You are on page 1of 3

Ilusi Perpaduan Dalam Islam

Sering kali, isu banyak mazhab dan perbezaan amalan antara gereja-gereja Kristian
dibangkitkan sebagai alasan mengapa agama Islam ialah agama yang benar. Logik di
sebalik kesimpulan ini ialah bahawa agama yang benar dari Allah yang esa adalah agama
yang mempunyai kesatuan dan perpaduan ummah. Bersandarkan fahaman ini, Islam
banyak kali dipaparkan sebagai agama yang mempunyai ajaran yang jelas dan umat yang
bersatu padu manakala umat Kristian digambarkan sebagai berpecah-belah dan
mempunyai ajaran-ajaran yang bertentangan. Namun, apabila fakta-fakta sebenar
dikemukakan, adalah jelas pandangan-pandangan tersebut jauh berbeza daripada keadaan
sebenar. Artikel ini adalah satu usaha sederhana untuk membawa satu perspektif yang
lebih seimbang kepada isu kesatuan dan perpaduan dalam Islam dan Kristian.

Mazhab-mazhab dan Perbezaan Pendapat Dalam Islam


Islam bukan satu kesatuan yang kukuh. Sejarah Islam dan komposisi Islam hari ini
menjadi saksi kepada kenyataan saya ini.
Perpecahan yang pertama terjadi kira-kira 29 tahun selepas wafatnya Muhammad.
Perbezaan pendapat mengenai siapa dan bagaimana khalifah baru harus dipilih telah
memecahkan orang Islam kepada beberapa kumpulan. Perpecahan ini juga menyebabkan
terjadinya perpecahan akidah dan aliran pemikiran dalam Islam. Kumpulan-kumpulan
yang terhasil saling kafir-mengkafiri atau sekurang-kurangnya menganggap kumpulan
lain sebagai munafik.
Dua aliran utama telah timbul dari perpecahan ini dan masih wujud hingga hari ini:

Syiah
Pengaruh kumpuan ini tertumpu di Iran dan Iraq. Mereka merupakan pengikut-
pengikut 12 Imam yang merupakan keturunan Muhammad dan percaya bahawa
hanya keturunan Muhammad sahaja yang berhak memimpin umat Islam. Mereka
menganggap Ali bin Abu Talib sebagai khalifah pertama yang sah dan walaupun
Imam keturunan Muhammad yang terakhir telah hilang tanpa meninggalkan
kesan, mereka percaya dia akan kembali pada akhir zaman sebagai Imam Mahdi.
Untuk sementara waktu, kepimpinan umat Syiah disandang oleh para ulama
Syiah.
Golongan Syiah juga terbahagi kepada beberapa aliran yang berlainan – terdapat
perbezaan pendapat tentang silsilah Imam-imam yang sah dan sifat Khalifah Ali
bin Abu Talib.
Pada amnya ajaran Syiah tidak diterima oleh orang Islam Sunni kerana dianggap
terpesong dan tidak tepat pada Islam yang asli.
Kedudukan golongan Syiah dalam Islam mirip kedudukan golongan Roman
Katolik dalam agama Kristian. Kedua-duanya menekankan isu-isu kepimpinan
umat.
Sunni
Perkataan sunni bermaksud pengikut-pengikut Al-Sunnah (Al-Hadis). Aliran ini
merupakan kumpulan Islam yang terbesar.
Berbeza dengan golongan Syiah, persoalan utama kumpulan ini ialah bagaimana
kepemimpinan Islam harus dijalankan, sama ada berdasarkan ajaran Al-Quran dan
Al-Hadis atau tidak. Penekanan mereka adalah kepada prinsip-prinsip Al-Quran
dan Al-Hadis sebagai autoriti yang tertinggi dalam Islam.
Golongan Sunni ini pula terpecah kepada empat mazhab:
1. Hanafi – pengasasnya Imam Abu Hanifah Numan bin Thabit yang berasal
dari Iraq. Mazhab yang paling liberal ini mempunyai pengikut di tempat-
tempat seperti Turki, Pakistan, Afghanistan, Cina dan Rusia.
2. Maliki – pengasasnya Imam Malik bin Anas dari Madinah. Dia terkenal
kerana karyanya yang berjudul Al-Muwatta. Pengaruh mazhab ini
mencapai tempat-tempat seperti Utara Afrika dan Kuwait.
3. Shafi’i – diasaskan oleh Imam Muhammad Idirs al-Shafi’i yang juga
dikenali sebagai Bapa Perundangan Islam. Mazhab yang terbesar ini
menumpukan pengaruhnya ke tempat-tempat seperti Palestin, Mesir, Arab
Saudi, India dan Asia Tenggara.
4. Hambali – diasaskan oleh Imam Ahmad bin Muhammad bin Hambal
yang telah menulis buku berjudul Al-Musnad. Pengikut-pengikutnya
didapati di Arab Saudi, Lubnan dan Syria. Mazhab ini ialah yang paling
konservatif.
Keempat-empat mazhab ini juga berbeza dalam banyak segi. Contohnya:
• Mazhab Hanafi dan Maliki menerima amalan sahabat-sahabat Muhammad
sebagai asas perundangan Islam mana kala mazhab Shafi’i menolaknya
kerana tidak mendapatkan pengesahan Muhammad.
• Mengikut mazhab Maliki, Ijma adalah hak para ulama dan penduduk
Madinah sahaja. Mazhab Hanafi pula menyatakan bahawa setiap ulama
yang layak boleh mengambil bahagian dalam Ijma. Sebahagian dari
mazhab Hambali sebaliknya berpendapat hanya Ijma empat khalifah yang
pertama adalah sah.
• Perbezaan-perbezaan lain termasuk peraturan-peraturan cara menunaikan
sembahyang, menguruskan mayat, haram-halalnya makanan, hal-hal
perkahwinan, puasa dan pembayaran zakat.

Walaupun berbeza (dan ada masanya bercanggah), kesemua ajaran-ajaran dan


amalan-amalan mazhab-mazhab ini diterima sebagai sah dan benar. Seorang Islam
Sunni boleh menukar mazhabnya tanpa menjejaskan imannya.

Adakah Keadaan Ini Mencemaskan?


Umat Islam Sunni tidak khuatir dengan perbezaan-perbezaan serta perpecahan yang
wujud antara mereka kerana Muhammad pernah mengatakan bahawa perbezaan pendapat
(ikhtilaf) merupakan berkat bagi ummahnya. Tanpa interaksi mazhab-mazhab ini, syariah
tidak mungkin ditafsirkan dan dihuraikan dengan lengkap.
Untuk orang Islam, kebenaran ialah satu perkara yang mempunyai banyak aspek. Maka
tidak hairan wujudnya mazhab yang berbeza hasil dari pandangan yang berbeza.
Perbezaan-perbezaan ini dikatakan terhad kepada perkara-perkara kecil (furuat) dan tidak
menyentuh usul atau dasar kepercayaan Islam sebenar.
Bagaimana Dengan Mazhab-mazhab Kristian?
Sebenarnya pendapat-pendapat yang baru sahaja dibentangkan di atas tidak jauh bezanya
daripada pandangan orang Kristian mengenai mazhab-mazhab mereka. Mazhab-mazhab
Kristian biasanya tertubuh kerana keperluan kebudayaan dan bangsa, perbezaan bahasa
dan struktur sosial serta pengamalan yang berlainan sesuai dengan keadaan satu-satu
masyarakat. Mazhab-mazhab ini tidak berbeza langsung dari akidah-akidah Kristian yang
asas dan utama yang termasuk keesaan Allah, keilahian Isa Al-Masih dan kesahihan
Alkitab sebagai Firman Allah.
Meskipun begitu, mesti diakui bahawa ada mazhab-mazhab yang walaupun dianggap
Kristian oleh pemerhati bukan-Kristian, sebenarnya telah terpesong dari ajaran Isa Al-
Masih yang benar contohnya gerakan Saksi Jehovah dan Gereja Mormon. Mereka ini
harus dianggap terpesong atau sesat sebagaimana kebanyakan orang Islam menganggap
golongan Ahmadiya atau Al-Arqam telah terpesong dan tidak boleh dianggap Islam.
Penelitian yang sewajarnya akan menunjukkan bahawa perbezaan-perbezaan dalam
mazhab-mazhab Kristian yang beratusan itu bukanlah dari segi kepercayaan dan
penerimaan ajaran-ajaran Isa Al-Masih dan Alkitab tetapi dari segi aplikasinya.
Kebebasan mengaplikasikan prinsip-prinsip Allah dari Alkitab sememangnya satu
keistimewaan agama Kristian yang sihat dan akan terus diamalkan.
Juga perlu ditegaskan di sini bahawa kehadiran mazhab-mazhab Kristian yang berlainan
tidak menjejaskan ajaran-ajaran Isa Al-Masih yang asal. Sesungguhnya ajaran-ajaran
beliau boleh diperoleh dengan jelas dan tepat hari ini.
Kesimpulan
Apakah Islam patut diterima sebagai agama benar dari Allah kerana kesatuan dan
perpaduan ummah? Saya rasa tidak kerana kesatuan dan perpaduan yang diagungkan itu
sebenarnya tidak wujud. Apakah isu banyak mazhab dan perbezaan amalan antara gereja-
gereja Kristian patut diterima sebagai alasan untuk menolak ajaran Isa Al-Masih? Saya
percaya tidak kerana walaupun terdapat banyak mazhab Kristian, tidak ada banyak Isa
Al-Masih apa lagi ajarannya yang hidup dan kekal itu. Dalam Isa Al-Masih ada kesatuan
yang benar – kesatuan yang dihasilkan oleh Isa Al-Masih dengan semua orang yang
percaya kepadanya.

You might also like