You are on page 1of 2

o

Subject: Bahan Buangan Pertanian Thu Jun 17, 2010 5:27 am Pengenalan/Latar belakang topik Bahan buangan pertanian merupakan sisa-sisa yang ditinggalkan selepas hasil pertanian diproses. Sebagai contoh, sekam daripada padi, hampas kacang soya, daun kelapa sawit, daun ubi kayu dan sebagainya. Punca berlakunya pembuangan sisa pertanian 1. Pengusaha pertanian tidak diberi pengetahuan berkenaan manfaat pengurusan sisa-sisa 2. Pengusaha pertanian tidak mendapat bantuan pengurusan sisa 3. Sikap pengusaha pertanian yang telah biasa dengan pembuangan sisa-sisa pertanian

Kesan berlakunya pembuangan sisa pertanian

Pencemaran udara
- sisa pertanian menghasilkan gas-gas beracun seperti ammonia dan sulfur dioksida semasa pereputan berlaku - menyebabkan keracunan sekiranya terhidu atau termakan hasil pertanian yang ditanam di kawasan bergas racun - Mencemarkan laut dan sungai - jika bahan buangan dibuang ke dalam laut, gas beracun akan menjejaskan kehidupan akuatik dan ekosistem laut - gas beracun menyebabkan penjejasan kepada sumber makanan laut dan sumber protein kita - Menjejaskan kesihatan manusia - gas beracun yang dihasilkan mencemarkan udara dan meyebabkan penyakit bronkitis/kulit - sumber air yang dicemarkan kerana gas beracun dalam air juga cirit birit atau muntah

o o

Manfaat jika sumber buangan diurus dengan baik! - bahan buangan boleh dijadikan baja atau kompos untuk pertanian sendiri --> mejimatkan kos sisa pertanian boleh dijadikan sumber makanan untuk haiwan ternakan - hampas kacang soya, daun kelapa sawit jika dicampur dengan fostat, boleh dijadikan makanan seimbang -----> menjimatkan kos - bahan pembuangan boleh menjadi sumber tenaga biogas, proses reputan boleh menghasilkan methana yang boleh dijadikan bahan api untuk menjaga tenaga elektrik - bahan buangan juga boleh dijadikan bahan komposit yang boleh digunakan untuk membina perabot. Sebagai contoh, batang-batang kelapa sawit atau getah boleh di proses menjadi bahan perabot.

Huraian ISTILAH : SISA PERTANIAN 1. Huraian : Sisa yang didatangkan daripada aktiviti pertanian. Ini termasuk kerja membaja dan lain-lain sisa dari sawah, kandang ternak dan tempat penyembelihan, habuk tuaian, baja yang mengalir dari ladang, racun serangga yang masuk ke dalam air, udara atau tanah dan sebatian kimia dan lumpur parit dari ladang. Sumber : Alam sekitar Perincian Sumber : Kompendium Perangkaan Alam Sekitar 2. Penguraian sisa pertanian - membersih pencemaran sisa pertanian - menggunakan mikroorganisma seperti E. Coli dan Pseudomonas sp - contoh aktiviti penguraian sisa pertanian yang berguna dalam bidang pertanian: (a) Pengkomposan mengubah sisa pertanian kepada bahan organik berguna (b) Landfarming mengurai bahan cemar (c) Biostimulasi memecahkan bahan cemar kepada hasil kurang bahaya

You might also like