You are on page 1of 6

REFLEKSI BINA INSAN GURU (BIG FASA 3)

Alhamdulillah. Saya amat bersyukur kepada Ilahi kerana dengan limpah


dan kurnianya, saya telah mengikuti dan menyelesaikan semua aktiviti semasa
kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan pada 03 September 2015
dan 07 september 2015 yang lalu. Kursus BIG pada kali ini adalah untuk
menimba ilmu bagaimana untuk mengendalikan majlis rasmi dan bagaimana
etika berpakaian profesionalisme keguruan. Saya begitu bersyukur dan sangat
gembira kerana saya dapat mengikuti BIG kali ini selama dua hari. Banyak
pengalaman, kebaikan dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada
kursus BIG ini. Pada BIG fasa tiga ini, kami telah menjalani kursus ceramah yang
bertajuk Pengendalian Majlis Rasmi dan Etika-etika Profesionalisme Keguruan.
Ceramah yang dijalankan amatlah berguna dan mempunyai intipati yang sukar
saya perolehi apabila tidak mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) ini.

REFLEKSI CERAMAH ETIKET SOSIAL DAN PROTOKOL


Pada hari pertama Program Bina Insan Guru Fasa 3 (BIG) ini dijalankan,
kami telah menjalani aktiviti ceramah yang disampaikan oleh pensyarah Unit
Kokurikulum iaitu Encik Haji Matsah@ Ahmad Shah Bin Md Idris dan juga Encik
Syhibin Bin Japar. Slot ceramah yang pertama telah disampaikan oleh Encik Haji
Matsah@ Ahmad Shah Bin Md Idris. Beliau telah memberikan sesi ceramah
yang bertajuk pengendalian majlis rasmi. Beliau telah memberikan ilmu
pengetahuan yang sangat bermakna kepada saya yang akan menjadi bakal guru
setelah habis pengajian di Institut Perguruan Kent ini. Banyak input yang saya
telah perolehi semasa slot beliau terutamanya proses-proses pengendalian
majlis rasmi dan perkara-perkara yang perlu dibuat dalam mengendalikan majlis
rasmi seperti majlis perhimpunan. Beliau telah menerangkan bagaimana
pengurusan pelbagai majlis rasmi dan juga majlis tidak formal.

Melalui slot beliau juga, saya telah mengetahui tentang aspek-aspek


pengurusan

pelbagai

majlis rasmi atau

tidak formal antaranya

aspek

jawatankuasa, tempat majlis, penyediaan senarai jemputan, aturcara majlis,


kesesuaian penulisan dan pengedaran kad jemputan, pemilihan menu dan juga
panggilan hormat. Aspek-aspek ini amat penting dalam mengendalikan sesuatu
majlis agar majlis tersebut dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Banyak ilmu
pengetahuan yang saya perolehi dalam slot ceramah beliau ini yang
menyakinkan saya untuk mengendalikan sesuatu majlis.
Semasa mendengar ceramah beliau juga, saya juga telah mendapat
suatu

input

pengetahuan

yang

baharu

dalam

diri

saya

iaitu

apabila

bagaimanakah kita mengawal suatu keadaan di dalam suatu majlis yang besar
yang penuh dengan orang ramai dengan teratur agar suatu majlis itu dapat
berjalan dengan lancar. Beliau telah memberikan penerangan yang sangat baik
dan cukup memberikan kefahaman dalam diri saya. Hal ini kerana, apabila kita
menjadi pengerusi majlis di dalam sesuaut majlis itu, pengerusi majlis amat
penting dan mempunyai tanggungjawab besar dalam mengendalikan majlis itu
agar tidak berlakunya perkara yang tidak diingin semasa sesuatu majlis sedang
berlangsung.
Di samping itu, input yang saya dapati dalam slot ceramah beliau ini
adalah kepentingan mengendalikan sesuatu majlis sama ada majlis formal atau
majlis tidak formal. Hal ini kerana, sebagai seorang guru pelatih, banyak
program-program yang diadakan seperti majlis perhimpunan dan juga programprogram lain yang akan dijalankan dan dikendalikan oleh guru pelatih itu sendiri.
Oleh itu, ia amat penting sebagai guru pelatih untuk menuntut ilmu pengetahuan
tentang bagaimana mengendalikan sesuatu majlis itu dengan betul dan teratur.
Maka, melalui slot ceramah beliau ini, banyak input-input yang saya perolehi
untuk diaplikasikan apabila mengendalikan sesuatu majlis rasmi kelak dan saya
amat

bersyukur

pengetahuan ini.

kerana

mendapat

peluang

untuk

memperolehi

ilmu

Setelah selesai slot ceramah yang pertama yang telah disampaikan oleh
Encik Haji Matsah @ Ahmad Shah Bin Md Idris, Slot ceramah yang kedua telah
disambung oleh Encik Syhibin Bin Japar berkenaan dengan etiket sosial dan
etika berpakaian di dalam bidang profesionalisme keguruan ini. Melalui
penyampaian ceramah oleh beliau ini, ia sedikit sebanyak telah menyentuh
tentang cara berpakaian dan penampilan seseorang guru yang harus
dititikberatkan seperti saya yang akan menjadi seorang bakal guru nanti. Hal ini
kerana, guru adalah seorang Role-Model kepada para murid-murid di sekolah
kelak. Oleh itu, apa yang ditonjolkan oleh seseorang guru itu, ia akan menjadi
suatu contoh kepada para murid.
Sebagai contoh, apabila seseorang guru lelaki yang menunjukkan contoh
penampilan iaitu dengan berambut panjang, murid akan mengikuti personaliti
seseorang guru tersebut dan ia akan menjadi kesukaran kepada guru tersebut
untuk menegur kesalahan murid itu kerana guru itu sendiri tidak menunjukkan
personaliti yang sepatutnya ditunjukkan sebagai seorang guru.
Bagi pemakaian seorang penjawat awam pula iaitu guru, kita haruslah
memakai pakaian mengikut etika berpakaian dengan betul. Semasa slot
ceramah yang kedua ini, Encik Syhibin Bin Japar telah menyentuh cara
berpakaian yang betul bagi guru lelaki dan juga guru perempuan. Bagi guru
lelaki, pemakaian seorang guru lelaki itu adalah haruslah memakai seluar
panjang yang berkain slack licin dan berbaju kemeja berlengan panjang serta
bertali leher. Seluar yang berkain jeans tidak digalakkan sama sekali. Di
samping itu, pada setiap hari khamis pula, kerajaan telah menyelaraskan
bahawa penjawat awam wajib menggunakan kemeja batik.

Manakala, pemakaian untuk guru wanita pula ialah, pakaian itu haruslah
sesuai dan tidak menjolok mata apabila dipakai. Hal ini kerana, sebagai seorang
guru wanita, pakaian itu haruslah sesuai dan tidak terlalu jarang sehingga boleh
menampakkan anggota badan. Sebagai contoh, baju kurung, kemeja longgar
dan berskirt labuh atau melepasi bawah lutut. Oleh itu, pakaian seperti ini akan
menampakkan imej ciri-ciri seorang guru dan mempunyai akhlak dan peribadi
yang mulia
Oleh itu, sebagai seorang bakal guru dan akan menjadi seorang guru
nanti, kita haruslah menjaga menjaga imej kita sebagai seorang guru kelak dan
sentiasa menampakkan bahawa imej keguruan itu tidak dipandang rendah oleh
masyarakat. Hal ini kerana, imej adalah bentuk perlakuan, tingkahlaku, cara
penampilan diri, dan kemahiran berkomunikasi seseorang yang ditonjolkan
ketika berada di khalayak ramai. Oleh itu, ia amat penting untuk dijaga agar
profesionalisme keguruan ini tidak dipandang rendah oleh masyarakat.

REFLEKSI PENGENDALIAN MAJLIS PERHIMPUNAN


Pada hari kedua Bina Insan Guru Fasa 3 iaitu bersamaan 7 september
2015, kami telah diminta untuk mengendalikan majlis perhimpunan bersama
pengarah di dewan serbaguna Kent. Perhimpunan ini telah dianjurkan oleh
PISMP PSV Ambilan Jan 2014 semester 4 dengan kerjasama PISMP Bahasa
Kadazandusun, Pemulihan dan Matematik Ambilan Jun 2014 semester 3.
Perhimpunan ini telah dikendalikan dengan kerjasama kami untuk melihat sendiri
dan menilai bagaimana majlis perhimpunan rasmi itu dikendalikan dan dijalankan
dengan baik dan lancar. Melalui pengalaman ini, saya rasa bersyukur kerana
diberikan peluang untuk mengendalikan sesuatu majlis rasmi dan juga dapat
menimba ilmu pengetahuan yang amat bernilai kepada saya. Sesungguhnya

banyak input-input yang telah saya pelajari melalui pengendalian majlis


perhimpunan ini.
Selain itu, melalui kerjasama yang diberikan daripada setiap Ahli
Jawatankuasa, ia dapat mengeratkan lagi hubungan kami antara satu sama lain.
Semua guru pelatih telah menjalankan tugas dengan baik dan memberikan
kerjasama yang cukup memuaskan walaupun terdapat sedikit sebanyak
kekurangan dan kelemahan semasa majlis perhimpunan rasmi ini dijalankan.
Oleh itu, pengalaman seperti ini tidak dapat dilupakan dan sangat bernilai
kepada setiap guru pelatih.
Secara kesimpulannya, Program Bina Insan Guru merupakan satu
program yang memberi banyak pengalaman dan input yang berguna kepada
saya. Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti
program ini. Segala input yang saya dapat ini sangat berguna dalam kehidupan
seharian saya terutama semasa bergelar seorang pendidik.
Daripada pemilihan ahli jawatankuasa sehingga kepada hal-hal yang lebih
rumit lagi, semuanya diatur oleh para pelatih sendiri. Ini sangat penting sebagai
latihan untuk saya sekiranya ingin membawa pelajar-pelajar saya untuk
mengadakan suatu aktiviti atau program. Tanpa pengalaman seperti ini, kita pasti
akan kelam kabut untuk menguruskan sesuatu aktiviti atau program semasa di
sekolah nanti.
Saya sangat bersyukur kerana telah melalui program BIG ini yang telah
banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan
yang paling penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang
pendidik yang berkarisma tinggi.
Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah melalui program BIG ini
dengan sempurnanya dan telah banyak memberi saya pengetahuan, menguji
mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat membantu diri saya
bagi membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Saya berharap
pada BIG yang seterusnya, saya akan lebih banyak menimba ilmu dan

pengalaman bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang
gemilang.

You might also like