You are on page 1of 1

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan a. Melantik AJK Kelab dalam perjumpaan pertama b.

Mengadakan perjumpaan ahli kelab mengikut takwim kokurikulum c. Mengadakan sesi pemilihan pemain untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Badminton Daerah LMS 2005 d. Menganjurkan pertandingan badminton antara rumah sukan e. Klinik badminton taklimat peraturan dan cara-cara bermain badminton Laporan Pencapaian a. Kelab telah menghantar 12 orang pemain yang berbakat menyertai Kejohanan Badminton Daerah LMS 2005 Bawah 15 dan 18 Tahun. Seramai 4 orang pemain bawah 15 tahun ( 1 lelaki 3 perempuan ) telah layak ke pusingan suku akhir, manakala seorang pemain perempuan bawah 15 tahun telah berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir dan mendapat tempat ke 3 daerah . b. Seorang pemain dari kelab badminton SMK Bukit Jana telah berjaya terpilih mewakili daerah ke Kejohanan Badminton Peringkat Negeri Perak ( MSSM- Perak) . Beliau ialah Anis Mastura bt Nasarudin ( 3KMT2 ). Beliau telah berjaya masuk ke pusingan suku akhir dalam kejohanan tersebut dan layak untuk menyertai latihan pusat pasukan badminton MSSM- Perak tahun 2005.

You might also like