You are on page 1of 3

ISL Minggu 1 (20/6/2011) Tulis refleksi berdasarkan pembacaan pada bahan-bahan tersebut.

Problem Solving And Mathematical Modeling, Page 1 2 State College Beginning To Tackle Mathematics, Page 1 - 60 Excellence Primary National Strategy, Page 8 - 21 Penyelesaian Masalah Makna masalah secara saintifik ialah tugasan yang diberikan dengan jalan penyelesaian yang tidak jelas dan kabur. Maka, pelajar perlu mengintegrasikan pengetahuan sedia ada untuk mencari jalan penyelesaian. Penyelesaian masalah merupakan satu proses dalam menyelesaikan masalah. Kebaikan mempelajari penyelesaian masalah dalam matematik akan memberi peluang kepada pelajar untuk menyiasat situasi matematikal yang sesuai serta dapat menjawab masalah bukan rutin yang boleh dikaitkan dengan kehidupan sebenar. Peranan yang penting dalam mempelajari penyelesaian masalah ialah mengembangkan kefahaman konsep matematik dan memiliki pengalaman bagi setiap proses mahupun langkah matematik yang diambil melalui pengetahuan asas matematik. Solving problems is a practical art, like swimming, or skiing or playing the piano: you can learn it only by imitation and practiceif you wish to learn swimming you have to go into the water, and if you wish to become a problem solver you have to solve the problems. (Polya, 1962, p.v) Strategi Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah George Polya memperkenalkan istilah heuristic yang bermaksud ilmu metod bagi penyelesaian masalah (the study of the means and methods of problem solving) dan menggunakan pelbagai aspek menyelesaikan masalah. Strategi penyelesaian masalah dikaitkan dengan teknik yang umum untuk menyelesaikan masalah dengan tiada penyelesaian yang saintifik dan metod penyelesaian yang belum dapat dikenal pasti. Strategi penyelesaian masalah adalah seperti berikut: Cuba jaya (guess and check) Gambar rajah dan model Memodelkan/simulasi/melakonkan masalah Memudahkan cara (try some simple cases) Jadual (construct a table) Mengenal pasti pola

Mencari rumus (find a general rule) Menjelaskan kenapa (explain why) Memecahkan masalah kepada sub-masalah Solve a simpler but related problem Menyingkirkan kemungkinan (eliminate all possibilities)

Berdasarkan pembacaan, kami mengetahui bahawa : penyelesaian masalah matematik akan berlaku apabila pelajar menerima dan melaksanakan tugasan, mengetahui bahawa tidak ada jalan penyelesaian yang jelas untuk menyelesaikan masalah dan tugasan tersebut melibatkan penyelesaian matematik pembelajaran penyelesaian matematik amat bermanfaat bagi seseorang untuk menyelesaikan masalah sebenar apabila dapat mengaplikasikan situasi bukan rutin yang dipelajari di dalam bilik darjah strategi penyelesaian masalah boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah rutin dan bukan rutin satu masalah boleh diselesaikan dengan pelbagai strategi penyelesaian masalah penyelesaian masalah bukan rutin akan meningkatkan kefahaman dan pemikiran saintifik untuk menyelesaikan masalah sebenar guru sewajarnya mengajar strategi penyelesaian masalah untuk memudahkan murid memahami operasi yang terlibat dalam menjawab soalan tersebut guru seharusnya membantu pelajar untuk memahami soalan matematik dengan menggunakan pelbagai kaedah menyelesaikan masalah

Disediakan oleh, Nur Adibah Binti Harun Siti Nur Zulaikha Binti Draman @Zulkifli Nur Adibah Binti Harun Zulaikha Binti Abd Rahman

ISL Minggu 2 (27/6/2011) Tulis refleksi berdasarkan pembacaan pada bahan-bahan tersebut. Excellence Primary National Strategy, Page 30 37 Heineman, Word Problem, Page 5 - 48 Berdasarkan pembacaan, kami mendapati pemodelan matematik (mathematical modeling) digunakan untuk menyelesaikan masalah dan situasi sebenar (real life situation). Pemodelan matematik mempunyai beberapa langkah iaitu masalah sebenar menjadi spesifik, membina model matematik, masalah matematik diselesaikan menggunakan model matematik tadi, menginterpretasi penyelesaian masalah, membuat perbandingan dengan realiti dan berakhir dengan berkomunikasi dengan keputusan yang bermaksud menyesuaikan jawapan tersebut dengan masalah yang diberikan. Kelebihan menggunakan pemodelan matematik ialah membina formula matematik mahupun rumus matematik yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah sebenar. Selain itu, proses ini lebih sistematik dengan langkah-langkah yang mudah difahami. Malahan, masalah sebenar dapat disesuaikan dengan situasi sebenar. Keburukan menggunakan pemodelan matematik ialah sukar diajar kepada murid-murid sekolah rendah kerana memerlukan tahap pemikiran yang tinggi dalam mengaitkan rumus matematik dengan masalah sebenar. Di samping itu, murid-murid akan menggunakan ramalan untuk mendapatkan jawapan kerana langkah-langkah tersebut tidak dapat diaplikasikan dengan baik. Cadangan yang dapat dikemukakan ialah murid-murid sekolah rendah tahap dua diajar pemodelan matematik pada setiap awal pembelajaran bagi menyesuaikan murid dengan masalah sebenar yang dapat diselesaikan dengan membina formula atau rumus matematik. Hal ini akan mencambahkan pemikiran murid yang berasaskan konsep matematik.

Disediakan oleh, Nur Adibah Binti Harun Siti Nur Zulaikha Binti Draman @Zulkifli Nur Adibah Binti Harun Zulaikha Binti Abd Rahman

You might also like