You are on page 1of 15

1.

0 Pengenalan Melalui transformasi kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. Pengajaran dan pembelajaran (PDP) akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan muridmurid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek tertentu .Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Dalam proses transformasi kurikulum,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat penanda arasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global.

2.0 Peranan guru dalam menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru Rendah. dalam melaksanakan Kurikulum Standrad Sekolah

2.1 Guru Seorang Serba Tahu Menurut Choong ( 2008 ), Falsafah Pendidikan Guru digubal bertujuan untuk menjadi panduan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, hasrat FPG dan FPK saling berkaitan untuk mencapai kecemerlangan dalam sistem pendidikan di negara kita Malaysia. Pendidik bermaksud memelihara dan melatih, seperti yang diketahui peranan guru amat penting dalam menjayakan hasrat FPK dan FPG kerana guru merupakan agen utama dalam pendidikan yang dapat melaksanakan kurikulum baharu yang dinamakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam melahirkan murid yang mempunyai aspek pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Dalam melaksanakan KSSR yang lebih berpusatkan kepada murid atau dalam kata lain lebih tertumpu kepada membangunkan modal insan , peranan guru amat penting dalam merealisasikan hasrat FPK dan FPG tersebut. Oleh itu, cara guru dalam memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG ini ialah guru tersebut haruslah seorang yang serba tahu. Menurut Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon, 2011 dalam Pengantar Pendidikan, seorang guru haruslah serba tahu dalam mengesan, menerima perbezaan individu dalam kalangan muridnya dan membimbing mereka dalam

memperkembangkan potensi mereka dari segi Jasmani, daya cipta, Intelek dan Rohani. Ini kerana setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan yang berbeza dan guru haruslah pandai dalam mengesan kepelbagaian tersebut agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dapat mencapai objektif pembelajaran. Tambahan pula, dalam usaha memperkembangkan lagi potensi mereka dari segi jasmani, daya cipta, intelek dan rohani ini, secara tidak langsung unsur unsur berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai nilai murni seperti baik hati, jujur, hormat menghormati dan sebagainya dapat diterapkan dalam diri murid murid lantas dapat merealisasikan hasrat FPK dan FPG dalam melaksanakan KSSR untuk membangunkan modal insan yang berminda kelas pertama. Di samping itu, dalam menjadi seorang guru yang serba tahu, guru tersebut haruslah peka dengan segala perkembangan yang berlaku pada dunia moden ini, tidak kira dalam skop pendidikan atau secara global. Menurut Ahmad Bajunid (1995) dalam Pengantar pendidikan menyatakan tenaga pengajar dan dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber 2

dan pencapaian matlamat pendidikan. Justeru, dengan pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan seperti KSSR ini sudah pasti menjadikan peranan guru dan tanggungjawab guru menjadi lebih mencabar. Oleh itu, guru haruslah peka dan celik mata dengan segala perubahan yang berlaku disekeliling mereka agar tidak ketinggalan dan berciciran dalam mengikuti peredaran masa. Guru yang peka dengan perkembangan semasa akan berkongsi ilmu pengetahuan dengan muridnya lantas dapat melahirkan murid yang berfikiran terbuka dan dan murid yang sama aktif dengan perkembangan global pada zaman ini. Seperti mana yang kita sedia maklum, kebelakangan ini, konsep pembangunan modal insan diberi penekanan yang serius sejajar dengan perancangan negara kita menjadi maju dalam bidang sains dan teknologi berdasarkan acuan sendiri dan memenuhi hasrat wawasan 2020. Secara tidak langsung guru dapat memberi ilmu pengetahuan tentang pelbgai aspek yang dapat mendidik mereka menjadi bangsa yang kreatif, mempunyai hemah yang tinggi, berjiwa besar dan cintakan negara. Tuntasnya,menurut Ragbir Kour ( 2007 ) dalam Pengantar Pendidkan mengatakan guru sebagai pengamal ilmu perlu mempratikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, memberi idea dalam proses sumbangsaran dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru, untuk melahirkan modal insan yang produktif dan mempunyai keyakinan diri untuk menonjolkan bakat yang ada dalam diri mereka melalui proses komunikasi antara murid dan guru. Oleh itu, guru haruslah menjadi gudang ilmu kepada murid agar dapat membantu mereka dalam semua aspek serta dapat merealisasikan tunjang tunjang atau aspek yang dikehendaki dalam KSSR .

2.2 Guru Sebagai Pembentuk Akhlak Peranan guru dalam menjayakan hasrat FPK dan FPG yang kedua ialah guru sebagai pembentuk akhlak. Akhlak menurut Abdul Rahman Al Basyar dalam Falsafah & pendidikan di Malaysia ialah ilmu tentang keadah menghiasi diri dengan sifat sifat terpuji dan menjauhi sifat sifat yang keji. Maka, pembinaan modal insan perlu dipenuhi dengan akhlak kerana akhlak dapat membantu melengkapkan diri setiap individu dengan disiplin, bertanggungjawab, mampu berdaya saing, baik hati serta ikhlas. Dalam KSSR, nilai menjadi salah satu tunjang yang penting, jadi sebagai seorang guru mereka haruslah menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi bagi memastikan pembinaan akhlak murid seiring dengan pembinaan modal insan. Guru merupakan contoh atau role model kepada murid, oleh sebab itu, akhlak guru perlu dimantapkan dengan mengamalkan nilai nilai profesionalisme yang tinggi, akauntabliti dan intergriti yang tidak goyah. Menurut Che Kamarudin, Nik Aminah, Rukiah, Siti Fatimah dan Sulaiman ( 1996 ) akhlak merupakan manifestos yang dirangkaikan bersama hati dan budi yang bersifat rohani, dipamerkan melalui gaya dan tindakan. Lantaran itu untuk membina dan membentuk akhlak individu dan masyarakat ia haruslah terlebih dahulu melalui pembentukan yang bersifat rohani. oleh itu, guru haruslah sentiasa menunjukkan tingkah laku yang baik di depan murid agar murid murid dapat jadikan ia sebagai teladan seperti berpakaian sopan dan menutup aurat. Seterusnya, guru juga perlu sentiasa belajar untuk meningkatkan ilmu dalam pelbagai perkara, sentiasa munasabah diri dengan membetulkan akhlak sendiri bagi mempamerkan akhlak yang mulia kepada murid. Selain itu, guru juga harus tegas dan mampu memperbetulkan perlakuan murid dengan berkesan hingga murid menyedari akan kesalahan dan kekurangan dirinya. Sebagai seorang guru, haruslah memperbetulkan kesalahan yang dilakukan oleh muridnya agar murid dapat menyedari kesalahan yang mereka lakukan kerana kadang kadang mereka tidak tahu perbuatan mereka merupakan satu kesalahan. Guru haruslah mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovasi dalam mencari

pendekatan dan strategi untuk membina akhlak murid tanpa murid teragak agak menururti ajaran guru. Tambahan pula, guru tidak boleh sesekali mengabaikan ajaran akhlak kepada murid walaupun sibuk menghabiskan sukatan pelajaran yang terdapat dalam kurikulum tekanan kepada murid dalam

yang telah ditetapkan. Guru tidak boleh terlalu memberi nilai nilai yang baik dalam jiwa mereka.

proses menghabiskan sukatan pelajaran sedangkan jiwa murid kosong tanpa diisi dengan

Natijahnya,menurut Noriati A.Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin, dan Zakiah Noordin ( 2012 ) modal insan datang dalam satu pakej, ilmu pengetahuan dan

berakhlak mulia. Tanpa akhlak, seseorang yang mempunyai kelulusan akademik tinggi sanggup melakukan kemusnahan dalam masyarakat dan negara. Melalui KSSR aspek dan nilai menjadi salah satu tunjang di mana tunjang kerohanian, sikap dan nilai menjadi salah satu tunjang daripada enam tunjang yang terkandung dalam KSSRjadi dalam pembinaan modal insan guru juga haruslah mempunyai akhlak yang mulia dan boleh dijadikan sebagai rujukan kepada murid agar guru dapat menjayakan hasrat FPK dan FPG.

2.3 Guru Sebagai Pendorong Pemikiran Kreatif dan Kritis Peranan guru yang ketiga dalam melaksanakan hasrat FPK dan FPG dalam melahirkan modal insan ialah guru sebagai pendorong pemikiran kritis dan kreatif. Kreatif menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah mempunyai kebolehan mencipta,

menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yang baru. Kritis pula bermaksud tidak begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu menimbangkan yang baik dan buruk dahulu, bersifat mengkritik. Viktor Lowenfeld dan Brittain (1982) menjelaskan, kreativiti berkait dengan suatu garis panduan atau prinsip yang perlu diikuti oleh seseorang iaitu menghasilkan atau memikirkan sesuatu yang baru, berbeza dan hasil yang unik, melalui proses pemikiran bercapah, motivasi yang tinggi, sentiasa mempunyai bentuk pemikiran yang terbuka, hasil yang tidak diduga, galakan memperkembangkan dan meningkatkan idea sendiri, kelainan, unik, individual dan keaslian, berlaku proses pemikiran kreatif, mementingkan proses dan bukan hasil, kekuatan pengetahuan dan kemahiran, keinginan meneroka sendiri, mampu mengkritik, serta menilai. Melalui hujah yang telah dihuraikan oleh Viktor Lowenfeld dan Brittain jelaslah bahawa jika semua murid mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis, maka tidak hairankah jika semua murid boleh menjadi modal insan kelas pertama lantas dapat merealisasikan Wawasan 2020. Selain itu, Menurut Noriati A. Rashid , Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin dan Zakiah Noordin dalam Falsafah & Pendidikan Di Malaysia pemupukan daya imaginasi dan kreativiti turut ditekankan menerusi tunjang fizikal dan estetika di dalam KSSR. Hal ini bererti setiap guru bertanggungjawab dalam mendorong pemikiran kritis dan kreatf menerusi pengajaran guru. Oleh itu, beberapa tindakan perlu dilakukan oleh guru untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis iaitu guru boleh menjalankan pebelajaran di luar bilik darjah untuk meluaskan pengalaman dan pengamatan murid terhadap persekitaran yang mendorong murid untuk berfikir melalui soalan soalan terbuka yang guru sediakan. Banyak unsur alam, flora dan fauna yang selama ini kurang diperhatikan dengan teliti oleh murid dapat digunakan oleh guru untuk meransang pemikiran murid. Jika murid lebih didedahkan dengan persekitaran yang sebenar atau bahan maujud barulah murid akan lebih teransang dan dapat meransang lagi kemahiran berfikir murid sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan yang merupakan elemen penting dalam kehidupan murid dalam kehidupan harian dan kerjaya masa depan mereka.

Di samping itu, guru juga perlu membuat persediaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mengajak murid murid berfikir dan menyelesaikan masalah, contoh penggunaan sumber audio atau video, buku cerita, keratan akbar, gambar dan pelbagai sumber yang berkaitan dengan isi pelajaran. Dengan pelbagai sumber pembelajaran ini dapat membantu murid berinteraksi dengan guru ketika menyelesaikan masalah serta dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara mereka lantas dapat mendorong mereka menjadi murid yang aktif dalam pembelajaran. Kesimpulannya, melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 usaha untuk membangunkan modal insan, lebih diberikan tumpuan dalam melahirkan

murid yang kompeten dalam bidang sains dan berdaya kreatif serta berkebolehan pasaran. Melalui PIPP menunjukkan bahawa unsur kreatif dan kritis merupakan satu elemen yang harus ada dalam ciri ciri modal insan yang kita ingin lahirkan. Tambahan pula dalam KSSR menekankan elemen Kreatif dan inovasi yang bertujuan untuk memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, kemahiran tinggi dan berkepribadian mulia. Oleh itu, guru haruslah seorang yang mampu menjana pemikiran kreatif dan kritis murid agar dapat merealisasikan hasrat FPK dan FPG melalui KSSR.

2.4 Guru Sebagai Penjana Perubahan Peranan guru yang keempat ialah sebagai penjana perubahan yang boleh dijelaskan bahawa kehidupan kita akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa dan manusia perlu menyiapkan diri dengan perubahan yang dialami. Kepesatan pembangunan negara dan globalisasi menjadikan tanggungjawab guru semakin mencabar dan memerlukan kekuatan serta jati diri yang utuh. Oleh itu, setiap guru berperanan sebagai agen perubahan dan perlu bersedia dengan kritikan dan yang bakal mereka tempuhi. Dalam KSSR juga menekankan aspek sains dan teknologi yang mana akan meliputi segala perubahan yang berkaitan dengan pelbagai penciptaan benda baru. Menurut Rosabeth Moss Kanter, guru berfungsi sebagai change master leader dan aspek tersebut mampou menggenggam masa hadapan. Dalam hal ini guru mestilah berfikiran jauh dan mempunyai sifat inovatif dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai strategi, teknik, kaedah dan pendekatan yang harus digunakan mestilah diperkemaskan dan disesuaikan dengan corak pembelajaran masa kini. Penggunaan bahan bahan pengajaran juga harus mengikut peredaran zaman contohnya penggunaan Ipad atau tablet supaya dapat menarik minat murid lantas dapat memberi pendedahan kepada murid tentang perubahan yang berlaku setiap masa. Di samping itu, bagi memastikan guru mampu menjana perubahan dalam abad ini dan abad seterusnya guru perlu memiliki ciri ciri kecemerlangan diri sebagai seorang guru yang profesional seperti menguasai subjek iaitu kandungan kurikulum. Guru perlu menguasai dan menghayati kandungan subjek dan memastikan bahawa guru seorang yang pakar dalam subjek yang diajar. Guru boleh merealisasikan hal ini dengan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, iaitu sentiasa menganggap proses pembelajaran ialah proses yang berterusan dan mengamalkan budaya ilmu melalui pembacaan, secara tidak langsung dapat membantu murid dalam pembelajaran serta dapat memahami dengan baik sesuatu subjek dan memberi kesan yang mendalam dalam pembelajaran mereka. Tambahan pula, guru haruslah mahir dan berketrampilan dalam pedagogi iaitu

pengajaran dan pembelajaran. Selain mempunyai ilmu dan kemahiran asas dalam pedadogi, seseorang guru perlu mengikuti perkembangan terkini dalam dunia pendidikan untuk memastikan terdapat unsur unsur terkini untuk diperbaharui amalan pedadogi. Setiap amalan terbaik di dalam bilik darjah perlu sebati di dalam diri guru dan guru perlulah sentiasa kreatif mencari pendekatan- pendekatan agar dapat menarik minat murid lantas dapat mencapai objektif pengajaran pada hari tersebut.

Tuntasnya, KSSR menekankan pembelajaran berpusatkan murid, jadi segala bentuk pedadogi atau pengajaran haruslah berpusatkan murid supaya mereka lebih aktif dan dapat menyuntik semangat keyakinan dan dapat beri penekanan terhadap tunjang komunikasi yang menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi merealisasikan hasrat FPK dan FPG. lantas dapat

2.5 Guru Sebagai Pendidik Dan Pakar Rujuk Peranan guru yang seterusnya dalam melaksanakan hasrat FPG dan FPK ialah guru sebagai pendidik dan pakar rujuk. Menurut J.M Cooper guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu pengetahuan khusus dan kemahiran mengajar seperti menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia. Contohnya, guru haruslah mendalami setiap jiwa murid agar guru dapat mengawal dan menerapkan nilai nilai dalam diri murd murid. Seterusnya, guru menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala. Guru haruslah sentiasa mewujudkan komunikasi dua hala atau satu dalam pembelajaran agar murid sentiasa aktif dan mereka seronok ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku. Selain itu, guru juga perlu memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar serta menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan murid murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Jika guru tersebut mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, guru haruslah sentiasa menkaji tentang subjek tersebut agar murid tidak ketinggalan dan sentiasa memperoleh input input yang baru. Selain itu, guru juga harus mempelbagaikan kaedah dan teknik seperti kaedah berlakon, bercerita, dan sebagainya agar pelajar tidak mudah bosan ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tambahan pula, guru sebagai pakar rujuk kepada murid muridnya hendaklah melengkapkan diri bukan sahaja dalam bidang kurikulum sekolah tapi juga dalam bidang kerohanian dan emosi serta pengetahuan am. Ini kerana murid murid suka juga bertanya tentang perkara yang tidak berkaitan dengan subjek tersebut jadi sebagai guru lengkapkanlah diri dengan pelbagai ilmu agar dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya , guru bukan sahaja dikenali sebagai pendidik tetapi juga sebagai pakar rujuk kepada murid kerana guru merupakan sumber utama mereka mendapat ilmu dan maklumat. Oleh itu, guru haruslah menjadi pakar rujuk yang utama kepada murid untuk melahirkan murid yang boleh berkomunikasi dengan pelbagai bahasa, beretika, mempunyai keyakinan diri, bersikap patriotik, menghayati dan mengamalkan semangat perpaduan dan cintakan negara, menepati ciri ciri yang ingin dibentuk melalui pembentukan KSSR.

10

3.0 Rumusan Transformasi Kurikulum persekolahan merupakan usaha yang dilakukan bagi memastikan kurikulum tersebut holistik, sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan mampu menangani cabaran semasa dan masa depan. Sebagai usaha bagi

memastikan transformasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di perkukuh serta ditambah baik dan penggunaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai agen perubahan mampu mencapai objektif, para jurulatih utama terlebih dahulu diberikan kursus orientasi. Sebagai melengkapkan para guru berhadapan dengan cabaran melaksanakan KSSR, satu lagi kursus orientasi turut dianjurkan pada peringkat negeri oleh jurulatih utama masingmasing mengikut mata pelajaran. Sehubung dengan itu, guru haruslah menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru dahulu agar setiap elemen elemen yang ingin dicapai dalam KSSR dapat dilaksanakan. Dalam membangunkan modal insan, guru haruslah memperbaiki dahulu kelemahan kelemahan diri mereka agar mereka dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam menerapkan unsur unsur modal insan dalam diri mereka. Selain itu, guru juga harus berfikiran luar daripada kotak supaya dapat menaja pemikiran murid ke arah yang lebih jauh atau lebih kepada kajian masa depan. Selain itu,dalam menjayakan hasrat FPK dan FPG ini guru juga harus

mempertingkatkan profesionalisme. Para pendidik harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk medidik generasi yang akam mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha untuk mengaplikasikan kaedah kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Seorang pendidik juga perlu mempunyai ciri ciri yang berkualiti seperti yang terkandung dalam FPK serta sentiasa memperkemaskan kualiti sebagai pendidik dari semasa ke semasa dengan latihan, seminar dan lain lain kursus dalam perkhidmatan. Oleh itu, guru seharusnya memahami akan peranan mereka sepenuhnya dalam menjayakan modal insan ini. Segalanya perlu bermula dari diri guru tersebut. Menjadi seorang guru yang cemerlang bukan sahaja dinilai dari aspek luaran semata-mata, tetapi yang lebih penting adalah keperkasaan dari aspek profesionalismenya, prinsipnya, keutuhan peribadinya, kecekapan dan ketrampilan mental dan intelektualnya, kestabilan emosi dan spiritualnya seta kebijaksanaan kepimpinannya. Usaha-usaha ini penting dalam menyiapkan diri mereka sebagai role-model utama terhadap generasi bakal peneraju kemajuan negara suatu hari nanti.

11

4.0 Rujukan

Choong Lean Keow, (2011), Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia,Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn Bhd Noriati A.Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin, Zakiah Noordin, ( 2012) Falsafah & Pendidikan Di Malaysia,Selangor Oxford Fajar Sdn Bhd Syed Ismail Syed Mustafa, Ahmad Subki Miskon, ( 2012), Penghantar Pendidikan, Perak , Penerbitan Multimedia Sdn Bhd

pensyarah tamadun islam kangar perlis, december 2009, akhalak dalam pembentukan diri, diakses pada 9 march http://ctu101az.blogspot.com/2009/12/bab-5-akhlak-dalam-pembentukan-jati.html jihah, Tuesday 8 march 2011, kreativiti dan kritis, diakses pada 9 march http://mond0k.blogspot.com/2011/03/kreativiti_7785.html

12

Refleksi Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Halim Bin Wan Ibrahim. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNYA dapat saya menyiapkan tugasan projek bagi subjek Falsafah dan Pendidikan di Malaysia ini tepat pada masanya. Terima kasih kepada Encik Halim selaku pensyarah

pembimbing kerana sudi memberi perhatian dan sokongan terhadap tugasan saya ini, tanpa bantuan beliau saya tidak mungkin dapat melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Semasa dalam proses menyiapkan tugasan projek ini pelbagai pengalaman telah saya dapati dalam melaksanakannya seperti proses mengumpul maklumat, bahan atau dokumen dokumen yang berkaitan dengan tugasan. Saya memulakan pencarian maklumat di perpustakaan dan selepas itu, saya mula mencari buku rujukan yang berkaitan dengan tajuk soalan tugasan. Seterusnya, saya mula mencari dan meminjam buku rujukan dengan kawan kawan. Selain itu, saya juga menggunakan internet untuk mencari maklumat dan mengumpul semua maklumat yang berkaitan. Setelah maklumat yang diingini telah didapati saya akan kumpulkan semua maklumat dan kaji atau olah semua maklumat berikut berdasarkan soalan dan ambil maklumat yang perlu sahaja. Masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan ini ialah ketika proses mencari maklumat maklumat tambahan yang dapat menyokong huraian saya dan

masalah masa yang padat kerana ketika itu pelbagai aktiviti dijalankan di institut. Tetapi saya dapat menghadapi masalah ini dengan baik dengan meminjam buku di perpustakaan dan menggunakan internet untuk mencari maklumat maklumat tambahan. Selain itu, saya juga dapat membahagikan masa dengan baik untuk menyiapkan tugasan ini. Melalui tugasan ini saya juga dapat mempertingkatkan lagi kefahaman saya tentang Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau lebih dikenali sebagai KSSR. Saya dapat mendalami konsep KSSR ini yang lebih tertumpu kepada penglibatan murid atau lebih

berpusatkan murid berbanding KBSR ( Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ). Selain itu, saya juga mendapat beberapa maklumat tentang KSSR yang memainkan peranan besar dalam membentuk modal insan dan terdapat elemen elemen yang penting yang harus diterapkan dalam diri setiap murid untuk melahirkan modal insan tersebut seperti elemen komunikasi, sain & teknologi, perkembangan fizikal & estetika, Kerohanian,sikap & nilai. , kemanusiaan, serta ketrampilan diri,

13

Semua elemen yang diterangkan dalam KSSR merupakan elemen yang penting dan harus ada dalam diri generasi yang akan datang kerana untuk melahirkan modal insan bukan mudah dan memerlukan perancangan yang rapi. Perubahan kurikulum berlaku dari semasa ke semasa adalah bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara. Perubahan yang dilakukan bergantung kepada perubahan dan kepentingan semasa. Di samping itu, faktor persekitaran sosial,ekonomi dan politik yang semakin mencabar dan kompleks, memainkan peranan penting yang mendorong kepada perubahan terhadap orientasi sesuatu kurikulum supaya kurikulum itu sendiri sentiasa releven dengan keperluan serta dapat merealisasikan wawasan 2020 . Walau bagaimanapun, daripada pengetahuan yang saya dapati setelah menyiapkan tugasan ini terdapat beberapa jenis perubahan kurikulum iaitu bercorak hemeostatik,

perkembangan, neomobilistik dan metamorphistik. Segala perubahan kurikulum adalah berdasarkan kepada falsafah pendidikan untuk memperkembangkan potensi dan keupayaan individu. Selain itu, saya juga banyak mendapat input tentang peranan guru dalam

menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ketika menyiapkan tugasan ini. Tuntasnya, tugasan ini dapat membantu saya dalam menyiapkan diri dalam proses persediaan sebagai seorang bakal pendidik agar dapat melahirkan modal insan yang berkualiti untuk negara. Oleh itu, semua bakal pendidik atau pendidik haruslah meningkatkan kefahaman tentang KSSR dulu sebelum melaksanakan tanggungjawab mereka agar segala objektif dan tujuan KSSR tercapai.

14

Lampiran

15

You might also like