You are on page 1of 87

PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN MEMBACA PERMULAAN : SATU TINJAUAN

NORFAIZAH ABD. JOBAR

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2003

PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN MEMBACA PERMULAAN : SATU TINJAUAN

NORFAIZAH ABD. JOBAR 20001-05045

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

FAKULTI BAHASA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM 2003

PENGAKUAN

Bahawasanya saya mengaku sesungguhnya tesis ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya catatkan sumbernya.

Tarikh :

Tandatangan : Nama No. Matrik : Norfaizah Abd Jobar : 2001-05045

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah memberi taufik dan hidayat-Nya sehingga penyelidik berupaya menyiapkan penulisan akademik ini. Pada kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Norliza binti Hj. Jamaluddin, selaku penyelia yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar semasa penyelidik menyiapkan penulisan ini dari awal hingga akhir. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada guru besar, guru penolong kanan, guru dan para pelajar tahun satu Sekolah Rendah Kebangsaan Tualang Sekah kerana membenarkan dan memberi kerjasama sepenuhnya semasa penyelidikan berlangsung. Sesungguhnya budi baik anda hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya. Akhir kata segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu daripada kelemahan saya sendiri. Sekian, terima kasih.

ABSTRAK PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN MEMBACA PERMULAAN : SATU TINJAUAN


Penyelidikan ini dijalankan bertujuan melihat hubungan pendekatan pengajaran yang digunakan dalam pengajaran membaca permulaan di sekolah rendah. Kajian diperincikan bagi melihat aspek penggunaan kaedah pengajaran dan pengetahuan guru berkenaan teori psikolinguistik hubungannya dengan pencapaian membaca. Kajian ini menggunakan markah pencapaian pelajar tahun satu yang diperolehi daripada guru kelas serta borang soal selidik berkenaan tahap penguasaan dan kekerapan penggunaan kaedah pengajaran yang dijalankan oleh guru. Dalam kajian ini didapati penggunaan teknik yang pelbagai dalam pengajaran membaca memberikan kesan yang lebih baik berbanding terikat dengan satu teknik sahaja. Beberapa cadangan dikemukakan dalam kajian ini, antaranya cadangan untuk meningkatkan pengetahuan guru tentang ilmu psikolinguistik, kaedah pengajaran membaca berdasarkan pendekatan dan kaedah psikolinguistik dan beberapa strategi jangka panjang agar pelajar dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik.

ABSTRACT

This study seeks the inter-relation theories of teaching pre-reading primary school. The study focuses on the teachers knowledge aspect of psycholinguistic theories and its relationship with the puils achievement in reading skills and the affectiveness of a particular psycholinguistic theory in pre-reading teaching. Research conducted made used of serveral assement test on pupils and questionnairens completed by the Bahasa melayu teachers. Results of the content analysis on questionnaires and bahasa Melayu test indicate that the teachers knowledge factor and choice of approach influenced the pupils achievements in reading skills. Several suggestion brought forward in the research include teaching methodology of pre-reading based of psycholinguistics and several long term strategies so that pupils will aquire reading skills effiction.

KANDUNGAN
Halaman PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK KANDUNGAN SENARAI JADUAL . . . . . ii iii iv v vi

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 Pengenalan . Latar Belakang kajian . Penyataan Masalah . Kepentingan Kajian . Tujuan Kajian . Skop Kajian . Definisi Operasional 1.7.1 Membaca Permulaan . 1 3 5 9 12 13 15

BAB II

TINJAUAN LITERATUR 2.1 2.2 2.3 Pengenalan . Kajian-Kajian di Barat. Kajian-Kajian di Malaysia . 17 18 26

BAB III

METODOLOGIKAJIAN 3.1 3.2 3.3 3.4 Reka Bentuk Kajian . Tempat Kajian . Pendekatan Kajian . Alat Kajian . 3.4.1 Soal Selidik Guru . 3.4.2 Temubual dan Pemerhatian . 3.4.3 Markah Ujian Membaca . Kaedah Pengumpulan Data . Penganalisisan Data . 33 33 34 34 34 36 36 36 37

3.5 3.6

BAB IV

DAPATAN KAJIAN 4.1 4.2 Pendahuluan Perihal Sampel dan Analisis Dapatan Kajian 4.2.1 Latar Belakang Subjek 4.2.1.1 Jantina 4.2.1.2 Umur ... 4.2.1.3 Kelulusan Akademik/Iktisas.. 4.2.1.4 Bidang Pengkhususan 4.2.1.5 Pengalaman Mengajar Bahasa Melayu .... 4.2.1.6 Pengalaman Mengajar Tahun Satu Penguasaan Psikolinguistik Dan Kaedah Pengajaran Membaca 4.3.1 Tahap Penguasaan dan Pengetahuan Subjek dalam Psikolinguistik 4.3.2 Penggunaan Kaedah Pengajaran Membaca Permulaan . Pendekatan dan Kaedah Pengajaran Yang Diterapkan Oleh Guru . Min Markah Ujian Membaca . Kesimpulan . Ulasan Hasil Dapatan Kajian . 39 39 40 41 41 42 43 44 45 46 47 52 56 60 62 62

4.3

4.4 4.5 4.6 4.7

BAB V

RUMUSAN 5.1 Rumusan . 5.1.1 Rumusan Umum . 5.1.2 Cadangan . 5.1.2.1 Cadangan Perbaiki Kelemahan 5.1.2.2 Cadangan Penyelidik . 65 66 67 67 70

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN A

SENARAI JADUAL

No. Jadual 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Nama Jadual Taburan Subjek Kajian Mengikut Jantina Taburan Subjek Kajian Mengikut Umur Bidang Pengkhususan Subjek Kajian Pengalaman Mengajar Bahasa Melayu Pengalaman Mengajar Bahasa Melayu Tahun Satu

Halaman 41 42 43 44 45

Pengetahuan Subjek Kajian Tentang Teori Psikolinguistik 47 Kaedah Pengajaran Membaca Subjek Kajian Taburan Markah Mentah Penilaian Membaca Taburan Markah Dalam Bentuk Peratus Taburan Markah Mengikut Urutan 52 60 60 61

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Bahasa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung. Apabila timbul kesedaran tentang kepentingan bahasa, maka manusia mula berminat untuk mengkajinya. Sejarah pengkajian manusia terhadap bahasa telah bermula sejak 3000 tahun yang lalu apabila ahli agama Hindu mula mengkaji bahasa Sanskrit dalam kitab suci Veda dengan tujuan agar sebutan yang tepat dapat dikekalkan ketika membaca kitab tersebut.

Apabila kehidupan manusia semakin maju, peranan bahasa juga telah menjadi semakin penting. Bahasa mula dipelajari secara serius. Pengajaran bahasa turut menjadi satu kegiatan yang penting. Apabila timbul pelbagai masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, ahli-ahli bahasa telah berusaha untuk menangani masalah-masalah

tersebut. Hal ini menjadikan kajian terhadap bahasa semakin berkembang. Pengkajipengkaji bahasa telah berusaha mencari jalan bagaimana sesuatu bahasa dapat diajarkan dan dipelajari dengan lebih baik dan berkesan. Berdasarkan kajian-kajian inilah maka terhasil beberapa teori bahasa yang dikenali sebagai teori linguistik.

Dalam pengajaran bahasa, teori psikologi pembelajaran turut diterapkan. Psikologi merupakan bidang yang mengkaji bagaimana manusia mempelajari sesuatu. Uji kaji yang dijalankan ke atas binatang oleh ahli-ahli psikologi telah menemukan teori psikologi pembelajaran yang turut sama diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Berdasarkan kedua-dua displin ilmu yang mengemukakan teori berkenaan suatu perkara yang sama, iaitu bahasa, tetapi berlainan dari segi kaedah, cara dan tujuan akhirnya menghasilkan satu displin ilmu yang baharu, iaitu yang menggabungkan kedua-duanya sekali yang dikenali sebagai psikolinguistik. Ilmu psikolinguistik merupakan kajian terhadap hakikat bahasa, bagaimana bahasa dipelajari dan banyak lagi persoalan bahasa terutama berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa (Mengantar Simanjuntak, 1978 : 1-2)

Teori-teori psikolinguistik memberi huraian tentang bagaimana bahasa dipelajari, strategi-strategi yang digunakan oleh pelajar untuk menguasai bahasa dan model pengajaran bahasa. Semua penerangan ini penting kepada guru bahasa bagi memilih prosedur pengajaran bahasa (Juriah Long et al. , 1990 : 16). Dalam pengajaran bahasa, guru bahasa perlu mengetahui teori-teori psikolinguistik dan berupaya untuk

mengaplikasikannya melalui cara pemilihan pendekatan, kaedah atau teknik yang sesuai untuk menjadikan pengajaran bahasa lebih berkesan.

1.2

Latar belakang kajian

Dalam pembelajaran bahasa terdapat empat komponen kemahiran utama, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran membaca merupakan kemahiran lanjutan daripada kemahiran-kemahiran lain yang lebih asas, iaitu mendengar dan bertutur. Penguasaan dalam kemahiran membaca membantu seseorang pelajar memperluas pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreativiti dalam pelbagai bidang.

Kebolehan menguasai kemahiran membaca sangat penting dan sering menjadi ukuran kepada pencapaian pelajar di sekolah. Hal ini adalah kerana kemahiran tersebut menjadi faktor penentu terhadap pembelajaran yang berkesan dalam berbagai-bagai bidang ilmu. Pelajar yang berkebolehan tinggi dalam bacaan mempunyai kaitan yang rapat dengan pencapaian yang cemerlang dalam bidang-bidang pembelajaran yang lain. Oleh itu, pelajar yang dapat menguasai kemahiran mambaca dengan baik juga menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelbagai mata pelajaran.

Penguasaan dalam kemahiran membaca membolehkan

seseorang individu

menimba ilmu pengetahuan daripada pelbagai sumber. Kebolehan membaca dikatakan boleh membuka seluas-luasnya pintu ke alam pengetahuan manusia. Kepentingan membaca

juga telah ditegaskan oleh Allah s.w.t dalam kitab suci al-Quran, suruh al-Alaq, iaitu Bacalah (ya Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang telah menciptakan.

Masalah pelajar-pelajar tidak menguasai kemahiran membaca dengan baik di peringkat sekolah rendah, malah di peringkat menengah seringkali mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kegagalan pelajar menguasai kemahiran ini dengan baik. Secara umumnya faktor-faktor tersebut boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama, iaitu faktor pelajar, faktor guru, dan faktor persekitaran. Faktor ini pula saling berhubung kait antara satu sama lain dan bersifat kompleks.

Antara faktor-faktor tersebut, faktor pengajaran guru boleh dianggap sebagai salah satu daripada faktor penting dalam menentukan kejayaan pelajar menguasai kemahiran membaca. Hal ini disebabkan setiap guru mempunyai pegangan dan kepercayaan yang berbeza-beza tentang bagaimana sesuatu pengajaran itu harus dijalankan. Pegangan dan kepercayaan ini mempengaruhi pemilihan kaedah, bahan dan alatan yang digunakan. (Marohaini Yusoff, 1989 : 6).

Guru perlu memainkan peranan yang sewajarnya dalam membina kemahiran membaca pelajar. Guru harus bijak memilih pendekatan, kaedah dan teknik serta merancang pengajarannya agar menarik dan sesuai dengan peringkat umur, kebolehan dan minat para pelajar. Sehubungan dengan itu, guru bahasa perlu mengetahui dan memahami

teori bahasa yang dapat menjelaskan bagaimana bahasa diperolehi dan dipelajari oleh seseorang untuk dijadikan asas kepada pengkaedahan dalam pengajarannya.

Menurut Mengantar Simanjuntak (dalam Nik Safiah Karim, 1980 : 72), satu-satu pengajaran bahasa yang berjaya seharusnya berdasarkan teori-teori linguistik yang mampu menerangkan hakikat bahasa dengan berkesan, asal-usul, cara bahasa diaplikasikan dan bagaimana bahasa itu terhasil serta difahami. Dengan kata lain, menurut beliau hanya guru yang memahami teori bahasa dapat menentukan kaedah dan teknik yang sesuai digunakan untuk memastikan keberkesanan pengajaran.

Justeru itu, kajian ini akan meneliti hubungan penggunaan teori-teori psikolinguistik oleh guru dengan pencapaian pelajar menguasai dalam kemahiran membaca pada peringkat permulaan. Kajian ini diharap dapat menjawab beberapa persoalan berkaitan penggunaan pendekatan yang paling berkesan untuk mengajar kemahiran membaca permulaan.

1.3

Penyataan Masalah

Semasa negara sedang rancak membangun menuju era Teknologi Maklumat, masih terdapat masalah dalam bidang pendidikan yang telah diperkatakan sejak sekian lama, iaitu masalah pelajar tidak boleh membaca atau tidak dapat membaca dengan cekap. Masalah tidak boleh membaca ini masih diperkatakan oleh segenap lapisan masyarakat hingga ke hari ini. Hal ini dapat diperhatikan berdasarkan rungutan dan komen daripada pelbagai

pihak yang disiarkan dalam akhbar, majalah dan televisyen serta rungutan para guru sendiri.

Menurut Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK), N. Siva Subramaniam yang disiarkan dalam laporan akhbar Utusan Malaysia pada 14 Mei 1997, dianggarkan 15 peratus pelajar yang memasuki sekolah menengah tidak tahu membaca, menulis dan mengira (3M) dengan baik. Beliau menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuklah latar belakang pelajar sendiri, sistem pendidikan, ibu bapa dan pelajar yang tidak memahami pelajaran yang diajar.

Dalam akhbar Berita Mingguan bertarikh 18 Mei 1997 pula, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Mat Nor Daim menjelaskan bahawa Kementerian Pendidikan akan mengkaji dan memperbaiki keberkesanan sistem KBSR yang digunakan sekarang bagi memastikan pelajar tidak menghadapi masalah untuk meneruskan pelajaran di peringkat menengah.

Dalam perkembangan terbaru, akhbar Utusan Malaysia pada 3 Oktober 2002, kirakira-kira 24,000 pelajar tingkatan 1 masih tidak boleh membaca. Statistik terkini yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 2002 yang dipetik daripada kertas kerja bertajuk Keperluan Perlaksanaan Pendidikan Pemulihan di Sekolah Menengah oleh Manisah Mohd. Ali dan Mohd. Mokhtar Tahar, program pemulihan perlu diperkenalkan di sekolah menengah terutama menengah rendah kerana pada peringkat ini masih terdapat pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran 3M.

Mengikut

Grough

dan

Ilillinger,

dalam

Tunmer

dan

Nesdale,

1985:3

(http://www2.meo.gov.my/~mpp/Rahim.htm.), kebanyakan kanak-kanak yang tidak pernah dibimbing membaca biasanya tidak dapat membaca dengan baik. Ini menunjukkan bagi kanak-kanak yang baharu belajar membaca, kemahiran membaca merupakan satu kemahiran yang sukar. Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran bacaan yang dapat memberi kesan yang maksimun kepada pelajar ketika mengajar bacaan.

Berdasarkan kajian tentang masalah membaca, Vernon (1971: 2) membuat kesimpulan bahawa masalah membaca pada asasnya ialah satu masalah kognitif. Menurut Awang Sariyan (1991) pula, pembelajaran bahasa merupakan proses mental. Oleh itu penekanan terhadap makna dan cara pertuturan perlulah diberikan perhatian terlebih dahulu ( http://www2.meo.gov.my/~mpp/Rahim.htm.).

Sebenarnya masalah pelajar tidak boleh membaca wujud disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya latar belakang keluarga, cara atau kaedah pengajaran guru, faktor pelajar itu sendiri dan faktor persekitaran. Masalah tersebut tidak seharusnya dipandang ringan. Disebabkan kepentingan membaca di kalangan pelajar, pelbagai pihak turut berminat untuk menjalankan seminar, simposium dan kajian bagi mendalami seterusnya mengatasi masalah tersebut.

Dalam satu kajian pada tahun 1978, 40 peratus daripada 15,000 pelajar darjah rendah di Pulau Pinang didapati tidak tahu membaca. Di Perak pula, daripada seramai 90,000 orang pelajar sekolah rendah, 15,000 orang pelajar daripadanya didapati tidak boleh membaca dan menulis. Menurut satu tinjauan yang dijalankan oleh jawatankuasa Kurikulum, Jabatan Pendidikan Terengganu pada tahun yang sama menyatakan seramai 3,471 orang dari 50,118 pelajar darjah tiga hingga enam masih buta huruf. Seramai 113 dari 39,000 orang pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga juga tidak boleh membaca (Zalizan Mohd. Jelas dalam Ibrahim Saad, 1983 : 354)

Masalah kegagalan para pelajar menguasai kemahiran membaca ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat kerana masalah ini telah berlarutan sejak dahulu lagi. Misalnya Zalizan Mohd. Jelas (dalam Ibrahim Saad, 1983 : 353) menyatakan bahawa kegagalan membaca di kalangan pelajar-pelajar sekolah kini sudah sampai ke peringkat yang membimbangka. Ini kerana sebilangan pelajar yang telah menghadiri sekolah selama enam tahun atau lebih masih belum boleh membaca, menulis dan mengira.

Isahak Haron (dalam Azman Wan Chik, 1986 : 170) pula menyatakan bahawa ramai pelajar sekolah rendah terutamanya yang tinggal di luar bandar tidak cekap membaca atau tidak boleh membaca dalam bahasa mereka sendiri, iaitu Bahasa Melayu. Salah satu punca masalah di atas adalah disebabkan oleh kaedah mengajar Bahasa Melayu di peringkat awal yang kurang sesuai dan tidak berkesan.

Berdasarkan kenyataan itu, jelas menunjukkan bahawa kaedah mengajar asas bacaan merupakan salah satu faktor penting menentukan pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran mambaca.

Masalah kegagalan dan kelemahan pelajar menguasai kemahiran membaca dengan baik tidak harus dipandang ringan kerana ia menimbulkan implikasi yang buruk terhadap pelajaran pelajar. Oleh itu, para pendidik perlu meneliti aspek ini dengan lebih mendalam. Langkah-langkah positif perlu diambil agar masalah pelajar tidak tahu membaca tidak menjadi semakin serius. Satu pendekatan yang positif hendaklah diadaptasikan dalam pengajaran membaca supaya masalah buta huruf di kalangan pelajar dapat dikurangkan dan diatasi.

1.4

Kepentingan Kajian

Dalam masyarakat moden hari ini, kanak-kanak dikehendaki belajar membaca dan mereka perlu membaca. Kanak-kanak yang tidak dapat membaca akan menghadapi keadaan yang tidak selamat, kehilangan keyakinan diri, seterusnya sukar untuk melanjutkan pelajaran atau meneruskan minatnya dalam satu-satu bidang hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Biasanya seseorang yang berjaya pada masa ini mencapai kemahiran membaca dengan cekap dan pantas ( Juriah Long, 1992 : 143 )

Disebabkan terdapat banyak faktor yang memainkan peranan dalam menentukan keupayaan penguasaan kemahiran membaca, maka sudah tentulah tahap kebolehan

membaca antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain turut berbeza. Terdapat pelajarpelajar yang cekap membaca dan ada juga pelajar-pelajar yang menghadapi masalah dalam membaca.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, kelemahan menguasai kemahiran membaca akan meninggalkan kesan yang buruk seperti pencapaian yang rendah dalam pelajaran, kurang minat belajar dan rasa rendah diri (Koh Boh Boon, 1981 : 38).

Guilford 1997 (http://www2.meo.gov.my/~mpp/Rahim.htm) menyatakan bahawa kelemahan dalam bacaan akan menjejaskan keinginan pelajar dalam mata pelajaran lain. Kegagalan pelajar dalam ujian dan peperiksaan adalah kerana mereka tidak dapat membaca dan memahami soalan yang dikemukakan

Kemahiran membaca sangat penting dan perlu dikuasai pada peringkat awal lagi. Kegagalan menguasai kemahiran tersebut di peringkat awal akan menyebabkan pelajarpelajar dibelenggu konsep diri yang negatif. Kajian Zimmerman dan Allebrand (1965 : 29 31 ) dan Haris Sapay ( 1980 : 317 ) menunjukkan bahawa pembaca yang lemah, kebanyakannya mempunyai konsep diri yang negatif. Sementara pembaca yang berjaya pula mempunyai konsep diri yang positif.

Menurut Jais Sahok dan Mat Nor Husin (1990), apabila kelancaran bahasa terganggu kefahaman makna konsep juga terganggu dan akhirnya maksud keseluruhan teks yang dibaca juga tidak difahami. (http://www2.meo.gov.my/~mpp/Rahim.htm)

Oleh itu guru perlu berusaha mencari jalan untuk membantu pelajar-pelajar mencapai kemahiran membaca, seterusnya menjadi pembaca yang cekap. Kebolehan menguasai kemahiran membaca diharapkan akan dapat membantu pelajar-pelajar berjaya dalam semua mata pelajaran lain di peringkat rendah hinggalah ke peringkat yang paling tinggi ( Juriah Long et al., 1990 : 134 ).

Justeru itu, berdasarkan kepentingan aspek bacaan di kalangan pelajar kajian ini akan meneliti penggunaan teori linguistik yang dapat memberi kesan ke atas pencapaian pelajar terutamanya dalam kemahiran membaca. Oleh itu, kajian ini akan melihat hubungan antara penggunaan teori psikolinguistik serta kaedah pengajaran yang digunakan ke atas pencapaian pelajar menguasai kemahiran tersebut.

Secara ringkasnya kajian ini dapat : a. menjelaskan bentuk-bentuk pengajaran kemahiran membaca yang perlu dijalankan pada peringkat awal. b. menjelaskan kepentingan penguasaan kemahiran membaca pada peringkat awal yang menjadi faktor penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar. lagi. c. mengenal pasti aspek-aspek atau kaedah pengajaran membaca yang paling berkesan dalam membantu pelajar mengusai kemahiran tersebut.

1.5

Tujuan Kajian

Dalam kajian ini, keberkesanan penggunaan sesuatu pendekatan dan kaedah pengajaran membaca permulaan yang berdasarkan kepada teori-teori psikolinguistik akan diteliti. Kaedah dan pendekatan pengajaran ini akan dikaji untuk dilihat keberkesananyan dalam pengajaran dan pembelajaran membaca. Oleh itu, diharapkan hasil kajian ini dapat memberikan maklumat kepada pendidik agar keberkesanan pengajaran dapat ditingkatkan supaya pelajar mendapat faedah yang maksimum dalam pendidikan permulaan.

Secara lebih khususnya kajian ini adalah bertujuan untuk

i.

melihat dan meninjau teknik serta kaedah pengajaran dan pembelajaran membaca permulaan di sekolah rendah.

ii.

meninjau keberkesanan penggunaan aspek aspek psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran membaca bahasa Melayu.

iii.

mengenal pasti pencapaian kemahiran membaca permulaan para pelajar dalam hubungannya dengan pengetahuan guru-guru tentang aspek-aspek / teori-teori psikolinguistik.

Soalan kajian yang dibentuk adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang rangkaian punca yang menjurus kepada masalah kemahiran membaca di kalangan pelajar. Sehubungan dengan itu, untuk mendapatkan data-data bagi membentuk satu rumusan tentang kajian yang dijalankan, soalan kajian berikut akan dijadikan panduan dalam merancang, membentuk dan melaksanakan soal selidik ini :-

i.

meninjau pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran membaca yang dijalankan oleh guru bahasa Melayu di sekolah rendah terpilih.

ii.

adakah penggunaan pendekatan atau kaedah pengajaran tersebut mampu meningkatkan tahap membaca di kalangan pelajar.

iii.

melihat adakah

teori-teori psikolinguistik yang digunakan oleh guru semasa

pengajaran membaca permulaan dijalankan.

1.6

Skop Kajian

Walaupun terdapat banyak faktor yang terlibat dalam penguasaan kemahiran membaca tetapi dalam konteks kajian ini penyelidik akan membataskan kepada faktor guru dan pencapaian pelajar sahaja, iaitu melihat bagaimana perhubungan atau penggunaan teknik dalam pengajaran membaca permulaan yang digunakan oleh guru dalam hubungannya dengan pencapaian pelajar untuk menguasai kemahiran tersebut.

Kajian ini akan menumpukan aspek penggunaan kaedah dalam pengajaran membaca dan tahap pengetahuan guru tentang teori psikolinguistik. Pembolehubah yang dikaji ialah :

a.

penggunaan pendekatan dan kaedah pengajaran dalam pengajaran membaca permulaan.

b. c.

pengetahuan guru tentang teori psikolinguistik ini dan ; pencapaian kemahiran membaca pelajar

1.7

Definisi Operasional

1.7.1

Membaca Permulaan

Menurut Kamarudin Haji Husin ( 1996 : 3 ), membaca adalah satu usaha menyuarakan tulisan dan mengambil isi fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya. Menurut beliau lagi, seorang pembaca perlu mengarahkan pengetahuan yang sedia ada padanya untuk memberi makna pada lambang-lambang tulisan yang dibaca, seterusnya, mendapatkan erti daripada lambang-lambang tulisan tersebut.

Membaca ialah proses mengekod, iaitu pembaca boleh menyebut apa yang dibaca yang tertulis di atas kertas bercetak ( Diane Lapp dan James Flood, 1986 : 6 )

Menurut Mengantar Simanjuntak ( 1985 : 16 ) pula, membaca melibatkan satu proses psikolinguistik apabila seseorang pembaca membentuk semul jadi dalam fikirannya erti yang ingin disampaikan oleh seseorang penulis melalui lambang-lambang bertulis yang telah dibacanya tadi.

Atan Long ( 1970 : 3 ), menyatakan bahawa semasa melakukan proses membaca, seseorang pembaca itu akan menterjemahkan kembali lambang-lambang bunyi dan serentak dengan itu memahamkan pemikiran yang ingin disampaikan oleh penulis.

Proses membaca adalah satu proses mendapatkan interpretasi yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Seseorang itu akan dapat memahami apa yang dibaca apabila berlaku interaksi di antara pengamatannya tentang lambang-lambang yang dibaca, kebolehan dan pengetahuan tentang alam sekeliling (Haris dan Sapay,1980:8).

Oleh itu, membaca permulaan yang dimaksudkan dalam kajian adalah kemahiran membaca peringkat awal atau asas, yakni di peringkat tahun satu. Kemahiran membaca pula bukan sahaja kebolehan membunyikan lambang-lambang visual malah turut memahami apa yang dibaca.

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Membaca merupakan salah satu aspek kemahiran bahasa yang penting. Pelajar yang gagal menguasai kemahiran membaca sering kali terkandas dalam pelajaran kerana mereka tidak berupaya menerima pelajaran yang disampaikan oleh guru. Mereka juga selalunya cepat berputus asa. Oleh itu, kemahiran ini perlu dikuasai sepenuhnya oleh setiap pelajar agar mereka tidak ketinggalan dalam mengejar ilmu pengetahuan.

Bagi menguasai kemahiran membaca bukanlah satu perkara yang mudah. Penguasaan kemahiran membaca tidaklah semudah kanak-kanak menguasai kemahiran bertutur ( untuk bahasa pertama ) yang tidak memerlukan pendidikan formal. Kanak-kanak perlu mendapat satu bentuk pengajaran formal untuk menguasai kemahiran membaca.

Hanya pengajaran dan pembelajaran formal sahaja yang dapat memastikan seseorang kanak-kanak menguasai sepenuhnya kemahiran tersebut.

Kemahiran membaca merupakan gabungan beberapa proses yang kompleks. Kemahiran ini merangkumi proses mendengar, mengamati dan membezakan bunyi-bunyi yang jelas dan tepat, menyebut lambang-lambang huruf yang mewakili bunyi-bunyi tertentu, menggabungkan bunyi-bunyi untuk membentuk perkataan serta menyebut perkataan tersebut dengan betul. Oleh itu, dalam pengajaran membaca guru perlu menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai bagi memastikan kemahiran tersebut dikuasai sepenuhnya oleh pelajar.

Kepentingan dalam kemahiran membaca telah menyebabkan banyak penyelidikan tentang pengajaran membaca dijalankan terutama di negara barat. Sejak kebelakangan ini, kesedaran tersebut turut menarik minat pengkaji di Malaysia. Kajian - kajian yang dijalankan bertujuan untuk mempertingkatkan usaha bagi mengatasi masalah kelemahan dan ketidakbolehan membaca terutamanya di kalangan kanak-kanak peringkat sekolah rendah.

2.1

Kajian - Kajian di Barat

Usaha menjalankan kajian dalam bidang bacaan secara saintifik telah bermula di Eropah sejak pertengahan kurun ke sembilan belas lagi. Kebanyakan kajian terawal dijalankan di negara Perancis dan Jerman. Kemudian kegiatan tersebut telah berkembang ke Amerika

Syarikat. Pada tahun 1910 sahaja, sebanyak tiga puluh empat kajian bacaan telah dijalankan di England dan Amerika Syarikat.(Sofiah Hamid dan Azman Wan Chik (ed), 1986 : 35).

Kajian terhadap bacaan kemudiannya menjadi satu bidang khusus. Pada tahun 1917, sebuah desertasi ijazah kedoktoran dalam bidang bacaan telah dihasilkan oleh Wiliam S. Gray di Univesiti Chicago. Kemudian tiga belas buah desertasi kedoktoran lagi telah dihasilkan menjelang tahun 1924. Dalam perkembangan berikutnya, iaitu dari tahun 1925 hingga tahun 1935 sejumlah 654 kajian telah dilakukan. Kebanyakan kajian ditumpukan kepada pengajaran pemulihan membaca (Sofiah Hamid dan Azman Wan Chik (ed), 1986 : 37).

Kesedaran tentang pentingnya kemahiran membaca dalam pendidikan, kerajaan Amerika telah menyediakan peruntukan khas bagi membiayai penyelidikan dalam bidang tersebut dengan membeli pelbagai bahan bacaan, menubuhkan institusi untuk memperbaiki kaedah pengajaran bacaan dan memberi bantuan kepada individu yang ingin mendalami aspek bacaan sebagai satu bidang khusus.

Dokumen pertama yang mengandungi laporan pengkaedahan pengajaran membaca untuk kanak-kanak yang mengalami masalah telah diterbitkan dalam tahun 1921. Grace Fernald dan Helen B. Keller merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Pendekatan Fernalad (Sofiah Hamid dan Azman Wan Chik (ed), 1986 : 39).

Pendekatan

Fernald adalah

berdasarkan

pendapat

bahawa

setiap

pelajar

berkeinginan untuk belajar membaca. Menerusi keinginan tersebut pelajar digerakkan untuk melafazkan ayat atau perkataan yang terfikir olehnya. Berdasarkan ujaran yang dilafazkan oleh pelajar, guru akan menulis perkataan atau ayat tersebut di papan tulis. Akhirnya pelajar dipandu menyebut dan menyalin perkataan atau ayat tersebut berulangkali. Cara ini didapati berkesan dan banyak kajian yang berikutnya adalah hasil penyesuaian Pendekatan Fernald. (Kamarudin Hj. Husin, 1988 : 157)

Teori Pemprosesan Maklumat yang dikemukan oleh Gange pula melihat pembelajaran sebagai satu proses input dan output. Teori ini memberi penekanan terhadap proses kognitif serta menjelaskan bahawa hasilan pembelajaran hanya boleh dicapai setelah seseorang pelajar itu berjaya menguasai beberapa tahap atau hierarki kemahiran yang lain (http://www2.moe.gov.my/~mpp/Rahim.htm).

Menurut teori Mekanis, dalam proses membaca aspek persekitaran amat penting berbanding fenomena mental. Ivan Pavlov (1984), menyatakan pembelajaran membaca mengikut teori Mekanis ialah satu proses apabila pengalaman atau latihan yang dialami menghasilkan perubahan tingkah laku yang relatif tetap (Mengantar Simanjuntak 1987 : 60).

Teori Mentalis yang dikemukakan oleh Naom Chomsky (1972), melihat proses pembelajaran bahasa sebagai satu aktiviti mental yang berkait rapat dengan keupayaan semula jadi dalam otak manusia dan bukannya aktiviti fizikal yang melibatkan tingkah laku

semata-mata. Oleh itu semasa pengajaran membaca proses yang berlaku dalam otak akan membantu pelajar memahami pengajaran yang disampaikan.

Gange telah mengemukakan suatu hierarki kemahiran dalam pengajaran bacaan. Menurut beliau sebelum seseorang itu boleh mempelajari perkataan mudah, ia seharusnya telah mempelajari pelbagai bunyi bahasa. Seterusnya, sebelum ia boleh mengenal perkataan ia sepatutnya terlebih dahulu mengenal abjad mengikut bunyi.

(http://www2.moe.gov.my/~mpp/Rahim.htm)

G. Whipple (dalam Sofiah Hamid, 1983 : 16) menyatakan bahawa Kaedah Fonik adalah berdasarkan teori bahawa kemahiran membaca pelajar melibatkan kebolehan mengenal kod dan lambang. Membaca juga melibatkan kebolehan menganggap hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Oleh kerana perkataan terdiri daripada unsur fonik, adalah lebih baik sekiranya pelajar diajar menterjemah bentuk huruf kepada bunyi dahulu dan kemudiannya baharulah kepada makna yang didukungnya.

Sementara Currier dan Buguid ( Sofiah Hamid, 1983 : 20 ) dalam kajian mereka selama lima tahun, iaitu dari tahun 1918 hingga 1923, mendapati latih tubi fonik seharusnya dilakukan setiap masa dan dipergunakan dengan bijak. Ini bermakna latih tubi perlulah diubah suai mengikut keperluan individu.

Fries ( 1963 : 230 ) dalam buku Linguistic and Reading berpendapat bahawa hurufhuruf juga harus diajar terlebih dahulu supaya pelajar dapat mengenali persamaan dan

perbezaan bentuk bentuk huruf dalam mengenal perkataan. Sebenarnya bentuk-bentuk grafem tidak semestinya disertai dengan nama-nama huruf. Walau bagaimanapun, namanama huruf adalah mustahak dalam menentukan gerak balas mengenal huruf.

Pada tahun 1964 M. Rivers ( Abd. Aziz Talib, 2000 : 37 ) telah mengubahsuai Kaedah Pandang dan Sebut dalam pengajaran membaca dengan memasukkan unsur-unsur teori Skinner. Kaedah ini menyatakan bahawa pelajar hendaklah diajar secara lisan terlebih dahulu, ganjaran dan pengukuhan hendaklah diberikan sebagai psikologi pengajaran dalam kaedah ini.

Bloomfield ( 1961 : 227 ) pula telah memperkenalkan Pendekatan Linguistik dalam pengajaran bahasa. Antara perkara yang ditumpukan dalam pengajaran bacaan ialah hubungan yang rapat antara perkataan sebagai simbol tertulis dengan bunyi-bunyi yang diwakili oleh huruf-huruf sebagai simbolnya. Walaupun pendekatan yang dipelopori oleh Bloomfield tidak menekankan kepada bunyi-bunyi fonem tunggal, sebaliknya fonem dalam perkataan tetapi beliau menegaskan bahawa salah satu daripada pencapaian yang patut dicapai oleh pelajar sebelum mereka diajar membaca ialah kanak-kanak seharusnya telah mengenali nama-nama huruf untuk menambah minat dan penekanan kepada bentuk.

Maria Montessori pada tahun 1964 ( Kenedy 1981 : 13) telah memperkenalkan Kaedah Montessori dalam pengajaran membaca permulaan. Dalam kaedah ini, terdapat dua perkara yang penting dalam pengajaran bacaan. Pertama adalah mengenal huruf abjad sepenuhnya dan kedua adalah menjalani suatu rancangan bacaan yang telah sedia disusun

oleh guru. Dalam kaedah ini, kanak-kanak perlu mengenal huruf abjad terlebih kemudian baharulah mereka mengikuti pelajaran membaca. Pelajaran dimulakan dengan mengenal bentuk-bentuk huruf, menulis dan seterusnya membunyikan huruf-huruf. Akhirnya bunyibunyi huruf digabungkan untuk menyebut perkataan. Kanak-kanak perlu menguasai sesuatu peringkat sebelum meneruskan peringkat berikutnya.

J.S Chall ( 1967 : 105-108 ) telah merumuskan sembilan penyelidikan yang membandingkan Kaedah Pandang Sebut dan Kaedah Fonik. Hasil daripada penyelidikan yang dilakukan, beliau mendapati bahawa dalam mengenal perkataan dan membaca secara lisan, kanak-kanak yang menerima latihan fonik lebih maju daripada kanak-kanak yang diajar dengan kaedah Pandang Sebut.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, ternyata latihan fonik di peringkat awal bacaan turut memberi faedah kepada pelajar di peringkat Gred 2 dan Gred 3, malah meninggalkan kesan jangka panjang pada akhir Gred 6. Latihan fonik dikatakan mempunyai nilai yang tinggi dan dapat digunakan oleh guru-guru untuk mengajar bacaan bagi kanak-kanak yang sederhana dan yang rendah peringkat kecedasannya.

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji seperti Gates 1928 dan Steinberg 1978 (Steinberg, 1982 : 117 ) membuktikan bahawa kanak-kanak dapat membaca dengan lebih cepat jika pengajaran dimulakan dengan unsur-unsur yang bermakna berbanding dengan unsur-unsur yang tidak bermakna.

Selain itu kajian oleh Steinberg pada tahun 1971

(Steinberg, 1982 : 119 )

mendapati nilai bunyi untuk setiap huruf boleh dipelajari tanpa diajar oleh perkataanperkataan yang utuh. Huruf abjad tidak perlu diajar menurut urutan tetapi diajar serentak dengan pengenalan bentuk-bentuk perkataan.

Pengajaran yang bermula dengan unsur-unsur bermakna lebih eferktif berbanding dengan pengajaran yang bermula dengan unsur-unsur yang tidak bermakna. Kenyataan ini dibuktikan oleh Steinberg dan Yamada ( Steinberg, 1982 : 197 ) yang telah membuat perbandingan kecepatan pemelajaran mengenal lambang di kalangan kanak-kanak di Jepun. Hasil kajian mendapati kanak-kanak yang belajar membaca dengan tulisan kanji, iaitu tulisan yang bermakna, dapat membaca dengan lebih cepat berbanding kanak-kanak yang belajar membaca dengan menggunakan tulisan kana.

Sementara itu, dalam pengajaran bahasa terutama dalam aspek ejaan tatabahasa, guru perlu memberikan contoh yang jelas kepada pelajar. Kaedah induktif ialah kaedah pengajaran bahasa yang menampilkan contoh terlebih dahulu, sebelum hukum tatabahasa dijelaskan kepada pelajar.

Menurut Piaget, pelajar lebih mudah belajar sesuatu daripada yang konkrit kepada yang abstrak, terutamanya bagi pelajar yang lemah dan lambat perkembangan mentalnya (Abdul Aziz Talib, 2000 : 43). Kaedah induktif sesuai digunakan pada peringkat sekolah rendah yang prinsip pengajaranyan ialah seperti berikut :

Contoh - contoh (Konkrit)

Hukum (generalisasi) Abstrak

Berbeza daripada kaedah pengajaran membaca induktif, kaedah deduktif memerlukan guru menjelaskan terlebih dahulu tentang hukum atau rumus tentang sesuatu pembelajaran bahasa kepada pelajar. Misalnya berkenaan cara mengeja, membentuk perkataan atau ayat. Pelajar disuruh menghafaz hukum tersebut (misalnya pinsip ejaan) sebelum mereka disuruh mengeja. Sebagai kesimpulan, prisip kaedah pengjaran deduktif seperti berikut :

Hukum (generalisasi) (Konkrit)

Contoh-contoh Abstrak

Dalam pengajaran yang menggunakan kaedah elektik penggabungan kedua-dua kaedah induktif dan deduktif dapat dilihat seperti di bawah :

a. b.

Contoh Generalisasi

Generalisasi Contoh

Contoh Generalisasi

Pprosedur a menekankan unsur induktif, sementara prosedur b menekankan unsur deduktif. Kedua-dua unsur ini dijalankan oleh guru terutamanya di dalam kelas yang terdiri daripada pelajar pandai dan lemah (Abdul Aziz Talib 2000 : 44).

Kajian tentang pengajaran membaca ini menarik minat beberapa pengkaji barat yang lain seperti Terman ( 1918 ) dan Fowler ( 1962 ), Doman ( 1964 ), Sodenberg ( 1971 ) dan Weeks ( 1981 ). Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa kanak-kanak boleh diajar membaca semasa kecil dan tahap kejayaan yang dicapai bergantung kepada kaedah yang digunakan ( Azhar M. Simin, 1990 : 302 ). Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa kaedah pengajaran asas bacaan amat penting dan dapat menentukan kejayaan seseorang pelajar menguasai kemahiran membaca.

2.2

Kajian Kajian Di Malaysia

Beberapa orang pendidik dan pengkaji di Malaysia telah melakukan penyelidikan berkaitan pengajaran dan pembelajaran membaca di peringkat rendah, antaranya ialah Atan Long, Isahak Haron, Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar dan Sofiah Hamid. Berdasarkan kajian Atan Long (1970 : 24) telah membahagikan kaedah pengajaran asas kepada dua kategori, iaitu Kaedah Tradisional dan Kaedah Moden.

Kaedah Tradisional terbahagi kepada dua iaitu, Kaedah Abjad dan Kaedah Suku Kata. Kaedah Moden pula terdiri daripada Kaedah Pandang Sebut dan Kaedah Fonik. Kaedah ini sama seperti kaedah yang dikemukakan oleh Bloomfield dan Fries.

Menurut Atan Long ( 1970 : 23 ), Kaedah Abjad merupakan kaedah paling tua yang digunakan dalam pengajaran kemahiran membaca. Para pelajar diajar kesemua dua puluh

enam huruf yang terdapat dalam abjad rumi, iaitu dari a hingga z dengan menggunakan kaedah ini. Seterusnya pelajar dikehendaki mengeja perkataan, iaitu menyebut nama-nama huruf yang terkandung dalam satu-satu perkataan yang dibaca.

Kaedah Suku Kata pula adalah lanjuatan dariapada Kaedah Abjad. Dalam kaedah ini, huruf-huruf konsonan digabungkan dengan huruf-huruf vokal untuk membentuk suku kata. Seterusnya suku kata-suku kata yang dibentuk itu akan digabungkan bagi membentuk perkataan.

Kaedah Pandang Sebut dan Kaedah Seluruh Perkataan pula diperkenalkan di Malaysia pada akhir tahun empat puluhan. Kaedah ini memberi penekanan terhadap

seluruh perkataan dan bukannya nama huruf atau bunyi. Guru biasanya akan menunjukkan seluruh perkataan dan berserta gambarnya kepada pelajar.

Kaedah Fonik pula adalah sebagai tindak balas terhadap kegagalan Kaedah Pandang Sebut. Pelajar yang telah diajar membaca dengan menggunakan Kaedah Pandang Sebut tidak boleh membaca perkataan baharu yang tidak diajar oleh guru. Dengan menggunakan Kaedah Fonik, pelajar akan diajar bunyi-bunyi yang berhubung dengan huruf dan bukannya nama huruf. Kaedah ini juga mempunyai kelemahannya sama seperti kaedah-kaedah lain.

Atan Long (1970 : 296-297) telah merumuskan kaedah mengajar bacaan dalam kajiannya iaitu bahan mestilah terdiri daripada seluruh perkataan yang bermakna supaya dapat menyuburkan minat pelajar. Pada peringkat awal, percerakinan tidak perlu agar

pelajar dapat membina senarai perkataan mudah yang selalu ditemui. Apabila kanak-kanak telah dapat membina senarai perkataan yang banyak, baharulah pencerakinan perkataan dijalankan. Akhirnya kebolehan kanak-kanak mengamati keseluruhan perkataan mestilah dikembangkan sebaik-baiknya untuk mendapatkan makna satu-satu perkataan, rangkai kata atau ayat dengan tidak memberikan penumpuan kesedaran kepada lambang-lambang yang membawa makna.

Zaidah Hj. Omar ( 1978 : 135 ) dalam satu kajian mengenai kemahiran asas pelajar Tahun 2 dari segi huruf, suku kata dan gabungan bunyi suku kata mengatakan dalam pengajaran membaca peringkat awal, kemahiran asas bacaan perlu diperkukuhkan sebelum pengajaran membaca ayat dijalankan. Hal ini adalah kerana dalam kajian tersebut beliau mendapati Kaedah Abjad Suku Kata adalah lebih berkesan jika dibandingkan dengan Kaedah Terus. Antara kemahiran asas bacaan yang perlu diperkukuhkan ialah kemahiran menamakan huruf-huruf abjad atau membunyikannya, kemahiran membunyikan suku kata dalam perkataan dan kemahiran menggabungkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.

Abdul Aziz Talib ( 1978 ) telah menjalankan satu kajian diagnostik yang menganalisis masalah kanak-kanak mengenal huruf dalam abjad rumi. Tumpuan kajian beliau adalah terhadap kebolehan kanak-kanak mengenal bentuk, nama dan bunyi huruf. Seramai 1,315 orang pelajar yang dapat membaca pada peringkat bimbingan dan 4,158 orang pelajar yang dapat membaca pada peringakat lemah ( darjah satu hingga enam ) telah dijadikan subjek kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa peratus kegagalan pelajar dalam mengenal bunyi huruf adalah paling tinggi.

Dalam tahun 1983, Sofiah Hamid telah membuat kajian perbandingan dua pendekatan pengajaran asas membaca, iaitu Pendekatan Abjad Suku Kata dengan Pendekatan Terus Membaca. Beliau mendapati kemahiran asas bacaan seperti kemahiran menamakan dan membunyikan huruf abjad, kemahiran menghubungkan huruf dengan bunyinya, kemahiran membunyikan suku kata, dan kemahiran menggabungkan bunyibunyi suku kata dalam perkataan perlu diperkukuhkan. Hasil daripada eksperimen yang dijalankan selama dua bulan telah menunjukan bahawa Pendekatan Abjad Suku Kata dengan pemeringkatan bahan pengajaran yang sistematik bolah digunakan bagi mengajar asas bacaan di peringkat awal membaca ( Azman Wan Chik (ed), 1986 : 213 ).

Kajian Wan Mansor dan Wan Dewa ( Azman Wan Chik (ed) 1986 : 124 ) telah mencatatkan beberapa ulasan daripada guru pelatih Maktab Perguruan Bahasa yang mengajar Darjah Satu. Beliau telah membuat beberapa rumusan seperti yang berikut :

i.

Pelajar pelajar boleh membaca paling awal pada akhir penggal satu selewatnya-lewatnya pada pertengahan penggal kedua. Antara 60% hingga 80% telah boleh membaca buku teks pertama melalui Kaedah Mengeja Suku Kata dan Kaedah Pandang Sebut.

ii.

Berdasarkan penemuan seorang guru Tahun 1 anjuran nazir bebas yang mengajar selama tiga bulan dengan beberapa kaedah mendapati kelas yang

menggunakan Kaedah Suku Kata boleh membaca buku teks sebaliknya kelas yang menggunakan Kaedah Pandang Sebut kurang berjaya.

iii.

Seorang guru di Tapah telah mencuba tiga kaedah yang berlainan untuk tiga buah kelas tahun 1. Rumusannya, kaedah yang terbaik ialah Kaedah Campuran, diikuti Kaedah Suku Kata dan Kaedah Pandang Sebut.

Juriah Long ( 1990 : 17 ) yang telah membuat tinjauan ke sekolah-sekolah rendah yang melaksanakan KBSR telah merumuskan bahawa Pendekatan Gabungan Bunyi Kata boleh digunakan sebagai satu pendekatan pengajaran asas membaca. Pendekatan ini telah dibuat dengan menggunakan bahan pengajaran yang disusun daripada yang senang kepada yang susah. Pendekatan ini juga mengambil kira sistem ejaan bahasa Melayu yang sistematik dan fonemik.

Selain itu, Ee Ah Meng ( 2001 : 86), kaedah induktif dalam pengajaran bahasa melibatkan kaedah mengumpulkan maklumat kemudian membuat kesimpulan. Ini bermakna guru akan memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang khusus terdiri daripada satu prinsip yang sama. Di dalam situasi pembelajaran yang menggunakan pendekatan induktif, guru boleh mengemukakan beberapa contoh yang

khusus, diikuti dengan aktiviti soal jawab untuk membimbing pelajar memerhati, mengenal pasti fakta yang penting terkandung dalam contoh.

Berdasarkan kaedah pengajaran deduktif pula, pengajaran bermula beberapa rumus, prinsip, hukum atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Kaedah ini memerlukan pelajar memperolehi kefahaman yang mendalam dan pengetahuan yang cukup terhadap prinsip dan hukum yang dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikan kepada contoh yang khusus (Mok Soon Sang 2001 : 91).

Dalam prinsip pengajaran berdasarkan kaedah elektif pula, kedua - dua kaedah pengajaran secara induktif dan deduktif digabungkan bagi menghasilkan strategi pengajaran yang lebih berkesan, seimbang dan berfaedah. Antara kelebihan kaedah ini ialah ia sesuai bagi kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai kebolehan dan sifatnya yang fleksibel membolehkan guru mentadbir pengajaran dengan mudah tanpa terikat dengan teknik-taknik tertentu ( Kamarudin Hj. Husin 1994 : 89).

Berdasarkan kajian yang dibuat, jelas menunjukkan bahawa kaedah pengajaran memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan pelajar menguasai kemahiran membaca. Oleh sebab itu Mangantar Simanjuntak ( 1985 : 5 ), mengatakan pengkaedahan gurulah yang menjadi punca kegagalan pelajar menguasai kemahiran membaca. Pada

pendapat beliau, berdasarkan kepada penelitian masalah pelajar lembab membaca, tidak ada yang salah pada pelajar tersebut tetapi mereka telah dikategorikan sebagai pelajar lembab.

Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh setiap pengkaji sama ada di barat atau di timur tentang kaedah pengajaran asas bacaan adalah bertujuan untuk memberikan panduan kepada guru-guru bagi memperbaiki proses

pengajaran dan pembelajaran. Walaupun banyak kajian yang telah dijalankan, namun sehingga kini belum terdapat kaedah yang betul-betul mantap untuk dijadikan pegangan dalam pengajaran membaca permulaan. Setiap pendekatan dan kaedah yang dikemukankan mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.

Sofiah Hamid (Azman Wan Chik 1982 : 54) mengatakan bahawa kajian-kajian yang dijalankan belum membuktikan dengan jelas tentang adanya satu kaedah pengajaran membaca yang benar-benar sesuai dengan sifat-sifat sistem bahasa Melayu, di samping mempertimbangkan aspek-aspek psikologi dan jasmani kanak-kanak. Walau apa pun, kaedah pengajaran tetap memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan pelajar menguasai membaca membaca.

BAB III

METADOLOGI KAJIAN

3.1

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk satu kajian eksperimen dengan menggunakan soal selidik. Fenomena pendidikan yang dikaji ialah penguasaan kemahiran membaca permulaan pelajar tahun 1. Ia bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru bahasa. Elemen yang dibincangkan dalam bab ini ialah tatacara pengumpulan data dan kaedah data dikelolakan.

3.2

Tempat kajian

Kajian ini akan dijalankan di daerah Malim Nawar. Sebuah sekolah telah dipilih, iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Tualang Sekah, Malim Nawar. Pemilihan sekolah ini dibuat kerana sebahagian besar daripada pelajarnya terdiri daripada pelajar yang datang dari

golongan kelas sosial yang hampir sama. Keseluruhan pelajar di sekolah tersebut berbangsa Melayu.

3.3

Pendekatan kajian

Matlamat kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kesan penggunaan teori mentalis, mekanis, elektik dan kaedah pengajaran bahasa Melayu untuk pelajar Tahun 1. Oleh itu kajian ini akan menggunakan pendekatan kuantitatif bagi mendapatkan data penilaian kemahiran bacaan bahasa Melayu pada akhir sesi pengajaran.

3.4

Alat kajian

Dalam kajian ini alat pengumpulan data yang digunakan ialah : i) ii) iii) soal selidik guru temubual dan pemerhatian markah ujian penilaian membaca.

Kajian ini juga menggunakan modul pengajaran membaca yang digunakan oleh guru semasa mengajar.

3.4.1

Soal selidik guru

Soal selidik guru terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengemukakan soalan - soalan yang berkaitan dengan latar belakang responden dan bahagian B pula berkaitan dengan pengetahuan dan sikap responden dalam

mengaplikasikan teori serta kaedah pengajaran bacaan bahasa Melayu.

Bahagian A

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Nama sekolah Jantina Umur Kelulusan akademik Kelulusan iktisas Bidang pengkhususan Pengalaman mengajar di sekolah Pengalaman mengajar pelajar tahun satu Kelas yang diajar sekarang

Bahagian B

Bahagian ini mengandungi 12 soalan yang meninjau tahap penguasaan guru terhadap teori dan kaedah pengajaran membaca yang digunakan, misalnya pendekatan yang digunakan semasa mengajar, perlaksanaan pengajaran pemulihan, alasan menggunakan teori elektik dan definisi psikolinguistik.

Dalam bahagian ini responden diberi pilihan jawapan dengan menulis atau menandakan (/) bagi soalan yang berkaitan (lihat lampiran). Responden boleh memilih lebih daripada satu jawapan dan memberikan alasan yang relevan berdasarkan jawapan mereka.

3.4.2

Temubual dan Pemerhatian

Sesi temubual dilakukan secara tidak langsung dengan pengetua, ketua bidang, guru bahasa Melayu dan responden yang teribat dalam kajian ini. Segala butur yang penting semasa sesi temubual berlansung dicatatkan.

3.4.3

Markah Ujian Membaca

Markah ujian membaca pelajar tahun satu diperolehi daripada guru bahasa Melay. Ia akan ditadbir dan dianalisis untuk melihat perkaitannya dengan pengetahuan guru tentang kaedah dan teori dalam pengajaran membaca permulaan.

3.5

Kaedah Pengumpulan Data

Pengumpulan data dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada guru yang terlibat. Kebenaran untuk menjalankan kajian diperoleh daripda pihak universiti dan

pengetua sekolah berkenaan. Perjumpaan dengan guru mata pelajaran bahasa Melayu diadakan bagi mendapatkan kerjasama sepenuhnya.

Sesi taklimat akan dijalankan bagi menerangkan bagi menerangkan kaedah menjawab soal selidik selama sepuluh minit. Semua borang soal selidik akan dikumpulkan pada hari yang sama borang diedarkan untuk mengelakkan borang itu hilang, tidak dijawab dan tidak dipulangkan semula.

Setelah semua butiran jawpan diperolehi, satu analisis tentang jadual yang berkaitan akan diberikan dalam bab empat.

3.6

Penganalisisan Data

Setelah semua maklumat dan data yang diperlukan diperolehi, penyelidik akan menganalisis data tersebut. Data kajian akan dianalisis secara manual. Penyusunan data mentah berdasarkan kategori tertentu dianalisis menggunakan formula kekerapan / frekuensi. Proses penganalisisan data tentang maklumat latar belakang guru dan markah ujian akan dijadualkan untuk memperlihatkan maklumat yang bakal diperolehi.

Misalnya untuk mendapatkan peratusan formula berikut digunakan :

markah ujian membaca setiap pelajar,

Formula (I)

Frekuensi Jumlah soalan

x 100%

Contoh

6 12

x 100%

= 50%

Formula (II)

Min (x)

Jumlah Markah Bilangan Kes

Contoh

100

0 + 9.94 + 12.6 + 15.8 30

Kaedah kekerapan yang mudah telah digunakan bagi menganalisis segala taburan maklumat yang diperolehi melalui soal selidik dan ujian membaca Setelah semua analisis kajian dijalankan dan dapatan diperolehi, pengkaji akan membuat rumusan terhadap kajian yang dijalankan.

BAB IV

DAPATAN KAJIAN

4.1

Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan dapatan kajian berkenaan tahap penguasaan dan kaedah pengajaran membaca permulaan yang diaplikasikan oleh guru bahasa Melayu di Sekolah Rendah Kebangsaan Malim Nawar, Perak. Bahagian pertama akan membincangkan latar belakang responden dan bahagian kedua berkenaan kaedah pengajaran dan tahap penguasaan guru dalam bidang psikolinguistik.

4.2

Perihal Sampel dan Analisis Dapatan Kajian.

Data diperolehi daripada jawapan yang diberikan dalam borang soal selidik dan markah ujian membaca akan digunakan untuk menentukan kesan dan pengaruh kaedah pengajaran guru ke atas pengajaran membaca. Analisis frekuensi kekerapan digunakan untuk

menghuraikan aspek pengetahuan guru tentang psikolinguistik dan kaedah pengajaran untuk melihat hubungannya dengan pencapaian kemahiran membaca permulaan para pelajar.

Sejumlah enam subjek telah diberikan borang soal selidik yang untuk diisi. Oleh kerana aspek latar belakang seperti pencapaian akademik pencapaian iktisas dan pengalaman mengajar saling berkaitan antara satu sama lain dalam menentukan kejayaan sesuatu pengajaran maka berikut disenaraikan data latar belakang subjek kajian. Data tersebut dianalisis berdasarkan jawapan borang soal selidik.

4.2.1

Latar Belakang Subjek Kajian

Dalam bahagian latar belakang subjek kajian terdapat beberapa aspek yang dikaji, iaitu jantina, umur, kelulusan akademik, kelulusan iktisas, bidang pengkhususan, dan pengalaman mengajar bahasa Melayu serta pengalaman mengajar pelajar tahun satu. Berikut disenaraikan jadual berkaitan dengan latar belakang subjek kajian.

4.2.1.1

Jantina

Daripada sejumlah enam subjek kajian yang telah diberikan borang selidik, dua daripadanya adalah guru lelaki dan bakinya guru wanita. Pemilihan yang dibuat hanya menghadkan kepada guru yang mengajar subjek bahasa Melayu sahaja di sekolah tersebut.

Jadual 1 Taburan subjek kajian mengikut jantina

JANTINA Lelaki Perempuan Jumlah

BILANGAN 2 4 6

4.2.1.2

Umur

Berdasarkan jadual dua, taburan umur mengikut subjek terbahagi pada empat kategori yang utama iaitu dalam lingkungan umur 21 hingga 25 tahun, 26 hingga 30 tahun, 31 hingga 35 tahun dan 36 hingga 40 tahun. Daripada analisis yang dijalankan subjek dalam lingkungan umur 21 hingga 25 tahun, 31 hingga 35 tahun dan 36 hingga 40 tahun hanyalah seorang dan bakinya iaitu tiga subjek lain dalam lingkungan umur 26 hingga 30 tahun. Pembahagian umur yang dibuat sebegitu berdasar jawapan yang diberikan dalam soal selidik kajian.

Jadual 2 Taburan subjek kajian mengikut umur

UMUR 21-25 tahun 26-30 tahun 31-35 tahun 36-40 tahun Jumlah

BILANGAN 1 3 1 1 6

4.2.1.3

Kelulusan Akademik dan Iktisas

Berdasarkan maklumat yang diberikan, empat subjek kajian berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Malaysia Certificate Education (MCE), manakala dua subjek lagi berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Pelajaran (STP) / High School Certificate (HSC). Kesemua subjek kajian yang menjawab soal selidik mempunyai kelulusan iktisas peringkat Sijil Perguruan Asas.

4.2.1.4

Bidang Pengkhususan

Berdasarkan kajian, terdapat empat bidang pengkhususan asal subjek yang mengajar bahasa Melayu iaitu Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Muzik. Daripada jadual sejumlah dua subjek yang mengikuti pengkhususan Bahasa Melayu, dua subjek lagi mengikuti bidang Pendidikan Seni, manakala seorang subjek yang mengikut bidang pengkhususan Muzik dan Pendidikan Jasmani semasa menuntut di maktab. Menerusi pemerhatian guru yang bukan opsyen Bahasa Melayu diberikan tugas mengajar Bahasa Melayu semasa di sekolah seramai empat subjek.

Jadual 3 Bidang pengkhususan subjek kajian semasa berkursus

BIDANG PENGKHUSUSAN Pengajian Melayu Pendidikan Jasmani Pendidikan Seni Muzik Jumlah

BILANGAN 2 1 2 1 6

4.2.1.5

Pengalaman mengajar

Jadual 4 menunjukkan taburan pengalaman subjek mengajar bahasa Melayu. Berdasarkan kajian subjek yang mempunyai pengalaman antara satu hingga tiga tahun dan empat hingga enam tahun seramai dua orang, manakala seramai seorang subjek yang mempunyai pengalaman mengajar bahasa Melayu selama tujuh hingga sembilan tahun dan sepuluh tahun ke atas. Subjek yang mempunyai pengalaman mengajar bahasa Melayu lebih dari lima tahun adalah berpadanan dengan umur subjek dalam jadual 1.

Jadual 4 Pengalaman subjek kajian mengajar Bahasa Melayu

TAHUN 1 hingga 3 tahun 4 hingga 6 tahun 7 hingga 9 tahun 10 tahun ke atas Jumlah

BILANGAN 2 2 1 1 6

4.2.1.6

Pengalaman Mengajar tahun 1

Daripada data kajian yang diperolehi pengalaman mengajar pelajar tahun satu memperlihatkan perbezaan. Daripada jadual 6, sejumlah dua subjek yang mengajar pelajar tahun satu tidak mempunyai pengalaman dan sejumlah dua subjek lagi berpengalaman mengajar pelajar tahun satu dalam lingkungan satu hingga dua tahun, manakala selebihnya iaitu seorang berpengalaman selama tiga hingga empat tahun dan seorang lagi lima tahun ke atas.

Jadual 5 Pengalaman Subjek mengajar Bahasa Melayu Tahun 1

TAHUN Tiada pengalaman 1 hingga 2 tahun 3 hingga 4 tahun 5 tahun ke atas Jumlah

BILANGAN 2 2 1 1 6

4.3

Tahap Penguasaan Psikolinguistik Dan Penggunaan Kaedah Pengajaran Membaca.

Dalam bahagian B terdapat 12 soalan yang memerlukan jawapan dalam bentuk (/) dan struktur pendek . Daripada 12 soalan tersebut pula, dibahagikan kepada dua kategori iaitu bahagian yang menguji pengetahuan subjek berkenaan teori psikolinguistik dan bahagian berkenaan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru. Berikut diberikan perincian bagi setiap soalan dalam jadual enam dan tujuh.

4.3.1

Tahap Penguasaan dan Pengetahuan Subjek Dalam Bidang Psikolinguistik

Bahagian ini akan menguji tahap penguasaan dan pengetahuan subjek dalam bidang psikolinguistik. Terdapat lapan soalan yang dikemukakan dalam bahagian pertama ini. Berikut diberikan perincian soalan dalam jadual 6.

Jadual 6 Pengetahuan Subjek Kajian Tentang Teori Psikolinguistik

BIL

PERKARA Kursus Bahasa Melayu Ilmu psikolinguistik Pengaplikasian ilmu psikolinguistik Prinsip teori Mekanis dan Mentalis Prinsip teori Elektik Hubungan psikolinguistik Kesesuaian Teori Elektik

FREKEUNSI

F___X 100 6 33.33% 50% 66.67% 33.33% 50% 83.33% 100%

1 2 3 4 5 6 8

2 3 4 2 3 5 6

Kursus Bahasa Melayu

Berdasarkan jawapan soal selidik yang diberikan kepada enam subjek kajian yang terdiri daripada dua orang guru lelaki dan empat orang guru perempuan yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu, seramai dua subjek kajian bersamaan 33.33% pernah mengikuti kursus pengajaran bahasa Melayu. Mereka menjadikan bahasa Melayu sebagai bidang pengkhususan semasa mengikuti kursus di maktab perguruan. Manakala empat subjek kajian iaitu bersamaa 66.67% tidak pernah mengikuti kursus pengajaran bahasa Melayu. Masing-masing iaitu satu subjek mengikuti bidang pengkhususan Pendidikan Jasmani dan Muzik serta dua subjek lagi mengikuti bidang pengkhususan Pendidikan Seni.

Berdasarkan dapatan ini, kita dapati masih terdapat penempatan guru-guru yang dibuat tidak menepati bidang pengkhususan masing-masing. Hal ini amat merugikan guru dan juga pelajar, kerana guru tersebut tidak dapat mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari semasa berkursus.

Pengetahuan Tentang Ilmu Linguistik

Sejumlah tiga subjek kajian menyatakan pernah belajar ilmu linguistik semasa berkursus di maktab perguruan. Bilangan ini bersamaan dengan 50%, manakala 3 subjek kajian lagi menyatakan tidak pernah belajar ilmu linguistik semasa berkursus di maktab perguruan.

Pengaplikasian Ilmu Psikolinguistik

Dalam soalan ini, kebanyakan subjek kajian iaitu empat daripada enam menyatakan bahawa mereka mengaplikasikan ilmu psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran. Peratusannya bersamaan 66.67% dan hanya dua subjek kajian iaitu 33.33% menyatakan bahawa mereka tidak menggunakan ilmu psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan penemuan, didapati bahawa subjek yang tidak mengaplikasikan ilmu psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran adalah kerana tidak pernah mengikuti kursus tersebut semasa di maktab atau semasa latihan.

Prinsip Teori Mekanis dan Mentalis

Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh enam subjek, terdapat dua subjek yang menjawab dengan baik, manakala seramai emapt subjek lagi yang tidak pasti akan jawapan yang diberikan tentang prinsip teori mekanis dan mentalis.

Berdasarkan statistik di atas jelas menunjukkan bahawa guru bahasa Melayu tidak mempunyai latar belakang yang lengkap tentang teori ini. Hal ini disebabkan oleh separuh daripada subjek bukanlah terdiri daripada guru yang berkelulusan bahasa Melayu semasa dalam pengajian.

Prinsip Teori Elektik

Dalam soalan ini seramai tiga subjek menjawab dengan baik berkenaan prinsip teori elektik, manakala tiga subjek lagi kurang memberikan jawapan yang memberangsangkan. Berdasarkan jawapan yang diberikan jelas menunjukkan pengetahun tentang teori elektik adalah lebih baik daripada teori mentalis dan mekanis. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan mata pelajaran seperti Pedagogi dan Falsafah Pendidikan turut menerapkan teori ini bersama.

Dapatan ini membuktikan bahawa walaupun tidak semua guru mengetahui tentang ilmu psikolinguistik, namun mereka serba sedikit memahami tentang teori elektik yang mampu membantu dalam pengajaran dan pembelajaran nanti.

Hubungan Psikolinguistik Dengan Pengajaran Bahasa Melayu

Apabila dikemukakan soalan tentang hubungan antara psikolinguistik dengan pengajaran bahasa sebanyak lima daripada 6 responden, iaitu bersamaan 83.33% menyatakan terdapat hubungan antara kedua-duanya. Manakala seorang subjek sahaja yang menyatakan tidak terdapat hubungan antara kedua-duanya.

Berdasarkan keputusan di atas jelaslah bahawa sebilangan besar guru guru memag menyedari bahawa terdapat hubungan antara psikolinguistik dan pengajaran bahasa.

Kesedaran tentang perkara ini diharapkan akan menggerakkan guru untuk menambahkan pengetahuan tentang ilmu psikolinguistik.

Kesesuaian Teori Elektik dalam Pengajaran Dapatan kajian menunjukkan setiap subjek menyatakan Teori Elektik sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, kerana ia mudah dan tidak terikat dengan prinsipprinsip tertentu.

Perkara ini disokong dengan dapatan kajian dalam jadual 7 yang memperlihatkan kesemua subjek menggunakan kaedah elektik dalam pengajaran dan pembelajaran membaca.

4.3.2

Penggunaan Kaedah Pengajaran Membaca Permulaan.

Soalan yang dikemukakan dalam bahagian ini merangkumi perkara yang berkaitan kaedah atau teknik pengajaran yang digunakan oleh guru semasa pengajaran membaca dijalankan. Terdapat empat soalan kesemuanya yang memerlukan jawapan pendek daripada subjek. Berikut diberikan perincian soalan dalam jadual 7.

Jadual 7 Kaedah Pengajaran Membaca Subjek Kajian

BIL 1

PERKARA Pendekatan pengajaran : a. Induktif b. Deduktif

FREKUENSI 4 6 3 3 6 4 2 5 2 6

F___X 100 6 66.67% 100% 50% 50% 100% 66.67% 33.33% 83.33% 33.33% 100%

Kedah Pengajaran : a. mendengar dan bertutur b. membaca dan menulis c. kedua duanya

Kaedah Pengajaran Bacaan a. kaedah abjad b. kaedah suku kata c. kaedah pandang dan sebut d. kaedah fonik

Pengajaran Pemulihan

Pendekatan Pengajaran Dalam soal selidik ini terdapat soalan yang mengkehendaki guru menyatakan pendekatan pengajaran yang digunakan sama ada secara induktif atau deduktif. Bagi pendekatan induktif sejumlah empat subjek daripada enam responden menyatakan bahawa mereka menggunakan pendekatan ini, manakala kesemua responden menggunakan pendekatan deduktif.

Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan guru menggunakan kedua-dua pendekatan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Daripada dapatan ini terdapat kesinambungan antara kedua-dua pendekatan semasa pengajaran.

Hasil daripada pemerhatian yang dijalankan contoh pengajaran membaca yang menggunakan pendekatan induktif adalah seperti berikut : a. ba / ca baca b. sa / ya saya bu / ku buku ki / ta kita

Guru akan menerangkan terlebih dahulu contoh yang sesuai kepada pelajar, sebagai contoh guru akan mengeja perkataan di atas terlebih dahulu sebelum pelajar mengikutinya. seterusnya pelajar akan dibimbing untuk mengeja perkataan yang seterusnya. Pemberian contoh yang baik akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran membaca dijalankan.

Dalam pendekatan deduktif pula, contoh yang didapati hasil daripada pemerhatian adalah seperti berikut :

a. b.

me / re / ka be / ri / ta

ke / re / ta al / ma / ri

ke / ru / si da / hu / lu

Pada awalnya guru memperkenalkan perkataan yang mempunyai tiga suku kata. Kemudian pelajar diminta menyebut satu persatu suku kata tersebut dengan bimbingan guru sehinggalah pelajar benar-benar faham. Selepas itu, pelajar akan diperkenalkan dengan perkataan yang mempunyai tiga suku kata yang berlainan sedikit seperti ma / ka / nan, ca / ta / tan, dan him / pu / nan. Pelajar diminta membuat rumus bagi mengkaji perbezaan yang terdapat dalam perkataan tersebut dengan perkataan yang awal tadi.

Kedah Pengajaran.

Kaedah pengajaran yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran membaca dijalankan adalah mendengar dan bertutur serta membaca dan menulis. Berdasarkan

jawapan yang diberikan terdapat tiga subjek kajian yang menggunakan kaedah mendengar dan bertutur, manakala sejumlah tiga subjek kajian lagi menggunakan kedah membaca dan menulis sebagai asas dalam pengajaran membaca.

Menerusi pemerhatian yang dijalankan semasa pengajaran didapati subjek mempelbagaikan kaedah iaitu dengan menggabungkan kedua-duanya dalam satu masa.

Oleh itu penggunaan kedua-dua kaedah iaitu mendengar dan bertutur serta membaca dan menulis dilaksanakan oleh kesemua subjek dalam pengajaran membaca.

Sebagai contoh guru yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mengunakan kaedah membaca dan menulis ialah dengan guru membaca sesuatu perkataan yang mudah seperti bapa, satu, batu dan raga, seterusnya guru menyuruh pelajar mengikut bacaan tersebut sambil pelajar menulis satu persatu perkataan yang dibaca.

Teknik atau Kaedah Bacaan Permulaan.

Dalam soal selidik ini, sejumlah empat subjek iaitu bersamaan 66.67% menggunakan kaedah abjad dan pandang sebut, manakala dua subjek kajian lagi, menggunakan kaedah fonik dan suku kata. Berdasarkan daripada kajian didapati setiap subjek menggunakan lebih daripada satu kaedah semasa pengajaran membaca dijalankan.

Pengajaran Pemulihan

Semua subjek dalam kajian ini menggunakan pengajaran pemulihan kepada pelajar yang menghadapi masalah semasa atau selepas pengajaran membaca dijalankan. Pengajaran pemulihan bermakna pelajar yang bermasalah dalam subjek tersebut akan diberikan perhatian atau latihan selanjutnya bagi mengurangkan permasalahan.

4.4

Pendekatan Dan Kaedah Pengajaran Yang Diterapkan Oleh Guru Bahasa Melayu.

Melalui pemerhatian dan temubual, semasa pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu telah menerapkan beberapa kaedah yang dapat membantu dalam pengajaran membaca permulaan. Antara pendekatan dan kaedah yang digunakan ialah kaedah abjad, kaedah pandang dan sebut, kaedah fonik dan kaedah suku kata.

Kaedah yang paling kerap digunakan ialah kaedah abjad. Kaedah ini disebut kaedah abjad kerana pada permulaannya pelajar diperkenalkan dengan abjad. Dalam kajian yang dijalankan sejumlah empat subjek menggunakan kaedah ini.

Semasa proses pengajaran dijalankan nama huruf-huruf tersebut disusun dan disebut serentak iaitu daripada A hingga Z. Setelah pelajar mengenal abjad dan menghafalnya baharulah guru akan mengajar mereka mengeja perkataan-perkataan yang pendek. Misalnya perkataan ibu, bapa, bola dan tiga. Semasa pelajar diajar mengeja, mereka hendaklah disuruh menyebut perkataan tersebut serentak. Misalnya b-a-j-u (baju).

Kaedah yang kedua ialah kaedah pandang dan sebut (kaedah moden). Dalam pengajaran dan pembelajaran membaca mengikut kaedah ini, guru akan menggunakan kad bagi memperlihatkan sesuatu perkataan. Guru pula akan menyebut perkataan tersebut dan pelajar akan mengikutnya secara beramai-ramai dengan cara mengenal bentuk dan lambang perkataan. Misalnya perkataan bola, abang, adik dan limau.

Setelah pelajar mengenali beberapa perkataan asas. Guru akan mengajar pelajar membaca ayat-ayat yang mudah dibina berdasarkan perkataan-perkataan asas yang sudah dikenali oleh pelajar. Contoh : 1. 2. 3. Abang Adik Abang ada ada dan bola. bola. adik ada bola.

Selain itu, daripada pemerhatian yang dijalankan guru kadangkala menggunakan buku teks yang disediakan sebagai bahan bantu untuk mengajar kaedah pandang sebut.

Hasil daripada pemerhatian, guru juga menerapkan kaedah fonik. Dalam jadual 7 sejumlah dua subjek kajian menggunakan kaedah ini. Dalam kaedah ini pelajar diajar bentuk dan bunyi fonik huruf dalam abjad.

Pada awalnya guru memperkenalkan sesuatu huruf kepada pelajar dengan menunjukkan bentuk huruf tersebut bersama gambar benda yang namanya bermula dengan huruf fonik tersebut. Misalnya guru menunjukkan gambar ayam dengan huruf a, dan gambar bola dengan huruf b. Sambil memperlihatkan gambar dan huruf awal yang berkaitan guru menyebut fonik huruf tersebut. Misalnya aa (a) iaitu ayam dan bi (b) iaitu bola. Selepas pelajar mengenal bentuk dan bunyi fonik huruf-huruf yang berkaitan

baharulah pelajar tadi diajar mencantumkan bunyi huruf berkenaan menjadi suku kata atau perkataan.

Kaedah suku kata juga diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran membaca awal dijalankan. Sejumlah dua subjek yang menggunakan kaedah ini. Daripada pemerhatian dan temu bual, kaedah suku kata dimulakan dengan mencantumkan satu huruf konsonan dan vokal. Misalnya ka-ki-ku, pa-pi-pu, dan ra-ri-ru. Seterusnya pelajar diajar membaca perkataan-perkataan yang mudah dengan cara mencantumkan suku-suku kata yang telah diajar tadi. Contohnya kaki, para, dan pari.

Secara amnya, kebanyakan guru menggunakan kedah campuran kerana ia mudah dan fleksibel serta sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran membaca di peringkat permulaan. Hal ini boleh dilihat melalui data penyelidikan yang menunjukkan bahawa semua subjek mencampurkan kaedah pengajaran yang diterapkan dan tidak terikat dengan hanya menggunakan satu kaedah sahaja.

4.5

Min Markah Subjek Kajian Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah, Malim Nawar .

Berdasarkan markah ujian subjek kajian dalam ujian bacaan yang dijalankan oleh guru, penyelidik akan menggunakan purata min untuk melihat pencapaian subjek kajian.

Jadual 8 Taburan markah mentah penilaian membaca Bahasa Melayu untuk 30 pelajar.

13 5 14

4 2 14

15 0 15

15 15 10

14 7 12

6 13 15

6 6 15

15 5 13

8 15 15

13 15 15

Jadual 9 Taburan Markah Penilaian Membaca Bahasa Melayu dalam bentuk peratus

86.7 33.3 93.3

26.7 13.3 93.3

100 0 100

100 100 66.7

93.3 46.7 80

40 86.7 100

40 40 100

100 33.3 86.7

53.3 100 100

86.7 100 100

Markah mentah ini akan ditukarkan dalam bentuk peratus dengan menggunakan formula : = ___X___ x 15 100

Jadual 10 Taburan skor mengikut urutan rendah ke tinggi.

Kedudukan

Markah

Kedudukan

Markah

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

0 13.3 26.7 33.3 33.3 40 40 40 46.7 53.3 66.7 80 86.7 86.7 86.7

16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

86.7 93.3 93.3 93.3 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100

Min markah pelajar dalam ujian ini adalah

Min (x)

= Jumlah Markah Bilangan kes = 0 + 13.3 + 26.7 + 33.3 +..+ 100 30 = 2366.7 30 = 78.89

4.6

Kesimpulan

Berdasarkan dapatan kajian purata min adalah tinggi iaitu 78.89%, membuktikan bahawa pengetahuan dan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru mempunyai kaitan dengan pencapaian kemahiran membaca pelajar. Hal ini dapat dilihat menerusi jawapan soal selidik guru yang majoritinya menggunakan pelbagai teknik dalam pengajaran membaca permulaan.

Kemahiran dan teknik yang digunakan mampu mengubah penguasaan sesuatu kemahiran yang juga bergantung kepada faktor lain seperti inisiatif pelajar dan kemudahan yang disediakan.

4.7

Ulasan Hasil Dapatan Berdasarkan Tujuan Kajian

Hasil daripada tinjauan tentang hubungan teori psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran membaca permulaan sekolah rendah didapati setiap guru mempunyai pandangannya yang tersendiri dalam memilih pendekatan dan kaedah pengajaran yang disukai.

Berdasarkan kajian terdapat guru yang memilih pendekatan induktif manakala sebahagian lain memilih pendekatan deduktif dalam pengajaran. Begitu juga dengan

pemilihan kaedah, ada juga di kalangan guru yang menggunakan gabungan pelbagai kaedah seperti kaedah fonik dan abjad dalam melaksanakan pengajaran.

Selain itu juga, terdapat sebilangan kecil guru bahasa Melayu yang tidak mendapat latihan khusus untuk mengajar mata pelajaran tersebut. Kenyataan ini berdasarkan jawapan yang diberikan dalam soal selidik. Penempatan guru yang tidak mengikut bidang pengkhususan amat merugikan bukan sahaja kepada guru malah pelajar. Hal ini sebanyak sedikit menjejaskan pembelajaran pelajar terutamanya dalam kemahiran bahasa.

Berdasarkan dapatan kajian, faktor pengetahuan tentang teori psikolinguistik mempunyai hubungan dengan keberkesanan pengajaran membaca permulaan. Pengetahuan tentang proses-proses yang berlaku semasa seseorang mencuba memahami input bahasa secara tidak langsung membantu guru membentuk kaedah pengajaran yang terbaik.

Pernyataan ini disokong menerusi pendapat Datuk Haji Hassan b. Ahmad dalam kata aluan Pengantar Psikolinguistik Moden (1987 : V), masalah pengajaran bahasa dan pengajaran membaca permulaan ialah masalah psikolinguistik dan seharusnya diselesaikan dengan prinsip-prinsip psikolinguistik.

Steinberg pernah menyatakan bahawa pemahaman seseorang tentang bagaimana bahasa pertama dikuasai secara semulajadi di peringkat awal kehidupan akan memberikan manfaat kepada para perancang program pengajaran bahasa, sama ada yang dirancang atau pengajaran bahasa sebagai bahasa pertama ataupun pengajaran bahasa sebagai bahasa kedua ( Zulkifley Hamid 1995 : 55 ).

Oleh itu, pengetahuan dalam displin psikolinguistik dan teknik pengajaran yang mengandungi maklumat tentang tahap-tahap pemerolehan bahasa, jenis pengetahuan bahasa, peranan, pengajaran yang diterima, fungsi persekitaran dan jenis data bahasa yang diterima oleh kanak-kanak merupakan maklumat yang berguna dalam perancangan program pengajaran dan pembelajaran bahasa.

BAB V

RUMUSAN

Dalam bab IV, hasil kajian berkenaan kaedah yang digunakan di sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran membaca permulaan telah dibentangkan. Bab ini akan merumuskan segala hasil dan analisis interpretasi data seperti yang terdapat dalam bab IV. Selain itu, beberapa cadangan akan dikemukakan bagi meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran membaca permulaan hasil daripada penyelidikan yang dijalankan.

5.1

Rumusan

Bahagian ini akan merumuskan dapatan kajian secara keseluruhanya. Rumusan yang dibuat adalah berdasarkan hasil kajian dan tinjauan yang dijalankan. Bagi memudahkan pembicaraan bahagian ini akan dibahagikan kepada rumusan umum dan cadangan.

5.1.1

Rumusan Umum

Hasil daripada kajian tinjauan berkenaan kaedah pengajaran yang digunakan dalam pengajaran membaca permulaan sekolah rendah, terdapat beberapa kesimpulan yang dibuat iaitu :

i.

Guru mempunyai pelbagai pendekatan dan kaedah untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan pelajar-pelajarnya.

ii.

Kebanyakan guru mengamalkan teori efektif (campuran teori mentalis dan mekanis) dalam pengajaran membaca permulaan.

iii.

Majoriti guru yang mengajar subjek bahasa Melayu bukanlah terdiri daripada guru opsyen bahasa Melayu. Perkara ini merugikan pihak guru dan juga pelajar.

iv.

Kaedah pengajaran guru selalunya tidak mengambil kira tahap awal penguasaan pelajar dalam membaca.

5.1.2

Cadangan

Dapatan yang diperolehi daripada kajian dalam IV telah membuktikan bahawa terdapat pelbagai teknik pengajaran yang digunakan oleh guru dalam pengajaran membaca permulaan di sekolah. Hasil yang diperolehi daripada tahap penguasaan guru terhadap teori psikolinguistik amat rendah dan ini merugikan guru dan juga pelajar. Oleh itu bahagian ini akan dipecahkan kepada dua subtopik kecil bagi membicarakan cadangan yang boleh digunakan untuk memperbaiki kelemahan dan juga cadangan daripada penyelidik selanjutnya.

5.1.2.1

Cadangan Memperbaiki Kelemahan

Berdasarkan keputusan kajian tinjauan bahagian ini akan membicarakan tentang beberapa cadangan untuk memperbaiki kelemahan penguasaan membaca di kalangan pelajar bermula daripada kaedah meningkat tahap pengetahuan psikolinguistik guru dan kaedah ynag sesuai untuk memilih teknik yang berkesan dalam pengajaran membaca.

Cadangan a. Berdasarkan dapatan soal selidik, penyelidik mendapati guru bahasa Melayu tidak mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang teori-teori psikolinguistik yang dapat membantu mereka menjalankan pengajaran membaca permulaan dengan berkesan. Sebenarnya pendekatan psikolinguistik sesuai digunakan dalam

pengajaran membaca permulaan kerana pendekatan tersebut mengambila kira faktor linguistik dan psikologi dalam proses membaca.

Pendekatan

ini berlandaskan kepada teori pemerolehan bahasa menurut

pandangan aliran psikologi kognitif. Oleh itu, guru perlu meningkatkan dan memperlengkapkan pengetahuan psikolinguistik mereka melalui kursus-kursus, seminar, bengkel atau menerusi pembacaan dan penyelidikan.

b. Antara saranan-saranan untuk meningkatkan pengetahuan psikolinguistik guru-guru ialah :

i.

pihak

yang

berkaitan

dengan

pendidikan

perguruan

hendaklah

menekankan aspek penerapan teori-teori psikolinguistik dalam latihan pengurusan dan bukannya sekadar membekalkan guru-guru dengan displin ilmu tersebut sebagai pengetahuan sahaja.

ii.

pihak Kementerian Pendidikan harus mengadakan kursus-kursus dan seminar-seminar yang berkaitan dengan pengajaran bahasa dari masa ke semasa untuk mendedahkan guru-guru bahasa kepada pendekatan dan kaedah pengajaran bahasa yang mutakhir.

iii.

guru guru bahasa haruslah berusaha mempertingkatkan pengetahuan berkaitan dengan pengajaran bahasa. Mereka seharusnya mengikuti setiap perkembangan baharu yang berlaku dalam bahasa menerusi pembacaan yang luas.

iv.

guru bahasa Melayu mesti bersikap positif dan proaktif dalam tugasnya. Kaedah dan teknik pengajaran yang lebih berkesan hendaklah dirancang dengan berkesan agar tidak membosankan. Guru perlu kreatif dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

c. Antara saranan untuk memilih kaedah dan teknik yang sesuai serta berkesan dalam pengajaran membaca permulaan yang boleh dipertimbangkan oleh guru.

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

kemahiran bahasa atau asoek yang ingin diajar. objektif am dan objektif khusus pengajaran. jangka waktu pengajaran. taraf kecerdasan atau peringkat kebolehan pelajar. saiz kelas atau kumpulan pelajar. waktu pengajaran sama ada pagi atau petang. pengalaman, kemahiran dan kepadaian guru dalam menggunakan sesuatu kaedah atau teknik pengajaran membaca.

Selain daripada faktor di atas terdapat faktor lain yang perlu diambil kira oleh guru bahasa yang boleh mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran yang bakal dijalankan. Antaranya ialah :

i.

pengetahuan yang mendalam dan menyeluruh tentang bahasa meliputi aspek tatabahasa, sistem ejaan, perbendaharaan kata, sistem bunyi, peribahsa dan teoritis yang berkaitan dengan bahasa tersebut.

ii.

sikap dan motovasi guru yang boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran membaca lebih menarik minat pelajar.

iii.

kreativiti dan sikap guru yang sentiasa mencuba pelbagai kaedah dan teknik demi meningkatkan keberkesanan pengajaran yang diigini.

iv.

sikap dan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

5.1.2.2

Cadangan Penyelidik Selanjutnya.

Dalam perenggan ini penyelidik akan mengajukan saranan kepada bakal bakal penyelidik. Mereka boleh menjalankan penyelidikan untuk melihat hubungan teori psikolinguistik dengan penguasaan pencapaian membaca pelajar dengan membesarkan skop peyelidikan kepada teori-teori psikolinguistik lain dan kaedah pengajaran yang lebih luas lagi.

Dalam penyelidikan tersebut bakal penyelidik boleh menggunakan bilangan sampel yang lebih besar agar keputusan yang diperolehi menjadi penganggar parameter populasi

yang lebih tepat. Menerusi cara ini keberkesanan untuk memperbaiki kaedah pengajaran guru boleh dipertingkatkan lagi.

BIBLIOGRAFI
Buku

Abdul Aziz Talib et. al (1989). Pengajaran dan Pengujian Bahasa. Kuala Lumpur : Direct Art Compony. Abdul Aziz Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu. Selangor : Utusan Publications. Ahmad Fuad Hashim (1983). Psikolinguistik dan Pemerolehan Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Atan Long (1970). Aktiviti Permulaan Membaca KBSR Tahun Satu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Azhar M. Simim (1990). Psikolinguistik Bahasa, Akal, Budi dan Dunia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Azman Wan Chik (1982). Trend-Trend Baru Dalam Bidang Pendidikan Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Wan Chik (ed) (1986). Mengajar Bahasa Malaysia, Jilid 1 : Perkaedahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Wan Chik (ed) (1987). Isu-isu Dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Bloomfield, L (1942). Outline Guide For The Practical Study of Foreign Language Baltimore. Linguistic Society of America. Chall, J.S (1967). Learning to Read : The Grate Debate. New York : Mc Graw Hill Book Co. Diane Lapp & James Loop (1986). Teaching Student To Read. New York : Collier Macmillan Publishing. Ee Ah Meng (1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam : Fajar Bakti.

Fries, C.C (1963). Linguistics and Reading. New York : Holt, Rinehart and Winston. Ins. Haris, A.J dan Sipay, E.R (1980). How to Increase Reading Ability. New York : Logman Inc. Ibrahim Saad (ed), (1983). Isu-isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Juriah Long, Raminah Hj. Sabran dan Sofian Hamid (1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Kamarudin Hj. Husin (1993). Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Kamarudin Hj. Husin & siti Hajar Abd. Aziz (1997). Pengajian Melayu 3 : Komunikasi Bahasa. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Abd. Aziz (1996). Penguasaan Kemahiran Membaca : Kaedah Dan Teknik Membaca. Subang Jaya : Kumpulan Budiman. Kenedy, E.C (1981). Method in Teaching Developmental Reading. Illinois : F.E Peacock Publisher. Inc Koh Boh Boon (1981). Perspektif Perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Mengantar Simanjuntak (1985). Pendekatan Psikolinguistik Kognitif Dalam Membaca Permulaan. Kertas Kerja Dalam Pemanfaatan Beraneka Pendekatan Pengajaran Bacaan Asas Bagi Situasi Bilik Darjah Di Malaysia : Universiti Kebangsaan Malaysia (2-3 Mac) Mengantar Simanjuntak (1987). Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Morhaini Yusuf (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur : Karya Bestari. Mohd. Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mok Soon Sang (2001). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester. Subang Jaya : Kumpulan Budiman.

Nik Safiah Karim (ed), (1980). Bahasa Melayu Teori Dan Aplikasi. Kuala Lumpur : Sarjana Enterprise. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1987). Kaedah pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya : Fajar Bakti.

Sofiah Hamid (1983). Pendekatan Mengajar Bacaan Bahasa Malaysia Di Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Utusan Publication And Distrubutors. Steinberg, D.D (1982). Language, Mind and World. London : Logman. Zimmerman, E Dan Allerbrand, G.W (1965). Personallity Characteriestics And Attributes Towards Achievement Of Good And Poor Readers. Journal Of Education Research. Vol 5. Zulkifley Hamid (1995). Psikolinguistik : Sumbangan Utama Kepada Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Dewan Bahasa : 39 (1), hlm 53-56.

Media Elektronik : Internet Abdul Rahim b. Abdul Rashid (2002). Kesan Pendekatan Pengajaran Sistematik Terhadap Peningkatan Penguasaan Perbendaharaan Kata Dan Pemahaman Murid-Murid Yang Menghadapi Masalah Di Sekolah Rendah Luar Bandar. http://www2.moe.gov.my/~mpp/Rahim.htm (12 Oktober 2002) Sk. Mohd. Sawpi Lawi (2002). Faktor-faktor Psikolinguistik Dalam Penguasaan Kemahiran Membaca. www.geocities.com/penyelidikanm4p/sawpi.htm (12 October 2002).

Lampiran A

SOAL SELIDIK

Kepada guru Bahasa Melayu,

Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Anda diminta menjawab kedua-dua bahagian dengan jujur. Jawapan jawapan yang diberikan tidak akan dibaca oleh Pengetua. Jawapan anda juga tidak akan menjejaskan penilaian tugas anda. Semua jawapan dalam soal selidik akan dirahsiakan. Jawapan-jawapan yang anda berikan haruslah sesuai dengan pengalaman dan pendapat anda sendiri. Jika terdapat item soal selidik yang tidak difahami, sila kemukakan pertanyaan kepada penyelidik. Penyelidik akan sentiasa membantu anda. Terima kasih atas kerjasama anda. Penyelidik, NORFAIZAH ABD. JOBAR.

SOAL SELIDIK PENGAJARAN BAHASA MELAYU BAHAGIAN A

Arahan : Isikan tempat kosong dan tandakan [ / ] dalam petak jawapan yang anda pilih.

1. 2. 3.

Nama sekolah Jantina Umur

: : :

_________________________________________ Lelaki ( ) Perempuan ( )

__________________tahun

4.

Kelulusan akedemik :

SRP/LCE SPM/MCE STPM/STP/HSC DIPLOMA/IJAZAH Lain lain, nyatakan

( ) ( ) ( ) ( ) __________________

5. 6. 7.

Kelulusan iktisas

__________________________________________ __________________________________________ __________________________________________

bidang pengkhususan : Nama maktab /universiti :

8.

Pengalaman mengajar : di sekolah Pengalaman mengajar : murid tahun 1

_________________tahun

9.

_________________bulan/tahun

BAHAGIAN B Arahan : Tandakan ( / ) dalam petikan jawapan yang anda pilih dan isikan tempat kosong.

1.

Adakah anda pernah mengikuti kursus pengajaran bahasa Melayu ? Ya Tidak ( ( ) )

2.

Adakah anda pernah belajar ilmu psikolinguistik semasa berkursus di maktab perguruan ? Ya Tidak ( ( ) )

Pada pendapat anda apakah definisi psikolinguistik ?. Sila nyatakan. __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 3. Adakah anda mengaplikasikan teori linguistik dalam pengajaran anda? Ya Tidak 4. ( ( ) )

Sila nyatakan 2 ciri / prinsip Teori Mekanis dan Mentalis yang dikemukakan oleh Ivan Pavlov dan Chomsky. a.________________________________________________________________ b.________________________________________________________________ a.________________________________________________________________ b.________________________________________________________________

5.

Sila nyatakan 2 ciri / prinsip Teori Elektik. a.________________________________________________________________ _________________________________________________________________ b.________________________________________________________________ ________________________________________________________________

6.

Adakah terdapat hubungan antara psikolinguistik dengan pengajaran membaca ? Ya Tidak ( ( ) )

7.

Apakah pendekatan yang anda gunakan semasa mengajar dalam kelas bahasa Melayu ? Memberi contoh-contoh kemudian merumuskan contoh-contoh tersebut (pendekatan induktif)

Memberi gambaran keseluruhan tentang isi pelajaran diikuti contoh-contoh yang bersesuaian (pendekatan deduktif) (

8.

Apakah kaedah yang paling kerap anda gunakan semasa mengajar dalam kelas bahasa Melayu ? Mendengar dan bertutur Membaca dan menulis Atau kedua-duanya sekali ( ( ( ) ) )

9.

Apakah kaedah bacaan yang anda gunakan semasa mengajar di dalam kelas bahasa Melayu ? Kaedah abjad Kaedah suku kata Kaedah Pandang dan sebut Kaedah Fonik ( ( ( ( ) ) ) )

Lain-lain. Sila nyatakan :_____________________________________________ ______________________________________________ ______________________________________________ 10. Adakah anda menjalankan pengajaran pemulihan sekiranya didapati murid tidak boleh menguasai kemahiran membaca ? Ya Tidak ( ( ) )

11.

Pada pendapat anda adakah teori elektik sesuai digunakan dalam pengajaran membaca permulaan ? Ya Tidak ( ( ) )

Mengapa : _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________

You might also like