You are on page 1of 1

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor http://www.uthm.edu.

my

Guru Besar, SK Pasir Puteh, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim. Tuan,

21 OKTOBER 2011

Memohon Kebenaran Mengadakan Pertandingan Badminton Tertutup Peringkat Sekolah Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sehubungan dengan itu, kami pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ), Sains Seksyen 2, Ambilan Mac 2011 sedang mengikuti mata pelajaran wajib bagi semester 2 iaitu Kokurikulum Badminton, telah diberi tugasan untuk melaksanakan satu kejohanan badminton. 3. Untuk melaksanakan tugasan itu, kumpulan kami seramai 10 orang ahli, telah bercadang untuk mengadakan satu Pertandingan Badminton Tertutup yang melibatkan murid SK Pasir Puteh, Pasir Gudang. 4. Butiran cadangan Pertandingan Badminton Tertutup itu adalah seperti berikut : Tarikh : 5 November 2011 ( Sabtu ) Masa : 7.30 pagi Tempat : Dewan Serbaguna Kampung Pasir Puteh, Pasir Gudang Sasaran : Terbuka kepada semua murid Tahun 3 hingga Tahun 5 Kategori : Beregu Lelaki dan Perempuan

5. Besarlah harapan kami agar pihak tuan bersetuju dan memberikan keizinan kepada kami untuk melaksanakan projek yang melibatkan secara langsung murid SK Pasir Puteh, Pasir Gudang bagi memenuhi syarat untuk lulus mata pelajaran ini. 6. Segala kerjasama yang akan diberikan oleh pihak tuan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar,

( NOR RASYIDAH BINTI ABD. RASIP ) Setiausaha, Kelab Badminton Seksyen 2&3, PPG Sains Seksyen 2, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

You might also like