You are on page 1of 50

JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN BINA INSAN GURU 1 PISMP (AMBILAN JANUARI 2012) SIRI 2 (16 19 FEBUARI 2012)

KEM KOMANDAN TN. HJ. MUAAZ B. MUHAMMAD KETUA JURULATIH USTAZ ILIAS B. EMBONG JURULATIH DARAT EN. GHAZALI B. ISMAIL PN. SITI RAPIAH BT. ABD. RAHMAN CIK HASLINA BT. MOHD SAAD EN. ZUBIAR B. SALLEH EN. ABD. AZIZ B. SAADIN JURULATIH AIR PN. NOREHA BT. SARKAWI EN. FAIZAL B. KARIM PN. RASHIDAH BT. AWANG EN. MOHD. KHAIRUL B. ISHAK JURULATIH KEROHANIAN & MORAL USTAZ ILIAS B. EMBONG JURULATIH LDK PN. JUMIAH BT. MUSTAPA FASILITATOR LDK & PENILAIAN (MENTOR) DR. SAKHILAH BT. SHAHKAT ALI (MT 1) TN. HJ. TUMON B. MOROMO (MT 2) EN. HASHIM B. MISRON (RBT 1) PN. ROSMARINA BT. AHMAD KHAIRI (RBT 2) EN. ABD. AZIZ B. SAADIN EN. ZUBIAR B. SALLEH

JURULATIH SENAMAN PAGI / RIADAH CIK HASLINA BT. MOHD SAAD JAWATANKUASA MAKANAN EN. ABD. AZIZ B. SAADIN EN. ZUBIAR B. SALLEH JAWATANKUASA KEBAJIKAN & KESELAMATAN EN. MD. ISA B. ISMAIL EN. ABD. AZIZ B. SAADIN EN. ZUBIAR B. SALLEH URUSETIA EN. MD. ISA B. ISMAIL EN. ABD. AZIZ B. SAADIN EN. ZUBIAR B. SALLEH EN. ZAMRI B. WAHID EN. JAMIL B.

SENARAI NAMA PELAJAR MATEMATIK 1 BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. NAMA ABDUL ARIFF BIN RAHANI AHMAD IDZZUDDIN BIN KAMARUZAMAN AINUL IKHWANI BIN YUASRI AMINUDDIN BIN SAHROM ANTONIOUS ANAK REMON BRYAN ANAK CONSTANT DEBRA PAIMIN HAANATHARAO A/L GUNNASAGARAN HEALERY JUMPUT LO INTAN SYAFINAZ BINTI OTHMAN JOHN HII DUAN YEW LI JIN HWA JULIE MACYL-ALDECIN ANAK EMLEY MOHAMMAD AZIZI BIN MOHIDIN MOHD HAZWAN BIN ZULKIFLI MOHD SAZLAN SHAH BIN SALLEH MUHAMMAD NAJMI BIN TAJUDIN RUTH S. MANSON SHAMSHUL BIN MADI SHARNIZAH BINTI A. MOHD. SHARIFF SHAZUWANI BINTI RAMLI SITI NUR ATIQAH BINTI ROSLAN NO. K/P 910210-13-5425 920906-12-6403 920706-12-5553 890218-01-6361 920211-13-5637 921223-12-7209 920526-12-6284 920411-02-5125 920916-13-5653 920802-14-5108 911230-13-5857 910724-13-6206 910402-13-5446 920605-13-6325 920831-15-5073 910114-04-5411 900511-05-5649 920830-12-5614 920417-12-5725 920511-12-5318 920307-13-5404 920208-13-6276

SENARAI NAMA PELAJAR MATEMATIK 2

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24

NAMA ABDUL HAKIM BIN YUSUF AIZAT AKRAM BIN SIDEK ALDZARFIQ BIN ROSLAN AQIB AIMAN BIN MAHABIB BENDLY ROY BANINUS ELVYGAEL FELIX MAIROH FAIZRUL SURIOKI BIN ABU BAKAR HASANATUN SAKINAH BINTI JANTAN KHOIRIAH BINTI ABD HADI KONG MUN YING LAURA VIVIAN LAWRENCE MAGDALINE CHRISTIE A/K NEGOM MITCHELL YOMIN MOHD SHAHRIN BIN BASNI MUHAMMAD AMAR SAFWAN BIN HASHIM NOR AMIRA BINTI MOHD ZALEMI NOR FATIN AISHA BINTI SHEFFIE NUR WAHIDAH BINTI ISMAIL RUSDIANSYAH BIN ARSAK SITI NORSAADAH BINTI MAHANI THUMAWATHY A/P BALAN WONG CHUN XIANG MOHD AZFARIN BIN MOHD NOH MOHD SYAKIRIN BIN ABDUL LATIP

No. K/P 920106-11-5757 920819-12-6181 920303-13-5765 900109-04-5477 920705-12-5439 910920-12-5600 920527-13-6863 900803-06-5670 921210-10-5772 921230-13-6074 920426-12-6172 920122-01-6468 920902-12-5761 910618-13-6499 910123-08-6231 920211-07-5398 920524-11-5370 920717-08-5358 920511-12-5959 920102-10-5076 910704-08-6192 920831-02-5391 880212-08-6829 880315-04-5069

SENARAI NAMA PELAJAR REKA BENTUK TEKNOLOGI 1

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19

NAMA AHMAD ZAFIRULLAH SHUKRI BIN ZULKEFLI AMAT BIN ANTIKO ANIS ATIKA BINTI TUKIRAN CLINTON AK MENIK ESWARY A/P RAJAGOPAL LIM SHIANG CHYI MOHAMAD ZAIM BIN IBRAHIM MUHAMMAD IQHBAL BIN CHE WIL NAZIRUL HASIF BIN TAJUDIN NOR SHUHADA BINTI CHE OSMAN NUR ATIKAH BINTI TERJELI NURUL AIN FARHANA BINTI SAHARI NURUL SYAZWANI BINTI MAHMUD ZUHUDI SITI NURBAITI BINTI HAMZAH TEOH LI WEN THILAGAVATHI A/P RAJENDRAN VUTAYATHAANNU A/P CHANDRA SEKARAN WONG KAI XIN YUSRI FARULZI BIN YUSUF

NO. K/P 920415-08-6507 910705-12-5165 910628-05-5596 921117-13-5459 921021-04-5344 920403-07-5106 920129-03-5987 920910-03-6259 921012-14-6549 920509-11-5460 920809-13-6386 920304-13-6436 921128-03-5410 920221-06-5820 920802-07-5568 910423-10-5772 921225-10-6698 920829-07-5322 921111-13-5167

SENARAI NAMA PELAJAR REKA BENTUK TEKNOLOGI 2

BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17

NAMA AGNES ANAK BARNABAS AISHAH BINTI HADI ESTHER SIOW SHUEN SHIN HOU SEN JOO LAM PUI YEE LEROY LIAU JOHN MADELINA JESSICA ANAK MARKUS MUHAMMAD AKMAL BIN SABRAN MOHD. SYAFIQ BIN CHE MANSOR MUHAMMAD AFIQ AZBA BIN SULAIMAN MUHAMMAD FAIEZ BIN MOHD ZAINAL NUR AFIFAH BINTI MAT YAJID NOR AZIE BINTI KOTENG SAIFUL AMIRUL BIN LATIF SYALVIANA BINTI SAHELIN TAN ZING MIN VINOTHINI A/P MUNIANDY

NO. K/P 921207 13 5604 920423 12 6302 920820 10 5986 920528 07 5118 920629 08 5470 921113 12 6897 920225 13 5996 920613 08 5433 920309 11 5319 920805 14 6659 920111 06 5803 920903 08 5992 910523 12 6664 920924 13 6277 920216 12 5462 921031 08 5980 920726 10 5226

ANALISIS PELAJAR Di dalam kelas matematik 1, terdapat 22 orang pelajar yang berlainan bangsa. Bagi pelajar melayu, mereka seramai 12 orang. Manakala pelajar Cina dan India seorang. Selebihnya iaitu beragama kristian iaitu seramai 8 orang. Di dalam kelas matematik 2, terdapat 24 orang pelajar yang berlainan bangsa. Bagi pelajar melayu, mereka seramai 16 orang. Manakala pelajar Cina 2 orang dan pelajar India seorang. Selebihnya iaitu beragama kristian iaitu seramai 5 orang. Di dalam kelas Reka Bentuk Teknologi 1, terdapat 19 orang pelajar yang berlainan bangsa. Bagi pelajar melayu, mereka seramai 12 orang. Manakala pelajar Cina dan India 3 orang. Selebihnya iaitu beragama kristian iaitu seorang. Di dalam kelas Reka Bentuk Teknologi 2, terdapat 17 orang pelajar yang berlainan bangsa. Bagi pelajar melayu, mereka seramai o9rang. Manakala pelajar Cina seramai 3 orang dan pelajar India seorang. Selebihnya iaitu beragama kristian iaitu seramai 4 orang.

MATLAMAT PROGRAM BINA INSAN GURU Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

PENGENALAN

Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri.

Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, .pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji

OBJEKTIF BINA INSAN GURU (BIG) Antara objektif Program Bina Insan Guru ialah menunjukkan dan mengetahui ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. Tidak kiralah agama islam, Hindu, Budha, Kristian dan lain-lain. Insan yang berakhlak mulia adalah sangat diperlukan untuk menjadi guru minda kelas pertama seterusnya dapat melahirkan murid yang berpengetahuan tinggi. Selain itu, adalah untuk memiliki kemahiran, ketahanan fizikal, mental dan semangat juang yang tinggi. Di dalam program ini telah disediakan pelbagai aktiviti yang menguji kekuatan ketahanan fizikal dan membentuk guru yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Antara objektif lain ialah menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal. Kemahiran interpersonal adalah kemahiran luaran iaitu cara berkomunikasi dengan orang luar. Manakala kemahiran interpersonal ialah kemahiran dalaman yang ada dalam diri. Program ini juga dapat membantu bakal guru dalam menguasai kemahiran menguruskan diri, kumpulan dan masa dengan berkesan Objektif lain ialah memperkembangkan potensi sebagai insan melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas.

Analisis Persekitaran di Ceria Bogak Beach Camp, Pulau Pangkor Ceria Bogak Beach Camp adalah tapak peekhemahan yang agak stratergik kerana ianya berada di tepi pantai. Sambil itu, kami dapat menenangkan fikiran apabila melihat pemandangan laut yang terbentang luas. Sesiapa pun pasti aakan terpikat dengan keindahan itu. Tapak perkhemahan juga stratergik kerana ianya berdekatan dengan surau, tandas, bilik mandi dan juga dewan. Bilik mandi yang disediakan memang banyak dan ianya mencukupi untuk kami gunakannya. Di dewan makan juga terdapat dapur yang boleh digunakan untuk memasak dan peralatan yang disediakan adalah mencukupi. Sebelum ini, saya pernah pergi ke kem ini untuk makan malam. Sebenarnya, kem ini pada waktu malam, jika tiada perkhemahan, pihak kem ini akan membuka restoran. Oleh sebab itu, peralatan memasaknya mencukupi untuk menyediakan makanan. Kami agak berpuas hati dengan kemudahan dan kelengkapan yang disediakan. Walaupun begitu, pada pendapat saya, pihak kepunyaan kem ini perlu membuat penambahbaikkan dari segi kemudahan dan kelengakapan. Walaupun bilik air yang disediakan banyak, tetapi tandas yang disediakan hanyalah 2 bilik. Kami terpaksa beratur panjang jika ingin mengguanakn tandas. Selain itu, bilik air lelaki lebih banyak dari bilik air permpuan. Sedangkan jika kita menganalisis mana-mana sekolah institut, sudah pastinya permpuan lebih ramai daripada lelaki. Selain itu, surau yang disediakan tidak dapat menampung kesemua pelajar muslim yang ingin solat berjemaah.Kami juga terpaksa menggunakan dewan makan untuk menunaikan solat berjemaah. Kami perlu menyapu dan mengemop dewan makan sebelum kami ingin menunaikan solat berjemaah. Dewan yang digunakan untuk solat berjemaah dan makan, kami juga terpaksa gunakan dewan ini untuk membuat Latihan Dalam Kumpulan(LDK). Sebelum memulakan LDK, kami perlu mengangkat meja dan kerusi dan membersihkan persekitaran dewan makan. Saya mecadangkan, pihak kem perlu memebeasrkan lagi surau supaya pelawat muslim boleh solat semuanya di dalam surau dan tidak perlu solat di dewan makan. Saya juga ingin mencadangkan, agar pihak kem dapat membesarkan tapak perkhemahan. Hal ini kerana, walaupun tapak perkhemahan berdekatan dengan kemudahan tetapi jaraj khemah lelaki dan

perempuan agak dekat. Hal ini, akan membuatkan pelajar perempuan berasa kurang selesa dan mungkin kejadian yang tidak diingini boleh berlaku.

Analisis Peralatan di Ceria Bogak Beach Camp, Pulau Pangkor Peralatan atau kelengkapan yang disediakan adalah mencukupi seperti peralatan memasak, kayak, merentas hutan, modul untuk LDK dan juga khemah yang disediakan. Peralatan memasak lengkap kerana seperti yang saya katakan tadi, kem ini pada waktu malam, jika tiada perkhemahan, pihak kem ini akan membuka restoran. Bagi kelengkapan kayak pula, kayak disediakan oleh pihak institut tetapi ianya tidak mencukupi. Pihak institut telah membuat keputusan untuk menyewa kayak dan padel. Kelemahan dari segi peralatan ialah kelengkapan kayak tidak mencukupi dan khemah yang digunakan ada yang koyak. Pada malam terakhir, hujan telah turun di Pulau Pangkor. Barang dan kelengkapan kami basah dan kami perlu membawa balik baju yang basah. Saya mencadangkan pihak institut dapat membuat penambaikkan khemah kerana khemah itu bukan sahaja kami yang menggunakannya tetap seluruh pelajar IPGM Kampus Pendidikan Teknik akan menggunakannya. Lebih baik mencegah sebelum insiden yang tidak diingini terjadi. Selain itu, peralatan untuk merentas hutan iaitu tali untuk bukit nampaknya sudah usang dan ianya sangat membahayakan pelajar. Hal ini kerana, semasa kumpulan kami menggunakan tali itu, tali itu terlepas dari ikatan pokok. Tali itu pada hujungnya telah terburai dan menjadi tali-tali yang kecil. Saya berharap pihak institut dapat membuat sebarang tindakan kerana kita pasti tidak mahu kejadian yang pahit itu berulangkali. Walaupun tidak pada kami, mungkin pada pelajar lain yang akan menggunakan tali tersebut ketika ingin merentas hutan.

Analisis Pengisian Program di Ceria Bogak Beach Camp, Pulau Pangkor Pengisian program sepanjang berada di Ceria Bogak Beach Camp, Pulau Pangkor sangat mengujakan dan banyak kekuatan, kelemahan yang saya dapat daripada perkhemahan ini. Aktiviti pertama iaitu merentas hutan bersama kumpulan. Aktiviti ini sangat menguji ketahanan mental dan fizikal bagi pesertanya. Bukit yang tinggi perlu kami daki untuk samapi di atas. Pelbagai flora dan fauna yang sangat cantik kami dapat jumpa. Kekuatan dalam aktiviti ini ialah dapat meningkatkan ketahanan diri yang tinggi. Kita tidak akan mudah berputus asa jika kita diuji dengan pelbagai kesusahan. Aktiviti ini membuatkan mental kita kental. Walaupun cabaran yang datang, kita pasti dapat menghadapinya. Maksud saya bukanlah seorang guru itu apabila sudah mengajar nanti perlu naik dan turun bukit, akan tetapi halangan yang ada semasa menaiki dan turun bukit boleh diimaginasikan sebgai cabaran dan halangan. Dunia sekrang semakin kejam dan tidak bermoral. Pelbagai karenah yang akan guru hadapi semasa mengajar nanti. Dengan kecanggihan teknologi yang semakin pesat, ada yang membawa kebaikan dan ada juga yang membawa kepada keburukan. Seorang guru itu perlu bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi masa akan datang. Dalam aktiviti merentas desa ini juga, kami dapat merapatkan ukhuwah kami dan membina kerjasama yang baik dalam kumpulan. Setiap kumpulan adalah bercampur dari segi kursus. Saya dapat mengenali rkana lain yang berlainan kelas dengan saya. Semasa merentas hutan, ada salah seorang ahli kumpulan saya yang semput keprana terlalu penat mendaki bukit. Walaupun begitu, ahli kumpulan yang laik menolongnya dan tunggu sehingga dirinya dapat berjalan semula. Sikap individualistik dapat dihakis melalui aktiviti ini. Kelemahan dalam aktivit merentas hutan ini adalah peralatan yang digunakan tidak berada dalam keadaan yang baik seperti tali yang diikat di pokok. Tali tersebut tersebut telah menyebabkan beberapa orang rakan saya telah terjatuh. Saya mencadangkan supaya pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan dan membuat penambahbaikkan, menggunakannya. Seterusnya ialah aktiviti berkayak. Aktivi kayak di laut ini juga menguji ketahanan diri saya. Saya perlu kuat untuk terus berkayuh sehingga sampai ke tempat yang dituju. Hal ini kerana, akan mebahayakan sesiapa pun yang

Sebelum ini, saya berpendapat aktivit kayak ini mudah. Akan tetapi, apabila saya mengalaminya sendiri ianya sukar akan tetapi ianya memberi pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Setiap kayak perlu dikayuh oleh 2 orang iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Kekuatan dalam aktiviti ini ialah saya dapat membina keyakinan dalam diri saya. Sebelum ini, saya takut untuk pergi ke laut. Kini, saya sudah tidak takut lagi dengan laut. Kerjasama dalam aktiviti ini juga dapat diperlukan kerana, jika hanya seorang shaaja yang mengayuh, sudah pastilah lambat sampai. Semasa membuat rafting, salah seorang di dalam kayak berkenaan perlu berdiri. Kekuatan dalam aktiviti ini ialah kita perlu percaya dengan rakan kita. Jika rakan kita tidak memegang kuming berkenaan, sudah pasti kita akan jatuh. Kelemahan dalam aktiviti ini ialah, ada kayak yang bocor dan hampir tenggelam. Hal ini sanagt membahayakan sesiapa sahaja yang menaikinya. Saya mencadangakan pihak yang berkaitan perlulah membaiki kayak berkenaan ataupun tidak menggunakan kayak berkenaan lagi. Seterusnya ialah aktiviti keyakinan dalam air iaitu water confident. Aktiviti ini dijalankan pada hari pertama. Kami diwajibkan untuk memakai life jacket untuk keselamatan. Pada awalnya, kami perlu membuat bulatan dan memegang tangan sesame jenis semasa berada dalam air. Selepas itu, kami dipisahkan secara berpasangan untuk mencuba berada di dalam air secara menelentang dan cara untuk berenang secara menelentang. Selepas kami sudah yakin berada di dalam air, kami perlu berenang secara menelentang secara berseorangan. Pensyarah telah membuat pertandingan berenang secara menelentang untuk melihat samada kami dapat mempelajari teknik yang di ajar. Alhamdulillah, saya telah memenangi pertandingan tersebut. Walaupun saya pandai berenang tetapi saya tidak yakin untuk berenang di lautan. Saya hanya berenang di kolam renang sahaja sebelum ini. Selepas pensyarah mengajar teknik-teknik semasa berenang, saya sudah berani untuk berenang di lautan. Menurut pensyarah, kita tidak perlu takut semasa berada di dalam air kerana kita memakai life jacket yang boleh bertahan sehingga 8 jam. Kekuatan aktiviti ini ialah dapat membina keyakinan di dalam diri kita. Life jacket ibarat seperti pegangan hidup, selagi kita masih memegangnya, selagi itu kita akan selamat dan terus berjaya. Selain itu, kekuatannya ialah saya dapat mengubak sikap saya yang cepat cemas apabila berlaku sesuatu masalah. Saya dapat kaitkan dengan aktivit, apabila kita cemas berada

di dalam air, kita akan lemas. Akan tetapi, jika kita tenang dalam menghadapinya, kita akan selamat. Kelemahan dalam aktiviti ini ialah masa yang diberikan untuk aktiviti ini adalah terlalu singkat. Hal ini kerana, saya belum lagi dapat mempelajari cara berenang yang biasa. Kami hanya mempelajari berenang secara menelentang. Selain itu, pensyarah yang mengajar terlalu sedikit. Hal ini disebabkan ada guru pelatih yang tidak dapat menangkap apa yang diajar oleh pensyarah. Saya mencadangkan, pada masa akan datang, aktiviti seperti ini masa yang diberikan akan lebih lama agar segala teknik dan pengajaran dapat disampaikan sepenuhnya. Cadangan lain yang saya ingin utarakan ialah di harap pihak yang terlibat dapat menambah bilangan pensyarah untuk mengajar atau mengendalikan aktiviti ini supaya semua pelatih guru dapat mempelajarinya dengan baik. Pengisian lain semasa berada di Ceria Bogak Beach Camp ialah pengisian berunsurkan kerohanian seperti qiyamulail dan tazkirah diwaktu subuh dan maghrib. Qiyamulail dilakukan pada hari khamis bersmaan 17 Februari 2012 pada jam 5 pagi yang diketuai oleh ustaz Tumon Bin Moromo. Qiyamulail dilaksanakan di dewan makan. Pada waktu maghrib hari pertama, kuliah yang dijalankan ialah bacaan surah yasin beramai-ramai di surau. Kebetulan malam itu ialah malam jumaat. Pada kuliah subuh hari kedua, saudara Aminuddin Bin Sahrom daripada kelas matematik 1. Saudara Amin juga adalah salah seorang pelajar Program Pelajar Cemerlang (PPC). Tajuk yang saudara Amin sampaikan ialah Otak Yang Cerdas Datang Daripada Badan Yang Cergas. Menurut saudara Amin, Kesihatan melambangkan kekayaan dan Badan sihat, otak cerdas sering diungkapkan oleh orang ramai. Oleh itu, kesihatan amat penting kepada kita dan kita wajar menjaganya dengan sempurna. Kita sanggup melakukan pelbagai aktiviti untuk mencapai tahap kesihatan optimum seperti mengambil pelbagai produk kesihatan dan ubat-ubatan. Langkah pertama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Justeru, kita harus mengambil makanan daripada semua kelas makanan pada kadar yang betul seperti yang disyorkan oleh piramid makanan. Antara makanan yang berkhasiat termasuklah sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan vitamin, bijirin, buah-buahan, hidupan laut, dan hasil tenusu yang

membekalkan protein. Kita harus memastikan bahawa kita hanya mengambil makanan yang berkualiti sahaja.

ANALISIS SWOT PROGRAM Merentas Hutan KEKUATAN -Mempelajari cara membaca kompas KELEMAHAN - Tali yang digunakan agak usang CADANGAN -Menyediakan tali di setiap kali ingin turun dari bukit Berkayak -Membina daya tahan dari segi fizikal dan mental Keyakinan dalam air -Yakin apabila berada di dalam air -Jurulatih agak berkurangan -Ada kayak yang -Memperbaiki bocor kayak atau membeli yang baru -Menambahkan masa aktiviti tersebut -Laut agak bergelora disebabkan angin kuat -Jaket keselamatan ada yang rosak LDK -Mengetahui tanggungjawab guru yang sebenar Memasak -Dapat belajar kemahiran memasak -Dapur agak kotor -Tempat tidak stratergik -Menyediakan tempat yang lebih bersesuaian Memperbesarkan -Boleh dapur membawa keracunan makanan Kerohanian -Mendekatkan diri kepada Allah -Tidak boleh menggunakan surau Memperbesarkan -Tempat surau yang ada ibadat kotor -Berlaku banyak pencemaran ANCAMAN -Batu terjatuh dari atas bukit

LAPORAN REFLEKTIF HARIAN Hari 1 (16 Februari 2012/Khamis) Pada 16 Februari 2012 iaitu telah diadakan Program Bina Insan Guru 1PISMP di Ceria Bogak Beach Camp di Pulau Pangkor Perak. Program ini telah disertai oleh 80 orang pelajar IPGM Kampus Pendidikan Teknik iaitu daripada kursus Matematik 2, Matematik 1, Reka Bentuk Teknologi 2 dan Reka Bentuk Teknologi 1. Bas yang disediakan ialah 2 buah. Matematik 2 dan Reka Bentuk Teknologi 1 adalah bas 2, manakala Matematik 1 dan Reka Bentuk Teknologi 2 adalah bas 1. Pensyarah yang mengiringi menaiki bas 3. Perjalanan ke Lumut iaitu ke Pelabuhan Lumut mengambil masa hampir 4 jam untuk sampai ke destinasi tersebut. Sepanjang perjalanan menuju ke destinasi, saya dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang tidak akan dapat di IPGM Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur. Hal ini kerana, institut berkenaan berada di tengahtengah bandar yang sangat sibuk setiap hari. Udara di Institut juga tidaklah begitu segar jika hendak dibandingkan di Perak. Mungkin kerana asap kereta dan juga kilang-kilang yang berdekatan dengan institut.

Dalam menuju perjalanan ke Lumut, banyak sungai-sungai dan hutan dapat dilihat dengan jelas. Jika di Kuala Lumpur sangat jarang untuk kita lihatnya. Saya berasa sangat tenang, lebih lagi dengan bas yang disediakan sangat selesa. Setelah 4 jam menaiki bas, kami pun sampai di Pelabuhan Lumut. Saya sangat jarang pergi ke Laut, maka saya sangat teruja apabila melihat Pelabuhan tersebut. Kami sampai ke destinasi lebih kurang jam 1 petang. Selepas itu, kami menaiki feri bagi menuju Pulau Pangkor. Setelah setengah jam berada di dalam feri, kami pun sampai dan terus menuju ke Ceria Bogak Beach Camp dengan menaiki teksi seramai 10 orang bagi setiap teksi. Akhirnya kami sampai di Ceria Bogak Beach Camp yang kami tunggutunggu hari itu. Tempatnya sangat tenang, kemudahan yang lengkap dan menarik. Yang paling menarik ialah ianya betul-betul berada di tepi pantai. Ianya sangat mengujakan saya. Sambil membina diri ke arah guru yang berkualiti, saya dapat menenangkan fikiran sebentar daripada kesibukan berada di kota raya.

Setelah sampai ke tempat berkenaan, kami diberi taklimat mengenai peraturanperaturan sepanjang berada di Ceria Bogak Beach Camp dan jurulatih menerangkan mengenai tentatif program yang akan dijalankan. Pada jam 5.00 pm, kami telah diminta untuk berkumpul di tepi pantai dengan memakai jaket keselamatan. Pada petang itu kami akan melakukan water confident, iaitu keyakinan di air. Kami telah dibahagikan kepada bebrapa berkumpulan. Aktiviti ini sangat meyakinkan diri saya dalam air. Walaupun saya boleh berenang tapi apabila saya berada di tempai air yang dalam dan tiada siapa di sekeliling saya, saya akan merasa cemas dan akhirnya akan menjadi lemas. Penerangan dan teguran oleh pensyarah saya jadikan dorongan sewaktu bearada dalam aktiviti berkenaan. Pada mulanya kami berada dalam keadaan telentang di dalam air secara berkumpulan, selepas itu secara berpasangan dan akhir sekali secara individu. Stratergi pensyarah mengendalikan aktiviti ini sangat efisien kerana keyakinan sesorang itu akan bertumbuh sedikit demi sedikit. Salah satu penagajaran yang saya dapat dari aktiviti ini ialah kite mesti yakin akan sesuatu perkara. Kita tidak boleh ragu-ragu. Jika kita ragu-ragu, kita akan lemas seperti lemas dalam aktiviti berkenaan. Selagi kita berpengang pada pedoman dan pegangan, kita tidak akan gagal. Hal ini dapat dikaitkan dengan jaket keselamatan itu ibarat pegangan atau pedoman, jika tiada jaket itu, kita akan lemas dihanyut ombak. Selepas semua pelatih guru berasa yakin di atas air, pensyarah telah membuat pertandingan berenang antara semua pelatih guru. Dalam pertandingan itu, saya telah memenanginya. Saya berasa sangat berterima kasih kepada pensyarah kerana telah memberikan saya keyakinan dan memberikan saya beberapa kemahiran baru dalam sukan renang. Pada waktu malam pula, selepas tazkirah bagi muslim dan pendidkan moral, kami telah menjalani aktiviti latihan dalam kumpulan iaitu ice breaking. LDK ini telah diterajui oleh Puan Jumiah Binti Mustafar selaku ketua unit bimbingan dan kaunseling. Di dalam LDK berkenan kami dibahagikan mengikut kumpulan yang bercampur kursus. Stratergi pensyarah sangat efisien iaitu membahagikan kumpulan secara adil. Saya sangat berpuas hati dan rasa gembira kerana melalui aktiviti ini saya dapat berkenalan dengan rakan lain yang bukan satu kelas dengan saya. Sebelum ini, saya tidak

beberapa mengetahui nama rakan yang bukan kelas saya. Akan tetapi, dengan aktiviti ini, saya dapat mengenal nama dan saya juga dapat berkomunikasi dengan baik bersama mereka. Selepas dibahagikan kumpulan, setiap kumpulan perlu melakar logo, visi dan misi. Nama kumpulan kami ialah Thunder Guru. Thunder Guru bermaksud guru yang cekap darri semua aspek. Visi kumpulan kami pula ialah melahirkan guru yang pantas, cekap dan efisien dalam semua aspek. Misi kumpulan kami ialah pertama, membentuk keperibadian guru dalam diri. Maksud misi ini ialah kami ingin menyerapkan di dalam diri mengenai tanggungjawab guru yang sebenar. Misi kedua kami ialah menjadi guru yang berminda kelas pertama. Maksud di sini ialah, kami ingin menjadi guru yang sentiasa pandang ke hadapan dan tidak mundur walau zaman melangkaui zaman. Misi ketiga pula ialah memupuk sikap[ kepimpinan dalam diri. Guru adalah seorang pemimpin. Pemimpin yang akan membentuk pelajar pada masa akan dating. Jika sebelum ini kita mendengar, anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya, tapi sekarang kita juga dapat membuat kesimpulan bahawa anak murid ibarat kain putih manakala guru yang mencorakkannya. Hal ini kerana, pepatah ada mengatakan Guru Kencing Berdiri, Anak Murid Kencing Berlari. Guru adalah role model bagi murid. Misi kami yang keempat ialah mengguankan kemahiran yang dipelajari dan menjadi guru yang serba boleh. Banyak kita dapat lihat sekarang yang ramai guru semakin merudum prestasinya dan membuat bermacam-macam kesalahan. Sebenarnya mereka tidak menggunakan kembali apa yang mereka pelajari sewaktu mereka belajar. Mungkin mereka sudah merasa hebat apabila bergelar guru. Selain tu juga, guru mestilah fleksibel dalam semua perkata. Bak kata pepatah Masuk Kadang Kambing Mengembek, Masuk Kandang Lembu Menguak. Pada setiap malam , kami telah dibahagikan berjaga malam mengikut khemah yang telah di aturkan oleh pengerusi program ini iaitu saudara Azizi Bin Mohiden.

Hari 2 (17 Februari 2012/Jumaat) Pada hari kedua iaitu 17 Februari 2012, kami yang beragama islam telah dibangunkan seawal 5.00 pagi oleh AJK Kerohanian iaitu saudara Mohd Hazwan Bin Zulkifli untuk Qiyamulail. Qiyamulail telah diadakan di dewan dan bukan di surau. Alhamdulillah, kehadiran muslimin dan muslimat amat menggalakkan. Sebenarnya, walaupun kami akan mengajar matematik dan kemahiran hidup, tetapi tanggungjawab sebagai hamba Allah perlu dilaksanakan. Tidak semestinya kami tidak perlu mengajar perkara yang mengenai agama. Seharusnya bagi pelatih guru yang beragama islam, akmi perlu dapat mendidik anak murid bukan sahaja untuk dunia tetapi juga untuk akhirat. Hal ini kerana, kita dapat lihat dunia yang semakin kejam dan tidak bermoral.Itulah sebenarnya tanggungjawab guru, bukan sahaja mahir mengajar dalam akademik, malah guru perlu mahir dlam segala aspek seperti bidang keagamaaan. Qiyamulail ini dapat dikaitkan dengan konsep dinamika guru iaitu dapat meningkatkan kerohanian dan akhlak keguruan. Selepas selesai sarapan pada pagi itu, kami telah berkumpul dan diberi taklimat menganai aktiviti pada hari itu. Di dalam kandungan taklimat berkenaan, kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Bagi kumpulan1 dan 2, mereka perlu pergi ke aktiviti air iaitu berkayak di laut. Manakala kumpulan 3 dan 4 iaitu kumpulan saya akan pergi ke merentas hutan. Bagi kumpulan 3 dan 4, kami telah diberi penerangan untuk pergi merentas hutan oleh Puan Rasyidah. Sebelum pergi merentas hutan, kami telah diajar cara mengikat tali di pokok untuk turun dari bukit oleh ustaz Ilyas. Sebelum ini, saya tidak tahu cara mengikat tali untuk turun bukit, tap kini saya sudah tahu dan saya boleh membuatnya sendiri tanpa bantuan orang lain. Kami telah diberi tugasan sepanjang merentas hutan iaitu kami perlu menyenaraikan jenis serangga, jenis daun dan peta merentas hutan berkenaan. Saya berasa sangat teruja sepanjang menaiki bukit berkenaan. Pada awalnya kumpulan kami telah sesat kerana kertas penunjuk arah tellah hilang. Kami sungguh bernasib baik kerana ketua kumpulan kami iaitu saudara Syafiq tersedar yang kami telah pun sesat kerana jalan menaiki bukit yang sangat merbahayakan peserta. Syafiq juga tersedar ada tali lain yang ada untuk naik bukit. Setiap stesen yang kami lalui, kami perlu membaca kompas sendiri dan

mencatatkan bearingnya sebagai panduan kami untuk meneruskan perjalanan. Sebelum ini, kami tidak tahu cara membaca kompas yang sebenarnya tetapi selepas pensyarah mengajar kami cara membacanya, kami dapat membacanya dengan betul . Ini adalah pengetahuan baru yang saya dapat semasa merentas hutan ini. Hal ini sebenarnya dapat mlahirkan guru yang berilmu dari segi aspek. Bukan sahaja berilmu dalam akademik malah dalam bidang lain pun guru dapat menadaptasikannya. Mungkin suatu hari kami akan tersesat, oleh itu, kami boleh gunakan pengetahuan kami dalam membaca kompas supaya dapat mencar jalan keluar. Pembacann kompas ini juga saya dapat kaitkan dengan seorang guru itu perlu ada pegangan dalam mengajar. Jika tidak, anak murid tidak akan berjaya dalam pelbagai aspek. Kompas boleh digambarkan sebagai pegangan adalam kehidupan. Stesen demi stesen kami lalui sepanjang merentas hutan. Pelbagai tumbuhan dan serangga yang tidak pernah kami jumpa, dapat dilihat dengan jelas iaitu tumbuhan orkid hutan, pokok tongkat ali dan banyak lagi. Bagi serangga pula, kami menjumpai riang-riang, rama-rama dan lain lagi. Sambil mendaki bukit, saya dapat menikmati keindahan alam flora yang sengat cantik yang mengagumkan. Saya juga ada menjumpai batu yang berbentuk seperti kaki. Sungguh indah ciptaan tuhan yang dikurniakan kepada manusia. Semasa kami ingin turun dari bukit, tali yang kami ikat tiba-tiba terlepas dari pokok. Beberapa pelajar telah jatuh dan mereka bernasib baik kerana salah seorang daripada pelajar yang hampir jatuh sempat berpaut pada pokok. Tidak cukup dengan itu, ketika kami menuruni bukit, ada sebuah batu bersaiz sederhana besar jatuh ke bawah. Mamang kami dilindungi oleh tuhan, salah seorang pelajar iaitu, saudara Ainul Ikhwani telah menahan batu tersebut daripada jatuh dengan menggunakan kaki. Sekali lagi saya bersyukur kepada Allah kerana tiada kecederaan yang menimpa kumpulan kami. Sebelum pulang, kami berehat sebentar di pelantar buluh yang telah dibuat oleh pelajar dari Jepun. Di situ, kami dikehendaki membuat refleksi mengenai aktiviti merentas hutan. Bagi saya, aktiviti ini sangat menguji ketahanan diri yang tinggi dan kerjasama dalam kumpulan. Merentas hutan ini adalah pengalaman pertama dalam hidup saya. Saya tidak akan lupa kenangan manis ini hingga akhir hayat saya. Secara jujurnya, aktiviti merentas hutan ini tidaklah terlalu memenatkan. Mungkin kerana kami menggunakan teknik yang betul sewaktu mendaki bukit. Jika ada ahli kumpulan yang

penat, kami akan berehat sebentar untuk menunggunya. Berdasarkan aktiviti inilah, kami dapat membina kekuatan dalam kumpulan. Kami tiba di tapak perkhemahan pada jam 12.30 tengahari. Selepas selesai mempersiapkan diri, pada jam 2.30 telah diadakan Latihan Dalam Kumpulan 2. Di dalam Latihan Dalam Kumpulan(LDK), setiap kumpulan telah membentangkan hasil lakaran logo, visi dan misi. Logo yang dilakar haruslah mempunyai maksud. Begitu juga dengan misi dan visi. Kekuatan dalam aktiviti pembentangan logo setiap kumpulan ini adalah saya bersama ahli kumpulan dapat memupuk sikap kerjasama iaitu dengan sama-sama mencari idea dan berbincang mengenai lakaran logo, visi dan misi kumpulan kami. Selain itu,aktiviti ini juga dapat mengikis bakat yang ada dalam diri ahli kumpulan seperti melukis, berimaginasi dengan baik dan lain lagi. Hal ini akan melahirkan guru yang kreatif dan inovatif. Seterusnya dapat mewujudkan generasi yang berjaya. Setelah selesai solat jamak Maghrib dan Isyak, telah diadakan tazkirah ringkas untuk pelajar muslim. Bagi pelajar bukan Islam, mereka juga mempunyai kuliah pendidikan Moral. Tazkirah ringkas Maghrib ini telah disampaikan oleh Rusdiansyah Bin Arsak. Menurut Saudara Didi, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.(al-Bazzar). Dalam zaman moden ini pengertian ilmu telah disempitkan dan dimodenkan kepada pengetahuan maklumat dan kemahiran sahaja. Dalam pengertian barat moden, ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan perkara lain di luar keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan mereka secara automatik ajaran agama terkeluar daripada takrif dan ruang lingkup ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata.

Islam telah menghimpun antara agama dan ilmu. Tidak ada sebarang penentangan antara agama dan ilmu kerana dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu

adalah agama. Ilmu menurut perspektif Islam dikenali sebagai sifat, proses dan hasil. Manakala istilah ilmu dalam Islam merangkumi pelbagai perkara iaitu al-Quran, syariah, sunnah, iman, ilmu kerohanian, hikmah, makrifat, pemikiran, sains dan pendidikan. Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu

pengetahuan dan orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan. Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam. Tepat jam 8.30 malam, LDK 3 bermula seperti biasa. Puan Jumiah selaku penceramah bagi LDK 2 ini, kami telah menjalani Ujian Personaliti atau lebih dikenal Self Esteem. Ujian ini adalah untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri. Melalui aktiviti ini, saya dapat mengetahui saya kategori orang yang sebagaimana. Di dalam Ujian berkenaan, saya adalah orang yang sosial. Orang yang kategori sosial ini jenis suka yang menolong orang, peramah dan mudah bergaul dengan orang lain. Akan tetapi, orang yang kategori sosial ini juga tidak suka perkara yang teliti dan agak suka melanggar peraturan. Sebenarnya, apa yang diterangkan oleh Puan Jumiah adalah benar mengenai diri saya yang berada dalam kategori sosial. Dalam aktiviti ini, kami dapat mengetahui kelebihan dan kelemahan dalam diri masingmasing. Selepas mengetahui kelemahan saya, saya dapat menambah baik diri saya dari segi aspek yang lemah. Aktiviti ini sangat seronok dan memberi idea yang baru dalam pengajaran. Dalam pengajaran dan pembelanjaran nanti, bukanlah hanya akademik sahaja yang perlu diajar tetapi dari segi personalit juga, guru perlu membimbing anak murid.

Hari 3 (18 Februari 2012/Sabtu) Setelah 2 hari berada di Ceria Bogak Beach Camp dengan aktiviti yang agak padat, kini masuklah hari ketiga di sana. Hari ini adalah hari yang saya tunggu-tunggu selama sepanjang berada di sana. Hal ini kerana, saya akan berkayak ke laut. Pada hari ketiga ini, qiyamulail tidak diadakan. Pada jam 6.30 pagi, kami telah bersedia untuk menunaikan solat subuh. Seperti biasa, selepas selesai solat subuh, akan adanya kuliah subuh yang telah disampaikan oleh saudara Yusri yang bertajuk mencari hidayah. Menurut saudara Yusri, HIDAYAH adalah salah satu hikmah yang diberikan kepada hamba-Nya sebagai satu cara untuk seseorang itu mencari jalan yang benar di sisi Islam sekali gus selamat di dunia dan akhirat. Walaupun ada kalangan hamba-Nya yang terpilih diberikan hidayah sebagai satu anugerah, namun ia sebenarnya perlu dicari oleh seseorang menerusi usaha. Namun, perlu diketahui, tidak akan ada manusia yang diberikan hidayah oleh Allah SWT jika mereka mengharapkannya tanpa usaha sebagaimana sudah dinyatakan dalam surah Ar-Raad, ayat 11, yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Untuk mendapatkan hidayah bukanlah sesuatu yang mustahil asalkan perkara pertama yang perlu dilakukan seseorang itu adalah dengan mengikut suruhan Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya. Sesudah itu, hendaklah kita menyempurnakan amalan yang diwajibkan ke atas umat Islam dengan berusaha melakukan segala amal ibadat, membuat kebajikan. Pemberian atau anugerah Allah terdapat dalam pelbagai bentuk. Oleh yang demikian, sebagai Muslim, kita hendaklah sentiasa berdamping dengan Allah. Cara ini boleh diusahakan dan tidak dikhususkan dengan berguru kepada seseorang individu atau kepada sesuatu kumpulan saja.

Dalam al-Quran, Allah telah menceritakan bagaimana keadaan manusia yang mencari kebenaran seorang diri dengan firman-Nya dalam surah al-Anam ayat 76-78 yang bermaksud: Ketika malam menjadi gelap, manusia yang mencari-cari ternampak bintang lalu ia pun berkata, inilah Tuhanku. Apabila bintang itu padam dan hilang tenggelam, ia mengatakan aku tidak suka Tuhan yang hilang.

Bila dilihatnya bulan mengambang ia pun berkata, itulah Tuhan. Setelah bulan jatuh ia

pun berkata, sesungguhnya jika Tuhan tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk dalam orang yang tersesat, dan bila ia melihat matahari terbit, maka ia berkata, inilah Tuhanku yang lebih besar, dan apabila matahari terbenam dia berkata, sesungguhnya aku terlepas daripada apa yang aku persekutukan.

Ayat berkenaan menceritakan kisah Nabi Ibrahim AS yang menunjukkan kepada kaumnya untuk mencari Allah yang sebenar. Nabi Ibrahim yang telah mengenali Allah cuba mengajak kaumnya berfikir mengenai kewujudan Allah yang sebenarnya. Selepas kuliah subuh, kami terus mendapatkan sarapan yang sudah kami bau aromanya sebelum solat subuh lagi. Pada jam 8 pagi, kami diarahkan untuk berkumpul untuk taklimat aktiviti air iaitu aktiviti berkayak. Kumpulan 1 dan 2 terus pergi ke bukit untuk merentas hutan. Manakala kumpulan saya, kumpulan 4 dan 3 membuat aktiviti berkayak. Taklimat telah disampaikan oleh salah seorang pensyarah dari IPGM Kampus Pendidikan Teknik iaitu Encik Faizal. Daripada jabatan Pendidkan Jasmani. Encik Faizal seorang yang sangat efisien kerana beliau telah member penerangan atau taklimat dengan sangat jelas. Kami telah didedahkan dengan nama setiap bahagian kayak. Kami juga dapat mengetahui cara berkayak iaitu cara maju kehadapan dan mundur kebelakang. Sebelum berkayak, kami membuat renggangan untuk persediaan. Kayak adalah aktiviti yang banyak menggunakan pergerakan tangan. Oleh itu, kami banyak melakukan renggangan tangan. Pasangan saya berkayak ialah saudara MItchel Youmin ataupun dikenali sebagai Mitoy. Saudara Mitoy adalah rakan sekelas saya sendiri. Pasangan kayak ini dipilih sendiri oleh pensayarah mengikut saiz badan bagi mengimbangkan kayak tersebut di atas air. Tepat jam 10 pagi, kami mulakan kayak dengan bacaan doa bagi pelatih guru yang muslim. Saya mulakan berkayak dengan semangat kerana sewaktu itu adalah pertama kali saya berkayak di tengah-tengah laut. Selepas aktiviti keyakinan dalam air iaitu water confident , saya tidak lagi takut untuk berada di atas air walaupun di tengah-tengah laut. Bagi menstabilkan kayak dan menggerakkannya ialah dengan mengayuh padel sama arah oleh kedua-dua orang yang berada di atas kayak. Jika ingin memberhentikan kayak, perlu perlu dimasukkan kedalam air seperti menahan dari arah yang berlainan bagi kedua-dua orang yang berada di atas kayak. Sepanjang

berkayak, saya dapat melihat keindahan laut yang mempersona iaitu dengan air yang jernih, pulau-pulau sekitarnya yang cantik dan burung-burung bebas berterbangan di langit. Dalam ekspidisi ini, saudara Abdul hakim Bin Yusof telah dilantik sebagai ketua. Oleh itu, saudara Hakim perlu sentiasa berada di hadapan sekali semasa berkayak. Sampai ke suatu tempat, kami diminta untuk berhenti dam membuat aktivit rafting. Aktiviti rafting ini ialah semua kayak perlu berada bersebelahan dan orang yang berkayak tersebut perlu memegang kayak bersebelahannya supaya tidak terpisah. Selepas kami Berjaya menyusun dan berada sebelah-bersebelahan, salah seorang daripada kami dalam satu kayak perlu berdiri. Selepas beberapa minit, yang berdiri di atas kayak bertukar giliran. Semasa berdiri di atas kayak, kami perlu menyanyi bbeberapa lagu. Perasaan takut terjatuh itu pasti ada dalam setiap peserta aktiviti ini. Selepas itu, kami perlu bergerak secara berkumpulan dalam keadaan rafting tadi. Orang yang berada di tepi sekali perlu focus dan menggunkan teknik yang betul untuk menggerakkan semua orang di dalam kayak. Walaupun keadaan ini sangat menggembirakan dan menarik, ada beberapa orang pelatih guru yang mabuk laut. Akan tetapi, pensyarah hanya menyuruh pelatih guru tersebut membasuh muka

dengan air laut supaya tidak mabuk. Bukan bermaksud pensyarah tidak mahu menolong tetapi pensyarah ingin membina kekuatan dalam diri setiap pelatih guru. Itulah dinamakan Progran Bina Insan Guru. Guru tidak mudah putus asa walaupun banyak halangan yang mendatang. Setelah beberapa minit bergerak bersama-sama, kami diarahkan untuk pulang ke kem. Sewaktu ingin pulang, ketika itulah laut bergelora. Kami tetap meneruskan perjalanan pulang dan berehat sebentar di salah sebuah pulau yang tiada penghuni. Selapas 1 jam, kami menyambung semula berkayak untuk pulang ke kem. Malang tidak berbau, ada salah sebuah kayak yang hampir tenggelam kerana kayak yang mereka naiki bocor. Beberapa pelatih guru berserta rakan lain menolong mereka untuk memanggil bot pensyarah bagi membantu mereka. Kami juga diawasi oleh Polis Diraja Malaysia Pulau Pangkor, jadi semua pelatih guru tidaklah terlalu bimbang dengan keselamatan. Aktiviti kayak ini agak memenatkan,walaupun begitu ianya sangat menyeronokkan dan memberi pengalaman baru dalam kamus kehidupan saya.

Kami tiba di kem pada jam 3 petang. Pada jam 3.30 petang, LDK tetap juga diadakan seperti biasa. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 4 kali ini bertemakan profesion guru. Dalam LDK ini, Puan Jumiah telah menerangkan mengenai profesion guru, tanggungjawab guru dan cabaran guru pada masa akan datang. Menurut Puan Jumiah, Mempersiapkan generasi pelajar hari ini bagi menghadapi dan menangani cabarancabaran baru terutama tuntutan-tuntutan sebagai "knowledge worker" dalam era revolusi informasi abad ke-21 terletak di tangan dan dibahu seluruh kaum guru dan pendidik di pelbagai peringkat lebih-lebih lagi peringkat persekolahan rendah, amat memerlukan kesedaran yang tinggi bagi memperkembangkan dan mempertingkatkan setiap aspek profesionalisme keguruan ke suatu tahap yang tidak mungkin lagi dipertikai dan diperlekehkan oleh masyarakat dan Negara. Puan Jumiah menyarankan kami supaya menjadi guru yang diingati oleh anak murid. Sebagai contoh, Puan Jumiah telah menceritakan mengenai guru yang paling diingatinya. Beliau juga telah menjemput beberapa pelajar untuk menceritakan mengenai guru yang paling diingati mereka. Pada jam 5.30 petang, berakhirlah LDK 4 dan selepas itu bermulalah kumpulan saya iaitu kumpulan Thunder Guru untuk memasak bagi semua pelatuh guru dan pensyarah. Dengan pengalaman saya dalam memasak ini, saya boleh memasak makanan dengan baik. Walaupun begitu, saya tidaklah begitu handal dalam masakan. Saya juga ada bertanya kepada Puan Tun cara untuk memasak. Pengalaman memasak beramai-ramai ini sama seperti berada di kenduri kampung saya. Kami sekampung akan bergotong-royong memasak makanan untuk orang ramai. Jadi, saya sudah agak biasa dengan persekitaran begini. Pada sebelah malamnya pula, pihak pengurusan telah mengadakan Malam Kebudayaan kepada semua pelatuh guru. Kami agak kelam-kabut ketika itu kerana kami langsung tidak dspat berlatih disebabkan tugas kami dalam memasak petang dan maghrib tadi. Walaupun begitu, kami tetap melakukan yang terbaik. Bukankah guru itu perlu fleksibel dalam segala perkara. Pada malam itu juga, pihak pengurusan telah member hadiah kepada kumpulan yang terbaik. Walaupun kumpulan saya iaitu kumpulan Thunder Guru tidak memenangi seberang hadiah, kami tetap dapat mempelajari pelbagai ilmu baru dan menjadikan kesalahan

kami sebagai pengajaran. Pada malam itu juga, pihak pengurusan telah menyambut hari kelahiran rakan saya iaitu saudara Aminuddin. Saudara Amin berasa gembira kerana rasa dihargai oleh setiap orang. Malam itu juga, kami adakan sesi fotografi untuk kelas kami untuk dijadikan kenangan semasa berada di Pulau Pangkor ini. Hari 4 (19 Februari 2012/Ahad) 19 Februari 2012 bersamaan dengan hari Ahad adalah hari terakhir saya dan rakan lain berada di Ceria Bogak Beach Camp, Pulau Pangkor. Saya berasa agak sedikit sedih kerana terpaksa meninggalakn program yang sangat membina diri saya dan meninggalkan tempat yang begitu cantik dan tenang. Seperti biasa, pada jam 6.30 pagi, kami solat subuh dan disertakan dengan kuliah Subuh yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Najmi Bin Tajudin daripada kelas matematik 1. Tajuk yang dincangkan adalah Jihad. Menurut saudara najmi 'Penuntut ilmu yang sebenar itu adalah orang yang memelihara hatinya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terkandung di dalam hati-hati manusia. Justeru, hati manusia itu perlu dijaga agar hati berkata-kata dengan apa yang diredhai oleh Allah Subhanahu wa taala. Sungguh, bagi orang yang berjihad, yakni berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan memelihara hatinya serta berkorban untuk mendapatkan ilmu, pasti Allah akan membukakan pintu-pintu ilmu serta memberikan kemudahan dan pertolongan.. Jihad dalam menuntut ilmu dan memerangi kejahilan dalam kehidupan merupakan satu usaha yang amat dititikberatkan. Ilmu merupakan alat yang utama dan amat berharga kepada manusia. Justeru, ilmu dapat mengubah manusia jahil kepada tahu gelap kepada cahaya, derita kepada bahagia, batil kepada al-haq sebagainya. Perjuangan dan jihad merangsang masyarakat agar menghidupkan tradisi ilmu dan budaya membaca. Islam mementingkan umatnya menguasai ilmu. Bahkan membenarkan setiap orang mencari ilmu walaupun di mana sahaja. Jelas bahawa ilmu itu perlu dicari. Ia tidak datang menggolek. Pernah pada suatu ketika seorang khalifah di zaman Abbasiyyah mahukan puteranya belajar. Jawab guru berkenaan, ilmu itu dicari bukan ditunggu.

Pada jam 8.00 pagi, kami diminta untuk bergotong-royong membersihkan tapak perkhemahan, tandas, dapur dan lain lagi. Kumpulan saya telah diarahkan untuk mengutip sampah sekitar tapak perkhemahan. Kami juga telah darahkan untuk mengemas khemah ianti membuknya dan meletakkannya ke dalam beg. Membuka khemah juga adalah pengalaman baru bagi saya dan beberapa rakan saya yang lain. Selepas bergotong-royong, Puan Jumiah telah membuat pengisian program dengan refleksi sepanjang berada di Ceria Bogak Beach Camp, Pulau Pangkor. Sebelum berangkat pulang, kami telah bersalam-salaman dengan para pensyarah dan memohon maaf atas kesilapan yang kami lakukan dan berterima kasih kerana telah membina diri ini dan bersemangat untuk menjadi guru yang berkualiti. Dinamika guru InsyaAllah akan tercapai dengan adanya program sebegini. Dinamika Guru tersebut adalah membina kerohanian dan akahlak keguruan, melahirkan guru yang berilmu, bermal dan berbakti, melahirkan guru yang berakauntabiliti dan amanah, melahirkan guru yang berdaya tahan tinggi, melahirkan guru yang berjiwa merdeka dan perkasa dan melahirkan guru yang kreatif dan inovatif. Pada jam 1 petang, kami manaiki feri untuk pulang ke jeti Lumut. Sebelum pulang, kami telah berhenti untuk mmembeli-belah di Kedai Jamilah. Pada jam 5 petang, kami selamat sampai di IPGM Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur.

PENILAIAN KENDIRI Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat illahi kerana saya telah terpilih untuk

mengikuti Program Bina Insan Guru (BIG) siri ke-2 pada 16 Februari 2012 di Ceria Bogak Beach Camp, Pualau Pangkor. Program ini dilaksanakan selama 4 hari 3 malam. Sebelum pergi ke Kem ini saya rasa kurang bermotivasi dan tidak minat menjadi guru. Saya juga bersyukur kerana dapat mengikuti Program Bina Insan Guru di luar IPGM Kampus Pendidikan Teknik. Hal ini kerana, pelajar senior yang lain hanya membuat Program ini di maktab kerana kekurangan peruntukan. Pengalaman dan peluang ini saya gunakan sebaik-baiknya bagi memperbaiki diri saya yang lemah dari segi semangat dan kekuatan dalam diri. Ini adalah kali pertama saya menyertai Program BIG. Melalui Program BIG ini, saya telah mendapat pelbagai ilmu baru dan pengalaman yang tidak pernah saya lalui selama ini. Melalui program ini juga, dinamika guru juga dapat dicapai. Di dalam dinamika, ada enam domain yang perlu ada di dalam diri seorang guru itu. Domain pertama ialah membina kerohanian dan akhlak keguruan. Domain ini bermaksud seorang guru itu perlulah mengamalkan tingkah laku yang terpuji. Hal ini kerana, guru adalah role model kepada anak murid itu. Pepatah ada mengatakan guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Jika seorang guru itu teruk dari segi tingkahlakunya, sudah semestinya anak muridnya lebih teruk tingkahlakunya. Dewasa ini, kita telah mendengar pelbagai karenah guru yang sangat menjengkelkan di surat khabar ataupun televisyen seperti merogol pelajar, mencuri dan lain lagi. Bagaimana kita ingin melahirkan generasi yang cemerlang jika pendidik sendiri tidak mendapat mendidiknya sendiri. Guru itu ibarat pemimpin bagi setiap pelajarnya.Pepatah Arab ada mengatakan, Pemimpin ibarat akar pokok manakala orang dibawahnya ibarat daun dan ranting. Jika baik akarnya, maka baiklah keseluruhan pokok itu. Bagi membina kerohanian itu juga, guru perlulah mempunyai kemantapan jati diri. Kemantapan jati diri bermaksud, guru perlu mempunyai pegangan yang mantap dan tidak mudah goyah walaupun cabaran datang berduyun-duyun. Kemana pun guru itu berada, dia tetap memegang prinsip diri dan menjalankan amanah sebagi seorang guru. Guru juga perlu menghayati displin yang tinggi. Guru yang berdisplin serta merta dapat mewujudkan generasi yang berdisplin

dan berkualiti. Maksud saya di sini, jika kita lihat ramai guru yang tidak berdisplin pada masa ini di sekolah. Contohnya, datang ke sekolah seseukahati tidak kira pukul berapa, memakai pakaian yang agak menjolok mata, selalu masuk ke kelas lambat dan sebagainya. Sehinggkan ada yang mengatakan profesion guru ini hanya memakan gaji buta. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga iaitu kerana beberapa orang sahaja yang melakukannya tetapi tempiasnya kesemua guru. Untuk membina kerohanian, guru juga perlu memiliki personality kerjaya keguruan yang utuh. Domain ini dapat dibina melalui aktiviti kerohanian di kem berkenaan. Displin dapat dibentu dengan pelatih guru perlu bangun pagi untuk mengadakan qiyamulain dan solat subuh. Walaupun mengantuk, qiyamulail tetap juga perlu dilakukan. Tingkah laku yang terpuji dan kemantapan jati diri dapat dibentuk melalui tazkitah atau kuliah yang telah disampaikan semasa solat jamak takdim maghrib Isyak dan selepas solat Subuh. Banyak input-input yang berguna disampaikan oleh rakan-rakan kita untuk menjadi guru yang cemerlang dari semua aspek. Domain kedua pula ialah mewujudkan guru yang berilmu, beramal dan berbakti. Guru yang berilmu adalah mencintai ilmu, mencari, membina dan mengembangkan ilmu. Guru sekarang seharusnya tidak hanya sekadar bersijilkan ijazah. Guru juga seharusnya menyambung belajar sehingga ke peringkat teratas. Semakin lama guru itu belajar, semakin banyak ilmu yang guru itu dapat. Seterusnya, dapat memberi dan mengembangkan ilmu tersebut kepada anak murid. Dunia semakin maju dan murid semakin bijak. Guru perlu bijak mengadaptasi apa yang dipelajari dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi mewujudkan guru yang berilmu, beramal dan berbakti, guru perlulah mampu menggunakan ilmu dalam pemikiran tindakan dan amakan, memanfaatkan ilmu untuk kesejahteraan peribadi, masyarakat dan Negara. Guru juga perlulah menggunakan ilmu dan kepakaran untuk kesejahteraan masyarakat. Teknologi semakin pesat dalam dunia kita hari ini iaitu dengan adanya LCD, internet, telefon pintar dan banyak lagi. Dengan sebab itu, guru perlu bijak dan membuat penambahbaikkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut peredaran zaman. Guru tidak boleh lagi hanya bergantung pada papan putih sahaja dan mengamalkan pembelajaran berpusatkan guru. Guru perlu kreatif dan inovatif untuk mengajar supaya dapat menarik perhatian murid. Program Latihan Dalam Kumpulan(LDK) ini

sebenarnya dapat mewujudkan guru yang berilmu, beramal dan berbakti. Hal ini kerana, terlalu banyak input yang telah diterangkan oleh pensyarah untuk digunapakai setelah bergelar guru. Dalam aktiviti LDK ini juga dapat membina keyakinan untuk menjadi guru dan membina kesedaran tanggungjawab sebagai guru. Guru mestilah sentiasa update cara P&P mengikut peredaran zaman. Aktiviti LDK juga dapat memberikan semangat kepada pelatih guru untuk lebih berbakti kepada murid dengan adanya ujian-ujian dan ceramah yang telah dijalankan. Doamain ketiga dalam dinamika guru adalah melahirkan guru yang

berakauntabiliti dan amanah. Dalam domain ini, seorang guru itu perlulah mempunyai kemahiran sosial. Hal ini kerana, seorang guru itu perlu bersosial dengan banyak pihak seperti murid, ibu bapa, pihak atasan sekolah, orang sekeliling dan banyak lagi. Jika di kampung, guru yang selalu akan dilantik sebgai ketua ataupun orang yang menguruskan pelbagai perkara. Guru juga dipandang tinggi oleh orang sekeliling. Oleh kerana itulah, guru perlu mempunyai kemahiran sosial. Setelah mempuntai kemahiran sosial, tidak lengkaplah jika guru itu tiada tanggungjawab terhadap intitusi sosial dan perkhidmatan komuniti. Guru perlulah bertanggungjawab ke atas murid yang diajarnya. Guru perlu melaksanakan tanggungjawabnya dalam mengajar murid-murid bukannya mengabaikannya dengan lambat masuk kelas ataupun tidak mengajar sukatan pelajaran sehingga habis. Di luar sekolah pula, apabila seorang guru itu dilantik menjadi ajk pengurusan atau ketua sesebuah institusi, guru itu perlulah menjalankan amanah yang telah diberikan ataupun kepercayaan yang telah diharapkan oleh pelbagai pihak. Domain keempat ialah membina daya tahan yang tinggi kepada guru. Seseorang guru perlulah mempunyai ketahananfizikal, mental, emosi dan spiritual yang tinggi. Seorang guru perlu mempunyai semua aspek ini untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang. Jika seorang guru itu di posting ke pendalaman, maka guru itu perlulah mempunyai ketahanan mental yang tinggi. Guru perlu bersedia untuk mengajar dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa menggunakan bot, jambatan dan sebagainya lagi. Selain itu, murid sekarang banyak didedahkan dengan pelbagai perkara yang boleh merosakkan diri gara-gara dari teknologi yang semakin canggih, pengaruh rakan sebaya, keluarga yang tidak bahagia. Guru perlu menyiapkan diri

dengan ketahanan emosi dalam menanganinya. Sudah banyak kes yang kita dengar mengenai guru yang berada di Hospital Mental Tanjung Rambutan disebabkan stress yang melampau. Oleh itu, seorang guru itu perlu bersedia dari semua aspek tadi. Domain ini dapat dikaitkan dengan aktiviti berkayak. Semamangnya aktiviti berkayak ini adalah aktiviti yang memerlukan ketahanan fizikal, mental, emosi dan spiritual yang tinggi. Semasa saya berkayak, memang banyak tenaga yang diperlukan untuk mengayuh kayak tersebut. Ketahanan emosi sangat diperlukan apabila berada di suatu tempat, saya merasakan kayak saya tidak bergerak walaupun saya dan rakan saya, Mitoy telah menambah kelajuan kayuhan kayak. Selain itu, ketahanan fizikal sangat diperlukan apabila tangan mudah berasa sakit apabila mengayuh kayak. Akan tetapi, saya tetap meneruskan kayuhan walaupun kadangkala saya berhenti sekejap untuk berehat. Saya amat bernasib baik kerana mempunyai pasangan kayak yang sangat prihatin dengan saya kerana tetap mengayuh kayak walaupun saya berhenti sebentar. Ketahanan emosi diperlukan apabila cuaca semakin panas dan membuatkan muka dan tangan saya pedih.Jika diikutkan hati, ingin sahaja saya memanggil pensayarah untuk naikkan saya di bot. Akan tetapi atas dorongan saudara Mitoy, saya tetap meneruskan perjalanan saya. Domain kelima ialah melahirkan guru yang berjiwa merdeka dan perkasa. Maksudnya di sini ialah boleh mengurus diri iaitu berdikari. Domain ini dpat dikaitkan dengan aktiviti membuka khemah untuk dikemaskan. Sebelum ini, saya tidak pernah membuka khemah sendiri, tapi kini saya boleh membuka khemah seorang diri. Aktiviti ini sekali lagi dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya. Domain keenam pula ialah mewujudkan guru yang kreatif dan inovatif. Guru yang kreatif dan inovatif perlulah berupaya menggunakan ilmu dan kemahiran untuk kemajuan dan kecermelangan. Maksudnya di sini ialah guru perlu bijak dalam meggunakan ilmu yang ada untuk diadaptasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Alat Bantu Mengajar juga perlu dipelbagaikan agar murid tertarik dengan pengajaran yang diberikan. Seorang guru itu juga perlulah dapat berfikir secara kritis, analitis dan global. Guru tidak boleh hanya mengharapkan benda yang diberi oleh kerajaan tetapi guru juga mampu menciptanya sendiri bagi di masukkan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Domain ini dpat dikaitkan dengan aktiviti malam kebudayaan. Setiap kumpulan perlu mencipta idea baru

untuk dilakukan sewaktu persembahan. Walaupun kumpulan saya kurang bersedia kerana kami bertugas memasak tapi saya dan ahli kumpulan tetap memberikan yang terbaik kepada penonton. Kami terpaksa mencipta persembahan dengan pantas dan melakonkannya secara spontan kerana kami langsung tidak sempat untuk berlatih. Semua aktiviti yang diadakan adalah sangat member kesan kepada saya. Selepas menghadiri aktiviti ini, saya berasa semakin bersemangat untuk menjadi guru, Selain itu, dengan adanya program BIG ini, secara automatiknya, sikap individualistik itu dapat dikikis perlahan-lahan. Sikap ini sebenarnya tidak patut ada dalam diri seorang guru kerana ianya akan merugikan diri sendiri dan generasi pada masa akan datang. Saya percaya sikap individualistik itu hanya melemahkan sesebuah pasukan itu. Apabila adanya sikap individualistik, maka tidak akan terjalinnya sikap kerjasama itu. Melalui program ini, saya juga dapat membina keyakinan apabila bercakap di khalayak ramai. Sebelum ini, saya seorang yang agak pemalu dan takut untuk bercakap di hadapan. Kini, saya sedar, seorang guru itu perlu berani menampilakan dan menonjolkan diri di khalayak ramai. Guru tidak hanya mengajar di dalam kelas tetapi guru juga kadangkala perlu menjadi pengacara majlis, perunding ibu bapa dan lain lagi. Bagi saya, keyakinan itu datangnya dari semnagat yang membara. Jika kita tidak bersemangat, semua perkara tidak akan menjadi. Saya juga ada memerhatikan beberapa rakan saya yang mudah mabuk laut dan kurang ketahanan mental dan fizikal kini lebih bersemangat dan tidal lagi mudah untuk sakit. Apa yang dilakukan oleh pensyarah untuk tidak membantu rakan saya mabuk laut ketika berkayak adalah tindakan ayang agak relaven. Hal ini kerena, program ini sebenarnya untuk membentuk diri kita kuat dan cemerlang dari segala aspek. Dengan kata lain, guru perlu fleksibel dalam pelbagai cabaran dan dugaan yang datang. Pepatah melayu ada mengatakan, benih yang baik kalau di campak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau.

LAPMPIRAN

PELAJAR-PELAJAR SEDANG MENUNGGU BAS DI IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

PERJALANAN MENUJU KE JETI LUMUT DENGAN MENAIKI BAS

BEREHAT SEBENTAR DI RAWAT DAN REHAT (R&R)

BERADA DI JETI LUMUT UNTUK MENAIKI FERI

KETIKA BERADA DI DALAM FERI

MENUJU KE CERIA BOGAK BEACH CAMP DENGAN MENAIKI TEKSI

AKTIVITI KEYAKINAN DALAM AIR

AKTIVITI LDK 1 (MENCIPTA LOGO KUMPULAN)

AKTIVITI MERENTAS HUTAN

AKTIVITI BERKAYAK (RAFTING)

MALAM KEBUDAYAAN

BERSALAMAN DENGAN PENSYARAH

DETIK TERAKHIR BERSAMA AHLI KUMPULAN

You might also like