You are on page 1of 9

PSV 3113(E)

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGENALAN
Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan
dan pencapaian murid. Hal ini kerana, guru bertanggungjawab dalam membuat
pertimbangan serta keputusan berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung untuk menentukan sama ada objektif pembelajaran sudah dicapai oleh murid
atau memerlukan ulangan semula dan sebagainya. Oleh yang demikian, guru perlu
menentukan hasil pembelajaran yang hendak ditaksir. Lantaran itu, guru harus merancang
dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis
maklumat, melapor serta menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti
pengukuhan, pengayaan dan pemulihan.
Tambahan pula proses di atas membolehkan, guru mengenalpasti perkembangan
potensi individu secara menyeluruh serta bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Maka, untuk mencapai
hasrat FPK di sekolah guru haruslah memberi penekanan kepada konsep pentaksiran
dalam pendidikan Seni Visual. Perkataan pentaksiran berasal daripada perkataan Latin yang
membawa maksud duduk bersama dengan murid dan mengesahkan respon. Di samping
itu, pentaksiran juga boleh didefinisikan sebagai satu proses pengumpulan data dengan
tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah murid serta membuat keputusan
(Salvia dan Yseldyke, 1978). Pentaksiran juga dapat ditafsirkan sebagai satu proses
mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk.
Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia, (2000) pentaksiran didefinisikan sebagai suatu
proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu
tujuan tertentu.
Selain daripada itu, menurut Sumini (2002) pentaksiran amat penting dalam bidang
pendidikan kerana maklumat yang terhasil daripada langkah mengadakan pentaksiran dapat
memberi maklum balas setakat manakah pencapaian murid telah ditunjukkan. Bahkan,
pentaksiran

juga

kebolehcapaian

dijalankan

seseorang

bagi
murid

tujuan
apabila

mendapatkan

maklumat

tentang

telah

mengikuti

satu-satu

selesai

tahap
sesi

pembelajaran. Dalam pada itu, pentaksiran turut melibatkan proses membuat keputusan
berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Manakala, hasil pentaksiran pula
dinyatakan dalam bentuk skor. Oleh yang demikian, skor mestilah sah dan boleh dipercayai
untuk memastikan keadilan kepada murid dan juga untuk mengekalkan kewibawaan institusi
pentaksiran.

PSV 3113(E)
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kesimpulannya, sistem pendidikan di Malaysia yang berpaksikan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan (FPK)

termaktub ke arah usaha berterusan melahirkan

warganegara yang mempunyai imbangan pengetahuan dan kemahiran, nilai-nilai rohani dan
moral yang positif, berdaya cipta, inovatif, kreatif, fleksibel serta berupaya memberi
sumbangan berkesan kepada pembangunan negara yang berharmoni, makmur dan
bersatu. Oleh yang demikian, proses pentaksiran hendaklah dijalankan secara berterusan
sama ada secara formal atau tidak formal untuk mencapai hasrat yang termaktub dalam
FPK.

PSV 3113(E)
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

MENGUMPUL

MAKLUMAT

DAN

MEMBUAT

FOLIO

TENTANG

JENIS-JENIS

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL. MENGHASILKAN PENGURUSAN GRAFIK


TENTANG BANDING BEZA JENIS-JENIS PENTAKSIRAN
Konsep Pentaksiran
Menurut Kamus Dewan Edisi 3, pentaksiran adalah berasal daripada kata dasar taksir.
Taksir membawa maksud kira ataupun menghitung. Maka, pentaksiran adalah proses
pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan
pelbagai kaedah. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Pentaksiran juga dapat dilaksanakan
secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).
Pentaksiran merupakan proses yang melibatkan pemerolehan bukti melalui hasil soalan
khusus seperti ujian dan tinjauan serta digunakan untuk menentukan kesimpulan
berdasarkan segala penemuan daripada kaedah tersebut (Tabatha Rayment, 2006). Dalam
konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang
merangkumi

aktiviti

menghurai,

mengumpul,

merekod,

memberi

skor

dan

menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang murid bagi tujuan


mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan
perkembangan mereka. Hasil pentaksiran membolehkan guru mengembangkan potensi
murid ke tahap optimum dalam domain kognitif dan psikomotor. Pentaksiran dapat
dirumuskan seperti carta di bawah:Rajah 1 : Konsep Pentaksiran

PRODUK
Pengetahuan,
kemahiran dan nilai
yang pelajar perolehi
setelah melalui proses
pendidikan

PENGHAKIMAN
Proses pertimbangan
tentang pencapaian
pendidikan murid

MAKLUMAT
Bukti tentang prestasi
murid dalam sesuatu
perkara yang ditafsir

PROSES
Langkah/tindakan/o
perasi yang
digunakan untuk
mendapatkan hasil
yang dikehendaki

Tujuan Pentaksiran
3

PSV 3113(E)
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Antara tujuan pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran ialah :


i. proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran,
ii. menilai aktiviti yang dijalankan oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran,
iii. mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran dan;
iv. memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-Ciri Pentaksiran
Ciri-ciri pentaksiran dalam Pendidikan Seni Visual adalah seperti berikut:i.

Kesahan Skor ialah merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan.

ii.

Kebolehpercayaan Skor ialah merujuk kepada ketekalan dan ketepatan.

iii.

Keobjektifan ialah ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor.

iv.

Kebolehtadbiran ialah kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara


berpusat atau berasaskan sekolah.

v.

Kemudahtafsiran ialah maklumat

tentang calon berdasarkan skor, diskrimininasi

antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian.


vi.

Kekomprehensifan ialah kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan


Pelajaran.

Prinsip-Prinsip Pentaksiran

PSV 3113(E)
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pentaksiran juga mengrangkumi beberapa prinsip pentaksiran yang pentinganya. Antaranya


ialah instrumen. Instrumen merupakan prinsip pentaksiran yang pertama. Hal ini dekimikian
kerana, pentaksiran tidak dapat dijalankan tanpa satu instrumen ataupun satu alat untuk
menguji pencapaian dan pemahaman murid. Misalnya, instrumen yang digunakan dalam
pentaksiran Bahasa Melayu adalah satu set kertas soalan yang telah disediakan
berdasarkan kepada Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang lengkap dan mencakupi semua
kemahiran yang hendak diuji.
Di samping itu, prinsip pentaksiran yang kedua ialah kumpulan yang ditaksir.
Kumpulan yang ditaksir merujuk kepada kumpulan murid-murid yang hendak diuji. Oleh
yang demikian, kumpulan yang ditaksir ini perlu ditentukan dahulu dari segi tahun
persekolahan mereka dan skop pengetahuan mereka. Ini adalah sangat penting supaya
instumen yang disediakan adalah relevan dan menepati tujuan pentaksiran.
Prinsip pentaksiran yang ketiga ialah respons. Respons merujuk kepada hasil
pengujian iaitu jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh murid-murid di dalam kertas ujian
mereka. Respons-respons murid memainkan peranan yang sangat penting di dalam
pentaksiran kerana respons-respons ini mengandungi data-data ataupun maklumatmaklumat tentang pencapaian murid-murid untuk suatu tempoh persekolahan, penguasaan
murid-murid tentang satu-satu bidang atau kemahiran dan juga keberkesanan strategi yang
digunakan oleh guru.
Dalam pada itu, prinsip pentaksiran yang keempat ialah kumpulan yang mentaksir.
Kumpulan yang mentaksir biasanya merujuk kepada guru-guru yang menyemak skrip
jawapan dan juga mereka yang menganalisis skrip jawapan ataupun respons-respons yang
telah diberikan oleh murid-murid. Sebaik-baiknya, kumpulan guru yang mentaksir skrip
jawapan ini terdiri daripada guru-guru neutral iaitu guru-guru yang tidak mengenali kumpulan
murid yang ditaksir. Dengan ini barulah skor yang diperolehi itu adalah lebih tepat dan
menggambarkan keupayaan dan tahap penguasaan murid-murid yang sebenar.
Prinsip pentaksiran yang terakhir ialah skor. Skor merupakan data numerik yang
diperolehi daripada analisis respons-respons yang diberikan oleh murid-murid. Dengan kata
lain, hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Daripada skor inilah guru dapat
mengetahui pencapaian dan tahap penguasaan murid terhadap satu-satu kemahiran atau
tajuk muridan. Skor ini juga digunakan oleh guru-guru untuk menganalisis secara lebih
terperinci tentang pencapaian dan tahap penguasaan murid-murid.
Proses Perlaksanaan Pentaksiran

PSV 3113(E)
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Terdapat berbagai jenis penilaian yang boleh dijalankan dalam pengajaran


Pendidikan Seni Visual. Maka, terdapat berbagai-bagai pandangan dan garis panduan yang
boleh dirujuk agar penilaian itu akauntabel dan menggunakan piawai nasional (standards)
yang telah ditentukan mengikut kemahiran dan tahap muridan Pendidikan Seni Visual.
Penilaian juga boleh dilakukan dengan menggunakan portfolio untuk penilaian yang
berterusan.
Untuk menilai proses dan hasil kerja murid, beberapa cadangan boleh dijadikan
kriteria penilaian. Rob Barnes (1987) berpendapat, terdapat lima perkara yang perlu dinilai
iaitu:
i. proses kerja,
ii. pengendalian bahan,
iii. penggunaan media,
iv. kemahiran kritikal dan;
v. peringkat-peringkat perkembangan peribadi.
Manakala Michael (1998) mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai iaitu
meliputi komunikasi atau ekspresi, keyakinan diri (self-esteem), perkembangan persepsi,
ketekalan organisasi estetika, pengetahuan seni, kreativiti, kemahiran, dan kepuasan atau
keseronokan murid dalam penilaian Pendidikan Seni Visual.
Dalam penilaian Pendidikan Seni Visual, adalah penting untuk menilai aspek yang
berkaitan dengan pembelajaran sejarah dan apresiasi seni serta perkembangan dalam
estetika. Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkaraperkara berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

mengenal pasti murid yang hendak dinilai,


menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai,
menentukan instrumen yang hendak digunakan,
menentukan aspek yang hendak diperhatikan,
menentukan tempoh masa pemerhatian dan;
menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.

Disamping itu, instrumen penilaian yang dibina juga perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
a)
b)
c)
d)

tujuan yang jelas,


menepati apa yang hendak dinilai,
item boleh diukur dan;
setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.
6

PSV 3113(E)
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian
secara terkawal atau penilaian tidak terkawal.

a) Penilaian Terkawal:
Penilaian ini dijalankan dalam suasana yang terkawal, di mana murid menjawab
soalan-soalan dalam keadaan tenteram dan tidak diganggu. Ia merupakan ujian pencapaian
yang berbentuk kertas dan pensel. Murid diberi masa yang sama panjang, menjawab dalam
masa yang sama, menggunakan kertas soalan dan bentuk soalan yang sama dan diawasi
oleh pengawas atau petugas sepanjang masa. (masa ujian atau peperiksan)
Penilaian terkawal ini biasanya dijalankan pada setiap penggal persekolahan yang
telah dimasukkan dalam takwim persekolahan sepanjang tahun. Penilaian terkawal juga
ialah peperiksaan kendalian Kementerian Murid dan seperti peperiksaan SPM dan STPM.
Penilaian terkawal sangat sesuai untuk mendapatkan maklumat pengetahuan dan
kemahiran murid.

b) Penilaian Tidak Terkawal:


Penilaian tidak terkawal ini dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual. Guru dapat memerhatikan tingkah laku murid setiap hari dan
mengumpul maklumat daripada pemerhatian tersebut. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru akan sentiasa memerhati dan membuat pengujian secara tidak formal
kepada murid. Hal ini dilaksanakan semasa murid membuat aktiviti dan projek, sama ada
secara individu atau berkumpulan. Hal ini sangat penting bagi membantu mencapai hasil
pembelajaran yang diharapkan.

Jenis-Jenis Pentaksiran

PSV 3113(E)
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pentaksiran
Autentik

Pentaksiran
"Performance
Based"

Pentaksiran
Hasil
Pembelajaran

Pentaksiran dan
Tindakan
Penambakaikan

Pentaksiran dan
Motivasi

Pentaksiran
Pembentukan
watak

Pentaksiran
Aspek Nilai
dan
Sahsiah

Pentaksiran
Berbantukan
Komputer

Pentaksiran
Kendiri

Rajah 2 : Jenis-jenis Pentaksiran

PSV 3113(E)
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENTAKSIRAN
AUTENTIK

You might also like