You are on page 1of 4

"1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" Suhaimi Bin Sidek (CB 100029), Pelajar Program Khas Pensiswazahan

Guru Besar (PKPGB), Kohort 5, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. No. Tel : 013 2520430 Kepada; Prof.Dr. Wahid bin Razzaly, Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

Tarikh

: 10 Mei 2011

Tuan, PROGRAM LATIHAN PROFESIONAL 1 DI PUSAT KEGIATAN GURU BAHAU NEGERI SEMBILAN Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas telah merangka satu program latihan di Pusat Kegiatan Guru Bahau,Negeri Sembilan untuk guru-guru sekolah kelompok. 3. Program tersebut adalah bagi memenuhi sebahagian daripada syarat Program Khas Pensiswazahan Guru Besar iaitu mengadakan Latihan Profesional 1. 4. Program tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh Hari : : 14 hingga 15 Jun, 2011 Selasa hingga Rabu Pusat Kegiatan Guru Bahau Jalan Masjid 72120 Bandar Baru Serting Negeri Sembilan Sasaran : 16 orang guru sekolah kelompok (.rujuk kertas kerja yang dilampirkan)

Tempat

5. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik tuan atau wakil agar dapat menyertai program tersebut sebagai penyelia kepada tugasan saya ini.

6. Semoga permohonan saya dipertimbangkan dan diterima oleh pihak tuan. Bersama dengan ini dilampirkan kertas kerja program untuk rujukan pihak tuan. 7. Kerjasama dan keprihatinan tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, ............. (SUHAIMI BIN SIDEK)

Sokongan Penyelaras Program Pensiswazahan Guru Besar : Ulasan : . . Tarikh : Tandatangan & Cop :

Kelulusan Oleh Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal, UTHM Ulasan : . .

Tarikh :

Tandatangan & Cop : Dekan, Fakulti Pendidikan Teknikal, UTHM

Alamat surat Menyurat

SUHAIMI BIN SIDEK, KM 14, JALAN PANTAI, TELOK KEMANG 71050 SI RUSA, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

You might also like