You are on page 1of 14

KONSEP DAN PRINSIP PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (PBS)

Pentaksiran dan penilaian merupakan dua perkara yang berbeza namun saling mempunyai kaitan antara satu sama lain. Kedua-dua perkara ini mempunyai peranan penting dalam kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan aspek ini adalah untuk melengkapkan keperluan kurikulum itu sendiri dan dalam perkara yang dibincangkan ini, bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendefinisikan taksiran sebagai hasil anggaran nilaian manakala pentaksiran pula merujuk kepada hasil perbuatan menilai yang dilakukan. Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009), pentaksiran ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan pelaksanaan prosedur pentaksiran boleh membantu pengurusan biik darjah yang baik. Kovalik (2002) dalam Haliza Hamzah et. All (2009) pula menjelaskan bahawasanya pentaksiran di dalam bilik darjah memberikan maklumat yang membolehkan guru mengubahsuai prosedur pengajarannya agar mampu memenuhi keperluan muridnya. Sumber daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) dalam artikel Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas mendefinisikan pentaksiran sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Dalam konteks pendidikan pula ia dikatakan sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Pentaksiran juga boleh dinyatakan sebagai proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan (David Lambert dan David Lines, 2000 dalam Siti Nur Farhana Ridzuan, 2010). Manakala Blog Taman Ilmu (2011) mendefinisikan pentaksiran sebagai satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Kesimpulannya, pentaksiran boleh dinyatakan sebagai satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Penilaian pula merupakan perkara yang berbeza dengan pentaksiran. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), nilai ialah kualiti, darjat, mutu atau taraf manakala penilaian ialah perbuatan atau proses melihat kualiti sesuatu perkara. Nordin Tahir (2011) menakrifkan penilaian sebagai proses memperolehi maklumat dan menggunakannya untuk membuat pentafsiran dan keputusan. D. Stufflebeam melalui
1|KERJA KURSUS PROJEK PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

bukunya, Educational Evaluation and Decision Making pula menjelaskan penilaian sebagai proses menentukan, mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untak membuat pertimbangan dan tindakan susulan (dipetik daripada Nordin Tahir, 2011). Blog d JouRNeY oF mY LiFe menyatakan dua pandangan dari dua tokoh berbeza mengenai penilaian. Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran tentang nilai fenomena pendidikan. Manakala Gay (1985) pula berpendapat bahawa penilaian boleh diertikan sebagai proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009) pula telah mendefinisikan penilaian sebagai proses membuat keputusan berdasarkan hasil daripada pengukuran. Penilaian akan menghasilkan satu keputusan berdasarkan gred, sijil dan pemarkahan. Kesimpulannya, penilaian boleh diertikan sebagai satu proses menentu dan mengumpulkan maklumat daripada pelbagai punca bagi membuat perbandingan dengan kriteria berkenaan supaya penghakiman mengenai kebaikan, nilai atau kesan seseorang atau sesuatu objek dapat dilakukan. TUJUAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

a) Tujuan Pentaksiran

Pelaksanaan pentaksiran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah mempunyai pelbagai tujuan penting. Antaranya adalah untuk mendapat maklumat mengenai prestasi murid dalam sesuatu sesi pembelajaran. Guru dapat mengenal pasti kelemahan murid melalui pentaksiran yang dijalankan. Selain itu, guru juga boleh menilai atau membuat refleksi terhadap kaedah pengajaran masing-masing dalam satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah mereka laksanakan. Secara tidak langsung, guru boleh membuat penambahbaikan terhadap kaedah pengajaran mereka supaya keberkesanan proses P&P dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, matlamat utama pelaksanaan pentaksiran bukan hanya berfokus atau berpusatkan murid semata-mata tetapi ia turut melibatkan proses penilaian keberkesanan pengajaran guru dalam bilik darjah.

2|KERJA KURSUS PROJEK PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

b) Tujuan Penilaian Pelaksanaan penilaian mempunyai matlamat utama yang tertentu. Rajah di bawah menunjukkan tujuan utama penilaian dilaksanakan dalam proses pembelajaran.

Diagnosis

Bimbingan dan Kaunseling

Tujuan Penilaian

Pencapaian

Pemilihan dan Penempatan

Rajah 1: Tujuan Penilaian.

3|KERJA KURSUS PROJEK PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Penerangan mengenai tujuan penilaian adalah seperti rajah di bawah ini:

Diagnosis

Penilaian dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Diagnosis atau analisis untuk melihat sebab dan punca kelemahan murid boleh dilakukan melalui penilaian. Guru boleh menyusun strategi bagi memastikan kemajuan murid meningkat dari semasa ke semasa.

Pencapaian

Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru.

Pemilihan dan Penempatan

Penilaian diguna pakai dalam meletakkan murid dalam kelompok mereka yang tersendiri,mengikut tahap penguasaan mereka. Hal ini membolehkan guru melaksanakan kaedah pengajaran mengikut tahap pemikiran murid serta aliran yang mereka ambil.

Bimbingan dan Kaunseling

bertujuan untuk memberi motivasi kepada murid untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh. satu usaha galakan kepada murid untuk berjaya.

Rajah 2: Penerangan Tujuan Penilaian.

4|KERJA KURSUS PROJEK PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PRINSIP PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Amir Syamimi Ibrahim (2011) telah menggariskan lima prinsip utama bagi pentaksiran Bahasa Melayu. Berikut adalah lima prinsip utama bagi pentaksiran bahasa Melayu.

Skor Skor adalah alat atau bahan bagi melaksanakan pentaksiran. Skor menggambarkan hasil yang diperolehi daripada ujian yang telah dilaksanakan. Skor ini akan menjadi asas terhadap pelaksanaan pentaksiran. Pentaksir akan melihat skor ini bagi menganalisis keputusan yang akan dikeluarkan. Instrumen Instrumen ialah alat yang digunakan untuk membuat proses pentaksiran terhadap pelajar tersebut. Instrumen membantu guru dalam melaksanakan proses pentaksiran dengan lebih tersusun lagi. Kumpulan yang ditaksir Kumpulan yang ditaksir ialah murid-murid yang mendiami sekolah tersebut. Murid-murid ditaksir bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan serta pencapaian mereka dari semasa ke semasa. Tindak balas Tindak balas yang dimaksudkan ialah hasil yang diperolehi daripada kumpulan yang ditaksir. Tindak balas juga boleh diertikan sebagai hasil pencapaian yang diperolehi. Tindak balas ini membolehkan guru melihat perubahan pencapaian murid mereka dan menilai kembali sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran mereka. Kumpulan yang mentaksir kumpulan yang mentaksir boleh diertikan sebagai kumpulan yang diamanahkan untuk menyemak jawapan soalan ujian.
Rajah 3: 5 Prinsip Pentaksiran Bahasa Melayu

5|KERJA KURSUS PROJEK PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Prinsip utama penilaian pula adalah berbeza sama sekali dengan prinsip pentaksiran. Penilaian yang baik dan bermutu ialah penilaian yang hasilnya dapat dimanfaatkan untuk menambah baik keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan penilaian yang dilakukan berkesan dan berkualiti, terdapat dua prinsip utama yang perlu dititikberatkan seperti berikut:

Sifat Kesahan Menurut Mokhtar Ismail (2009; 376), kesahan ialah ujian sepatutnya mengukur apa yang sepatutnya diukur. Kesahan ialah ketepatan sesuatu instrumen penilaian untuk mengukur, menilai atau menguji sesuatu. Menurut Messick (1989) dalam Mokhtar Ismail (2009; 376), kesahan adalah satu pertimbangan evaluatif yang bersepadu setakat mana bukti-bukti empirikal dan rasional teori yang menyokong kecukupan dan kesesuaian inferens yang dibuat. Semakin tepat maklumat diperolehi daripada penilaian yang dilakukan maka semakin nilai kesahan sesuatu instrumen yang digunakan.

Kebolehpercayaan ujian
Kebolehpercayaan ujian merujuk kepada persoalan sama ada sesuatu ujian itu mengukur apa yang hendak diukur. keboleh percayaan ini dikaitkan dengan ketepatan ujian. Ketepatan ujian dilihat pada sejauh mana ujian yang dilaksanakan menepati objektif ujian.

Rajah 4: Prinsip Utama Penilaian.

6|KERJA KURSUS PROJEK PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PERBEZAAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Terdapat beberapa aspek yang membezakan antara pentaksiran dan penilaian. Jadual berikut menunjukkan perbezaan antara pentaksiran dan penilaian.

CIRI PENGUJIAN JENIS 1. Alat pengukuran perubahan sesuatu aspek tingkah laku. 1. Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan pelajar. 1. Untuk membuat pengelasan TUJUAN/ KEGUNAAN 1. Menentukan pencapaian sesuatu pembelajaran. bagi pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. 1. Pemerhatian. BENTUK 2. Ujian lisan. 3. Bertulis. 1. Set ujian bertulis dengan markah dan gred. 1. Proses menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan nilai. 1. Memberi maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum. 1. Jadual. 2. Gred berdasarkan teknik perangkaan. 1. Proses pengukuran. 1. Persediaan Ujian. CARA/PROSES 2. Pentadbiran. 3. Pemeriksaan. 1. Proses pengujian. 2. Merekod markah/gred. 2. Proses penganalisisan. 3. Proses interprestasi. 4. Melapor. 5. Tindakan. PENTAKSIRAN PENILAIAN

DEFINISI

7|KERJA KURSUS PROJEK PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

MASA

1. Selepas pembelajaran. 1. Terhad pada sesuatu

1. Selepas pembelajaran.

1. Sebelum, semasa, selepas pembelajaran. 1. Dari sesuatu pembelajaran tertentu ke seluruh kurikulum. 1. Menunjukkan pencapaian

LIPUTAN

kemahiran atau pembelajaran. 1. Menunjukkan prestasi

1. Sesuatu peringkat pembelajaran.

KEPUTUSAN

sesuatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran yang spesifik.

1. Menunjukkan pencapaian secara relatif.

keseluruhan tetapi tidak semestinya membayangkan kebaikan seorang individu.

Jadual 1: Perbezaan Antara Pengujian, Pentaksiran dan Penilaian.

8|KERJA KURSUS PROJEK PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Konsep Pentaksiran, Penilaian dan Pengujian boleh dirumuskan dalam grafik seperti berikut:
Mokhtar Ismail; Langkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu. Tahap, status, nilai.

KONSEP DAN TEORI PENTAKSIRAN

KONSEP PENTAKSIRAN

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Proses : Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Maklumat : Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Penghakiman : Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.

Proses / nilai yang menunjukkan nilai kuantitatif.


Merangkumi skala ordinal atau skala selang. Menentukan kedudukan / pencapaian murid.

Pentaksiran haruslah dilihat sebagai : Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.

Produk : Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor da menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.


Aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

Rajah 5: Konsep Pentaksiran. 9|KERJA KURSUS PROJEK PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Peringkat pengujian :

KONSEP PENGUJIAN :

KONSEP PENGUJIAN :
Pemeriksaan

Penilaian / pencapaian pada tahap eksplisit : Perubahan tingkah laku yang nyata, menjawab secara lisan atau bertulis.

Pelaksanaan

Persediaan

Proses pengumpulan maklumat. Proses membuat analisis. Selepas peperiksaan dan pentaksiran. Tindakan selanjutnya. KONSEP PENILAIAN

Prosedur : 1) Persediaan Ujian. 2) Pentadbiran Ujian (Pemilihan Lokasi). 3) Pemeriksaan Dan Pengukuran Ujian. 4) Buat Analisis. 5) Interpretasi / Dapatan / Tindakan.

Rajah 6: Konsep Penilaian.

10 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H

Kepentingan Penilaian Ujian Dalam Bilik Darjah

Membandingkan pencapaian pelajar dengan rakan-rakan sekelas atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang yang lain bagi melihat kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang. Maklumat ini digunakan untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya.

Mengenal pasti pelajar yang tinggi dan amat lemah keupayaannya bagi menentukan kerja-kerja pemuliha dan pengayaan. Membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pembelajaran pelajar agar dapat menentukan arah dan jenis pendidikan pelajar bagi menyalurkan mereka ke jurusan-jurusan tertentu seperti jurusan sains, sastera dan teknikal.

Membolehkan guru menilai bahan, teknik, dan kaedah pengajaran mereka sebagai asas meningkatkan pengajaran mereka. Pelajar mengetahui kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera pula memperbaikinya.

Rajah 7: Kepentingan Ujian.

11 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H

REFLEKSI INDIVIDU (CONTOH)

NAMA : No. Kad Pengenalan:

Opsyen: No. Angka Giliran:

Assalamualaikum wbt. saya ucapkan. Selangit kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmatnya, naskhah KKP ini berjaya dihasilkan akhirnya. Tugasan yang terdiri daripada tiga komponen ini harus diselesaikan dalam masa sebulan dan inilah hasilnya. Ini adalah pengalaman pertama saya dan rakan-rakan menghasilkan tugasan berdasarkan format baharu yang lebih dikenali sebagai Kerja Kursus Projek (KKP). Bentuk laporan yang perlu kami sediakan juga sedikit berbeza dengan format Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) mahupun Kerja Kursus Pendek yang pernah kami laksanakan dahulu. Tugasan ini adalah tugasan yang lebih kurang sama dengan tugasan kami untuk subjek major pada semester lalu. Namun begitu, ada beberapa komponen yang tidak mempunyai persamaan dan kami lihat banyak perkara baharu yang dapat kami pelajari daripada tugasan ini khususnya yang melibatkan aspek pentaksiran. Memandangkan tugasan ini dilaksanakan semasa praktikum dan secara

berpasangan, maka saya dan Mohd Fahmi telah membahagikan antara kami tugasan yang perlu dilakukan bagi memastikan tugasan ini dapat disiapkan dengan baik dan pada masa yang telah ditetapkan. Saya dipertanggungjawabkan untuk menjawab soalan ke-2 iaitu pembinaan JSU berdasarkan set soalan yang diperoleh dari pihak sekolah dan mendapatkan beberapa bahan tentang pentaksiran. Mohd Fahmi pula telah mendapatkan beberapa bahan tentang pentaksiran daripada sumber-sumber lain dan menjawab soalan 1 dan 3. Namun begitu, untuk soalan 1 dan 3, saya ada membantunya dalam mendapatkan sumber yang baik dan menyusun atur laporan kami dengan baik. Tugasan kali ini membuka mata saya untuk menyediakan JSU bagi ujian Bahasa Melayu di sekolah nanti. Jika dibandingkan dengan JSU bagi mata pelajaran major kami iaitu Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraa, JSU Bahasa Melayu ini lebih menumpukan kepada aspek penguasaan kemahiran bahasa dan aplikasi kemahiran tersebut di dalam ujian dan juga dalam kehidupan seharian. Berdasarkan instrumen pengujian yang baik, kita akan dapat menilai sejauh mana tahap penguasaan murid terhadap pengajaran guru di dalam bilik darjah.
12 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U SEKOLAH RENDAH

Saya juga berpeluang untuk mempelajari tentang aspek pentaksiran ini melalui pembacaan tambahan 3 jurnal pendidikan. Sesungguhnya kajian yang teliti telah dilakukan dan sentiasa dilakukan bagi memperbaiki sistem pentaksiran sedia ada seterusnya membantu meningkatkan kemahiran murid-murid di sekolah. Penyelidikan dan

Pembangunan (R&D) haruslah diteruskan dengan mengambil kira pelbagai faktor bagi memastikan matlamat kurikulum dapat dicapai dengan menggunakan pendekatan yang sesuai. Selain itu juga, melalui tugasan ini saya telah belajar 1 perkara penting iaitu untuk menghasilkan JSU yang ideal adalah amat sukar. Ini adalah kerana kemahiran yang ingin dinilai juga amat banyak untuk dikumpulkan di dalam set ujian yang sama. Namun begitu, semua penggubal soalan khususnya para guru di sekolah harus sedar akan kepentingan menggubal JSU sebelum membina item pengujian yang akan digunakan. Kadangkala, sudah menjadi tabiat para guru yang hanya mengambil soalan-soalan daripada buku-buku latihan yang dibeli di pasaran dan terus digunakan untuk pengujian. Daripada aspek perancangan, ternyata ia melanggar etika akan tetapi, ia tidaklah salah 100% pada pandangan saya. Asalkan komponen pengujian tersebut merangkumi kebanyakan aspek kemahiran yang ingin diuji, maka ia dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan terhadap item pengujian tersebut. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan sendiri atas bimbingan dan tunjuk ajar berkenaan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada Mohd Fahmi Bin Mohd Radzi yang sudi meluangkan masa membantu saya dalam menjayakan tugas ini. Buat rakan-rakan yang ada turut sama memberikan pendapat, hanya terima kasih yang mampu saya ucapkan. Diharapkan kita menimba pengalaman yang baik untuk persediaan sebelum masuk ke alam pekerjaan nanti di mana keadaannya pasti berbeza sekali daripada alam pengajian di IPG dan semestinya penuh dengan pelbagai cabaran buat kita selaku pendidik. Sekian, terima kasih.

13 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U SEKOLAH RENDAH

BIBLIOGRAFI

Buku dan Jurnal Baharom, H. N. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku Murid. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd. Malaysia, L. P. (2003). Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rujukan Internet Davian, J. (2010, Disember 22). PENTAKSIRAN, PENGUJIAN & PENILAIAN. Retrieved Ogos 24, 2012, from JOEDAVIAN: http://joedavian.files.wordpress.com/2010/12/pentaksiran-penilaian-1.pdf Ibrahim, A. S. (2011, September 24). Amir Syahmi Ibrahim. Retrieved Ogos 24, 2012, from KONSEP PENTAKSIRAN: http://amirgassi.blogspot.com/2011/09/bmm3103.html Mahfuzah, S. (2010, Julai 12). d JouRNeY oF mY LiFe. Retrieved Ogos 24, 2012, from PKU 3106: DEFINISI PENTAKSIRAN: http://snfr-siti-edu.blogspot.com/2010/07/pku-3106pentaksiran-dalam-pendidikan_12.html Mohktar, R. (2011, Julai 27). KONSEP DAN PRINSIP PENTAKSIRAN DALAM BAHASA MELAYU. Retrieved Ogos 22, 2012, from Taman Ilmu: http://suriaangkasa.blogspot.com/2011/07/konsep-dan-prinsip-pentaksirandalam.html

14 | K E R J A K U R S U S P R O J E K P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U SEKOLAH RENDAH

You might also like