You are on page 1of 7

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Putih, 25100,Kuantan, Pahang.

_________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA, 2010

1
Tarikh : 28hb. Disember 2009 6. Pn Yap Chui Peng
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Blok F 7. Pn Yeow Siew Eng

Jumlah kehadiran : 42 0rang 8. Cik Nurul Aida Abd Manaf

Ketidakhadiran: 9. Cik D. Ratha A/P Damodharan


1. Pn Noor Aini Mohammad
10. En Choy Pat Fon
2. Pn Ezmah @Hasanah Mahmud
11. Pn Zuraidah Ahmad
3. Cik Lim Poh Ling
12. Pn Izariah Ismail
4. Pn Lee Lai Kuen

5. Pn Rosiah Awang Ngah

2
Agenda:
1. Ucapan alu-aluan Pengerusi
Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru ke mesyuarat kurikulum kali pertama bagi tahun
2010. Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua AJK kerana segala
perancangan yang telah dijalankan telah membuahkan hasil iaitu peningkatan positif dalam PMR
2009.

2. Pengesahan minit mesyuarat


2.1 Cadangan : Pn Hajah Fauziah Abu Hassan
2.2 Disokong : Pn Zaidom Muda

3. Perkara Berbangkit
3.1 Sekolah telah menyediakan 2 unit projektor untuk membantu p & p guru-guru.
3.2 Unit LCD baru telah diperolehi dan akan digunakan pada tahun 2010.
3.3 GPK Kokurikulum akan memaklumkan kepada guru-guru yang mengadakan aktiviti
persatuan/kelab supaya mencatat dalam buku kehadiran yang disediakan di bilik GPK Pentadbiran.
3.4 Pada tahun 2010,program latihan dalam perkhidmatan (ldp) tidak akan diteruskan.
Bagaimanapun, guru-guru perlu membaca 7 buah novel serta menghantar sinopsis atau
membacanya dalam mesyuarat guru atau perhimpunan sekolah.
3.5 Teknik ‘open book test’ yang dicadangkan Pn Noraihan akan dilihat sama ada boleh dilaksanakan
pada tahun depan.

4.  Postmortem Peperiksaan PMR 2009

4.1 Dari segi kualiti, meningkat sebanyak 5.2% (70.2%)jika dibandingkan dengan tahun 2008(65%)
dan meningkat sebanyak 5.5% jika dibandingkan dengan tahun 2007(59.5%). Ini menjelaskan
pencapaian dapat ditingkatkan sebanyak 5% setiap tahun. Target bagi 2010 ialah 76%.

4.2 Dari segi GPS, hanya bertambah baik sebanyak 0.04 iaitu 2.71 berbanding dengan tahun 2008
(2.75). Pencapaian GPS PMR 2009 ini juga tidak mencapai target yang telah ditetapkan oleh PPD
iaitu peningkatan sebanyak 0.05. Target GPS bagi 2010 ialah 2.57.

4.3 Dari segi kualiti ‘straight A’ (8A & 7A), meningkat seramai 10 orang setiap tahun iaitu 54 orang
(2009),44 orang (2008) dan 34 orang (2007). Target 2010 ialah 64 orang.

4.4 Dari segi mata pelajaran, terdapat 4 mata pelajaran yang mengalami penurunan peratus lulus
iaitu Bahasa Melayu, Kemahiran Hidup 1,Kemahiran Hidup 2 dan Bahasa Cina. Penurunan paling
besar adalah mata pelajaran Kemahiran Hidup 1 (6.21%) dan merupakan peratusan lulus yang
terendah jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah di daerah Kuantan. Pn Madziah menjelaskan
kegagalan pelajar menyiapkan kerja kursus (tingkatan 1 & tingkatan 2) menjadi penyebab utama
peratus lulus merosot. Bagi memastikan peratus Kemahiran Hidup dapat ditingkatkan, Pn Madziah
perlu bertindak memastikan kerja kursus mesti disiapkan selewat-lewatnya sehingga bulan Mac pada
tahun 2010. Bagi mata pelajaran Bahasa Cina, penurunan peratus lulus agak kecil (0.08%), tetapi
perlu dicari kelemahannya kerana peratus lulus Bahasa Cina tidak pernah mencecah angka 90%.

4.5 Pengerusi mengucapkan syabas kepada mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan
melebihi 5% dan mencapai 90% iaitu Bahasa Inggeris, Geografi, Matematik, Sains, Pendidikan Islam

3
dan Bahasa Tamil (100%). Peningkatan tertinggi ialah Pendidikan Islam sebanyak 7.53% (95.95%).
Target 2010 ialah peningkatan sebanyak 5% bagi mata pelajaran dibawah 90%, tetapi bagi mata
pelajaran yang telah mencapai 90% lulus, perlu merujuk pencapaian 5 tahun kebelakang (tahun
2005) sebagai penentuan target 2010.

4.6 Dari segi ‘ranking’ sekolah, SMKTP berada di tangga ke 16 daripada 36 buah sekolah di daerah
Kuantan iaitu meningkat 8 anak tangga berbanding di tangga 24 pada tahun 2008. Jika GPS sekolah
lebih kecil (2.5),SMKTP boleh mencapai kedudukan tangga 10 keatas. Kekangan yang dihadapi oleh
pihak sekolah ialah bilangan pelajar yang besar jumlahnya dan melebihi 100 orang yang gagal dalam
UPSR (kelas Peralihan). Faktor ini menjadi punca utama GPS sekolah tidak dapat dikecilkan.

4.7 Semua panitia perlu merancang strategi dan melaksanakan program peningkatan kurikulum
secepat mungkin memandangkan tahun 2010 semua aktiviti sukan (MSSD & MSSM) dibatalkan.
Sukan sekolah telah ditetapkan pada 27 Jun,2010 (Ahad).  

5 Hal-hal lain

5.1 Takwim cuti berganti/peristiwa sekolah 2010: Cuti Tahun Baru Cina (14 & 15 Feb.’10),3 hari
berganti (17 Feb. ialah cuti peristiwa, 18 & 19 Feb. ialah cuti berganti pada 23 Jan. & 6 Feb.); Cuti
Hari Raya Puasa pada Cuti Sekolah (penggal 2),sehari cuti berganti iaitu13 Sept. yang diganti pada
24 April; dan Cuti Hari Deepavali iaitu 3 Nov (cuti peristiwa) dan 4 Nov.cuti berganti pada 7 Ogos.
Cuti peristiwa pada 28 Jun dan 19 Julai adalah bagi Hari Sukan yang diadakan pada 27 Jun dan Hari
Anugerah Kecemerlangan pada 18 Julai.

5.2 Takwim ujian/peperiksaan 2010: Jadual PMR dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu 5 hingg 7
Okt., dan 11 & 12 Okt.; SPM akan bermula pada cuti sekolah akhir tahun (22 Nov hingga 16 Dis.);
setiap 6 minggu akan diadakan ujian (4 kali). Ujian pertama akan diadakan pada 6 Feb. Peperiksaan
pertengahan tahun bermula 20 Mei dan peperiksaan percubaan PMR & SPM diadakan pada bulan
Ogos & Sept.

5.3 Hari Karnival akan diadakan pada 29 April atau lebih awal dan mungkin digantikan dengan Hari
Kantin jika pihak pengelola PIBG bersetuju dengan cadangan pihak sekolah untuk mengadakan
Malam Amal.

5.4 Guru jadual waktu diminta menyiapkan jadual waktu 2010 sebelum mesyuarat guru pertama
2010 pada 31 Dis. ini. Agihan kelas/tugasan juga akan diedarkan pada mesyuarat guru pertama ini.
Kelas yang berakhir pada 1.40 t/hari telah ditempatkan di makmal sains.

5.5 Pemantauan: Semua panitia diminta merancang jadual pemantauan dan menyerahkan rekod
pemantauan kepada GPK Pentadbiran untuk difailkan (bahan bukti apabila pihak sekolah dipantau
oleh pihak PPD).

5.6 PBS: Semua panitia sediakan senarai PBS dan diserahkan kepada GPK Pentadbiran untuk
difailkan.

5.7 Ketua PKKP: Pn Roshanilawatey telah dilantik sebagai penyelaras profail sekolah. Tugas utama
ialah menyediakan target sekolah dan keputusan PMR 2009 (CD) dan hantar ke PPD dalam bentuk
‘soft copy’ dan ‘hard copy’. Juga menyenaraikan kumpulan pelajar ‘near miss’ (gagal mendapat
‘straight A’) dan kumpulan ‘near miss’ lulus semua mata pelajaran.

4
5.8 Pn Rosni diminta menghantar keputusan PMR 2009 ke PPD (hard copy) dan berhubung dengan
pihak Yayasan Pahang bagi memaklumkan senarai pelajar yang mendapat ‘straight A’.

5.9 Belanjawan & PCG: Semua panitia diminta merancang belanjawan panitia 2010 dengan baik
kerana kemungkinan peruntukan akan berkurangan sebanyak 15%. Pihak Kementerian Pelajaran
juga telah menetapkan yuran yang agak kecil jumlahnya iaitu RM33.50. Bagaimanapun, pihak
sekolah telah memohon pungutan yuran sekolah sebanyak RM47.50 bagi menampung perbelanjaan
sekolah seperti bayaran bil air & elektrik (hampir RM6,000 sebulan). Sebagai langkah penjimatan,
semua bilik BTV jika tidak digunakan, tidak perlu dipasang alat penghawa dingin.

5.10 Sukatan pelajaran hendaklah diselesaikan mengikut takwim panitia. Pada hari pertama
persekolahan (4 Jan. 2010) akan dilawati oleh pihak PPD iaitu pada masa kedua p & p.

5.11 Ucapan GPK Pentadbiran : En Chan Seng Fook

a- Memaklumkan Pn Roshanilawatey Jusoh dilantik sebagai Ketua PKKP. Beliau bertanggungjawab


mengemaskinikan data PKKP (folio A dan folio B) dan perancangan strategik. Target PKKP (folio A)
hendaklah diserahkan kepada GPK Pentadbiran selewat-lewatnya pada akhir Januari.

b- Semua minit mesyuarat hendaklah dihantar dalam bentuk ‘hard copy’ dan ‘soft copy’ (seminggu
selepas mesyuarat diadakan).

c- Guru-guru yang mengadakan kelas tambahan, hendaklah mencatatnya di dalam buku kelas
tambahan yang diletak di bilik GPK Pentadbiran.

d- Ketua panitia juga dikehendaki mencatat nama guru yang tidak hadir mesyuarat tanpa sebab di
dalam buku yang disediakan di bilik GPK Pentadbiran. Guru yang tidak menghadiri mesyuarat
dikehendaki memberikan surat tunjuk sebab. Sebarang alasan peribadi tidak boleh diterima, setiap
guru mesti mengutamakan tugasan rasmi dahulu.

e- Guru-guru yang tidak menjalankan tugas dengan baik dan memperolehi markah prestasi di bawah
60% dua tahun berturut-turut boleh dicadangkan masuk POOL. Markah prestasi sangat penting
terutama untuk kenaikan pangkat (DG) iaitu dari DG41 ke DG44. Markah prestasi mestilah melebihi
85%.

5.12 Pn Yip Wai Lin (Guru Kanan Bahasa) inginkan kepastian di mana boleh ‘print’ bahan-bahan
program Seuntai Kata dan Learn A Word A Day memandangkan printer di bilik guru rosak. Semua
guru boleh print bahan p & p di bilik GPK Pentadbiran (komputer depan pintu).

5.13 Pn Nor Azimah Hitam (Ketua Panitia PAI) memohon pihak sekolah membenarkan pelajar lelaki
Islam balik jam 12.00 t/hari pada hari Jumaat, bagi membolehkan mereka bersembahyang Jumaat di
masjid. Masalah ini akan cuba diatasi melalui perubahan jadual waktu.

5.14 Pn Madziah Abdullah (Ketua Panitia KH) memohon pihak sekolah memisahkan pelajar-pelajar
nakal supaya p & p dapat dijalankan tanpa gangguan.

5.15 En Koh Teck Seng (Ketua Panitia PJK) memohon pihak sekolah membiayai pembelian seluar
dan t-shirt PJK bagi pelajar yang tidak mampu membelinya. Senarai nama pelajar ini boleh
diserahkan kepada GPK HEM (Pn Noor Aini Mohammad) untuk diambil tindakan.

5
5.16 Pn Nasfuzillah Ibrahim (Ketua Pusat Sumber) memohon pengerusi menetapkan tarikh untuk
mesyuarat AJK PSS. Tuan Pengerusi menjelaskan mesyuarat tersebut telah ditetapkan dalam
takwim sekolah. Pn Nasfuzillah juga mencadangkan bilik-bilik BTV dikendalikan oleh panitia-panitia.
Tuan Pengerusi meminta Puan Nasfuzillah menyediakan jadual penggunaan bilik-bilik BTV dan
dipenuhi oleh panitia-panitia supaya tidak berlaku pertindanan.

5.17 En Awang Mahadi Ali (Guru Kanan Teknik & Vokasional) menjelaskan guru-guru boleh
menggunakan makmal komputer sebagai kelas p & p tetapi mesti menggunakan multi-media sebagai
BBM.

5.18 Pelajar India yang tidak mengambil B.C akan ditempatkan di bilik khas dan tidak dibenarkan
berada di kantin.

5.19 Pn Noraini Ibrahim (Pen. Ketua Panitia PAI) memohon kelas mata pelajaran diutamakan
menggunakan bilik BTV berbanding kelas tambahan sebab p & p di kantin adalah tidak sesuai. Pn
Noraini juga berharap penyusunan jadual waktu (gabungan kelas) juga lebih baik pada tahun 2010.

5.20 Ucapan Penyelia Petang : Pn Lee Nyit Fong

a- Pn Lee menjelaskan kekurangan kelas bagi PAI dan B. Cina di sesi petang berlaku kerana bilik
BTV tidak dapat digunakan selepas jam 5 petang. Pelajar Islam terpaksa ditempatkan di kantin,
sementara pelajar B. Cina pula ditempatkan di makmal/kelas (atas usaha Pn Chan Mee Lan). Bagi
mengatasi masalah ini, Pn Lee memohon guru-guru sumber sesi petang diberi kunci bilik BTV
supaya bilik BTV boleh digunakan hingga masa terakhir (6.40 petang).

b- Tahun 2010, mungkin berlaku kekurangan kerusi dan meja bagi pelajar tingkatan 1. Jumlah pelajar
tingkatan 1 sudah melebihi 600 orang dan akan ditempatkan di 13 kelas. Memandangkan setiap
kelas hanya diletakkan 40 buah kerusi dan meja, pelajar terpaksa berkongsi buat sementara waktu.
Jumlah pelajar Islam melebihi 200 orang, pihak sekolah telah memohon seorang guru pendidikan
Islam.

c- Kelas tingkatan 2 akan dibuka 12 kelas. Pelajar B. Cina mungkin akan melebihi 40 orang.

d- Pn Chan Wei Chi diminta menyenaraikan jadual penggunaan makmal fizik bagi mengatasi
masalah kekurangan kelas di sesi petang. Pn Chan diminta mengambil tindakan diatas permintaan
Pn Noraini.

5.21 Pn Kuek Aye Noi (Ketua Panitia B. Cina) mencadangkan bilangan pelajar yang mengambil B.C
(gabungan kelas) bagi tingkatan 3 tidak melebihi 40 orang. Cadangan ini mungkin sukar dilakukan
memandangkan pihak sekolah kekurangan guru B.C (terpaksa bergantung kepada guru B.C POL).
Tuan Pengerusi mencadangkan pembinaan dewan kuliah untuk mengatasi masalah ini~sedang
tunggu kelulusan daripada pihak PPD.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 10.15 pagi.

Disediakan oleh,                                                                 Disahkan oleh,

…………tt……………..                                                          …………tt………………

Pn. Megawati Mukhtar                                                En. Moy Wah Goon

6
Guru Kanan Kemanusiaan SMKTP,                                Pengetua SMKTP

You might also like