You are on page 1of 1

DOKUMEN UNTUK PEMOHONAN BARU DF (DEALER FRUIT)

A.

Entiti Perniagaan

1. Modal RM50,000.00 kecuali agensi Kerajaan / Koperasi RM 25,000 2. Bukti Modal : Sertakan i. Borang 24 (syarikat Sdn. Bhd./Bhd). ii. Penyata Bank (3 bulan terakhir) bagi syarikat Enterprise/Perkongsian/ Agensi Kerajaan/Koperasi. B. Kesesuaian Premis 1. Surat hakmilik tanah atau bangunan/ pajakan dan lain lain dokumen berkaitan. 2. Tiada lesen peniaga buah kelapa sawit lain di premis yang dipohon. 3. Premis hendaklah terletak melebihi 10 km daripada sempadan Rancangan Felda. 4. Syarikat / Kumpulan / Individu yang sama belum ada lesen peniaga buah dalam jarak 10km. 5. Nisbah DF dengan luas pekebun kecil adalah lebih dari 1:135 hektar dalam daerah premis dipohon. Nisbah 6. Premis pusat timbang/ pengumpulan hendaklah melebihi 500 meter dari bangunan awam dan tidak dikawasan dilarang pihak berkuasa. ( seperti jalanraya yang ada dua garisan (double line), jalan selekoh, sekolah, tempat beribadah, klinik, masjid dsbnya. ) 7. Tidak lebih 10 peniaga buah sawit berlesen dalam jarak 10 km dan tidak mengambil kira peniaga sedia ada yang dipisahkan oleh sungai. 8. Premis hendaklah terletak melebihi dari 10 km dari kilang kelapa sawit sedia ada 9. Permohonan DF oleh kilang buah sawit (MF) i. Jarak pusat timbang hendaklah terletak melebihi 10 km dari kilang pesaing (Mill Gate). ii. Hanya dilulus aktiviti membeli buah kelapa sawit sahaja. iii. Maksima 5 DF bagi satu kilang ( Sabah/ Sarawak) C. Pengalaman Mengendali dan kualiti BKS 1. Telah memiliki perniagaan buah sawit sendiri / pengalaman bekerja dengan peniaga lain / telah jalani kursus pengendalian buah sawit D. Pengawalanseliaan Kualiti Buah Sawit. 1. Mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengred buah (sertakan sijil Kursus Penggredan yang dikeluarkan oleh MPOB) sawit berkelayakan.

2. Premis yang dipohon mampu memberi khidmat pengawalseliaan kualiti. (Bermaksud premis perlu menyediakan ruang (ramp) untuk penggredan BKS

You might also like