You are on page 1of 16

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

691120085586

1. KEPENTINGAN TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS, KOGNITIF, SOSIAL, HUMANIS DAN KONSTRUKTIVISME DALAM MEMBANTU GURU MELAKSANA DAN MEMPERTINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Pendahuluan. Teori Pembelajaran. Menurut Kamus Dewan (1992), perkataan belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Oleh itu pembelajaran boleh diertikan dengan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Ahli-ahli perubahan ciri-ciri psikologi behavioris tingkah bersependapat laku sebagai mengatakan, hasil proses pengajaran

pembelajaran adalah kerana berlakunya perhubungan stimuli (rangsangan) dengan tindak balas organisma. Melalui proses pembelajaran berlandaskan perlaziman, sesuatu perhubungan yang baru akan dibentuk daripada menghubungkaitkan stimulu dengan tindak balasnya, dan akibatnya membawa perubahan tingkah laku organisma yang berkenaan. Proses pengajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai, mendorong murid berusaha memikirkan erti rangsangan itu. Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku ini dapat dibentuk dan dikekalkan. Bagi tokoh-tokoh kognitif pula, lebih memfokuskan proses kognitif yang sebenarnya menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Proses pembelajaran hanya boleh berlaku apabila murid mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru, di samping mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Kesimpulannya, pembelajaran merupakan suatu proses, melalui latihan atau pengalaman organisma, menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal seperti rajah di bawah.

EDU3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

691120085586

Rajah 1.1 : Proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat.

2. Pemilihan rangsangan yang sesuai oleh organ deria

4. Membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan

6.Perubahan tingkah laku

1. Kewujudan rangsanganrangsangan

3. Pemikiran erti rangsangan dalam otak

5. Mengamalkan dalam situasi yang sepadan

Pendekatan

pengajaran

guru

di

dalam

bilik

darjah

memainkan peranan penting terhadap pelajar bagaimana mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Ahli-ahli psikologi telah mengkaji bagaimana pembelajaran Teori-teori berlaku ini maka terhasillah beberapa teori pembelajaran. boleh dibahagikan kepada teori-teori

pembelajaran behaviorisme, kognitif, sosial, humanis dan konstruktivisme.

Behaviorisme

Kognitif

Sosial

TEORI PEMBELAJARAN

Humanis

Konstruktivisme
EDU3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

691120085586

1.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme. Tokoh-tokoh Behaviorisme seperti Parlov, Watson,Thorndike dan Skinner bersependapat merumus pembelajaran adalah berkait dengan perubahan tingkah laku dan perselitaran. Kebanyakkan teori mereka ditumpukan kepada perhubungan rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan, diukur, dikawal dan diramal. Kita tidak dapat melihat pemikiran, tetapi kita dapat membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia. Dari tingkah laku ini kita dapat membuat kesimpulan tentang apa yang sedang difikirkan. Ciri-ciri dan persamaan tokoh-tokoh behaviorisme ialah murid perlu rangsangan dan gerak balas serta peneguhan yang positif menghasilkan tingkah laku perlaziman berdasarkan prinsip kekerapan, kesediaan dan tempoh pembaharuan. Kelemahan dan kelebihan teori pembelajaran behiaviorisme pula selalu tidak mampu menjelaskan situasi belajar yang kompleks. Disebabkan banyak variabel atau hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan atau belajar yang tidak dapat diubah menjadi sekadar hubungan stimuli dan gerak balas. Ia juga tidak dapat menjelaskan alasan-alasan yang mengganggu hubungan antara stimuli dan gerak balas menyebabkan berlaku peyimpangan antara stimuli dengan gerak balasnya. Namun kelebihan teori ini cenderung mengarahkan pelajar untuk bersedia dari aspek kognitif, fizikal dan afektif seterusnya berfikir secara rasional dan kreatif membentuk pelajar mencapai matlamat tertentu melalui hukum kesediaan, latihan dan kesan. Kesimpulan teori ini, pada amnya dapat diklasifikasikan dalam dua kategori yang utama, iaitu Teori Perlaziman Klasik yang dipelopori oleh Pavlov dan Watson menekankan pembelajaran melalui perhubungan rangsangan

EDU3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

691120085586

dengan gerak balas, manakala teori perlaziman operan dipelopori oleh Thorndike dan Skinner mementingkan pembelajaran melalui peneguhan. 1.2 Teori Pembelajaran Kognitif Ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausubel Berpendapat bahawa pembelajaran adalah satu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Fokus kajian mereka ialah terhadap proses aktif minda individu untuk memahami persekitarannya, mengikut teori Gestalt yang bermaksud bentuk, pola atau tatarajah. Manusia mempunyai struktur kognitif, dan dalam proses pembelajaran, otaknya akan menyusun segala maklumat dalam ingatannya. Cara individu berfikir tentang situasi, termasuk kepercayaannya, jangkaannya dan perasaannya, mempengaruhi fakta yang individu dan cara dia belajar. Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa ilmu pengetahuan yang diperolehi adalah hasil pembelajaran dan kuasa ilmu yang mendorong seseorang belajar (Woolfolk,1998). Prinsip pembelajaran yang diutamakan dalam teori ini ialah pelajar menerima, memproses, menyimpan dan mencari maklumat dalam memori serta menumpukan kepada apa yang pelajar tahu dan bagaimana mengetahuinya. Bruner telah mengemukakan Pembelajaran penemuan. Dalam pebelajaran ini, pelajar diberi satu fenomena, selepas fenomena diperkenalkan, pelajar dikehendaki menyiasat bagaimana ia terjadi, setelah jawapan diperolehi, jawapan tersebut dibincang bersama guru dan pelajar lain di dalam kelas. Kesimpulannya, ahli psikologi kognitif menjelaskan bahawa pembelajaran melibatkan dua proses mental yang penting, iaitu persepsi (pengamatan) dan pembentukan konsep (penanggapan). Gagne melihat proses pembelajaran sebagai langkah-langkah individu memproses maklumat. Ausubel pula telah mengemukakan pembelajaran resepsi dan bermakna. Seterusnya, Bruner mengemukakan pembentukan konsep dan pembelajaran penemuan.

EDU3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

691120085586

1.3 Teori Pembelajaran Humanis Ahli-ahli psikologi humanis Maslow dan Carl Rogers, melihat manusia sebagai makhluk yang istimewa yang mempunyai keupayaan belajar yang berbeza antara setiap individu dengan individu yang lain. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diatur mengikut kehendak dan perkembangan emosi murid sendiri. Setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah memahami kendiri murid dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat dikembangkan ke tahap optimum. Gagne dan Berliner (1991) menyenaraikan lima objektif asas pendidikan daripada pandangan humanisme: 1. Memupuk pembelajaran arah kendiri 2. Mengembangkan keupayaan pembelajaran 3. Mengembangkan kreativiiti dan pemikiran bercapah 4. Mengembangkan daya ingin tahu penerokaan 5. Mengembangkan kecenderungan seni dan emosi Matlamat pendekatan humanis adalah untuk menyediakan asas kepada perkembangan personal supaya pembelajaran sepanjang hayat berbentuk arahan kendiri dapat berlaku (DeCarvalho, 1991). Kesimpulannya, Pendekatan humanisme melihat pelajar sebagai insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan uantuk belajar dan berkembang dalam situasi pembelajaran, hubungan dan penerimaan guru dan rakan-rakan ialah faktor penting dalam menghadapi pembelajaran.

EDU3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

691120085586

1.4 Teori Pembelajaran Konstruktivisme Konstruktivisme adalah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan dalam minda antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Oleh itu, konstruktivisme juga dikenali sebagai fahaman binaan. Seterusnya, menurut Woolfolk (1998), dalam bukunya Educational Psychology, Constructivist perspectives view the emphasises the active role of the learner in building understanding and making sense of information. Dari kenyataan ini jelas menunjukkan mengikt teori konstruktivisme, pelajar perlu memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari. Konstruktivisme bukanlah satu konsep baru, ia berasal dari bidang falsafah dan telah digunakan dalam bidang sosiologi dan antropologi dan juga dalam bidang psikologi kognitif dan pendidikan. Menurut tokoh asas konstruktivisme, Jean Piaget dan Lev Vygotsky, teori pembelajaran konstruktivisme mempunyai asas teori kognitif dengan penekanan diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahun berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada kepada pengetahuan atau pegalaman baru. Teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget dikenali sebagai konstruktivisme psikologi/individu/kognitif iaitu keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat melalui adaptasi asimilasi dan akomodasi. Manakala teori yang dianjurkan oleh Lev Vygotsky ialah kontruktivisme sosial lebih menekankan kepada hubungan dan bimbingan orang lain ke atas pembelajaran individu melalui zon perkembangan terdekat.

EDU3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

691120085586

1.5 Teori Pembelajaran Sosial Tokoh teori sosial, albert Bandura (1986, 1977, 1998, 2000) menegaskan pembelajaran melalui proses pemodelan, iaitu pembelajaran melalui proses peniruan atau pemerhatian. Ia menyatakan bahawa faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran (Santrock, 2001). Faktor kognitif akan mempengaruhi jangkaan pelajar tentang kejayaannya, sementara faktor sosial termasuk pemerhatian pelajar tentang tingkah laku dan pencapaian ibu bapanya, akan mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut. Teori ini berpendapat pembelajaran meliputi bukan sahaja tingkah laku manusia yang nyata tetapi meliputi aspek pemikiran dalaman. Secara semulajadi manusia belajar melalui proses peniruan. Individu meniru bukan sahaja tingkah laku yang baik, tetapi juga tingkah laku yang tidak diterima masyarakat. Kanak-kanak meniru tingkah laku yang diperhatikan, terutama tingkah laku yang mendapat peneguhan. Terdapat tiga bentuk peniruan, iaitu: 1. Peniruan secara langsung berlaku secara langsung. 2. Peniruan sekat laluan dan tak sekat laluan tindakan dalam semua situasi dan tindakan yang dalam situasi tertentu sahaja. 3. Peniruan elisitasi melibatkan emosi dan keinginan Kesimpulannya, terdapat pelbagai teori pengajaran dan pembelajaran yang telah dikaji oleh ahli-ahli psikologi dan teori-teori ini boleh digunakan oleh guru-guru dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Di samping itu, guru-guru perlulah memahami pendekatanpendekatan yang boleg digunakan berdasarkan teori-teori pengajaran dan pembelajaran yang ada.

EDU3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

691120085586

6. MENGAPLIKASIKAN TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL, BEHAVIORIS DAN KOGNITIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. 1. Aplikasi Teori Pembelajaran Sosial dalam Pengajaran dan

Pembelajaran. Pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan, dengan memberi peluang kepada murid untuk memerhati dan mencontohi pelbagai tingkah laku yang diingini. Oleh itu, guru memilih model yang ada ketokohan untuk dijadikan teladan di dalam kelas. Guru perlu menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku. Guru sebagai role model dengan menunjukkan tingkah laku yang positif. Pastikan pelajar memahami tingkah laku yang positif dan kukuhkan dengan jelas. Intensif, pengukuhan dan sokongan moral hendaklah diberi bagi menggalakkan berlakunya tingkah laku yang baik dalam kalangan murid-murid kita. Ulang dan tegaskan langkah yang penting dan beritahu sebab atau kewajarannya. Akhirnya paparkan hasilan terbaik untuk membolehkan murid terus berusaha dan merangsang pelajar lain berusaha sebagaimana murid berkenaan. Ini akan menimbulkan keinginan pelajar lain untuk mengikutnya.

EDU3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

691120085586

2. Aplikasi Teori Pembelajaran Behaviorisme dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Aplikasi pembelajaran masteri adalah berasaskan pengajaran berpusat pelajar dan berlaku dalam kumpulan. Bagaimanapun, terdapat juga strategi pengajaran masteri yang berbentuk individu atau pelajar belajar sendiri. Untuk menngunakan pendekatan masteri, guru mesti mmenetapkan matlamat yang spesifik, pecahkan sesuatu unit kepada tajuk-tajuk kecil. Setiap tajuk mengandungi beberapa objektif khusus. Guru perlu memberitahu objektif dan kriteria yang hendak dicapai, pelajar yang tidak mencapai tahap minimum boleh mengulang semula, sebelum beralih ke tajuk kecil yang lain. Guru berperanan sebagai fasilitator, dengan membimbing dan mengaturkan bantuan dalam kumpulan kooperatif. Sekiranya tidak mempunyai masa atau tenaga, guru boleh mengadaptasi pengajaran masteri ini dalam bilik darjah biasa. Dengan memulakan pengajaran pada penegasan objektif yang perlu dicapai, kemudian memberi ujian kefahaman pada tajuk-tajuk kecil. Jika pelajar mencapai tahap masteri yang telah ditetapkan, pelajar tersebut bolehlah diberi aktiviti pengayaan, seperti memberi tugasan simulasi komputer, projek kajian atau menyelesaikan masalah kreatif.

EDU3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

691120085586

3. Aplikasi

Teori

Pembelajaran

Kognitif

dalam

Pengajaran

dan

Pembelajaran. Guru memberi peluang kepada murid untuk meneroka dan membekalkan mereka dengan maklumat yang penting. Pembelajaran penemuan merupakan pembelajaran dalam bentuk inkuiri. Proses ini melibatkan situasi penyelesaian masalah yang dilalui sendiri oleh pelajar. Pelajar perlu mengaitkan dengan pengalaman lepas dengan pengetahuan semasa untuk menemukan maklumat yang baharu yang sedang dipelajari. Guru berperanan sebagai fasilitator, dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara semulajadi pelajar berinteraksi dengan alam sekeling melalui penerokaan objek, penyelesaian masalah serta membuat ujikaji. Maklumat yang diperolehi sendiri akan membolehkan maklumat baharu diingati. Proses inkuiri ini memerlukan pelajar meninjau masalah, meneliti pelbagai alternatif dan data, membuat hipotesis sebelum membuat rumusan. Dengan ini proses pembelajaran aktif berlaku.

EDU3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

10

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

691120085586

7. MASALAH YANG DIHADAPI SEMASA MENGAPLIKASIKAN TEORITEORI PEMBELAJARAN TERSEBUT SERTA CADANGAN MENGATASINYA.

Setiap teori perkembangan terdapat beberapa cara bagi membantu pelajar dalam perkembangan mereka yang mempunyai masalah ketika pembelajaran. Bagi teori perkembangan kognitif, ianya lebih menumpukan kepada perkembangan minda mereka. Masalah yang dihadapi ialah, seorang anak murid di dalam kelas suka bertanya kepada guru dengan pelbagai pertanyaan. Murid ini akan bertanya tanpa mengira tempat, masa dan keadaan apabila ingin bertanya. Ini kerana murid ini sentiasa ingin tahu mengenai sesuatu perkara yang tidak difahaminya. Sebagai seorang guru, apabila berada di dalam situasi begini mereka perlu menjawab sedaya upaya pertanyaan anak murid ini. Guru perlu menjawab setiap pertanyaan murid ini dengan tanpa rasa jemu. Bagi mengatasi masalah ini guru boleh mewujudkan sesi soal jawab ketika di waktu akhir pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini penting kerana komunikasi dua hala diperlukan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ini bermakna guru akan memberikan peluang kepada murid untuk bertanya apa sahaja soalan semasa sesi tersebut. Oleh demikian, murid ini akan memahami waktu yang sesuai untuk bertanya pada guru apabila tidak memahami sesuatu perkara itu.

EDU3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

11

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

691120085586

Masalah kedua pula ialah seorang murid mengalami masalah daya ingatan yang lemah ketika di dalam kelas. Murid ini tidak dapat mengingati sesuatu yang baru diajar oleh guru ketika di dalam kelas dalam tempoh 1 minit sahaja. Kebiasaanya seseorang murid akan mengingati sesuatu perkara yang baru diajar lebih dari 5 minit. Tetapi murid ini tidak dapat mengingatinya. Apabila guru menunjukkan huruf A dan mengarahkan murid ini untuk menyebut huruf A, murid ini boleh menyebut huruf tersebut tanpa dapat mengecam bentuk huruf itu. Selepas 1 minit, guru bertanya semula huruf yang sama kepada murid ini. Murid ini hanya mendiamkan diri dan tidak menyebut huruf tersebut. Ini disebabkan maklumat baru yang diterima sebelum ini tidak dapat disimpan di dalam memori mereka. Oleh itu, mereka tidak dapat menjawab apabila ditanya oleh guru. Dalam masalah ini, ada beberapa cara boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut. Pertama, guru boleh menggunakan kad-kad huruf bersaiz besar yang berwarna dan bergambar bagi menarik minat murid ini untuk belajar dan mengecam bentuk huruf tersebut. Seterusnya, guru meminta murid menyebut sesuatu huruf itu secara berulang-ulang. Selain itu, bagi memudahkan murid ini mengingati abjad, guru boleh mengajar dalam bentuk nyanyian. Dengan cara begini, murid akan menghafal dan secara tidak langsung dapat menyebut huruf tersebut. Guru akan mengajar murid ini untuk memakai baju dengan betul dan cara melipat baju dengan betul dan kemas. Murid ini boleh menerima dan memahami arahan dan terbukti murid ini dapat melakukan aktiviti ini walaupun tidak dapat bercakap.

EDU3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

12

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

691120085586

Bagi teori perkembangan sosial pula ialah merupakan tentang perkembangan manusia berdasarkan jangka masa kehidupan mereka. Teori ini menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial. Perkembangan sosial ini membentuk personaliti kanak-kanak. Sebagai contoh, seorang murid mengalami masalah menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah baru. Murid ini baru bertukar dan mengalami perubahan dengan keadaan persekitarannya. Bagi menyelesaikan masalah ini, guru perlu bijak untuk menarik minatnya ketika di dalam kelas. Guru boleh meminta semua pelajar menyanyi beramai-ramai supaya murid ini rasa minat untuk menyanyi bersamasama. Kemudian memperkenalkan murid ini kepada murid lain. Ini merupakan satu kaedah yang berkesan untuk dipraktikkan. Masalah kedua ialah masalah murid slow learner yang merasa rendah diri terhadap keupayaan dirinya. Ini akan memberi kesan kepada hubungan sosial dan persekitarannya. Murid ini berumur 12 tahun dan boleh membatangkan suku yang melibatkan diftong dan suku kata terbuka. Jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal yang seusianya mereka telah lancar membaca. Oleh itu, wujud perasaan rendah diri dalam dirinya. Penyelesaian bagi masalah ini ialah, guru perlu menggunakan pendekatan psikologi. Guru perlu menyakinkan dan memberi semangat bahawa murid ini mempunyai kelebihan dan kekuatan yang tersendiri dalam dirinya. Perasaan rendah diri tidak perlu wujud kerana murid ini dapat menguasai lebih banyak kemahiran yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan sehariannya.

EDU3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

13

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

691120085586

Ilmu ini lebih penting untuk kehidupan mereka yang seterusnya. Murid ini juga pernah mewakili sukan dalam acara melontar peluru dan memenangi pingat perak. Ini membuktikan murid ini boleh berjaya dan dapat mebina hubungan sosial dan persekitarannya. Tahap perkembangan moral adalah ukuran dari tinggi rendahnya moral seseorang berdasarkan perkembangan penalaran moralnya seperti yang diungkapkan oleh Lawrence Kohlberg. Sebagai contoh, seorang murid tidak menyiapkan tugas yang diberikan oleh guru. Guru menghukum murid tersebut. Dari segi moral guru akan dianggap bersalah berdasarkan prinsip orientasi kehukuman dan kepatuhan. Penyelesaiannya guru boleh menggunakan strategi pengajaran yang berkesan untuk menarik murid ini membuat kerja sekolahnya. Contohnya menggunakan kaedah token dan ganjaran. Murid lebih tertarik dan akan mebuat kerja sekolah dengan bersungguh-sungguh. Masalah kedua ialah murid telah melanggar peraturan sekolah. Murid ini dianggap telah menyalahi dari segi moral. Ini sejajar dengan konsep perkembangan moral Kohlberg pada tahap keempat iaitu orientasi kepatuhan dan ketertiban. Murid telah melanggar displin sekolah sebagai contoh datang ke sekolah lewat atau ponteng sekolah. Sebagai seorang guru, anda boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan kaedah yang betul. Pertama anda perlu memanggil ibu bapa dan menjelaskan kedudukan yang sebenar. Amaran peringkat pertama perlu diberikan supaya perkara sebegini tidak berlaku lagi. Guru juga perlu memberi kaunseling kepada murid supaya mereka tidak mengulanginya semula.

EDU3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

14

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

691120085586

Rumusan. Teori pembelajaran amat penting bagi membantu guru memilih strategi dan membantu pelajar secara optimum. Teori pembelajaran behaviorisme, sosial, kognitif, konstruktivisme dan humanisme dapat dimanfaatkan pada semua peringkat pembelajaran. Teori pelaziman klasik membuktikan perlakuan manusia, emosi dan sikap dapat dipupuk dan dibentuk melalui pengulangan dan latihan. Peneguhan positif dapat diberikan dalam bentuk ganjaran material dan non-verbal. Peneguhan positif dapat mengekalkan dan mengukuhkan tingkah laku. Tingkah laku akan diulangi atau diteruskan jika individu berasa puas hati dan seronok. Peneguhan negatif akan meningkatkan kemungkinan tingkah laku diulangi apabila rangsangan yang tidak selesa ditiadakan. Dendaan dan hukuman memungkinkan tingkah laku tidak diulangi. Untuk membentuk tingkah laku ke arah mencapai sesuatu matlamat, berikan peneguhan secara berterusan. Setelah matlamat tercapai, berikan peneguhan secara berkala. Hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan dapat dimanfaatkan untuk mendapatkan pembelajaran yang berkesan berlaku. Pembelajaran melalui peniruan melibatkan tumpuan perhatian, ingatan, pengeluaran dan motivasi peneguhan. Pembelajaran berlaku dalam bentuk hierarki daripada pembelajaran isyarat kepada pembelajaran penyelesaian masalah. Teori konstruktivisme mengemukakan konstruktivisme psikologi dan sosial, iaitu maklumat yang disampaikan guru digabungkan dan disusun semula dalam struktur kognitif pelajar.

EDU3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

15

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

691120085586

Pendidikan kanak-kanak adalah untuk menyediakan mereka menghadapi alam dewasa. Dengan itu, anak-anak hendaklah dididik untuk menghadapi zamannya, sesuai dengan keperluan semasa. Pada peringkat sekolah rendah, kanak-kanak hendaklah didik dengan etika dan berdisiplin serta mematuhi peraturan sosial. Semua bentuk teori pembelajaran, khususnya teori behaviorisme, sosial dan humanisme sesuain diaplikasikan dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Tingkah laku kanak-kanakcberkeperluan khas dapat dibentuk dan dimodifasikan melalui teknik-teknik modifasi tingkah laku berasaskan teori behaviorisme.

EDU3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

16

You might also like