You are on page 1of 19

LAPORAN TEMUBUAL BERSAMA PUAN SHAMILAH BINTI MASOOD

MENGENAI ICT DAN REKABENTUK PENGAJARAN DALAM PROSES


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

JAMILAH BINTI YUSOF (s212187)

LAPORAN DIMAJUKAN KEPADA DR. ABDUL HALIM BIN MOHAMED,

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BAGI


MEMENUHI KEPERLUAN KURSUS SGDT2023 TEKNOLOGI PENDIDIKAN

ISI KANDUNGAN

BIL
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
7.0
8.0

PERKARA
Penghargaan
Pengenalan
Objektif Kajian
Biodata Tokoh
Prosedur Menjalankan Temubual
Set Soalan Temubual Guru
Transkrip Temubual
Analisa Temubual
Hasil Dapatan Temubual
8.1 Latarbelakang pengggunaan ICT
8.2 Tahap Perlaksanaan Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran
8.3

9.0

dan Pembelajaran
Halangan Pengintegrasian

ICT

dalam

Pembelajaran
Kesimpulan
Rujukan

Pengajaran

dan

HALAMAN
i
1
2
3
6
6
8
14
15
15
15
16
17

PENGHARGAAN
Sejambak kesyukuran dirafakkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan
hidayahNya dapatlah kami menyiapkan tugasan berkenaan temubual bersama guru mengenai

ict dan rekabentuk pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk subjek
Sgdt2023 Teknologi Pendidikan yang diberikan ini dengan jayanya pada waktu yang
ditetapkan. Alhamdulillah.
Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih
dan sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah subjek Sgdt2023
Teknologi Pendidikan iaitu Dr. Abdul Halim Bin Mohamed yang begitu sabar mengajar kami
sepanjang semester ini. Beliau telah memberikan banyak tunjuk ajar, galakan dan maklumat
kepada kami bagi menyiapkan tugasan ini.
Tidak dilupa juga, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu
bapa kami yang disayangi yang telah banyak memberikan sokongan moral, dorongan dan
nasihat yang tidak putus-putus dari jauh.
Setinggi-tinggi penghargaan ingin kami tujukan kepada Puan Shamilah binti Masood
yang menjadi pengkisah dalam penulisan transkrip kami ini. Beliau telah memberikan banyak
maklumat dan kerjasama yang begitu baik sekali kepada kami semasa temuduga sekaligus
memenuhi keperluan subjek ini.Sesungguhnya kami sangat menghargai jasa beliau dalam
membantu kami.
Akhir sekali, sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada pensyarah, rakan-rakan dan semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam membantu kami. Allah sahaja yang dapat membalas jasa anda sekalian.
Terima Kasih.
LAPORAN TEMUBUAL BERSAMA PUAN SHAMILAH BINTI MASOOD
MENGENAI ICT DAN REKABENTUK PENGAJARAN DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.0

PENGENALAN
Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan amat penting dalam

merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu
kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan.
Menurut sumber dari Hal Ehwal Persekolahan, Bahagian Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia, guru boleh didefinisikan sebagai orang yang menyebarkan ilmu
pengetahuan di sesebuah institusi peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru
terlatih yang bertugas di dalam unit pentadbiran, organisasi dan juga penyelidikan
pendidikan. Sebagai seorang guru, mereka perlu mematuhi garis panduan yang telah
ditetapkan oleh pihak Kementerian bagi melahirkan para pelajar yang berkualiti bagi
memimpin Negara di masa depan.

2.0

OBJEKTIF KAJIAN

Temubual ini dijalankan dengan tujuan bagi memenuhi beberapa objektif seperti berikut:-

1. meninjau tahap penglibatan guru dalam melaksanakan pengintegrasian ICT dalam


proses pengajaran dan pembelajaran.
2. mengenalpasti kesesuaian kursus pembangunan profesionalisme berkaitan dengan
bidang ICT yang ditawarkan kepada guru Matematik oleh pihak sekolah dan Pejabat
Pelajaran Daerah.
3. mengenalpasti masalah yang menjadi halangan pengintegrasian ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

3.0

BIODATA TOKOH

Nama

Shamilah Binti Masood.

Usia

46 Tahun

Tarikh Lahir

5 Jun 1966 (15 Safar 1386 Hijrah)

Tempat Lahir

Pekan, Pahang Darul Makmur.

Jawatan Sekarang

Guru Perpustakaan Media (GPM).

Sekolah Mengajar

Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Father Barre,


Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Adik beradik

Anak ke-7 dari 9 orang adik-beradik.

Latar Belakang Pendidikan

i.

ii.

Rendah:
Sekolah Rendah Ahmad, 26600 Pekan,
Pahang Darul Makmur (1972- 1978)
Menengah:
Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad,
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur (1979-

iii.

1984)
Maktab:
Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim,
08000 Sungai Petani, Kedah (1989-1991)

Pendidikan Sekarang

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan


(Kesusasteraan) Universiti Sains

Malaysia, Pulau Pinang (1989)


Sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang
Master of Education (MEd) in Instructional
Technology Universiti Utara Malaysia

Anugerah yang pernah diterima::

(2012 2014)
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Laporan Temubual Bersama Puan Shamilah binti Masood Mengenai ICT dan
Rekabentuk Pengajaran Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah
Kebangsaan Convent Father Barre, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Laporan ini mengandungi temubual bersama dengan Puan Shamilah binti Masood
mengenai ict dan rekabentuk pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran selama
beliau berkhidmat sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Convent Father Barre,
Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Temubual ini diadakan di BKBM 2.5, Bangunan Pusat
Pengajian Pendidikan Universiti Utara Malaysia pada 24hb November dan mengambil masa
selama 1 jam 15 minit. Puan Shamilah telah dilahirkan pada 5 Jun 1966 bersamaan 15 Safar
1386 Hijrah. Beliau telah dilahirkan dan dibesarkan di Pekan, Pahang. Beliau merupakan
anak ketujuh daripada sembilan adik-beradik Puan Shamilah mula mendapat pendidikan
awalnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Ahmad di Pekan, Pahang Darul Makmur pada tahun
1972. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim
di Sungai Petani, Kedah (sekarang dikenali sebagai IPSAH). Beliau mula memasuki maktab
selepas mendapat keputusan STP (Sijil Tinggi Pelajaran) iaitu pada tahun Mei 1985.
Sekarang, beliau menyambung pelajarannya di Universiti Utara Malaysia (UUM),
mengambil bidang dalam Master of Education (MEd) in Instructional Technology dan akan
menamatkan pengqjiannya pada tahun 2014. Di akhir temuramah ini, Puan Shamilah juga
ditanya berkenaan pendapatnya tentang isu-isu semasa di dalam bidang pendidikan. Apa yang
dapat dilihat sepanjang temubual ini berlangsung, Puan Shamilah sangat komited terhadap
kerjayanya dan memberikan kerjasama yang begitu baik sekali kepada kami.

4.0

PROSEDUR MENJALANKAN TEMUBUAL


Terdapat beberapa jenis medium yang dapat digunakan untuk mengumpulkan sesuatu

maklumat dalam membuat penyelidikan. Salah satu daripada medium yang mempunyai
kaitan dengan kaedah kualitatif ini adalah menggunakan teknik temubual. Temu bual

merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi face-to-face antara penyelidik
dengan informan atau orang yang ditemu bual. Menurut Patton (1980) terdapat tiga
pendekatan dalam temubual iaitu temubual formal, temubual tidak formal dan temubual
terbuka.
Semasa kajian ini dilakukan, proses temubual ini dilakukan secara berkumpulan.
Dimana di dalam temubual ini dilakukan seramai lima orang pelajar telah terlibat untuk
menemubual Puan Shamilah Binti Masood.

5.0

SET SOALAN TEMUBUAL GURU

A. Bahagian Biodata
1. Apakah nama penuh bagi Cikgu?
2. Adakah Cikgu mempunyai nama timangan?
3. Berapakah usia Cikgu sekarang?
4. Cikgu berasal dari mana?
5. Cikgu menetap di mana sekarang?
6. Bila dan dimanakah cikgu dilahirkan?
7. Berapakah bilangan adik beradik cikgu dan cikgu yang ke berapa?
8. Pada waktu lapang, apakah hobi cikgu yang sering cikgu lakukan?
9. Dimanakah cikgu mendapat pendidikan awal? Tahun?
10. Pada tahun berapakah cikgu tamat belajar disekolah tersebut sebelum meneruskan
pendidikan ke peringkat menengah?
11. Adakah kemudahan bilik darjah semasa zaman cikgu belajar dahulu sama seperti
sekarang?
12. Dimanakah cikgu mendapat latihan perguruan? Tahun?
13. Apakah pengkhususan cikgu semasa disana?
14. Pada tahun berapakah cikgu mula berkhidmat sebagai seorang guru?
15. Berapa tahunkah pengalaman cikgu dalam dunia pendidikan?
16. Apakah subjek yang diajar?
17. Apakah jawatan yang pernah disandang oleh cikgu sepanjang berkhidmat sebagai
guru?
18. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan?
19. Apakah anugerah yang pernah diterima oleh cikgu sepanjang perkhidmatan cikgu
sebagai seorang guru?

B. Bahagian Hal-Hal Berkaitan ICT

1. Apakah masalah-masalah yang menghalang guru dalam melaksanakan


pengintegrasian ICT dalam proses P&P?
2. Pernahkah cikgu diminta untuk menghadiri mana-mana kursus pembangunan
profesionalisme dalam bidang ICT?
3. Sejauh manakah keberkesanan kursus tersebut?
4. Adakah guru diberi kebebasan untuk menentukan kekerapan menggunakan ICT atau
tidak mahu menggunakan ICT?
5. Bagaimanakah cara penyampaian atau proses P&P berjalan?

6.0

TRANSKRIP TEMUBUAL

Berikut adalah rakaman temubual secara lisan mengenai pengalaman seorang guru
Puan Shamilah binti Masood. Rakaman ini telah dijalankan di BKBM 2.5, Bangunan Pusat
Pengajian Pendidikan Universiti Utara Malaysia pada 24hb November dan mengambil masa
selama 1 jam 15 minit. Wawancara ini dikendalikan oleh Jamilah Yusof. Dengan segala
hormatnya wawancara ini dimulakan.

Jamilah Yusof
:
Puan Shamilah Masood:
Jamilah Yusof
:
Puan Shamilah Masood:
Jamilah Yusof
:

Assalamualaikum, Cikgu.
Wa'alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.
Apa khabar Cikgu?
Alhamdulillah, khabar baik.
Apakah nama penuh Cikgu?

Puan Shamilah Masood:


Jamilah Yusof
:
Puan Shamilah Masood:

Nama penuh saya Shamilah Binti Masood.


Bilakah Cikgu dilahirkan?
Saya dilahirkan pada lima Jun sembilan belas enam puluh enam
(5 Jun 1966), bersamaan 15 Safar seribu tiga ratus lapan puluh

Jamilah Yusof
:
Puan Shamilah Masood:
Jamilah Yusof
:
Puan Shamilah Masood:
Jamilah Yusof
:

enam (1386) Hijrah.


Dimanakah Cikgu dilahirkan?
Saya dilahirkan di Pekan, Pahang.
Di mana pula Cikgu dibesarkan?
Saya juga dibesarkan di Pekan, Pahang.
Berapakah bilangan adik-beradik Cikgu, dan Cikgu anak

Puan Shamilah Masood:

yang ke berapa?
Adik beradik saya ada sembilan orang, dan saya adalah yang ke
tujuh.

Jamilah Yusof
:
Puan Shamilah Masood:
Jamilah Yusof
:
Puan Shamilah Masood:

Berapakah umur Cikgu sekarang?


Umur saya tahun ini 46 tahun.
Apa hobi Cikgu di masa lapang?
Hobi saya di masa lapang saya suka lakukan aktiviti yang

Jamilah Yusof

melibatkan outdoor, seperti berbasikal dan lain-lain.


Apa pula kenangan yang tidak dapat Cikgu lupakan hingga

Puan Shamilah Masood:

sekarang?
Kenangan yang tidak dapat saya lupakan adalah kenangan yang
saya rasa agak sedih sedikit bagi saya yang sememangnya saya
akan ingat adalah dimana ketika saya hendak menyambung
pelajaran ke peringkat Sarjana tidak mendapat sokongan dari
pihak pengetua dimana saya berkhidmat sekarang. Walhal
sememangnya inilah cita-cita saya sejak dari dulu lagi.
Disebabkan semangat untuk menyambung pelajaran, saya
terpaksa cekalkan hati menyambung pelajaran ke peringkat
sarjana ini tanpa permit dari pihak pengetua. Saya telah membuat
keputusan untuk menukar ke sekolah lain dan permohonan saya
telah diluluskan. Saya akan berpindah ke sekolah lain pada awal

Jamilah Yusof
:
Puan Shamilah Masood:

tahun hadapan iaitu 2013.


Di mana Cikgu mendapat pendidikan awal?
Saya mendapat pendidikan awal, pendidikan sekolah rendah di
Sekolah Rendah Kebangsaan Ahmad di Pekan, Pahang Darul

Jamilah Yusof
:
Puan Shamilah Masood:

Makmur (1972- 1978).


Bilakah Cikgu mendapat pendidikan awal?
Saya masuk darjah satu pada tahun sembilan belas tujuh puluh

Jamilah Yusof

dua (1972).
Di mana pula

Puan Shamilah Masood:

Cikgu

mendapat

pendidikan

sekolah

menengah?
Saya mendapat pendidikan sekolah menengah, di Sekolah
Menengah Kebangsaan Ahmad juga di Pekan, Pahang Darul

Jamilah Yusof
:
Puan Shamilah Masood:

Makmur.
Seterusnya, di mana Cikgu mendapat pendidikan perguruan?
Saya masuk ke Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim di Sungai
Petani, Kedah yang mana sekarang lebih di kenali dengan IPSAH

Jamilah Yusof
:
Puan Shamilah Masood:

selama tiga tahun.


Bila Cikgu mendapat pendidikan perguruan?
Saya mula-mula masuk maktab selepas keluar keputusan STP
[Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia] pada tahun sembilan belas

Jamilah Yusof

lapan puluh lima (1985).


Apakah pengkhususan

yang

Cikgu

ambil

sepanjang

Puan Shamilah Masood:

mendapat pendidikan perguruan itu?


Saya mengambil Kursus Pendidikan Pengajian Melayu Pengajian

Jamilah Yusof

Sekolah Rendah.
Pernahkah Cikgu menjadi guru sandaran? Jika pernah,

Puan Shamilah Masood:

dimana?
Pernah, waktu tu saya baru tamat tingkatan enam. Saya
berkhidmat di Sekolah Rendah Kebangsaan Keratong 9,

Jamilah Yusof
:
Puan Shamilah Masood:

Muadzam Shah, Pahang.


Pada tahun berapa Cikgu mula berkhidmat sebagai guru?
Secara official nya pada tahun 1991, setelah saya mendapat Sijil

Jamilah Yusof

Perguruan Asas.
Setakat ini, berapa tahun sudah Cikgu telah berkhidmat

Puan Shamilah Masood:

dalam bidang pendidikan?


Jika kira dari tahun saya berkhidmat secara rasmi pada tahun
1991 hingga sekarang, saya rasa sudah masuk dua puluh satu

Jamilah Yusof
:
Puan Shamilah Masood:

tahun.
Apakah matapelajaran yang Cikgu ajar sekarang?
Saya mengajar matapelajaran Geografi bagi tingkatan 3 serta

Jamilah Yusof
:
Puan Shamilah Masood:

menjadi guru Pendidikan Jasmani.


Adakah Cikgu menyandang apa-apa jawatan di sekolah?
Ada, saya memegang jawatan sebagai Guru Perpustakaan Media

Jamilah Yusof

yang mana lebih mudah kita panggil sebagai GPM.


Pernahkah Cikgu menerima apa-apa anugerah sepanjang

Puan Shamilah Masood:

perkhidmatan Cikgu?
Ohh, pernah (Sambil tersenyum). Saya pernah di anugerahkan
dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Jika dikalangan gur-

Jamilah Yusof

guru, anugerah ini kita hanya panggil APC sahaja.


Sepanjang Cikgu berkhidmat, pernah atau tidak Cikgu
menghadiri Kursus Pembangunan Profesionalisme Bidang

Puan Shamilah Masood:

ICT?
Mestilah pernah. Saya pernah hadiri kursus dalam aplikasi
Pangkalan Data seperti Tarantula i-NILAM 2012 dan baru tiga

bulan sebelum ni saya telah mengikuti kursus Adobe Photoshop.


Pada pendapat Cikgu, sejauh manakah keberkesanan kursus

Puan Shamilah Masood:

tersebut?
Dengan adanya kursus-kursus seperti ini sebenarnya dapat

Jamilah Yusof

membantu kami guru-guru dalam meningkatkan lagi kualiti


pengajaran kami. Saya ambil satu contoh, dengan adanya kursus
Microsoft

Excel

ianya

dapat

memudahkan

saya

dalam

menyimpan maklumat mengenai markah pelajar saya. Tetapi apaapa pun pada pendapat saya, semuanya terpulang kepada
atitude seorang guru tersebut sama asa mahu atau tidak, kalau
kita diberi seribu kursus sekalipun tapi jika kita tidak practise,
Jamilah Yusof

pasti akan hilang juga.


Pada pandangan Cikgu, apakah masalah-masalah serta
halangan pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan

Puan Shamilah Masood:

Pembelajaran?
Pada saya, antara halangan yang mengganggu

perlaksanaan

pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ialah


bilangan komputer tidak mencukupi, masa pengajaran yang tidak
mencukupi, kurang bantuan teknikal dan tidak mempunyai masa
untuk menambah kemahiran penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan peralatan ICT
sentiasa dalam keadaan yang baik, KPM telah melantik syarikatsyarikat untuk

menyelenggarakan peralatan ICT di sekolah.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan yang diberikan oleh


kontraktor ini umpama melepaskan batuk di tangga. Kontraktorkontraktor
penyelaras

ini

sengaja

makmal

melengah-lengahkan

komputer

membuat

masa
laporan

apabila
untuk

menyelenggarakan peralatan ICT yang rosak. Peralatan yang


rosak pula tidak digantikan dengan serta merta dengan alasan
kehabisan stok.
Jamilah Yusof

Sepanjang perkhidmatan Cikgu di Sekolah Kebangsaan


Convent Father Barre, menurut pemerhatian Cikgu adakah
semua para guru diberi kebebasan untuk menentukan
kekerapan menggunakan ICT atau tidak mahu menggunakan

Puan Shamilah Masood:

ICT?
Sudah tentu, tetapi walaubagaimanapun semuanya bergantung
kepada kesanggupan para guru juga kerana ada diantara guru
yang tidak mahu menggunakan ICT kerana mereka beranggapan
penggunaan

Jamilah Yusof

ICT

hanya

melambatkan

perjalanan

proses

pengajaran dan pembelajaran sahaja.


Oh begitu, bagaimana pula cara Cikgu meyampaikan
pengajaran semasa proses P&P berjalan?

Puan Shamilah Masood:

Semasa proses P&P, sebenarnya saya lebih gemar menggunakan


slide dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Ini kerana
ianya lebih mudah untuk menarik perhatian pelajar saya semasa
proses P&P berjalan. Ini kerana dengan menggunakan slide saya
boleh memasukkan video untuk mewujudkan satu suasana yang
lebih menarik di dalam kelas. Selain itu, dengan menggunakan
slide tersebut ianya memudahkan kerja saya kerana saya hanya
perlu membuat slide tersebut sekali sahaja dan sekiranya saya
diminta untuk mengajar subjek yang sama lagi pada tahun
hadapan saya masih lagi boleh menggunakan slide tersebut. Jadi

disini telah berlaku penjimatan masa secara tidak langsung.


Bagaimana pula dari segi kerja rumah yang Cikgu berikan

Puan Shamilah Masood:

pada pelajar Cikgu?


Dari segi latihan atau kerja rumah yang diberikan kepada pelajar

Jamilah Yusof

saya akan membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan.


Berdasarkan kumpulan tersebut mereka akan diberi satu tajuk
Jamilah Yusof

Puan Shamilah Masood:

7.0

untuk membuat satu slide.


Baiklah, nampaknya sesi temubual kita sudah sampai ke
penghujungnya. Terima kasih atas kerjasama Cikgu.
Sama-sama.

ANALISA TEMUBUAL

BIL.
1.
2.
3.

KEMAHIRAN ICT
Pemprosesan Perkataan
Hamparan Elektronik
Pangkalan Data (Sistem Tarantula)

TAHAP
3

4.
5.
6.

Perisian Persembahan
Grafik & Multimedia
Melayari Internet

Jadual 7.0

Tahap Kemahiran

Bagi aspek kemahiran ICT, skala yang digunakan ialah skala Likert yang diwakili
oleh skala Sangat Baik (4) , Baik (3), Sederhana. (2) dan Lemah (1).
Data temu bual yang diperoleh perlu dibuat tranksripsi (transcription) iaitu ditaip
dengan lengkap supaya memudahkan proses menganalisis. Untuk membolehkan analisis
dibuat dengan tepat, bolehlah dibuat transkripsi secara verbatim, iaitu menggunakan
perkataan atau ayat-ayat yang sebenarnya diperoleh.
Berdasarkan analisa yang dibuat hasil dari temubual bersama Puan Shamilah Masood,
secara keseluruhannya dapat saya katakan bahawa pengintegrasian ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran berjaya dilakukan dalam subjek yang di ajar beliau.
Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa masalah yang dihadapi beliau seperti masalah
komputer di makmal komputer yang rosak mengambil masa yang lama untuk dibaiki. Selain
dari itu, menurut Puan Shamilah Masood juga tidak semua guru-guru menggunakan ICT
dalam proses pengajaran dam pembelajaran. Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa
penggunaan ICT hanya melambatkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran sahaja.
Menurut Zorinawati (1999), phobia golongan pendidik ini biasanya mempunyai tiga
kategori. Kategori yang pertama ialah phobia dengan komputer atau takut dengan
komputer, manakala kategori yang kedua pula phobia dengan perkembangan komputer atau
takut tidak mampu menangani perkembangan komputer dan akhir sekali phobia dengan
kerja atau takut jika tahu komputer, akan diberikan banyak kerja oleh Pengetua atau Guru
Besar.

8.0

HASIL DAPATAN TEMUBUAL

8.1

Latarbelakang pengggunaan ICT

Puan Shamilah Binti Masood mempunyai latarbelakang asas ICT yang baik dan
beliau juga turut menegaskan bahawa beliau merupakan penyokong ICT. Kebanyakan
daripada kemahiran yang beliau perolehi merupakan hasil daripada menghadiri kursus
yang merupakan asas dalam penggunaan ICT seperti pengenalan komputer, Ms Excel dan
Ms Powerpoint. Secara keseluruhannya, kemahiran responden dalam pemprosesan
perkataan,hamparan elektronik, perisian persembahan dan melayari internet berada pada
tahap yang mahir. Bagi kemahiran pangkalan data, grafik dan multimedia, min yang
dicatatkan menunjukkan responden mempunyai kemahiran yang sederhana.

8.2 Tahap Perlaksanaan Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan


Pembelajaran
Selepas temubual ini dibuat, didapati Puan Shamilah Binti Masood berjaya
mengintegrasikan ICT ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran beliau sewaktu
didalam kelas. Pelaksanaan ini termasuklah dengan memberikan tugasan kepada pelajar
yang memerlukan pelajar menggunakan Ms Powerpoint dalam penyediaan tugasan.
Selain itu, Puan Shamilah Masood juga bukanlah seorang guru yang kita kategorikan
sebagai seorang guru yang mengamalkan kaedah pengajaran secara tradisional. Ini kerana
beliau sentiasa mengalakkan pelajar beliau memberikan input baru dalam penyedia
tugasan samaada input itu diperolehi dari melayari internet mahupun dari hasil
pembacaan.

8.3 Halangan Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Antara halangan yang mengganggu proses perlaksanaan pengintegrasian ICT dalam


pengajaran dan pembelajaran ialah bilangan komputer tidak mencukupi, masa pengajaran
yang tidak mencukupi, kurang bantuan teknikal dan tidak mempunyai masa untuk
menambah kemahiran penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, peralatan ICT di makmal komputer juga sering mengalami kerosakan
disebabkan oleh peralatan yang tidak berkualiti dan juga penggunaan oleh pelajar yang
tidak bertanggungjawab. Pelajar-pelajar yang menggunakan makmal komputer dalam
proses pengajaran dan pembelajaran mereka seringkali merosakkan peralatan ICT yang
terdapat di dalam makmal komputer. Antara kerosakan yang sering mereka lakukan ialah

membuang bebola tetikus, menukar butang-butang pada papan kekunci dan menukar
setting pada komputer. Kerosakan yang dibuat oleh segelintir pelajar tidak
bertanggungjawab ini menyebabkan komputer tidak dapat digunakan oleh pelajar-pelajar
lain.
Bagi memastikan peralatan ICT sentiasa dalam keadaan yang baik, KPM telah
melantik syarikat-syarikat untuk menyelenggarakan peralatan ICT di sekolah. Walau
bagaimanapun, perkhidmatan yang diberikan oleh kontraktor ini umpama melepaskan
batuk di tangga. Kontraktor-kontraktor ini sengaja melengah-lengahkan masa apabila
penyelaras makmal komputer membuat laporan untuk menyelenggarakan peralatan ICT
yang rosak. Peralatan yang rosak pula tidak digantikan dengan serta merta dengan alasan
kehabisan stok. Adakalanya peralatan yang rosak digantikan dengan peralatan yang
spesifikasinya lebih rendah.

9.0

KESIMPULAN
Menurut Wan Zahid (1996), untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu

anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi terkini.
Bidang teknologi maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan sukatan kursus
akan memberi peluang kepada guru untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan
kemahiran dalam penggunaan komputer, khususnya untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Untuk beralih daripada kaedah tradisional kepada teknologi sudah tentu akan
mengambil masa yang agak lama. Guru-guru perlulah mengikuti kursus kemahiran ICT
secara berperingkat-peringkat dan mendapat sokongan dari pentadbir, kementerian serta
sumber pakar-pakar dalam ICT yang mendapat kemahiran khusus untuk matapelajaran yang
mereka ajar.

RUJUKAN
Juriah, S. (1998). Inovasi dalam Perkaedahan Pengajaran Bahasa, Sains Sosial, dan
Teknologi Maklumat. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yusup, H. (1997). Media Pengajaran untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

You might also like