You are on page 1of 7

Pismp sem 1pemulihan : tahun 2012

Perkembangan kanak-kanak ( edu 3102 )

Tugasan isl ( independent self learning )

Tajuk : 1 Secara berkumpulan (3-4 orang) dapatkan maklumat melalui internet tentang pandangan agama - agama utama dunia mengenai fitrah kejadian manusia.

Disediakan oleh : Anbarasi Flora yap zhi ying Ilham baqti

PANDANGAN AGAMA-AGAMA SEDUNIA MENGENAI FITRAH KEJADIAN MANUSIA


1. KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

Adam A.S Manusia Pertama Dan Khalifah Allah S.W.T Di Atas Muka Bumi Adam a.s dipilih oleh Allah S.W.T sebagai khalifah di bumi untuk menjadi pengurus dan pengatur kehidupan manusia di bumi berdasarkan syariat dan peraturan Allah S.W.T bersesuaian dengan matlamat penciptaannya iaitu mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Nabi Adam a.s dijadikan Allah S.W.T berasaskan perancangan yang sungguh unik, istimewa dan teratur. Beliau dibekalkan pelbagai keistimewaan seperti tenaga, perasaan, fikiran, ilmu pengetahuan dan lainlain lagi untuk melayakkan dirinya sebagai hamba dan khalifahNya di atas muka bumi ini. Peranan sebagai hamba dan khlaifah di atas bumi adalah satu tugas yang amat berat dan tidak sanggup dipikul oleh makhluk-makhluk lain tetapi hanya sanggup dipikul oleh manusia sahaja kerana manusia dikurniakan dengan akal fikiran. Dalam Islam, manusia dikatakan berasal daripada tanah dan roh di mana unsur jasad dan roh telah disatukan untuk memberi nyawa kepada Adam a.s. Zuriat bagi keturunan Adam a.s pula bermula daripada nutfah. Nutfah bermaksud percantuman air mani lelaki di dalam rahim wanita. Iaitu percantuman daripada ovum dan sperma di mana dalam berjuta-juta sperma lelaki, sperma yang terkuat sahaja akan dapat memasuki ke dalam ovum wanita. Proses ini juga juga di kenali sebagai survival of the fittest. Setelah berlakunya proses nutfah, alaqah pula akan terbentuk. Alaqah juga dikenali sebagai embrio dalam bahasa sains di mana air mani yang telah masuk ke dalam rahim wanita akan membentuk segumpal darah. Seterusnya alaqah akan membentuk pula sepotong daging iaitu mudghah. Dari sepotong daging, akan terbentuk pula tulang-temulang di dalam rahim yang dikenali sebagai idzam. Lahman ialah daging-daging yang akan tumbuh menyelaputi tulangtemulang yang terbentuk. Pada ketika ini, sudah terbentuk rupa manusia di dalam rahim wanita. Seterusnya tulang-temulang yang diselaputi atau di tumbuhi daging-daging akan membentuk janin iaitu bayi yang berada di dalam kandungan wanita. Selepas terbentuknya janin bayi di dalam rahim wanita, roh akan ditiupkan untuk memberi nyawa kepada bayi di dalam kandungan dan seterusnya berlakulah kelahiran.

2. KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT PERSPEKTIF BUDDHA

Pada abad ke-19, Immanuel Kant dan La Place menyatakan teori kabut atau teori nebula tentang alam semesta. Teorinya disempurnakan oleh van Wizzacker (1944) dan G.P. Kuiper (1951) menjadi teori kondensasi. Menurut teori ini, kabut gas dan debu terdiri dari helium dan hidrogen. Bahan kabut ini hilang ke dalam jagad raya dan sisanya terus mendingin. Kerana pendinginan maka terus menyusut dan mulai berputar. Proses ini bentuknya berubah menjadi bulat pipih dan akhirnya menjadi seperti cakram. Selama menyusut dan berputar, bahan di bagian luar tertinggal. Bahan ini merupakan pembentuk planet-planet, termasuk planet bumi. vIntinya menjadi matahari. Menurut teori ini, "alam jagad raya terdapat banyak sekali tata surya." Konsep tentang kejadian bumi dan manusia menurut Buddha Dhamma agak unik. Di alam semesta ini bukan hanya ada bumi ini. Telah banyak bumi yang muncul dan hancur (kiamat). Manusia yang muncul pertama kali di bumi kita ini tidak seorang, tetapi banyak, dan mereka muncul bukan kerana kemahuan satu makhluk tertentu. Di dalam Aganna Sutta, Digha Nikaya, Sutta Pitaka, Tipitaka, dapat dibaca bahawa bumi kita ini semuanya terdiri dari air dan gelap gelita. Makhluk-makhluk pun tidak dibezakan lelaki atau perempuan. Namun, mereka memiliki tubuh yang bercahaya dan hidup melayang-layang di angkasa. Setelah waktu lama sekali, tanah dengan sarinya muncul dari dalam air dan rasanya seperti madu tawon mumi. Makhluk-makhluk yang serakah mulai mencicipi tanah itu, dan tergiur akan sari tersebut. Makhluk-makhluk yang lain juga mengikuti. Akibat kelakuannya itu, maka cahaya tubuh mereka lenyap, dan tampaklah matahari, bulan, bintang, dan konstelasikonstelasi. Setelah masa yang lama sekali, tubuh mereka memadat dan bentuknya ada yang indah dan ada yang buruk sesuai dengan takaran mereka makan sari tanah. Mereka yang indah memandang rendah yang bentuk tubuhnya jelek. Lama kelamaan sari tanah pun lenyap dan muncullah tumbuhan dari tanah. Sementara mereka sombong dan congkak, tumbuhan ini lenyap dan muncul tumbuhan menjalar, dan demikian seterusnya setelah tumbuhan menjalar lenyap, muncullah tanaman padi. Selepas waktu yang sesuai dengan takaran mereka makan, maka tubuh mereka lebui padat dan perbezaan tampak jelas.

3. KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT PERSPEKTIF BARAT

Teori Darwin Manusia merupakan salah satu makhluk ciptaan untuk melengkapi kehidupan di muka bumi ini. Manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding kehidupan lain kerana manusia dikurniakan dengan akal fikiran untuk berfikir dan bertanggungjawab untuk mentadbir alam ini. Manusia terdiri daripada tiga unsur, antaranya ialah: mind, body, dan spiritual. Dengan kata lain, manusia terdiri daripada akal/minda, biologikal/fizikal, dan roh. Dengan adanya otak yang dapat berfikir dengan baik, manusia menjadi pemimpin di kalangan semua haiwan/makluk yang ada di alam/bumi. Komponen fizikal merangkumi semua organ/anggota tubuh manusia serta bahagian lain yang zahir/dapat dilihat dan dipegang secara langsung. Manakala komponen roh(hani) pula komponen yang wujud tetapi tidak dapat diperhatikan secara zahir/fizikal yang kekal ada dalam setiap manusia. Roh yang mendorong manusia mencipta/mencari sistem kepercayaan. Fikiran pula merupakan kebolehan untuk menilai dan bertindak secara logik/rasional. Terdapat dua teori yang membincangkan falsafah kejadian manusia. Antaranya ialah teori mengikut agama Islam dan teori evolusi Darwin dari Barat. Kedua-dua teori ini mempunyai pandangan yang berbeza berkaitan dengan falsafah kejadian manusia. Teori mengikut agama Islam telah dijelaskan di atas. Seterusnya pula kita bincangkan teori evolusi Darwin dari Barat. Di Barat, falsafah kejadian manusia dikaji melalui teori Darwin. Charles Darwin adalah dari lingkungan orang yang taat beragama Kristian dan merupakan sarjana muda teologi. Charles Darwin mengemukakan teori proses evolusi makhluk hidup sehingga menghasilkan makhluk tertinggi yang disebut manusia. Teori evolusi ini ditunjang oleh bukti-bukti yang kukuh, cukup banyak dan menyakinkan. Bukti berupa fosil adalah makhluk yang berupakan antara beruk dan manusia. Ini menunjukkan bukti bahawa evolusi demikian pernah terjadi. Pada saat manusia meragui teori tersebut, di Trinil, Ngawi menemui fosil manusia kera yang merupakan penghubung antara bentuk kera dengan manusia sempurna yang selama ini dicari. Ini terjadi pada tahun 1891. Dunia ilmu pengetahuan menjadi gempar, kerana dengan demikian cukuplah bukti yang diperlukan untuk melengkapi teori Darwin.

Manusia Trinil ini bentuknya adalah gabungan manusia dan kera. Oleh sebab itu ia disebut Pithecantrophus erectue (Pithecus bermaksud kera, antrophus adalah manusia manakala erectus bermaksud berdiri.). Jelas di sini, makhluk ini berdiri tegak seperti manusia dan tingginya kurang dari manusia kerdil namun otaknya jenis kera kerana ia kurang dari 1000cc. Demikianlah fosil tersebut melengkapi bukti teori bahawa manusia itu marupakan hasil evolusi. Sesudah itu, fosil demi fosil yang ditemui memperkuatkan teori Darwin.

4. KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT PERSPEKTIF HINDU

Menurut paradigma Hindu, alam semesta dicipta dalam suatu proses yang sangat panjang. Pada mulanya alam ini kosong, yang ada hanyalah Tuhan, sering disebut sebagai zaman: duk tan hana paran-paran an rawang an ruwung yang bermaksud: ketika itu belum ada apa-apa dan semuanya belum menentu. Dengan kuasa Tuhan telah mencipta unsur utama yang disebut Purusa, iaitu roh sebagai asas yang menghidupkan segala makhluk, sama ada makhluk yang maujud mahupun yang mujarad. Lima jasad maujud atau panca maha bhuta; iaitu akasa angkasa, bayu angin, teja cahaya, apah - zat cair dan pretiwi - zat padat . Manusia pertama ciptaan Tuhan dalam ajaran agama Hindu ialah Syayambhumanu, yang bermaksud makhluk berfikir yang mengembangkan dirinya sendiri. Manu maknanya berfikir. Dari akar kata Manu timbul kata manusia yang bermaksud keturunan Manu. Selanjutnya, setelah manusia pertama tercipta atas kehendak Tuhan, maka manusia itu sendirilah yang berkembang. Dahulu kala Prajapati mencipta manusia bersama Bhakti persembahannya dan berkata dengan ini engkau akan berkembang biak dan biarlah dunia ini menjadi sapi perahanmu. (BhagavadGita iii Sloka 10).

5. KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT PERSPEKTIF KRISTIAN

Penciptaan alam dan manusia (Adam dan Hawa) pada perspektif agama Kristian sama dengan agama Yahudi kerana kedua-duanya merujuk kepada kitab Genesis dalam Perjanjian Lama. Paradigma Kristian mengenai Adam ada dua iaitu Adam Pertama dan Adam Akhir. ADAM PERTAMA disebutkan sebagai berikut: Ketika itulah Tuhan membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya; demikianlah manusia itu menjadi mahluk yang hidup. (ge 2:7) Adam tidak dilahirkan oleh seorang perempuan. Ia adalah manusia pertama. seperti ada tertulis: manusia pertama, Adam menjadi mahluk yang hidup. (1 korintus 15:45) Namun Adam sebagai manusia pertama melakukan dosa dengan melanggar perintah Tuhan. Sejak itu, tidak ada lagi manusia yang sempurna dalam dunia sepanjang zaman, bahkan semua manusia memiliki dosa dalam gen mereka yang boleh bermutasi atau diwariskan dalam keturunan manusia.sebab itu, sama seperti dosa telah masuk ke dalam dunia oleh satu orang dan oleh dosa itu juga maut, demikianlah maut telah menjalar kepada semua orang, kerana semua orang telah berbuat dosa. (Roma 5:12) Menurut paradigma Kristian, Tuhan telah menyediakan ADAM KEDUA. Adam sempurna yang boleh dikorbankan untuk menebus dosa. Tuhan yang maha agung itu sendiri yang turun ke bumi dan hidup seperti manusia biasa. Jesus, sebagai peribadi Tuhan yang maha agung yang kedua dalam Tritunggal telah dilahirkan dari perut seorang perempuan untuk menjadi manusia biasa agar dapat dikorbankan dengan sempurna. Jesus adalah Tuhan yang maha agung itu, Jesus adalah Tuhan yang maha pencipta itu, namun Jesus juga adalah manusia biasa seperti yang Tuhan maksudkan, iaitu manusia ciptaan Tuhan yang sewajarnya tanpa dosa. Tuhan yang maha agung dan maha pencipta alam semesta ini akhirnya mati disalib di Kalvari. Tuhan sendiri yang menumpahkan darah-Nya bagi menebus dosa Adam.

You might also like