You are on page 1of 50

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________
1









AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Penyerapan Penyerapan Penyerapan Penyerapan
Unsur Unsur Unsur Unsur- -- -Unsur Akidah yang Mengelirukan Unsur Akidah yang Mengelirukan Unsur Akidah yang Mengelirukan Unsur Akidah yang Mengelirukan
Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia











Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
2

Tajuk


Ahli Sunnah Wal Jamaah
Penyerapan
Unsur-Unsur Akidah yang Mengelirukan
Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia


Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady


Cetakan Pertama: 2011M / 1432H



Hakcipta terpelihara.



ISBN 978-967-0288-00-0


Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi
kandungan buku ini dalam apa bentuk dan dengan apa cara
sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin daripada pihak
penerbit iaitu
Majlis Agama Islam Negeri Johor


Diterbitkan oleh:
Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah dan Syariah
Majlis Agama Islam Negeri Johor
Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru.


Dicetak oleh:
Master Gifts Sdn Bhd.
019-7777662






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
3








AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
PENYERAPAN
UNSUR-UNSUR AKIDAH YANG MENGELIRUKAN
DALAM MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA









Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady








Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
4
KATA-KATA ALUAN
S.S. MUFTI NEGERI JOHOR

. ,, -` , ` -` , ,` ,
` - ' ` - . , _ , ` -` `, _ ` ` , ` . , . ` . _ ` ` - .

Saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana diberikan peluang untuk
merakamkan sepatah dua kata dalam risalah mengenai dasar-dasar
pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Risalah ini membincangkan tentang Akidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah yang diamalkan di Malaysia dan Nusantara sejak kedatangan
Islam ke rantau ini. Manakala unsur-unsur akidah yang mengelirukan
pula akan dibincang dalam al-Bayan siri 19 dan 20.

Dirantau ini, umat Islam berpegang kepada aliran dan amalan
Ahli Sunnah Wal Jamaah; dalam akidah ia mengikut mazhab Imam
Asyari rd, dalam Fiqh ia mengikut mazhab Syafie rd dengan tambahan-
tambahan yang diperlukan dari segi keputusan-keputusan fatwa
mengikut kaedah yang wajar dalam Ahli Sunnah; dalam huraian
berkenaan dengan akhlak dan kerohanian ia mengikut Imam al-Ghazali
rd. Sistem pengetahuan dan panduan ilmu dalam Ahli Sunnah ini diikuti
dengan baiknya dan mesti dipelihara.

Lantaran itu, fahaman dan pegangan tersebut perlu dijaga,
dikawal dipertahankan dan dipastikan daripada dinodai oleh anasir-
anasir yang boleh memecahbelahkan pemikiran dan amalan dalam
masyarakat. Banyak contoh yang membuktikan bahawa membenarkan
berbagai fahaman dan amalan dalam sesebuah negara itu akan menjadi
punca kepada perselisihan, perpecahan dan permusuhan sesama umat
Islam.

Oleh itu, masyarakat perlu dijelaskan dan difahamkan mengenai
pegangan dan amalan yang betul, berdasarkan sumber syarie dan telah
terbukti dapat menyatukan ummah dan negara.
Sekian


(DATO HAJI M. TAHRIR BIN DATO HAJI SAMSUDIN)
Mufti Negeri Johor

Jabatan Mufti Johor
2 Mac 2011.






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
5
INTISARI KANDUNGAN

Sekapur sirih ............................................................. 4
Intisari kandungan ................................................... 5
Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Mukadimah ....... 7
Cabang ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah ..................... 12
o Ilmu Tafsir ....................................................... -
o Ilmu Hadith ....................................................... -
o Ilmu Usul al-Din ............................................... 13
o Ilmu Fiqh .......................................................... 14
o Ilmu Akhlak dan Tasawwuf ............................... 17
Beberapa segi epistemologi sunni 18

Rukun pertama : Mengisbatkan hakikat dan
ilmu yang mereka
ijmakkan tentangnya -
Rukun kedua : Baharunya alam ini ..... 22
Rukun ketiga : Semua yang berlaku ada
yang menjadikan ........ 24
Rukun keempat : Sifat-sifat Allah ........... 27
Rukun kelima : Nama-nama Allah ...... 29
Rukun keenam : Keadilan Ilahi dan hikmat
Kebijaksanaannya ...... 31
Rukun ketujuh : Kenabian dan kerasulan 33
Rukun kelapan : Mukjizat dan keramat ... 35
Rukun kesembilan Syariat Islam dan rukun-
rukunnya ....................... 36
Rukun kesepuluh : Suruh dan tegah dalam
syarak .......................... 40
Ruku kesebelas : Hilangnya para hamba dan
hukum mereka di akhirat -
Rukun ke dua belas : Khalifah dan imamah .... 42
Rukun ke tiga belas : Iman dan Islam ............. 43
Rukun ke empat belas: Para wali dan imam ...... -
Rukun ke lima belas : Hukum tentang para
musuh Islam ................. 45

Keperluan kepada ilmu-ilmu Islam lainnya ................... 48
Keperluan Nusantara atau Dunia Melayu kepada
Empat Wacana agung Sunni ......................................... 49







Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
6













Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
7

C



AKIDAH AKIDAH AKIDAH AKIDAH
AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH



Mukadimah Mukadimah Mukadimah Mukadimah

Risalah ini ingin mengemukakan hujah-hujah dan fakta-fakta
untuk meneguhkan pendirian Ahli Sunnah Wal Jamaah
dalam negera ini. Ia juga berbicara berkenaan dengan
beberapa penyerapan akidah yang mengelirukan, dengan
cawangan-cawangannya dalam bidang-bidang lain yang
berkenaan, dalam bentuk apa yang disebut sebagai aliran
salafi, yang bertunjangkan ajaran Muhammad ibn Abd al-
Wahhab, dan ajaran Islam Liberal, antaranya yang
bertunjangkan huraian-huraian tokoh seperti Muhammad
Arkoun.

Demikian juga dengan asas-asas fahaman Islam
Liberal yang kini sedang berkembang di negara ini. Hujah-
hujah dan pengamatan-pengamatan dikemukakan untuk
menolak fahaman tersebut seperti dijelaskan dalam Al-
Bayan siri ke-20.







Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
8
1. Malaysia negara yang berpegang kepada aliran dan
amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah; dalam akidah ia mengikut
mazhab Imam Asyari rd, dalam Fiqh ia mengikut mazhab
Syafie rd dengan tambahan-tambahan yang diperlukan dari
segi keputusan-keputusan fatwa mengikut kaedah yang
wajar dalam Ahli Sunnah; dalam huraian berkenaan dengan
akhlak dan kerohanian ia mengikut Imam al-Ghazali rd.
Sistem pengetahuan dan panduan ilmu dalam Ahli Sunnah
ini diikuti dengan baiknya dan mesti dipelihara.

2. Ulil-amri wajib menjaga agama dan perlaksanaannya
serta kefahamannya pada orang ramai mengikut landasan-
landasannya yang asal dan benar tanpa penyelewengan;
(Berkenaan dengan kewajipan ulil-amri menjaga agama
supaya berada atas dasar-dasar asal yang hak dijelaskan
oleh Imam al-Mawardi rh dalam al-Ahkam al-
Sultaniyyahnya bab berkenaan dengan kewajipan-
kewajipan khalifah atau imam yang pertama sekali dalam
senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh itu); sama ada
dalam bentuk lama atau baru, dalam bentuk lama seperti
Mutazilah, Qadariah, Jabariah, Batiniah, dan yang
sepertinya, dalam bentuk baru seperti Mutazilah fesyen
baru, atau Khawarij fesyen baru, atau Batiniah fesyen baru
yang menggunakan nama-nama atau istilah-istilah yang
menarik tetapi yang mengandungi racun di dalamnya dan
yang membawa kekeliruan. (Perbincangan-perbincangan
akademik di pusat pengajian tinggi untuk kajian
perbandingan tentang aliran pemikiran, itu perkara yang
khusus yang perlu ditangani di kalangan para ahlinya).

3. Maka ajaran dan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah ini
mesti dikekalkan. Beberapa perkara berkenaan dengan
dasar-dasatr Ahli Sunnah dipeturunkan di bawah ini:







Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
9
Yang dimaksudkan dengan pemahaman arus
perdana dalam Islam ialah fahaman, pegangan dan amalan
Ahli Sunnah Wal Jamaah; perkara pokok di dalamnya,
intinya melibatkan faham ilmu, atau epistemology; ia
falsafah ilmu (Qur'an sendiri memulakannya dengan , ,
,= . . ' ,,, teori tentang ilmu pengetahuan, keadaannya,
dasar-dasarnya, batasan-batasannya, dan kesahihannya.

Yang dimaksudkan ilmu itu - antaranya pada al-
Baqillani rh dalam at-Tamhidnya pada bahagian awalnya -
ialah mengenali apa yang dimaklumi itu mengikut keadaan
hakikatnya yang sebenarnya. (marifatul-malum ala ma
huwa bihi). (Ini takrif ilmu mengikut al-Baqillani dalam al-
Tamhid; Imam Syafie rd menggunakan takrif yang sama
katanya ( ' , , _ ,' ,, .' , ) dalam (al-Fiqhul-
Akbar, Matbaah al-Amirah al-Sharqiyyah, Kahirah, 1324
hlm.10.)

Para ulama Usul al-Din (, ,.') Ahli Sunnah
mentarafkan peringkat mengenali itu sebagai peringkat
tertinggi, iaitu mengenali apa yang diketahui dengan
sebenarnya, dengan yakin berdasarkan kepada dalil. Ianya
melebihi sangkaan yang kuat (zann ~ ), syak (sama
banyak antara yang ya atau tidak), sangkaan yang lemah
(waham - ,,), kejahilan semata (al-jahl ,-), dan jahil yang
bersusun (jahil al-murakkab - - .,' ), iaitu tidak disedari
iaya jahil, disangkanya dirinya mengetahui sebenarnya.
Ianya mesti dengan dalil dan yakin; tanpa dalil dan yakin
tidak dipanggil ilmu atau marifah. (Imam Syafie rh dalam
teks yang sama (hlm 10) membezakannya daripada zann
dan taqlid.)






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
10
Yang dimaksudkan Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah
ajaran dan amalan yang berasal daripada Nabi s.a.w. dan
para Sahabatnya sebagaimana yang ternyata daripada
hadith yang menyebut umat Islam akan berpecah kepada 73
golongan, yang selamat hanya satu, iaitu mereka yang
dipanggil sebagai jemaah yang selamat dan benar, yang
berpegang kepada dasar hidup nabi dan para sahabatnya,
mereka itulah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dasar dan amalan inilah yang kemudiannya
berkembang di kalangan para ulama Ahli Sunnah dalam
pelbagai disiplin ilmu, yang dihuraikan oleh tokoh-tokoh
dalam bidang tafsir Quran, qiraat, hadith dan cawangan-
cawangannya, usul al-din, fiqh, usul al-fiqh, akhlak dan
tasawwuf, termasuk falsafahnya, demikian seterusnya
dengan pelbagai cawangan dan disiplin ilmu, antaranya
sebagaimana yang dihuraikan dalam al-Muqaddimah oleh
Abd al-Rahman ibn Khaldun rh antara lainnya. (c.f. Osman
Bakar, The Classification of Knowledge). (Huraian ringkas
berkenaan dengan Ahl al-Sunnah dibuat oleh penulis ini
dalam Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dalam buku Dinamika
Dakwah, (ed) Dr Abdul Halim El-Muhammady, Budaya Ilmu
Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1992, 101-135, dengan huraian
berkenaan dengan hadith-hadithnya, sejarahnya, dan
prinsip-prinsipnya secara ringkas.)


Abd al-Qahir al-Baghdadi rh. membahagikan Ahli
Sunnah Wal Jamaah dalam dalam kitabnya (al-Farqu Baina
al-Firaq) kepada beberapa bahagian mengikut disiplin ilmu
dalam epistemologi Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti: Ilmu
al-Kalam atau Usul al-Din, ilmu Tafsir Quran dan Qiraat, Ilmu
Hadith dan cawangan-cawangannya, Ilmu Fiqh dan ahli-
ahlinya (termasuk usul al-fiqhnya), ilmu sastera dan nahu






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
11
sarafnya, ilmu lughahnya, ilmu tasawwuf dan para ahlinya.
Termasuk ke dalam golongan mereka itu orang awam yang
mengikut panduan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dan juga
mereka yang menjaga sempadan negeri-negeri Ahli Sunnah
Wal Jamaah.







Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
12









CABANG ILMU AHLI SUNNAH CABANG ILMU AHLI SUNNAH CABANG ILMU AHLI SUNNAH CABANG ILMU AHLI SUNNAH
DAN CIRI DAN CIRI DAN CIRI DAN CIRI- -- -CIRINYA CIRINYA CIRINYA CIRINYA


1. Ilmu Tafsir Ilmu Tafsir Ilmu Tafsir Ilmu Tafsir:

Berdasarkan kepada panduan-panduan ayat-ayat Quran
Panduan hadith-hadith
Huraian-huraian para ulama Ahli Sunnah yang muktabar
dalam bidangnya seperti al-Baidawi, al-Nasafi, al-Jalalain, a-
Khazin, al-Baghwi, Fakhrul-razi dan seterusnya; sampailah
kepada para mufassirin zaman kemudian.


2. Ilmu Hadith Ilmu Hadith Ilmu Hadith Ilmu Hadith:

Berdasarkan ilmu-ilmu hadith oleh para imam yang diakui
seperti para pengumpul "kutub sittah" dan lainnya dan para
pensyarah kitab-kitab mereka.

o Huraian para ulama tentang mustalah al-hadith.
o Huraian para ulama tentang "al-jarh wa tadil".
o Huraian para ulama tentang sejarah perkembangan
hadith.






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
13
3. Ilmu Ilmu Ilmu Ilmu U UU Usul al sul al sul al sul al- -- -D DD Din in in in:


o Berdasarkan kepada Quran, Sunnah, dan ijma.
o Berdasarkan kepada huraian para ulama Ahli Sunnah
yang muktabar dalam bidang ini seperti Imam Abul-
Hasan al-Ashari, al-Maturidi, al-Baghdadi, al-
Baqillani, al-Nasafi, dan seterusnya dalam memberi
huraian tentang Tuhan, para nabi, malaikat, kitab
samawi, akhirat, dan qadha dan qadar.

o Juga berdasarkan kepada huraian mereka yang
menolak Mutazilah, Jabariah, Qadariah, Murjiah,
Khawarij, Batiniah, dan Syiah atau Rafidah.

Semuanya perlu diketahui dengan jelas dan simpati
supaya akidah Ahli Sunnah dijadikan pegangan dan dihayati
dan yang lain-lain dijadikan sempadan dan ditolak, samaada
dalam bentuk lama atau baharu, klasik atau moden.

Yang moden yang perlu difahami dan ditolak seperti
materialisme, sekularisme, dekonstruksinisme, pasca-
modernisme dan seterusnya, iaitu mana-mana yang
berlawanan dengan ciri-ciri pegangan Ahli Sunnah wal-
jamaah.

Mana-mana tulisan moden yang boleh membantu
dalam memahami akidah ini boleh dimanfaatkan seperti
tulisan-tulisan Dr. Zandani, juga pemikir-pemikir Barat
seperti Frihtjof Chapra antaranya dengan The Tao of
Physicsnya antara lainnya.

Tulisan Dr. Iqbal seperti The Reconstruction of
Religious Thought in Islam juga perlu difahami dengan jelas






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
14
dan penuh simpati serta manafaat daripadanya perlu
didapati, walaupun mungkin dalam beberapa perkara
tentang pemikirannya kita berbeza dengannya.

Cabaran-cabaran terhadap pemikiran dan akidah Ahli
Sunnah dalam penulisan semasa - termasuk apa yang ada
dalam internet - perlu diberi respons yang tepat oleh para
ulama dan sarjana Muslim dengan kerjasama mereka yang
berwenang.

Nusantara atau Dunia Melayu Muslim mesti
dikekalkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaahnya dengan ciri-
cirinya demi untuk menjaga kesahihan akidahnya dan juga
kestabilan intelektuil dan rohaninya sebagai asas yang
kukuh bagi pembinaan tamadun dan budaya di rantau ini
(selain daripada mengambil kira dan memanafaatkan
perkembangan-perkembangan terbaharu dalam ilmu
pengetahuan dan teknologi termasuk ICT).

Perlu dihadapi dengan cara berkesan fenomena
pihak-pihak yang tertarik dengan pemikiran Syiah sehingga
dianggap perlu menggantikan pemikiran dan akidah Ahli
Sunnah di Dunia Melayu.

Juga perlu dihadapi dengan berkesan fenomena
Kristianisasi dan yang sepertinya.

4. Ilmu Fiqh: Ilmu Fiqh: Ilmu Fiqh: Ilmu Fiqh:

Ilmu berkenaan dengan detail-detail hukum Syara dalam
Islam berdasarkan kepada Quran, Sunnah, Ijma mereka






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
15
yang muktabar, dan Qias mereka yang berwenang. Juga
istihsan, istislah, istishab dan seterusnya.

Berdasarkan kepada mazhab-mazhab yang diakui
dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan kalau di Nusantara
mazhab Imam SyafiI rd dengan tambahan-tambahan dalam
bentuk fatwa-fatwa dan keputusan-keputusan baharu yang
diperlukan berdasarkan kepada kaedah-kaedah mazhab
yang diakui.

Ini demi untuk menjaga kesahihan dalam
perkembangan dan pengamalan hukum serta keseragaman
dalam perlaksanaan hukum dan kesenangan dalam
menguruskan kehidupan kolektif umat di rantau ini.

Perlu dihadapi fenomena pemikiran dan pemahaman
tentang hukum yang terbebas daripada mazhab yang
muktabar (aliran al-lamadhhabiyyah) kononnya kerana
hendak kembali kepada Quran dan Sunnah sahaja, atau
kerana hendak menghapuskan sarang labah-labah yang
berabad-abad itu (the web of the centuries) dan
sebagainya.

Perlu dihadapi fenomena memberi fatwa atau
pendapat secara tidak mengikut adab dan ketertiban
sebagaimana yang dihuraikan oleh para ulama muktabar
tentang fatwa dan membuat keputusan hukum (istinbat),
mengeluarkan pendapat sendiri-sendiri, atau mengikut apa
yang dipanggil sebagai ulama haraki dan ditolaknya yang
tidak haraki sampai terjejas ciri-ciri sahih keputusan
hukum dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah (c.f. teguran al-
Hudaibi terhadap almarhum Maududi dalam hubungan






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
16
dengan istilahnya yang empat yang menyalahi ijma Ahli
Sunnah Wal Jamaah; demikian pula teguran yang dibuat
dalam hubungan dengan pemikiran almarhum Syed Qutb rh
dengan penuh penghormatan kita kepada beliau yang
sangat banyak berjasa itu).

Perlu dihadapi fenomena yang bercanggah dengan
dasar bertanyalah kepada ahli ilmu kalau kamu tidak
mengetahui (Al-Nahl.43) yang tertingginya merujuk kepada
para mujtahidin sebenarnya; Juga fenomena yang
bercanggah dengan pengajaran dalam hadith:

` ` , ` . ` , - . ` ' ` ` ,

Agama menggalakkan nasihat menasihati kepada semua
pemimpin umat Islam.

Riwayat Muslim, Tirmidhi, Abu Daud , al-Tabarani, dan
Imam Ahmad (hadith sahih). Sikap al-nasihah dalam erti
keceriaan murni yang gigih ini dihuraikan oleh Imam Nawawi
rh dalam Sharah Muslimnya. Berkenaan dengan sikap
terhadap ulim-amri dalam Ahli Sunnah ini boleh didapati dari
pendirian-pendirian para imam seperti al-Ashari, al-Maturidi,
al-Tahawi, al-Ghazali, al-Nawawi dan seterusnya dalam
kalangan ulama Ahli Sunnah yang menghidupkan budaya
al-din al-nasihah dalam erti yang menyeluruh.

Keceriaan yang murni dan sungguh-sungguh dalam
hubungan dengan para ulama dan para pemimpin dalam
kehidupan bermasyarakat sekaligus dengan mengamalkan
adab-adab dan cara-cara berinteraksi dengan mereka
sebagaimana yang ada dalam teks-teks Ahli Sunnah Wal
Jamaah.







Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
17
5. Ilmu Akhlak dan Tasawwuf Ilmu Akhlak dan Tasawwuf Ilmu Akhlak dan Tasawwuf Ilmu Akhlak dan Tasawwuf:

Keperluan kepada usaha merujuk dan mengambil panduan
daripada sistem ilmu tasawwuf yang muktabar sebagaimana
yang ada dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Imam al-
Ghazali rd dan al-Qushairi rh serta al-Junaid al-Baghdadi rh
dan lainnya serta teks-teks mereka dan perjalanan hidup
mereka.


Keperluan mengelak daripada ciri-ciri yang tidak
wajar dalam kefahaman sufiah dan amalan-amalannya, apa
lagi yang bercanggah dengan hukum Syara dan ciri-ciri
Batiniah yang sesat dan menyesatkan yang muncul atas
nama tasawwuf atau ilmu hakikat yang palsu dan juga
keperluan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul
berkaitan dengannya.



Keperluan mengembalikan umat kepada makarim
al-akhlak (amalan akhlak yang murni) dengan pemusatan
kepada sifat-sifat yang mulia dan utama serta mengikis sifat-
sifat yang sebaliknya melalui ilmu pengetahjuan yang
berkenaan dan latihan-latihan akhlak dan adab amaliah
dalam kehidupan harian.


Keperluan untuk menghalang usaha mereka dengan
pelbagai cara yang mungkin melalui undang-undang,
pendidikan, dan kawalan masyarakat, serta media peribadi-
peribadi yang sesat daripada menyesatkan orang ramai
melalui dakwaan-dakwaan palsu tentang kemampuan
memberi kepimpinan rohaniah yang tinggi.






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
18








BEBERAPA SEGI BEBERAPA SEGI BEBERAPA SEGI BEBERAPA SEGI
EPISTEMOLOGI EPISTEMOLOGI EPISTEMOLOGI EPISTEMOLOGI
1 11 1
SUNNI SUNNI SUNNI SUNNI


Dasar-dasar Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dilihat pada
bab kelima al-Farq Baina al-Firaq karangan Abd al-Qahir al-
Baghdadi rh. antara dasar-dasar atau usul tersebut ialah:

Mengithbatkan Hakikat Dan Ilmu Yang Mereka Ijmakan Mengithbatkan Hakikat Dan Ilmu Yang Mereka Ijmakan Mengithbatkan Hakikat Dan Ilmu Yang Mereka Ijmakan Mengithbatkan Hakikat Dan Ilmu Yang Mereka Ijmakan
Tetapnya Tetapnya Tetapnya Tetapnya


Yang disepakati dikalangan mereka rukun
pertamanya mengithbatkan hakikat-hakikat
dan ilmu-ilmu yang mereka ijmakan tetapnya
ilmu-ilmu itu dengan makna-makna yang ada
pada para ulama dan dianggap sesat mereka yang
menafikan ilmu dan lain-lain sifat (arad) seperti yang berlaku
pada golongan Sophists (ini boleh terkena pada pemikiran
pascamodernisme) yang menafikan ilmu dan hakikat-hakikat
benda-benda yang ada. Demikian pula sesatnya mereka
yang menganggap semua pegangan dan kepercayaan
sebagai sah walau pun yang saling berlawanan dan
bercanggahan.

1
Epistemologi makananya teori tentang pengetahuan, terutamanya yang berkaitan
dengan kajian kritis tentang kesahihan, kaedah dan skop sesuatu pengetahuan.
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 398).
Rukun Rukun Rukun Rukun
Pertama Pertama Pertama Pertama






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
19



Ulama ahli Sunnah membahagikan ilmu manusia
kepada yang bersifat badihiah, yang hissi, dan istidlali -
mereka yang menafikan ilmu yang bersifat badihi dan hissi -
melalui pengamatan pancaindera - sebagai golongan degil.

Mereka yang menafikan ilmu dari tilikan akal (al-
nazar) dan istidlali (dengan mengambil dalil pemikiran) ,
kalau ianya seperti golongan Sumniyah yang mengingkari
penilikan akal dalam ilmu akliah ia kafir mulhid, seperti
golongan dahriah atau materialist, yang berpegang kepada
sediakalanya alam, penafian adanya Tuhan Pencipta alam,
berserta dengan fahaman membatalkan semua agama-
agama (dan ini juga menyentuh pemikiran
pascamodernisme sekarang).

Kalau orang demikian berpegang kepada tilikan akal
dalam ilmu akliah dan menolak kias dalam cawangan hukum
Syara seperti mazhab Zahiriah, itu tidak membawa kepada
kekufuran.


Ahli Sunnah mengajarkan pancaindera yang
mengesani perkara-perkara zahir yang boleh dikesani
olehnya (al-mahsusat) ialah pemandangan mata bagi
mengesani apa yang boleh dilihat, perasa yang mengesani
seperti rasa makanan, penciuman bagi mengesani bau,
sentuhan bagi mengesani panas dan sejuk, basah dan
kering, sifat lembut dan kasar.

Ahli Sunnah mengajarkan apa-apa yang dicapai
melalui pancaindera ini berupa sebagai makna-makna (al-
maani) yang berdiri dengan alat-alat pancaindera itu. (Ilmu
yang berpunca daripada pengesanan melalui pancaindera
dan tilikan akal boleh diperpanjangkan dengan perlaksanaan






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
20
kaedah saintifik, penyelidikan, dan pemikiran serta rumusan
ilmu pengetahuan dan alat-alat kelengkapan yang
diperlukan zaman sekarang sampailah kepada ICT dan
seterusnya).

Mereka mengajarkan bahawa khabar berita yang
mutawatir - yang sampai melalui punca yang terlalu banyak
yang tidak memungkinkan salahnya - adalah jalan ilmu yang
daruri - tidak boleh tidak - yang sah bila cukup syarat-
syaratnya pada mereka. Termasuk ke dalam contoh ini ialah
pengetahun kita tentang para nabi dan raja-raja sebelum
kita dalam sejarah. Adapun sahnya penegasan tentang
pangkat kenabian para anbiya itu maka itu sah melalui
hujah-hujah nazariah atau tilikan akal. Maka dikirakan kafir
mereka yang mengingkari ilmu dari kaedah atau jalan
riwayat mutawatir.



Mereka memperincikan ciri-ciri riwayat yang
mutawatir, yang mustafid, dan yang bersifat ahad, yang
terakhir dengan periwayat seorang atau terlalu sedikit.



Berita ahad pada Ahli Sunnah bila sahih sandarannya
dan matannya tidak mustahil pada akal, maka mesti
diamalkan ajarannya. Dengan kaedah ini para ulama fiqh
mensabitkan kebanyakan hukum Syariat dalam ibadat,
muamalat, dan lain-lain bab haram dan halal.



Mereka menganggap sesat golongan-golongan yang
menggugurkan wajib beramal dengan riwayat ahad seperti
golongan Syiah Rafidah, Khawarij, dan lain-lain golongan
yang mengikut hawa nafsu mereka.



Khabar mustafid adalah ditengah-tengah antara
mutawatir dan ahad - mesti berilmu dengannya dan mesti






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
21
beramal dengannya. Termasuk di bawah kaedah ini ialah
ilmu tentang beberapa majizat Nabi s.a.w. seperti terbelah
bulan, bertasbihnya anak batu, meratapnya pelepah tamar,
cukupnya makanan sedikit bagi orang ramai dan seterusnya.


Khabar mustafid banyak terdapat dalam hukum
Syara seperti nisab zakat, had khamar, ilmu tentang
menyapu dua kasut panjang, hukum rejam, dan yang
sepertinya yang disepakati ulama fiqh tentang penerimaan
terhadapnya; dianggap sesat mereka yang menyalahi
mereka dalam hal ini seperti golongan Khawarij, yang
mengingkari rejam.


Dan dikirakan kafir mereka yang mengingkari ruya
atau memandang Allah di Syurga, Kolam nabi di akhirat,
syafaah dan azab kubur.


Sabitnya Quran, zahirnya, dan mujizatnya yang
menyebabkan ianya tidak boleh ditentang itu melalui riwayat
mutawatir yang menjadikannya ilmu daruri.



Ahli Sunnah bersepakat bahawa Allah mentaklifkan
para hambaNya mencapai marifat terhadapNya, dan
mereka diwajibkan tentangnya, juga mereka disuruh
bermarifat dalam hubungan dengan RasulNya, dan
KitabNya, serta beramal dengan apa yang ditunjukkan oleh
Kitab dan Sunnah nabiNya.



Dianggap kafir mereka yang menegaskan bahawa
Allah tidak menyuruh marifat seseorang itu, seperti yang
diperpegangi oleh Thumamah, dan al-Jahiz, dan segolongan
daripada Syiah Rafidah.









Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
22
Mereka bersepakat bahawa usul Hukum Syariat ialah
Quran, Sunnah, dan Ijma golongan Salaf.



Mereka anggap kafir pihak yang menegaskan -
seperti golongan Syiah Rafidah - bahawa tidak ada hujah
sekarang ini pada Quran dan Sunnah kerana pada dakwaan
mereka para Sahabat telah mengubah sebahagian dari
Quran itu dan melakukan tahrif pada setengah
daripadanya.



Mereka anggap kafir golongan Khawarij yang
menolak semua hadith-hadith Sunan yang dinukilkan oleh
para periwayatnya oleh kerana mereka mengatakan para
penukil hadith itu - termasuk Sahabat - menjadi kafir.

Mereka menganggap kafir al-Nazzam yang menolak
hujah ijma dan hujah mutawatir, dan yang berpegang
kepada harus berlakunya persepakatan umat Islam atas
kesesatan dan kemungkinan berlaku pembohongan di
kalangan mereka yang terlibat dalam riwayat yang
mutawatir.

BAHARUNYA ALAM INI BAHARUNYA ALAM INI BAHARUNYA ALAM INI BAHARUNYA ALAM INI


Tentang baharunya alam ini, yang
mereka sepakati ialah alam itu ialah
sekalian yang selain dari Allah.

Maka sekalian yang lain dari Allah dan sifat-sifatNya yang
azali adalah makhluk yang diciptakanNya.



Rukun Rukun Rukun Rukun
Yang Yang Yang Yang
Kedua Kedua Kedua Kedua






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
23
Pencipta alam bukan makhluk, bukan dicipta, bukan
dari jenis alam, bukan dari jenis sesuatu bahagian atau juzu
alam.

Mereka bersepakat alam ini terdiri dari zat dan sifat
(jauhar dan arad).
Mereka mengajarkan tiap jauhar - iaitu atom - tidak
boleh dibahagi (Sekarang ini ianya boleh dibahagi- proton,
neutron, dan sebagainya, dengan entiti-entiti baharu seperti
quarks dan seterusnya dalam fizik quantum).



Mereka mengajarkan adanya para malaikat, jin, dan
syaitan-syaitan daripada makhluk-makhluk dalam alam.



Mereka aggapkan kafir mereka yang mengingkari ini
semua seperti golongan ahli falsafah dan puak Batiniah.



Mereka menganggapkan sesat golongan yang
mengajarkan fahaman serba-dua (al-thanawiyah) iaitu jisim
terdiri daripada nur atau cahaya, dan zulmah atau
kegelapan; yang baik daripada nur, yang jahat daripada
zulmah.


Mereka bersepakat tentang baharunya arad pada
semua jisim-jisim, dan mereka menganggap tiap-tiap arad
itu baharu pada tempatnya arad itu tidak berdiri sendirinya.



Ahli Sunnah bersepakat tentang fananya seluruh
alam ini dan mereka mengajarkan kekalnya syurga dan
neraka, syurga dengan nimatnya dan neraka dengan
azabnya melalui jalan Syara.









Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
24
Mereka menganggap kafir golongan Jahmiah yang
mengajarkan syurga dan neraka itu binasa.


Mereka menganggap kafir Abul-Hudhail yang
berpendapat akan terputusnya nimat syurga dan azab
neraka;

SEMUA YANG BERLAKU ADA YANG MENJADIKAN SEMUA YANG BERLAKU ADA YANG MENJADIKAN SEMUA YANG BERLAKU ADA YANG MENJADIKAN SEMUA YANG BERLAKU ADA YANG MENJADIKAN



Semua peristiwa yang berlaku mesti ada
yang melakukannya dan yang
menjadikannya.

Ahli Sunnah menganggap kafir Thumamah dan pengikutnya
dari golongan Qadariah yang mengajarkan bahawa
perbuatan-perbuatan itu timbul sendiri - al-mutawallidah -
tanpa pembuatnya. Mereka mengajarkan Pencipta alam
hanya menjadikan jisim-jism dan arad sahaja, bukan
perbuatan-perbuatan.



Mereka menganggap kafir Mamar dan para
pengikutnya dari golongan Qadariah yang mengajarkan
Allah tidak menciptakan sesuatupun daripada arad-arad
yakni sifat-sifat yang ada pada jisim-jisim. Ia hanya
menjadikan jisim-jisim sahaja. Jisim-jisimlah yang
menjadikan arad-arad sendirinya.



Golongan pelampau atau ghulat dari kalangan Syiah
Rafidah mengajarkan bahawa Ali adalah jauhar makhluk,
yang baharu dijadikan, kemudian ia menjadi Tuhan Pencipta
Alam dengan meresap masuk - hulul - roh Tuhan ke

Rukun Rukun Rukun Rukun
Yang Yang Yang Yang
Ket Ket Ket Ketiga iga iga iga






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
25
dalamnya. Mereka ini mengajarkan Tuhan tidak ada
kesudahan dan hadNya.



Hasyim bin Hakam al-Rafidi mengajarkan Tuhan yang
disembahnya tujuh jengkal dengan jengkalnya sendiri.


Ahli Sunnah mengajarkan mustahil Tuhan itu ada
rupa bentuk dan anggota, khilaf bagi golongan ghulat
Rafidah dan para pengikut Daud al-Hawari yang
mengajarkan bahawa Tuhan ada, mempunyai rupa bentuk
seperti rupa manusia.

Ahli Sunnah bersepakat mengajarkan bahawa Tuhan
tidak dikandung ruang atau tempat, dan tidak berlalu
atasNya perjalanan masa; ini berlawanan dengan pegangan
kaum Syihamiyah dan Karramiyah yang mengajarkan
bahawa Tuhan bersentuh dengan Arasy.



Dinukilkan oleh Ahli Sunnah bahawa baginda Ali rd
menyataan bahawa Allah menjadikan Arasy bagi
menzahirkan QudratNya, bukan bagi menjadi tempat untuk
ZatNya (izharan li-Qudratihi la makanan li Dhatihi). Katanya
lagi: Telah ada Ia dan tiada tempat (bagiNya), dan Ia
sekarang sebagaimana telah adaNya dahulu.



Ahli Sunnah menafikan adanya kecelaan, kesahan,
dan kesakitan pada Tuhan. Mereka menafikan gerak dan
diam padaNya. Ini berlawanan dengan Syiah Rafidah yang
mengajarkan bahawa tempatNya baharu menjadi daripada
gerakNya.







Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
26
Ahli Sunnah bersepakat bahawa Allah Maha Kaya
tidak memerlukan pertolongan makhlukNya, dan Ia tidak
mendapat manafaat daripada makhlukNya untuk DiriNya,
dan Ia tidak menolak kemudaratan dariNya melalui
makhlukNya. Ini berlawanan dengan dakwaan para Majusi
yang mengajarkan bahawa Allah menjadikan para malaikat
untuk menolak kesakitan daripada Syaitan terhadapNya.


Ahli Sunnah bersepakat bahawa Pencipta Alam
adalah Esa. Ini berlawanan dengan Majusi yang
mengajarkan ada dua yang kadim, iaitu Nur dan Zulmah.



Ini juga berlawanan dengan Rafidah yang
mengajarkan bahawa Allah menyerahkan tadbiran alam
kepada Ali, ialah Pencipta Yang Kedua (al-Khaliq al-Thani).






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
27
SIFAT SIFAT SIFAT SIFAT- -- -SIFAT ALLAH SIFAT ALLAH SIFAT ALLAH SIFAT ALLAH


Berkenaan Dengan Sifat-Sifat Allah:
IlmuNya, QudratNya, HayatNya,
IradatNya, SamaNya, BasarNya, dan
KalamNya, yang semuanya Sifat-Sifat
Yang Azali dan Kekal.


Mutazilah menafikan semua Sifat-Sifat Azali bagi Allah:
mereka mengajarkan tidak ada bagi Allah sifat Qudrat, Ilmu,
Hayat, Basar, dan tidak ada PencapaianNya bagi semua
yang boleh didengar.Mereka mensabitkan bagiNya kalam
yang baharu.


Kata Ahli Sunnah: menafikan sifat bermakna
menafikan apa yang disifatkan, sebagaimana menafikan
perbuatan bermakna menafikan pembuat.



Ahli Sunnah bersepakat Kuasa Allah berlaku atas
semua yang ditakdirkan, dengan QudratNya yang satu.
Dengan Qudrat yang satu berlaku semua yang ditakdirkan.



Ahli Sunnah bersepakat bahawa Ilmu Allah adalah
satu dengan Ilmu itulah Ia mengetahui semua maklumat
secara terperinci tanpa pancaindera, cara badihiah, dan
mengambil dalil.



Kaum Rafidah di kalangan Syiah mengajarkan Allah
tidak mengetahui sesuatu sebelum jadinya.



Ahli Sunnah bersepakat bahawa Sifat Basar dan
Sama Allah meliputi semua yang boleh dilihat dan didengar
Rukun Rukun Rukun Rukun
Yang Yang Yang Yang
Keempat Keempat Keempat Keempat






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
28
dan Allah berterusan melihat DiriNya dan Mendengar
KalamNya.


Ahli Sunnah bersepakat bahawa Allah boleh dilihat
oleh orang mukmin di akhirat. Mereka berpendapat harus
melihatNya dalam tiap-tiap hal dan bagi tiap-tiap yang hidup
melalui jalan akal. Dari mereka mengajarkan wajib orang
mumin melihatnya secara khusus di akhirat melalui jalan
khabar dalam nas. Ini berlawanan dengan pendapat
Qadariah dan Jahmiyah yang mengajarkan mustahil Ianya
boleh dilihat.



Ahli Sunnah bersepakat bahawa Kehendak Allah -
Iradat dan MasyiahNya - tertakluk atas segala perkara.



Mereka mengajarkan bahawa tidak ada yang berlaku
dalam alam melainkan dengan KehendakNya, apa yang
dikehendakiNya jadi, apa yang tidak dikehendakiNya, tidak
menjadi.

Golongan Qadariah Basrah berpendapat ada Allah
kehendaki apa yang tidak menjadi, dan ada yang menjadi
apa yang tidak dikehendakiNya.




Ahli Sunnah bersepakat Hayat Tuhan tanpa roh dan
makanan; dan semua arwah adalah makhluk. Ini berlawanan
dengan Nasrani yang mendakwa sediakalanya bapa, anak
dan roh (dalam tiga oknum mereka).



Mereka bersepakat bahawa kalamullah adalah
SifatNya yang azali, dan itu bukan makhluk, bukan baharu.






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
29
NAMA NAMA NAMA NAMA- -- -NAMA ALLAH NAMA ALLAH NAMA ALLAH NAMA ALLAH

Nama-Nama Allah pada Ahli Sunnah adalah
perkara tauqif, iaitu samaada ianya diambil
daripada al-Quran atau Sunnah yang sahih
atau ijma umat tentangnya; tidak dibolehkan
qias tentangnya.



Berlawanan dengan pihak seperti Mutazilah Basrah yang
membolehkan qias. Al-JubbaI misalnya menyesatkan bila
ia memberi nama Muti (yang taat) kepada Allah melalui
jalan qias kerana katanya Allah memberi kehendak
hambaNya.



Ahli Sunnah mengajarkan tentang adanya Sunnah
yang menyebut nama Tuhan sebanyak sembilan puluh
sembilan, dan sesiapa yang membilang-bilangnya masuk
syurga. Maksudnya bukan hanya menyebut dan membilang
tetapi mempunyai ilmu tentangnya dan beriktikad tentang
makna-maknanya.




Ahli Sunnah mengajarkan bahawa Nama-Nama
Tuhan ada tiga bahagian: sebahagian yang menunjukkan
ZatNya, seperti al-Wahid (Yang Esa), al-Ghani (Yang Maha
Kaya), al-Awwal (Yang Kadim tanpa permulaan), al-Akhir
(Yang Kekal tanpa kesudahan), al-Jalil (Yang Maha Hebat),
al-Jamil (Yang Maha Indah), dan lain-lain yang Ia berhak
bersifat dengannya.



Sebahagian lagi yang memaksudkan Sifat-SifatNya
yang azali yang bersekali dengan ZatNya seperti al-Hayy
(Yang Maha Hidup), al-Qadir (Yang Maha Berkuasa), al-
Alim (YangMaha Mengetahui), al-Murid (Yang Maha
Rukun Rukun Rukun Rukun
Yang Yang Yang Yang
Kelima Kelima Kelima Kelima






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
30
Berkehendak), as-Sami (Yang Maha Mendengar), al-Basir
(Yang Maha Melihat), dan lain-lain Nama daripada Sifat-Sifat
Yang berdiri dengan ZatNya.

Sebahagian lagi Nama-Nama yang timbul daripada
perbuatan-perbuatanNya seperti al-Khaliq (Yang menjadikan
alam), ar-Raziq (Yang Maha Mengurnia rezeki), al-Adil
(Yang Maha Adil), dan yang sepertinya.



Bagi golongan pascamodernis yang menolah naratif
agung- akidah seperti ini dalam agama - dan golongan
materialis, ini semua tertolak sebagai bahan-bahan tanpa
makna yang tidak perlu diambil kira. Ini perlu diberi respons
dan perlu dihadapi dengan berkesan).







Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
31
KEADILAN ILAHI DAN HIKMAH KEB KEADILAN ILAHI DAN HIKMAH KEB KEADILAN ILAHI DAN HIKMAH KEB KEADILAN ILAHI DAN HIKMAH KEBIJAKSANAANNYA IJAKSANAANNYA IJAKSANAANNYA IJAKSANAANNYA



Tentang Keadilan Ilahi dan Hikmat
KebijaksanaanNya. Mereka mengajarkan
bahawa Allah menjadikan jisim-jisim dan
arad-arad yang baiknya dan yang
buruknya semua sekali (kalau sekarang
boleh dikatakan Ia menjadikan semua atom-atom, neutron-
neutron, proton, elektron, quark-quark, serta lain-lainnya
seperti yang ada ini semua, sama ada dalam bentuk
gelombang atau zarrah, dengan sifat-sifatnya semua sekali).



Bahawa Allah menjadikan usaha para hambaNya,
tidak ada yang menjadikannya selain daripada Allah. Ini
berlawanan dengan golongan Qadariah yang menegaskan
Allah tidak menjadikan sesuatupun daripada usaha para
hambaNya, dan berlawanan dengan golongan Jahmiyah
yang mengajarkan bahawa hamba tidak melakukan usaha
dan tidak berkuasa atas usaha mereka.



Pada Ahli Sunnah sesiapa yang berpegang kepada
ajaran bahawa para hamba menjadikan usaha mereka, ia
Qadariyah, syirik dengan Tuhannya, kerana mendakwa para
hamba menjadikan seperti Tuhan menjadikan arad-arad
seperti gerak-gerak dan diam dalam ilmu dan iradat, kata-
kata dan suara.



Dan - mereka mengajarkan - sesiapa yang
menegaskan bahawa hamba tidak ada upaya untuk
berusaha, ia tidak melakukan amal, serta tidak melakukan
usaha, maka ia Jabariyah. Sesiapa yang berpegang kepada
Rukun Rukun Rukun Rukun
Yang Yang Yang Yang
Keenam Keenam Keenam Keenam






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
32
ajaran bahawa hamba berusaha bagi amalnya dan Allah
pencipta usahanya, maka ia Ahli Sunnah.



Ahli Sunnah mengajarkan bahawa hidayah adalah
dari Allah dari dua segi: iaitu segi menerangkan yang benar
dan menyeru kepadanya, serta membentangkan hujah-
hujah dan dalil untuknya. Dari segi ini maka sah dinisbahkan
hidayah kepada para Rasul a.s. dan dai kepada agama
Allah kerana mereka memberi panduan yang benar kepada
Allah. Ini penafsiran terhadap ayat yang bermaksud
Sesungguhnya tuan hamba menyeru kepada Jalan Yang
Lurus (Al-Syura.52).



Segi keduanya: hidayah pertunjuk Allah terhadap
para hambaNya dalam erti menjadikan bimbingan hidayat
dalam hati para hamba sebagaimana yang ada dalam ayat
yang bermaksud Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk
memberi hidayat kepadanya, ia membukakan dadanya bagi
menerima agama Islam, dan sesiapa yang Ia kehendaki
supaya dibiarkan dalam kesesatan Ia menjadikan dadanya
sempit ( Al-Anam.126) Hidayat dalam aspek ini hanya
Allah sahaja yang berkuasa melakukannya.



Ahli Sunnah mengajarkan bahawa sesiapa yang mati
maka itu kerana ajalnya, dan Allah Maha Kuasa untuk
memanjangkan umurnya. Ahli Sunnah juga mengajar
tentang rezeki iaitu sesiapa yang makan atau meminum
sesuatu itu rezekinya, samaada halal atau haram, itu
berlawanan dengan golongan Qadariah yang menegaskan
bahawa manusia kadang-kadang makan apa yang bukan
rezeki baginya.







Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
33
KENABIAN DAN KERASULAN KENABIAN DAN KERASULAN KENABIAN DAN KERASULAN KENABIAN DAN KERASULAN


Mereka mengajarkan hakikat adanya
kenabian dan kerasulan serta mereka
menegaskan kebenaran adanya para
Rasul a.s.s yang diutuskan Allah kepada
para hambaNya. Ini berlawanan dengan ajaran Brahminisme
(juga golongan materialis dan pascamodernis) yang
menafikan itu walaupun mereka percaya kepada Tuhan
Yang menjadikan alam.



Ahli Sunnah membezakan antara Rasul dan Nabi.
Nabi ialah setiap orang yang turun wahyu kepadanya dari
Allah melalui malaikat dan ia diperkuatkan dengan mujizat-
mujizat yang menyalahi adat. Rasul ia sesiapa yang bersifat
dengan sifat-sifat tersebut serta dikhaskan baginya syariat
yang baharu, ataupun atau ia datang memansukhkan
sebahagian daripada syariat yang terdahulu daripadanya.



Ahli Sunnah menganggapkan kafir orang yang
mengaku nabi samaada sebelum Islam seperti Zardasyt,
dan Mazdak dan sebagainya, dan yang selepas Islam
seperti Musailamah al-Kazzab, Sajah, dan seterusnya.



Ahli Sunnah menganggap kafir golongan yang
menisbahkan kenabian bagi imam-imam atau mengaku
mereka itu Tuhan seperti golongan al-Bayaniah, al-
Mansuriah, al-Khattabiyah, dan yang menjalani perjalanan
mereka. (Termasuk ke dalam kategori ini golongan-golongan
sesat yang mengaku Tuhan dalam diri mereka, atau
pemimpin mereka menerima wahyu daripada Jibril, atau
pemimpin mereka miraj, bersemayam atas Arasy dan
Rukun Rukun Rukun Rukun
Yang Yang Yang Yang
Ketujuh Ketujuh Ketujuh Ketujuh






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
34
seterusnya, termasuk juga mereka yang mengaku adanya
imam-imam maksum).

Mereka mengajarkan: para Nabi a.s. lebih afdhal
daripada para malaikat yang berlawanan dengan pendapat
al-Husain bin al-Fadl berserta dengan kebanyakan daripada
golongan Qadariah yang mengajarkan malaikat lebih utama
daripada para Rasul a.s.s.



Ahli Sunnah mengajarkan bahawa para Nabi lebih
afdal daripada aulia, ini berlawanan dengan mereka yang
berpendapat para aulia lebih afdal daripada anbia.



Mereka mengajarkan para nabi maksum iaitu bersih
daripada dosa. Ini berlawanan dengan pegangan golongan
Hisyamiah daripada firkah Syiah Rafidah yang berpegang
kepada pendapat para nabi boleh berdosa tetapi mereka
mengajarkan bahawa para imam itu maksum bersih
daripada dosa.








Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
35
MUJIZAT DAN KARAMAH MUJIZAT DAN KARAMAH MUJIZAT DAN KARAMAH MUJIZAT DAN KARAMAH


Mereka mengajarkan bahawa mujizat ialah
perkara zahir yang menyalahi adat timbul
pada seseorang nabi dalam menghadapi
kaumnya dan kaumnya lemah untuk
menghadapinya, dan ini membenarkan
dakwaannya sebagai nabi; maka wajib ditaati nabi yang
demikian.


Mereka mengajarkan harus zahirnya kekeramatan
dari para aulia yang menunjukkan benarnya hal mereka itu.



Golongan Qadariah mengingkari adanya karmah
aulia kerana mereka tidak mendapati orang yang
mempunyai karamah dalam golongan mereka.



Ahli Sunnah mengajarkan Quran ada mujizatnya
dalam bentuk susunannya; ini berlawanan dengan pendapat
Qadariah, seperti an-Nazzam, yang menyatakan bahawa
tidak ada mujizat dalam susunan sistem al-Quran.



Mereka mengajarkan ada mujizat Nabi Muhammad
s.a.w. dalam bentuk terbelahnya bulan, bertasbihnya anak
batu di tangannya, keluarnya air di celah-celah jarinya,
memadainya makanan sedikit untuk orang yang sedemikian
ramai, dan yang sepertinya. Golongan Qadariah seperti al-
Nazzam mengingkari yang demikian itu.

Rukun Rukun Rukun Rukun
Yang Yang Yang Yang
Kelapan Kelapan Kelapan Kelapan






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
36
SYARIAT ISLAM DAN RUKUN SYARIAT ISLAM DAN RUKUN SYARIAT ISLAM DAN RUKUN SYARIAT ISLAM DAN RUKUN- -- -RUKUNNYA. RUKUNNYA. RUKUNNYA. RUKUNNYA.


Ahli Sunnah mengajarkan bahawa
Islam terdiri daripada lima rukun, iaitu
syahadah, perlaksanaan sembahyang
lima waktu, pembayaran zakat, puasa
Ramadhan, dan ibadat haji ke Baitullahil-Haram.



Mereka mengajarkan sesiapa yang menggugurkan
sesuatu rukun yang wajib daripada yang lima ini dan
mentakwilkannya seperti yang dilakukan oleh golongan al-
Mansuriah, dan al-Janahiah dari golongan ghulat Syiah
Rafidah, maka ia kafir. (Ini sama seperti setengah golongan
sesat yang menggugurkan wajib sembahyang kononnya
kerana makam rohani yang tinggi yang dicapai oleh
mereka).



Mereka mengajarkan sembahyang lima waktu, dan
mereka menganggap kafir orang yang menggugurkan
setengah daripadanya, seperti Musalamah al-Kazzab yang
menggugurkan wajibnya sembahyang Subuh dan Maghrib;
ia menggugurkannya itu sebagai mahar bagi
perkahwinannya dengan isterinya Sajah yang juga mengaku
nabi; maka ia menjadi kafir mulhid. (Ini sama dalam
setengah perkara dengan golongan semasa yang
mengajarkan sembahyang itu bukan lima waktu, dan
caranya bukan seperti yang biasa diamalkan Ahli Sunnah,
kerana golongan ini mahu berpegang kepada Quran sahaja
mengikut tafsiran sendiri bukannya mengikut sistem ilmu
atau epistemologi Sunni).

Rukun Rukun Rukun Rukun
Kesembilan Kesembilan Kesembilan Kesembilan






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
37
Ahli Sunnah mengajarkan wajib sembahyang Jumaat
dan mereka menganggap kafir golongan Khawarij dan Syiah
Rafidah yang mengajarkan tidak ada sembahyang Jumuat
sehingga zahir imam mereka yang mereka sedang nanti-
nantikan. (Maka tidak benar ajaran yang membolehkan
orang-orang bersuluk tidak sembahyang Jumaat dengan
alasan bersuluk, kerana dikatakan penyakit hati yang
memerlukan suluk lebih besar daripada penyakit badaniah
yang membolehkan orang mukallaf meninggalkan
sembahyang Jumaat).



Ahli Sunnah mewajibkan zakat emas dan perak,
wang, lembu kerbau, biji-bijian, makanan utama seperti
tamar dan seterusnya, dan sesiapa yang mengatakan tidak
wajib zakat dalam perkara-perkara tersebut, ia menjadi kafir.
Dijauhkan Allah.



Mereka mengajarkan wajib puasa pada bulan
Ramadhan bila masuk bulan Ramadhan dengan ruyah.


Mereka anggapkan sesat Rafidah yang berpuasa
sebelum kelihatan anak bulan sehari dan berbuka sehari
sebelum dibolehkan berbuka.



Mereka mengajarkan wajib menunaikan haji sekali
seumur hidup bila seseorang itu ada kemampuan
melakukannya dan aman jalannya.



Mereka menganggap kafir golongan yang
mengatakan tidak wajib ibadat haji seperti golongan
Batiniah. Tetapi mereka tidak menganggap kafir pihak yang
mengatakan umrah tidak wajib kerana ada khilaf antara
imam-imam tentang wajibnya.








Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
38
Mereka mengajarkan syarat-syarat sah sembahyang
yang terdiri daripada menutup aurat, masuk waktunya,
mengadap kiblat, setakat yang mungkin.



Sesiapa yang menggugurkan syarat-syarat ini atau
sesuatu daripadanya walhal itu mungkin dilakukan maka ia
kafir.

Mereka mengajarkan bahawa jihad menghadapi para
seteru Islam adalah wajib sehingga mereka tunduk dalam
Islam, atau menunaikan jizyah.



Mereka mengajarkan harus berjual beli dan haram
riba.

Mereka menganggap sesat golongan yang
mengharuskan riba kesemuanya.



Mereka mengharuskan nikah dan mengharamkan
zina; mereka menganggapkan kafir golongan al-Mubadiyah
dan al-Mahmarah dan al-Khurramiyah yang mengharuskan
zina. (Ini menyentuh golongan yang mengamalkan nikah
batin dalam kalangan golongan sesat yang mengajarkan
ilmu hakikat).



Ahli Sunnah mengajarkan wajib dilaksanakan hukum-
hukum had atas zina, perbuatan meminum arak, mencuri,
dan menuduh zina.



Mereka anggap kafir golongan yang mengatakan
tidak wajib had kerana minum arak, dan hukum rejam
kerana zina seperti golongan Khawarij.






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
39
Mereka mengajarkan bahawa punca-punca Syariah
ialah al-Quran, Sunnah dan Ijma Salaf.



Mereka anggap kafir golongan Khawarij yang
menolak hujah-hujah ijma dan sunah-sunah, juga mereka
anggap kafir golongan Syiah Rafidah yang mengajarkan
tidak ada hujah dalam semua perkara tersebut. Yang
menjadi hujah hanya ajaran imam ghaib yang mereka
sedang nanti-nantikan.







Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
40
SURUH DAN TEGAH DALAM SYARA SURUH DAN TEGAH DALAM SYARA SURUH DAN TEGAH DALAM SYARA SURUH DAN TEGAH DALAM SYARA



Mereka mengajarkan bahawa
perbuatan orang-orang mukallaf
terbahagi kepada lima bahagian, iaitu
yang wajib, haram, sunat, makruh, dan harus. (Diikuti
dengan definisi-definisinya).

HILANGNYA PARA HAMBA DAN HUKUM MEREKA DI
AKHIRAT.


Mereka mengajarkan Allah berkuasa
membinasakan seluruh alam dan
membinasakan setengah jisim dan
mengekalkan yang lainnya.


Mereka mengajarkan bahawa Allah akan mengembalikan
semula hayat manusia dan makhluk-makhluk lainnya yang
mati di dunia, ini berlawanan dengan golongan yang
mengatakan bahawa Allah menghidupkan semula manusia
sahaja tidak yang lain-lainnya.



Ahli Sunnah mengajarkan bahawa Syurga dan
Neraka adalah makhluk yang dijadikan, berlawanan dengan
pendapat golongan yang mengatakan bahawa kedua-
duanyua bukan makhluk.



Ahli Sunnah mengajarkan bahawa nimat Syurga
kekal dan azab Neraka kekal atas ahli-ahlinya yang terdiri
daripada mereka yang tidak membawa iman dan yang
munafik. Ini berlawanan dengan pegangan mereka yang
mengatakan bahawa Syurga dan Neraka tidak kekal, akan
fana.

Rukun Yang Rukun Yang Rukun Yang Rukun Yang
Kesepuluh Kesepuluh Kesepuluh Kesepuluh
Rukun Rukun Rukun Rukun
Kesebelas Kesebelas Kesebelas Kesebelas






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
41
Ahli Sunnah mengajarkan yang kekal dalam neraka
ialah mereka yang tidak membawa iman, berlawanan
dengan pendapat Khawarij dan Qadariah yang mengajarkan
kekal di dalamnya tiap-tiap orang yang masuk ke dalamnya.



Mereka mengajarkan golongan Qadariah dan
Khawarij - yang telah dijelaskan sifat-sifatnya - kekal dalam
Neraka. Dijauhkan Allah.



Mereka mengajarkan tetap ada soal dalam kubur dan
ada fitnah dan azab di dalamnya bagi mereka yang
berkenaan. Mereka memutuskan bahawa mereka yang
mengingkari azab kubur akan diazabkan di dalamnya. Mreka
mengajarkan adanya Kolam Nabi, Sirat, dan Mizan.



Mereka mengajarkan adanya syafaat dari Nabi s.a.w.
dan daripada mereka yang salih dari umatnya bagi mereka
yang berdosa di kalangan Muslimin dan orang yang ada
sebesar zarah iman dalam kalbunya. Mereka yang
mengingkari syafaat tidak akan mendapat syafaat.







Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
42
KHILAFAH DAN IMAMAH KHILAFAH DAN IMAMAH KHILAFAH DAN IMAMAH KHILAFAH DAN IMAMAH

Imamah, atau khilafah wajib atas umat Islam
supaya pihaknya menjalankan hukum dan
amanah-amanah, menjaga dan menguatkan
kubu-kubu pertahanan, serta menghantar
tentera jihad, membahagi-bahagikan fay -
iaitu harta yang didapati bukan melalui peperangan, dan
menyelesaikan masalah penzaliman ke atas mereka yang
dizalimi.


Diikuti dengan syarat-syarat imamah: ilmu, keadilan
dan bangsa Quraisy.

Rukun Rukun Rukun Rukun
Kedua Kedua Kedua Kedua
Belas Belas Belas Belas






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
43
IMAN DAN IMAN DAN IMAN DAN IMAN DAN ISLAM ISLAM ISLAM ISLAM



Mereka mengajarkan asal iman ialah
marifah, tasdiq (pembenaran) dengan
hati.

Mereka mengajarkan wajib taat dalam perkara yang wajib
dan sunat dalam perkara yang sunat.




Ahli Sunnah mengajarkan keimanan tidak hilang
dengan berlakunya dosa, tetapi hilang dengan berlakunya
kekufuran. Dijauhkan Allah. Orang yang berdosa dia mumin,
bukan kafir, walaupun ia menjadi fasik kerana dosanya.



Ahli Sunnah mengajarkan tidak halal membunuh
orang mumin melainkan kerana salah suatu daripada yang
tiga: murtad, zina selepas kahwin, atau hukum qisas kerana
orang itu membunuh orang.



Ini berlawanan dengan golongan Khawarij yang
mengharuskan bunuh tiap-tiap orang yang melakukan
maksiat.

PARA WALI DAN IMAM PARA WALI DAN IMAM PARA WALI DAN IMAM PARA WALI DAN IMAM- -- -IMAM IMAM IMAM IMAM

Ahli Sunnah mengajarkan para malaikat
maksum daripada semua dosa
berdasarkan ayat yang bermaksud:
Mereka tidak derhaka terhadap Allah
tentang perkara yang diperintahkan kepada

Rukun Rukun Rukun Rukun
Ketiga Belas Ketiga Belas Ketiga Belas Ketiga Belas
Rukun Rukun Rukun Rukun
Keempat Keempat Keempat Keempat
Belas Belas Belas Belas






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
44
mereka dan mereka lakukan apa yang disuruh ( Surah al-
Tahrim ayat 6).


Kebanyakan mereka dalam Ahli Sunnah mengajarkan
bahawa para nabi a.s.s. melebihi kedudukan para malaikat,
berlainan daripada mereka yang menyatakan bahawa para
malaikat melebihi kedudukan para nabi. Pendapat ini
menyebabkan pegangan bahawa malaikat Zabaniah
penjaga Neraka itu melebihi kedudukan ulul-azmi di
kalangan para rasul.



Ahli Sunnah mengajarkan: para nabi melebihi para
wali, ini berlawanan dengan golongan Karramiah yang
mengajarkan para wali melebihi nabi.



Ahli Sunnah mengajarkan: keutamaan sepuluh orang
Sahabat yang diputuskan oleh Nabi bahawa mereka ahli
syurga terdiri daripada empat khalifah, kemudian Talhah,
Zubair, Saad bin Abi Waqqas, Said bin Zaid, dan Abd al-
rahman bin Auf, dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah. Allah
meredhai mereka.



Mereka mengajarkan: terutamanya mereka yang
menjadi ahli perang Badar berserta dengan Nabi dan
diputuskan bahawa mereka ahli Syurga (Ini semua
berlawanan dengan golongan yang mengkritik dan mencela
para sahabat terdiri daripada golongan Syiah Rafidah dan
lainnya, dan juga pengarang-pengarang moden yang suka
mengkritik para Sahabat dan melanggar adab-adab dalam
hubungan dengan mereka, yang pembelaan tentang mereka
itu banyak dibuat oleh Qadi Iyad rh dalam kitabnya al-Shifa).







Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
45
HUKU HUKU HUKU HUKUM TENTANG PARA MUSUH ISLAM. M TENTANG PARA MUSUH ISLAM. M TENTANG PARA MUSUH ISLAM. M TENTANG PARA MUSUH ISLAM.


Ahli Sunnah mengajarkan: Para
musuhnya ada dua: yang sebelum
Islam dan yang lahir zaman Islam
dan yang menunjukkan secara
zahirnya mereka Orang Islam.



Mereka yang sebelum Islam terdiri daripada pelbagai
golongan: para penyembah berhala dan patung;



Yang mengikut aliran hululiah yang mengajarkan roh
Tuhan masuk meresap dalam bentuk-bentuk yang cantik;
para penyembah matahari, bulan, bintang-bintang
semuanya atau setengah daripadanya;



Yang menyembah malaikat dan memanggilnya
sebagai anak-anak perempuan Allah; yang menyembah
Syaitan (menyentuh satanic cult sekarang); menyembah
lembu; menyembah api;



Pada Ahli Sunnah mereka yang menyembah berhala,
manusia, dan malaikat, bintang, api, dan sebagainya haram
berkahwin dengan wanita mereka.



Tentang jizyah boleh diterima daripada Ahlil-Kitab dan
mereka yang ada sesuatu kitab seperti Ahlil-Kitab.



Mereka yang tidak membawa iman sebelum Islam:
golongan sophist - as-sufistaiyah - yang mengingkari
adanya hakikat ilmu, termasuk golongan al-Sumniyah yang
mengajarkan alam ini kadim, dan mereka mengingkari tilikan
Rukun Yang Rukun Yang Rukun Yang Rukun Yang
Kelima Belas Kelima Belas Kelima Belas Kelima Belas






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
46
akal dan pengambilan dalil dalam pemikiran, dengan
dakwaan bahawa tidak ada yang boleh diketahui melainkan
yang melalui pancaindera sahaja.



Termasuk golongan Materialist klasik - dahriyah -
yang mengajarkan alam ini kadim.


Termasuk golongan yang mengajarkan kadim benda
awal alam (hayula al-alam).


Termasuk golongan ahli falsafah yang mengajar alam
ini kadim dan mereka menolak adanya Tuhan Maha
Pencipta; antara, mereka ialah Pythagoras. (Antara ahli
sains moden tidak sedikit yang materialist dan menolak
adanya Tuhan dan alam rohani).


Muslimin bersepakat bahawa semua golongan
tersebut tidak boleh dimakan sembelihan mereka dan wanita
mereka tidak boleh dikahwini oleh Muslimin. (Diikuti dengan
pendetailan hukum tentang jizyah dari mereka, perkahwinan
dengan wanita mereka dan sebagainya).



Tentang mereka yang tidak membawa iman dalam
daulah Islam dan berselindung dengan zahir Islam mereka,
dan memperdaya Muslimin secara rahasia: mereka ialah
golongan Syiah ghulat rafidah al-Sababiah, al-Bayaniyah, al-
Muqannaiyyah, al-Mansuriah, al-janahiah, al-Khattabiyah,
dan lainnya yang berpegang kepada mazhab hulul dan
batiniah; juga mereka yang berpegang kepada tanasukh al-
arwah - berpindah-pindahnya roh masuk ke dalam badan
manusia - terdiri daripada para pengikut ibn Abil-Auja juga
mereka yang mengikut ajaran Ahmad bin Hait dari
golongan Mutazilah.







Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
47
Juga termasuk: mereka yang berpegang kepada
ajaran Yazidiah dari golongan Khawarij yang menegaskan
bahawa Syariat Islam menjadi mansukh dengan adanya
nabi dari golongan orang bukan Arab. Demikian seterusnya.
(Termasuk ke dalam golongan ini mereka yang mendakwa
Syariat Islam tergantung kerana Imam Mahadi belum
datang; maka diharuskan oleh mereka itu zina, arak, dan
sebagainya). Golongan ini semua tidak halal dimakan
sembelihan mereka dan wanita mereka tidak boleh dikahwini
oleh Muslimin.

Ringkasnya, Ahli Sunnah mengajarkan bahawa
orang-orang yang menunjukkan amalan dan pegangannya
dalam Ahli Sunnah ialah mereka yang bebas daripada
amalan-amalan dan pegangan-pegangan golongan-
golongan yang terkeluar daripada Islam, dan yang terdiri
daripada mereka yang mengikut hawa nafsu, walaupun
mereka dinisbahkan kepada Islam seperti Qadariah, Murjiah,
Syiah Rafidah, Khawarij, Jahmiah, Najjariah dan
Mujassimah.






Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
48







KEPERLUAN KEPADA KEPERLUAN KEPADA KEPERLUAN KEPADA KEPERLUAN KEPADA
ILMU ILMU ILMU ILMU- -- -ILMU ISLAM LAINNYA ILMU ISLAM LAINNYA ILMU ISLAM LAINNYA ILMU ISLAM LAINNYA



Keperluan menyuburkan pendidikan melibatkan disiplin-
disiplin ilmu Islam lainnya yang difikirkan perlu demi untuk
membangun umat dan budaya dalam rangka pegangan dan
amalan serta nilai-nilai dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.



Keperluan kepada ilmu-ilmu lainnya diberikan
perspektifnya mengikut epistemologi Ahli Sunnah dan faham
alamnya (iaitu Islamisasi ilmu-ilmu sebagaimana yang
dihuraikan oleh almarhum Prof. Ismail al-Faruqi).








Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
49









KEPERLUAN NUSANTARA ATAU DUNIA MELAYU
KEPADA EMPAT WACANA AGUNG SUNNI


Secara ringkasnya Dunia Melayu Sunni sehingga kini
ditentukan sifat-sifatnya oleh beberapa ciri pokok:



Akidahnya Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan
kepada ajaran Imam Abul-Hasan al-Asyari rd - walaupun
sekarang ada pihak yang mencabarnya dan hendak
menggantikannya dengan sesuatu yang lain dengan
pelbagai alasan bidaah dan sebagainya ini perlu
diteruskan dengan tambahan-tambahan seperlunya
samaada dalam hubungan dengan fahaman-fahaman klasik
dan tradisional yang tidak benar atau aliran-aliran baharu
moden yang perlu diberi huraiannya dalam perspektif.


Dari segi kefahaman tentang Hukum Syara dan
perlaksanaannya ianya berpandukan kepada mazhab
Syafii. Ini perlu diteruskan dengan tambahan-tambahan
seperlunya yang terdiri daripada keputusan-keputusan atau
fatwa-fatwa baharu yang diperlukan kerana perkembangan
masa dan budaya.







Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
________________________________________________________________
50
Dari segi kerohanian dan akhlak rantau ini
dipandukan oleh huraian-huraian Imam al-Ghazali rd,
khususnya mengikut ajarannya yang ada dalam kitab Ihya
Ulum al-Din nya. Kepentingannya sedemikian rupa
sehingga bila ditanya kepada almarhum Syaikh Muhammad
Abduh tentang buku yang terbaik untuk panduan generasi
muda dalam bidang akhlah dan kerohanian maka
dijawabnya kitab itu ialah kitab Ihya karangan Imam al-
Ghazali rd. Maka kitab itu diringkaskan oleh al-Qasimi rh
dalam buku Maizatul-Mumininnya. Ini perlu diteruskan
dengan tambahan-tambahan seperlunya dalam menghadapi
masalah-masalah lama atau baharu.



Keempatnya, sangat ingin mengulangi usul saya,
bahawa saya sangat berhasrat sedalam-dalamnya supaya
wacana agung ibn Khaldun rh dalam kitabnya al-
Muqaddimah - yang ada terjemahan Inggerisnya oleh Franz
Rosenthal dan terjemahan Melayunya yang diselenggarakan
oleh DBP - dijadikan wacana agung yang memberi panduan
dalam perkembangunan intelektuil dan budaya Dunia
Melayu di Nusantara. Ianya paling penting untuk
pemerkasaan budaya dan tamadun apa lagi dalam
menghadapi cabaran budaya ilmu, maklumat dan
globalisasi sebagaimana yang dialami sekarang ini.
2


2
Risalah ini disusun berdasarkan kepada nota yang dibentangkan dalam
Multaqa Isu-Isu Akidah Dan Syariah, anjuran Jabatan Mufti Johor pada 12
November tahun 2007 bertempat di Dewan Besar. Kompleks Islam Iskandar
Johor.

You might also like