You are on page 1of 12

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA SEPAK 1. NAMA 1.

1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Sepak Majlis Sukan SekolahSekolah Daerah Kluang. 2. JENIS PERTANDINGAN. 2.1 BOLA SEPAK BAWAH 18 TAHUN 2. ANJURAN 2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kluang 3. PENGELOLAAN. 3.1 Pertandingan ini dikelolakan oleh Jawantankuasa Teknik Dan Pembangunan Bola sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kluang yang selepas ini dinamakan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan. 4. UNDANG-UNDANG PERMAINAN.
4.1 Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang permainan bola sepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kesatuan Persatuan-Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

4.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan
diputuskan seperti berikut :4.2.1 Keputusan berasaskan kepada PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH

SEKOLAH MALAYSIA JOHOR DAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA. 4.32Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada undang-undang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). 4.3 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah muktamad. PENYERTAAN. 5.1 Pasukan yang menyertai pertandingan ini adalah dari pasukan sekolah menengah di sekitar daerah Kluang. 5.2 Sekolah yang menyertai pertandingan ini hanya boleh mendaftar satu pasukan sahaja bagi setiap kategori yang disertai. 5.3 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan akan menguruskan pendaftaran pemain. Borang Pendaftaran Pemain M01, Borang Pendaftaran dan bayaran pendaftaran mesti dihantar kepada Setiausaha Pengelola Pertandingan sebelum pertandingan dimulakan atau semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan pada tarikh yang ditetapkan.

5.

6.

KELAYAKAN PEMAIN. 6.1 Pemain terdiri dari pelajar sekolah yang belajar di Sekolah tersebut dan berdaftar sahaja layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 6.2 Pemain yang telah didaftar dan bermain dalam satu pasukan dalam pertandingan ini tidak layak lagi mewakili pasukan lain dalam siri pertandingan yang sama. 6.3 Salinan sijil lahir, Kad Pengenalan atau dokumen JPN 1 / 9 dan JPN 1 / 11 (yang disah atau dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara) boleh diterima pakai sebagai bukti umur. Semua dokumen akan diperiksa oleh Jawatankuasa yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan sebelum bermulanya setiap pertandingan. 6.4 Bagi pemain Bawah 18 tahun kad pengenalan asal mesti diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola Pertandingan sebelum perlawanan dimulakan. 6.5 Sebarang pertelingkahan atas hak atau status mana-mana pemain akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusannya adalah muktamad. 6.6 Kelayakan umur pemain, adalah seperti berikut : 6.6.1 Bawah 18 tahun atau lahir pada atau sebelum 1995 - pada tahun pertandingan. 6.6 Pelajar yang berdaftar dengan Akademi Bolasepak Negeri tidak layak bermain dalam kejohanan ini.

7.

PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI. 7.1 Pendaftaran Pemain : Setiap pemain mesti mendaftar menggunakan Borang Pendaftaran Pemain M01 ( Bawah 18 tahun). Hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 72 Pendaftaran Pegawai : Setiap pegawai mesti mendaftar menggunakan Borang Pendaftaran yang disediakan. 73 Pendaftaran Pasukan : 7.3.1 Setiap pasukan mendaftar seramai 18 pemain dan 4 pegawai dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pasukan dan diserahkan semasa mesyuarat penguruspengurus pasukan atau sebelum perlawanan bermula. 7.32Senarai pemain menggunakan Borang Start List yang lengkap mesti diserahkan kepada Venue Koordinator Pertandingan sebelum perlawanan.
7.33 Salinan Surat Beranak / kad pengenalan pemain yang disahkan oleh Pengetua sekolah berkenaan bersama dengan Borang Pendaftaran Pasukan yang ditandatangani oleh Pengetua atau Penolong Kanan mesti diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan pada tarikh yang ditetapkan. 7.34 18 pemain yang disenaraikan di dalam Borang Perlawanan (Start List), 11 pemain ialah pemain utama dan bakinya 7 pemain ialah pemain simpanan. Penyenaraian itu adalah sama seperti yang didaftarkan dalam Borang Pendaftaran Pasukan.

7.4 Dua set warna jersi berlainan hendaklah didaftarkan semasa mesyuarat Pengurus Pasukan. Nombor jersi hendaklah sama dengan pendaftaran rasmi pemain dan berukuran tidak kurang dari 10 inci di belakang dan tidak kurang dari 3 inci di hadapan jersi (dada). Sekiranya dua pasukan yang bertemu itu memakai jersi yang sama, pasukan tuan rumah

perlawanan mesti menukar jersi yang berlainan warna.

8.

SISTEM PERTANDINGAN. 8.1 Perlawanan dijalankan secara liga dalam kumpulan..


8.2 Pasukan akan diundi mengikut kumpulan tertentu mengikut kesesuan dan jumlah penyertaan .

83 Pasukan yang disebut dahulu dalam Jadual Perlawanan akan diambilkira sebagai pasukan tuan rumah perlawanan. 84 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan akan menentukan jadual perlawanan, tarikh dan tempat perlawanan. 85 Pasukan yang menjadi juara setiap kumpulan dan naib juara terbaik (akan ditentukan oleh pengelola kejohanan) akan diundi untuk perlawanan suku akhir secara kalah mati. Pasukan yang menang di peringkat suku akhir akan ke peringkat separuh akhir. 86 Pasukan yang menang di peringkat separuh akhir akan bertanding di perlawanan akhir untuk menentukan johan dan naib johan.
87 Pasukan yanag kalah di peringkat separuh akhir akan menentukkan tempat ketiga dan keempat.

8.8 Perlawanan di peringkat separuh akhir dan akhir dijalankan secara kalah-mati. Sekiranya perlawanan tersebut berkesudahan seri setelah masa sebenar tamat maka kemenangan akan ditentukan dengan perlawanan masa tambahan seperti yang dikuatkuasakan. Sekirannya keputusan masih lagi berkesudahan seri, maka penentuan juara akan ditentukan melalui sepakan Penalti.

9.

CARA MENENTUKAN KEMENANGAN 9.1 Dalam pertandingan pusingan awal pasukan yang mendapat mata terbanyak akan dikira sebagai johan kumpulan dan seterusnya naib johan kumpulan.

9.2 9.3

Pemberian mata - Menang 3 mata, Seri 1 mata dan Kalah 0 mata. Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak datang atau melapor diri lewat dari 15 minit selepas waktu pertandingan yang diisytiharkan dalam Jadual Pertandingan, maka pasukan yang hadir dengan cukup bilangan pemain aitu sekurang-kurangnya 10 pemain akan diberi kemenangan percuma dengan memperolehi 3 mata dan 3 jaringan. 9.4 Jika didapati dua atau lebih pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, kiraan pemenang (layak ke pertandingan suku akhir) akan ditentukan seperti urutan berikut : 9.4.1Perbezaan jumlah jaringan gol (jumlah gol dijaring ditolak jumlah gol kena jaring). 9.4.2Jika masih lagi seri, kiraan akan dibuat berdasarkan jumlah gol yang dijaringkan. 9.4.3Jika masih lagi seri, pasukan yang pernah mengalahkan pasukan tersebut dikira pasukan yang layak ke pertandingan separuh akhir. 9.4.4Jika masih lagi seri, lambungan syiling / undian akan dijalankan untuk menentukan pasukan yang layak ke pertandingan separuh

akhir.

10. JANGKAMASA PERLAWANAN. 10.1Masa permainan seperti ketetapan berikut : : Masa permainan ialah 40 minit bagi setiap separuh 10.1.2 Bawah 18 tahun masa, dengan masa rehat tidak melebihi 10 minit dengan keizinan pengadil. 11. PENGGANTIAN PEMAIN. 11.1Tujuh (7) pemain yang didaftarkan dalam Borang Perlawanan (Start List) bagi perlawanan tersebut boleh diganti bila-bila masa. Mana-mana pemain yang ditukar tidak dibenar bermain semula dalam perlawanan yang sama. 12. PAKAIAN PEMAIN. 12.1Semua pemain mesti memakai jersi seperti yang didaftar, dengan nombornya mengikut nama pemain tersebut. Sebarang pameran pengiklanan jenama rokok, minuman keras dan lambang parti politik tidak dibenarkan. 12.2Kasut bola / 'boots' mesti mengikut spesifikasi yang dibenarkan. Semua pemain mesti menggunakan alas betis / 'shin-guard'. 12.3Ketua pasukan mesti memakai lilitan lengan, dan sekiranya diganti lilitan lengan itu mesti diberi kepada pemain lain yang mengambil alih tugasnya. 13. MINUMAN PEMAIN 13.1Minuman pemain disediakan oleh pasukan masing-masing. 14. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN. 14.1Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan oleh cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangka atau perlawanan dihentikan akibat hal-hal luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan tersebut akan dimainkan semula pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

15. TINDAKAN TATATERTIB. 15.1Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan Bola Sepak Majlis Sukan SekolahSekolah Daerah Kluang akan membincang perkara-perkara yang berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada pengadil bertugas dan pasukanpasukan yang terlibat. Pasukan yang buat aduan dan pengadil bertugas tidak boleh mengambil bahagian dalam perbincangan dan undian semasa perkara berkenaan sedang dipertimbangkan. 15.2Untuk kesalahan berikut Jawatankuasa Tatatertib tidak akan bersidang dan hukumannya adalah otomatis : 15.2.1Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana kesalahan teknikal (penggantungan 1 perlawanan). 15.2.2Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana bermain amat kasar (penggantungan 2 perlawanan). 15.2.3Seseorang pemain yang diperintahkan keluar padang kerana bersalah mengeluarkan kata-kata kesat / lucah atau menunjukkan isyarat tidak tertib atau berkelakuan ganas dan biadap dengan tidak mengira beliau menerima amaran sebelum itu atau tidak. (penggantungan 2 perlawanan). 15.2.4Seseorang pemain diperintah keluar padang kerana membantah keputusan pegawai pertandingan. (penggantungan 1 perlawanan). 15.2.5Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran dalam masa pertandingan hendaklah dengan sendirinya digantung bermain bagi perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima 2 lagi amaran selepas menjalankan penggantungan satu perlawanan, akan sekali lagi digantung untuk satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran kedua. Apabila seorang pemain m e n e r i m a a marankeenambeliauhendaklahtampilkehad a p a n Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan yang sewajarnya. 15.3Jawatankuasa Tatatertib boleh menggantung seseorang pemain daripada terus mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Jika tindakan yang lebih keras dianggap perlu maka Jawatankuasa Pengelola Pertandingan perlu dimaklumkan dan apa jua tindakan adalah tanggungjawab Jawatankuasa Tatatertib Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kluang.. 15.4Keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada sebarang rayuan. 16. BANTAHAN.
16.1 Sebarang bantahan mestilah dibuat secara bertulis oleh Pegawai Pasukan yang berdaftar kepada Setiausaha Pengelola Pertandingan dan mesti diterima dalam masa 30 minit selepas .

16.2perlawanan berkenaan berserta bayaran RM300.00.(Ringgit: Tiga Ratus


sahaja). Wang tersebut tidak akan kembalikan jika didapati bantahan tersebut tidak berjaya.

16.2Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara dan fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.

17. ETIKA PEGAWAI 17.1Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan setiap pegawai dan pemain termasuk penyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkahlaku yang dihormati berdasarkan semangat sukan yang tulin. 17.2Tertakluk kepada pengesahan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan. Jawatankuasa Pengelola Pertandingan boleh mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pemain, pegawai yang bertindak tidak mengikut peraturan pertandingan atau objektif pertandingan ini keseluruhannya, dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan, pemain, atau pegawai dari apa-apa penglibatan bagi sebarang jangkamasa yang ditimbang sesuai. 173 Sebarang penipuan dalam hal pendaftaran pemain samada sengaja atau tidak adalah dianggap sebagai kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan bola sepak.
174 Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan tindakan keluar padang permainan adalah juga sebagai satu kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan bola sepak.

17.5Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam siri perlawanan ini setelah jadual perlawanan dikeluarkan dengan apa sebab jua pun, pegawai dan pemain akan diambil tindakan. 18. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN. 181 Segala hal yang diperuntukkan dibawah peraturan ini dan segala tafsiran peraturan ini hendaklah diselanggarakan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan yang keputusannya adalah muktamad, kecuali diputuskan selainnya oleh Jawatankuasa Induk Pengelola Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kluang.

UKURAN DAN LAKARAN GELANGGANG PERMAINAN BOLA SEPAK

Bendera penjuru

Tidak lebih 90 m

Tidak kurang 45 m

Jejari 1 m Kawasan penalti

te pi G a ri s

0 9 g kuran Bendera yang Tidak tidak wajib Garis Jejari = 9.15m Tengah

T id a k le bi h 1 2 0 m

Tanda penalti kawasan gol

Garis

You might also like