You are on page 1of 27

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG, BINTANGOR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP)

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (KERJA KURSUS PENDEK) JABATAN ILMU PENDIDIKAN
NAMA OPSYEN NO K.P KUMPULAN KOD DAN MATA PELAJARAN NAMA PENSYARAH PEMBIMBING TARIKH SERAHAN PENGAJIAN MATEMATIK EDU 3106

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012

Senarai Kandungan.
KANDUNGAN
SOALAN TUGASAN JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN SOALAN (A): ESEI (a) :

HALAMAN

SOALAN (B): ESEI (b)

BAHAGIAN 3 : Refleksi

BIBLIOGRAFI

REKOD BORANG KOLABORASI

LAMPIRAN

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012

Jadual Perlaksanaan Tugasan.


TINDAKAN/ AKTIVITI Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah. Membaca dan mencatat nota daripada pelbagai sumber. Mencari dan mengumpul maklumat mengenai ucapan daripada internet dan buku rujukan. Membuat perbincangan dengan pensyarah dan rakan mengenai bentuk tugasan. Menyiapkan tugasan, esei (a) dan esei (b)

BIL. 01.

TARIKH

CATATAN Telah dilaksanakan. Telah dilaksanakan. Telah dilaksanakan. Telah dilaksanakan. Telah dilaksanakan. Telah dilaksanakan. Telah dilaksanakan.

02.

03.

04.

05.

06.

Membuat refleksi berdasarkan perlaksanaan projek tugasan. Menyemak semula tugasan. Mengadakan perbincangan, membuat banding beza,mengesan dan memperbaiki sebarang kesilapan. Tugasan dihantar kepada pensyarah pembimbing.

07.

09.

Telah dilaksanakan.

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012

SOALAN (A)
a. Kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakat majmuk di negara kita akan memberikan kesan langsung terhadap perkembangan sistem pendidikan di Malaysia. Huraikan cabaran yang dihadapi oleh guru yang mengajar kelas murid pelbagai etnik.

Perbezaan tahap kecerdasan individu

Polarisasi dalam kalangan murid

Sensitiviti keagamaan

Berbeza cara berkomunikasi

Cabaran yang dihadapi oleh guru


Berbeza sikap individu terhadap apaapa konflik yang timbul. Perbezaan pendekatan atau cara dalam menyelesaikan masalah

Perbezaan sikap terhadap pendedahan pandangan masingmasing Berbeza cara menyelesaikan masalah

Perbezaan dalam pendekatan untuk 4 mengetahui dan belajar

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012

Perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah Negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina, dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum kaum lain menjadi kaum minoriti. Setiap etnik membawa sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu. Merujuk kepada definisi yang ditakrifkan oleh ensiklopedia bebas Wikipedia, budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal hal berkaitan budi dan akal manusia. Manakala daya ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Apabila ke dua dua perkataan ini dicantumkan (budaya) membawa maksud tenaga, fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa. Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3,1996,m/s:180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan). Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar. Menurut Papalia (2001) individu manusia itu berbeza dari segi jantina, saiz badan, kesihatan, tahap tenaga, personaliti dan emosi. Manakala Slavin (1997) pula mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina , bakat dan minat. Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid memberi implikasi secara langsung terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam menguruskan sebuah kelas yang mempunyai pelbagai etnik murid adalah amat mencabar kewibawaan seorang guru. Terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira dengan teliti supaya sensitiviti etnik atau budaya tidak disentuh dan supaya pegajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Antara cabaran yang dihadapi oleh guru, cabaran yang paling utama iaitu sensitiviti 5

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012


keagamaan. Dalam sebuah kelas yang mengandungi kepelbagaian etnik pasti bilangan agama atau kepercayaan yang dianuti juga banyak dan pelbagai. Contohnya, dalam kelas berkenaan terdapat murid Cina, India, Melayu dan bumiputera yang lainnya, maka agama yang dianuti oleh murid adalah seperti agama Islam, Buddha, Kristian, Sikh, Taoisme, Hindu dan sebagainya. Setiap satu kepercayaan ini adalah berbeza dan memerlukan minda yang matang dalam memahami dan meghormati serta menerima perbezaan berkenaan. Masalah yang dapat dilihat di sini ialah apabila kanak-kanak sekolah rendah yang tidak memahami akan perbezaan tersebut, kanak-kanak yang tidak dibimbing dengan baik akan mempunyai persepsi yang berbeza akan agama-agama yang lain dari agama yang dianutinya. Apabilanya terjadi hal ini, mungkin bukan di bawah pengawasan guru, isi perkauman atau keagamaan akan timbul sekiranya tidak dibenteras dengan baik. Sebagai contoh, kanak-kanak amat gemar untuk mempermainkan perkara-perkara yang di mata mereka nampak lain dan lucu, contohnya seperti agama Sikh yang menggunakan serban di kepala. Mungkin ini akan menjadi bahan usikan mereka sehingga menimbulkan rasa tidak senang murid yang di usik berkenaan dan sekiranya guru tidak peka akan keadaan ini, hal kecil ini akan berlarutan dan akhirnya isu keagaama yang dipelihara bagaikan menatang minyak yang penuh akan terusik jua. Sebagai kesimpulannya, guru haruslah menjadi lebih peka akan persekitaran pembelajaran dalam bilik darajh bagi menggelakkan isu-isu berkenaan timbul. Guru juga mestilah meningkatkan ilmu mengenai perbezaan budaya dan agama setempat kerana tugas guru bukanlah sebagai pendidik cuma, tetapi bertindak sebagai agen perubahan pemikiran secara holistik. Cabaran kedua yang dihadapi oleh setiap guru yang mengajar kelas pelbagai etnik adalah perbezaan tahap kecerdasan individu murid. Setiap etnik mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza di mana ini bergantung kepada baka dan juga cara pemakanan. Ini adalah kerana setiap individu mempunyai ketidaksamaan perkembangan dari segi fizikal, mental, emosi, sosial dan juga kognitif di mana perkembangan ini dipengaruhi oleh tret yang diwarisi daripada ibu bapa seperti tret personaliti, emosinaliti serta pola tingkah laku seseorang murid, dalam bahasa yang lebih mudah perkembangan kanak-kanak juga secara tidak langsung dipengaruhi oleh etnik asal kanak-kanak tersebut. Merujuk kepada Slavin (1997), di mana beliau telah mengaitkan teori baka dengan perkembangan individu 6

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012


dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat. Sebagai contoh yang boleh diberikan, murid cina kebanyakkannya pada peringkat awal sukar untuk menguasai matapelajaran bahasa Melayu tetapi mudah untuk menguasai matapelajaran Bahasa Inggeris. Ini adalah kerana kebanyakkan masyarakat cina tidak

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam percakapan seharian tetapi lebih menggunakan bahasa ibunda mereka dan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Hal ini bertentangan pula dengan murid bumiputera yang kebanyakkannya sukar untuk menguasai matapelajaran Bahasa Inggeris, di mana hal ini terjadi adalah kerana peratusan besar pelajar bumiputera

menggunakan bahasa Melayu ataupun bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantaraan ketika berbicara manakala bahasa Inggeris Cuma akan digunakan semasa kelas Bahasa Inggeris berlangsung. Ini menyebabkan kurangnya pendedahan kepada murid bumiputera tentang penggunaan bahasa Inggeris dengan lebih baik. Hal ini adalah sehubungan dengan budaya sesuatu etnik yang lebih menumpukan pada penggunaan bahasa Melayu ataupun bahasa ibunda masing-masing dalam berkomunikasi. Pendedahan yang kurang juga membuatkan perbezaan dari segi tahap kogntif murid-murid di mana ini dapat di lihat dalam situasi bilik darjah murid berbangsa apa yang cepat memahami sesuatu matapelajaran dan murid manakah yang lemah dalam memahami sesuatu mataelajaran yang diambil. Kepelbagaian etnik dan kaum juga menyumbang kepada pembentukan keperibadian individu yang berbeza. Tuntasnya di sini, cabaran perbezaan individu dalam konteks hubungan antara etnik memberikan satu cabaran yang baru kepada guru dalam tampil lebih efektif dan kreatif dalam mengurangkan implikasi daripada

permasalahan tersebut. Guru yang cemerlang adalah guru yang sentiasa bijak dalam mencari jarum di dalam timbunan jerami, iaitu pada kata lainya, bijaksana dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang rumit. Cabaran yang ketiga yang seringkali dihadapi oleh warga pendidik ialah polarisasi dalam kalangan murid. Maksud istilah `polarisasi ialah kecenderungan kepada sesuatu pihak dari segi pendapat atau tindakan. Maksud lain ialah perbezaan yang dilihat berdasarkan warna kulit, kedudukan, pencapaian, dan sebagainya. Sebagai contohnya, murid mengelompokkan diri mengikut kaum dan 7

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012


etnik di dalam bilik darjah di mana ini telah menimbulkan polarisai dalam kalangan murid. Selain daripada itu, murid yang berkawan mengikut etnik ataupun mengikut pencapaian dalam bilik darjah merupakan salah satu bentuk polarisasi dalam konteks bilik darjah. Guru dapat melihat isu polarisasi ini timbul apabila murid mula membuat kumpulan sendiri mengikut kaum, mengasingkan kawan yang berasal dari kaum yang berbeza dan minoriti dalam kelas berkenaan dan kurangnya kerjasama dalam bilik darjah. Walaupun sentimen perkauman masih bukan lagi menjadi wahana dalam minda kecil mereka, tetapi sekiranya perkara ini tidak dibendung dengan cermat dan teratur, ini akan menjadi budaya dalam diri murid yang akan dibawa sehingga mereka meningkat dewasa. Polarisasi ini akan terbentuk dengan sendirinya iaitu apabila murid tidak mencapai persefahaman dengan rakan berbangsa lain tetapi dapat bekerjasama dengan baik dengan rakan sebangsa ataupun melalui peranan guru itu sendiri. Guru akan menimbulkan isi polarisasi dalam kalangan murid apabila guru mengkelompokkan murid mengikut kaum contohnya seperti menyusun tempat duduk murid mengikut etnik ataupun mengikut agama. Murid secara tidak langsung akan lebih rapat dan selesa dalam kelompok yang telah ditetapkan oleh guru dan secara langsung atau tidak, polarisasi akan wujud. Polarisasi ini seperti epidemik, di mana ia akan merebak seluas-luasnya dalam komuniti sekiranya langkah pencegahan ataupun vaksin yang

menutralkannya tidak disuntik kepada individu yang terlibat dan yang berpotensi terjangkit. Di sini dapat disimpulkan bahawa isu polarisasi ini merupakan barah dalam pendidikan, di mana saya kecilkan skop, dalam bilik darjah. Ini adalah menjadi tanggungjawap kepada guru dalam mengelakkan isu ini menjadi lebih kronik di mana kita ada satu matlamat negara iaitu demi melahirkan masyarakat 1 Malaysia yang bersatu-padu selaras dengan amanat YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Seterusnya, cabaran atau halangan yang dihadapi dalam bilik darjah yang mempunyai kepelbagaian kaum ialah berbeza cara komunikasi. Ini adalah merujuk kepada fahaman yang diwujudkan oleh Marcelle, DuPraw dan Axner; gaya komunikasi merujuk kepada penggunaan bahasa dan komunikasi bukan verbal. Di mana kita boleh lihat dua orang yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza, malah dari budaya yang sama boleh mempunyai penggunaan bahasa yang berbeza. Individu Melayu Utara dikenali dengan individu yang tampil bersuara 8

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012


lantang dan bernada tinggi ketika berbual adalah diterima tetapi di sesetengah kawasan dan budaya, budaya seperti itu dianggap sebagai tidak sopan dan tidak sesuai untuk perbualan dengan sesetengah orang. Manakala dalam perbualan warga yang lebih tua, penggunaan kata ganti diri aku-hang adalah diterima dan digunakan dengan meluas. Begitu juga dengan perbualan dialek Melayu di Pantai Timur, terdapat penggunaan kosa kata yang menggelirukan pemahaman pengguna bahasa Melayu standard. Contoh perkataan yang digu nakan adalah kata selalu di mana membawa maksud sekarang. Jika dilihat perkara ini di dalam bilik darjah, terdapat implikasi yang tersendiri kesan daripada perkara ini contohnya

ketidaksefahaman murid antara satu sama lain. Di mana sebagai contohnya, seorang murid tersebut tidak bermaksud untuk menghina atau memperlekehkan rakannya, tetapi disebabkan terdapat perbezaan dalam cara berkomunikasi individu mengikut etnik dan budaya, maka akan terjadi satu salah faham dan mencetuskan pergaduhan antara murid. Di sini peranan guru menjadi lebih penting demi menggelakkan perkara seumpama itu tidak berlaku atau berulang. Guru harus faham mengenai kelaianan yang ada antara individu murid demi menggelakkan salah faham hasil dari gaya komunikasi yang berbeza. Cabaran yang seterusnya yang dihadapi oleh guru adalah perbezaan sikap individu murid terhadap apa-apa konflik yang timbul. Murid mungkin ada yang telah terdidik dalam keluarga yang mengamalakan perbincangan sekiranya timbul konflik di mana mereka ini akan lebih bersikap terbuka dalam menghadapi masalah di mana mereka akan memberikan pelbagai pandangan yang berbeza dalam menyelesaikan sesuatu konflik yang timbul. Bagi kelompok murid ini, perbincangan dalam bentuk perbincangan dan bersemuka adalah sesuai. Selain daripada itu, terdapat juga segelintir murid yang terdidik dalam suasana keluarga yang tidak mengamalkan perbincangan secara terbuka ini, tetapi lebih kepada perbincangan tertutup. Mereka percaya bahawa perbincangan secara terbuka agak menjatuhkan air muka seseorang sekiranya konflik yang terjadi melibatkan seseorang individu tersebut. Bagi mereka perbincangan secara tertutup atau bertulis adalah lebih sesuai. Jika di dalam bilik darjah, guru haruslah bijak dalam mengenal pasti muridmurid tergolong dalam kelompok yang terbuka atau tertutup ketika menghadapi konflik. Ini boleh dilaksanakan dari masa ke semasa dengan pemerhatian guru terhadap sikap murid bila menghadapi masalah. Ini adalah penting dalam 9

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012


memastikan kesinambungan pengajaran berjalan dengan lancar dan juga demi mengelakkan murid dari berasa tidak selesa ketika berada di dalam kelas. Guru juga menghadapi cabaran seperti murid yang mempunyai perbezaan pendekatan ataupun cara dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan . Dalam setiap budaya yang ada, masing-masing mempunyai gaya dan cara yang tersendiri dalam menyiapkan kerja ataupun tugasan. Antara faktor yang dapat disenaraikan ialah ialah akses kepada bahan sumber, pandangan terhadap ganjaran yang akan diterima sekiranya selesai melaksanakan tugasan, pandangan terhadap kepentingan masa, pandangan terhadap hubungan kerjasama dalam pasukan dan perkaitannya dengan penyediaan tugasan. Ini adalah kerana setiap individu mempunyai latar belakang membesar dengan budaya yang berbeza. Ada murid yang mempunyai personaliti yang positif adalah hasil daripada pembentukan sahsiah yang baik sedari kecil, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitu juga dengan murid yang mempunyai personaliti yang sebaliknya. Jesteru, terdapat murid yang terus berusaha menyiapkan tugasan tanpa mengambil kira hubungan dengan orang lain, terdapat murid yang mendapatkan bahan rujukan dan berkongsi hanya dengan kelompok rakan rapat sahaja, terdapat juga murid yang bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan sekiranya ada ganjaran atau hadiah yang diberikan. Begiru juga dengan sebaliknya, terdapat murid yang mempunyai sikap sambil lewa dalam menyiapkan tugasan, membuat tugasan dengan sikap asal siap dan acuh tak acuh serta yang sebagainya. Peranan yang dapat dimainkan oleh guru di sini ialah, guru haruslah peka akan perbezaan ini dan memberikan nasihat kepada murid yang mempunyai personaliti yang bermasalah terhadap tugasan. Guru juga perlu memberikan peneguhan kepada murid yang mempunyai sikap yang positif ketika melaksanakan tugasan, contohnya dengan memberikan kata-kata semangat dan pujian ketika murid berkenaan menyiapkan tugasan lebih awal atau tepat pada masa yang telah ditetapkan. Ini akan menjadi perangsang kepada murid untuk tampil lebih baik pada masa hadapan. Seterusnya antara cabaran guru dalam menghadapi keunikan perbezaan individu murid berbeza budaya dan etnik adalah berbeza cara menyelesaikan masalah. Gaya bagi menyelesaikan masalah turut bergantung kepada peganggan sesuatu budaya di mana terdapat budaya yang mengamalkan perkongsian tanggungjawab dan penurunan kuasa terhadap anggota lain dalam masyarakat atau keluarga. 10

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012


Sebaliknya pula, terdapat juga budaya yang mengutamakan tanggungjawab individu dalam menyelesaikan masalah dan manakala terdapat juga budaya yang mengamalkan permuafakatan dan persetujuan bersama dalam menyelesaikan masalah. Murid dalam sesebuah kelas adalah berasal dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Ini memberikan keunikan yang dalam setiap diri murid-murid dalam mengamalkan amalan yang berbeza dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Situasi ini boleh dikaitan dengan pendekatan kepimpinan dalam keluarga yang berlainan, samaada keluarga yang mengamalkan kepimpinan autoritatif, demokratis dan permisif. Kepimpinan gaya autoritatif adalah satu bentuk kepimpinan yang mementingkan kewibawaan dan disiplin. Ia merupakan cara dalam membentuk anak dengan disiplin dengan ketelitian tertentu yang akan menghasilkan seorang anak yang patuh dan berdisiplin serta taat kepada ibu bapa. Kepimpinan gaya demokratis pula gaya kepimpinan ibu bapa yang mementingkan kekuatan karekteristik anak mereka dalam membentuk mereka di mana mereka menggunakan kelebihan anak mereka dalam memotivasikan mereka dalam kehidupan. Hasil kepimpinan gaya ini akan melahirkan murid yang mempunyai motivasi dan jati diri yang tinggi. Kemudian, kepimpinan gaya pemisif pula adalah satu kepimpinan yang sangat liberal di mana ibu bapa memberikan kebebasan yang sepenuhnya dalam menentukan hala tuju anak mereka. Mereka percaya bahawa sesuatu perkara akan dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya anak mereka mempunyai minat terhadap perkara tersebut. Tuntasnya di sini, perspektif pandangan murid dalam gaya menyelesaikan masalah adalah tertakluk kepada pembentukan dari rumah atau daripada budaya atau etnik asal mereka. Guru hendaklah faham situasi ini dan mengambil langkah yang sewajarnya demi mengelakkan cabaran seperti ini menjadi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Isi yang seterusnya ialah, perbezaan sikap terhadap pendedahan pandangan masing-masing. Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza terhadap sikap berterus-terang baik tentang emosi dan perasaan, sebab musabab perbalahan atau maklumat peribadi. Terdapat murid yang terlampau jujur dalam

mengekpresikan perasaannya sehinggakan menimbulkan suasana yang kurang selesa dalam kalangan rakan sekelasnya. Ada juga segelintir murid yang mempunyai masalah intrapersonal ataupun mempunyai masalah komunikasi sosial, mereka lebih cenderung memendam perasaan dan emosi, ini akan mendatang 11

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012


masalah terutama terhadap diri mereka sendiri. Tugas guru adalah mengenal-pasti permasalah seperti ini supaya tidak menjadi kudis dalam kehidupan sekolah muridmurid. Guru perlulah memberikan nasihat yang bernas dan bersesuaian bagi murid yang mempunyai sikap cakap lepas dan membantu murid yang mempunyai masalah komunikasi dengan bentuk dan hidupkan watak dari dalam dirinya. Guru juga boleh membantu murid berkenaan dengan menggalakkan murid tersebut bercakap mengenai perasaan dan emosinya. Perbezaan individu seperti inilah yang menjadikan setiap individu tersebut unik dan istimewa. Isi yang terakhir adalah perbezaan dalam pendekatan untuk mengetahui atau belajar. Setiap budaya mempunyai cara tersendiri dalam proses mengetahui ataupun belajar. Budaya barat lebih mengamalkan atau mengutamakan pemikiran kognitif manakala Timur lebih kepada kesahihan maklumat atau fakta. Terdapat juga budaya yang memfokuskan aspek afektif, muzik dan pergerakan. Oleh kerana itu, murid mempunyai gaya belajar masing-masing. Malah pelajar lelaki dan perempuan mempunyai gaya fikiran dan gaya belajar yang berbeza. Lantaran itu, guru harus mengesan gaya fikiran dan gaya belajar muridnya dan menyesuaikan gaya pengajaran dengan gaya belajar murid agar mereka dapat belajar dengan lebih berkesan dan efektif. Perbezaan dan keunikan setiap individu hendaklah dipandang serius oleh para pendidik supaya sesi pengajaran dan pembelajaran seharian murid dapat dilaksanakan dengan berkesan dan efektif. Sebagai kesimpulan keseluruhan, cabaran yang dihadapi oleh guru yang mengajar dalam kelas murid pelbagai etnik adalah setiap murid mempunyai latar belakang yang berbeza di mana setiap satu individu itu tersendiri membesar dalam suasana budaya yang berbeza walaupun berasal dari etnik yang sama. Budaya bukan sahaja merangkumi budaya kemasyarakatan malahan budaya kehidupan sesebuah keluarga itu sendiri yang mencorakkan setiap individu. Ini adalah menjadi satu tugas yang perlu digalas oleh warga pendidik dengan jayanya dalam memahami perbezaan corak budaya, etnik atau bangsa seseorang murid itu di dalam bilik darjah. Ini adalah penting dalam memastikan kesinambungan pengajaran yang berkesan dapat dikekalkan dengan baik dan saksama demi melahirkan seorang individu yang seimbang, selaras dengan matlamat dasar Pendidikan Kebangsaan.

12

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012

SOALAN (B)
b. Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosio-ekonomi dan tahap keupayaan murid bagi memastikan semua sekolah mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Sejauh manakah usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf pendidikan orang Asli serta etnik Indigenous yang ketinggalan dalam bidang sosio-ekonomi berjaya. Ulasan perlulah b erlandaskan contoh yang releven.

Membina pusat intelektual di kawasan masyarakat orang Asli dan peribumi.

Melaksanakan program khusus dalam membantu pendidikan masyarakat Asli dan peribumi.

Langkahlangkah yang diambil oleh kerajaan

Peruntukan kepada penduduk Asli dan peribumi dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan dari aspek prasarana fizikal.

Meningkatkan bilangan guru mengikut opsyen

Memberikan biasiswa kepada orang-orang Asli mahupun orang peribumi yang berkelayakan

13

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012


Kemunduran masyarakat Orang Asli sering dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah. Isu keciciran pelajaran di kalangan masyarakat Orang Asli merupakan isu nasional yang sentiasa mendapat perhatian kerajaan. Banyak pihak cuba mencari punca yang menyebabkan anak-anak Orang Asli ini tidak berminat untuk meneruskan pelajaran mereka di sekolah. Colin Nicholas (2006) dalam kajiannya The State of ORANG ASLI EDUCATION and its Root Problems , menyatakan antara sebab keciciran pelajaran di kalangan masyarakat Orang Asli ialah perbezaan di antara pedagogi pendidikan dan budaya masyarakat Orang Asli itu sendiri. Selain itu, masalah kedatangan ke sekolah yang tidak tetap serta sistem pendidikan yang tidak sempurna turut menjadi punca kepada permasalahan ini. Pensyarah Jabatan Antropologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Hasan Mat Noor pula menyatakan tahap keyakinan diri yang rendah dan kesukaran menyesuaikan diri dengan persekitaran membuatkan pelajar Orang Asli ketinggalan dalam pelajaran (Berita Harian, 2009). Berdasarkan kenyataan penyelidik-penyelidik ini, dapat disimpulkan bahawa budaya, cara hidup dan persekitaran mempengaruhi minat dan emosi pelajar Orang Asli untuk belajar dan datang ke sekolah. Mark Dudek (2000) tidak menyangkal bahawa persekitaran fizikal memainkan peranan terhadap pencapaian pelajar dari segi akademik dan sosial. Oleh itu, ternyata suasana serta persekitaran pembelajaran yang kondusif khusus bagi golongan ini perlu diwujudkan untuk menggalakkan minat mereka terhadap pelajaran. Oleh kerana itu, pihak kerajaan tidak memandang enteng isu-isu yang menjadi kudis dalam sistem pendidikan negara ini. Terdapat pelbagai usaha dan langkah yang telah diiktiarkan oleh pihak kerajaan dalam membangunkan tahap pendidikan orang Asli serta etnik Indigenous di Malaysia. Menurut Hasan Mat Nor (1998), umumnya istilah peribumi (indigenous) merujuk kepada etnik natif kepada sesuatu wilayah yang dituntut dan dipertahankan sepenuhnyaoleh sesebuah negara, di mana mereka ini telah datang lama di wilayah tersebut sebelum wilayah tersebut wujud sebagai sebuah negara yang berdaulat. Orang asli pula merujuk kepada Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, orang Asli antaranya ditakrifkan sebagai; Mana-mana individu yang mana bapanya ialah seorang ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup, adat dan kepercayaan Orang Asli, termasuklah individu yang berketurunan melalui orang itu. Selain itu, ia didefinisikan juga sebagai mana-mana orang 14

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012


daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa kanak-kanak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, mengikut cara hidup Orang Asli dan adat serta kepercayaan Orang Asli ialah salah seorang ahli daripada masyarakat Orang Asli. Seseorang itu disebut juga sebagai Orang Asli apabila anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, mengikut cara hidup Orang Asli dan adat serta kepercayaan Orang Asli adalah seorang daripada ahli masyarakat Orang Asli. Mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli oleh kerana dia telah memeluk manamana agama atau oleh kerana apa-apa sebab lain, tetapi dia masih mengikut cara hidup Orang Asli dan adat Orang Asli atau bercakap bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi menjadi Orang Asli semata-mata oleh sebab dia mengamalkan agama itu. Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam mempertingkatkan taraf pendidikan orang Asli dan peribumi adalah dengan memberikan biasiswa kepada orang-orang Asli mahupun orang peribumi yang berkelayakan untuk mendapat tajaan melanjutkan pelajaran tersebut. Memetik kata-kata Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia, Majid Suhut, " Sekiranya kerajaan memberi latihan kepada Orang Asli seperti menjahit, membuat rantai manik ianya secara langsung dapat menambah pendapatan mereka, dan bukan hanya mengharap wang diberi setiap bulan. Apa yang saya lihat sekarang ada di kalangan Orang Asli yang seperti itu namun tak ramai, bantuan wang tu memang kami harapkan tapi berilah latihan yang bersesuaian untuk memajukan lagi Orang Asli ,". Ini membawa maksud bahawa beliau mengharapkan bahawa kerajaan dapat memberikan latihan yang membawa kebaikan iaitu pendidikan bagi mengubah wajah masa depan masyarakat Asli di Malaysia berbanding dengan memberikan bantuan kewangan kepada mereka di mana ini akan menggalakkan sikap kebergantungan dan malas untuk berusaha dalam diri mereka. Contoh terbaik langkah yang telah di ambil oleh kerajaan dalam melonjakkan paradigma pendidikan orang Asli mahupun peribumi adalah dengan langkah yang telah diambil oleh Majlis 15

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012


Amanah Rakyat (MARA) yang telah menghantar enam orang pelajar orang Asli yang berkelayakan ke luar negara. Sebelum ini tidak ada satu buah pertubuhan atau badan pun yang menghulurkan tangan dalam menghantar pelajar orang Asli yang berkelayakan ke luar negara. Ini adalah sangat bertepatan dengan hasrat kerajaan yang ingin mempertingkatkan taraf pendidikan masyarakat orang Asli dan peribumi. Dengan cara ini, kerajaan dapat memberikan pancing kepada masyarakat Asli dan bukannya ikan sahaja dalam meneruskan kehidupan dalam suasana global pada masa kini. Mereka akan mampu menongkah arus sekirannya ada ilmuan yang berasal dari masyarakat orang Asli yang akan membawa perubahan kepada hala tuju masyarakat Asli di Malaysia ini. Di samping itu, ini akan meningkatkan motivasi terhadap murid-murid dalam belajar bersungguh-sungguh dan melanjutkan pelajaran ke peringkay yang lebih tinggi di mana mereka dapat melihat bahawa adanya peluang yang menunggu mereka sekiranya mereka mempunyai kelayakan. Langkah kedua yang diusahakan oleh kerajaan adalah dengan memberikan peruntukan kepada penduduk Asli dan peribumi dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan dari aspek prasarana fizikal. Kemudahan dari segi

pembangunan infrastruktur dan kemudahan pendidikan adalah diperlukan untuk merapatkan jurang pendidikan antara sekolah bandar dengan sekolah luar bandar. Hal ini adalah diperlukan untuk mengurangkan kadar keciciran dan merangsang penyertaan tinggi dalam kalangan murid sekolah luar bandar. Merujuk kepada petikan kata-kata Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JHEOA, Nisra Nisran Asra Ramlan, "Untuk Kelantan saja, Kerajaan Pusat memperuntukkan RM1.2 juta sepanjang tahun lalu untuk pembangunan pendidikan masyarakat Orang Asli. Ini adalah usaha berterusan kerajaan untuk memastikan masyarakat Orang Asli menerima pendidikan sama seperti kaum lain," (Berita Harian, 2102). Di sini kita boelh lihat betapa kerajaan memandang serius isu mempertingkatkan taraf pendidikan dalam kalangan masyrakat Asli dan demi untuk mengurangkan jurang pendidikan. Beliau juga mengatakan bahawa kerajaan akan memberikan inisiatif kepada ibu bapa yang memberikan galakan kepada anak-anak mereka untuk bersekolah. "Selepas enam bulan pertama anak mereka berada di sekolah, sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada ibu bapa. Selain itu, ibu bapa yang mempunyai anak cemerlang pula akan diberikan sebuah rumah. , Nisra Nisran Asra Ramlan, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JHEOA. Selain daripada itu, 16

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012


setiap sekolah akan mempunyai seorang pemantau yang akan melaporkan prestasi pelajar orang Asli, dan apa-apa sahaja masalah yang timbul akan diatasi dengan segera. Ini adalah kerana kerajaan amat komited dalam mengurangkan kadar keciciran pelajaran walaupun mereka hidup jauh di pedalaman. Usaha murni ini haruslah diteruskan supaya hasrat untuk melihat orang Asli dan peribumi bangkit dan berdaya saing dalam dunia globalisasi dan mampu mengangkat martabat diri, bangsa serta negara. Langkah yang ketiga ialah, kerajaan iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia perlulah meningkatkan bilangan guru mengikut opsyen. Ini adalah untuk memanstikan semua sekolah di pedalaman menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk murid yang berasal dari pelbagai latar belakang, minat dan potensi. Banyak guru-guru baru hasil keluaran Institut Pendidikan Guru Malaysia yang telah dilatih selama lima tahun setengah mengikut opsyen yang telah dipilih. Guru-guru baru ini telah dilengkapkan dengan pedagogi serta strategi pengajaran dan pembelajaran terbaru serta yang terkini yang menjadi aset kepada mereka untuk dibawa ke sekolah di pedalaman. Mereka ini mampu menjadi agen perubahan kepada masyarakat Asli ataupun peribumi kerana guru baru selalunya mempunyai banyak idea baru yang segar dalam mempelbagaikan cara pengajaran yang mungkin bersesuaian dengan pedagogi peribumi atau masyarakat Asli. Pendidikan dan latihan iktisas guru merupakan faktor yang paling utama dalam menentukan kualiti guru dan kualiti pengajaran. Kalangan pakar telah sepakat bahawa penguasaan pengetahuan dalam bidang pengajaran menjadi ciri yang paling penting dalam pengajaran guru. Dapatan kajian menyokong secara sederhana tetapi konsisten bahawa pengetahuan bidang pengajian dan pengetahuan tentang cara mengajar menjadi penentu utama dalam kualiti pengajaran (Greenwald et al. 1996; Ingersoll 2000; Ingersoll & Gruber 1996). Menurut Cohen, Raudenbush dan Ball (2003), bukti-bukti statistik menunjukkan bahawa amalan pengajaran yang disertai dengan pengetahuan dan tindakan memberi pengaruh terhadap pembelajaran murid. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menaiktaraf latihan perguruan dan pada tahun 2005 pengambilan guru pelatih baru telah diperketatkan di mana kerajaan komited dalam menghasilkan bakal guru dan guru yang berwibawa dan mampu mengubah masa depan negara.

17

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012


Langkah yang keempat yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah dengan membina pusat intelektual di kawasan masyarakat orang Asli dan peribumi . Menurut YBHG Dato Haji Mohd Sani Bin Mistam Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Sempena Majlis Perasmian Program Mesra Minda Di Rancangan Kampung Baru (Rkb) Sungal Rual, Jeli, Kelantan, mengatakan Penubuhan Pusat Intelektual Pelajar Orang Asli (PIPOA) di Rompin, Pahang juga merupakan usaha kerajaan bagi membantu meningkatkan taraf pendidikan pelajar Orang Asli. PIPOA ini dibina bagi menempatkan pelajar pelajar Orang Asli yang mempunyai keputusan yang sederhana. Pelajar pelajar yang ditempatkan di PIPOA ini akan diberi pendidikan tambahan serta bantuan dari segi pembelajaran seperti kelas tambahan, dimana pelajar pelajar ini dapat menumpukan perhatian mereka terhadap pelajaran. Langkah ini mampu mengurangkan kadar keciciran pelajar Orang Asli dan JAKOA akan memperluaskan lagi penubuhan PIPOA ini di kawasan-kawasan lain. Dengan penubuhan PIPOA ini kerajaan dapat mengecilkan skop bantuan kepada masyarakat Asli yang memerlukan dan merangsang dalam mempertingkatkan tahap pembelajaran dalam kalangan murid yang mempunyai potensi dalam memajukan diri. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar. Langkah yang kelima yang dijalankan oleh pihak kerajaan iaitu

melaksanakan program khusus dalam membantu pendidikan masyarakat Asli dan peribumi. Terdapat taraf satu program khusus ialah telah dirangka untuk

mempertingkatkan

pendidikan,

antaranya

Program

Transformasi

Pendidikan Orang Asli. Program ini dirangka dan akan dilaksanakan ini merupakan usaha berterusan kerajaan untuk meningkatkan lagi kualiti kehidupan dan produktiviti. Ini adalah untuk memastikan tiada pihak yang terpinggir atau tertinggal termasuk anak-anak dalam kalangan masyarakat Orang Asli, terutamanya dalam arus perdana bidang pendidikan. Oleh itu, di bawah RMKe-10, usaha

memperkukuhkan sistem pendidikan negara yang direncanakan mulai peringkat awal kanak-kanak sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi telah mengambil kira semua kepentingan masyarakat negara ini. Malah, usaha ini diharapkan akan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan masyarakat Orang Asli terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman. Transformasi pendidikan ini Cuma akan berjalan dengan lancar sekiranya banyak pihak yang bergembleng tenaga dalam mencapai 18

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012


hasrat yang ingin digapai oleh pihat kerajaan dalam perspektif peningkatan taraf pendidikan kaum minoriti iaitu masyarakat orang Asli dan peribumi. Tuntasnya, usaha berterusan yang dijalan oleh pihak kerajaan di atas akan Berjaya sekiranya semua pihak samaada NGO atau GO bekerjasama dalam membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Sejajar dengan matlamat Negara yang ingin tampil sebagai sebuah Negara maju menjelang 2020, maka perkembangan dan kemajuan hendaklah seimbang dan tidak ada seorang warga Negara pun yang tercicir atau ketinggalan dalam arus pembangunan Negara. Ini adalah penting kerana setiap masyarakat peribumi mahupun Asli merupakan golongan yang sangat bekerpentingan dalam kewujudan Negara Malaysia, maka keperluan dan kehendak mereka dalam pendidikan haruslah tidak boleh diabaikan atau di pandang ringan sahaja.

19

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012

REFLEKSI
Kami telah menerima soalan kerja kursus pendek EDU 3106 pada awal bulan Julai. Soalan tugasan tersebut meminta kami membuat dua esei. Soalan tugasan yang pertama adalah bagi menghuraikan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengajar dalam bilik darjah yang mempunyai murid dari pelbagai latar belakang etnik. Soalan yang kedua pula mengkehendaki kami memenuhi skop soalan iaitu sejauh mana langkah yang di ambil oleh kerajaan dalam mengurangkan jurang perbezaan pendidikan antara masyarakat lain dengan masyarakat peribumi dan orang Asli. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya banyak mempelajari perkara baru terutamanya kepelbagaian etnik mahupun budaya dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Seorang guru akan menghadapi banyak cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid lebih-lebih lagi bila guru mengajar dalam kelas yang mengandungi pelbagai etnik murid. Guru hendaklah peka dan faham akan apa-apa situasi yang akan menyumbang kepada permasalahan yang akan mengganggu perjalanan pengajaran dalam bilik darjah. Guru hendaklah faham akan perbezaan individu yang unik dan tidak melakukan deskriminasi terhadap mana-mana murid dari etnik yang tertentu. Saya faham bahawa tugas menjadi guru bukanlah perkara yang mudah untuk digalas di mana banyak cabaran yang akan saya tempuhi dalam masa-masa yang mendatang. Dengan melaksanakan tugasan ini saya dapat mempertingkatkan pengetahuan diri mengenai kepelbagaian etnik di Malaysia dan menjadi lebih peka dan faham mengenai isu sensitif yang melibatkan kaum atau etnik. Di samping itu, saya juga dapat melihat dan mengkaji langkah yang di ambil oleh kerajaan dalam mengurangkan jurang pendidikan antara sekolah bandar dengan sekolah pedalaman. Kerajaan tidak pernah memandang etnik Asli dan peribumi sebagai anak tiri tetapi telah banyak melakukan pelbagai usaha bagi mempertingkan taraf pendidikan mereka. Antara langkah yang dilaksanakan ialah menyediakan peruntukan untuk mereka dalam memperbaiki infrastruktur dalam pendidikan, memberikan biasiswa kepada murid orang Asli yang berkelayakan, melaksanakan program khas pendidikan dan sebagainya. Saya dapat lihat usahausaha ini adalah sangat murni dalam mempertingkatkan taraf pendidikan 20

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012


masyarakat peribumi ini. Sekiranya semua pihak bergambleng tenaga dalam membantu menjayakan usaha ini, maka usaha ini bukan hanya seperti melepaskan batok di tepi tangga, iaitu menjadi sia-sia tanpa langkah yang serius diambil. Saya akan mengalas tanggungjawab saya sebagai pendidik dengan cemerlang bagi membantu usaha kerajaan dalam melaksanakan hasrat murni mereka dalam membantu masyarakat minoriti yang memerlukan perhatian yang sepatutnya. Saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang membantu saya dalam meyiapkan tugasan ini dan membimbing saya di kala saya kebuntuan. Tidak lupa juga kepada keluarga yang tidak pernah jemu dalam meyokong dan membantu saya dalam meneruskan pengajian ini. Akhir kalam, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah EDU 3106 yang banyak memberikan ilmu dan tunjuk ajar.

______________________________ (NAMA CIKGU>>>>>>>>>>>>>)

21

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012

BIBLIOGRAFI
BUKU Amir Hasan Dawi, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga,

2006, Quantum Books,Tanjung Malim.

Food & Agriculture Organization of The United Nation, Educational For Rural People (AidAgencies workshop), Rome, Italy (12-13 December 2002), 2003, Working Document FAO andUNESCO-IIEP (International Institute for Educational Planning) Sociology, 9th

John M. Shepard, Edition, 2007, Thompson Higher Wadsworth Education,Belmont

Mohd Fauzi Yaacob,

Malaysia Menangani Perubahan Dan Pembangunan

, 2006, PenerbitUniversiti Malaya, Kuala Lumpur

Shamsul Amri Baharuddin, Modul Hubungan Etnik, Cetakan Keempat, 2010, Straits Digital Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.

LAPORAN

Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan. Konvensyen Nasional PIPP Kedua 2008, IAB, 24-27 November 2008

Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Keciciran Di Kalangan Murid Sekolah Rendah : Cabaran Menghadapi SistemPendidikan Wajib. Kuala Lumpur: BPPDP , 2003 22

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012

Lapuran Jawatankuasa di atas kajian Pendapat Mengenai Pelajaran dan Masyarakat (LapuranKeciciran) oleh Bahagian Perancang dan Penyelidikan

Pelajaran. Kuala Lumpur: BPPP danJabatan Perangkaan,1973. v, 147 muka surat

INTERNET Definisi orang asli. http://tariansewangpayalebar.blogspot.com/2009/04/definisi-

orang-asli.html dilayari pada tarikh 10 Julai 2012.

Pendidikan,

Kemahiran

Dan

Tanah

Penting

Bagi

Orang

Asli.

http://kklw.bernama.com/exclusive.php?id=510346 dilayari pada tarikh 11 Julai 2012.

Teks Ucapan YBHG Dato Haji Mohd Sani Bin Mistam, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Sempena Majlis Perasmian Program Mesra Minda. http://www.jakoa.gov.my/web/guest/172;jsessionid=BC6C57C5D0FAF803405 B8CD4D5E45212?p_p_id=101_INSTANCE_a30t&p_p_lifecycle= pada tarikh 16 Julai 2012. dilayari

Masalah

Keciciran

Pelajaran

Kaum

Orang

Asli.

http://www.scribd.com/doc/14269900/masalah-keciciran-pelajaran-kaumorang-asli dilayari pada tarikh 18 Julai 2012.

JURNAL Khalid Johari, Zurida Ismail, Suki Osman & Ahmad Tajuddin Othman (2009). Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2)(2009): 3 14: Pengaruh Jenis Latihan Guru dan Pengalaman Mengajar Terhadap Efikasi Guru Sekolah Menengah.

23

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012


Thangavelo a/l Marimuthu, Azman bin Jusoh & Rodziah bt. Ismail (2003). Jurnal Penyelidikan MPSAH: Masalah Dan Pelaksanaan Strategi Inkuiri Penemuan Di Kalangan Guru Pelatih Semasa Praktikum.

24

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012

BORANG KOLABORASI
NAMA OPSYEN SUBJEK : : : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)

PENSYARAH:

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

KOMEN

TANDATANGAN

25

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

KOMEN

TANDATANGAN

26

EDU3106: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2012

LAMPIRAN

27

You might also like