You are on page 1of 5

BAHAGIAN A ARAHAN Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan. SOALAN Markah 1.

Apakah yang dimaksudkan tentang corak? Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang. 2. Nyatakan EMPAT jenis cetakan yang biasa digunakan dalam kegiatan menghasikan corak. Cetakan terbahagi kepada 4 iaitu : 1. Cetakan Timbulan : blok kayu atau blok lino 2. Cetakan Benaman : blok logam (intaglio) 3. Cetakan Datar/planografi : blok batu kapur 4. Cetakan Sarigrafi/stensil : blok sutera saring. 3. Apakah yang dimaksudkan dengan resis dalam proses penghasilan batik lukis/canting? Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Dalam teknik resis, penggunaan bahan-bahan adalah penting. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting. 4. Nyatakan EMPAT jenis ikatan yang biasa digunakan dalam teknik corak ikatan dan celupan (pelangi). Jenis Ikatan (i) Jahitan (ii) Ikatan yang diisikan dengan pelbagai objek (iii) Lipatan dan ikatan (iv) Simpulan 5. Terangkan maksud teknik gosokan dan teknik garisan silang yang boleh diapliksikan dalam penghasilan membuat corak terancang. 6. Apakah alatan menganyam untuk melembutkan bilah atau helaian daun pandan atau mengkuang yang telah dijangka dan bilakah alat tersebut digunakan? 1.Parang 2.jangka 3.Pelurut 4.Penyisip 5.Tempayan

6. Besin/baldi 7. Periuk/dapur 8.Ampaian 7. Nyatakan secara ringkas apa yang anda faham tentang pualaman? Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono dimana warna dimendapkan daripada cairan ynag bergelatin dan melekit. Pualaman adalah kualiti permukaan yang dicampuradukkan dengan warna seperti permukaan lantai, marble, catan faux dan corak semulajadi ira kayu. 8. Berikan maksud teknik basah atas basah iaitu salah satu teknik dalam catan cat air. Basah atas basah Teknik yang melibatkan sapuan warna yang cair ke atas permukaan yang basah.Ia menghasilkan kesan lut sinar. 9. Apakah yang anda faham tentang mozek dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah? Mozek adalah seni hiasan dengan menggunakan kepingan kecil kaca, batu dan pelbagai bahan yang berwarna. 10. Apakah yang dikatakan teknik renjisan dan percikan? Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas, kain, kanvas, plywood, permukaan dinding atau lantai dan sebagainya untuk menghasilkan kesan yang spontan dan menarik.

BAHAGIAN B ARAHAN Bahagian B mengandungi EMPAT soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA. SOALAN Markah 1. (a) Terdapat dua cara untuk menghasilkan corak iaitu secara terancang dan tidak terancang. Apakah yang dimaksudkan dengan corak terancang dan tidak terancang? Corak Terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Corak Tidak Terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.

(b) Nama dan jelaskan TIGA jenis susunan dalam corak terancang.

1. Corak teknik resis 2. Corak teknik anyaman 3. Corak menggunakan garisan grid (c) Jelaskan ENAM persepsi dalam membuat corak dan rekaan. (i) Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan, kontras dalam penghasilan corak. (ii) Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan. (iii) Memahami dan menyedari corak di alam sekitar. (iv) Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak. (v) Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian. (vi) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak. 2. (a) Nilai budaya dapat diterapkan melalui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kepada murid-murid. Jelaskan LIMA penerapan nilai budaya tersebut. (b) Cetakan timbulan (relief) merupakan salah satu jenis cetakan. Apakah itu cetakan timbulan dan berikan TIGA contoh cetakan timbulan. Cetakan Timbulan (Relief) Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino. Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas. Contoh cetakan jenis ini ialah: (a) Cetakan Kayu (b) Cetakan Lino (c) Cetakan Kolograf (d) Cetakan Kolaj (c) Jelaskan langkah untuk menghasilkan corak dengan menggunakan teknik cetakan stensil kaedah filem lekar. Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang filem leker. Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak didakwatkan atau diwarnakan dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai dua lapisan. Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang dipotong ialah bahagian yang berlilin. Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi dakwat atau warna, kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah tersedia dengan kain sutera. Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang sederhana panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker) akan melekat pada pemidang, sementara kertas biasa(lutsinar) bolehlah ditarik keluar. Kerja ini hendaklah

dilakukan dengan berhati-hati. Langkah 4 : Kemudian, gamkan bahagian tepi leker dengan pepenjuru kertas. Setelah selesai, pemidang filem leker boleh digunakan untuk mencetak.

4. (a) Di zaman pra sejarah lagi banyak lukisan yang dilukis di dinding- dinding gua dengan menggunakan warna dari alam sekeliling. Bagaimanakah manusia pada zaman tersebut mendapat dan mencipta warna-warna? (b) Namakan TIGA nama kelarai yang bermotifkan bahagian tumbuh- tumbuhan. Tampuk pinang Tampuk pinang berantai Tampuk jantung Tampuk manggis Pucuk rebung Pucuk di dalam Berakar (c) Nyatakan dan terangkan LIMA proses anyaman. (a) Lagang (b) Anyaman (c) Lepih (d) Sisip (e) Kerat (Jumlah: 20) BAHAGIAN C ARAHAN Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA. SOALAN Markah 1. (a) Bagaimanakah teknik dan kaedah menghasilkan pualaman di Jepun atau China pada zaman dahulu? Reka bentuk yang paling mudah dan tertua pernah dihasilkan di Jepun dan dikenali sebagai suminagashi; iaitu sebuah bekas yang diisi dengan air dan dicampurkan dengan dakwat sumi sebagai dye magenta dan beni iaitu warna yang dihasilkan daripada Safflower. Ia kemudian digunakan dengan teliti menggunakan berus dakwat. Pelbagai bahan kimia digunakan untuk membantu mengapungkan dakwat. Beberapa titisan air dijatuhkan ke atas permukaan campuran tadi yang akan membentuk warna seperti cincin. Proses ini diulang sehingga semua permukaan air dipenuhi oleh warnawarna cincin ini. (b) Rancangkan penyediaan proses menghasilkan pualaman yang bersesuaian untuk murid-murid tahun 4 dari segi bahan dan proses.

(c) Cadangkan DUA jenis media warna yang sesuai digunakan dalam teknik catan oleh muridmurid di peringkat sekolah rendah. (d) Nyata dan terangkan SATU teknik cat minyak. Titik (Pointilisme) Dihasilkan dengan menggunakan berus dengan sapuan secara menegak dan bersistematik di atas kanvas putih. Proses yang rumit dan memerlukan kesabaran dan ketekunan serta disiplin yang tinggi untuk menyiapkannya. ( 5 ) ( 10 ) (2) (3) 2. (a) Kenal pasti apakah mozek dari konsep seni hiasan? Mozek adalah seni hiasan dengan menggunakan kepingan kecil kaca, batu dan pelbagai bahan yang berwarna. Ia merupakan salah satu teknik membuat dekorasi dalam reka bentuk hiasan dalaman yang ada hubungkaitnya dengan kebudayaan dan kepercayaan seperti yang banyak dilihat terdapat di dewan dewan sembahyang di dalam gereja. (b) Jelaskan secara ringkas bagaimanakah corak mozek seni Islam. Seni Islam Arkitektur Islam menggunakan teknik mozek dalam konsep reka bentuk geometrik dan matematik yang rumit. Proses ini dikenali sebagai zillij dan qashanidi Afrika Utara. Contoh yang terbaik dalam seni mozek Islam telah dihasilkan di Moorish, Sepanyol dan masih wujud di istana Alhambra. Contoh-contoh lain boleh dilihat di Masjid Besar di Cordoba. Di negara-negara Arab satu gaya berhias yang tersendiri bernama zillij yang di buat dengan membentuk seramik serentak dengan mozek untuk meliputi satu permukaan digunakan. (c) Hasilkan satu rancangan pengajaran harian corak tidak terancang teknik renjisan dan percikan untuk murid-murid Tahun 2.

You might also like