat yang mempunyai
pelbagai budaya dan amalan.
Sekolah merupakan tempat kanak-kanak berpeluang belajar secara bersama,
bermain, mencari kawan baru, membina perseIahaman serta perasaan persaudaraan dengan
murid-murid lain, sama ada dengan rakan sebangsa mahupun berbangsa lain. Sekolah
bukan sahaja berIungsi sebagai tempat memperoleh ilmu dan kemahiran tetapi sebagai
tempat mengalami penyesuaian, tolak ansur dan pemupukan nilai-nilai murni sejagat.
Sehubungan ini para pendidik sependapat menyatakan bahawa sekolah memupuk benih-
benih pola interaksi sosial sama ada dalam kalangan masyarakat serumpun atau
masyarakat majmuk. Sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk kanak-kanak
mengenali diri dan masyarakat di sekelilingnya (Kenneth, 1995; Kegan, 1997; SwiIt, 1997;
Cole,1999; dan Chiam, 2002).

SENARIO PENDIDIKAN DI MALAYSIA SEELUM MERDEKA
Loh dalam bukunya Seeds of Separatism. Educational Policy in Malaya 1874 -1940, telah
membincangkan tentang sistem pendidikan bermula daripada zaman kolonial sehingga ke
zaman pendudukan Jepun. Loh telah menunjukkan bagaimana penjajahan British dan sikap
pegawai pegawai Inggeris telah mempengaruhi kewujudan empat jenis sistem pendidikan
ataupun segmented education di negara ini. Implikasinya, sistem pendidikan berdasarkan
etnik ini terus diamalkan sehingga sekarang (Syed Husin Ali, 1984). Sebelum Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan tidak terdapat sebarang dasar ke arah pembentukan sistem
pendidikan kebangsaan (Wan Hashim, 1981). Kerajaan Inggeris lebih cenderung
mengamalkan sistem pendidikan secara terpisah bagi setiap kumpulan etnik. Kerajaan
Inggeris menggalakkan penubuhan sistem persekolahan yang bercorak perkauman iaitu,
Pendidikan Melayu, Pendidikan Inggeris, Pendidikan Cina dan Pendidikan Tamil untuk
memenuhi keperluan pendidikan asas kaum masing-masing. Sistem pendidikan yang
dilaksanakan pada zaman penjajahan Inggeris dibahagikan berlandaskan kepada
kepentingan etnik (Loh,1975; Koh,1999). Akibat daripada sistem pendidikan
berorientasikan etnik ini maka wujud empat jenis aliran bahasa, iaitu Melayu, Inggeris,
Cina dan Tamil dalam empat jenis sekolah yang berasingan (Loh, 1975; Wan Hashim Wan
Teh, 1981; Syed Husin Ali, 1984 dan Koh, 1999).
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
3

Sistem persekolahan yang diamalkan oleh setiap kumpulan etnik mempunyai dasar,
tujuan, kurikulum, sukatan pelajaran, bahasa pengantar, buku teks, sekolah, latihan
perguruan yang tersendiri dan berbeza-beza di antara satu sekolah etnik dengan sekolah
etnik yang lain. Dengan itu empat jenis persekolahan iaitu sekolah Inggeris, Melayu, Cina
dan Tamil menunjukkan ciri-ciri seperti (a) peluang pendidikan bagi penduduk tidak
seimbang antara kaum (b) sekolah untuk kaum dengan penggunaan bahasa pengantar
masing-masing (c) empat jenis persekolahan mengikut sukatan pelajaran yang berbeza-
beza. Sistem persekolahan yang berbeza-beza dan mengasing murid berbagai kaum hanya
menyuburkan lagi semangat perkauman (Leonard, 2002). Apabila terdapat matlamat dan
ideologi pendidikan yang berbeza di dalam sesebuah masyarakat majmuk dengan setiap
kaum cuma mementingkan pendidikan kaum masing-masing maka usaha
mengintegrasikan pelbagai kaum adalah agak sukar untuk dicapai (Leonard, 2002).
Sistem persekolahan terpisah seperti yang diamalkan oleh pelbagai kumpulan etnik
ini kurang dapat mengintegrasikan pelbagai etnik. Keadaan ini berlaku kerana setiap
sekolah etnik ini masih menggunakan kurikulum pendidikan yang berlainan (Loh, 1975).
Apabila setiap etnik menggunakan sekolah dan kurikulum pendidikan yang berlainan
aspirasi kerajaan untuk menyatupadukan rakyat tidak dapat direalisasikan (Despres, 1967;
Leonard, 2002). Mengikut Despres (1967) lagi jika setiap sekolah mengamalkan kurikulum
yang berlainan, keadaan ini akan mencetuskan segrigasi antara penduduk dan gejala ini
akan mengakibatkan berlakunya perpecahan antara kaum kerana setiap kumpulan etnik
mempunyai matlamatnya tersendiri dan apabila tidak disatukan dalam satu institusi,
diversiIikasi akan berlaku. Implikasi daripada keadaan ini akan berlaku prasangka dan
kecurigaan, mencetuskan pergaduhan antara kaum, toleransi dan saling kerjasama kurang
berlaku dan memudahkan berlakunya perpecahan dan persengketaan, dan kesannya negara
akan porak-peranda dan tidak stabil.

DEFINISI PENDIDIKAN MULTIUDAYA
Pendidikan multibudaya adalah satu sistem pendidikan yang menekankan bahawa setiap
pelajar berhak mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira jantina, kelas
sosial, etnik, kaum, budaya, bahasa pertuturan dan agama (James A.Banks dan Cherry A.
McGee Banks, 2003). Beliau juga menyatakan bahawa pendidikan multibudaya ini adalah
satu pergerakan pembaharuan yang akan mengubah sistem pendidikan institusi pengajian.
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
6

Ia bukan sahaja mengubah struktur kurikulum sesebuah institusi tetapi perubahan terhadap
persekitaran dan struktur pentadbiran turut terjadi.
Pendidikan multibudaya adalah satu idea, satu tindakan membentuk semula
pendidikan dan satu proses (Banks, 2002). Sebagai satu idea, pendidikan multibudaya cuba
mewujudkan satu peluang yang saksama kepada semua pelajar dari golongan, kaum, sosio-
ekonomi, budaya yang berlainan dengan mengubah persekitaran sekolah agar ia dapat
menunjukkan kepelbagaian kebudayaan dan golongan dalam sekolah dan sosial.
Pendidikan multibudaya adalah satu proses kerana matlamatnya adalah ideal di mana pihak
pentadbir dan guru perlu terus berusaha dan berjuang untuk mencapai matlamat tersebut.

KOMPLIKASI KEPELAGAIAN UDAYA DI SEKOLAH
1. Perbe:aan Budaya dan Bahasa.
Tugas untuk menyampaikan ilmu dengan berkesan amat sukar apabila berdepan
dengan pelajar yang berlainan budaya dan bahasa pertuturan. Perbezaan budaya
dan bahasa ini menyukarkan proses pengajaran danpembelajaran. Sebagai contoh,
masalah komunikasi sering terjadi apabila guru berbangsa Melayu mengajar pelajar
berbangsa Cina dan India. Ini berlaku kerana pelajar ini kurang memahami Bahasa
Melayu kerana diasuh menuturkan bahasa ibu bapa mereka di rumah. Masalah ini
menganggu proses pembelajaran dan pengajaran dan guru perlu bijak mengawal
keadaan apabila perkara ini terjadi.

. antina.
Perbezaan jantina juga turut menjadi Iaktor dalam sesuatu pengajaran. Guru
kadangkala bersikap pilih kasih terhadap pelajar mengikut jantina. SiIat agresiI dan
kenakalan pelajar lelaki menyebabkan guru kurang berinteraksi dengan mereka
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru lebih senang berinteraksi dengan
pelajar perempuan yang disiIatkan sebagai patuh kepada arahan, rajin dan cekap
melaksanankan tugasan.
. Status Ekonomi Keluarga.
Status ekonomi yang tidak stabil dalam sesebuah keluarga boleh menjejaskan corak
pembelajaran pelajar. Apabila ibu bapa kurang berkemampuan untuk menyediakan
kemudahan pembelajaran, tumpuan pelajar terhadap pembelajaran akan terganggu.
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
7

Tugas guru adalah mendekati dan menasihati pelajar agar menjadikan kesusahan
hidup mereka sebagai motivasi dan dorongan untuk berjaya.

4. Cara Asuhan Keluarga.
Menurut Teori Bernstein, kanak-kanak dari kelas sosial pertengahan dan kanak-
kanak yang memiliki pencapaian yang baik di sekolah mempunyai interaksi yang
baik dengan ibu bapa mereka. Ahli sosiologi mengakui bahawa murid-murid yang
kerap berinteraksi secara lisan dengan ibu bapa atau golongan dewasa mempunyai
kesediaan membaca yang tinggi. Ibu bapa dari kelas sosial pertengahan tidak
mengelak pertanyaan anak mereka. Mereka memberi jawapan yang tepat dan
berinIormasi serta penerangan yang disertakan contoh. Ini menggalakkan
perkembangan minda anak-anak dalam berIikir dan member impak positiI dalam
cara pembelajaran mereka.

MATLAMAT PENDIDIKAN MULTIUDAYA
Matlamat pendidikan multibudaya menurut Banks, 2002, iaitu;
1. &ntuk mengurangkan diskriminasi terhadap sesuatu kaum dan memberikan
pendidikan yang adil kepada semua individu.
2. Menghormati di antara satu sama lain tanpa mengambil kira perbezaan kaum dan
kelas sosial. Melalui pendidikan multibudaya ini, pelajar akan mengenali
kebudayaan kaum lain. Dengan ini, pelajar akan lebih menghargai dan
menghormati antara satu sama lain.
3. Membantu pelajar membina pengetahuan, sikap dan kemahiran diri agar boleh
membangunkan kaum sendiri dan juga kaum yang lain seterusnya membangunkan
negara ke peringkat antarabangsa.
4. Membantu individu memahami diri sendiri dengan melihat diri dari
perspektiI budaya orang lain, dengan andaian bahawa mempunyai Iahaman dan
pengetahuan sedemikian akan dapat wujud penghormatan antara satu sama lain.
5. Membekalkan pelajar peluang untuk memilih budaya golongan lain. Keadaan
sering berlaku selama ini iaitu sekolah biasanya mengamalkan budaya golongan
majoriti dan jarang memperkenalkan budaya lain kepada golongan majoriti. Pada
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
8

hakikatnya, golongan majoriti perlu mengetahui keunikan dan kecantikan budaya
golongan lain.
6. Membekalkan semua pelajar kemahiran, sikap dan pengetahuan untuk berIungsi
dalam budaya sendiri dan juga budaya kaum lain.
7. Mengurangkan diskriminasi dan derita pengalaman dari ciri-ciri budaya sendiri.

DIMENSI PENDIDIKAN MULTIUDAYA
Banks, 2002, juga telah memperkenalkan lima dimensi pendidikan multibudaya iaitu;
1. Integrasi Isi Kandungan.
Integrasi isi kandungan dengan menginklusiIkan bahan bantu mengajar, konsep dan
nilai dari pelbagai kebudayaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah

. Pengkonstrukturan Ilmu Pengetahuan.
Proses konstruk ilmu pengetahuan adalah pengakuan bahawa semua ilmu
pengetahuan adalah konstruk sosial, wujud dalam pemikiran manusia untuk
menjelaskan pengalaman mereka yang boleh berubah, dengan mendorong
perubahan sosial.

. Pengurangan Sentimen Prefudis.
Pengurangan prejudis memIokuskan bagaimana pihak pengurusan sekolah dan guru
bekerjasama untuk mengurangkan stereotaip perkauman dan prejudis di sekolah,
dan meningkatkan sikap demokrasi, nilai dan tingkah laku.

4. Kesaksamaan Pedagogi.
Pedagogi yang saksama wujud bila guru-guru mengubahsuaikan pengajaran mereka
untuk bersesuaian dengan pelajar yang berlatar belakang yang berlainan dalam
mencapai kejayaan akademik.

. Perkasaan Budaya Sekolah dan Struktur Sosial.
Memperkasakan budaya sekolah dan struktur sekolah untuk membentuk semula
persekitaran sekolah, termasuk sikap, kepercayaan dan tindakan guru-guru dan
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
9

pihak pentadbiran sekolah, kurikulum, prosedur peperiksaan dan strategi
pengajaran guru-guru supaya membolehkan pelajar dari kaum, jantina, golongan
yang berlainan mengalami pendidikan yang saksama.

ELEMEN DALAM PENDIDIKAN MULTIUDAYA
Pendekatan yang betul dan sokongan untuk populasi pelajar yang pelbagai di dalam
sekolah haruslah menjadi keutamaan. Sekolah perlu menyediakan pelajar dengan
pendidikan yang mengutamakan kepentingan dan nilai mengenai ekuiti dan kepelbagaian
budaya. Menurut Banks, 2002, sekolah-sekolah pendidikan multibudaya mempunyai lapan
elemen asas;
1. Standard yang Tinggi.
Guru mengekalkan harapan yang tinggi yang memberi dorongan kepada pelajar
untuk mencapai potensi diri yang selalunya di luar jangkaan pelajar itu sendiri.
Walaupun harapan yang tinggi ini malar bagi setiap pelajar, ianya berbeza-beza di
kalangan pelajar dan haruslah disesuaikan kepada individu pelajar itu sendiri.
Setiap pelajar dijangka untuk mencapai standard tertinggi mengikut potensi
individu mereka.

. Kurikulum Merangkumi Pelbagai Sumber.
Kurikulum sekolah yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar pelbagai kaum perlu
mencerminkan kepelbagaian budaya pelajar-pelajar yang menghadiri sekolah itu,
serta pelbagai budaya masyarakat setempat secara umum. Daripada menyambut
perayaan kebudayaan khusus hanya pada hari cuti, kurikulum sekolah haruslah
menerapkan nilai-nilai murni daripada perayaan kebudayaan tersebut kedalam
sistem pengajaran dan pembelajaran setiap hari di sekolah.

. aya Pengafaran.
Guru menyelaraskan gaya pengajaran mereka kepada keperluan dan gaya
pembelajaran pelajar-pelajar mereka sendiri. Ini bermakna bahawa setiap pelajar
diajar dan dinilai secara individu oleh setiap guru. Dalam persekitaran sekolah yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya, melakukan pelbagai perspektiI budaya
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
10

bukan sahaja membantu membentuk persekitaran yang dinamik, ianya turut
meyumbang kepada gaya pembelajaran individu dan kebolehan pelajar tersebut.

4. Bahasa.
Walaupun bahasa pengantar yang diajar di sekolah adalah bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi, bahasa ibunda pelajar haruslah dihormati oleh guru-guru dan
pentadbir dan dianggap sebagai sama rata dan sah. Pelajar-pelajar yang bercakap
dalam bahasa pertuturan yang berbeza di dalam kelas haruslah digalakkan bertutur
bahasa kebangsaan oleh guru untuk meningkatkan perseIahaman dan pergaulan
antara pelajar.

. Sumber Sekolah.
Bahan pengajaran di sekolah-sekolah haruslah menggambarkan, mencerminkan dan
mengambil kira pelbagai perspektiI budaya, etnik dan kaum. PerspektiI-perspektiI
yang berbeza pula akan membentuk kurikulum, di mana membantu untuk
menyediakan kurikulum yang mengiktiraI pelbagai warisan budaya di sekolah.

. Penilaian.
Penilaian haruslah sesuai dan sensitiI, tidak menyentuh sentimen perkauman. Ini
bermakna bahawa integriti penilaian diukur dari sudut perspektiI yang tidak
melampaui rasional dan norma-norma sesuatu kaum dan budaya.

7. Budaya Sekolah.
Budaya sekolah-sekolah multibudaya mencerminkan kepelbagaian budaya dan
etnik pelajar yang hadir ke sekolah tersebut. Tidak terdapat budaya tunggal dalam
sekolah yang terdiri daripada pelajar pelbagai kaum tetapi kaya dengan pelbagai
warisan budaya yang berwarna-warni.

8. Kaunselor Sekolah.
Kaunselor di sekolah-sekolah haruslah mengekalkan standard dan tanggungjawab
yang sama tinggi dengan guru. Kaunselor juga membantu pelajar mencapai
standard yang tinggi seperti yang diingini. Kedua-dua kaunselor dan guru di
sekolah haruslah mengetahui potensi dan bakat setiap individu pelajar dan
membantu mereka merealisasikan potensi bakat tersebut.
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
11

PENDIDIKAN MULTIUDAYA DI MALAYSIA
Selepas kemerdekaan, pendidikan multibudaya diperkenalkan dan dilaksanakan, dan ia
memIokuskan terhadap penerapan nilai-nilai murni ke dalam diri pelajar untuk
mengintegrasikan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum, kebudayaan,
agama, ekonomi dan sosial. Setiap individu berhak mendapat peluang pendidikan yang
sama. Nilai murni seperti saling memahami, hormat menghormati, bertolak ansur,
menghargai hak-hak asasi manusia, adil, jujur dan bersatu padu cuba ditanam di dalam diri
pelajar melalui pendidikan multibudaya untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya
perpaduan rakyat.
Sistem pendidikan mempunyai objektiI untuk menyatupadukan empat siIat utama iaitu
JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) dalam melahirkan individu yang berakhlak
dan cemerlang. Apabila setiap individu di Malaysia cemerlang di dalam empat siIat utama
yang ditekankan oleh sistem pendidikan ini, secara tidak langsung perpaduan Negara dapat
diwujudkan. Di Malaysia, subjek-subjek yang berkaitan dengan kebudayaan di Malaysia
diajar. Antara subjek-subjek yang diajar ialah Sejarah Malaysia, Kenegaraan Malaysia,
Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Pengajaran subjek-subjek tersebut dalam pendidikan
dapat meningkatkan keIahaman pelajar pelbagai kaum dan budaya bagi memahami konsep
kepelbagaian masyarakat, kepelbagaian budaya, tanggungjawab terhadap Negara dan
sebagainya.
Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan bangsa. Secara tidak
langsung masyarakat negara ini telah diperkenalkan kepada budaya, bahasa dan pemakaian
yang tersendiri pada waktu dan masa-masa yang tertentu, terutamanya ketika menyambut
perayaan masing-masing. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang
membentuk komuniti masyarakat kecil yang mempunyai identiti sendiri. Komposisi
penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik di Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak menyebabkan wujudnya kepelbagaian latar belakang pelajar
dalam Sistem Pendidikan Negara. Kepelbagaian latar belakang ini membuatkan
masyarakat Malaysia semakin bersatupadu dan semakin memahami kebudayaan dan
Iahaman bangsa-bangsa lain dan ia sejajar dengan FalsaIah Pendidikan Kebangsaan.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewufudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
12

fasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertufuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungfawab dan berkeupayaan mencapai kesefahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.`

KONSEP 1 MALAYSIA DALAM PENDIDIKAN MULTIUDAYA
Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang Ke-6,
Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk memperkenalkan idea satu bangsa tanpa
mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Satu Malaysia bertujuan untuk
mengekalkan dan meningkatkan perpaduan antara pelbagai kaum di Malaysia dan
mewujudkan semangat kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga yang besar. Dari
aspek pendidikan, konsep Satu Malysia ini berIungsi untuk mengurangkan jurang
perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik agar mereka mempunyai hak
untuk mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak dari golongan berada yang sudah
tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik.
Tambahan pula, konsep kepelbagaian latar belakang pelajar ini adalah perkara asas dalam
pembentukan pusat pembelajaran dan perkembangan pelajar. Kepelbagaian latar belakang
pelajar ini merangkumi aspek jantina, kaum, budaya, gaya pembelajaran, status
sosioekonomi, sosiopolitik dan sosiobudaya. Menurut Khairul Yusri, 2007, perbezaan
individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya
sama ada dari segi kognitiI, emosi, Iizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan
aspek-aspek lain yang mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Setiap
pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang
berbeza-beza yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Dalam
konteks kepelbagaian ini, pertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar itu
mempunyai kesan yang amat kuat dalam menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia juga
adalah satu impak yang sangat penting kepada pelajar untuk mencapai kejayaan daripada
hasil pembelajaran mereka di sekolah.


kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
13

KEPENTINGAN PENDIDIKAN MULTIUDAYA
Antara kepentingan-kepentingan pendidikan multibudaya menurut Supardan, 2007, ialah;
1. Menghargai akan kewujudan kepelbagaian budaya dalam masyarakat.
2. Menghormati kesamaan, martabat dan hak asasi sesama manusia.
3. Memperkuat budaya hidup bermasyarakat dan saling bantu-membantu.
4. Mewujudkan persaingan sihat di antara pelbagai kaum dan budaya dalam
masyarakat.
5. Membasmi sikap prejudis, rasisme dan diskriminasi dalam anggota masyarakat.
6. Membentuk tamadun bangsa yang bermartabat tinggi.
7. Mewujudkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang mampu melahirkan
kreativiti, inovasi, minat dan semangat pelajar.
8. Mewujudkan siIat proIesionalisme di kalangan anggota masyarakat.
9. Membentuk masyarakat yang bermoral, berhemah tinggi dan berbudi pekerti mulia.
10.Mewujudkan suasana aman harmoni di kalangan masyarakat dan negara.
11.Membasmi prasangka-prasangka dan Iitnah-Iintnah negatiI yang dapat memecah-
belahkan masyarakat.
12.Meningkatkan disiplin dan membentuh sahsiah yang tinggi di kalangan anggota
masyarakat.
13.Memupuk semangat nasionalisme yang tinggi di kalangan masyarakat.















kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
14














LANGKAH- LANGKAH AGI MENERAPKAN ELEMEN- ELEMEN
PENDIDIKAN MULTIUDAYA KE DALAM PENGA1ARAN DAN
PEMELA1ARAN ILIK DAR1AH

Pendidikan Multibudaya adalah satu sistem yang menekankan bahawa setiap
pelajar berhak mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira jantina, kelas
sosial, etnik, kaum, budaya, pertuturan dan agama. Beliau juga menyatakan bahawa
pendidikan multibudaya ini adalah satu pergerakan pembaharuan yang akan mengubah
sistem pendidikan institusi pengajian. Ia bukan sahaja mengubah struktur kurikulum
sesebuah institusi tetapi perubahan terhadap persekitaran dan struktur pentadbiran turut
terjadi.
Pendidikan multibudaya adalah satu idea, satu tindakan dalam membentuk semula
pendidikan dan satu proses. Sebagai satu idea, pendidikan multibudaya cuba mewujudkan
satu peluang yang saksama kepada semua pelajar yang dari golongan,kaum,sosio-
ekonomi,budaya yang berlainan dengan mengubah persekitaran sekolah agar ia dapat
menunjukkan kepelbagaian kebudayaan dan golongan dalam sekolah dan
sosial.Pendidikan multibudaya adalah satu proses kerana matlamatnya adalah ideal di
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
13

mana pihak pentadbir dan guru perlu terus berusaha dan berjuang untuk mencapai
matlamat tersebut.
Susulan terhadap peristiwa pertumpahan darah yang berlaku melibatkan tiga kaum
utama iaitu Melayu, Cina dan India, pada 13 Mei 1969, kerajaan telah merangka beberapa
dasar yang menekankan kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum
serta integrasi seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah satu dasar yang digubal
pada tahun 1971 sejak merdeka disebabkan tiada arah dalam mewujudkan kebudayaan
kebangsaan.Ini disebabkan kesedaran yang rendah dan keIahaman mengenai kebudayaan,
kepentingan politik yang menekankan kebudayaan kaum sahaja dan penekanan yang lebih
kepada kemajuan ekonomi. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program
sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun
Abdul Razak Dato' Hussein. Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul
kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya
diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah
bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan
(Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan
Pelajaran, 1957. Kesemua dasar ini amat menitikberatkan keperluan dan permintaan
pelbagai kaum dan budaya di negara kita dan mementingkan perpaduan dalam Negara kita.
Sistem pendidikan mempunyai objektiI untuk menyepadukan 4 siIat utama iaitu
JERI (JASMANI, EMOSI, ROHANI, INTELEKT&AL), dalam melahirkan individu yang
berakhlak dan cemerlang. Ini selaras dengan FalsaIah Pendidikan Kebangsaan yang ingin
melahirkan generasi yang seimbang dari segi keempat-empat siIat tersebut. Antara subjek-
subjek yang diajar ialah Sejarah Malaysia, Kenegaraan Malaysia, dan Tamadun Islam dan
Tamadun Asia. Pengajaran subjek-subjek tersebut, dalam pendidikan dapat meningkatkan
keIahaman pelajar pelbagai kaum, dan budaya bagi memahami konsep kepelbagaian
masyarakat di Negara ini, kepelbagaian budaya, tanggungjawab terhadap Negara dan
sebagainya. Subjek-subjek tersebut sangat penting dalam membentuk jati diri seorang
pelajar sebagai insan yang lahir dari Negara Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis
kaum , etnik dan budaya.
Konsep 1 malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin
Tun Haji Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, bertujuan untuk
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
16

memperkenalkan idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan
kebudayaan. Slogan "Satu Malaysia" pada tahun 2009 adalah "Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan". Slogan pada tahun 2010 pula ialah "1 Malaysia Menjana
TransIormasi", Manakala pada tahun 2011 pula, tema "TransIormasi Berjaya Rakyat
Sejahtera" dipilih bagi mewarnai hari kemerdekaan Malaysia yang ke-54.Slogan-slogan ini
merangkumi kesemua etnik, kaum dan budaya di Negara kita.Dari aspek pendidikan, satu
Malaysia ini berIungsi untuk mengurangkan jurang perbezaan antara bandar, luar bandar,
dan kumpulan etnik, agar mereka mempunyai hak untuk mendapat bantuan kerajaan
berbanding anak-anak dari golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang
pendidikan yang terbaik. Konsep ini jelas menunjukkan bahawa penyatuan dan perpaduan
dalam pendidikan amat penting dalam melahirkan insan yang cemerlang dan terbilang.
Konsep 1 Malaysia diperlukan bagi menerapkan elemen-elemen pendidikan multibudaya
ke dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah.
Selain itu, langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menerapkan elemen-
elemen pendidikan multibudaya ke dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah
adalah, di sekolah pelajar akan di ajar mengenai kebudayaan kebangsaan seperti lagu
Kebangsaan Negara, Bahasa Kebangsaan dan Bendera Kebangsaan.Kesemua pelajar tanpa
mengira etnik, kaum dan budaya akan menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai dan ini
akan mempertingkatkan kecintaan terhadap Negara kita sendiri dan secara langsung
memupuk semangat perpaduan, keamanan, dan kemakmuran Negara kita. Oleh sebab itu,
sistem pendidikan Negara merupakan agen utama dalam usaha memupuk perpaduan rakyat
yang mempunyai pelbagai budaya dan amalan.
Selain itu, langkah-langkah lain dalam menerapkan elemen-elemen pendidikan
multibudaya adalah Pelaksanaan Sekolah Integrasi atau Sekolah Wawasan merupakan
salah satu rancangan kerajaan untuk menyatu padukan kaum-kaum di Malaysia. Sekolah
Wawasan adalah sekolah integrasi yang menempatkan beberapa buah sekolah yang
berlainan aliran dalam satu kawasan yag sama. Sekolah ini akan berada di bawah satu
bumbung yang sama,tanpa mengira agama dan bangsa. Konsep sekolah wawasan adalah
bertujuan untuk menyatukan masyarakat Melayu, Cina, India, melalui satu sistem
pendidikan di dalam satu kawasan.Matlamat pembinaan Sekolah Wawasan ini adalah
untuk :
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
17

Mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid, yang berbagai-bagai bangsa, latar
belakang dan Iahaman agama.
Memupuk semangat integrasi antara pelajar dalam pelbagai aliran.
Melahirkan generasi yang mempunyai siIat toleransi dan perseIahaman yang tinggi
demi mewujudkan sebuah Negara yang bersatu padu.
Menggalakan interaksi maksimum antara semua warga sekolah melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti aktiviti lain di sekolah.
Penubuhan sekolah tersebut dapat memupuk pelajar cintakan perpaduan, kemakmuran dan
keamanan Negara.
Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan
jayanya iaitu:-
1. Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
2. Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah
3. Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang
4. Kompleks Sekolah Wawasan &SJ 15, Subang Jaya, Selangor
5. Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak
Menurut Abdul RaIie Mahat (2005), seluruh pembangunan sistem pendidikan di
Malaysia dilakukan secara pertimbangan mengikut keperluan penduduk yang mempunyai
pelbagai kaum, walaupun jelas ini menjadi cabaran yang paling besar ke arah mencapai
perpaduan. Kerajaan tidak pernah memilih polisi yang diktator dan penekanan dasar
pendidikan semasa ke arah mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu
melalui medium yang sama arahan, kurikulum biasa dan sistem peperiksaan yang biasa.
Ini jelas menyatakan bahawa, dalam membentuk pendidikan di Negara kita yang
mempunyai pelbagai jenis kaum dan budaya adalah satu cabaran yang amat besar, dan
memerlukan sokongan dari semua pihak. Sistem pendidikan di Negara kita memerlukan
pelbagai pertimbangan yang berbeza dari segi pemikiran kaum dan budaya yang berlainan.
Ini adalah penting untuk memastikan semua pihak menerima satu pendidikan yang sama
rata mengikut keperluan dan keadilan kaum masing-masing.
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
18

Menurut Abdul RaIie Mahat (2005), untuk mengatasi kebimbangan pendidikan penduduk
yang mempunyai pelbagai kaum, beberapa contoh Pelan Tindakan Perancangan
Pendidikan di bawah,diberikan kepada pelbagai keperluan penduduk:
Institusi pendidikan prasekolah.
Penyediaan pra-perkhidmatan dan dalam latihan perkhidmatan untuk guru-guru
prasekolah di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta.
Mengukuhkan program khas untuk kanak-kanak Orang Asli yang tidak
memperolehi 3Rs.
Menjelaskan dan meyakinkan orang ramai mengenai objektiI Sekolah Wawasan.
Lanjutan program kokurikulum dalam bentuk integrasi di kalangan pelbagai jenis
sekolah.
Memudahkan pembelajaran untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah
kesihatan kronik.
Lanjutan konsep integrasi sekolah termasuk semua aliran di sekolah-sekolah
menengah.
Ini menggambarkan bahawa Pelan Tindakan Perancangan Pendidikan amat
menitikberatkan keperluan pelbagai jenis kaum di Negara kita. Ianya sangat penting dalam
melancarkan dan memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah. Pelbagai jenis sekolah ditubuhkan untuk melengkapi keperluan penduduk di
Negara kita yang terdiri dari pelbagai jenis kaum iaitu Sekolah Integrasi atau Sekolah
Wawasan.
Menurut Abdul RaIie Mahat (2005),pelajar sering kali dikumpulkan mengikut
aktiviti-aktiviti mereka dan bukan dari segi bangsa, agama, status, sosial atau jantina untuk
menggalakkan kerjasama, perpaduan, toleransi dan menghormati antara satu sama lain.Di
peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi di Malaysia, program kokurikulum direka
untuk pelajar mendalami siIat-siIat yang diperlukan dalam menghadapi cabaran dunia
global.Pembangunan watak dalam masyarakat yang pelbagai agama dan budaya
dipertingkatkan melalui penyertaan dalam pelbagai aktiviti seperti karnival tarian, budaya
dan kesenian, pendidikan luar, kumpulan seragam, persatuan dan kelab, bakat memburu,
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
19

kebersihan sekolah, program kesedaran pelajar dan karnival patriotik. Ini jelas menyatakan
bahawa, dalam sesebuah aktiviti atau program, pelajar haruslah dibahagikan dengan
mengikut aktiviti-aktiviti mereka bukannya mengikut jenis kaum dan budaya untuk
mengelakkn bias atau sebagainya dalam proses pembelajaran tersebut. Selain itu, pelajar
dapat mempertingkatkan ilmu dari pelbagai jenis kaum dan budaya dengan menyertai
pelbagai jenis kebuadayaan dan kesenian yang berbeza.
Menurut Abdul RaIie Mahat (2005), dalam kesimpulannya, integrasi kaum ke arah
perpaduan negara menggambarkan kemajuan dalam sistem pendidikan Malaysia.Terdapat
banyak ruang dalam meningkatkan dan memupuk perpaduan di kalangan pelajar-pelajar di
sekolah-sekolah Malaysia.&saha selanjutnya diperlukan dalam menyatukan kaum-kaum
yang berlainan mestilah mengambil kira budaya masing-masing, kepercayaan dan norma-
norma social. Kementerian Pendidikan terus memantau aktiviti-aktiviti di peringkat negeri,
daerah dan sekolah untuk memastikan tiada bentuk pengasingan secara terang-terangan
wujud dan perpaduan yang boleh dicapai dalam masyarakat pelbagai agama dan berbilang
kaum.
Ini jelas menyatakan bahawa, pelbagai langkah perlu diambil dalam meningkatkan
dan memupuk perpaduan di kalangan pelajar di sekolah di Malaysia dan ianya mestilah
mengikut pandangan budaya dan kepercayaan masing-masing. Kementerian Pendidikan
haruslah sentiasa memantau aktiviti di peringkat sekolah agar tidak wujud kes-kes yang
tidak diingini dalam menentang perpaduan dan integrasi kaum di Negara kita. Hal ini
mestilah dipertanggungjawabkan oleh semua pihak yang terdiri dari pihak pentadbir dan
guru. Pihak tersebut haruslah memainkan peranan yang penting mendidik pelajar-pelajar
tentang pentingnya perpaduan kaum di Negara kita. Peristiwa 13 MEI 1969,terjadi apabila
terdapatnya perpecahan kaum di Negara kita. Selain itu, peristiwa Nadra MaaroI atau nama
belanda Bertha Hertogh (1937-2009) adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan
Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan
sentimen agama dan warna kulit. Peristiwa- peristiwa sedemikian amatlah
membimbangkan kerana menyebabkn kehancuran sesebuah bangsa dan Negara yang
terdiri dari pelbagai jenis kaum dan budaya.
Menurut Abdul RaIie Mahat (2005), dalam perbincangan sama ada pendidikan di
Malaysia yang berbilang kaum dan agama memecah-belahkan atau menyatukan, ia adalah
penting untuk memahami tiga elemen penting iaitu:
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
20

4 Sistem pendidikan yang ada sekarang adalah warisan terdahulu dan oleh itu,
memerlukan usaha yang besar untuk meningkatkan sistem pendidikan tersebut.
4 Walaupun peningkatan besar telah dibuat dari segi dasar-dasar dan amalan dalam
institusi pendidikan ke arah integrasi kaum, pengkritik telah memilih untuk melihat
kegagalan dan bukannya mengakui beberapa bentuk kejayaan atau menawarkan
kerjasama dengan usaha-usaha kerajaan ke arah integrasi. Pelbagai bantahan
dikemukakan oleh pihak tertentu tetapi kerajaan telah membentuk reIormasi sistem
pendidikan.
4 Kewujudan kurikulum yang sama, bahasa, sistem peperiksaan dan pengalaman
biasa persekolahan adalah penting dalam memastikan tujuan yang sama ke arah
mencapai identiti kebangsaan.
Ini membuktikan bahawa dalam menerapkan elemen-elemen pendidikan multibudaya ke
dalam pengajaran dan pembelajaran, pelbagai elemen perlu dilihat dan tiga elemen yang
dikemukan oleh Abdul RaIie Mahat adalah elemen yang perlu dilihat untuk memastikan
perlaksanaannya berjalan dengan lancar.
Menurut Abdul RaIie Mahat (2005), satu usaha yang lebih gigih diperlukan oleh
pelbagai jenis pihak untuk memenuhi aspirasi negara yang bersatu.Sekolah-sekolah,
universiti, organisasi kerja, agensi-agensi kerajaan dan agensi-agensi bukan kerajaan serta
orang awam haruslah berkongsi tanggungjawab ini sebagai kewajipan yang paling utama
untuk menanamkan kepercayaan, rasa hormat dan kasih sayang antara satu sama
lain.Malaysia melihat sistem pendidikan sebagai aset yang tidak boleh diketepikan dalam
usaha untuk memupuk perpaduan, keamanan, kemakmuran.Oleh itu, dalam kesimpulan,
sistem pendidikan Malaysia telah dapat menjalin perpaduan di kalangan kaum-kaum yang
berbeza dan latar belakang agama pelajar.Adalah diharapkan bahawa dengan sokongan
lanjut darI orang ramai, masa depan yang lebih jelas akan berlaku pada sistem pendidikan
sebagai pemacu untuk perpaduan nasional.
Ini jelas menyatakan bahawa pendidikan adalah agen yang sangat penting
diperlukan untuk membina perpaduan, keamanan, dan kemakmuran di Negara kita yang
mempunyai pelbagai jenis kaum dan budaya. Sokongan dan bantuan dari masyarakat
khususnya amatlah diperlukan dalam menggembleng usaha unutk memenuhi aspirasi
Negara.
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
21

Menurut Hashim Yaacob (2005), beliau senang untuk melihat Persatuan
Perpaduan, tetapi tidak ada sesiapapun yang menubuhkan persatuan tersebut. Persatuan
yang ada adalah seperti Persatuan Kadazan Dusun, Persatuan Anak-anak Negeri Sembilan,
Persatuan Hindu. Semua jenis persatuan tersebut adalah berdasarkan kaum dan budaya
masing-masing.
Ini membuktikan bahawa, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sepatutnya sesuatu
Persatuan ataupun Kelab adalah tidak berdasarkan kaum dan budaya semata-mata. Ini akan
mengakibatkan pelbagai masalah.Jika di sekolah atau universiti mewujudkan persatuan
berdasarkan negeri masing-masing, berdasarkan warna kulit, dan sebagainya, akan
terbentuklah satu komuniti yang terlalu mengikut sentimen negeri masing-masing dan
budaya masing-masing.Sebagai contoh, Persatuan Negeri Kelantan diwujudkan di
sesebuah universiti. Ini akan mengakibatkan pelbagai jenis masalah kerana pelajar-pelajar
di negeri lain mungkin tidak boleh menyertai persatuan tersebut kerana hanya bersyaratkan
pelajar yang berasal dari negeri Kelantan sahaja. Ini akan mengakibatkan masalah
pemikiran dan budaya dalam diri pelajar. Berkemungkinan besar, berlaku perpecahan
kaum mengikut tempat asal kelahiran masing-masing kerana setiap negeri di Negara kita
mempunyai pelbagai jenis dialek, dan bahasa. Ini amatlah merugikan pelajar dan sesebuah
institusi pendidikan Negara kita sendiri.
Menurut ProI Dr. Khalijah Mohd Salleh (2005), mata pelajaran seperti kajian sosial
adalah penting kerana ia membenarkan kita akan terdedah kepada pelbagai agama dan
budaya dan ia adalah penting untuk kita dapat mengetahui satu sama lain jika kita hidup
bersama.
Ini jelas menyatakn bahawa, dalam menerapkan elemen-elemen multibudaya ke dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, subjek perlu dikaji untuk memenuhi keperluan dan
permintaan sesebuah kaum dan budaya tersebut. Sebagai contoh yang diberikan oleh ProI
Dr. Khalijah Mohd Salleh,mata pelajaran kajian social adalah satu subjek yang amat
menitikberatkan perpaduan kaum di Negara kita. Subjek ini akan membantu pelajar dalam
memahami erti perpaduan, konsep perpaduan dalam hidup pelajar tersebut. Pihak
Kementerian Pendidikan haruslah mengkaji sesebuah subjek yang perlu ada di sesebuah
sekolah untuk memastikan elemen-elemen pendidikan bercorak multibudaya dapat
diserapkan dalam bilik darjah.
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
22

Menurut Dr. Roy S.McCoy (2005), dalam masyarakat pelbagai budaya dan agama
dan negara sekular, tidak ada ajaran mana-mana agama di sekolah-sekolah.Beliau
mencadangkan satu sukatan pelajaran yang berbeza yang meliputi agama, perbandingan
agama, tamadun, semua aspek-aspek penting hak asasi manusia, keadilan, dan sebagainya.
Ini menunjukkan bahawa, menurut pernyataan beliau, sekolah haruslah mempunyai satu
sukatan pelajaran yang berbeza mengikut jenis agama dan budaya. Ini juga diperlukan
untuk pelajar, dalam memahami agama masing-masing dan budaya masing-masing.
Sebagai contoh, mata pelajaran Pendidikan Agama Isalam, dan Pendidikan Moral,
diwujudkan untuk memenuhi keperluan agama Islam dan agama selain Islam.Tetapi,
terdapat beberapa bantahan dari segi berapa lama masa yang diperlukan oleh pelajar dalam
bilik darjah untuk mempelajari subjek tersebut. Sebagai contoh, mata pelajaran Pendidikan
Moral diajar selama 8 jam dalam seminggu. Ada sumber yang mengatakab bahawa
pendidikan moral sepatutnya tidak harsu begitu lama dalam sesebuah proses pengajaran
dan pembelajaran, ianya patut dikurangkan menjadi 4 jam dalam seminggu. Bukan kuantiti
berapa lama masa yang diperlukan untuk mengajar subejk tersebut tetapi kualti yang
diperlukan dalam memahami mata pelajaran tersebut.
Menurut satu sumber, dalam membantu pelajar meningkatkan pencapaian akedemik
dan mendorong kemahiran bergaulan antara golongan yg berlainan, beberpa prinsip asas
yg erlu di ambil kira semasa merancangkan polisi pendidikan berbilang kebudayaan:
1. Program perkembangan proIessional perlu diadakan untuk membantu guru
memahami ciri-ciri pelbagai kaum Negara kita dan unsur-unsur bangsa , kaum ,
bahasa, sosioekonomi, yang saling berkaiatan dalam mempengaruhi tingkah laku
pelajar.
2. Sekolah perlu memastikan pelajar memperolehi peluang yang saksama dalam
pembelajaran. Kurikulum yang disedia perlu membantu pelajar memahami ilmu
pengetahuan harus berasaskan kontrak social dan menggambarkan dapatan
penyelidikan yang berkait,dengan keadaan social, politik, ekonomi Negara.
3. Sekolah perlu membekalkan semua pelajar peluang untuk menyertai aktiviti
kokorikulum dan aktiviti luaran yang membantu pengembangan pengetahuan ,
kemahiran, sikap, serta meningkatkan pencapaian akaademik dan mendorong
interaksi positiI di kalangan pelajar yang berasal dari pelbagai latar belakang.
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
23

Sekolah harus menubuh persatuan yang ahlinya terdiri darpada wakil golongna yg
berlaianan,untuk memperbaiki hubungan antara golongan.
4. Pelajar perlu memahami stereotaip dan bias, yang mendatangkn kesan negative
terhadap perhubungan kaum. Pelajar perlu mempelajari nila-nilai yang dikongsi
oleh semua golonagn yng berbilang kebudayaan,
5. Guru harus membantu peljar memahami memperolehi kemahiran sosialuntuk
berinteraksi secara berkesan, dengan pelajar yang berasal dari kaum, budaya,
bahasa, yang berlainan. Sekolah harus memberi peluang kpd pelajar, yg berlatar
belakang yg berlaianan berinteraski dlm satu keadaan yang tidak berketakutan dan
berkebimbangan.
6. Strategi sekolah harus memastikan keputusan yang dibuat dapat berkongsi bersama
dan semua warga sekolah mempelajari kemahiran, bekerjasama untuk
menghasilkan satu persekitaran yang prihatin untuk pelajar.
7. Pemimpin atau pegawai berkaitan perlu membentuk strategi untuk memastikan
semua sekolah mendapat perunutkn kewangan yang saksama. Guru harus peka
tentang unsur-unsur berbilang kebudayaan semasa menilai kemahiran kognitiI, dan
kemahiran social pelajar.
Pendidikan multibudaya telah menjadi sesuatu yang penting pada masa ini. Layanan yang
adil dan sokongan kepada pelajar- pelajar dari pelbagai kaum telah menjadi keutamaan
dimana banyak sekolah yang menyediakan pendidikan yang meletakkan kepentingan dan
nilai multibudaya sebagai Iokus utama selain daripada cemerlangan akademik dan
kokurikulum.
Terdapat beberapa langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi menerapkan elemen-
elemen pendidikn multibudaya di dalam pengajaran dan pembelajaran di dilik darjah.

1. Standard yang Tinggi.
Guru mengekalkan harapan yang tinggi yang memberi dorongan kepada pelajar untuk
mencapai potensi diri yang selalunya di luar jangkaan pelajar itu sendiri. Walaupun
harapan yang tinggi ini malar bagi setiap pelajar, ianya berbeza-beza di kalangan pelajar
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
24

dan haruslah disesuaikan kepada individu pelajar itu sendiri. Setiap pelajar dijangka untuk
mencapai standard tertinggi mengikut potensi individu mereka.
Tidak hanya terhad di sekolah yang mempunyai pelajar dari pelbagai kaum, guru-
guru di sekolah satu kaum juga perlu mengamalkan dasar student base learning`,
iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar. Melalui dasar ini, pembelajaran diberikan
berdasarkan kepada kemampuan pelajar itu sendiri, bukan berdasarkan pencapaian
keseruruhan kelas atau berdasarkan desakan dari pentadbiran sekolah yang sentiaa
menginginkan peratusan keputusan yang elok. Potensi setiap pelajar adalah berbeza
dan perlu dikenalpasti oleh guru.

2. Kurikulum dan Kokurikulum Merangkumi Pelbagai Sumber.
Menurut Fennes and Hapgood (1997) di sesetengah negara, kurikulum persekolahan direka
tepat, terperinci, panjang manakala ada negara yang mempunyai kurikulum yang umum,
bebas dan ringkas. Terdapat juga negara yang mempunyai kurikulum palajaran yang
spesiIik dan tegar lalu menjadikannya sukar untuk mengaplikasikan nilai- nilai
multibudaya, manakala terdapat juga negara dengan kurikulum pelajaran yang lebih
Ileksibel dimana unsur- unsur dan nilai- nilai multibudaya boleh diaplikasikan dengan jaya.
Sebagai contoh, di dalam sesetengah negara, kumpulan pelajar di dalam kelas berubah
mengikut mata pelajaran yang diambil manakala di negara yang lainnya (seperti Malaysia),
kumpulan pelajar di dalam kelas kebanyakkannya kekal bagi setiap matapelajaran.
Keadaan ini akan memberikan persekitaran dan situasi pembelajaran yang berbeza.
Kurikulum sekolah di negara multibudaya yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar
pelbagai kaum perlu mencerminkan kepelbagaian budaya pelajar-pelajar yang menghadiri
sekolah itu, serta pelbagai budaya masyarakat setempat secara umum. Daripada
menyambut perayaan kebudayaan khusus hanya pada hari cuti, kurikulum sekolah haruslah
menerapkan nilai-nilai murni daripada perayaan kebudayaan tersebut kedalam sistem
pengajaran dan pembelajaran setiap hari di sekolah.
Mendidik pelajar tentang budaya yang berbeza di dalam kelas anda.
Walaupun terikat dengan kurikulum yang biasa, guru- guru boleh memberi
tumpuan kepada satu budaya di sekolah setiap hari atau setiap minggu.
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
23

Sebagai contoh, semasa mengajar mengenai geograIi, sediakan satu contoh
mengenai adat dan cara hidup di tempat tersebut. Ajar pelajar beberapa
perkataan mudah dalam setiap bahasa yang berbeza. Minta pelajar yang
bertutur bahasa tersebut untuk mengajar perkataan ke seluruh kelas. Anda
boleh Iokus pada satu bahasa setiap hari atau setiap minggu.
Selain mengintegrasikan pengetahuan pelbagai budaya dalam kurikulum
yang sedia ada, kurikulum juga boleh ditambah. Dalam usaha untuk
mengajar pelajar tentang budaya yang berbeza, kelas kajian global atau
kelas kajian budaya boleh diwujudkan. Walaupun masa yang diperuntukkan
kurang, tetapi yang penting adalah penyertaan pelajar.
Sebagai contoh, meminta pelajar untuk bercakap tentang latar belakang
kaum dan budaya mereka sendiri akan memberi kuasa kepada mereka dan
dapat meningkatkan pengetahuan pelajar lain. Kemudian melakukan
penyelidikan ke atas budaya yang tersebut. Pelajar akan membuat
penyelidikan tentang budaya kaum lain, kemudian menyediakan
persembahan dan membentangkan maklumat yang dipelajari di bilik darjah
pelbagai budaya di seluruh sekolah. Kesedaran adat dan budaya boleh
membantu mengurangkan kemungkinan salah Iaham yang timbul daripada
pelbagai interaksi dalam bilik darjah. Memperbanyakkan aktiviti
multibudaya di dalam kelas seperti mengajar pelajar untuk memahami dan
menghormati perbezaan budaya dapat mengelakkan sikap tidak bertoleransi
dan perkauman masa depan. Tambahan lagi, dalam dunia yang semakin
global, pengalaman pembelajaran dan bekerja dalam konteks pelbagai
budaya telah menjadi kelebihan yang boleh dibuktikan untuk pencari kerja.
Bergantung kepada umur dan kepelbagaian kelas, guru boleh memilih dari
kalangan pelbagai aktiviti untuk menggalakkan sensitiviti budaya dan
perasaan ingin tahu budaya asing.
Meraikan perayaan sesuatu kaum atau budaya- rakyat Malaysia yang
berbilang kaum menyambut pelbagai perayaan setiap tahun setiap
perayaan mempunyai keunukan dan keistimewaan masing- masing, dari
makanan hinggalah ke lagu tradisional. Sebagai aktiviti bilik darjah, guru
boleh meminta pelajar untuk berkongsi adat dari keluarga mereka atau
kaum mereka. Guru boleh meminta pelajar untuk membawa makanan
tradisional untuk dikongsi dengan orang lain.
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
26

Memperkenalkan Bahasa Asing (selain bahasa melayu dan inggeris)-
Memperkenalkan bahasa asing ke dalam bilik darjah serta meningkatkan
kesedaran dan sensitiviti pelbagai budaya. Guru boleh memperkenalkan
bahasa asing dalam cara yang lebih menyeronokkan melalui permainan
perbendaharaan kata.
Sebagai contoh, minta pelajar untuk membentuk bulatan dan mengira dari
satu hingga 10 dalam bahasa asing, atau untuk melakukan aritmetik asas.
Bagi kokurikulum pula, beberapa pendekatan boleh diambil, antaranya ialah
turut serta di dalam organisasi masyarakat yang mempunyai aktiviti bengkel
atau projek. Penglibatan dalam masyarakat bukan sahaja memberikan
pelajar peluang untuk melihat wajah baru, tetapi pelawat-pelawat tersebut
mungkin mempunyai kepakaran tidak dipunyai oleh guru. Sebagai contoh,
bergabung dengan persatuan kuda kepang atau memperkenalkan permainan
yang popular di kalangan kaum- kaum di malaysia atau negara lain,
contohnya adalah seperti kabaddi iaitu permainan tradisional orang india
atau wayang kulit.
Menjemput pemuzik dari pelbagai budaya yang boleh mengajar dan
menghiburkan pelajar dengan bermain instrumen atau menyanyikan lagu
dari budaya masing-masing, contohnya, kompang dan angklung. &ntuk
menjadikan program ini lebih interaktiI, pemuzik boleh memilih untuk
menjemput beberapa orang pelajar untuk bermain alat muzik bersama
mereka.
Tarian adalah satu aspek penting dalam setiap budaya. Antara aktiviti
kokurikulum yang boleh diadakan adalah menjemput persatuan- persatuan
tarian etnik ke sekolah anda dan membuat persembahan. Persembahan ini
boleh dilakukan alam bentuk kuliah-demonstrasi atau persembahan penuh.
Sama ada persembahan tarian zapin, tarian singa dan sebagainya, pelajar
akan terdedah kepada tarian yang mereka tidak mempunyai peluang untuk
melihatnya sebelum ini.
CheI tempatan dari pelbagai kaum yang pakar dalam makanan etnik
masing- masing boleh dijemput untuk mengadakan demonstrasi masakan
resepi istimewa kaum masing- masing atau mendirikan gerai di sekolah
pada hari kantin dan hari terbuka di mana mereka akan menyediakan
sampel percuma dan diberikan kepada pelajar. Mereka mendapat
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
27

penghayatan yang lebih mendalam mengenai budaya lain dengan menjadi
biasa dengan masakan.
Rancangan perkhemahan 'pertukaran budaya untuk pelajar pelbagai
budaya. Ini boleh dilakukan di seluruh sekolah, atau hanya salah satu
tingkatan sahaja. Setiap peserta memakai pakaian tradisioanal masing-
masing, makan makanan tradisioanal, melakukan tarian dan menyediakan
laporang tetang budaya masing- masing.

. Gaya Pengajaran.
Cabaran paling besar yang dihadapi oleh guru- guru di sekolah pelbagai kaum/
budaya ialah mencari kaedah dan pendekatan paling sesuai dan serasi bagi semua
kaum dan budaya. Kebiasaanya, ia tidak akan berjaya dan akan menyebabkan
kekeliruan malah konIlik di dalam kelas (Fennes dan Hapgood 1997). Adalah
penting untuk guru- guru peka terhadap permasaalahan ini. Antara pendekatan yang
boleh diambil adalah dengan memahami budaya kaum tersebut, berbezaan, nilai
dan konsep pendidikan mereka. Guru perlu menyelaraskan gaya pengajaran mereka
kepada keperluan dan gaya pembelajaran pelajar-pelajar mereka sendiri. Ini
bermakna bahawa setiap pelajar diajar dan dinilai secara individu oleh setiap guru.
Dalam persekitaran sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya,
melakukan pelbagai perspektiI budaya bukan sahaja membantu membentuk
persekitaran yang dinamik, ianya turut meyumbang kepada gaya pembelajaran
individu dan kebolehan pelajar tersebut, Sebagai contoh, pelajar cina mungkih lebih
aktiI dalam perbincangan di dalam kelas dan berani untuk bertanya soalan
berbanding dengan pelajar melayu yang lebih malu untuk bertanya di dalam kelas.
Di sini, guru- guru perlu memainkan peranannya dengan menggunakan pelbagai
pendekatan dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.
Gaya pembelajaran dipengaruhi oleh perbezaan individu seperti jantina,
akademik dan latar belakang budaya. Walau bagaimanapun etnik
merupakan Iaktor utama dalam mempengaruhi gaya pembelajaran.
Walaupun ketiga-tiga kaum utama, Melayu, Cina dan India, diberi peluang
yang sama untuk belajar di negara ini, mereka yang dibesarkan dalam latar
belakang budaya yang berbeza akan mempengaruhi pembangunan gaya
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
28

pembelajaran mereka sendiri ( Syed jamal abdul nasir bin syed mohamad,
2006 )
Antara pendekatan yang boleh digunakan oleh guru adalah dengan memilih
cerita dan buku yang memberi tumpuan kepada kanak-kanak dari pelbagai
kaum dan negara. Buat senarai pembacaan anda untuk tahun ini termasuk
buku yang mempunyai tema budaya, kanak-kanak berlainan budaya yang
belajar bersama-sama, dan sebagainya. Buku harus mengikut umur yang
sesuai. Menggunakan cerita-cerita dan buku-buku untuk bercakap tentang
perbezaan dan persamaan antara budaya.
Menyediakan pelbagai alat bantu mengajar. Pelajar akan lebih selesa
dengan pelbagai jenis alat pembelajaran. Apabila berkesempatan, sediakan
alat alat bantu mengajar di dalam kelas seperti video, audio, manipulatiI,
buku, poster, komputer, permainan, animasi dan lan- lain.
Guru boleh menggunakan pendekatan yang pelbagai untuk mengajar
pelajar-pelajar dalam semua bidang, termasuk sains sosial, seni bahasa,
muzik dan seni. Prisip utama pendidikan multibudaya adalah untuk
mengajar mengenai kumpulan-kumpulan pelbagai budaya.
Ajar pelajar anda untuk menghormati orang yang berlainan kepercayaan,
tradisi, budaya dan bahasa. Bincangkan kepentingan menghormati dan
memberi contoh bagaimana untuk menunjukkan rasa hormat kepada orang
lain.
Satu prinsip penting pendidikan multibudaya adalah untuk mengajar tentang
kesaksamaan di antara budaya, bangsa dan jantina - semua rakyat tanpa
mengira perbezaan mereka, untuk membantu pelajar anda melihat bahawa
semua orang mempunyai hak yang sama dan harus diberi layanan yang
sama. Guru haruslah tidak sekali- kali mempunyai sikap berat sebelah
terhadap layanan yang diberikan kepada pelajar- pelajar.

. ahasa.
Walaupun bahasa penghantar yang diajar di sekolah adalah bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi, bahasa ibunda pelajar haruslah dihormati oleh guru-guru dan
pentadbir dan dianggap sebagai sama rata dan sah. Pelajar-pelajar yang bercakap
dalam bahasa pertuturan yang berbeza di dalam kelas haruslah digalakkan bertutur
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
29

bahasa kebangsaan oleh guru untuk meningkatkan perseIahaman dan pergaulan
antara pelajar.
Menurut kajian Lu, Chin, Yao, Xu dan Xiao (2010), pelajar sarjana muda
dan pelajar pasca siswazah dari university- university di Australia telah
menunjukkan bahawa bahasa dan komunikasi merupakan masaalah utama
yang dialami oleh pelajar- pelajar luar asing yang belajar di Australia.
Sebagai contoh, seorang pelajar dari Southern Cross &niversiti berkats
bahawa terdapat kesukaran untuk bertukar- tukar pendapat dengan pelajar-
pelajar yang datang dari lain-lain negara-negara kerana masalah bahasa
Inggeris. Selain daripada itu, sesetengah pelajar mempunyai kesukaran
untuk berkomunikasi dengan pensyarah mereka apabila mempunyai
masalah dalam kajian. Mereka lebih suka bertanya kepada mereka yang
datang dari negara yang sama.
Senario yang sama mungkin terjadi di Malaysia apabila pelajar- pelajar cina
dan india mempunyai masaalah untuk berkomunikasi dan memahami
pengajaran dan pembelajaran di dalam bahasa melayu, dimana mereka
mungkin lebih dapat gemar belajar di dalam bahasa ibunda mereka sendiri.
Walaubagaimanapun, bagi marapatkan hubungan dan perpaduan serta
menghapuskan jurang bahasa, bahasa kebangsaan perlu digunakan sewaktu
pengajaran dan pembelajaran.
Bagi mengukuhkan asas kosa kata bagi pelajar- pelajar bukan melayu ini,
guru perlu memikirkan cara bagi menambahbaikkan penggunaan bahasa
melayu dikalangan mereka, sebagai contoh mewujudkan Program "Sehari
Selembar Benang". Dengan program ini, guru mengumumkan sepatah
perkataan sehari beserta deIinisi dan contoh ayat dalam perhimpunan pagi,
pelajar mencatat dalam buku catatan khas, guru menampal perkataan pada
papan kenyataan, guru meminta pelajar mengaplikasikan penggunaan
perkataan dalam karangan yang ditulis, guru menganalisis karangan pelajar.

. Sumber Sekolah.
Bahan pengajaran di sekolah-sekolah haruslah menggambarkan, mencerminkan dan
mengambil kira pelbagai perspektiI budaya, etnik dan kaum. PerspektiI-perspektiI
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
30

yang berbeza pula akan membentuk kurikulum, di mana membantu untuk
menyediakan kurikulum yang mengiktiraI pelbagai warisan budaya di sekolah.yang
juga menyokong matlamat kedua pendidikan multibudaya: untuk menyediakan
kurikulum yang mengiktiraI budaya pelbagai kaum di sekolah.
Memperkenalkan aktiviti pelbagai budaya melalui kesusasteraan. Pilih
sebuah buku yang bersesuaian dengan umur yang memberi tumpuan kepada
tema multibudaya. Membaca buku tersebut dengan kuat dihadapan pelajar,
atau pelajar bergilir-gilir membaca kelas di hadapan kelas. Apabila selesai,
bincangkan mengenai buku tersebut atau menjalani aktiviti seni seperti kraI,
yang berkaitan dengan buku tersebut.

Papan buletin di sekitar bilik darjah sekolah dan lorong boleh
mempamerkan tema pelbagai budaya. Pelajar boleh menggambarkan pada
peta besar kisah penghijrahan kaum ke Malaysia. Setiap darjah atau
tingkatan boleh memberi tumpuan kepada salah satu kaum.

Perpustakaan Aktiviti- kelab perpustakaan boleh menyediakan buku
termasuk kesusasteraan dunia atau topik luar negara. Sebagai contoh,
bahan-bahan yang boleh termasuk koleksi cerita diterjemahkan pendek dan
buku sejarah budaya atau negara tertentu. Sebuah papan buletin boleh
menampilkan berita semasa atau acara komuniti antarabangsa yang
meraikan kepelbagaian budaya.

. Penilaian.
Penilaian haruslah sesuai dan sensitive tanpa menyentuh sentimen perkauman. Ini
bermakna bahawa integriti penilaian diukur dari sudut perspektiI yang tidak
melampaui rasional dan norma-norma sesuatu kaum dan budaya.
Penilaian seperti ujian bulanan dan peperiksaan perlulah dijalanakan untuk
mengukur tahap kemajuan pelajat tanpa sekali- kali menyentuh mengenai
sensetiviti kaum masing- masing. Sebagai contoh, isu 13 Mei mingkin tidak
sesuai untuk dimasukkan di dalam ujian, peperiksaan dan soal jawab di
dalam kelas kerana ini akan menimbulkan prasangka dan memburukkan
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
31

perpaduan di kalangan pelajar berbilang kaum. Cukup sekadar pengetahuan
am atau soalan yang asas saja tanpa perlu membabitkan pembabitan kaum-
kaum tertentu secara khusus.

7. udaya / Persekitaran Sekolah.
Budaya sekolah-sekolah multibudaya mencerminkan kepelbagaian budaya dan
etnik pelajar yang hadir ke sekolah tersebut. Tidak terdapat budaya tunggal dalam
sekolah yang terdiri daripada pelajar pelbagai kaum tetapi kaya dengan pelbagai
warisan budaya yang berwarna-warni.
Sediakan diri untuk bilik darjah pelbagai budaya dengan kajian gaya
pembelajaran dan tingkah laku budaya tradisional pelajar. Rancang
bagaimana untuk bertindak balas kepada pertembungan gaya pembelajaran
atau tingkah laku. Ketahui sekurang-kurangnya satu ungkapan-ungkapan
dalam bahasa yang dituturkan oleh pelajar-pelajar.
Menyediakan bahan-bahan pembelajaran dalam bahasa yang dituturkan
oleh pelajar anda. Mengadakan paparan bilik darjah dalam beberapa bahasa.
Gunakan poster yang menyenaraikan Irasa dan ungkapan dari budaya
berbeza supaya pelajar boleh membandingkan bahasa dr setiap budaya.
Sediakan rak buku yang penuh dengan kesusasteraan pelbagai budaya.
Berusaha untuk melihat bahawa budaya banyak diwakili dan bahawa
terdapat pelbagai bentuk sastera.
Buat paparan visual yang termasuk gambar-gambar orang dari berbagai
budaya. Anda boleh menggunakan poskad dari seluruh dunia, hasil seni
oleh artis-artis antarabangsa, dan gambar-gambar dan lukisan daripada
budaya lain
Memperluaskan konsep Sekolah Wawasan- menurut Doost (2008), Sekolah
Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama
dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah
konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan
ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai
bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan
menggunakan jambatan penghubung (link-way).
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
32

Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan:
&ntuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang
berbagai-bagai bangsa dan latar belakang
&ntuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai
aliran
&ntuk melahirkan generasi yang mempunyai siIat toleransi dan
perseIahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang
bersatu padu
&ntuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua
warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan
pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah
Menurut Fennes dan Hapgood (1997), sekolah mempunyai peranan yang
berbeza di dalam masyarakat.Di beberapa negara, sekolah dilihat sebagai
satu keperluan (tidak disukai), manakala di kawasan lain, sekolah-sekolah
adalah penting sangat dihargai oleh murid-murid juga. Hal ini memberi
kesan kepada cara murid menerima pembelajaran dan seterusnya tahap
motivasi mereka.

. Kaunselor Sekolah.
Kaunselor di sekolah-sekolah haruslah mengekalkan standard dan tanggungjawab
yang sama tinggi dengan guru. Kaunselor juga membantu pelajar mencapai
standard yang tinggi seperti yang diingini. Kedua-dua kaunselor dan guru di
sekolah haruslah mengetahui potensi dan bakat setiap individu pelajar dan
membantu mereka merealisasikan potensi bakat tersebut.
Secara am nya, tugas dan tanggungjawab guru kaunselor di sekolah
multibudaya sama seperti guru biasa. Walaubagaimanapun, guru perlu
menumpukan lebih kepada isi matapelajaran berbanding nilai- nilai
multibudaya dan hanya dapat menerapkan nilai- nilai multibudaya di dalam
kelas sebagai selingan atau di penghujung kelas sahaja. Berbanding dengan
guru kaunselor yang mempunyai lebih kesempatan untuk menerapkan dan
menyemai nilai- nilai perpaduan di kalangan pelajar melalui berbagai- bagai
aktiviti yang boeh dijalankan di sekolah.
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
33

KESIMPULAN

Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada masyarakat majmuk
yang diwakili oleh etnik Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut dan kumpulan etnik
minoriti yang lain. Taburan peratus penduduk Semenanjung Malaysia ialah Melayu (62),
Cina (29), India (8) dan bangsa lain (1) (Malaysia, 2003; Jabatan Perangkaan
Malaysia, 2003). Ketiga-tiga kaum utama Melayu, Cina dan India mempunyai perbezaan
dari segi bangsa, agama, bahasa, budaya, tempat tinggal dan cara hidup.
Masaalah utama yang akan dihadapi oleh Negara- negara yang terdiri daripada penduduk
berbilang kaum dan agama adalah kesepaduan dan tolak ansur, contohnya seperti yang
berlaku di London baru- baru ini. Seperti Negara- negara lain di dunia ini yang ,mengalami
masaalh perkauman, Malaysia juga menghadapi masalah yang sama, terutama bersabit
dengan isu-isu kewarganegaraan, budaya, bahasa, pendidikan, politik dan ekonomi yang
menyebabkan wujud perselisihan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik. Bagi
menjamin ketenteraman, keperluan untuk pemupukan pola interaksi sosial perlu diberi
keutamaan bagi mengurangkan jurang perbezaan di antara etnik.
Berbagai-bagai dasar dan aktiviti sosial yang menjurus kepada integrasi antara kaum
disedikan dengan harapan pelbagai etnik lebih mengenal corak kehidupan dan budaya
etnik Melayu, Cina dan India. Oleh kerana pemahaman latar belakang dan kebudayaan di
antara kumpulan etnik adalah berlainan, pola interaksi sosial dalam kalangan masyarakat
majmuk harus ditingkatkan bagi mengurangkan jurang perbezaan sama ada dari segi
bangsa, budaya, agama dan bahasa. Dengan itu jelaslah pola interaksi sosial dalam
kalangan masyarakat majmuk harus di beri keutamaan bagi menjamin proses pembinaan
kebangsaan dan pembangunan negara dalam kalangan generasi muda terutama yang berada
di bangku sekolah bermula pada peringkat tadika, sekolah rendah hingga ke sekolah
menengah.
Pendidikan melalui proses persekolahan merupakan suatu bentuk pola interaksi sosial
antara manusia. Aspek sosial dalam proses pendidikan boleh dikonsepsikan dengan
melihat keadaan saling bergantung antara murid dengan murid yang lain dalam proses
pembelajaran. Di Malaysia terdapat Sistem Pendidikan Kebangsaan dan salah satu
matlamat keseluruhan ialah perpaduan nasional.
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
34

ObjektiI Sistem Pendidikan Kebangsaan ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta
Pelajaran, 1961, iaitu:

"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran,
1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi
keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan
politiknya..." ObjektiI ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya,
Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan
Rahman Talib 1960, telah mentaIsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah
berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan
oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.
Seterusnya, objektiI-objektiI ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet
ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar
Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka
panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih.
FalsaIah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan
dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan
insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai
kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan
Terdapat beberapa langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi menerapkan elemen-
elemen pendidikn multibudaya di dalam pengajaran dan pembelajaran di dilik darjah.

1. Standard yang Tinggi.
2. Kurikulum dan Kokurikulum Merangkumi Pelbagai Sumber.
3. Gaya Pengajaran.
4. Bahasa.
5. Sumber Sekolah.
6. Penilaian.
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
33

7. Budaya / Persekitaran Sekolah.
8. Kaunselor Sekolah.
Pendidikan multibudaya telah menjadi sesuatu yang penting pada masa ini. Layanan yang
adil dan sokongan kepada pelajar- pelajar dari pelbagai kaum telah menjadi keutamaan
dimana banyak sekolah yang menyediakan pendidikan yang meletakkan kepentingan dan
nilai multibudaya sebagai Iokus utama selain daripada cemerlangan akademik dan
kokurikulum.



















kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
36

RU1UKAN

Abdul Rahim, H., Mohd Najib, G., & Anis Ayuni, C. (2005). Fostering Inter Groups
Contacts Among Multiracial Students In Higher Education.
Right, J. (2010). Multicultural Education School Elements. eHow Family. Retrieved Irom
http://www.ehow.com/list7238184multicultural-education-school-elements.html
Suparsa, A. (2010). Peranan Multiculture dalam Pendidikan Nasional. Blogspot.com.
Retrieved Irom http://suparsa.blogspot.com/2010/01/peranan-multiculture-dalam
pendidikan.html
Lu, J., Chin, K.L., Yao, J., Jun. X. And Xiao, J. (2010). Cross- Cultural Education:
Learning Methodology And Behaviour Analysis For Asian Student In IT Field OI
Australian &niversities
Syed Jamal Abdul Nasir Bin Syed Mohamad (2006). Learning Style Among Multi-Ethnic
Students In Four Selected Tertiary Institutions In The Klang Valley
Fennes, H. and Hapgood, K. (1997). Intercural learning in the classroom: crossing
boarders. Cassell, London.
Najeemah Bt Mohd. YusoI (2005). Pola Interaksi Sosial Dalam Kalangan Murid Pelbagai
Etnik Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sekitar Sungai Petani, Kedah
Doost, H.K. Education in Multi-Ethnical Societies; Mechanisms and Challenges. Case
Study oI Vision Schools in Malaysia.
Abdul RaIie Mahat (2005). Education In A Multi Racial And Multi Religious
Society:Divisive Or &niIying?- Education In Multicultural Societies: Perspective
On Education In Malaysia. Asean Academic Press Ltd. England
Hashim Yaacob (2005). Education In A Multi Racial And Multi Religious
Society:Divisive Or &niIying?- Education In Multicultural Societies: Perspective
On Education In Malaysia. Asean Academic Press Ltd. England
kl4013 lALSAlAP uAn L8kLM8AnCAn LnululkAn MALA?SlA
37

ProI Dr. Khalijah Mohd Salleh (2005). Education And Religion : Combatting parochialism
Education In Multicultural Societies: Perspective On Education In Malaysia. Asean
Academic Press Ltd. England
Dr. Roy S.McCoy(2005). Education And Religion : Combatting parochialism- Education
In Multicultural Societies: Perspective On Education In Malaysia. Asean Academic
Press Ltd. England
http://pmv.penerangan.gov.my

You might also like