You are on page 1of 2

B I D A N G T U G A S P E N Y E L A R A S

Written by noraini bin siis Monday, 21 February 2011 13:10

PENYELARAS UNIT BERUNIFORM / KELAB / PERSATUAN i. Membantu Penolong Kanan Kokurikulum dalam semua perkara yang berkaitan dengan persatuan dan kelab sekolah. ii. Memastikan bahawa objektif persatuan / kelab sekolah selaras dengan objektif sekolah dan memastikan objektif-objektif tersebut tercapai. iii. Membantu Guru Penasihat persatuan / kelab sekolah mengatur aktiviti persatuan / kelab sekolah sepanjang tahun. iv. Menggalakkan pelajar-pelajar menjadi ahli persatuan / kelab sekolah dan menyimpan rekod butiran ahli dalam Borang Pendaftaran Persatuan / Kelab. v. Memastikan setiap persatuan / kelab mempunyai Peraturan / Perlembagaan masing-masing. vi. Memastikan Mesyuarat Agung Tahunan dijalankan setiap tahun. vii. Memastikan Guru Penasihat Persatuan / Kelab menyimpan rekod Laporan Minit Mesyuarat / Kegiatan dalam Buku Laporan mengikut format berikut: a) Tarikh / masa b) Tempat c) Kehadiran guru d) Kehadiran ahli e) Minit Mesyuarat / Laporan Kegiatan f) Hal-hal lain viii. Memastikan ada buku kira-kira wang keluar-masuk sekiranya persatuan / kelab tersebut melibatkan wang. ix. Mengawasi setiap perjumpaan / kegiatan dan menentukan bahawa setiap perjumpaan dan kegiatan tersebut adalah sihat dan tidak menyalahi undang-undang. x. Melaksanakan peraturan sekolah mengikut arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa seperti pakaian dan penggunaan harta benda sekolah. xi. Bekerjasama dengan Guru Penasihat badan-badan lain di dalam atau di luar dengan menyertai kegiatan-kegiatan atau pertandingan yang sihat sekiranya dijemput berbuat demikian.

xii. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah seperti Hari Kejohanan Olahraga Tahunan, Hari Terbuka, Hari Guru dan lain-lain. xiii. Memastikan papan kenyataan persatuan / kelab digunakan, dihias dan maklumat-maklumatnya kemaskini. xiv. Memastikan tidak ada unsur-unsur negatif disebar atau tersebar di kalangan ahli-ahli persatuan / kelab. xv. Memberi pangkat-pangkat kepada ahli-ahli Unit Beruniform berdasarkan kepada: a) Kewibawaan sebagai Pemimpin b) Keputusan dan pencapaiannya dalam ujian amali dan bertulis c) Pengalaman dan tempoh seseorang ahli itu menyertai Unit. xvi. Memastikan bilik Unit Beruniform / Persatuan / Kelab sentiasa dalam keadaan bersih, tersusun dan digunakan dengan sepenuhnya. xvii. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. Kelab dan Persatuan

Kelab Alam Sekitar Kelab Anti Jenayah Kelab Bimbingan & Kaunseling Kelab Catur & Rekreasi Kelab Komputer Kelab Koperasi Kelab Pelancongan Kelab Pengguna Kelab Seni Budaya Kelab SPBT Kelab Kemahiran Al-Quran Kelab Usahawan Kelab Wartawan & Foto Kelab Rukunegara Persatuan Agama Islam Persatuan Bahasa Arab Persatuan Bahasa Inggeris Persatuan Bahasa Melayu Persatuan ERT Persatuan Geografi Persatuan KH Persatuan Matematik Persatuan PS & SRT Persatuan Sains Persatuan Sains Pertanian Persatuan Sejarah Bidang Tugas Penyelaras Persatuan dan Kelab 1. 2. 3. Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti Persatuan dan Kelab yang bercorak akademik dan non-akademik. Bekerjasama dengan guru penasihat persatuan dan kelab untuk mengenalpasti dan memilih pelajar-pelajar berpotensi dalam kegiatan ko kurikulum. Memilih pasukan yang boleh mewakili sekolah ke pertandingan ko kurikulum di peringkat sekolah/daerah/negeri. Guru Penasihat Unit Beruniform / Persatuan / Kelab 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Membentuk jawatankuasa unit beruniform / persatuan / kelab. Memastikan aktiviti persatuan persatuan selaras dengan objektif sekolah. Memastikan adanya peraturan dan perlembagaan. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam perlembagaan. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkannya kepada Penyelaras untuk simpanan dan rekod. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Merancang strategi untuk peningkatan persatuan/kelab/unit beruniform dengan cara yang sesuai. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat dan laporan kegiatan tahunan. Melaporkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan unit / persatuan / kelab.

10. Mengurus surat menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah. 11. Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima SijiI Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah

You might also like