You are on page 1of 23

Peperiksaan Percubaan 2011 / Pengajian Am 900/2

* SULIT

SKEMA PEMARKAHAN PENGAJIAN AM KERTAS 2


BAHAGIAN A DAN B (KARANGAN) Markah Penuh : Bahagian A ( 25m ), Bahagian B ( 25m ). A. Pemberian markah karangan akan berasaskan kepada perkara-perkara berikut. 1. Isi dan Idea (I) 4 markah 2. Huraian (H) 12 markah 3. Kemahiran Kebahasaan (B) 5 markah 4. Impak / Keberkesanan (K) 4 markah -------------25 markah -------------B. Cara pemberian markah. 1. Pemarkahan Bahasa (5m) a) Bagi 8 kesalahan ejaan atau tanda baca, potong 1 markah. Bagi 4 kesalahan struktur ayat, potong 1 markah dengan mengambil ingatan apa-apa kesalahan yang terdapat di dalamnya tidak diambil kira. b) Kesalahan yang sama dan diulang tidak dipotong markah, demikian juga ejaan yang sejenis. 2. 1 markah minimum diberi untuk markah bahasa dan juga bagi jawapan yang terdiri daripada satu ayat bagi setiap perenggan. Markah minima bagi bahasa ialah 1m. 3. Kepanjangan karangan Karangan hendaklah tidak melebihi 350 patah perkataan. Karangan yang selebihnya tidak perlu diperiksa. 4. Markah maksimum untuk bahasa berdasarkan kepada kepanjangan karangan adalah seperti berikut ; Lebih daripada 250 patah perkataan : 5 markah 151 hingga 250 patah perkataan : 4 markah 101 hingga 150 patah perkataan : 3 markah 51 hingga 100 patah perkataan : 2 markah Kurang daripada 50 patah perkataan : 1 markah 5. Karangan yang tidak langsung membincangkan tajuk (menyeleweng sepenuhnya) diberi markah 1 (1/25). 6. Perhatikan bahawa markah tidak diberi untuk butiran yang diulang-ulang.

Peperiksaan Percubaan 2011 / Pengajian Am 900/2 BAHAGIAN C (i) Soalan Kefahaman Pemberian Markah. Markah penuh : 2 markah. Kriteria Isi lengkap Tiada kesalahan bahasa Isi lengkap Ada kesalahan bahasa Sekiranya jawapan berkaitan disalin sepenuhnya daripada petikan Isi salah / salin sepenuhnya petikan

* SULIT

Markah Catatan 2 Sekiranya calon menggunakan ayat / bahasa sendiri 1 Sekiranya calon menggunakan ayat / bahasa sendiri 1 - disalin sepenuhnya - sebahagian / tebuk-tebuk 0 - dari mula disalin sampai akhir - disalin sepenuhnya tanpa perubahan

Nota : Sekiranya terdapat lebih daripada dua ayat, hanya ayat pertama sahaja yang diterima sebagai jawapan. (ii) Soalan ulasan Pemberian markah Markah penuh : 8 markah Pemarkahan: Markah penuh. Idea 2 (2 x 1 markah) Huraian 4 (2 x 2 markah) Bahasa 2 markah -------------8 markah -------------Nota : 1. Jawapan tidak melebihi 50 patah perkataan. 2. Jawapan dalam bentuk catatan ringkas / point form - tidak diterima (01/8 : markah bahasa sahaja)

Peperiksaan Percubaan 2011 / Pengajian Am 900/2 BAHAGIAN D Cara Pemberian Markah. Ciri jawapan. 1. Pengkelasan pemboleh ubah (4 markah) PA a) Paksi b) Maklumat pembolehubah - peratusan, klasifikasi sektor, nilai - bidang /sektor, kedudukan, peratusan yang diperlukan untuk carta / jadual 2. Kesesuaian teknik (4 markah) KT a) Pemilihan media b) Kedudukan media pada muka kertas c) Letakan / susun atur d) Kedudukan petunjuk - sebaik-baiknya di bawah, di kiri e) Kedudukan tajuk - mesti di atas, di tengah dan sama ada dalam Title Case atau UPPER CASE f) Sumber - mesti bahagian bawah di sebelah kanan. 3. Ketepatan isi (4 markah) a) Keterangan maklumat b) Label peratusan, tahun c) Perangkaan d) Skala / nisbah e) Petunjuk f) Tajuk g) Titik asas ( 0 ) h) Sumber 4. Kejelasan (3 markah) Perincian markah. Pengkelasan pemboleh ubah (PA) Kesesuaian teknik (KT) Ketepatan isi (KI) Kejelasan (KJ) KI

* SULIT

KJ : 4 markah : 4 markah : 4 markah : 3 markah. ---------------15 markah ---------------

Peperiksaan Percubaan 2011 / Pengajian Am 900/2 Perincian Skema Pemarkahan. A B Salah media-rujuk jadual Maklumat salah. 1. Tiada tajuk/salah tajuk/tiada tahun pada tajuk/tiada tempat 2.Tiada petunjuk/petunjuk pada muka surat lain 3.Tiada peratus/salah nilai atau unit di paksi/ jumlah besar Cartai pai perbandingan 1.(a) Dua bulatan penuh (lengkap) (b) Dua bulatan penuh tetapi siap 3-5 sektor sahaja (c) Dua bulatan penuh tetapi siap 1-2 sektor sahaja 2. Salah/tiada nisbah jejari/salah aplikasi 3. Tiada jumlah besar, tetapi ada nilai sebenar di dalamnya. 4. Dua carta pai yang siap, tetapi di lokasi berbeza dan tiada label tahun (sukar dibandingkan) 5. Tidak siap/siap satu bulatan sahaja. Konsep perbandingan tidak ada. 6. Carta berada pada muka surat berlainan dan tidak lengkap. Rujuk jadual 7. Dua carta pai, tetapi salah satu salah maklumat. Cth. Peratus, jumlah besar dll. 1. (a) Sumber tidak lengkap (b) Tiada sumber 2. Jika jawapan hanya jadual sahaja. PA 1 1 1 4 3 2 4 4 1 1 1 4 4 KT 1 1 1 4 3 2 4 2 1 1 1 4 4 KI 1 1 1 4 3 2 2 4 1 1 1 3 3 KJ 1 1 1 3 2 1 2 2 1 1 1 2 2 -

* SULIT

JUM 1/15 6/15 6/15 6/15 15 11/15 7/15 13/15 12/15 4/15 4/15 3/15 6/15 14/15 13/15 3/15

BAHAGIAN E Pemarkahan * Idea / Isi (I) * Huraian dan penjelasan (H) Kebahasan (B) Rumusan / Kesimpulan (R) - 4 markah - 8 markah - 1 markah - 2 markah --------------15 markah ---------------

Peperiksaan Percubaan 2011 / Pengajian Am 900/2

* SULIT

KERTAS 2 Skema Jawapan


Bahagian A

Soalan 1 1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran. Bincangkan kepentingan perpaduan dalam konteks Malaysia dan cara-cara memupuk perpaduan di sekolah. Skema pemarkahan Pengenalan Perpaduan sememangnya telah menjadi teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak negara mencapai kemerdekaan. Kerajaan telah memperkenalkan konsep1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat di negara ini. Sekolah merupakan antara institusi penting bagi merealisasikan hasrat ini. Bil Idea/Isi A. Kepentingan perpaduan Menjadi sebuah negara merdeka Huraian

- Pelbagai ranjau dan duri yang telah dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. - Hasil perpaduan masyarakat ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. - Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada nenek moyang yang harus dikekalkan agar masyarakat kini dapat hidup harmonis tanpa campur tangan anasir luar. - Menggalakkan semangat kekitaan dan menghapuskan sikap mementingkan diri sendiri. - Semangat ini akan mengelakkan berlaku permusuhan antara kaum. - Akibatnya, wujudlah keharmonian antara kaum dan mengurangkan isu perkauman. - Menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmonis di bawah satu bumbung. - Perpaduan antara kaum berjaya melahirkan suasana yang

2.

Mewujudkan semangat kekitaan dalam masyarakat

3.

Membangunkan ekonomi negara

Peperiksaan Percubaan 2011 / Pengajian Am 900/2

* SULIT

harmonis. - Menarik minat pelabur asing dan menggalakkan perkembangan industri pelancongan di negara ini. - Kedua-dua kegiatan ini dapat menyediakan peluang pekerjaan dan seterusnya mengembangkan ekonomi negara. 4. Merealisasikan wawasan negara. - Perpaduan dapat mengekalkan keharmonian dan kedamaian rakyat di Malaysia. - Kedamaian dan kesejahteraan dapat mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain. - Justeru, cabaran pertama dalam merealisasikan Wawasan 2020 dapat diatasi.

B. Cara-cara memupuk perpaduan di sekolah 5. Memantapkan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan - Keseragaman sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa pengantar. - Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, telah mewujudkan generasi daripada pelbagai etnik yang lebih memahami antara satu sama lain dan mengelakkan prasangka kaum. - Setiap subjek yang diajar di sekolah harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. - Pendedahan kepada nilai-nilai yang sama seperti perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. - Aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat yang disertai oleh kumpulan etnik membolehkan pelajar berinteraksi dan melaksanakan aktiviti-aktiviti bersama. - Memastikan agar semua kaum dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di bandar atau di luar bandar /antara Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan. - Pelajar-pelajar berhak untuk bersekolah di mana-mana sekolah di negara kita. - Dengan ini sekolah dapat memupuk proses integrasi antara etnik. - Sekolah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan

6.

Aktiviti sekolah sebagai medium perpaduan

7.

Pendemokrasian pendidikan

8.

Pelaksanaan Sekolah Wawasan

Peperiksaan Percubaan 2011 / Pengajian Am 900/2

* SULIT

agama. - Membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama. - Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan atau integrasi antara murid yang berlainan etnik dan agama. - Melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti. 9. Pelaksanaan sekolah satu aliran - Sistem yang menggunakan satu bahasa pengantar sahaja di sekolah. - Tidak akan menghapuskan bahasa ibunda kaum-kaum lain (dijadikan mata pelajaran elektif). - Boleh bergaul secara meluas dan memahami budaya kaum-kaum lain. - Semangat perkauman akan dapat dihapuskan. - Pergaulan antara pelbagai etnik menjadikan mereka lebih bertoleransi antara satu sama lain.

Kesimpulan. Kita seharusnya mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Pendidikan merupakan medium terpenting bagi mewujudkan perpaduan antara etnik. Kegagalan sekolah dalam proses integrasi akan menyebabkan kegagalan integrasi dalam pendidikan di negara ini. Jawapan : Mana-mana 2 + 2

Soalan 2 Pengangkutan awam dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna. Namun, masyarakat kita kurang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini. Huraikan. Skema Pemarkahan Pendahuluan : Pengangkutan awam merujuk pada kenderaan perkhidmatan awam, yang digunakan untuk mengangkut penumpang, dan dibayar sejumlah wang tertentu sebagai perkhidmatan untuk sesuatu perjalanan. Kemudahan pengangkutan awam ini sangat baik tetapi kebanyakan masyarakat kita kurang berminat untuk menggunakannya. Bil Idea Huraian
7

Peperiksaan Percubaan 2011 / Pengajian Am 900/2 A: Kebaikan 1. Menjimatkan kos / perbelanjaan

* SULIT

- Harga tambang yang berpatutan, membolehkan pengguna pergi ke mana-mana destinasi dengan mudah. - Tidak perlu membelanjakan wang untuk membeli bahan api / minyak, yang harganya semakin meningkat. - Tidak perlu membayar tol dan bil parkir untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. - Perkhidmatan pengangkutan awam akan mengurangkan bilangan kenderaan persendirian terutamanya di bandarbandar besar seperti Kuala Lumpur. - Apabila masyarakat menggunakan pengangkutan awam dalam urusan seharian, mereka dapat mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya. - Hal ini menyebabkan pergerakan trafik lebih lancar, terutama di bandar-bandar besar. - Pengurangan kenderaan di jalan raya, mengurangkan risiko kemalangan terutamanya semasa musim perayaan dan pada waktu puncak. - Penggunaan pengangkutan awam, seperti bas, kereta api, LRT atau monorel, dapat meminimakan kes kemalangan di jalan raya. - Masyarakat pelbagai kaum akan menaiki pengangkutan awam ke pelbagai destinasi. - Interaksi sosial, secara tidak langsung akan berlaku sepanjang perjalanan itu. - Penggunaan pengangkutan awam yang berterusan oleh masyarakat majmuk di negara kita, sudah tentu dapat mengeratkan silaturahim.

2.

Mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas

3.

Mengurangkan kadar kemalangan

4.

Mewujudkan interaksi sosial

B. Punca 5. Mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan - Sesetengah pemandu pengangkutan awam tidak mematuhi jadual perjalanan menyebabkan pengguna sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal dihadapi oleh mereka. - Hal ini menyebabkan mereka tidak mahu menanggung risiko untuk sampai lewat ke tempat kerja atau ke manamana destinasi. - Bilangan penumpang yang terlalu ramai, menimbulkan kesesakan dalam bas dan monorel, menyebabkan penumpang tidak selesa. - Kekerapan jadual perjalanan bas yang terlalu lama, tiada kemudahan penyaman udara atau rosak, kusyen yang rosak, menyebabkan pengguna tidak selesa dan enggan menggunakan perkhidmatan awam.

Peperiksaan Percubaan 2011 / Pengajian Am 900/2 6.

* SULIT

Sistem aliran pengangkutan - Rangkaian pengangkutan awam di negara kita terdiri awam tidak bersepadu daripada pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel - Penumpang terpaksa bergerak ke stesyen yang lain untuk meneruskan perjalanan. - Hal ini menyukarkan penumpang terutamanya warga tua dan orang kelainan upaya (OKU). Risiko menjadi mangsa jenayah - Sikap sesetengah penumpang lelaki dan segelintir pemandu bas atau teksi yang tidak sopan, dan keterlaluan, sehingga melakukan pelbagai jenis jenayah seksual, menyebabkan golongan wanita takut atau trauma untuk menggunakan pengangkutan awam. - Wujud aktiviti seluk saku dalam kalangan penumpang. - Sesetengah masyarakat menganggap mereka yang menggunakan perkhidmatan ini berstatus rendah, tidak berkemampuan atau miskin. - Hal ini menyebabkan mereka malu untuk menggunakan pengangkutan awam.

7.

8.

Sikap negatif masyarakat

Kesimpulan Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam menyumbang banyak manfaat. Oleh itu, masyarakat digalakkan mengguna pengangkutan awam. Pilihan Jawapan : Mana-mana 2 + 2

Bahagian B Soalan 3 Air banjir mengandungi bahan toksik, najis haiwan dan manusia yang mewujudkan pelbagai penyakit berjangkit. Jelaskan bagaimana air banjir menjadi punca penyakit berjangkit tersebut dan langkah yang perlu diambil untuk mengawalnya. Skema pemarkahan Pengenalan Kejadian banjir yang seringkali melanda negara banyak mengundang pelbagai masalah dan risiko kepada penduduk setempat. Masalah kekurangan bekalan air bersih dan makanan merupakan satu isu penting pada musim banjir dan manusia terdedah kepada pelbagai penyakit berjangkit. Bil Idea/Isi Huraian

Peperiksaan Percubaan 2011 / Pengajian Am 900/2 A : Punca 1. Sumber air yang tercemar

* SULIT

- Apabila banjir, air akan menenggelami seluruh muka bumi termasuklah tempat peliharaan haiwan dan kumbahan. - Air banjir yang dicemari dengan pelbagai kotoran membawa bermacam-macam kuman air terutamanya virus dan bakteria yang boleh disebarkan melalui air, makanan dan pembawa penyakit. - Semasa banjir, penyakit berjangkit bawaan virus dan bakteria ini terus meningkat kerana masalah kebersihan seperti kekurangan kemudahan tempat membuang air, kebersihan diri dan makanan. Contohnya: Penyakit Diarrhoeal (cirit-birit), Demam Kepialu, Taun (Kolera) dan Hepatitis A dan E. - Banjir boleh memberikan kesan kepada ekologi sesetengah spesies dan mengubah cara pemindahan asal penyakit. - Peningkatan hujan serta banjir di kawasan tertentu, akan meningkatkan jumlah komuniti tikus. - Leptrospirosis merupakan satu jenis penyakit disebabkan oleh haiwan yang mempunyai bakteria patogen yang dipindahkan melalui urin binatang kepada manusia. - Urin ini boleh memasuki badan manusia melalui kulit atau air minuman yang tercemar. - Patogen akan memasuki sistem peredaran darah dan mengganggu fungsi buah pinggang dan urin manusia. Contohnya: Hantavirus (HPS), Leptrospirosis - Air banjir menyebabkan tahap kelembapan tanah meningkat. - Tanah yang dicemari oleh banjir meningkatkan penghasilan telur-telur cacing. - Cacing parasit dan telur-telurnya amat mudah memasuki badan manusia dengan menembusi kulit dan seterusnya menyerang darah dan hati. - Pemindahan penyakit daripada cacing kepada manusia dianggap lengkap kitarannya apabila cacing tersebut menyerang air kencing dan najis manusia serta terus berjangkit kepada individu lain melalui telur cacing yang terdapat dalam air kencing dan najis di kalangan individu yang telah dijangkiti. Contohnya: Schistosomiasis - Selepas kejadian banjir, banyak kawasan yang rendah ditakungi air. - Kawasan yang bertakung merupakan kawasan yang sesuai untuk pembiakan nyamuk tiruk yang menyebabkan demam Malaria. - Malaria merupakan penyakit parasit yang dipindahkan melalui gigitan nyamuk betina ke dalam aliran darah dari
10

2.

Urin spesies haiwan, cth : tikus

3.

Peningkatan kelembapan tanah

4.

Air banjir yang bertakung

Peperiksaan Percubaan 2011 / Pengajian Am 900/2 seorang manusia ke manusia lain. B : Langkah 4. Penjagaan kebersihan semasa banjir

* SULIT

- Membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan, selepas ke tandas, selepas membuat aktiviti pembersihan dan selepas menyentuh barang-barang yang dicemari oleh air banjir . - Menggunakan air bersih dan terawat bagi aktiviti harian. - Makan makanan yang bersih dan selamat sahaja. - Masak makanan hingga sempurna dan simpan di dalam bekas yang bersih dan bertutup. - Makan sebaik sahaja makanan siap dimasak dan jangan menyimpan makanan yang telah dimasak lebih dari 4 jam. - Elakkan daripada memakan makanan mentah yang tidak dibasuh atau terendam dalam air banjir. - Masak air hingga mencapai takat didih (dibiarkan mendidih 2 hingga 3 minit). - Gunakan klorin untuk merawat air (mengikut sukatan yang ditetapkan). - Mengenal pasti punca dan gejala jangkitan kuman supaya boleh mendapatkan rawatan awal serta mengelakkan penyebaran kuman kepada orang lain. - Mendapatkan rawatan segera, jika terdapat tanda-tanda awal.

5.

Persediaan makanan yang bersih dan selamat

6.

Menggunakan air yang bersih dan dirawat

7.

Rawatan awal

Kesimpulan Kejadian banjir merupakan suatu bencana alam yang banyak meninggalkan impak negatif kepada penduduk di kawasan yang terlibat. Kejadian banjir sebenarnya banyak mengundang risiko penyakit berjangkit yang boleh berpunca daripada pelbagai sumber seperti virus, bakteria, nyamuk, cacing dan tikus. Bagi menghindari diri daripada penyakit berjangkit ini, aspek kebersihan perlu dititikberatkan dalam setiap tindakan seharian terutamanya pada musim banjir. Pilihan Jawapan : Mana-mana 2 + 2 Nota : 1. Pelajar mesti menulis air banjir sekurang-kurangnya sekali dalam isi yang ditulis. 2. Jika tiada air banjir di mana-mana - menyeleweng ( 01 markah )

Soalan 4

11

Peperiksaan Percubaan 2011 / Pengajian Am 900/2

* SULIT

Tabiat pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan pengambilan makanan suplemen sangat penting. Namun begitu, pengambilannya tanpa rujukan pakar kesihatan, mungkin memberi risiko kepada kesihatan badan. Bincangkan. Skema pemarkahan Pendahuluan Pengambilan makanan suplemen semakin popular dewasa ini. Walau bagaimanapun pengambilannya tanpa rujukan pakar boleh memberi impak negatif. Bil 1. Idea / Isi A : Kepentingan Untuk memulihkan / merawat penyakit Huraian - Pesakit barah memerlukan makanan yang mempunyai fiber tinggi. - Badan pesakit goiter kurang berupaya untuk menyerap khasiat makanan laut. Jadi makanan suplemen yang kaya dengan iodin penting. - Penyakit hipertensi juga boleh dikawal dengan cepat apabila mengambil makanan suplemen seperti Ling Zhi. - Penghidap Beri-Beri, digalakkan untuk mengambil suplemen vitamin B. - Kesibukan bekerja / kesuntukan masa, menyebabkan individu tiada masa untuk menyediakan makanan seimbang mengakibatkan kekurangan zat makanan . - Kita memerlukan pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, serat dan mineral, untuk mengekalkan kesihatan. - Oleh itu, makanan suplemen diperlukan sebagai pelengkap kepada pemakanan harian. - Membantu merawat kulit yang bermasalah seperti kulit kering, berkedut (penggunaan krim atau pil). - Mengurangkan kolestrol dalam darah dan melangsingkan badan atau menambahkan berat badan, dengan mengambil pil atau susu formula. - Kanak-kanak kurang selera makan wajar mengambil makanan suplemen untuk menjamin tumbesaran mereka secara normal. - Pengambilan multivitamin dan susu tepung formula, menjamin tumbesaran sel-sel otak kanak-kanak dan meningkatkan kecerdasan otak . - Pengambilan kalsium yang mencukupi dapat membina tulang yang kuat dan mengelakkan osteoporosis serta kadar kehilangan jisim tulang. - Kanak-kanak yang tidak gemar makan sayur-sayuran juga, dapat menampung kekurangan serat, untuk memudahkan proses penghadaman, dengan mengambil makanan suplemen seperti spirulina sama ada dalam
12

2.

Mengekalkan kesihatan

3.

Menjamin tumbesaran normal dalam kalangan kanak-kanak

Peperiksaan Percubaan 2011 / Pengajian Am 900/2 bentuk tablet atau cecair. 4. Meningkatkan imunisasi

* SULIT

- Pengambilan makanan suplemen seperti vitamin C, vitamin B6,dan vitamin B2, dapat meningkatkan lagi antibodi, daripada selesema atau jangkitan penyakit lain. - Makanan suplemen seperti fiber dan spirulina, dapat membersihkan sisa dan toksid, dengan mewujudkan bakteria sihat dalam kolon. - Dengan ini daya tahan penyakit seseorang akan meningkat.

B : Kesan sampingan 5. Keracunan - Makanan suplemen yang mengandungi garam mineral berlebihan boleh menyebabkan keracunan seperti ciritbirit, sakit kepala dan muntah. - Makanan suplemen yang dikatakan menyingkirkan toksid, menyebabkan pertambahan sisa toksid dan berbahaya kepada kesihatan. - Pengambilan makanan suplemen yang tidak mengikut dos, seperti mengambil pil pelangsing yang berlebihan, menyebabkan pengguna mengalami muntah-muntah, akibat kandungan bahan kimia yang berlebihan. - Pengambilan melebihi dos yang disyorkan, boleh menyebabkan kerosakan pada sistem saraf dan organ. Contohnya, pengambilan ubat penenang yang berlebihan, mendatangkan kesan buruk pada sistem saraf otak. - Makanan suplemen seperti kalsium, vitamin C dan zat besi, yang berlebihan, akan memberi kesan biarpun dalam jangka masa pendek. Menyebabkan penyakit batu karang dan kerosakan hati. - Pengambilan pil-pil vitamin atau krim kulit yang tidak sesuai dengan pengguna, boleh menyebabkan kulit kemerah-merahan, ruam, kulit mengelupas, bintik-bintik merah dan kegatalan.

6.

Kerosakan organ

7.

Alahan

8.

Risiko kepada kanak-kanak - Pengambilan makanan suplemen secara berlebihan, seperti multivitamin, tanpa mengikut dos menyebabkan tumbesaran kanak-kanak juga akan terjejas. - Dos vitamin yang tinggi (melebihi RDA), dianggap sebagai ubat, bukannya suplemen. - Makanan suplemen yang mengandungi EPA, cth: omega yang tinggi, meningkatkan tahap kecairan darah, menyebabkan pendarahan sukar dihentikan. - Makanan suplemen ini juga menyebabkan lebihan nutrien, mengakibatkan masalah obesiti.

13

Peperiksaan Percubaan 2011 / Pengajian Am 900/2

* SULIT

- Makanan suplemen yang tidak sesuai dengan umur, akan menyebabkan sakit kepala yang melampau dan muntah-muntah. 9. Risiko kepada ibu yang mengandung - Pengambilan makanan suplemen yang tidak sesuai, seperti vitamin dan susu tepung formula, boleh memudaratkan kesihatan ibu dan janin. - Kandungan melamin dalam susu, menjejaskan perkembangan janin, pembentukan otak dan fizikal janin menyebabkan kecacatan.

Kesimpulan Makanan suplemen penting untuk melengkapkan gizi makanan kita seharian. Namun begitu, dapatkan nasihat daripada dietetik untuk mengelakkan berlakunya kesan sampingan akibat pengambilan makanan ini. Pilihan Jawapan : Mana-mana 2 + 2 Bahagian C 5 (a) Pengarah Pejabat Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, Pahang, Prof. Madya Dr Muhammad Nor Omar, berkata tidak perlu mempertikaikan soal kemampuan penyelidik muda atau lama kerana bidang penyelidikan bukan pentas mencipta kepentingan peribadi. Beliau berkata, bidang itu menjadi platform mereka berbakti kepada kehidupan sejagat melalui sumbangan ilmu dan penemuan terbaru yang sentiasa dipertingkatkan bagi manfaat bersama. Gandingan bersama golongan penyelidik muda dan penyelidik lama membantu mereka belajar dan melonjakkan lagi hasil penemuan (Disesuaikan daripada Ruhaiza Rusmin, Pengkelasan Bawa Impak Negatif , My Metro, April 2009) i. Apakah keutamaan penyelidik dalam menghasilkan sesuatu Penyelidikan dan pembangunan ? Sesuatu penyelidikan dan pembangunan dihasilkan bagi membolehkan penyelidik berbakti kepada masyarakat global melalui manfaat penemuan yang telah dilakukan. ii. Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, jelaskan kepentingan Penyelidikan dan Pembangunan kepada negara kita. Kepentingan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) ialah ; 1. Penghasilan barangan yang kreatif dan inovatif. 2. Peningkatan produktiviti, cth : MARDI menghasilkan baka padi yang bermutu tinggi, berkualiti dan daya tahan yang tinggi terhadap penyakit. 3. Mewujudkan tenaga kerja yang berkemampuan untuk memantapkan hasil P&P. 4. Memperkukuhkan ekonomi dalam pelbagai bidang. 5. Meminimakan kos pengeluaran. 5 (b) ... Seseorang itu dianggap patriotik apabila tindakan dan amalannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara. Dalam dunia globalisasi dan ledakan era teknologi maklumat, semangat patriotik amat penting sekali. Tun Dr Mahathir
14

Peperiksaan Percubaan 2011 / Pengajian Am 900/2

* SULIT

Mohamed pernah mengingatkan, tanpa semangat ini, kita tidak boleh yakin kita dapat bertahan, kita dapat kekalkan hak kita. Kemungkinannya ialah kita akan tinggal nama dalam sejarah saja ... (Disesuaikan daripada Kepentingan Kemerdekaan Terhadap Masyarakat: generasipascamerdeka2010.blogspot.com) i. Apakah elemen penting yang mampu mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara kita ? Elemen penting yang mampu mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara adalah semangat patriotik. ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, terangkan cara-cara untuk memantapkan patriotisme dalam kalangan pelajar. Cara-cara untuk memantapkan patriotisme dalam kalangan masyarakat ; 1. Memantapkan dan menambah ilmu pengetahuan. - ilmu pengetahuan yang tinggi dapat memberi sumbangan kepada kemajuan negara. 2. Mengekalkan jati diri. - tidak terpengaruh dengan budaya kuning. - bangga dengan budaya sendiri. 3. Mengharumkan dan meningkatkan imej negara. - menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa. - sanggup berkorban untuk menaikkan imej negara. 4. Menghayati sejarah negara. - mengenang jasa pejuang-pejuang kemerdekaan negara. - berusaha memelihara dan mengekalkan kemerdekaan negara. 5. Menampilkan keperibadian yang tinggi. - berdisiplin dan mematuhi undang-undang negara. - mengamalkan budaya timur. 6 (a) Peningkatan purata suhu atmosfera di permukaan bumi menyebabkan suhu laut meningkat dan bakal mengancam terumbu karang di lautan. Apabila terumbu karang musnah, ikan-ikan yang bergantung kepadanya juga akan mati. Lautan adalah penyerap utama gas karbon dioksida (CO2) daripada atmosfera. Peningkatan penyerapan gas CO2 ini menyumbang secara langsung kepada turunnya nilai Ph air laut. Proses pengoksidan air laut ini akan memberi kesan kepada hidupan marin. (Disesuaikan daripada : Era Hijau, Jun 2007) i. Jelaskan bagaimana pemanasan global boleh memberi kesan kepada hidupan marin. Pemanasan global boleh memberi kesan kepada hidupan marin apabila berlakunya peningkatan suhu laut dan proses pengasidan akibat penyerapan CO2 secara berlebihan. ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemusnahan dan perubahan habitat hidupan marin.

15

Peperiksaan Percubaan 2011 / Pengajian Am 900/2

* SULIT

1. Penerokaan kawasan pinggir pantai untuk tujuan pembangunan. 2. Pencemaran laut - akibat tumpahan minyak dan pembuangan sisa domestik. 3. Fenomena El-Nino menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak. 4. Aktiviti penangkapan ikan secara berleluasa - penggunaan pukat tunda dan bom. 5. Ujian senjata nuklear. 6(b) Di Eropah dan Jepun, aplikasi laser digunakan dengan meluas berbanding di Malaysia yang penggunaannya masih belum begitu popular. Berdasarkan kajian, antara sebab utama penggunaan laser kurang mendapat sambutan adalah kerana kos peralatan dan penyelenggaraan yang tinggi. Di samping itu, sumber tenaga manusia seperti jurutera dan juruteknik yang mempunyai kepakaran untuk mengendalikan peralatan laser juga kurang ... (Disesuaikan daripada Nurbalqis Hayati binti Ahmad Najih, Penggunaan Teknologi Laser. Rencana Sains dan Teknologi, 2007) i. Jelaskan mengapa penggunaan teknologi laser masih kurang digunakan di Malaysia. Kos peralatan dan penyelenggaraan yang tinggi serta masalah kekurangan kepakaran untuk mengendalikan peralatan laser menyebabkan penggunaan laser kurang mendapat sambutan di Malaysia. ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana penggunaan laser dapat memberi sumbangan kepada kehidupan manusia Kepentingan penggunaan laser ; 1. Bidang perubatan - Dermatologi (berkaitan kulit) - rawat kulit untuk membuang tanda-tanda pada kulit. - Pembedahan - kurangkan luka dan elakkan kehilangan banyak darah - Proses berkhatan 2. Bidang keselamatan - Bidang ketenteraan, laser digunakan untuk membetulkan bidikan senjata sebelum menembak sasaran. - Polis - laser digunakan untuk mengesan kelajuan kenderaan. 3. Bidang urusniaga - Laser mengimbas kod bar pada barangan dan diterjemah ke pelbagai maklumat seperti harga, jenis dan kod barang. - Memudah dan mempercepatkan urusniaga. 4. Bidang informasi dan teknologi maklumat. - Menghasilkan kabel sebatian optik yang membolehkan cahaya laser melaluinya. - Maklumat dihantar dalam bentuk digital dengan lebih efektif dan efisien. 5. Bidang percetakan - Menggunakan pencetak laser untuk mengimbas drum dan foto kunduktif. - Imej lebih jitu, tajam dan kelihatan hidup. 6. Bidang hiburan - Pertunjukan cahaya dalam perasmian dan temasya besar, peralatan VCD dan CD untuk menonton filem atau mendengar lagu.

16

Peperiksaan Percubaan 2011 / Pengajian Am 900/2 Nota : 1. Pilih mana-mana 2 idea sahaja. 2. Jawapan tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

* SULIT

Bahagian D Soalan 7 Carta Pai Perbandingan Malaysia : Perbandingan Hasil Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun 2009 dan 2010
Hasil Kerajaan Persekutuan Pinjaman dan Penggunaan Aset Kerajaan Duti Eksport Duti Import Cukai Tak Langsung HasilBukan Cukai dan Cukai-Cukai Lain Cukai Pendapatan Jumlah RM Juta 29649.45 3088.49 2264.89 26972.77 55386.83 88536.57 205899 2009 Peratus 14.4 1.5 1.1 13.1 26.9 43 100 Sudut 51.8 5.4 4.0 47.2 96.8 154.8 360 RM Juta 41121.28 1515.99 1705.49 24445.37 48132.75 72578.12 189499 2010 Peratus 21.7 0.8 0.9 12.9 25.4 38.3 100 Sudut 78.12 2.88 3.24 46.4 91.44 137.88 360

Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2008/2009, Kementerian Kewangan Malaysia.

Malaysia : Perbandingan Hasil Kerajaan Persekutuan bagi Tahun 2009 dan 2010
2009
14,44% 1,39% 1,11% 43,06% 38,33% 13,06% 21,67% 0,83% 1,11% 12,78%

2010

26,94% RM 205,899 juta PETUNJUK

Nisbah Jejari 1 : 0.96

25,28% RM 189,499 juta

Pinjaman dan Penggunaan Aset Kerajaan Duti Eksport Duti Import Nota : Cukai Tak Langsung 1. Tulis petunjuk pada mediaCukai-Cukai(PA = Hasil Bukan Cukai dan : 13/15 Lain Cukai Pendapatan 2. Petunjuk menggunakan simbol / lambang

4, KT = 3, KI = 4, KJ = 2) : 14/15 (PA = 4, KT = 3 , KI = 4, KJ = 2 )
Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2008/2009, Kementerian Kewangan Malaysia

17

Peperiksaan Percubaan 2011 / Pengajian Am 900/2 3. Tiada / salah nisbah jejari : 13/15 (PA = 4, KT = 3 , KI = 4, KJ = 2 ) Soalan 8 Graf Bar Piramid

* SULIT

MALAYSIA : JUMLAH ENROLMEN PELAJAR DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN SWASTA MENGIKUT NEGARA-NEGARA ASAL TERPILIH BAGI TEMPOH 2006 DAN 2007
Negara-Negara Asal Thailand Iran Indonesia China Bangladesh Jumlah IPTA 464 736 1850 373 230 3653 2006 (orang) IPTS 480 1048 5691 6937 6287 20443 Jumlah 944 1784 7541 7310 6517 24096 IPTA 719 2049 3000 1160 309 7237 2007 (orang) IPTS Jumlah 429 1148 1629 3678 5454 8454 5308 6468 2197 2506 15017 22254

Disesuaikan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia 2008.


MALAYSIA : JUMLAH ENROLMEN PELAJAR DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN SWASTA MENGIKUT NEGARA-NEGARA ASAL TERPILIH BAGI TEMPOH 2006 DAN 2007 2006 Negara Thailand 2007

Iran Indonesia China Bangladesh


9000 8000 7000 6000 5000 4000 3000 2000 1000 4000 5000 1000 2000 3000 6000 7000 8000 9000

Jumlah Pelajar (orang)

Jumlah Pelajar (orang)

PETUNJUK IPTA IPTS Disesuaikan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2008

Nota : 1. Jawapan hanya graf bar piramid.

18

Peperiksaan Percubaan 2011 / Pengajian Am 900/2 2. Sekiranya tiada perkataan Terpilih dalam tajuk - salah tajuk ( 06 m ) 3. Sekiranya tahun menjadi petunjuk - 01 m Bahagian E 9.

* SULIT

Berdasarkan jadual berikut, huraikan perubahan kes keganasan rumah tangga mengikut negeri-negeri terpilih di Malaysia bagi tahun 2003 hingga 2005 (anggaran). Jelaskan langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk membendung gejala ini. Keganasan Rumah Tangga Mengikut Negeri 2003 hingga 2005* Negara Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Perak Pulau Pinang Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Jumlah * Anggaran 2003 (kes) 42 28 22 101 30 31 108 114 59 535 2004 (kes) 74 22 23 107 35 24 83 150 40 558 2005* (kes) 66 42 32 77 53 36 105 61 36 508

Disesuaikan daripada Jabatan Kebajikan Melaka, Tahun 2006) Skema jawapan Pendahuluan Masalah keganasan rumah tangga di negara kita telah mendapat perhatian daripada semua pihak terutamanya kerajaan. Akta keganasan rumah tangga telah diperkenalkan untuk menjamin mangsa mendapat perlindungan yang sewajarnya.
BIL 1. IDEA Pola jumlah keseluruhan tidak konsisten HURAIAN Tahun 2003 - 535 kes Tahun 2004 - 558 kes Tahun 2005 (anggaran) 508 kes Negeri Sembilan 2003 - 30 kes 2004 - 35 kes 2005 (anggaran) - 53 kes Kelantan 2003 - 22 kes 2004 - 23 kes PERBEZAAN PERATUS PERUBAHAN 4.30% - 8.96%

2003 - 2004 = 23 kes 2004 - 2005(anggaran) = -50 kes

2.

Pola meningkat berterusan. Negeri Sembilan dan Kelantan,

2003 - 2005 (anggaran) = 23 kes

76.67%

2003 - 2005 19

Peperiksaan Percubaan 2011 / Pengajian Am 900/2


2005 (anggaran) - 32 kes 3. Pola menurun berterusan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Pola tidak konsisten Johor, Kedah, Melaka, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Johor 2003 - 42 kes 2004 - 74 kes 2005 (anggaran) - 66 kes Kedah 2003 - 28 kes 2004 - 22 kes 2005 (anggaran) - 42 kes Melaka 2003 - 101 kes 2004 - 107 kes 2005 (anggaran) - 77 kes Perak 2003 - 31 kes 2004 - 24 kes 2005 (anggaran) - 36 kes Pulau Pinang 2003 - 108 kes 2004 - 83 kes 2005 (anggaran) - 105 kes Selangor 2003 - 114 kes 2004 - 150 kes 2005 (anggaran) - 61 kes 2003 - 2004 = 32 kes 2004 - 2005 (anggaran) = - 8 kes 2003 - 59 kes 2004 - 40 kes 2005 (anggaran) - 36 kes (anggaran) = 10 kes

* SULIT
45.45%

2003 - 2005 (anggaran) = -23 kes

-38.98%

4.

76.19% -10.81%

2003 - 2004 = -6 kes 2004 - 2005 = 20 kes 2003 - 2004 = 6 kes 2004 - 2005 (anggaran) = - 30 kes 2003 - 2004 = -7 kes 2004 - 2005 (anggaran) = 12 kes

-21.43% 90.90% 5.94% 28.04% -22.58% 50.00%

2003 - 2004 = -25 kes 2004 - 2005 (anggaran) = 22 kes 2003 - 2004 = 36 kes 2004 - 2005 (anggaran) = -89 kes

-23.15% 26.51% 31.58% -59.33%

B.

Alasan

1. Mendapat khidmat nasihat kaunselor 2. Rawatan psikiatri untuk mengawal kemarahan /emosi 3. Menghadiri kursus praperkahwinan 4. Didikan moral dan penghayatan agama 5. Mengamalkan gaya hidup sihat. Skema : 2 + 2 Idea 4m Huraian 8 m Bahasa 1m
20

Peperiksaan Percubaan 2011 / Pengajian Am 900/2 Rumus 2m ________________ Jumlah = 15 m

* SULIT

Nota : 1. Jawapan diterima sekiranya terdapat perkataan Anggaran bagi tahun 2007, di manamana sahaja dalam jawapan calon. (langkah-langkah boleh diberi markah) 2. Markah huraian data : (a) 1 markah jika calon hanya menulis data tahun asas dan tahun akhir serta perbezaan nilai mutlak. (b) 2 markah jika calon menulis data tahun asas dan tahun akhir DAN jumlah perbezaan dan perubahan peratus. (c) Tiada (0) markah jika calon hanya menulis perbezaan dan perubahan peratus.

10 Berdasarkan carta di bawah, berikan kesan rangkaian sosial dalam talian ke atas pengguna teknologi laman web. Kesan Rangkaian Sosial Dalam Talian

Internet Kos Murah Kurang Rahsia

KEBURUKAN

KEBAIKAN

Membina Kredibiliti

Laman Sesawang

Gangguan Membuang Masa

Hubungan

Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dr Maslin Masrom, Rangkaian Sosial Dalam Talian, Dewan Kosmik, Januari 2009 Skema jawapan Pendahuluan Rangkaian sosial dalam talian merupakan ciptaan masa kini yang wujud disebabkan kedudukan internet yang terkenal dalam kalangan pengguna maya. Kewujudannya memang diperlukan oleh orang ramai. Namun, penggunaannya memberi implikasi negatif kepada pengguna. Bil A 1 Idea Kebaikan Kos murah Huraian - Servis yang disediakan adalah murah.
21

Peperiksaan Percubaan 2011 / Pengajian Am 900/2

* SULIT

- Saingan syarikat telekomunikasi memberi pilihan perkhimatan yang murah. - Sesetengah capaian adalah percuma. Cth: facebook dan laman sesawang kerajaan 2 Membina kredibiliti - Keyakinan berhubung antara satu sama lain secara maya. - Boleh menawar perkhidmatan dan peluang perniagaan. - Membina laman sesawang yang canggih berbantukan teknologi terkini dan menarik perhatian pengguna. - Membina rangkaian kenalan. - Membina rangkaian perniagaan. - Mempererat hubungan yang terputus - Jejak kasih. - Perhubungan merentas sempadan. - Maklumat individu mudah didedahkan kepada pengguna lain. - Pengguna yang berniat buruk boleh menggunakan maklumat seseorang untuk niat jahat. - Merosakkan perhubungan keluarga, kawan, perniagaan dan lain-lain. - Mendedahkan keperibadian negatif untuk merendahkan reputasi seseorang pemimpin negara. - Kegagalan keselamatan sistem akibat digodam. - Kegagalan sistem perhubungan mengganggu pelbagai urusan. - Mengganggu emosi pengguna akibat perhubungan talian yang terputus. - Menghabiskan banyak masa melayari laman sesawang seperti facebook terutama dalam kalangan pelajar. - Interaksi ini boleh melalaikan individu untuk melaksanakan urusan lain yang lebih penting. - Menyebabkan ketagihan dan kebergantungan interaksi tanpa mengira masa.

Hubungan

B 4

Keburukan Kurang rahsia

Gangguan

Membuang masa

Kesimpulan Baik atau buruknya penggunaan rangkaian sosial dalam talian adalah bergantung kepada pengguna. Oleh itu, interaksi yang baik dan berkesan haruslah menjadi matlamat utama penggunaan rangkaian ini.

22

Peperiksaan Percubaan 2011 / Pengajian Am 900/2 Skema : 2 + 2 Nota : 1. Calon boleh bermula dengan kebaikan atau keburukan.

* SULIT

23

You might also like