You are on page 1of 1

2.

4 Sosial dan Kebudayaan Seperti yang kita tahu, Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai bangsa, suku kaum dan etnik. Kaum-kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Walaupun tinggal di negara yang sama, namun terdapat jurang yang memisah antara kaum dari segi penempatan, pekerjaan dan kebudayaan. Oleh yang demikian, kerajaan telah mengambil beberapa langkah yang sesuai merangkumi sistem pendidikan, kesihatan, perumahan serta kemudahan asas bagi mewujudkan perpaduan sosial dikalangan masyarakat di Malaysia. Melalui sisitem pendidikan, semua rakyat di Malaysia diberikan khidmat pendidikan yang sama tidak mengira kaum. Contohnya seperti skim pinjaman buku teks, rancangan makanan tambahan atau RMT serta projek susu sekolah. Dari segi aspek kesihatan pula, perkhidmatan ubat-ubatan secara percuma diberikan kepada semua warganegara tidak mengira kaum dan keturunan di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan. Bagi sistem perumahan, beberapa program telah dilancarkan bagi memupuk perpaduan dikalangan rakyat. Antaranya ialah program penempatan semula iaitu pembinaan projek-projek perumahan yang memberi peluang kepada semua rakyat tanpa mengira kaum untuk hidup bersama di kawasan penempatan yang lengkap dan sempurna. Selain dari itu, projek Rukun Tetangga juga turut dilaksanakan di kawasan-kawasan perumahan yang mana aktiviti-aktiviti persefahaman, persahabatan, toleransi, semangat kejiranan serta bersatupadu diwujudkan dan sekali gus dapat memupuk perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia. Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi serta lengakp tanpa mengira penghuni di setiap kawasan turut menyumbang kepada perpaduan antara kaum. Ini kerana semua rakyat dapat menikmati kemudahan yang sama dan dapat mengelakkan rasa cemburu serta ketidakadilan di antara kaum. Kebudayaan ialah satu sistem atau corak hidup yang merangkumi agama, kepercayaan, adat resam, bahasa, ekonomi dan politik sesebuah masyarakat, Malaysia Kita (2003). Perpaduan kebudayaan dapat dicapai melalui program-program yang bercorak kebudayaan semua kaum di Malaysia. Antara aktiviti kebudayaan yang biasa dilaksanakan oleh kerajaan ialah seperti muzik, drama, teater, sastera dan sebagainya. Menerusi aktiviti-aktiviti seperti ini setiap kaum dapat berinteraksi dan memahami adat dan kebudayaan masing-masing sekali gus dapat meningkatkan persefahaman dan perpaduan antara kaum di Malaysia. Memandangkan perpaduan kebudayaan dilihat penting oleh pihak kerajaan, satu dasar telah digubal pada tahun 1971 sebagai asas perpaduan ke arah mewujudkan identiti nasional bangsa Malaysia. Dasar tersebut ialah Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Selain itu, perpaduan kebudayaan juga turut diperkenalkan dalam sistem pendidikan melalui mata pelajaran sastera di peringkat menengah atas. Menerusinya, pelajar-pelajar banyak didedahkan dengan genre-genre seperti novel, drama, puisi, kritikan sastera serta cerpen yang banyak mengandungi unsur-unsur seperti hubungan kaum, muhibah dan toleransi. Oleh yang demikian unsurunsut tersebut amat sesuai dijadikan sebagai asas kepada integrasi nasional di Malaysia.

You might also like