You are on page 1of 8

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA SK TAMAN CEMPAKA UNIT 153

KERTAS KERJA KEM KEMAHIRAN PENGAKAP KANAK-KANAK UNIT 153 SK TAMAN CEMPAKA TARIKH : 5 NOVEMBER 2011 ( SABTU ) TEMPAT : SK TAMAN CEMPAKA

KEM KEMAHIRAN PKK

1.PENGENALAN Pengakap merupakan unit beruniform yang tertua di Malaysia serta ditubuhkan sebelum kemerdekaan Tanah Melayu lagi. Ilmu-ilmu kepengakapan diperturunkan dari generasi ke genarasi secara tersusun dan mempunyai struktur pentadbirannya yang tersendiri. Slogan Sekali Berpengakap Terus Berpengakap menjadi slogan keramat bagi ahli-ahli pengakap. Sehubungan dengan itu, pihak Unit Pengakap SK Kuala Kubu Bharu berhasrat mengadakan kem kemahiran di sekolah. Ahli pengakap akan didedahkan dengan ilmu asas perkhemahan dan sekaligus mereka berpeluang menambah dan memantapkan pengetahuan dengan ilmu kepengakapan. Ahli Pengakap juga dilatih agar hidup bersosial secara sihat dan pada masa yang sama tidak meminggirkan keperluan rohani melalui aktiviti-aktiviti yang disusun padat dan kemas. Adalah diharapkan ahli pengakap akan terus berdidiplin dan bijak mengurus masa seterusnya menjadi warganegara Malaysia yang berketrampilan serta berhemah mulia. 2.OBJEKTIF 1. 2. 3. 4. 5. 6. 3.TEMA Sekali Berpengakap Terus Berpengakap 4.SASARAN Semua 80 ahli PKK Unit 153 Tahun 4, 5 & 6 5.TARIKH 5 November 2011 ( Sabtu ) 6.TEMPAT SK Taman Cempaka 7.SUMBANGAN RM5 seorang Memantapkan kemahiran mendirikan, melipat dan menyimpan khemah dengan betul. Membaharui Persetiaan Pengakap untuk semua ahli. Menggunakan kemahiran ikatan dalam kehidupan seharian. Menjadikan ahli pengakap yang berdisiplin tinggi dan sentiasa patuh akan arahan. Merealisasikan Persetiaan dan Undang-undang pengakap pada setiap masa. Melatih ahli pengakap kemahiran asas kebombaan dan pencegahan kebakaran.

KEM KEMAHIRAN PKK

8.SENARAI JAWATANKUASA Pengerusi : Naib Pengerusi 1 : Ketua Perkhemahan : Setiausaha Program : Bendahari Program : Tn. Hj. Shafiee B. Omar En. Rasman B. A. Karim Pn. Azilah Binti Abdul Hamid En. Sharul Nizam B. Othman Pn. Faridatulakamar Bt. Ramli

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA BIL BIDANG TUGAS PEMIMPIN CATATAN mencatat kehadiran ahli memungut yuran pendaftaran Menaip nama pelajar dengan betul. Menguruskan majlis penyampaian sijil di akhir perkhemahan menguruskan disiplin dari awal hingga akhir dalam keadaan baik. Memastikan perkhemahan berjalan dalam suasana harmoni. Melantik AJK berkaitan memastikan pengagihan makanan berjalan lancar Melantik jurulatih Memastikan setiap stesen ada jurulatih atau pegawai bertugas Memastikan semua aktiviti berjalan lancar.

1 Pendaftaran & Sijil Pn. Faridatulakmar Bt. Ramli Pn. Khaireen Nor Bt. Kharibon -

2 Keselamatan, disiplin & kebersihan En. Abdullah B. Kalam En. Ismail B. Othman

Pn. Er Geok Poh Pn. Zairinisa Bt. Miran En. Mohd Awang B. M. Yatim En. Fredolin Noor En. Sharul Nizam B. Othman Jurulatih dari Pengakap Kelana A

Makanan

Aktiviti

KEM KEMAHIRAN PKK

9.ANGGARAN PERBELANJAAN PERKHEMAHAN Sumber Kewangan 1. 2. Pendaftaran Peserta Sumbangan sekolah JUMLAH Anggaran Kos 1. 2. 3. 4. 5. Sarapan pagi Makan tgh Minum petang Sijil Hadiah Alatan Aktiviti & Perkhemahan Saguhati Jurulatih Kelana A RM2 x 90 x 1 kali RM4 x 90 x 1 kali RM1 x 90 x 1 kali RM1 x 90 RM30 x 15 orang = = = = = = = RM RM RM RM RM RM RM 180 360 90 90 100 130 450 RM5.00 x 80 RM1000 = = RM 400 RM 1000 ======== RM1400

JUMLAH PERBELANJAAN

======== RM1400

KEM KEMAHIRAN PKK

10.TENTATIF PROGRAM HARI/MASA SESI - 1 07.30 pagi AKTIVITI Pendaftaran Taklimat perkhemahan Pembahagian sekawan Laung Agung Upacara Naik Bendera Negaraku Lagu Negeri Johor Doa Persetiaan & Undang-undang Taklimat Kem Komandan CATATAN AJK Pendaftaran

08.00 pagi

Semua pemimpin & Kelana A

Kemahiran 1 09.00 pagi mendirikan, melipat dan menyimpan khemah penerangan mengenai pemeriksaan khemah Kudapan

Semua pemimpin & Kelana A

10.00 pagi

AJK Makanan Semua pemimpin & Kelana A

Kemahiran 2 10.30 pagi asas kawad kaki

11.30 pagi

Kemahiran 3 simpulan dan ikatan

Semua pemimpin & Kelana A

12.15 tgh 01.00 petang

Kemahiran 4 pertolongan cemas

Semua pemimpin & Kelana A

KEM KEMAHIRAN PKK

Makan tengah hari Solat Zohor berjemaah

HARI/MASA

AKTIVITI Aktiviti & Pertandingan Base 1 Persetiaan dan undang-undang Base 2 Laung Agung Base 3 Pertolongan Cemas Base 4 Kawad kaki Base 5 Mendirikan khemah Base 6 Simpulan & Ikatan Base 7 Permainan kecil Base 8 - Tepuk Pengakap & Nyanyian Demontrasi Masakan Rimba

CATATAN Setiap stesen dihadkan kepada 20 minit sahaja. Wisel akan dibunyikan untuk sekawan bergerak ke stesen berikutnya

SESI - 2 02.00 petang 04.30 petang

04.30 petang

Semua pemimpin & Kelana A Semua pemimpin & Kelana A

05.00 petang

Tunjuk cara Malam Kebudayaan

06.00 petang

Majlis Penutup Penyampaian Hadiah & Sijil

KEM KEMAHIRAN PKK

11.Peralatan / Keperluan yang perlu dibawa semasa perkhemahan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. Khemah (jika ada) Sepasang uniform pengakap lengkap Pakaian Solat (muslim) Baju T Tali pengakap (belajar ikatan dan simpulan) Tuala kecil Seluar sukan Stokin Buku log Alatulis Pinggan Cawan Kain lap (untuk lap khemah) Lain-lain peralatan yang difikirkan perlu

CATATAN : Perlu diingatkan bahawa, ahli pengakap tidak membawa terlalu banyak pakaian kerana perkhemahan hanya dijalankan di sekolah sahaja. Cuma satu hari sahaja. Peralatan berharga seperti telefon bimbit, dan barang kemas diLARANG sama sekali.

KEM KEMAHIRAN PKK

12.UNDANG-UNDANG PERKHEMAHAN 1. Dilarang berkelakuan sumbang, berjudi atau bergaduh. 2. Tidak dibenarkan keluar dari tapak perkhemahan kecuali atas arahan pegawai bertugas pada waktu tersebut. 3. Ahli pengakap hendaklah sentiasa mematuhi arahan ketua dan mengikuti prinsip yang terkandung dalam undang-undang pengakap. 4. Tidak dibenarkan menyalakan sebarang api di dalam khemah kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kebakaran. 5. Sentiasa menjaga keselamatan diri dan laporkan kepada guru bertugas sekiranya terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan sendiri. 6. Ahli pengakap dikehendaki memakai pakaian seragam lengkap setiap kali melakukan aktiviti. 7. Beratur ketika ingin mengambil makanan dan buangkan sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan. 8. Hendaklah sentiasa bersabar dan menyedari bahawa perkhemahan tidak sama seperti di rumah, jadi segala kekurangan hendaklah dihadapi dengan hati yang tabah dan anggaplah kepayahan itu sebahagian daripada proses pembelajaran!

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

...................................................... ( AZILAH ABDUL HAMID ) Ketua Pemimpin Unit 153 SK Taman Cempaka

................................................ ( RASMAN B. A. KARIM ) GPK Kokurikulum SK Taman Cempaka

........................................... ( HJ. SHAFIEE BIN OMAR ) Guru Besar SK Taman Cempaka

You might also like