You are on page 1of 3

a.

Pengiraan Mod
Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan paling tinggi, misalnya markah yang pelajar
paling ramai memperolehinya. Mod mudah ditentukan sekiranya kita telah menyediakan
taburan kekerapan skor/markah asal terlebih dahulu.
b. Pengiraan median
Median ialahskor tengah sesuatu set data/skor, misalnya markah tengah bagi set markah ujian
mingguan.Sekiranya sesuatu set data mempunyai dua (2) angka tengah, media data ini
ialahpurata kedua-dua data tengah tersebut. Median mudah ditentukan sekiranya kita telah
menyusun data daripada yang terendah hingga tertinggi atau sebaliknya.
c. Pengiraan min
Min ialah purata sesuatu set data/skor, misalnya markah purata bagi set markah ujian
mingguan. Min mudah dikira, sekiranya bilangan data adalah kecil, tetapi agak susah dikira
bagi data yang banyak
d. Pengiraan Julat
Julat ialahperbezaan skor yang tertinggi dengan yang terendah, misalnya perbezaan markah
tertinggi dengan markah terendah pelajar.
e. Pengiraan Varians dan Sisihan Piawai
Varians (variance) ialah ukuran serakan yang mengambil kira semua data yang ada, berbeza
daripada julat yang bergantung kepada dua (2) ukuran sahaja, iaitu yang terendah dan
tertinggi.
Varians agak sukar dikira sebab ia melibakan jumlah kuasa- dua (sum oI square) bagi semua
ukuran, iaitu kita perlu menjumlahkan kuasa-dua perbezaan setiap ukuran daripada min
keseluruhan ukuran. Rumus untuk mengira varians ialah:
Varians (s2)_ n i i n x x 1 2 ) 1 /( | ) |( , di mana x ialah min keseluruhan data. Sisihan
piawai (standard deviation) adalah juga ukuran serakan ia amatlah berkait dengan varians,
iaitu sisihan piawai adalah punca ganda-dua varians :
Skor piawai
iasanya markah ujian/peperiksaan atau ukuran daripada inventori dberi tidak berasaskan
kepada markah/skor penuh yang sama. Dengan demikian, kita akan menghadapi masalah
apabila kita ingin membuat interprestasi/menilai markah/skor tersebut. Satu kaedah telah
digunakan untuk menyeragamkan markah/skor supaya markah/skor ini mempunyai min dan
sisihan piawai yang sama. Kaedah ini menghasilkan skor piawai, iaitu skor yang mempunyai
min dan sisihan piawai yang tertentu. Skor piawai yang asas ialah skor-z (z-score), yang
boleh dikira dengan mengguanakan rumus di bawah:
Skor-z Skor Mentah-Min Sisihan Piawai
I. Ujian T :
Ciri-ciri ujian T :
a. Menganalisis antara dua kumpulan data selang atau nisbah
b. Skala Data Selanjar yang merupakan skor-skor dan nilai-nilai yang kontinum
c. Data kajian perlu bertaburan normal
d. Subjek-subjek dalam sample harus dipilh daripada populasi secara rawak Ujian
T terbahagi kepada tiga:
a. One sample T Test: Ujian ini digunakan untuk membandingkan skor min sample
dengan skor min populasi. Ujian ini digunakan apabila data yang dipungut memenuhi
semua cirri ujian T seperti di atas.
b. Paired Sample T Test: Ia digunakan apabila setiap individu dalam sample diukur
dua kali dan kedua-dua data pengukuran digunakan unuk dibuat perbandingan.
c. Independent Sample T Test : I a digunakan untuk mengukur di antara dua
kumpulan.
g. Anova:
Anova adalah kaedah ujian hipotesis bagi mengenalpasti perbezaan min yang wujud dalam
dua ataupun lebih sample ujian. Tujuan utama ANOVA adalah menentukan sama ada
perbezaan sample disebabkan kesilapan proses sample ataupun kesan rawatan yang
sistematik .
Terdapat dua jenis ujian ANOVA, iaitu one way ANOVA, yang melibatkan satu variable
bebas. Kedua, Two way ANOVA, melibatkan dua variable bebas.
h. Korelasi :
Korelasi merujuk kepada matlamat untuk melihat kaitan atau hubungan antara dua variable.
i. Regresi Pelbagai :
Digunakan mengenalpasti perubahan dalam dua atau lebih Iactor (variable bebas) yang
meyumbang kepada perubahan dalam satu variable bersandar.

You might also like