You are on page 1of 12

[Type here]

PENULISAN KAJIAN LITERATUR (LITERATURE REVIEW) CARA PANTAS


(FASTREV) DI BLOG PERPUSTAKAAN FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Oleh

Norlaila Che Murat


norlailacm@gmail.com

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan


kemahiran penulisan kajian literature cara pantas dengan
menggunakan template FastRev melalui Blog Perpustakaan
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)..
Responden dalam kajian ini terdiri daripada 7 pelajar sarjana Kelas
Penyelidikan 1.. Kajian tindakan ini dilaksanakan dengan
menjalankan Bengkel FastRev. Penyelidikan tindakan ini telah
dilaksanakan dalam masa satu hari di makmal komputer 3
Fakulti Pendidikan, UKM. Cara pengumpulan data yang digunakan
adalah soal selidik, ujian pra dan pos serta melalui pemerhatian;
dan kemudian dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Dapatan
menunjukkan template FastRev memberi kesan positif dari segi
peningkatan kemahiran menulis kajian literatur dengan pantas.
Penyelidikan tindakan ini juga memberi peluang kepada saya
untuk mempromosikan blog Perpustakaan Fakulti Pendidikan,
UKM.

Kata kunci: Kajian literatur, penulisan bab dua tesis

ABSTRACT

This action research is aimed at improving kemhiran quick way


of writing literature review using the template FastRev via Blog
Library Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM). Respondents in this study consists of seven graduate
students Kelas Penyelidikan 1. The action research implemented
in FastRev Workshops. Action research has been carried out
within one day in the computer lab 3 Faculty of Education, UKM.
The data used were questionnaires, pre-test and post as well as
by observation; and then analyzed using descriptive analysis.
The findings show template FastRev a positive impact in terms
of improving the skills of writing literature quickly. Action research
also gives me the opportunity to promote the blog Library Faculty
of Education, UKM.

Key words: Literature Review , writing the second chapter of


the thesis

[Type here]
[Type here]

PENGENALAN
Konteks
Saya merupakan seorang guru yang menyambungkan pelajaran diperingkat sarjana di
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Semasa semester satu,
kami diberi tugasan penulisan artikel dan bab dalam buku, saya mendapati kebanyakan
pelajar semester satu termasuk saya sendiri menghadapi kekeliruan dalam mencari
kajian literatur dan mencari petikan sokongan (citation) untuk penulisan artikel. Selain itu,
pelajar juga menghadapi masalah untuk menulis rujukan gaya UKM.

Saya mendapati ramai pelajar semester satu kekurangan kemahiran menulis sorotan
literatur dengan pantas dan menepati penulisan Gaya UKM serta penggunaan sumber
yang rendah Perpustakaan Fakulti Pendidikan, UKM. Maklumat telah diperoleh melalui
pemerhatian dalam perpustakaan Fakulti Pendidikan, sesi temu bual dengan Puan
Maryam yang merupakan kakitangan PSS pada 23 Februari 2017, melalui soal selidik
terhadap pelajar dan pensyarah pada 28 Februari 2017.

Temubual dengan staff


Puan Maryam menyatakan perpustakaan tiada laman web atau blog . Laman web atau
blog diperlukan untuk memberikan maklumat terkini tentang aktiviti perpustakan.
Berdasarkan temubual itu satu blog akan dibangunkan dan ruangan info perpustakaan
akan diisi dengan info kaedah berkaitan penulisan tesis supaya ramai pelajar boleh
mendapat manfaat daripada blog Perpustakaan Fakulti Pendidikan, UKM.

Rajah 1 : Soalan temubual dengan staff Perpustakaan Fakulti Pendidikan

[Type here]
[Type here]

Soal Selidik Pensyarah dan Pelajar

Soal selidik dilakukan sebelum kajian tindakan ini dilaksanakan. Tujuan adalah untuk
melihat adalah perpustakaan Fakulti menjadi tempat untuk mencari rujukan serta
bengkel yang sesuai dijalankan. Data daripada Google Form dianalisis dan
digambarkan dalam jadual dan carta serta graf. Soal selidik dijawab oleh 11
responden ( 6 lelaki dan 5 perempuan. Terdiri daripada 1 pensyarah, 6 pelajar
sarjana dan 4 pelajar PHD.

Rajah 2 : Respon daripada Soal Selidik

8 orang (72.7%) pernah mengunjungi Perpustakaan Fpend manakala 3 orang( 27.3%)


tidak pernah mengunjungi Perpustakaan Fakulti Pendidikan. Berikut adalah sebab-sebab
yang dinyatakan mengapa mereka tidak berkunjung ke Pepustakaan Fakulti Pendidikan,
tidak mendapat maklumat daripada pusat sumber sendiri sama ada secara online atau
offline. ruang meja yang terhad dan kurang selesa berbanding di PTSL dan tidak ada
masa berkunjung ke perpustakaan.

Rajah 3 : Bengkel yang perlu dijalankan

[Type here]
[Type here]

Rajah 3 merupakan jawapan responden tentang bengkel yang perlu dilaksanakan oleh
Perpustakaan Fakulti Pendidikan. Berdasarkan carta pai berikut, 50% ( 5 orang ) memilih
bengkel Literature review. Oleh itu penyelidik berhasrat membuat satu kajian tindakan
berdasarkan bengkel kaedah penulisan kajian literatur menggunakan template FastRev.

Berdasarkan pengalaman, penyelidik turut pergi ke perpustakaan untuk meminjam tesis


untuk tugasan penulisan bab 2 (kajian literatur) tetapi tesis merupakan bahan rujukan
yang tidak boleh dibawa keluar dari perpustakaan. Jika ada satu kaedah pantas membina
kajian lepas, sudah pasti penulisan bab 2 akan menjadi lebih lancar.

OBJEKTIF KAJIAN

Meningkatkan kemahiran menulis sorotan literartur dalam kalangan pelajar


pascasiswazah dengan menggunakan kaedah FastRev.

SOALAN KAJIAN

Adakah kaedah FastRev dapat meningkatkan kemahiran menulis sorotan


literartur dalam kalangan pelajar pascasiswazah ?

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

Perancangan

Sebanyak empat aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran


menulis kajian literatur cara pantas.

1. Pengenalan kepada template FastRev


2. Paraphrasing
3. Rujukan/bibliografi
4. Citing

Pelaksanaan

Bengkel telah dijalankan pada 25 April 2017( Isnin ) di Makmal Komputer 3, Fakulti
Pendidikan UKM dengan 7 orang pelajar sarjana Kelas Penyelidikan 1. Semua bahan
perlu dimuat turun daripada lama web perpustakaan Fakulti Pendidikan. Ini bertujuan
untuk mempromosi PSS Fpend. Berikut merupakan link laman blog Fakulti Pendidikan
https://pssfpend.wordpress.com/.

[Type here]
[Type here]

Rajah 4 : Laman blog Perpustakaan Fakulti Pendidikan UKM

Pengenalan kepada template menggunakan slaid persembahan Powerpoint. Pelajar


didedahkan tentang cara memuat turun dan membuka fail yang berkaitan seperti
Template FastRev dan bahan-bahan jurnal.

Rajah 5: Muka hadapan slaid Powerpoint

Semua pelajar diajar menggunakan template FastRev secara langkah demi langkah
yang tunjukkan melalui slaid Powerpoint. Berikut merupakan aktiviti- aktiviti yang
dijalankan sepanjang bengkel FastRev :

AKTIVITI 1 (Pengenalan kepada template FastRev)


Aktiviti ini merupakan aktiviti individu. Semua pelajar diberi template FastRev. Penerangan
diberikan supaya kefahaman penggunaan template jelas. Sesi bengkel dijalankan secara
hands-on dijalankan.

[Type here]
[Type here]

AKTIVITI 2 (Paraphrasing)
Aktiviti ini merupakan aktiviti bertulis. Pelajar diberi 3 artikel Terdiri jurnal dan bab dalam
buku). Pelajar diajar parapharasing secara one statement dan multistatement. Tempoh
masa pelajar habis menjawab direkodkan.

AKTIVITI 3 (Rujukan/bibliografi)
Masih menggunakan tiga artikel jurnal dan bab dalam buku yang sama. Pelajar diajar
rujukan Gaya UKM menggunakan template FastRev. Tempoh masa pelajar habis
menjawab direkodkan.

AKTIVITI 4 (Citing)
Pelajar diberi 5 bahan jurnal. Pelajar perlu menggabungkan citing daripada tiga bahan
menjadi satu pernyataan. Tempoh masa pelajar habis menjawab direkodkan.

Rajah 6: Template utama FastRev

Rajah 7 : Rujukan Gaya UKM dalam Template FastRev


[Type here]
[Type here]

METODOLOGI

Peserta kajian
Kumpulan sasaran untuk kajian penyelidikan ini terdiri daripada 7 orang pelajar
Kelas Penyelidikan 1 yang terdiri daripada dua pelajar lelaki dan lima pelajar
perempuan. Pelajar-pelajar ini masih kurang kemahiran membuat kajian literatur
kerana baru belajar cara menulis bab 2.

Etika Penyelidikan
Sebelum memulakan kajian, terlebih dahulu penyelidik telah memohon kebenaran
pensyarah Kelas Penyelidikan 1 tersebut untuk memberi bengkel FastRev kepada
mereka.

Teknik Mengumpul Data


Penyelidik telah menggunakan tiga kaedah penggumpulan data iaitu kaedah
pemerhatian, ujian pra dan ujian pos serta soal selidik. Data yang dikumpul telah
mencukupi untuk memberi bukti dan sokongan dalam menjawab soalan-soalan
penyelidikan tindakan.

Soal selidik
Borang soal selidik telah dibentuk berdasarkan objektif penyelidikan untuk
mengumpul data kajian. Setiap pelajar menjawab soalan yang sama Borang soal
selidik telah diedarkan secara atas talian melalui Google Form kepada pelajar untuk
diisi SOAL SELIDIK FASTREV SEBELUM BENGKEL (Sila klik pautan di bawah ini
sebelum bengkel dimulakanhttp://bit.ly/2oEauq9 ) dan SOAL SELIDIK YANG PERLU
DI JAWAB SELEPAS BENGKEL (Sila klik pautan di bawah ini selepas bengkel
berakhir http://bit.ly/2oYb2tt ). Soal selidik sebelum bengkel ini mengandungi
empat soalan dan selepas bengkel pula mengandungi lima soalan. Borang soal
selidik telah dianalisis menggunakan Response Google Form. Semua link soal
selidik ini telah diletakkan dalam blog Perpustakaan Fakulti Pendidikan.

Soalan pra (sebelum) dan Soalan pos (selepas) tindakan


Soalan telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas tindakan. Soalan sebelum
bengkel tersebut terdiri daripada 4 soalan subjektif. Soalan sebelum (terdiri daripada
4 soalan subjektif) diberikan kepada pelajar untuk mengesan sejauh mana
kefahaman dan tahap penguasaan mereka mengenai kajian literatur. Untuk menilai
keberkesanan tindakan yang diambil, satu ujian pos telah diberikan kepada 7 pelajar
tersebut. 5 Soalan selepas bengkel diberikan selepas sesi Bengkel Template
FastRev berakhir. Analisis dilakukan untuk melihat perubahan dalam peningkatan
kemahiran pelajar tersebut sebelum dan selepas tindakan dijalankan.

Pemerhatian
Kaedah pemerhatian adalah kaedah pengumpulan maklumat yang lebih bersifat
secara terus. Maklumat yang dikumpulkan dapat diperoleh dengan cara melihat dan
mencatat perkara-perkara yang berkaitan dengan menggunakan senarai
semak. Penyelidik telah membuat pemerhatian terhadap sikap dan kemahiran pelajar
semasa aktiviti-aktiviti bengkel dijalankan

[Type here]
[Type here]

Teknik menganalisis data


Penganalisisan data adalah berdasarkan analisis deskriptif.

Jadual 1 : Item Pemerhatian

Bil Kriteria Kemahiran Catatan


1. Menepati masa yang ditetapkan Ada 2 pelajar perempuan
kekurangan kemahiran ICT,
mereka tidak mahir untuk muat
turun template daripada laman
blog Perpustakaan Fpend. Selepas
dibantu mereka dapat berbuat
demikian. Begitu juga ada 4 pelajar
wanita menghadapi kesukaran
untuk buka fail zip.
2. Sikap proaktif ( mula kerja tanpa arahan) 7 pelajar menunjukkan komitmen
dan kerjasama yang tinggi dengan
penyelidik.
3. Dapat Membina dua perenggan ( minima) kajian Mereka dapat membina perenggan
literatur dengan menyusun semula ke
dalam Ms Word

Bagi pemerhatian, walaupun masa yang ditetapkan tidak dapat dipenuhi kerana
terdapat dua pelajar perempuan kekurangan kemahiran ICT terutama semasa memuat
turun bahan untuk bengkel dan empat pelajar wanita pula tidak mahir membuka fail
dalam bentuk zip. Masa memulakan bengkel untuk membantu memuat turun, buka fail
zip yang mengandungi artikel berkaitan mengambil masa lebih kurang 30 minit.

REFLEKSI

Refleksi dapatan

Adakah kaedah FastRev dapat meningkatkan kemahiran menulis sorotan


literartur dalam kalangan pelajar pascasiswazah?

Berdasarkan hasil soal selidik dan pemerhatian semasa bengkel dijalankan, kajian
tindakan ini berjaya mencapai objektif iaitu meningkatkan kemahiran menulis sorotan
literatur dalam kalangan pelajar pascasiswazah dengan menggunakan kaedah
FastRev. Ini berdasarkan 100% peserta menyatakan FastRev membantu mereka
membuat prafarasa , citing dan menulis mengikut Gaya UKM. Melalui perbandingan
soalan sebelum bengkel dijalankan dengan soalan selepas bengkel dijalankan ( Rajah
8, 9, 10 dan 11) menunjukkan FastRev membantu pelajar dalam menulis kajian literatur
dengan cepat.

[Type here]
[Type here]

Sebelum Bengkel FastRev Sebelum Bengkel FastRev

Rajah 8 : Tahu mengutip tulisan ( citing)

Berdasarkan rajah 8, terdapat 87.5% responden tidak tahu mengutip tulisan (citing).
Soalan ini merupakan soalan sebelum bengkel FastRev dijalankan. Manakala selepas
bengkel dijalankan 100% responden tahu mengutip tulisan.

Sebelum Bengkel FastRev Sebelum Bengkel FastRev

Rajah 9 : Respon terhadap Rujukan Gaya UKM

Berdasarkan rajah 9 soalan sebelum bengkel FastRev dijalankan. Seramai 87.5% tidak
mahir menggunakan rujukan Gaya UKM dalam penulisan mereka. Selepas bengkel
dijalankan, 100% tahu menulis rujukan Gaya UKM.

[Type here]
[Type here]

Rajah 10 : Pendapat responden selepas Bengkel FastRev

Berdasarkan Rajah 10, 7 orang responden ini memberikan komen yang sangat positif.
Kesemua pelajar memberi pendapat bahawa template FastRev ini telah membantu
mereka meningkat kemahiran menulis kajian literatur.

Rajah 11 Soalan 5 ( selepas bengkel)

Berdasarkan Rajah 11 yang merujuk kepada soalan selepas bengkel iaitu soalan no.
5, 100% responden menyatakan FastRev membantu dalam penulisan artikel/jurnal
dan tesis.

[Type here]
[Type here]

Rajah 12 : Template FastRev dalam format Excel

Merujuk kepada Rajah 12, template FastRev mempunyai template kerja, kata kunci
untuk membantu menjana idea menulis, Rujukan dalam Teks dan Senarai Rujukan
untuk memberi kefahaman menulis mengikut Gaya UKM. Pelajar boleh terus melakukan
penulisan tanpa perlu mencari dokumen rujukan gaya UKM. Semua bahan telah
disatukan dalam satu ruang kerja.

Secara keseluruhannya, penyelidik berpuas hati dengan hasil kajian tindakan ini.
Kaedah template FastRev berjaya memberi kesan yang positif kepada peningkatan
kemahiran penulisan kajian literatur W alaupun pada awal kajian tindakan, terdapat
dua orang pelajar tidak begitu mahir untuk memuat turun bahan daripada laman
blog Perpustakaan Fakulti Pendidikan, namun dengan penggunaan berterusan
tempalate FastRev ini boleh membantu mereka menggunakan template Ms excel
dengan baik dan menghasilkan penulisan dengan mudah.

Refleksi Template FastRev


Saya telah menambah baik amalan sebagai seorang penyelidik memandangkan ini
merupakan pengalaman kali pertama saya menjalankan penyelidikan tindakan di
peringkat universiti. Kekurangan pengalaman telah mendatangkan pelbagai kekangan
kepada saya untuk menyelesaikan penyelidikan tindakan ini. Walaubagaimanapun
dengan sokongan pensyarah dan rakan sekelas, saya mampu menghasilkan template
FastRev ini. Saya percaya dengan template FastRev ini membantu pelajar dalam
membuat penulisan berkaitan kajian literatur untuk jurnal , artikel dan penulisan bab 2
tesis. FastRev juga membantu pelajar supaya bahan-bahan carian seperti jurnal dan
artikel kajian tidak hilang dan mudah dicari.

Secara keseluruhannya, penyelidikan tindakan ini merupakan salah satu daripada cara
menambahkan pengalaman saya sebagai pelajar Sarjana Sumber dan Teknologi
Maklumat dengan menghasilkan template berasaskan Ms Excel untuk kegunaan rakan-
rakan pelajar dalam penulisan jurnal yang merupakan syarat wajib untuk bergraduasi.

[Type here]
[Type here]

Cadangan kajian seterusnya:


Secara keseluruhannya, penyelidikan tindakan yang telah saya jalankan
mendatangkan kesan yang positif dalam kalangan pelajar Sarjana. Walau
bagaimanapun template FastRev ini akan ditambah baik dengan versi rujukan Gaya
UKM yang boleh dijana secara automatik. Prafrasa juga boleh ditambah dengan
fungsi prafrasa automatik. Saya berharap versi yang telah ditambah baik akan
digunakan oleh semua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia kerana ia adalah
percuma, mudah diinstalasi kerana menggunakan Ms Excel sahaja. Secara tidak
langsung juga dapat mempromosi blog Perpustakaan Fakulti Pendidikan UKM kerana
template ini hanya diletakkan dalam blog tersebut untuk dimuat turun oleh pelajar.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kajian ini telah memberikan kesan kepada setiap peserta
kajian dalam peningkatan kemahiran dalam menulis kajian literatur cara pantas.
Saya percaya template FastRev membantu pelajar menghasilkan penulisan
akademik dengan cepat, menjimatkan masa dan secara tidak langsung
menghilangkan tekanan.

Rujukan

Hassan, H. A. B. H., & Bakar, M. S. A. PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN LAPORAN


KAJIAN TINDAKAN (MENGIKUT FORMAT EPRD).

Moroni, I. (2011). Action research in the library: method, experiences, and a significant
case. JLIS. it, 2(2).

Pau C. H. (2012). Penggunaan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek Untuk


Membantu Murid Tahun Empat Memahami Tajuk Cara Tumbuhan Membiak.
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268.

Webster, J., & Watson, R. T. (2002). Analyzing the past to prepare for the future:
Writing a literature review. MIS quarterly, xiii-xxiii.

[Type here]

You might also like