You are on page 1of 5

Soalan A Merujuk kepada Kamus Dewan, Psikologi didefinisikan sebagai Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya

berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia. Maka, secara ringkasnya psikologi boleh didefinisikan sebagai kajian saintifik terhadap mental dan tingkah laku manusia serta haiwan. Berdasarkan masalah Cik Salimah, teori yang sesuai digunakan untuk membantu murid-murid tidak boleh membaca ialah menggunakan Teori Behaviorisme yang dipelopori oleh empat tokoh iaitu Watson, Pavlov, Thorndike dan skinner. Teori Pembelajaran Behaviorisme ini menjurus kepada sikap atau aspek perubahan tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan diukur. Kebaikan Teori Behaviorisme ini digunakan untuk membantu murid-murid Cik Salimah ialah kerana teori ini menekankan kepada perubahan tingkah laku manusia. Seperti yang kita tahu murid-murid yang tidak boleh membaca dan gagal dalam pelajaran salah satu sebabnya ialah sikap atau tingkah laku yang tidak mengambil berat mengenai pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan tidak suka membuat ulangkaji pelajaran. Sekiranya sikap ini dapat dikikis dan diubah dengan sikap atau tingkah laku yang lebih positif seperti rajin membuat latihtubi membaca di rumah pasti seseorang itu bolah berjaya dalam pelajarannya. Berpandukan Teori Behaviorisme ini juga akan dapat membantu Cik Salimah mempelbagaikan rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang lebih menyeronokkan agar murid-murid tidak boleh membaca, berminat untuk mengikuti sesi pembelajaran. Berdasarkan Teori Pelaziman Operan Thorndike pembelajaran boleh berlaku melalui hukum pembelajaran yang dibahagikan tiga iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Berdasarkan tiga hukum yang telah dinyatakan, sekiranya digunakan oleh Cik Salimah pasti dapat memulih murid-murid tidak boleh membaca menjadi boleh membaca. Teori Behaviorisme yang dikembangkan oleh Skinner dengan menggunakan cara peneguhan positif dan negatif pasti dapat merangsang murid agar lebih berusaha sehingga berjaya mengguasai kemahiran membaca. Hadiah yang dijanjikan kepada murid-murid

yang berjaya membaca dengan lancar pasti dapat menjadi pemangkin kepada usaha murid-murid untuk belajar membaca.

Soalan B Penggunaan Teori Behaviorisme berpandukan Teori Pelaziman Operan Thorndike yang menyatakan tiga hukum pembelajaran iaitu hukum kesediaan, latihan dan kesan akan dapat membantu murid-murid Cik Salmah berlajar dengan lebih baik dan berupaya membaca pada tahap yang ditetapkan. Ini kerana tiga hukum pembelajaran yang dinyatakan tadi akan dapat memberi panduan kepada Cik Salimah untuk membuat persiapan-persiapan yang perlu sebelum mengajar. Persiapan yang dimaksudkan di sini ialah bahan, rangsangan atau teknik yang akan digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai rangsangan yang digunakan oleh Cik Salimah akan mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan. Contohnya, murid-murid yang berjaya membaca lancar petikan yang diberi akan memperolehi baucer makanan tengahari di kantin bersama guru. Rangsangan yang diberikan ini pasti dapat menarik minat murid-murid agar membaca dengan lebih lancar dan belajar bersungguh-sungguh. Selain itu latihan yang berulang-ulang dilakukan oleh murid-murid akan dapat mengukuhkan kefahaman terhadap pelajaran. Latihan membaca dan menulis yang diulang-ulang akan dapat membantu murid-murid Cik Salimah lebih lancar membaca ( contoh latihan membaca dan menulis boleh rujuk lampiran). Selain itu, Cik Salimah perlu memastikan terlebih dahulu kesediaan muridmuridnya untuk belajar. Menurut Teori Pelaziman Operan Thorndike, hukum kesediaan terbahagi kepada tiga aspek utama iaitu kesediaan psikomotor, afektif dan kognitif. Ini bermaksud, Cik Salmah perlu memastikan murid-murid kelasnya betul-betul bersedia sebelum belajar. Peruntukkan masa lima minit mungkin diperlukan oleh Cik Salimah untuk berinteraksi dengan murid-murid mengenai hal-hal umum seperti sarapan apa pada waktu pagi atau sebagainya sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Masa lima minit sebelum sesi p&p akan memberi masa yang cukup untuk murid-murid bersedia menerima ilmu pada hari tersebut. Justeru, murid-murid akan dapat memberi

sepenuh tumpuan pada pelajaran khususnya menguasai kemahiran membaca dengan lebih lancar. Menurut Hukum Pembelajaran Skinner iaitu Hukum Kesan, menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Ini bermaksud, sekiranya suasana p&p dilaksanakan dengan pelbagai cara atau lebih menarik akan dapat memberi lebih keseronokkan untuk murid belajar seterusnya menguasai apa yang sedang dipelajari. Berpandukan Hukum Kesan Skinner ini Cik Salimah boleh mewujukan suasana pembelajaran yang lebih menarik. Contohnya, bagi mewujudkan p&p yang menarik, Cik Salimah boleh menggunakan bahan p&p dalam bentuk power point. Bahan p&p untuk melatih murid membaca dengan lancar dan bahan pengajaran yang lain boleh dimuatkan dalam aplikasi power point. Memandangkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk power point, maka Cik Salimah boleh menggunakan makmar komputer sebagai tempat p&p. Situasi ini pasti memberi sedikit kelainan persekitaran pengajaran dan dapat meningkatkan minat murid untuk belajar. Selain itu bahan dalam bentuk power point yang diselitkan dengan bunyi-bunyi yang manarik pasti dapat memberi lebih kefahaman kepada murid-murid untuk menguasi ilmu yang disampaikan oleh guru. Berdasarkan Teori pelaziman operan skinner, peneguhan ialah perkara yang perlu dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulang. Peneguhan positif ialah memberi ganjaran setelah murid melakukan sesuatu perbuatan yang baik dan ganjaran yang diberikan oleh guru itu akan memotivasikan murid untuk buat sesuatu dengan lebih baik dan berulang kali. Peneguhan Positif ini boleh diterapkan oleh Cik Salimah di dalam kelasnya. Contonya Cik Salimah memberi pujian kepada murid yang menunjukkan peningkatan ketika membaca seperti ucapan syabas, bagus, pandai ungkapanungkapan seperti itu pasti akan dapat memotivasikan murid tersebut agar meneruskan usaha untuk berjaya dalam perlajaran.

Soalan C Sebagai seorang guru yang mengharapkan anak-anak didiknya berjaya sudah semestinya pelbagai teori yang difikirkan baik akan diaplikasikan dalam proses p&p. Namun begitu pemilihan teori pembelajaran bukan dilakukan dengan membuta tuli tetapi dilakukan dengan cara yang teliti. Pemilihan teori pembelajaran sebenarnya bergantung kepada persekitaran kelas, tahap kesediaan murid untuk belajar, objektif pengajaran dan pembelajaran serta perbezaan gaya kognitif dan belajar. Antara teori pembelajaran yang saya gunakan dalam pengajaran ialah Teori Pembelajaran Sosial yang diasaskan oleh Albert Bandura.Teori yang dmaksudkan ialah Teori Pembelajaran Tiruan. Teori ini digunakan adalah bertujuan untuk memudahkan murid meniru secara langsung mengenai pergerakkan psikomotor khususnya pergerakkan yang perlu dilakukan oleh murid dalam aktiviti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Memandangkan murid tidak tahu cara yang betul untuk melakukan aktiviti regangan sebelum melakukan aktiviti yang lebih agresif maka guru perlu membuat demonstrasi atau tunjuk cara aktiviti regangan dan apa yang dibuat oleh guru akan ditiru terus oleh murid. Peniruan terus yang dibuat oleh murid dapat memastikan murid dapat mengetahui teknik yang betul untuk membuat regangan. Teori pembelajaran lain yang saya gunakan semasa sesi p&p ialah Teori Behaviorisme yang dikembangkan oleh Skinner dengan menggunakan cara peneguhan positif dan negatif. Teori ini digunakan bertujuan untuk memastikan sesi p&p dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Peneguhan positif digunakan untuk menggalakkan murid sentiasa memberi komitmen terhadap pelajaran. Contoh peneguhan positif yang diberikan dalam bilik darjah ialah memberi pujian dengan segera selepas murid dapat menjawab soalan yang diutarakan oleh guru. Pujian yang diberi pasti memberi perangsang kepada murid agar dapat terus menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan betul. Manakala peneguhan negatif pula ialah rangsangan segera terhadap tingkah laku yang tidak selesa. Contohnya, guru meminta murid yang tidak menyiapkan latihan yang

diberi, menyiapkannya dengan segera. Sekiranya latihan tidak dapat disiapkan murid tersebut tidak boleh keluar rehat. Murid pasti menyiapkan latihan yang diberi kerana takut tidak dapat keluar kelas pada waktu rehat. Kesimpulannya, pelbagai teori yang diaplikasikan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat membantu guru untuk mencapai objektif pelajaran yang telah dirancang. Teori-teori pembelajaran yang digunakan mestilah mengambil kira aspek perbezaan yang ada pada diri murid-murid khususnya dari segi psikomotor, efektif dan kognitif.

You might also like